Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

KURSUS PRINSIP PERAKAUNAN 2015

1.0 PENGENALAN
Kem Perakaunan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran pembelajaran perakaunan
di luar kelas. Kursus ini lebih menekankan kemantapan dan kekuatan pelajar yang tahan dari
mental dan fizikal. Hal ini selaras dengan hasrat melahirkan pelajar yang bertetrampilan,
berdaya saing, dihormati dan disegani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kursus Prinsip Perakaunan ini berkonsepkan perkhemahan di mana para pelajar akan berdikari
dan bekerjasama dalam kumpulan. Semua peserta ini akan memasak sendiri dan tinggal di
asrama sekolah. Kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar dari sekolah lain di dalam
dan di luar daerah Kota Belud untuk penyertaan.

Selain itu, kursus ini juga secara tidak langsung bertujuan membantu pelajar yang kurang
mahir menguasai perakaunan dan memberi motivasi disamping berpeluang juga
mengemukakan pandangan atau idea serta kemahiran mengurus masa.

2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kemahiran dan prestasi pelajar perakaunan dalam mata Pelajaran Prinsip
Perakaunan.

3.0 OBJEKTIF
i. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan.
ii. Membantu pelajar yang lemah menguasai kemahiran belajar perakaunan.
iii. Memberi peluang memimpin, merancang dan membuat keputusan yang tepat.
iv. Mendedahkan teknik pembelajaran perakaunan, dan
v. Mempertingkatkan motivasi dan menanam semangat bersaing di kalangan mereka.

4.0 MOTTO
‘ Cekap, Cepat dan Tepat asas Kecemerlangan Minda Pelajar AC”

5.0 SASARAN PELAJAR


Diwajibkan ke atas semua pelajar Prinsip Perakaunan tingkatan lima. Penglibatan pelajar
Prinsip Perakaunan sekolah lain di Kota Belud dialu-alukan.

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN


09hb – 12hb April 2015 ( 4 hari dan 3 malam )

7.0 TEMPAT
SMK Tambulion, Kota Belud.

8.0 ANJURAN
Panitia Perakaunan, SMK Tambulion Kota Belud.
9.0 TEMPAT & KEMUDAHAN LAIN DIPERLUKAN
1. Asrama (Lelaki & perempuann) 10. Printer
2. Dewan makan Asrama 11. Sampul surat
3. P.A Sistem 12. Marker pen 6 batang
4. Note Book (komputer) 13. Radio
5. LCD
6. Skrin
7. Papan Putih
8. Extension wayar
9. Kertas A4 – 2 rim

10.0 KANDUNGAN PROGRAM


Senarai aktiviti sepanjang program ini akan dijalankan adalah seperti berikut:
i- Taklimat/Ice-Breaking
ii- Latihan Dalam Kumpulan
iii- Ceramah/Kuliah
iv- Eksplorasi
v- Survivor
vi- Aktiviti Riadah
vii- Penilaian Individu

11.0 STRUKTUR ORGANISASI


Penaung : Encik Jainol Sair
Pemangku Pengetua
SMK Tambulion Kota Belud

Penasihat : En. Mokilou Rudin


Ketua Jabatan Teknik dan Vokasional

Penyelaras Projek : En. Zamri Ahmad


Penyelaras Prinsip Perakaunan
Pen. Penyelaras Ketua: Pn. Syariati Sairah (SMK Pekan 2 Kota Belud)

Setiausaha : Cik Shariatulfaizah Mahali (SMK Pekan Kota Belud)


Bendahari : Pn. Julie Elizabeth Santi (SMK Taun Gusi Kota Belud)
AJK Guru : En. Syukri Ahmad (SMK Usukan Kota Belud)
Pn. Rohana (SMK Arshad Kota Belud)
Cik Nik Raihanah (SMK Narinang Kota Belud)

Guru Pelatih:
Nurul Halyzan Jaudi (UNITAR)
Nur Nazira Nazmal (UMS)
Noraidah Muhiddin (UNITAR)
Wilhelmina Rangkisi (UMS)
Fidelis Sanan (UMS)
Leekren Susuan (UMS)

AJK Pelajar : Penglibatan pelajar tingkatan 6 atas dan bekas pelajar


perakaunan (termasuk ahli pengakap kelana daerah Kota Belud).
12.0 BELANJAWAN

Semua peserta yang terlibat akan dikenakan yuran penyertaan RM10 seorang. Hal ini
bertujuan menampung semua perbelanjaan aktiviti tersebut. Bagaimanapun surat kebenaran
akan disertakan untuk makluman semua ibubapa dan penjaga.

13.0 KESIMPULAN
Kem Perakaunan adalah satu usaha berterusan menghasilkan pelajar yang bersatupadu,
berdisiplin di samping mengembangkan minat dan potensi pelajar serta memberi sumbangan
kepada kecemerlangan daerah Kota Belud dan sekolah khususnya.
=JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NARINANG
PETI SURAT 110, 89158 KOTA BELUD
SABAH
TEL: 088-976571 FAX: 088-971467
Tarikh: 17hb April 2012

Assalamualaikum wbt dan


Salam sejahtera

KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA


Pelajar Tingkatan 5 CLUSTER DAN 4 CLUSTER

Melalui

Pengetua
SMK Narinang KOTA BELUD

Tuan

KEM PERAKAUNAN 2012

Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Panitia Perakaunan SMK Narinang akan mengadakan satu
program dan diwajibkan ke atas semua pelajar perakaunan Tingkatan 4 dan 5 2012 khususnya
yang mengambil mata pelajaraan Prinsip Perakaunan iaitu KEM PERAKAUNAN. Program ini
juga melibatkan pelajar perakaunan dari sekolah yang berdekatan di daerah Kota Belud.

3. Berikut adalah maklumat lanjut:

Tarikh: 20hb – 22hb April 2012


Tempat: SMK Narinang, Kota Belud
Penglibatan: semua pelajar perakaunan tingkatan 4 dan 5
Nota: pelajar akan menginap di asrama sekolah dan berkonsep
perkhemahan..
Yuran penyertaan: RM10 seorang.

4. Objektif program ialah:


i. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan,
ii. Membantu pelajar yang lemah menguasai kemahiran belajar perakaunan,
iii. Memberi peluang memimpin, merancang dan membuat keputusan yang tepat,.
iv. Mendedahkan teknik pembelajaran perakaunan, dan
v. Mempertingkatkan motivasi dan menanam semangat bersaing di kalangan mereka.
5. Bersama-sama surat ini disertakan borang kebenaran ibu bapa untuk perhatian dan tindakan
tuan.

Sekian, kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan demi menjayakan program ini agar
kecemerlangan menjadi kenyataan dan didahului dengan jutaan terima kasih.

‘ Cekap, Cepat dan Tepat asas Kecemerlangan Minda Pelajar AC ’

Wasallam
Terima kasih

Yang benar

(ZAMRI AHMAD)
Ketua Penyelaras Perakauanan
SMK Narinang Kota Belud

S.k. Ketua Jabatan Teknik dan Vokasional


Penolong Kanan HEM
Guru Tingkatan 5 C
Guru Tingkatan 4 C
Ketua Warden Asrama
Ketua Guru Disiplin
Fail.
LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM
KEM PERAKAUNAN
20 – 22HB APRIL 2012

HARI/MASA 0600 – 0800 0800 – 1030 1100 - 1230 1230 0200 - 0430 0430 - 0800 0800 – 1100
-0200
JUMAAT SEKOLAH SEPERTI BIASA BIASA PENDAFTARAN Kendiri ICE-BREAKING
20/4/12
SABTU Kendiri LDK 1 Kendiri SUKANEKA Kendiri Ceramah/KEBUDA
21/4/12 YAAN
AHAD Kendiri LDK 2 PENUTUPAN BERSURAI
22/4/12

Anda mungkin juga menyukai