KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN “KELAB PERKASIH”
SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN BESERAH, 26100, KUANTAN,
PAHANG
DISEDIAKAN OLEH:
1|Page
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
KANDUNGAN
TAJUK
1. PENGENALAN
i. LATAR BELAKANG
ii. RASIONAL
iii. MATLAMAT
iv. OBJEKTIF
v. VISI
vi. MISI
vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii. JAWATANKUASA PENAJA
2. PERLEMBAGAAN
i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii. MATLAMAT
iii. OBJEKTIF
iv KESETIAAN ALAM SEKITAR
v. LOGO DAN PENGERTIAN
vi. BENDERA DAN PENGERTIAN
vii. KEAHLIAN
viii. PAKAIAN RASMI
ix. GURU PENASIHAT
x. AHLI JAWATANKUASA
xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
xii. KEWANGAN
xiii. KEHADIRAN
xiv PERATURAN-PERATURAN
xv. TINDAKAN DISIPLIN
xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN
xvii PEMBUBARAN
xviii HAL-HAL LAIN
LAMPIRAN
2
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
TAJUK
Kelab Perkasih
1. LATAR BELAKANG
Kelab Perkasih atau Persatuan Kasih ini adalah satu usaha terancang oleh pihak Sekolah
Kebangsaan Beserah untuk melibatkan murid mengisi masa lapang mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kelab Perkasih ini lebih menjurus penglibatan murid untuk
mengenali warga emas dengan lebih dekat. Aktiviti-aktiviti Kelab Perkasih ini,
membolehkan penglibatan murid secara aktif dalam menimbulkan rasa menghargai dan
menyayangi orang yang lebih tua dan golongan warga emas.
Secara umum kegiatan Ko-kurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin
pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih
banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin
mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan
yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
2. RASIONAL
2.1 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini
terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur,
air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.
Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah
memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil
lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya,
sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan
global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh
negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan
kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.
2.2 Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan
bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia
mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang
3
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya
itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’
Nabi s.a.w pula berpesan yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan
melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis
riwayat Muslim)
2.3 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. MATLAMAT
3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
4. OBJEKTIF
4.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
4.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
4.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam
konteks yang berbeza
4.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5 Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
4.6 Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
4.7 Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
4.8 Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
4.9 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
4.10 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
4.11 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
5. VISI
5.1 Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi
menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat
masa kini dan akan datang
6. MISI
4
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
5
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
PERATURAN 2 : MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 : OBJEKTIF
Tujuan Kelab Pencinta Alam ditubuhkan ialah:
3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai
cabaran kehidupan.
3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi
menjayakan Wawasan 2020.
3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
3.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-
pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus
dan memimpin.
6
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
3.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
3.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai
isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
3.8 Supaya ahli dapat pendedahan dan kemahiran dari pelbagai segi (pendidikan alam
sekitar) dengan lebih profesional dalam menimba ilmu dan memupuk semangat
berkerjasama dan hidup harmoni secara bermasyarakat.
3.9 Ahli-ahli kelab akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling
tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang
diikutiinya dan setiap pertandingan serta persembahan yang di laksanakan.
7
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
ii. Daun melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa. Harapan dan
bekalan.
iii. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.
iv. Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah
v. Warna kuning melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.
vi. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
PERATURAN 7 : KEAHLIAN
76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan
Astana Raja tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan
kelab.
7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.
PERATURAN 8 : PAKAIAN
8.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian seragam sekolah
8
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
9
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.2 Naib Pengerusi
11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.5 Bendahari
11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.7 Ahli Jawatankuasa
11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa
PERATURAN 12 : KEWANGAN
10
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
12.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat
Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.
12.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
11
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 17 : PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan
secara bertulis
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah
PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Pencinta Alam” merupakan satu asset yang bernilai kepada
sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui
setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam
kelab Pencinta Alam mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah
12
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
.................................
HAMIZA BIN ZAINI
Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam (K)
Sek. Keb. Astana Rasja
Tarikh: .......................
................................. .................................
ROSLINA BINTI MOHD YASIN MUHAMMAD NAZIRUL MUBIN
GPK Kokurikulum Guru Besar
Sek. Keb. Astana Raja Sek. Keb. Astana Raja
13
KERTAS KERJA PENUBUHAN KKS 2017
14