Anda di halaman 1dari 7

A) Pengenalan :

Membaca dan menulis merupakan kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian. Kanak-
kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini dari usia yang muda biasanya dapat mengharungi
dunia akademik dan kerjaya professional dengan jayanya. Pandangan umum adalah kanak-kanak
belajar membaca dan menulis semasa prasekolah atau Darjah 1 sahaja. Kenyataan ini ada
kebenarannya, memang kanak-kanak mula membaca semasa prasekolah, tetapi sebenarnya apa
yang berlaku sebelum itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak-
kanak belajar membaca dan menulis.

Kajian menujukkan kanak – kanak dengan kemahiran pertuturan dan bahasa yang baik lebih
bersedia untuk menerima pelajaran, khasnya mereka lebih bersedia dan lebih mudah untuk belajar
membaca dan menulis. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, dan banyak
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak mereka berjaya di sekolah. Kebanyakan
aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggalakkan kemahiran literasi awal secara menyeronokkan.

Literasi awal merupakan segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh
kanak – kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis. Kemahiran literasi awal ini boleh
dipupuk oleh ibubapa semasa kanak – kanak berada pada lingkungan umur 2 – 5 tahun.

Dunia kanak – kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak – kanak mempelajari sesuatu dengan
paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk
kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila kita sedang
berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga untuk memperkenalkan konsep literasi
awal perlulah dengan cara yang menyeronokkan.

Kemahiran literasi awal adalah kritikal kerana ia menentukan sebaik mana kanak – kanak
mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran literasi
awal yang baik lebih mudah belajar membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis yang
lebih baik membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Terdapat pelbagai cara yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kemahiran literasi awal
dan dengan program seumpama Riang Ria Dunia Membaca dapat membantu perkembangan awal
kanak kanak.

Sehubung itu projek Riang Ria Dunia Membaca ini perlu di teruskan ke tahun berikutnya kerana
program seumpama ini bukan lah memerlukan jangka masa yang singkat untuk mengubah mentaliti
serta tabiat membaca daripada kecil lagi, Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya.

Projek ini sekali lagi akan berkerja sama dengan erat bersama pihak Perpustakaan Awam Negeri
Selangor dan mengalu alukan pengelibatan agensi agensi lain dalam usaha untuk memupuk tabiat
membaca dari kecil.
.

B) Objektif:

1
1. Menyemai tabiat membaca dan melatih konsentrasi kanak-kanak
2. Merapatkan jurang kanak kanak Bandar, luar Bandar serta masyarakat orang asli.
3. Melatih, mengiktiraf dan melahirkan jaringan pencerita di peringkat komuniti.
4. Menambahkan sumber pendapatan untuk golongan wanita khasnya suri rumahtangga

C) Kumpulan Sasaran :
1. Ibu dan Kanak-kanak umur 3-6 tahun
2. Kanak-kanak umur 6-11 tahun
3. Ibu atau suri rumah tangga sebagai pencerita

D) Tempat:
1. PPAS Pekan Hulu Bernam
2 .PPAS Seri Perantau, Klang
3. PPAS Kg Lindungan, Petaling Jaya
4. PPAS Komuniti Pandan Jaya
5. PPAS Kajang
6. PPAS Lembah Jaya, Ampang
7. PPAS Kuala Selangor
8. PPAS Sungai Udang
9. PPAS Daerah baru. Cadangan Banting.
10.PPAS Cawangan baru, Cadangan Bangi

E) Tempoh : Januari 2020 - Disember 2020

2
F) Senarai Cadangan Program Yang Bakal Dilaksanakan :
Kursus Sehari untuk Pencerita Sempena Pesta Buku Negeri Selangor

1) Pada Tahun 2019, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS Selangor )dan
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah bersama sama menyajakan kursus awal
pencerita yang disertai sekitar 30 orang yang berlangsung serentak bersama Pesta Buku Negeri
Selangor.

Oleh itu kursus sehari ini perlu dijalankan bagi memberi latihan kepada pencerita baru yang bakal
menyertai kumpulan pencerita ini.

1. Elaun pensyarah 1 : RM 200 X 4 jam =RM 800


2. Elaun pensyarah 2 : RM 200 X 2 jam =RM 400
3. Makan Tengahari RM 15 x 40 orang = RM 1400
Belanjawan
Percuma ( Bilik Seminar PPAS Raja Uda)

Jumlah peruntukan Bengkel Bercerita = RM 2,600.00


*Kos penganjuran Bengkel Bercerita ditanggung oleh PPAS

2.) Aktiviti Bercerita setiap bulan sekali di Perpustakaan desa

Sasaran : Ibu Bapa Dan Kanak-Kanak 4-6 Tahun


Tempat : Perpustakaan Desa Dan Komuniti
Waktu : Hari Rabu, Jam 10-11 pagi
Bulan : Januari 2020 – Disember 2020 (12 bulan)
Cara pengendalian :
 Aktiviti bercerita setiap bulan sekali
 Aktiviti sampingan (kraf/kuiz)
 Memilih 6 kawasan PPAS Desa, Penambahan 2 Kawasan Baharu.
 Sasaran peserta : 20 orang kanak-kanak satu sesi

Tempat :

a) PPAS Pandan Jaya


b) PPAS Kg Lindungan, PJS 6, Petaling Jaya, Selangor
c) PPAS Pekan Hulu Bernam
d) PPAS Sri Perantau, Klang
e) PPAS Baharu
f) PPAS Baharu

3
Kos :

Bil Perkara Butir/ unit Dibiayai RM


1 Elaun Pencerita RM 100 x 6 perpustakaan x 12 kali PPAS 7,200
2 Elaun Pengangkutan 4 kereta RM 50 x 6 kereta x 12 kali 3,600
3 Bahan material kraftangan RM250 x 6 PPAS YAWAS 1,500
4. Kos Promosi Program RM100 x 6 PPAS x 6 kali 3,600
JUMLAH 15,900

3) Aktiviti Bercerita setiap bulan sekali di PPAS Daerah Di Selangor

Sasaran : Kanak-kanak umur 5-12 tahun


Tempat : Pekan @ Daerah Perpustakaan
Waktu : Hari Sabtu, Jam 10.00 – 11.30 pagi
Bulan : April 2019 – Disember 2019 ( 9 bulan)
Sasaran peserta : 20 orang
 Aktiviti sampingan (kraf/kuiz)
Tempat :
a) PPAS Kajang
b) PPAS Daerah Kuala Selangor
c) PPAS Lembah Jaya, Ampang
d) PPAS Sg. Udang

Bil Perkara Butir/ unit Dibiayai RM


1 Elaun Pencerita RM 100 x 4 perpustakaan x 12 kali PPAS 4,800
2 Elaun Pengangkutan 4 kereta RM 50 x 4 kereta x 12 kali 2,400
3 Bahan material kraftangan RM250 x 4 PPAS YAWAS 1,000
4 Kos Promosi Program RM100 x 4 PPAS x 6 Kali 2,400
JUMLAH 10,600

4
4) #SmartSelangor Mobile Library ke Kampung Orang Asli Negeri Selangor
Sasaran : Kanak-kanak kampung Orang Asli
Tempat : Kampung Orang Asli
Waktu : musim cuti sekolah Jam 10.00 pagi- 12.00 Tengahari
Bulan : Mei, Jun, Aug , Oktober, Disember (5 bulan )

Tempat :
a) Kampung Orang Asli Batu 14, Puchong
b) Kampung Orang Asli Serendah, Hulu Selangor
c) Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Kuala Langat
d) Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak
e) Kampung Orang Asli Bukit Bandaraya

Kos:
Bil Perkara Butir/ unit Dibiayai RM
1 Elaun Pencerita(2 orang) RM 150 x 2 orang x 5 kampung PPAS 1,500
2 Elaun Pengangkutan kereta RM 50 x 1 kereta x 5 kampung 250
3 Bahan material , kraftangan, hadiah RM200 x 5kampung YAWAS 1,000
4 Makan tengahari RM 8 x 25 orang x 5 kampung 1,000
JUMLAH 3,750

5) Kem Riang Cuti Sekolah Akhir Tahun 1 hari


Sasaran : Kanak-kanak 5-12 tahun ( terhad 40 orang sahaja)
Tarikh : Cuti sekolah (2 hari)
Masa : 9.30 pagi -12 tengahari
Aktiviti kem : Bercerita, membaca dan kraftangan mengikut TEMA.
Tempat :

a) PPAS Daerah Sekinchan


b) PPAS Daerah Pelabuhan Klang
c) PPAS Rawang

Kos :
Bil Perkara Butir/ unit Dibiayai RM
1 Elaun Pencerita RM200 x 2 hari x 3 orang x 3 PPAS PPAS 3,600

2 Elaun Pengangkutan RM 100 x 3 PPAS x 3 kereta 900


3 Hadiah untuk peserta RM 5 x 40 orang x 3 PPAS 600
4 Bahan aktiviti Kraf RM 5 x 40 orang x 3 PPAS YAWAS 600
5 Sarapan pagi RM 4 x 45 orang x 2 hari x 3 PPAS 1,080
6 Kecemasan 220
JUMLAH 7,000

5
Jumlah Anggaran Perbelanjaan Projek Tahunan :

Bil Aktiviti RM
1 Kursus Tahunan Teknik sebagai Pencerita Baharu 2,600.00

2 Aktiviti Bercerita setiap bulan sekali di Perpustakaan desa 15,900.00


3 Aktiviti Bercerita setiap bulan sekali di PPAS Daearah Selangor 10,600.00
4 #SmartSelangor Mobile Library ke Kampung Orang Asli 3,750.00
5 Kem Riang Cuti Sekolah Akhir Tahun 2 hari 7,000.00
JUMLAH 39,850.00

Jumlah perbelanjaan dibiayai oleh PPAS


Bil Perkara Butir/ unit RM
1 Elaun Pencerita desa RM 100 x 6 perpustakaan x 12 kali 7,200.00
2 Elaun Pencerita daerah RM 100 x 4 perpustakaan x 12 kali 4,800.00
3 Elaun Pencerita OA RM 150 x 2 orang x 5 kampung 1,500.00
4 Elaun Pencerita CS RM200 x 2 hari x 3 orang x 3 PPAS 3,600.00
5 Kursus Tahunan Teknik RM2600.00 2,600.00
sebagai Pencerita
JUMLAH 19,700.00

Jumlah perbelanjaan dibiayai oleh YAWAS


Bil Perkara RM
1 Aktiviti 2 8700.00
2 Aktiviti 3 5,800.00
3 Aktiviti 4 2,250.00
4 Aktiviti 5 3,400.00
JUMLAH 20,150.00

Hasil Projek :
1. Dorongan kepada ibu bapa membawa anak mereka ke perpustakaan
2. Penambahan Keahlian Perpustakaan
3. Mengembangkan peranan ahli masyarakat dalam kempen memupuk budaya minat membaca.
4. Melatih dan menggalak lebih ramai pembaca menjadi pencerita di PPAS Selangor dan peringkat
komuniti.

Cara pengendalian dan kerjasama antara YAWAS dan PPAS Selangor:


1. PPAS Selangor berperanan penting dalam melatih, mengiktiraf dan memantau prestasi
pencerita.
2. PPAS Selangor memberikan persetujuan dan kebenaran untuk aktiviti bercerita di setiap
cawangan PPAS Selangor yang terpilih sebagai pilot projek.
3. YAWAS berperanan merancang menyelaras dan memantau perjalanan program aktiviti-aktiviti
bercerita.
4. YAWAS membekalkan pengkalan data Anak TAWAS sebagai peserta.
5. YAWAS mencadangkan Puan Choong Pai Chee daripada Sunshine Nature Edu Play Centre
sebagai penyelaras untuk projek ini. Beliau berpengalaman dan berjaya menjalankan “Program
Riang Ria Bercerita ”di Cawangan PPAS Rawang selama 4 tahun.

6
KERTAS CADANGAN PROJEK RIANG RIA DUNIA
MEMBACA BAGI TAHUN 2020

Anda mungkin juga menyukai