Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8)

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
(BMMB3163)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD


NO.KAD
980121-05-5849
PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN: 2017192340083
KUMPULAN: C5
NAMA PENSYARAH : EN. MANIYAMIN BIN IBRAHIM
TUGASAN: TUGASAN 2
TARIKH SERAHAN: 25 MAC 2021
TARIKH TERIMA

MAKLUM BALAS:

ISI KANDUNGAN

1
1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP DAN DEFINISI BUDAYA 1–2

3.0 CIRI-CIRI BUDAYA 2–4

4.0 ELEMEN BUDAYA 4

5.0 PROSES PEMBUDAYAAN BUDAYA 4–7

6.0 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 7–8

7.0 KESIMPULAN 8

8.0 RUJUKAN 9 – 10

PENGHARGAAN

            Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya dan izin-Nya jua,
tugasan ini berjaya disiapkan pada waktu yang telah ditetapkan.

2
            Penulis ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kursus Kebudayaan Kebangsaan, Encik Maniyamin, atas segala tunjuk ajar,
bimbingan dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja
kursus ini. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan beliaulah, maka kerja kursus ini berjaya
disiapkan dengan sebaik-baiknya.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
yang telah banyak membantu dari segi dorongan, sokongan moral dan kewangan.
Sesungguhnya, restu dan doa daripada ibu bapa memberikan kekuatan kepada penulis
untuk melengkapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan turut ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberikan sumbangan berbentuk idea bagi memurnikan lagi tugasan ini. Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama mencari bahan dan sumber
rujukan agar kerja kursus ini dapat dilengkapkan dengan jayanya.
Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Segala bantuan yang diberikan
amat saya hargai. Semoga Tuhan merahmati hidup kalian dengan rahmat dan kasih
sayang-Nya.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN

3
Pembinaan negara bangsa merupakan asas dalam usaha negara untuk mencapai status
negara maju signifikan dengan fokus utama Transformasi Nasional 2050 yang menekankan
aspek identiti nasional yang kukuh dan utuh. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Mohd
Ashraf Ibrahim et al. (2018), pembinaan negara bangsa merujuk kepada pembentukan
berasaskan kepada proses penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan
persempadanan wilayah tertentu sebagai identiti yang mana penduduk sesebuah negara
tersebut adalah multietnik. Bagi menjelamakan identiti nasional yang teguh dengan konsep
negara bangsa, setiap individu perlu bertanggungjawab memainkan peranan masing-
masing. Bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup aman dan harmoni, semangat
perpaduan antara kaum perlu diperkas. Sudah tentu, proses pembentukan kebudayaan
nasional amat penting untuk mewujudkan sebuah identiti negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum. Maka, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dijadikan asas serta panduan
kepada proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Terdapat 3 dasar
yang menjadi tunjang kepada proses budaya iaitu, berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan Islam menjadi unsur penting di
dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

 OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

-Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu corak kebudayaan nasional.


-Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan
kebangsaan. Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

2.0 MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat majmuk yang terbentuk adalah berdasarkan integrasi nasional yang telah
berlaku sejak zaman dahulu lagi. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan
antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya
untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan
bersama [ CITATION Nad10 \l 1033 ]. Melalui penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah
perkongsian kebudayaan, persefahaman dan pemikiran antara kaum di Malaysia. Maka,
berlakulah proses pembudayaan budaya di Malaysia hasil masyrakat majmuk. Proses
pembudayaan yang berlaku pada setiap etnik dan kaum meliputi proses pembudayaan,
bahasa, nilai dan akhlak.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan didominasi oleh
tiga kelompok utama iaitu Melayi, Cina dan India. Ketiga tiga rumpun bangsa ini beramal
dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak

4
menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, dibawah satu
kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan.

3.1 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Perkara 152 perlembagaan negara jelas memperuntukkan peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan (Hussin, 2008). Ini menjadikan bahasa Melayu sebagai agen
penyatuan bangsa dan bertindak sebagai tonggak utama identiti nasional, tertakluk kepada
segala urusan, khususnya dalam konteks urusan rasmi. Menurut Abdullah Hassan (2009),
masyarakat Jepun memperoleh ilmu menggunakan bahasa Jepun itu sendiri membuktikan
mereka maju kerana mindanya bebas dipengaruhi oleh bahasa asing. Bahasa Melayu yang
dikongsi bersama masyarakat majmuk ini dapat membina jati diri mengikut acuan sendiri
bagi mencapai Transformasi Pendidikan 2025. Bahasa telah menjadi alat pembentukan
tamadun bangsa kerana melalui bahasalah sesuatu bangsa itu mampu memperkenalkan
dirinya dan membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melalui proses
pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan diri (Hassan Ahmad, 2004). Melalui bahasa
dapat menyatupadukan kaum. Hal ini dikuatkan lagi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Mohd Ghazali
Abdullah (2009), falsafah pendidikan negara didasari oleh Penyata Razak 1956, Ordinan
Pelajaran, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 dengan jelas
menyatakan tujuan dasar pelajaran di Malaysia bertujuan bagi menyatupadukan murid
pelbagai kaum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Berdasarkan keindahan bahasa serta makna tersirat dalam bahasa Melayu dapat
dilihat dalam peribahasa, pantun serta hasil penulisan yang puitis. Pemikiran di sebalik
bahasa yang ingin disampaikan memerlukan daya pemikiran yang tinggi serta penghayatan
nilai yang mendalam. Sebagai contoh pantun

Pantun

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” 3. “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya”

Peribahasa

Contohnya penggunaan simpulan bahasa dan peribahasa dalam sulaman komunikasi


memerlukan kognitif aras tinggi untuk kita memahaminya (Nor Hashimah, 2014). Apa yang

5
mengagumkan simpulan bahasa dan pantun masih releven sehingga hari ini walaupun
masyarakat dan bahasa itu berevolusi mengalami perubahan.

Proses pembudayaan orang Melayu dapat dilihat melalui penekanan akhlak seperti
nilai kesantunan dan adab tingkah laku. Perkara ini dapat dibuktikan melalui penggunaan
bahasa peraturan serta pantang larang dalam kehidupan masyrakat Melayu. Bahasa
pantang larang merupakan warisan seni budaya bangsa yang telah berakar umbi dalam
kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman (Habsah Mohd Noordin, 2005).
Banyak bahasa pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional
dan kekal menjadi pegangan kepercayaan masyarakat kerana ingin mengekalkan adab dan
tingkah laku yang sopan santun dan berbudi pekerti hasil daripada nenek moyang pada
zaman dahulu. Menurut Saidatul Nornis et al (dlm. Radik Taim, 2013:9), bahasa pantang
larang merupakan satu “disiplin lisan” yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian
besar masyarakat Melayu sehingga kini. Pantang larang yang dilakukan bertujuan untuk
mendidik anak muda khasnya agar dapat menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian
dan menjadi contoh teladan. Antara contoh pantang larang ialah tidak boleh duduk atas
bantal, punggung akan terkena bisul dan juga tidak boleh memotong kuku pada waktu
malam, nanti pendek umur. Seterusnya, tidak boleh memukul, mendera atau
mencederakan haiwan kerana dikhuatiri akan melahirkan anak yang cacat. Selain itu,
jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami masalah semasa melahirkan
anak. Perkara ini penting bagi memelihara ketenteraman keluarga apabila tinggal bersama
mentua.

Dari segi proses nilai dapat dilihat dari aspek seni halus dan pemakaian. Menurut
Jabatan Warisan Negara (2016), seni halus ialah satu proses membina, membuat atau
menghasilkan objek atau barangan melalui kreativiti dan kehalusan hasil kerja yang sangat
tinggi. Motif penghasilan seni halus tertumpu pada pengaruh alam sekeliling seperti flora
dan fauna. Seni halus yang berkait rapat dengan kebudayaan Melayu termasuklah seni bina
rumah tradisional, seni bina masjid, pembuatan tembikar atau seramik, pembuatan batik,
ukiran kayu, anyaman tikar mengkuang, tenunan songket, tekatan perak dan emas, pua
kumbu, kain destar dan kain tenun, manik, penghasilan tembaga, labu sayung dan
perhiasan diri. Hasil seni halus memaparkan kreativiti serta kepandaian masyarakat Melayu
yang dapat menghasilkan hasil kerja tangan tradisional yang begitu halus dan bernilai tinggi.

Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyrakat Melayu tidak kira sama ada
perempuan dan lelaki di tanah melayu memakai baju kurung. Menurut (Abbas Alias dan
Norwani Md. Nawawi, 2003) penggunaan istilah kurung yang sama pada kedua-dua baju
lelaki dan perempuan. Baju kurung lelaki ketat dan berseluar singkat manakala wanita

6
hanya memakai kain sarung dengan melilit seluruh tubuh ataupun berkemban sehingga
dada (Haziyah Husin, 2019). Setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, berlaku
perubahan dalam cara pemakaian masyarakat Melayu khususnya apabila mereka telah
mula mengamalkan memakai pakaian yang menutup aurat. Baju kurung menjadi pakaian
harian bagi kaum wanita di Malaysia. Namun kini terdapat pelbagai jenis baju kurung dan
potongan mengikut perubahan seiring dengan zaman. Contoh baju kurung yang ada di
Malaysia ialah jenis ialah baju kurung Kedah, baju kurung Pahang dan baju kurung biasa.
Setiap jenis baju kurung tersebut mempunyai potongan kain yang berbeza. Baju kurung
kedah berlengan pendek sedikit dan tidak mempunyai pesak pada baju, manakala baju
kurung Pahang potongannya sedikit lebar dihujung dan baju kurung biasa potongan kain
yang lurus serta bepesak.
Terdapat dua jenis baju Melayu yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu
baju Melayu Johor (Teluk Belanga) dan baju Melayu Cekak Musang. Rekaan baju Melayu
cekak musang pada bahagian leher bertindih manakala leher teluk belanga dijahit dengan
sulaman tulang belut (Abbas & Nawawi, 2003). Perbezaan yang wujud antara baju ini
mempunyai maksud tersirat yang dikaitkan dengan agama Islam. Rekaan lima butang pada
cekak musang bermaksud lima rukun Islam serta solat lima waktu dan dua butang diatas
membawa maksud mengucap dua khalimah syahadah (Suhaimi, 2019). Satu butang pada
teluk belanga pula merujuk kepada kepercayaan kepada yang maha esa (Suhaimi, 2019).

3.2 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU CINA

Proses pembudayaan masyarakat Cina di Malaysia dapat dilihat melalui proses bahasa.
Anggaran sebanyak 26% daripada jumlah taburan penduduk di Malaysia adalah kaum Cina
dan kelompak kaum kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu. Bahasa utama yang
digunakan oleh kaum Cina ialah bahasa Mandarin dan dianggap sebagai “bahasa ibunda”
kepada semua puak kaum Cina. Terdapat beberapa perkataan bahasa Mandarin yang telah
dipinjam dan sebati dengan bahasa Melayu serta mempunyai maksud yang lain dalam
bahasa Melayu. Contohnya, ialah ‘banci’, ‘kongsi’, ‘tong’, ‘sampan’, ‘cawan’, ‘soja’, ‘cincai’
dan ‘ngam’. Namun, terdapat juga kaum Cina turut mempunyai dialek yang berbeza dan
masih digunakan. Contohnya, dialek Hakka, dialek Kantonis, dialek Hokkien, dialek
Teochew, dialek Hainan, dialek Kwongsai. Dialek yang dituturkan adalah berdasarkan
kepada keturunan dan latar belakang mereka masing-masing. Menurut Chong (2004),
kebanyakan orang Cina di Malaysia bertutur dalam dialek Hokkien (2,020,868 orang
daripada jumlah penduduk kaum Cina di Malaysia), diikuti oleh kumpulan yang bertutur
dalam dialek Hakka (1,092,754 orang), dan kumpulan yang bertutur dalam dialek Kantonis

7
(1,067,994 orang) dan dialek Teochow (497,280 orang). Ini jelas terbukti apabila
kebanyakan entri Cina dalam Kamus Dewan adalah perkataan Hokkien berbanding
Kantonis.

Menurut Khoo Kay Kim (2004) pula, beliau turut melihat orang Cina tidak berasimilasi
sepenuhnya. Di Kelantan dan Terengganu, ada pula orang Cina yang secara budaya sangat
dipengaruhi oleh orang Melayu dan Siam. Mereka menggunakan dialek Melayu di samping
versi Hokkien yang dipengaruhi bahasa Melayu dan Thai. Banyak pula yang menggunakan
dialek Thai Kelantan. Golongan masyarakat Cina di Malaysia terbahagi kepada dia iaitu
Cina Tulen dan Cina Peranakan. Cina Tulen merupakan golongan yang tidak berasimilasi
dengan budaya Melayu. Manakala Cina Peranakan pula ialah komuniti Cina yang berjaya
berasimilasi dengan budaya Melayu. Antara contoh kumpulan Cina Peranakan ialah Baba
Nyonya di Melaka dan Cina Peranakan di Kelantan dan Terengganu.

Feng Shui merupakan ilmu yang berkaitan astronomi dan geografi untuk membantu
masyarakat Cina memperbaiki kehidupan. Namun Feng Shui telah menjadi satu
kepercayaan yang dipegang oleh orang Cina. Feng Shui bertujuan untuk memilih lokasi atau
kawasan yang berpotensi dan bersesuaian mengikut kedudukan dan paksi. Terdapat dua
jenis Feng Shui iaitu Yang Feng Shui dan Ying Feng Shui yang melibatkan lima elemen
yang dipanggil ‘Wu Xiang’. Lima unsur alam yang mempengaruhi individu iaiah tanah, air,
api, kayu dan logam. Unsur-unsur tersebut akan memberi kesan kepada individu dari aspek
kesihatan, sifat, kesesuaian hubungan, bakat dan pekerjaan. Selain itu warna juga
memainkan peranan penting dalam kehidupan. Warna melambangkan kerjaya. kerajaan,
peguam, dan industri perbankan. “Warna sesuai ialah warna emas dan warna tanah dan
warna tidak sesuai warna api dan warna air kerana ia mencairkan emas. “Warna tanah ialah
berkaitan kristal, marmar, jubin dan batu dan kerjaya yang berkaitan ialah industri hartanah,
konsultan dan kecantikan

Proses masyrakat cina di Malaysia dapat dilihat melalui proses seni reka bentuk.
Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah membawa kesenian yang amat
bernilai dan menjadi adat serta budaya mereka. Kedatangan masyarakat Cina telah
memperkenalkan seni reka serta reka bentuk yang amat menarik. Seni reka bentuk ini telah
diterima oleh masyarakat Melayu pada ketika itu dan bersesuaian dengan adat dan syariat
Islam. Hasil seni pertukangan ini dapat dilihat pada bentuk masjid yang awal dibina di
Melaka. Antara rekaan yang jelas melihatkan kesenian kaum Cina adalah atap tumpang
reka bentuk masjid yang disebut sebagai masjid berbumbung piramid. Bentuk bumbung
piramid yang disusun seara berperingkat ini dipanggil masjid berbumbung meru.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut, masjid berbumbung meru ini diinspirasikan daripada

8
pertukangan China. Boyd (1962) berpandangan gaya dan reka bentuk bumbung meru
masjid ini diambil daripada seni bina yang digunakan pada zaman Dinasti Ming. Maka,
penghijrahan masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah membawa bersama reka bentuk
bumbung meru dan disuaikan dengan persekitaran. Reka bentuk atap meru ini dapat dilihat
di masjid sekitar melaka seperti di masjid Tanjung Keling, masjid Kamoung Hulu, masjid
Kampung Paya Datuk dan masjid Kg Duyong.

Rajah 1 : Bumbung meru masjid Kg. Duyong Melaka

3.3 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT INDIA

UNESCO telah mengiktirafkan enam (6) daripada 3000 bahasa yang kaya dengan sastera
dan nahu sebagai bahasa klasik dunia. Nedumaran (2007), menyenaraikan bahasa Tamil,
bahasa Cina, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Hebrew, dan bahasa Grik sebagai
enam bahasa klasik yang mempunyai sejarah lebih dari 2000 tahun. Daripada enam bahasa
tersebut, bahasa Latin dan bahasa Sanskrit hanya digunakan dalam upacara keagamaan
dan tidak lagi menjadi bahasa tuturan harian. Manakala bahasa Hebrew dan Grik klasik
yang telah hilang penggunaannya pula cuba dihidupkan semula (Nedumaran, 2007).
Menurut Nedumaran (2007), hanya bahasa Cina dan bahasa Tamil merupakan dua bahasa
klasik yang masih digunakan kini. Berlainan daripada bahasa klasik yang lain, bahasa Tamil
masih ditutur dan ditulis lebih dari 5000 tahun. Bahasa Tamil merupakan bahasa yang
sangat purba (dancient) dan tumbuh sebagai bahasa bertradisi bebas keseluruhannya tanpa
dipengaruhi olch bahasa Sanskrit atau bahasa lain (Mustapha, 2007). Bahasa Tamil juga
kaya dengan kesusasteraan lama yang keluasannya tidak dapat dihuraikan.

Dalam kaum india mereka menganut agama Hindu. Mengikut kepercayaan agama
Hindu, lembu adalah haiwan yang suci dan tidak boleh membunuh serta memakan daging
lembu kerana mereka percaya bahawa lembu mempunyai kedudukan yang istimewa
standing dengan dewa-dewa Hindu yang lain. Lembu dianggap sebagai haiwan yang suci,

9
maka menyembelih dan memakannya adalah suatu tindakan yang tidak dapat diterima
(Sanderson 2011. Agama Hindu berasaskan kitab suci Veda yang mengajar penganutnya
agar menghormati dan menghargai semua manusia yang mengakui adanya kekuasaan
Tuhan. Tradisi dan kepercayaan menghormati lembu masih diamalkan oleh masyarakat
Hindu sehingga kini termasuklah di Malaysia. Di Malaysia, masyarakat Hindu berpantang
dari memakan daging lembu dan memilih untuk hidup sebagai vegetarian sebagai tanda
penghormatan. Di samping itu, masyarakat Hindu meletakkan patung-patung lembu di
rumah dan kuil-kuil sebagai tanda rasa bersyukur mereka. Secara tidak langsung dapat
menerapkan rasa hormat dan sentiasa diingati sebagai dewa. Masyaraka Tamil mudah
menerima fahaman ini kerana mereka percaya terhadap fahaman panteisme iaitu
mempercayai bahawa tuhan boleh dimanifestasi dalam rupa makhluk.

Menurut Andree (2000), istilah tarian merujuk kepada satu siri gerakan yang
dilakukan secara individu dan berkumpulan yang mempunyai corak pergerakan. Pergerakan
tarian yang rumit memerlukan penari berlatih agar dapat mempersembahkan tarian dengan
baik. Merujuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) tarian tradisional India
telah pun wujud selama beribu tahun dahulu. Tarian India terbahagi kepada gaya klasik dan
gaya tradisional. Contoh tarian gaya klasik ialah Bharata Natyam, Kathakali, Odissi,
Kuchipudi dan Katha. Menurut Rangashree (2008), pergerakan Bharata Natyam adalah unik
kerana tarian ini berkongsi unsur dengan tarian India klasik, tetapi tidak terdapat dalam gaya
tarian barat. Tarian Bharata Natyam berunsurkan agama dan ibadat agama Hindu serta
mempunyai teknik pergerakan yang lincah dan jelas. Pergerakan kaki tarian ini amat laju
dan mampu mengalahkan irama lagu. Selain itu, kebanyakan kuil Hindu lama di India
selatan dihiasi dengan patung dewa Shiva dalam tarian Bharatanatyam. (Thirumagal,2017).
Selain itu terdapat jugak tarian Kathakali yang masih diamalkan oleh kaum India di Malaysia.
Tarian Kathakali ini berbentuk drama-tari ritual yang berasal dari Kerala, India Selatan.
Tarian ini juga diinspirasi dari epik Hindu yang menceritakan kehidupan, konflik dewa-dewa,
percintaan serta pahlawan mitologi India.

3.4 PROSES PEMBUDAYAAN MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK

Bahasa –

Bahasa yang bersinonim dengan kebanyakan masyarakat peribumi di Sabah terdiri daripada
bahasa sukuan yang berbeza-beza mengikut budaya setempat (Noor Aina Dani 2007).
Bahasa sukuan peribumi Sabah digunakan dengan Bahasa Melayu dikatakan muncul
kemudian selepas bahasa Inggeris dan bahasa Cina diperkenalkan dalam bidang
pendidikan di Sabah. Walau pun begitu, dua bahasa terawal berkenaan tidak banyak

10
mempengaruhi kosa kata bahasa ibunda masyarakat peribumi di Sabah jika dibandingkan
dengan bahasa Melayu sebagai agen perubahan bahasa.

Akhlak – kepercayaan / pantang larang

Orang Bajau merupakan kaum bumiputera asal yang kedua terbesar di Sabah. Mereka
adalah suku kaum yang terkenal dengan khazanah budaya dan warisan. Orang Bajau
boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok utama, iaitu etnik Bajau di pantai timur
Sabah yang menduduki kawasan sekitar daerah Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak,
Tawau dan Semporna, manakala etnik Bajau pantai barat yang menduduki kawasan di
sekitar daerah Putatan, Tuaran, Papar dan Kota Belud

Sebelum agama Islam mencorak kehidupan masyarakat Bajau dalam kehidupan,


kepercayaan animisme merupakan tunjang asas pegangan mereka (Eshah A. Wahab,
2012). Bagaimanapun, pemikiran masyarakat 75 Ritual Perubatan Tradisional Etnik
Bajau di Sabah: Analisis dari Perspektif Hukum Islam Bajau dicorakkan oleh
pengaruh ajaran Islam selepas Islam datang ke alam Bajau.

Magombo’ merupakan amalan ritual etnik Bajau Semporna yang berasaskan


kepercayaan kepada roh leluhur nenek moyang. Ia dilaksanakan dengan beberapa
ritual tertentu dengan tujuan memohon rahmat dan kesejahteraan dalam kehidupan
(Halina Sendera, 2007). Pada masa yang sama, ritual magombo’ dipersembahkan
sebagai cara pengubatan tradisi masyarakat Bajau. Masyarakat Bajau percaya
bahawa roh leluhur nenek moyang mempunyai keupayaan mempengaruhi generasi
yang masih hidup. Istilah lain yang sinonim dengan magombo’ ialah hinang kok taun
(Md. Saffie, 2012), magmatalau (Yap Beng Liang, 1993), magpaii-bahau dan
magduwata kabusungan (Hanafi Hussin, 31 Mac 2016, Universiti Malaya; Hanafi
Hussin, 2008a). M

Seterusnya, mandi selamun pula berfungsi sebagai benteng daripada terkena


penyakit. Upacara ini dikendalikan oleh ketua adat. Istilah mandi selamun tercetus
disebabkan oleh ketua bomoh menggunakan daun salamun yang telah ditulis dengan
ayat al-Quran dan direndam ke dalam sungai (Saidatul Nornis, 2018). Proses siraman
air selamun turut dibacakan mantera khusus yang berfungsi sebagai air penawar dari
pelbagai penyakit terutamanya hasil bawaan makhluk halus (Azmin Pullong & Halina
Sendera, 2019).

Nilai – tarian, mkanana, pakaian

Makanan juga merupakan akar umbi dalam sesuatu tradisi masyarakat dan budaya tertentu
(Niva, 2007). Makanan merupakan salah satu alat yang paling mudah digunakan dalam

11
pertukaran budaya (D' Antuono dan Bignami, 2012). Pada suatu masa dahulu, makanan
digunakan untuk tuntutan sosial dan interaksi seperti lambang persahabatan (Pettinger et
al., 2006). Makanan dianggap sebagai satu medium untuk menyampaikan kasih sayang
terutamanya di kalangan ahli keluarga (Jiang et al., 2007).

Makanan tradisional meliputi semua jenis makanan daripada sumber asli, yang disediakan
untuk budaya tertentu (Kuhnlein dan Chan, 2000). Nathalie (2007) menunjukkan makanan
tradisional adalah sentiasa berkaitan dengan makanan tempatan dan makanan artisan yang
merujuk kepada bahan-bahan, pengetahuan dan lokasi produk yang tertentu. Ia boleh
ditujukan sebagai makanan yang disediakan oleh orang asli dalam satu negara dan
dianggap sebagai makanan tempatan atau makanan etnik. Lazimnya, makanan yang
dihasilkan ini dianggap untuk menyokong ekonomi tempatan, selalunya berkaitan dengan
jarak pengangkutan yang singkat, kesegaran dan kebolehpercayaan asal-usulnya

Hinova, Bosou dan Noonsom, tapai, tuhau bambangan,

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN

Abbas, A., & Norwani, M. N. (2006). Pakaian melayu sepanjang zaman. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayun di Persimpangan Antara Jati Diri dengan
Rempuhan Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan 16. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Alias, A., & Nawawi, N., M. (2003). Pakaian melayu sepanjang zaman. Selangor: Ampang.

Boyd, A. (1962). Chinese Architecture and Town Planning, London: University of Chicago
Press

Chong Siew Ling. (2004). “Distribution of Chinese dialects” dalam The Encyclopedia of
Malaysia: Languages and Literature. Vol 9, 52-53. Singapore: Archipelago Press.

Habsah binti Mohd Noordin. (2005). Pantang larang dan petua orang tua. Perak: Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak

Hassan Ahmad. (2004). Nasionalisme dan perjuangan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Haziyah Hussin. (2006). Motif alam dalam batik dan songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).

12
Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hussin, H. (2019). Evolusi dan tipologi pakaian wanita melayu di semenanjung Malaysia.

Mohd, A. I., Abd, S. H., Mohd, A. O., Chin, K. T., Amaran@Amran, A. M., Sobri, I., & Arba,
K. (2018). Hubungan Etnik. Shah Alam, Selangor Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Ghazali Ahmad. (2009). Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan: Satu
penilaian semula. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa
Melayu

Musthapa, M. (2007). Tamil Chemmozhiyin 11 Thahuthihal. In Seeni Naina Mohammad


(Ed.), Tamil Semmozhi Sirappu Malar (pp. 37-40). Pulau Pinang: Unggalkural Enterprise

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia Melangkah ke Hadapan.
Selangor.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nedumaran, P. (2007). Ulaha Tamilarum Semmozhiyum. In Seeni Naina Mohammad (Ed.),


Tamil Semmozhi Sirappu Malar (pp. 41-42). Pulau Pinang: Unggalkural Enterprise.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai