Anda di halaman 1dari 17

Pelaksanaan Dasar Pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ; Isu, dan cadangan.

1.0 Pengenalan

Pendidikan Malaysia telah mengalami evolusi dan reformasi yang cukup pesat dalam tahun-

tahun 80’ an sebagai persiapan untuk mendepani arus pendidikan global abad ke 21. Sikap

prihatin dan berpandangan jauh terhadap masa depan pendidikan negara menjadi agenda

utama pemikir dan pemimpin negara kita. Salah satu pembaharuan terbesar dalam agenda

pendidikan Malaysia ialah lahirnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN-1987), kini dikenali

sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1996).

‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.’

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998, h.6)

Tajul Ariffin (2006) berpendapat Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan permata yang

paling berharga dalam pendidikan negara yang mesti dipertahan , dipelihara, dan

diperkasakan. Justeru, pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara menyeluruh

mengikut sifat keasliannya adalah merupakan amanah yang mesti disempurnakan oleh

semua pendidik dan warga pendidikan.

1
2.0 Pengertian Falsafah.

Falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti pengetahuan tentang ilmu yang

tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah berasal daripada perkataan

Yunani iaitu phileo yang bermasksud cinta dan sophia yang bermaksud kearifan,

kebijaksanaan atau hikmah. Cantuman kedua-duanya memberi erti cinta kepada kearifan,

Kebijaksanaan atau kehikmahan.

Tokoh-tokoh klasik falsafah yang terkenal seperti Socrates (469-399 S.M) memberi

penjelasan bahawa falsafah bermula dengan pencarian (wonder), Aristotle (384-322 S.M)

pula menyatakan falsafah sebagai usaha menyelidik sebab serta asas kepada segala benda.

Manakala John Dewey (1859-1952) pula menyatakan falsafah adalah arah keseluruhan proses

pendidikan. Al-Farabi (339-950 M) seorang ahli falsafah Islam menyatakan falsafah sebagai

ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan falsafah adalah untuk menyelidik hakikat

alam maujud yang sebenar. Beliau juga menyatakan bahawa falsafah adalah pokok kepada

segala ilmu.

Secara konsepnya, falsafah adalah sebagai suatu usaha mencari kebenaran atau keyakinan

berhubung perkara yang menggunakan minda dan akal fikiran juga sebagai pertimbangan

terhadap suatu perkara yang berasaskan kepada kebenaran bagi memberi penjelasan tentang

sesuatu. Menurut Sharifah Alwiah (1985), berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan

falsafah adalah sebagai sesuatu penyiasatan yang bersifat sistematik komprehensif dan logik

tentang asas-asas pemikiran bagi semua aktiviti manusia dalam bidang-bidang sains, seni,

agama dan pendidikan.

2
3.0 Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan dianggap sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang

mencerminkan pemikiran dan falsafah sesebuah negara. Ia adalah sebagai langkah permulaan

dalam proses pendidikan dan sebagai asas pergantungan kepada unsur-unsur yang terdapat

dalam pendidikan seperti matlamat, isi kandungan pendidikan, pendekatan, strategi dan

kaedah proses pengajaran. Menurut Abdul Fatah (2001), falsafah pendidikan adalah suatu

sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am yang membincangkan berbagai perkara

mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankandisekolah. Falsafah memainkan

peranan sebagai tumpuan segala idea dan juga pemikiran tentang pendidikan; falsafah dapat

menjelaskan hala tuju kepada segala usaha untuk memajukan sistem pendidikan negara,

berperanan sebagai asas atau dasar dalam menentukan matlamat pendidikan negara, dapat

memberi panduan dalam menentukan fokus dan kandungan kurikulum pendidikan; falsafah

menunjuk arah kepada pelaksana (sekolah dan institusi pendidikan) dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran; sebagai asas dan memberi arah kepada

pembuat dasar pendidikan menentukan corak sistem pendidikan negara.

Semua warga pendidikan perlu memahami pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang asal. Dengan itu, keaslian maksud dan makna Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dapatlah dikekalkan. Keaslian pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan

mengukuhkan tunjang pendidikan negara. Dari segi memilih strategi, kaedah dan inovasi

pendidikan bolehlah diikut keperluan dan tuntutan semasa. Tetapi asas dan paksinya

mestilah merujuk pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang asal. Inilah tujuan

penulisan ini. Sayugia diingatkan agar pendidik dan warga pendidikan kembali memahami

pengertian asal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu dapatlah dilaksana dan

3
dijayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, kini dikenal pula

sebagai PPPM (2013-2025) dengan pendekatan yang lebih adil, sistematik dan terarah.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap

pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada

pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan

idea konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia. Sehubungan ini, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan

dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu,

masyarakat dan negara. Semasa penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa

faktor yang berkaitan telah dipertimbangkan terlebih dahulu supaya ianya boleh menjadi

panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan. Di antara faktor-

faktor mengikut Mok Soon Sang:2000:89 yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa

menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaanseperti berikut :

4.1. Faktor Agama

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, agama Kristian, agama

Buddha, agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang

negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting yang

mempengaruhi pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

4
4.2 Faktor Sosial.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran

negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati

antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan

kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang

stabil.

4.3 Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan

kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan

Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi

negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan

negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas

dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.4 Faktor Ekonomi.

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara

memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita

memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan

negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5
4.5 Faktor Individu

Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini

meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis

sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia

menghadapi cabaran hidup dengan tenang.Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.6 . Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan

sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar

pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia,

perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke

arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian

pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan

oleh UNESCO 1980-an.

5.0 Kekuatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah ini memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara melalui pendekatan

bersepadu yang menekankan pengembangan potensi insan secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu. Pendekatan ini mampu mendidik bukan sahaja akal, tetapi juga hati sehingga

modal insan tersebut mengiktiraf kewujudan Pencipta, menundukkan sifat-sifat ego dan

membolehkan mereka membangunkan sifat kehambaan hanya kepada Pencipta (Nur Hafizoh

& Rohana, 2013). Apabila falsafah tersebut diperhalusi dengan teliti, jelas terlihat elemen

6
atau unsur akidah yang dijadikan dasar kepada falsafah tersebut. Frasa “berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dalam teks FPN menunjukkan dengan jelas

pengaruh akidah sebagai teras dan dasar bagi segala aktiviti pendidikan di Malaysia. Tajul

Arifin (2005) ketika menganalisis frasa yang menjadi tunjang kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini menyatakan bahawa frasa ini bertujuan untuk menanamkan keyakinan

bahawa manusia dan segala bahan dan sumber alam tidak terjadi dengan sendirinya tetapi di

sebalik semua itu ada Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Keyakinan yang ditanam

kukuh ini berupaya menghasilkan kepatuhan kepada Pencipta dalam setiap perbuatan dan

aktiviti manusia di bumi ini.

Kepercayaan ialah keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri

tetapi ada Penciptanya. Hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.Oleh itu, manusia

harus patuh kepada Tuhan dan memikul amanah dan tanggungjawab kepadaNya dalam usaha

mentadbir dan memakmurkan alam bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di

akhirat. Kedua-dua konsep ini dapat diguna untuk memurnikan kaedah dan pemikiran

saintifik Barat yang dimulai dengan keraguan. Sedikit demi sedikit pelajar diorientasikan

supaya meragui agama, ilmu wahyu dan ketuhanan.Justeru, berdasarkan pendidikan sepadu,

pendidikan perlu dimulai dengan keyakinan kepada ilmu wahyu dan bermatlamatkan

pemantapan kepercayaan kepada Tuhan. (Tajul Arifin , 2005, h.8)

Persoalannya sejauh manakah falsafah pendidikan telah mencapai matlamatnya.

Pendidikan menjadi suatu aspek penting yang perlu diutamakan dalam pembinaan sebuah

negara dan bangsa. Di dalam sejarah negara sendiri aspek pendidikan berkembang sejajar

dengan arus peredaran dan zaman. Pada awalnya kebanyakan sistem pendidikan banyak

7
dipelopori oleh golongan yang berautoriti dalam bidang agama Islam ataupun Kristian. Arus

pendidikan di Malaysia yang mulanya bermula dari cara tradisional seperti sistem pondok

berkembang kepada sistem yang lebih tersusun. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun

1957, pelbagai perubahan telah dibuat bagi memastikan semua rakyat mendapat pendidikan

yang sempurna. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu pendidikan hangat diperkatakan

setelah rakyat dan pemimpin masyarakat terutamanya pejuang bangsa melihat sistem

pendidikan kendalian kerajaan semakin tersasar daripada matlamatnya.

6.0 Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Scenario Pendidikan


Negara.

6.1 Aspek Pembangunan Insan

Pembangunan insan akan berjaya apabila pendidikan berorientasi paradigma ilmu wahyu.

Ilmu akal hanya mampu membina individu yang berjaya secara duniawi. Tetapi untuk

membina INSAN berjaya di dunia dan akhirat, memerlukan penghayatan kepada ilmu

wahyu. Oleh itu, kurikulum pendidikan berteraskan pembangunan insan melalui konsep

kesepaduan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah diperkukuhkan.

Program PLKN juga perlu dikaji semula. Di sekolah, usaha-usaha pembangunan insan

dilaksanakan menerusi penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Malangnya dalam

program PLKN, aktiviti-aktiviti pembangunan peribadi yang bertunjangkan ilmu wahyu

tidak ada. Keadaan ini menyebabkan usaha-usaha pembangunan insan tidak berterusan di

antara alam persekolahan dan masyarakat. Alangkah baik jika peruntukan berjuta-juta

ringgit (RM) untuk PLKN turut sama diagihkan kesemua sekolah di seluruh negara untuk

melaksanakan program pembangunan insan. Dengan harapan dapatlah dilahirkan insan yang

cemerlang dan berjaya di dunia dan di akhirat.

8
6.2 Aspek Seimbang dan Harmoni

Seimbang merujuk kepada moral, manakala harmoni bermaksud berakhlak. Berdasarkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan akhlak dan moral perlu dibina menerusi penghayatan 16

nilai murni merentas kurikulum. Malangnya sejak tahun 1998 strategi penerapan nilai-nilai

murni telah diabaikan dan dilupakan. Akibatnya moral dan akhlak murid-murid dan pelajar-

pelajar sekolah hari ini semakin merosot dan rosak. Oleh itu dicadangkan agar sekolah

menjadikan strategi mendidik pelajar dengan nilai murni sebagai satu keutamaan di

sekolah-sekolah.

6.3 Menyeluruh dan Bersepadu

Perkataan ‘Menyeluruh’ bermaksud pendidikan yang bersifat holistik manakala ‘Bersepadu

bermaksud ilmu wahyu hendaklah berfungsi sebagai paksi kepada ilmu akal. Berdasarkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, paradigma ilmu wahyu hendaklah menjadi teras kepada

fungsi akal (Idealisme), Kualiti Keidupan (Realisme) dan Keharmonian Tabii INSAN

(Humanisme). Oleh itu pendidikan yang berorientasikan robot, kilang, lulus peperiksaan dan

sekeping ijazah hendaklah diubah. Pendidikan yang baik sentiasa bersifat harmoni di

antara kebenaran agama, kesihatan fikiran, kualiti kehidupan dan keharmonian fitrah insan.

Keharmonian semua faktor ini sebenarnya telah pun tersurat dan tersirat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

6.4 Keharnonian Rohani, Intelek, Emosi dan Jasmani

Kelihatannya seolah-olah pendidikan Malaysia hanya memberi penekanan kepada potensi

jasmani. Dengan kata lain, pendidikan lebih mengutamakan kepentingan perniagaan,

keuntungan, teknologi dan industri. Penekanan yang keterlaluan lebih mengfokus kepada

potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan semata-mata. Tidak hairanlah hanya

9
potensi Jasmani sahaja yang berkembang. Sedangkan potensi Rohani intelek dan emosi

tidak berlaku. Pendidikan yang tidak seimbang sudah tentu akan melahirkan pelajar

yang tempang.

6.5 Pendidikan Malaysia (Acuan Malaysia)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah batu asas kepada pembangunan pendidikan

menurut acuan Malaysia. Namun, pelaksanaan dasar pendidikan sentiasa berubah bahkan

tidak merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perlantikan menteri dana pegawai-pegawai

tertinggi di Kementerian Pendidikan selepas 1998 sentiasa membawa agenda baru yang perlu

dilaksanakan segera. Lebih malang lagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dirujuk

secara jujur. Akibatnya dasar pendidikan bertambah kabur, matlamat pendidikan tidak

mempunyai fokus, kurikulum tidak mempunyai keharmonian dan seluruh sistem pendidikan

semakin tidak jelas. Bagi mengatasi kepincangan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu

dilaksanakan semula secara berani dan sistematik. Siapa sahaja yang diamanahkan untuk

menerajui Kementerian Pendidikan hendaklah melaksanakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan benar-benar ikhlas.

7.0 ISU 1 : Masalah gejala kemerosotan akhlak di kalangan pelajar sekolah –

sekolah menengah.

Kewujudan nilai-nilai murni dan sejagat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menunjangi

dasar pendidikan negara memang tidak boleh dinafikan lagi. Persoalannya adakah roh dan

paradigma yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan betul-betul dapat

meresapi pembentukan peribadi anak-anak kita terutamanya golongan pelajar sekolah

menengah. Semenjak lima tahun kebelakangan ini, masalah keruntuhan akhlak remaja

10
melayu begitu menjadi-jadi. Kalau dahulu kita dikejutkan dengan gejala punk, skinhead,

bohsia dan boljan tetapi kini wujud pula gejala seperti buli- membuli sesama sendiri dan

gejala penzinaan yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan dalam kawasan sekolah.

Gejala-gejala seperti ini menyebabkan institusi sekolah sebagai tempat menuntut ilmu telah

tercemar dengan begitu teruk sekali.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara konsepnya memang memberi penekanan kepada

pembangunan insan terutama dalam membina individu yang berjaya di dunia dan di

akhirat. Namun gelagat dan kelibat para pelajar sekarang ini seolah-olah mereka hilang

nilai tarbiah dalam pembelajaran. Walaupun pendidikan dan pembelajaran menekankan

aspek pembinaan modal insan yang berkualiti, namun begitu, sejak kebelakangan ini,

fenomena susutnya nilai moral dan akhlak yang melanda golongan muda-mudi hari ini

menimbulkan persoalan sejauh manakah aspek pendidikan atau tarbiyah ditekankan dalam

pembelajaran hari ini. Tidak dinafikan pihak kementerian dan pihak berwajib telah merangka

pelbagai sukatan dan pendekatan yang terbaik dalam menjana pendidikan negara terutamanya

dalam soal pembentukan nilai dan jati diri seorang pelajar. Namun begitu adakah pendekatan

yang diamalkan oleh guru-guru benar-benar berlaku sebagaimana yang telah dirancang.

Dalam konteks pendidikan, pembentukan moral dan akhlak pelajar sebenarnya lebih rumit

dari yang kita sangkakan. Pendidikan memerlukan tarbiyyah di sudut akidah dan sahsiah.

Setiap mata peIajaran mesti dikaitkan dengan nilai dan elemen ketuhanan. Usaha mendidik

manusia sebenarnya sangat memerlukan kesabaran dengan harapan agar mendapat

hidayah dari Allah S.W.T..

11
Persoalan inilah yang menjadi kebimbangan apabila melihat situasi masyarakat pada hari ini.

Walaupun terdapat kajian terhadap keberkesanan proses pendidikan dalam pembelajaran hari

ini, namun begitu ianya terhad kepada kepada sesetengah golongan sahaja. Sepatutnya, di

dalam usia kemerdekaan negara yang sudah melebihi usia 50 tahun sudah sepatutnya pihak

kementerian terutamanya membuat kajian menyeluruh bagi memastikan kesan pembelajaran

yang didapati golongan pelajar adalah di peringkat terbaik dan bukannya terhad kepada

sesetengah golongan sahaja.

8.0 Cadangan Penambahbaikan

Pengajaran yang berorientasikan akademik semata-mata adalah tidak sesuai untuk pelajar.

Oleh itu, roh agama wahyu hendaklah disepadukan dengan pendekatan akademik. Pelajar

mungkin tahu asas-asas agama Islam, tetapi malangnya tidak betul-betul memahami, tidak

menghayati dan tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Roh wahyu tidak menyerap

ke dalam jiwa dan hati mereka. Inilah yang menyebabkan semakin ramai pelajar-pelajar

Islam yang tidak yakin dengan kehebatan Islam itu sendiri. Bahkan akidah mereka begitu

rapuh sekali. Cadangan-cadangan berikut wajar dilaksanakan jika ingin mengembalikan

semula jiwa pelajar-pelajar khususnya pelajar Islam kepada roh agama.

(i) Pelajar-pelajar Islam bukan sahaja wajib mengambil mata pelajaran agama Islam,

tetapi dicadangkan wajib lulus. Dengan tujuan supaya mereka akan lebih bersungguh untuk

mempelajari mata pelajaran agama Islam. Oleh itu, guru-guru agama perlu kreatif dalam

mewujudkan rasa seronok dan nikmat dalam beribadah dan beragama.

12
(ii) Bagi pelajar-pelajar bukan Islam, mereka hendaklah diberi peluang dan pilihan

untuk mempelajari agama masing-masing di sekolah. Strategi pengajarannya bolehlah

ditentukan oleh pakar agama masing-masing. Apa yang penting usaha ini hendaklah

mematuhi perlembagaan Malaysia dalam urusan agama-agama. Dengan ini pelajar-pelajar

bukan Islam juga turut mengamalkan kehidupan sesuai dengan kehendak agama yang

mementingkan nilai-nilai sejagat.

(iv) Langkah pengukuhan agama perlu ditingkatkan keapda pelajar-pelajar sekolah

Menengah. Sekarang murid-murid sekolah Rendah berpeluang mendapat bimbingan

daripada kelas-kelas agama KAFA samada yang dianjurkan oleh kerajaan atau Sekolah

Rakyat. Malangnya, apabila mereka berada di tingkatan satu Sekolah Menengah pelajar-

pelajar Islam tidak meneruskan pembelajaran agama Ini menyebabkan kefahaman mereka

terhadap agama semakin berkurangan. Kualiti aqidah mereka juga tidak meningkat. Oleh

itu perlu diadakan program KAFA Menengah kepada semua pelajar Islam melalui

pembentukan satu kurikulum secara formal dan menyeluruh. sepenuhnya.

ISU 2 ; Guru gagal menghayati konsep dan kehendak Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.

Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa depan,

bertanggungjawab dalam merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi

sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara.

13
Malangnya, matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan gagal dicapai

sepenuhnya. Malah guru dipersalahkan kerana gagal menghasilkan para pelajar yang

menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ada juga pihak yang menyalahkan

sistem dan dasar pendidikan yang kerapkali berubah mengikut kepentingan pihak –pihak

tertentu, contohnya golongan ahli politik. Perubahan demi perubahan yang mendasari

acuan dan warna pendidikan negara sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan

yang melaksanakan dasar iaitu guru.

Adalah tidak wajar kemelesetan akhlak dan prestasi pelajar dikaitkan seratus peratus

dengan prestasi guru. Walaubagaimanapun faktor guru tetap menjadi isu utama yang

memerlukan perincian dan perbincangan yang serius. Antara punca kelemahan guru yang

menyebabkan gagalnya pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan salah-satunya

berpunca daripada sikap guru sendiri yang kurang serius dengan bidang kerjaya utama

mereka Terdapat sebilangan guru yang terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain yang tiada

kaitan langsung dengan bidang pengajaran mereka.xxxx

Selain itu, sikap sesetengah guru yang tidak berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan

mereka sesuai dengan bidang profesion keguruan sehingga menimbulkan rasa bosan

keterlaluan di kalangan para pelajar. Ekoran daripada itu, ramailah para pelajar yang

ponteng kelas kerana jiwa mereka tidak merasa terhibur selama guru tersebut berada

bersama mereka. Keadaan ini perlu dipandang serius oleh kaum guru jika mereka ingin

mendekati jiwa para pelajar mereka. Sesekali guru perlukan kebijaksanaan dalam

menyediakan keperluan minda dan jiwa rasa pelajar mereka. Oleh itu, guru mesti

memastikan elemen ketulaan dalam mempersembahkan gaya pengajaran dan mood

pembelajaran sentiasa berubah mengikut keperluan pelajar.

14
Kegagalan guru mengurus bilik darjah secara profesional juga memberi impak kepada

prestasi pelajar. Aspek Pengurusan bilik darjah juga merupakan salah satu elemen yang

penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar

untuk terus berjaya dalam pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan

bilik darjah sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum

penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan

penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan

perkembangan murid serta tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan

tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar

berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan

masyarakat.

Selain itu, guru berperanan mendidik pelajar supaya mempunyai pelbagai kemahiran hidup

dan membawa inovasi untuk memenuhi hasrat dan keperluan individu, masyarakat dan

negara.

Cadangan

Warga guru haruslah dapat memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan

Kebangsaan itu sendiri supaya mereka berkeupayaan mendidik para pelajar menuju

ke arah matlamat ini. Dengan kefahaman dan penghayatan yang mendalam ini, warga

guru diharap dapat menilai sendiri samada pengajaran mereka bersesuaian dan

memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Azrin (2004), punca

utama yang menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah kerana mereka menghadapi masalah memahami prinsip-prinsip di

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menerapkan prinsip-prinsip yang abstrak

dan sukar difahami di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

15
Di peringkat sekolah, peranan guru dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi

kandungannya bagi menentukan keperluan pelaksanaannya. Guru perlu melengkapkan diri

dengan kemahiran mengajar dan juga penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan

melaksana pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian bagi mengenal

pasti kekurangannya untuk tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan

kurikulum. Selain itu, guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

serta khidmat sosial bagi kepentingan para pelajarnya (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

Bagi tujuan ini, guru-guru perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan

diri mereka dengan kemahiran-kemahiran profesional yang terkini dalam merancang dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, disamping menjadi role model kepada pelajar-

pelajar mereka.

kesimpulan : Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara.

Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman ,

boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab

memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab

tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara

dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

16
RUJUKAN

https://www.academia.edu/5182892/TUGASAN_3_BMP_6014

www.journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/.../66

eprints.utm.my/12172/1/JEPC-2011-1-005.pdf

pelajarselangor.blogspot.com

http://www.slideshare.net/WanNorFaezah/isu-moral?related=2

17