Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

“KELAB LESTARI ALAM SEKITAR”

SMK LUAR BANDAR MIRI


KM 55, JALAN MIRI-BINTULU,
C.D.T 242 MIRI, 98000, SARAWAK

DISEDIAKAN OLEH:

DENIE MAXWELL ANAK SEKEP

SMK LUAR BANDAR MIRI


KANDUNGAN

TAJUK
1. PENGENALAN

i. LATAR BELAKANG
ii. RASIONAL
iii. MATLAMAT
iv. OBJEKTIF
v. VISI
vi. MISI
vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii. JAWATANKUASA PENAJA

2. PERLEMBAGAAN
i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii. MATLAMAT
iii. OBJEKTIF
iv KESETIAAN ALAM SEKITAR
v. LOGO DAN PENGERTIAN
vi. BENDERA DAN PENGERTIAN
vii. KEAHLIAN
viii. PAKAIAN RASMI
ix. GURU PENASIHAT
x. AHLI JAWATANKUASA
xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
xii. KEWANGAN
xiii. KEHADIRAN
xiv PERATURAN-PERATURAN
xv. TINDAKAN DISIPLIN
xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN
xvii PEMBUBARAN
xviii HAL-HAL LAIN

9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


10. PENUTUP

LAMPIRAN
TAJUK

Kelab Lestari Alam Sekitar

1. LATAR BELAKANG
Kelab Lestari Alam Sekitar adalah usaha terancang pihak SMK Luar Bandar Miri untuk
melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di
samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Lestari Alam Sekitar ini,
membolehkan penglibatan aktif pelajar bagi menimbulkan rasa semangat
berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta mengelakkan diri
daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Secara umum kegiatan Ko-kurikulum yang
sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka
terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi
untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke
arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi,
rohani dan intelek ( AJERI ).

2. RASIONAL
2.1 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-
sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral,
tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di
dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia
mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Walau bagaimanapun,
sumber-sumber alam semakin berkurangan berikutan fenomena kemusnahan
hutan, pemanasan global dan kekurangan sumber air bersih yang menjadi
masalah terbesar yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia.
Antara langkah yang paling berkesan dalam mengekalkan keseimbangan
antara kelansungan hidup manusia dengan kelestarian alam sekitar adalah
dengan memelihara serta memulihara alam sekitar secara aktif.
2.2 Selain itu, Sarawak juga merupakan antara negeri dalam Malaysia yang
mempunyai khazanah alam semula jadi terbesar di Malaysia, dengan keluasan
kira-kira 124,451 km², ia masih lagi mengekalkan kehijauan dan sumber
alamnya. Kerajaan Negeri Sarawak juga amat komited dalam memelihara dan
memulihara sumber alam negeri ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk
menjadikan Sarawak sebagai sebuah destinasi pelancongan hijau. Kerajaan
negeri juga amat komited dalam merealisasikan teknologi hijau dalam
Sarawak. Namun begitu, Sarawak juga tidak terlepas daripada ancaman
kemusnahan alam sekitar yang saban hari menghakis kehijauan yang ada di
bumi kenyalang ini. Oleh sebab itu, generasi muda selaku pewaris dan
pemimpin pada masa hadapan perlulah diberikan kesedaran serta
pengetahuan awal agar ianya dapat dipraktikkan dan diterapkan di peringkat
muda bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja akan memelihara dan
memulihara alam sekitar, bahkan juga menghargai dan ciptaan Tuhan.
2.3 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. MATLAMAT
3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

4. OBJEKTIF
4.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
4.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
4.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi
dalam konteks yang berbeza
4.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5 Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
4.6 Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
4.7 Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.
4.8 Menyokong aktiviti anjuran MNS (Malaysian Nature Society)
4.9 Menyokong aspirasi kerajaan negeri Sarawak sebagai negeri mesra alam
sekitar.
4.10 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
4.11 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar.
4.12 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

5. VISI
5.1 Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi
menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat
masa kini dan akan datang
6. MISI
6.1 Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar
yang baik sejajar dengan pembangunan dan pemodenan negara.

7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan,
Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)
7.2 Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan
Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
7.3 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil
belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
7.4 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :
i) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii) mendapatkan maklumat yang perlu
iii) memikir, merancang dan melaksanakan tindakan atau alternatif
yang
sesuai.

8. JAWATANKUASA KELAB LESTARI ALAM SEKITAR


Jawatankuasa "Kelab Lestari Alam Sekitar" akan terdiri daripada:

Penaung : Pn. Dayang Laila binti Haji Kahar


Penyelaras : En. Parai Ulai
Penasihat : En. Denie Maxwell anak Sekep
Pengerusi : Jordan Wong Chun Haw
Naib Pengerusi : Bradie Sendar anak Siba
Setiausaha : Raazhidah Shah binti Nadar
Bendahari : Richellyia Wee

Ketua Kumpulan : 1) Amirah Balqis binti Supardy


2) Anderson Kanang anak Pawrine
3) Adil Fitri bin Sulaiman
4) Lyana anak Lian
5) Cynthia anak Distandtly
KELAB LESTARI ALAM SEKITAR
SMK LUAR BANDAR MIRI
NO. PENDAFTARAN
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan : Kelab Lestari Alam Sekitar
SMK Luar Bandar Miri

b. Alamat : SMK Luar Bandar Miri,


Jalan Miri-Bintulu, C.D.T 242,
98000, Miri, Sarawak.

PERATURAN 2 : MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF
Tujuan Kelab Pencinta Alam ditubuhkan ialah:
3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
3.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-
pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.
3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.
3.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
3.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan
berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
3.8 Supaya ahli dapat pendedahan dan kemahiran dari pelbagai segi (pendidikan
alam sekitar) dengan lebih profesional dalam menimba ilmu dan memupuk
semangat berkerjasama dan hidup harmoni secara bermasyarakat.
3.9 Ahli-ahli kelab akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang
paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian
kecekapan yang diikutiinya dan setiap pertandingan serta persembahan yang
di laksanakan.

PERATURAN 4 : KESETIAAN ALAM SEKITAR


4.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia
4.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan
4.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN


5.1 Logo Kelab Pencinta Alam

5.2 Pengertian logo


i. Lingkungan atau bulan sabit melambangkan peranan dan
tanggungjawab manusia melindungi khazanah alam kurniaan Tuhan.
ii. Daun melambangkan harapan terhadap kebergantungan manusia
kelestarian alam sekitar.
iii. Pohon kayu melambangkan alam sekitar sebagai tunjang kepada
kelansungan hidup manusia.
iii. Warna hijau melambangkan semangat kental mengekalkan kelestarian
alam sekitar.
iv. Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau
tanah
v. Warna coklat melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.
vi. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN


6.1 Bendera Kelab Pencinta Alam

CARPE TERRA

6.2 Pengertian bendera Kelab Pencinta Alam


i. Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar.
ii. Slogan bahasa Latin ”Carpe Terra” bermaksud ”seize the earth” untuk
memupuk semangat menjaga alam sekitar.

PERATURAN 7 : KEAHLIAN
76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas
SMK Luar Bandar Miri tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan
sosial pelajar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam
kemajuan kelab.
7.5 Semua ahli berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.
7.6 Semua ahli wajib menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 8 : PAKAIAN
8.1 Sesi perjumpaan mingguan - Baju T Kelab, seluar trek sukan, kasut sukan
berstokin
8.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T Kelab dan seluar trek sukan
- Kasut dan bersetokin

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT


9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA


10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Bendahari
10.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


11.1 Pengerusi
11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.2 Naib Pengerusi
11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang
diberi.
11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

11.5 Bendahari
11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

11.7 Ahli Jawatankuasa


11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa
PERATURAN 12 : KEWANGAN
12.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.
12.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN


15.1 Akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN


16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua.
PERATURAN 17 : PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran
Persatuan secara bertulis
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


11.1 Program “Sekolah dalam Taman”.
11.2 Program penanaman menggunakan baja organik.
11.3 Program “Satu Pelajar, Satu Pokok”.
11.4 Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari
spesis yang sesuai.
11.5 Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok.
11.6 Projek membuat baja kompos.
11.7 Pameran “Kelestarian Alam Sekitar”.
11.8 Penyelenggaraan taman dan alatan.

PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Lestari Alam Sekitar” merupakan satu asset yang bernilai
kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik
sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam Kelab Lestari Alam Sekitar mampu melahirkan kelompok masyarakat yang
bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini
tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,

.................................
DENIE MAXWELL ANAK SEKEP
Guru Penasihat Kelab Lestari Alam Sekitar (K)
SMK Luar Bandar Miri.

Tarikh: .......................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
PARAN ULAI DAYANG LAILA BINTI HAJI KAHAR
GPK Kokurikulum Pengetua,
SMK Luar Bandar Miri. SMK Luar Bandar Miri.

Tarikh: ....................... Tarikh: .......................

Anda mungkin juga menyukai