Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DAILY LESSON PLAN

Kursus/ Mata Pelajaran : ETN 3032 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT


Course/ Subject
TROUBLESHOOTING
Tarikh : Hari :
Date 12.04.2022 Day SELASA

Tingkatan/ Kelas : Bil. Pelajar :


Form/ Class 4 IBNU SINA Number of Students 14

Tempat : Masa :
10.00 pagi – 10.40
Location KELAS 4 IBNU Time
pagi
SINA
Tajuk :
Topic UJI MULTIMETER ANALOG

PENGETAHUAN SEDIA ADA


PRIOR KNOWLEDGE

1. Pelajar telah mengetahui tatacara penggunaan multimeter.

HASIL PEMBELAJARAN
LEARNING OUTCOMES

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:


At the end of the teaching and learning process, students will be able to:

1. Baca buku manual peralatan dengan betul.


2. Uji kefungsian fius multimeter analog tanpa bantuan guru.

PENGURUSAN KELAS DAN SUMBER


MANAGEMENT OF CLASS AND RESOURCES

1. Memastikan komponen dan peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan yang
baik.
2. Memastikan ruang kerja amali berada dalam persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk
memulakan pelajaran.
3. Memastikan makmal bersih dan tersusun serta peralatan yang digunakan diletakkan pada
tempatnya sesuai untuk guru lain mengambil alih.
SESI PENGAJARAN
TEACHING SESSION

Masa Pra pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Time Pre teaching Teaching and Learning Activities Remarks

• Ucapan salam/ ucapan selamat. • Guru memberi salam kepada pelajar. PAK21
- Nilai murni dan
• Pelajar beratur. • Pelajar diarahkan untuk berbaris sebelum masuk ke dalam etika
- Komunikasi
bengkel.
• Membaca doa. • Guru meminta wakil kelas untuk memimpin bacaan doa.
Kemahiran Insaniah
- Komunikasi
• Mengambil kehadiran. • Guru mengambil kehadiran para pelajar. - Moral dan Etika
Profesional
10.00 • Bertanya khabar. • Guru bertanyakan khabar pelajar serta keadaan kesihatan - Kemahiran
Kepimpinan
- pelajar.
10.03 • Guru memberikan taklimat keselamatan dan etika
Kemahiran Berfikir
pagi pemakaian sebelum dibenarkan masuk ke dalam bengkel.
(3 • Taklimat keselamatan dan periksa i. Memakai baju bengkel dan seluar yang bersesuaian.
Nilai Murni
minit) pakaian pelajar. ii. Tudung dimasukkan ke dalam baju dan rambut diikat - Hormat
menghormati
denga kemas bagi pelajar perempuan.
iii. Memakai but keselamatan dan memastikan tali but ABBM

diikat dengan betul.


iv. Tidak memakai sebarang aksesori seperti jam, cincin
dan gelang. Lain-lain
v. Melakukan pemeriksaan kuku dan rambut (bagi
• Aktiviti senaman ringan. pelajar lelaki dan bukan muslim).
• Guru memilih seorang pelajar untuk memimpin aktiviti
• Memastikan pelajar bersedia dan
senaman ringan.
bermotivasi.
• Guru memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan
bersedia sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dan memberi sedikit kata-kata motivasi untuk
meningkatkan semangat pelajar.

Edisi: 1/2021 3
Masa Set Induksi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Time Induction Set Teaching and Learning Activities Remarks

• Pengajaran lepas • Guru membuat ulangan pengajaran lepas yang mempunyai PAK21
- Pemikiran kritis
kaitan dengan amali yang akan dijalankan.
• Seorang pelajar dipilih untuk menyatakan bahagian- Kemahiran Insaniah

bahagian utama yang terdapat pada multimeter.


10.04 Kemahiran Berfikir
- Menyatakan
• Guru memberikan peneguhan positif terhadap reaksi yang semula bahagian
- utama
diberikan oleh pelajar. multimeter
10.07
• Guru menerangkan kembali secara ringkas fungsi utama
pagi
bagi multimeter.
(4 Nilai Murni
i. Mengukur rintangan
minit) ABBM
ii. Mengukur voltan AC - Multimeter
analog
iii. Mengukur voltan DC
iv. Mengukur arus
Lain-lain

Edisi: 1/2021 4
Hasil
Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Time Lesson Contents Pembelajaran Teaching and Learning Activities Remarks
Learning Outcomes
.
1. Buku • Pelajar dapat • Pelajar diberi masa 2 minit untuk membaca Kertas
Manual membaca Amali yang telah diedarkan.
Peralatan buku manual • Pelajar diminta duduk di dalam kumpulan beserta
(Multimeter peralatan multimeter analog yang telah dibawa dari rumah. PAK21
- Komunikasi
Analog) dengan betul. Kumpulan yang tidak memiliki multimeter analog
• Simbol boleh meminjam daripada guru.
Kemahiran Insaniah
10.08 • Bahagian • Guru menyatakan kepada pelajar akan faedah atau - Kemahiran komunikasi
- Moral dan Etika Professional
- Multimete kepentingan tentang pelajaran hari ini.
10.18 r i. Penting bagi seorang juruteknik memahami
Kemahiran Berfikir
pagi • Prosedur penggunaan alat berdasarkan buku manual - Menyatakan pengetahuan
tentang tajuk pelajaran
(10 Pengukura peralatan.
minit)
n. ii. Mahir dalam melakukan penyelenggaraan Nilai Murni

• Pembaikp pada alat pengukuran.


ulihan dan • Guru menyiasat pengetahuan pelajar berkenaan ABBM
- Buku Manual Multimeter
penggantia tajuk yang akan dipelajari. Analog
- Multimeter Analog
- Kertas Amali
n i. Pernahkah anda membaca buku manual
• Spesifikasi peralatan?
umum

Edisi: 1/2021 5
• Guru memberikan peneguhan positif kepada
pelajar yang berkongsi pandangan mereka.
• Pelajar diberi masa 2 minit untuk melengkapkan
jadual maklumat Multimeter Analog pada Kertas
Amali.
i. Nama Model
ii. Julat skala (AU/AT)
iii. Nilai Voltan Maksima
iv. Bilangan Saluran

2. Uji • Pelajar dapat • Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan satu PAK21
- Komunikasi
kefungsian menguji set multimeter analog. - Kebersihan

10.19 Multimeter Analog kefungsian • Guru menyiasat pengetahuan pelajar berkenaan


- multimeter tajuk yang akan dipelajari. Kemahiran Insaniah
- Kemahiran komunikasi
10.37 analog tanpa i. Adakah anda pernah melihat fius? - Kemahiran menyelesai
masalah
pagi bantuan guru • Guru memberikan peneguhan positif kepada - Kemahiran bekerja dengan
orang lain
( 20 pelajar yang berkongsi pandangan mereka.
minit) • Guru melakukan demonstrasi menguji kefungsian
Kemahiran Berfikir
fius multimeter analog.
- Menjalankan amali
i. Buka skru pada belakang casing multimetet analog.
ii. Lihat kedudukan fius pada litar multimeter.
Nilai Murni

Edisi: 1/2021 6
iii. Gunakan test pen untuk menanggalkan fius pada - Kerjasama

litar.
iv. Uji sambungan fius menggunakan julat x1 Ohm.
ABBM
v. Fius Baik (Ada pesongan jarum meter). - Perintang
- Breadboard
vi. Fius Tidak Baik (Tiada pesongan jarum meter).
- Multimeter
vii. Pasang semula casing.
• Guru meminta seorang pelajar untuk ke hadapan
dan melakukan semula demonstrasi pengujian fius
multimeter analog. Guru membantu dan
membetulkan pelajar sekiranya mempunyai
kesilapan.
• Guru memberikan peneguhan positif kepada
pelajar yang berani ke hadapan untuk melakukan
demonstrasi.
• Guru memberi arahan kepada pelajar untuk
memulakan pengujian fius multimeter analog
mengikut kumpulan berdasarkan demonstrasi yang
telah ditunjukkan oleh guru.
• Pelajar diminta untuk melengkapkan hasil dapatan
pengujian fius multimeter analog pada Kertas
Amali.

Edisi: 1/2021 7
• Guru memberi penekanan kepada kriteria semakan
yang terkandung di dalam Senarai Semak.
• Pelajar membaca kertas amali yang dibekalkan dan
menjalankan prosedur amali sebagaimana yang
diarahkan.
• Guru menjalankan tinjauan serta memberi maklum
balas dan peneguhan terhadap aktiviti pelajar.
• Guru melakukan perbincangan bersama pelajar
terhadap kefahaman pelajar berkaitan amali yang
dilaksanakan.
i. Apakah julat yang digunakan untuk
menguji fius? Julat Ohm.
• Guru meminta pelajar menyimpan alatan dan
komponen yang telah digunakan.
• Guru meminta pelajar membersihkan kawasan
meja stesen kerja.

Edisi: 1/2021 8
Masa Penutup Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Time Closing Teaching and Learning Activities Remarks
1. Penutup Kognitif:

Imbas kembali amali pada hari ini dan • Guru bertanya kepada pelajar jika terdapat sebarang PAK21
- Komunikasi
membuat rumusan. masalah atau pertanyaan berkenaan dengan amali pada
10.38
hari ini. Kemahiran Insaniah
- - Kemahiran
• Pelajar yang mempunyai masalah dan pertanyaan akan komunikasi
10.40
bertanya terus kepada guru agar ianya dapat
pagi
diselesaikan dengan secepat mungkin. Kemahiran Berfikir
(2 - Membuat
kesimpulan
minit) • Pelajar diminta untuk membuat rumusan dana pa yang
mereka peroleh terhadap amali yang dilakukan pada
Nilai Murni
hari ini. - Hormat
menghormati
• Guru menyatakan semula rumusan ringkas berkenaan - Kasih sayang

amali yang dijalankan.

Edisi: 1/2021 9
Penulisan Laporan • Guru mengingatkan pelajar untuk menyiapkan laporan ABBM

- Google
lengkap dan perlu dihantar pada hari Khamis di Classroom

platform Google Classroom.


2. Penutup Sosial: Lain-lain

Memotivasikan pelajar • Guru mengucapkan terima kasih terhadap kerjasama


yang diberikan oleh pelajar dalam sesi amali yang
dijalankan hari ini.
• Guru meminta pelajar untuk menjaga diri dan peka
dengan situasi semasa.

Edisi: 1/2021 10
KERJA RUMAH / TUGASAN
HOMEWORK / ASSIGNMENT

Setiap pelajar diminta untuk menyediakan satu laporan amali dan diberi tempoh sehingga hari
Khamis. Pelajar perlu menghantar laporan yang telah siap di platform Google Classroom.

SUMBER RUJUKAN:
REFERENCES

Bil. Rujukan
1 Muzhafar, Muizz, Mayuzie. (2014). DEE1012 Measurement. Jabatan Kejuruteraan
Elektrik: Politeknik Kota Kinabalu.
2 Schmidt, F. L., & Hunter, J. E. (1999). Theory testing and measurement
error. Intelligence, 27(3), 183-198.

REFLEKSI PENGAJARAN PELATIH


TRAINEE’S TEACHING REFLECTION

(NURSHAFIKAH BINTI ZULKIFLI CB190055)

1. Bisikan hati
Pada 31/05/2022 adalah giliran saya dan ahli kumpulan saya iaitu Nurul Fatihah dan
Muhammad Ikhwan Hafiz untuk mengajar amali di dalam kelas. Persediaan awal kami
adalah kurang baik kerana terdapat masalah komunikasi mengenai penyediaan poster
ABBM antara ahli kumpulan. Akan tetapi, masalah juga timbul mengenai peminjaman
kamera untuk rakaman kelas. Oleh itu, pensyarah membenarkan seluruh kelas untuk
bersarapan terlebih dahulu. Masa yang diberikan oleh pensyarah dapat kami gunakan
untuk perbaiki semula poster ABBM kami. Secara jujurnya, saya tidak membuat
persiapan mengenai amali menguji fius multimeter ini. Walaubagaimanapun, saya
berpendapat saya dapat mengatasi masalah ini. Akan tetapi, sedikit masalah timbul
sewaktu amali dijalankan di mana tiada fius di dalam multimeter serta kesilapan saya
kerana tidak berjaya membuka multimeter analog yang berlainan jenis. Saya berasa
agak terkilan kerana tidak mampu menunjukkan demostrasi dengan baik kepada para
pelajar saya.

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan apa yang saya lihat, pelajar suka akan aktiviti psikomotor di mana mereka
dapat memegang peralatan serta alatan yang digunakan sepanjang sesi berlangsung.
Saya dapat lihat pelajar suka bereksperimen serta melakukan sendiri sesi amali
berbanding pembelajaran secara teori. Fokus yang diberikan oleh pelajar sewaktu sesi

Edisi: 1/2021 11
demonstrasi juga sangat baik kerana saya membahagikan mereka kepada beberapa
kumpulan supaya sesi demonstrasi dapat ditunjukkan dengan jelas kepada setiap
pelajar. Saya berpendapat bahawa saya perlu lebih bersedia dalam persediaan sesi amali
akan datang supaya pelajar berasa yakin dengan demonstrasi yang ditunjukkan oleh
saya.

3. Kesedaran baharu

Terdapat kesedaran baru yang saya perolehi melalui sesi Pdp Amali yang lepas, saya
perlu memastikan diri saya mempunyai ilmu penyelenggaraan yang baik di samping
perlu mengawal keadaan kelas dengan baik sekiranya ianya di luar bidang saya. Saya
perlu menunjukkan keyakinan diri apabila menghadapi situasi seperti menggunakan
peralatan yang saya tidak biasa guna. Selain itu, saya juga perlu memberi peluang
kepada wakil pelajar untuk melakukan demonstrasi yang telah saya tunjukkan supaya
mereka berasa semangat untuk melaksanakan sesi amali tersebut secara berkumpulan.
Malahan, pra pengajaran juga perlu ditambah baik dari segi arahan dan peraturan dalam
bengkel kepada para pelajar. Aspek nilai murni juga perlu diterapkan dengan lebih
banyak kepada pelajar untuk menghasilkan modal insan yang berilmu serta beradab.
Dengan kesedaran baru ini, saya harap saya dapat memperbaiki kelemahan saya sebagai
pengajar untuk diperbaiki dari masa ke semasa dan menjadi suatu pengajaran serta
pengalaman kepada saya.

4. Cadangan / Tindakan

Secara keseluruhannya, melalui bisikan hati, analisis, kesedaran baharu yang saya
nyatakan, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penambahbaikan yang
perlu saya amalkan semasa di dalam kelas. Saya perlu bersedia dengan teknik
pengajaran yang berlainan dan bersesuaian pada masa kini supaya pelajar berasa
seronok dan ingin fokus dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya. Selain itu, saya juga perlu menerapkan personaliti diri yang lebih santai dan
terbuka kepada para pelajar supaya mereka dapat memberikan komunikasi yang lebih
sewaktu kelas berlangsung. Saya juga perlu lebih kreatif dalam mengaitkan isi pelajaran
dengan set induksi supaya dapat menjadikan pelajar mempunyai kemahiran berfikir
aras tinggi. Perancangan awal sebelum sesi pengajaran perlu diteliti dengan baik supaya
PdP dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Akhir sekali, saya juga perlu mengenali

Edisi: 1/2021 12
pelajar dengan lebih baik supaya dapat membantu dan memberikan peneguhan positif
dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh saya pada masa akan datang.

(NURUL FATIHAH BINTI ABDUL WAHAB DB190001)

1. Bisikan hati
Pada sesi kelas pertama amali, pelajar dapat menyelesaikan semua aktiviti yang telah
dirancang dengan jayanya. Selain itu, objektif proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan topik yang diajar dapat dicapai.

2. Menganalisis / Menilai
Dalam menganalisis sesi amali pada kali ini, terdapat beberapa pelajar tidak dapat
menyelesaikan tugasan amali. Hal ini kerana faktor kekurangan kelengkapan alatan
dan barang untuk digunakan semasa menguji. Namun secara keseluruhannya, pelajar
memahami kandungan soalan di dalam amali yang diberikan.

3. Kesedaran baharu
Selesai sesi amali, saya dapati bahawa guru perlulah menggunakan intonasi dan suara
yang jelas ketika mengendalikan sesi amali supaya pelajar jelas akan arahan yang
diberikan. Selain itu, guru hendaklah melakukan persediaan sebelum melakukan sesi
demonstrasi supaya tidak mengalami sebarang masalah.

4. Cadangan / Tindakan
Sepanjang sesi amali yang dilaksanakan oleh pelajar, guru perlu menyelitkan nilai-
nilai murni atau motivasi kepada pelajar supaya pelajar lebih bersemangat untuk
belajar. Selain itu, guru perlu menambahbaik teknik pengajaran supaya pelajar dapat
meningkatkan kefahaman mereka dalam melakukan sesi amali.

(MUHAMMAD IKHWAN HAFIZ BIN BAHRUM CB200110)

5. Bisikan hati
• Pelajar menunjukkan minat dan fokus terhadap pengajaran yang disampaikan.
• Setiap pelajar bersedia dan bersemangat serta melibatkan diri sepanjang sesi
pengajaran.

Edisi: 1/2021 13
• Aktiviti yang dijalankan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu
disebabkan oleh persediaan alat bahan bantu mengajar.

6. Menganalisis / Menilai
• Masih terdapat beberapa orang pelajar yang belum menguasai penggunaan
komponen utama pada analog multimeter.
• Demonstrasi yang dijalankan oleh guru sedikit terganggu disebabkan oleh guru
kurang menguasai penggunaan analog multimeter yang berlainan jenama.
• Aktiviti pelajar yang sedikit tidak teratur atas faktor pengawalan keseluruhan kelas
yang kurang berkesan.
• Guru tidak sepatutnya mengambil dan menyusun sendiri peralatan dan komponen
yang digunakan pelajar selepas aktiviti amali tanpa melibatkan pelajar.

7. Kesedaran baharu
• Guru perlu bijak menggunakan intonasi suara mengikut suasana dan isi pengajaran
yang ingin disampaikan dalam memimpin kelas.
• Guru perlu bertindak tegas terhadap pelajar yang tidak patuh terhadap langkah
keselamatan bengkel bagi menjamin keselamatan pelajar.
• Guru hanya bertindak sebagai pemantau dan pelajar bertindak sebagai pelaku dalam
aktiviti pembersihan dan pemulangan komponen serta peralatan yang digunakan
pelajar di akhir amali.

8. Cadangan / Tindakan
• Bijak membahagikan perhatian terhadap keseluruhan pelajar di dalam kelas.
• Persediaan yang rapi dan teliti sebelum memulakan kelas terhadap alat bahan bantu
mengajar, peralatan dan komponen yang akan digunakan bagi mengelakkan
kekeliruan terhadap aktiviti amali.
• Jalankan kaedah pengawalan kelas yang bersesuaian bersama rakan pengajar yang
lain sepanjang keberadaan pelajar di dalam bengkel.

Edisi: 1/2021 14
CATATAN PEMBIMBING/ PENYELIA
MENTOR’S/ SUPERVISOR’S REMARKS

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Tandatangan Pembimbing / Penyelia: ____________________________________________


Mentor’s/ Supervisor’s Signature

Nama : ____________________________________________________________________
Name

Edisi: 1/2021 15

Anda mungkin juga menyukai