Anda di halaman 1dari 49

ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1

PENGAKUAN PELAJAR 2

BIODATA 3

REKOD KOLABORASI 4

SOALAN TUGASAN 5

PENGHARGAAN 6

TUGASAN 1: KERTAS CADANGAN PENUBUHAN 7-32


PERSATUAN SK TENGKU MAHMUD II
TUGASAN 2: KAJIAN KES KE ATAS PENGUMPULAN DAN 33-46
PENGGUNAAN DANA PERSATUAN.

REFLEKSI 47-49

1
PENGAKUAN PELAJAR
( KEASLIAN HASIL TUGASAN )

Saya SENORITA ANAK MICHAEL


No. Kad Pengenalan 960317-13-5156
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Major/Opsyen SEJARAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH dengan ini
Mengaku bahawa tugasan MPU 3081 (KO-KURIKULUM PERSATUAN)
(isikan kod dan nama kursus)

Adalah tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham
implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu

......................................................
(Tandatangan pelajar)

Nama :SENORITA ANAK MICHAEL


No. KP :960317-13-5156

2
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2017

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA PELAJAR SENORITA ANAK MICHAEL


UNIT SEJARAH
AMBILAN JUN 2015
NO. KAD PENGENALAN 960317-13-5156
TARIKH LAHIR 17/03/1996

STATUS PERKAHWINAN BUJANG

ALAMAT KEDIAMAN RUMAH UNSA JAGOI LAMA, PAKAN


SARAWAK

NO. TELEFON PELAJAR 01116528276

ALAMAT E-MAIL PELAJAR senoritamicheal@gmail.com

NO. TELEFON PENJAGA 012-8469209

MENTOR EN WAN HASNI BIN WAN AHMAD

3
REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA KURSUS : KO-KURIKULUM PERSATUAN

KOD KURSUS : MPU 3081

NAMA PENSYARAH : EN. SUHAIMI BIN JUNOH

NAMA PELAJAR : 1. SENORITA ANAK MICHAEL

Bil Tarikh CatatanAktiviti TandatanganPensyarah TandatanganPelajar Catatan

TARIKH HANTAR TUGASAN :


27.3.2017

*** Perlu dilampirkan dalam tugasan pelajar

*** Sekiranya kolaborasi melebihi 3 fasa, sila tambah helaian baru

4
5
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-nya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah saya, En Suhaimi bin Junoh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

6
SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SUBIS
98150, BEKENU SARAWAK, MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU, SUBIS.

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU, SUBIS.

TARIKH

8 APRIL 2017

TEMPAT

DEWAN MUHIBAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU, SUBIS

7
1.0 PENDAHULUAN

Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 dalam pembentukan
Dasar Pendidikan Kebangsaan menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama
pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Perkembangan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan di Malaysia dengan sendirinya telah membentuk ciri yang dapat
digambarkan secara ringkas melalui urutan penggunaannya sebagai bahasa pengantar
pada peringkat yang tertentu. Dasar terkini, iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu
(Bahasa Malaysia) Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang mula dilaksanakan
pada tahun 2011 menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan
mengangkat kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia. Perkembangan bahasa Melayu dalam Memartabatkan bahasa Malaysia
bermaksud meletakkan bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia.

2.0 RASIONAL

Dewasa ini, hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan perlu
diberikan penekanan, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah amatlah wajar digerakkan
dan ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan tersebut. Di samping untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi murid, aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan
memupuk bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti aktiviti puisi, penulisan, lakonan
dan seumpamanya. Masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan
kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti
budaya vandalisma, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya
dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, melalui aktiviti Persatuan Bahasa Melayu
diharapkan dapat menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu usaha untuk
membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa
kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan, dapat direalisasikan.

8
3.0 MATLAMAT

Kertas cadangan penubuhan persatuan Bahasa Malaysia disediakan adalah


bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai aspek,
berdisiplin, memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan
bahasa Melayu yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyuburkan perasaan cinta akan bahasa Melayu.

4.2 Menggunakan bahasa Melayu dengan gramatis.

4.3 Mewujudkan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah yang bergiat aktif sepanjang
tahun untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan
dapat berkomunikasi dengan baik.

4.4 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti
yang dirancang.

4.5 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa
dan budaya Melayu.

4.6 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta
menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

4.7 Melahirkan modal insan yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu
bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

5.0 LOKASI

Lokasi yang sesuai untuk digunakan oleh persatuan Bahasa Malaysia ialah bilik darjah
kosong bersebelahan kelas pemulihan.

6.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Cadangan nama persatuan yang telah diusulkan oleh jawatankuasa penaja ialah
Persatuan Bahasa Malaysia, SK Suai Satu.

9
7.0 PENYERTAAN / SASARAN

Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Suai Satu dan maksimum 50 orang ahli
sahaja.

8.0 LOGO

PERSATUAN Subjek + Predikat=


BAHASA Ayat tunggal
MALAYSIA SK
SUAI SATU
KOMSAS
DIRGAHAYU
KARANGAN
BAHASAKU….

Gambar rajah di atas menunjukkan sebuah logo yang telah dicipta dan dijadikan
logo persatuan Bahasa Malaysia. Buku melambangkan Bahasa Malaysia merupakan
satu bidang ilmu yang luas dan holistik. Pensil pula melambangkan murid yang
mempelajari Bahasa Malaysia. Perkataan Dirgahayu Bahasaku membawa maksud
semoga bahasa Malaysia terus berkembang di semesta ini. Perkataan subjek+predikat,
komsas dan karangan membawa maksud sebahagian elemen yang dipelajari dalam
Bahasa Malaysia.

9.0 VISI, MISI DAN COGAN KATA

VISI

Menjadikan bahasa Malaysia sebagai suatu bahasa unggul di peringkat


antarabangsa".

10
MISI

Melahirkan murid yang berpengetahuan luas dalam Bahasa Malaysia, pelajar-


pelajar lebih berketrampilan dalam bahasa Malaysia dan meningkatkan martabat
bahasa Malaysia.

COGAN KATA

“Dirgahayu Bahasaku”

Cogan kata dirgahayu bahasaku dipilih dengan harapan agar Bahasa Malaysia
akan terus berkembang dan dikenali seantero dunia.

10.0 LAGU PERSATUAN

“BAHASA JIWA BANGSA”

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita

Marilah Amalkan Ramai-ramai

Bahasalah Menyatukan Kita Semua

Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua

Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa

Maju Bangsa dan Maju Negara

Megahkan Bahasa Kita

Bahasa Jiwa Bangsa

11
11.0 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA

11.1 AHLI JAWATANKUASA PENAJA

Penaung : Encik Micheal Dian

Guru Penasihat : Mohd Zurizi bin Latif

Pengerusi : Billy anak Meredan

Naib Pengerusi : Angela anak Stalin

Setiausaha : Senorita Anak Michael

Naib Setiausaha : Romzi Bin Awang

Bendahari : Syukri bin Mohamad

AJK : 1. Nur Hanieda binti Suhaimi

2. Shella anak Julai

3. Syah Ryzan bin Abdullah

4. Mohd Aminnuddin bin Asmad

5. Jeromi Chan

6. Maureen Anak Tambi

11.2 AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Penasihat : Billy anak Meredan (Guru Penasihat Bahasa Malaysia)

Pengerusi : Ahmad Farhan bin Zahari

Naib Pengerusi : Elvina Sapiling

Setiausaha : Saidatul Fatini Athirah binti Sulaiman

Naib Setiausaha : Muhd Tajuddin bin Ab Aziz

Bendahari : Chyrilmix Tanis

12
Naib Bendahari : Dedora Daniel

AJK : AJK Tahun 1:

1. Mohd Affendi bin Rahim

2. Siti Alia binti Bahar

AJK Tahun 2:

1. Cindy Lim

2. Jehoshua Enoch anak Empayut

AJK Tahun 3:

1. Nur Fatihah binti Aminuddin

2. Siti Aminah binti Mohammad

AJK Tahun 4

1. Raya binti Steven

2. Hafiz bin Yatin

AJK Tahun 5

1. Amelia anak Depa

2. Zahir bin Zainol Azali

AJK TAHUN 6

1. Rosmary Urai

2. Lean Steven

Ahli Biasa : Nur Sabila Binti Mohamad

Jacqualine Johnhiew

Mohd Affnan Bin Jusidin

13
Mashanis Binti Mohamad

Chen Shi Hui

Fylia Nik Raisen

Wan Nurul Izati binti Kamal

Asyraaf Bin Yusuf

Emanuel anak Johnathan

Sharmila Balakrishnan

Ainul Affa Binti Kamarudin

Mindy Lim

Sylvia Elizabeth anak Raymond

Floren Parada

Husni Naeem Bin Gani

Nur Habibah binti Ibrahim

Nur Atikah binti Zuhari

Suraya binti Hasbolah

Nur Izzati binti Hamdi

Afifa Fatini binti Rosmadi

Mohd Syahmi binti Mohd Saufi

Nurul Aisyah binti Mat Din

Nur Syuhada binti Mohamad

Mohd Muzammil bin Zubairi

Mohd Aiman bin Yusuf

14
Mohd Fitri bin Mohd Aziz

Mohd Adam bin Abdul Bohari

Ling Jai Seng

Dhilemon Dominic Kajan

Lydeneo Anwesly

Winnie Ting

Jesica Bongsam anak Dugu

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1.0 Bahan Aktiviti Persatuan : RM 100

2.0 Buku-Buku Rujukan :RM 100

3.0 Alat Tulis :RM 50

4.0 Jamuan Akhir Tahun :RM 200

Jumlah :RM 450

13.0 PERANCANGAN SUMBER KEWANGAN

RM
PENDAPATAN / PENERIMAA

Peruntukan dari sekolah 100.00

Yuran dari ahli 100.00

Derma ikhlas pelbagai pihak 100.00

Jualan penanda buku dan makanan semasa


200.00
mesyuarat PIBG.

JUMLAH: 500.00

15
14.0 PERANCANGAN AKTIVITI

MINGGU TAJUK AKTIVITI CATATAN


3 Mesyuarat • pendaftaran ahli baharu •Memilih ahli
Agung • ucapan pengerusi jawatankuasa
• melantik jawatankuasa baharu
• pembentangan usul
4,6 Menceriakan Murid bekerja secara berkumpulan •menceriakan
papan untuk menghias dan menceriakan bilik bilik persatuan
kenyataan persatuan Bahasa Malaysia Bahasa
Persatuan kenyataan dengan menampalkan Malaysia.
Bahasa Melayu carta organisasi persatuan, •memupuk
peribahasa, pantun, syair, sajak, kerjasama
biodata dan sumbangan tokoh antara murid.
bahasa, dan istilah bahasa.
7,8 Permainan •guru menerangkan cara permainan •mengukuhkan
Bahasa (Teka tersebut, perbendaharaan
Silang Kata) •dalam kumpulan, setiap ahli kata dan kosa
melengkapkan kata dengan huruf kata murid.
yang sesuai sehingga menjadi kata
yang lengkap
• pengumuman pemenang
9,10 Pantun Teka- • ahli memberikan pelbagai contoh •memupuk murid
teki teka-teki berfikir secara
• guru menerangkan cara mencipta KBAT.
teka-teki berdasarkan pantun empat •melatih murid
kerat mencipta pantun.
• dalam kumpulan, ahli mencipta
sekurang-kurangnya dua rangkap
pantun teka-teki
• wakil kumpulan mempersembahkan

16
pantun teka-teki masing-masing
• setiap kumpulan mempamerkan
pantun teka-teki yang telah dihasilkan.
13,14 Bercerita • mengadakan tayangan CD bercerita •memupuk
• berbincang tentang pertandingan keyakinan diri
bercerita yang telah ditonton murid.
• ahli-ahli menyampaikan cerita •melatih murid
berdasarkan bahan yang telah bercerita dengan
disediakan oleh mereka nada dan
• menyampaikan cerita dengan cara intonasi yang
yang bersahaja dan menarik. betul.
•mencungkil
bakat murid.
15,16 Pengucapan • guru menerangkan cara •mendedahkan
Awam pengucapan awam yang menarik murid dengan
• ahli menyediakan bahan pengucapan
berdasarkan tema yang diberi awam dan
• menyampaikan pengucapan umum memberikan
dengan cara yang menarik pengalaman
• mengulas pengucapan awam ahli kepada murid.
17,18 Pidato / • mengadakan tayangan pidato / •mendedahkan
Syarahan syarahan murid dengan
• berbincang tentang pidato / cara
syarahan yang telah ditonton penyampaian
• ahli-ahli menyampaikan pidato pidato yang
berdasarkan bahan yang telah betul.
disediakan oleh mereka •mencungkil
• menyampaikan pidato dengan cara bakat murid.
yang betul dan menari
19,20 Nyanyian • murid dibahagikan kepada beberapa •mendedahkan
kumpulan murid dengan
• murid diberi kebebasan memilih bidang lakonan
lagu-lagu yang sesuai seperti lagu dan mencungkil

17
patriotik, lagu rakyat, lagu kanakkanak bakat murid.
atau sebarang lagu yang berunsurkan •memupuk
moral dan pengajaran keyakinan diri
murid.
24,25 Sajak • ahli-ahli menyatakan pelbagai jenis •mendedahkan
puisi yang diketahui murid dengan
• ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak cara mengarang
• guru menerangkan teknik mudah dan
menghasilkan sajak mendendangkan
• ahli-ahli mengarang sajak sajak dengan
• ahli-ahli mendeklamasikan sajak baik.
dengan sebutan yang betul. •mencungkil
bakat murid
26,27 Syair • guru menerangkan cara-cara •mendedahkan
mengarang syair yang baik murid dengan
• ahli-ahli mengarang syair cara mengarang
• guru memperdengarkan syair dan
• ahli-ahli melagukan syair dengan mendendangkan
betul syair dengan
• guru merakamkan penyampaian baik.
syair yang betul •mencungkil
bakat murid.
28,29 Seni • ahli membentuk kumpulan • memberikan
Lakon/Teater • setiap kumpulan memilih tajuk yang pengalaman
sesuai untuk dilakonkan kepada murid
• persembahan lakonan dan mencungkil
bakat murid.
30,31 Bicara Berirama • guru menerangkan konsep bicara •mendedahkan
berirama murid dengan
• guru menyediakan bahan bicara berirama.
berdasarkan tema •mencungkil
• menyampaikan bicara berirama bakat terpendam
dengan cara yang menarik murid.

18
• mengulas persembahan murid beri •mengukuhkan
tema dan murid menyediakan skrip kosa kata murid.
untuk pertandingan
32,33 Bicara Berirama • pertandingan bicara berirama •memberikan
mengikut kumpulan yang ditetapkan pengalaman
• guru menerangkan kriteria kepada murid di
pemarkahan samping
• murid memulakan pertandingan mengukuhkan
perbendaharaan
kata murid.
34,35 Wawancara • guru menetapkan tajuk wawancara •mendedahkan
• guru menerangkan ciri-ciri murid dengan
wawancara yang baik cara wawancara
• aktiviti simulasi dijalankan yang betul.
36,39 Menghasilkan • Menghasilkan koleksi berita •mendedahkan
Buku Skrap daripada akhbar berkaitan dengan murid cara
sesuatu tajuk (contoh pencemaran) mencari
untuk digunakan sebagai bahan maklumat untuk
menulis pertandingan esei. pembelajaran.
• murid bersedia dengan buku skrap •membina buku
dan bahan berita yang disediakan yang boleh
lebih awal (tiga minggu) menjadi rujukan
• guru menerangkan buku skrap yang murid mengenai
ingin dihasilkan penulisan esei.
• mempersembahkan hasil buku skrap
berdasarkan kreativiti masing-masing
• mendapatkan maklumat untuk
menulis esei deskriptif/rencana
• murid menyelesaikan esei tersebut
dalam tempoh seminggu sebelum
dinilai oleh guru.
40,41 Permainan • guru memberikan permainan • meluaskan
Sahibba sahibba kepada murid perbendaharaan

19
• murid dibahagikan kepada beberapa kata dan kosa
kumpulan kata murid.
• ahli kumpulan berusaha mengeja
perkataan dengan betul dalam jangka
masa yang ditetapkan
42 Kembara • guru memberi taklimat dan tugasan •memberikan
Bahasa yang perlu dilakukan pendedahan
• melawat tempat-tempat yang kepada murid
menarik dan berkaitan (luar mengenai
sekolah) luasnya
• ahli menyiapkan tugasan yang penggunaan
ditetapkan Bahasa Malaysia
• ahli-ahli menghantar laporan di luar sekolah.
43 Karnival Bahasa • mengadakan pertandingan aktiviti • mencungkil
Melayu terpilih seperti bicara berirama , bakat murid.
berbalas pantun, bersajak, bersyair, •mengukuhkan
penulisan esei, bercerita dan pidato pengetahuan
• murid menyediakan lokasi murid mengenai
pertandingan bidang-bidang
• melantik hakim dalam bahasa
• melantik pengerusi pertandingan Malaysia.

44 Jamuan Akhir • mengedarkan kad undangan •sebagai


Tahun • menyediakan tempat jamuan penghargaan
• menceriakan tempat jamuan dan jamuan
• menyediakan menu dan atur cara untuk ahli
• ucapan, jamuan dan penyampaian persatuan.
hadiah/sijil penghargaan

15.0 PERLEMBAGAAN

Rujuk Lampiran 1.

20
16.0 SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA

Rujuk Lampiran 2

17.0 MINIT MESYUARAT

Rujuk Lampiran 3..

18.0 SURAT PEMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN

Rujuk Lampiran 4

19.0 PENUTUP

Semoga dengan tertubuhnya persatuan Bahasa Malaysia di sekolah kita, kita


akan dapat menyokong aspirasi negara untuk Memartabatkan Bahasa Melayu (Bahasa
Malaysia), Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Melalui semua aktiviti yang telah
dirancang, diharapkan penguasaan murid dalam subjek Bahasa Malaysia dapat
dimantapkan lagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………. ….........................................

(SENORITA ANAK MICHAEL) (BILLY ANAK MEREDAN)

Setiausaha Pengerusi

Jawatankuasa Penaja Jawatankuasa Penaja

Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Melayu


Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan
Suai Satu, Subis. Suai Satu, Subis.

Tarikh: 08 April 2017 Tarikh: 08 April 2017

21
LAMPIRAN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SUBIS
98150, BEKENU SARAWAK, MALAYSIA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MALAYSIA SK SUAI SATU

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Suai Satu Subis.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Persatuan Bahasa Malaysia

Sekolah Kebangsaan Suai Satu.

b. Alamat: Sekolah Kebangsaan Suai 1


D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis
98150, Bekenu
Sarawak, Malaysia

PERATURAN 2 MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam pelbagai aspek, berdisiplin,


memiliki sahsiah yang terpuji dan mampu berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu
yang gramatis sejajar dengan aspirasi negara.

22
PERATURAN 3 OBJEKTIF
4.1 Menyuburkan perasaan cinta akan bahasa Melayu.

4.2 Menggunakan bahasa Melayu dengan gramatis.

4.3 Mewujudkan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah yang bergiat aktif sepanjang
tahun untuk melatih murid yang berkebolehan, berkeyakinan tinggi,
berketerampilan dan dapat berkomunikasi dengan baik.

4.4 Meningkatkan minat, mengembangkan bakat dan kemahiran murid dalam aktiviti
yang dirancang.

4.5 Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan


bahasa dan budaya Melayu.

4.6 Menggalakkan murid menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan kreativiti serta
menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.

4.7 Melahirkan modal insan yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu
bahasa di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT


5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

23
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

24
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik

25
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang
sebulan.
8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

26
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN


13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN


14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

27
Disediakan oleh:

………………………. ……………………. …….……………….


(Senorita Anak Michael) ( Billy anak Meredan) (Mohd Zurizi bin Latif)
Setiausaha Persatuan Pengerusi Persatuan Guru Penasihat Persatuan
Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
SK Suai Satu SK Suai Satu SK Suai Satu

Tarikh: ................. Tarikh: .................... Tarikh: ..............

Disemak oleh: Diluluskan oleh:

................................................... ...... ...............................................


EN. JONATHAN UBI EN. MICHEAL DIAN
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar/Penolong Pendaftar

SK Suai Satu SK Suai Satu

Tarikh:………………………… Tarikh:……………………………

28
SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SUBIS
98150, BEKENU SARAWAK, MALAYSIA

Ruj. Kami : SKSS/07/P/2017(1)


Tarikh :09 Mac 2017

Cik/Tuan....................................................................

Tuan,

PANGGILAN KE MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA


MALAYSIA SK SUAI SATU, SUBIS.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut :

Tarikh : 10 Mac 2017

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Suai Satu

Pengerusi : Mohd Zurizi bin Latif

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Kata Alu-Aluan Pengerusi


3.2 Pelantikan Tugas Ahli Jawatankuasa Penaja
3.3 Perbincangan Aktiviti Dan Tugas Ahli Jawatankuasa Penaja.
3.4 Hal-Hal Lain
3.5 Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

.........................................

(EN. MICHEAL DIAN)


Guru Besar

SK Suai Satu

29
SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SUBIS
98150, BEKENU SARAWAK, MALAYSIA

MINIT MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA


MALAYSIA SK SUAI SATU, SUBIS.

Hari /Tarikh : Jumaat, 10 Mac 2017

Masa : 1.30 PETANG

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Suai Satu

Pengerusi : Mohd Zurizi bin Latif

Kehadiran(Bilangan) :13 Orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI.

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru-guru Jawatankuasa


Penaja.

1.2 Berharap agar mesyuarat berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan
pengurusan dan program-program yang dirancang.

1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru Jawatankuasa Penaja diatas usaha


untuk menubuhkan persatuan Bahasa Malaysia.

1.4 Menyarankan agar guru-guru Jawatankuasa Penaja akan dapat bekerja lebih
keras untuk menubuhkan persatuan Bahasa Malaysia ini.
Tindakan : Semua jawatankuasa penaja.

2.0 PELANTIKAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENAJA

2.1 Diatas persetujuan semua ahli Encik Billy anak Meredan telah dilantik sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Penaja manakala Cik Angela anak Stalin telah dilantik
sebagai naib pengerusi Jawatankuasa Penaja.

30
2.2 Cik Senorita anak Michael telah dilantik sebagai setiausaha manakala Cik
Maureen anak Tambi telah dilantik sebagai naib setiausaha.

2.3 Encik Syukri bin Mohamad telah dilantik sebagai bendahari dan enam orang ahli
jawatankuasa telah dipilih iaitu Nur Hanieda binti Suhaimi Shella anak Julai,
Syah Ryzan bin Abdullah, Mohd Aminnuddin bin Asmad, Jeromi Chan dan
Maureen Anak Tambi.

3.0 PERBINCANGAN AKTIVITI DAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA PENAJA.

3.1 En Billy menerangkan bidang tugas ahli jawatankuasa penaja. En Billy


mengatakan bahawa tugas yang diamanahkan disiapkan ikut waktu agar
penubuhan persatuan Bahasa Malaysia tidak tertunda.

3.2 En Syukri mencadangkan ahli jawatankuasa penaja menjalankan jualan


makanan sewaktu sukan tahunan yang akan berlangsung minggu depan untuk
mencari dana untuk jawatankuasa penaja.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 En Billy mengharapkan agar semua ahli jawatankuasa penaja dapat


menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan persatuan Bahasa Malaysia
dapat ditubuhkan dengan jayanya.

5.0 PENUTUP

5.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan mesyuarat jawatankuasa


penaja kali kedua akan diadakan pada 16 Mac 2017.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ ......................................................

(SENORITA ANAK MICHAEL) (BILLY ANAK MEREDAN)

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Persatuan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan


Bahasa Malaysia Sk Suai Satu. Bahasa Malaysia Sk Suai Satu.

Tarikh : 27 MAC 2017 Tarikh : 28 MAC 2017

31
SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL SUBIS
98150, BEKENU SARAWAK, MALAYSIA

Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Malaysia, Rujukan Tuan:


Sekolah Kebangsaan Suai Satu Rujukan Kami: SKSS/07/P/2017(1)
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis Tarikh :08 April 2017
98150, Bekenu Sarawak, Malaysia,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Suai 1
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis
98150, Bekenu,
Sarawak, Malaysia
Melalui:
Guru Penasihat Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Malaysia.
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Suai
Satu
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Senorita anak Michael berdasarkan


Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Suai Satu mulai 1 Mac 2017.

3. Bersama-sama ini disertakan :

1.2 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.


1.3 Draf Aktiviti Asas.
1.4 Draf Perlembagaan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..
( SENORITA ANAK MICHAEL )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja
Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Suai Satu

32
PENGENALAN

Persatuan yang saya telah pilih untuk menjalankan kajian kes yang melibatkan
penggunaan dan pengumpulan dana persatuan ialah persatuan kelab kebudayaan Sekolah
Kebangsaan Tengku Mahmud II. Objektif persatuan kebudayaan ini adalah untuk
memperkenalkan seni budaya muzik kepada murid-murid, memulihara warisan negara bangsa,
mengembangkan seni budaya muzik kepada murid-murid, malahan, mengembalikan
kegemilangan seni budaya muzik, dan memupuk semangat cintakan seni budaya warisan
dalam kalangan generasi muda dan akhir sekali, melahirkan sumber tenaga yang berkualiti dan
berdisiplin.

1.0 SEJARAH PENUBUHAN

Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh ketua panitia Persatuan


Kebudayaan iaitu Puan Mastura. Persatuan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Tengku
Mahmud II ditubuhkan pada awal tahun 2000 dan merupakan sebuah Persatuan yang
aktif melaksanakan program-program yang berkaitan dengan seni dan budaya di
sekolah secara langsung atau tidak langsung. Persatuan ini menawarkan pendidikan
formal menerusi modul-modul pendidikan seni yang pelbagai dan khusus bagi
memenuhi keperluan murid serta penggiat seni dalam usaha sekolah dan kerajaan
Malaysia membangunkan suatu platform seni budaya yang mantap dan mampan.

Persatuan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II pada mulanya


ditubuhkan awal tahun 2000 dan terpaksa dihentikan sementara waktu kegiatannya
disebabkan masalah penyelaras Persatuan yang berpindah dan masalah kewangan.
Sejak dari tahun tersebut persatuan Kebudayaan ini tidak mempunyai pengurusan yang
sistematik. Selepas penyelaras persatuan ini berpindah, tiada jawatankuasa tetap
dilantik sebelum ini, namun jawatankuasa pengelola diwujudkan secara atas kertas
terutama dalam membantu menguruskan sesuatu aktiviti.

Pada tahun 2013, Persatuan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Tengku


Mahmud II dibuka kembali dan aktiviti yang dijalankan adalah dengan nasihat tuan
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum yang diselaraskan oleh Pn Mastura binti
Bahar. Setelah Pn Mastura binti Bahar datang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan
Tengku Mahmud II, beliau telah menghidupkan kembali Persatuan Kebudayaan ini
dengan membina jawatankuasa yang baru. Selaras dengan kewujudan Persatuan

33
Kebudayaan mulai tahun 2013 ini, perancangan telah disesuaikan mengikut landas
aktiviti kokurikulum sekolah rendah seperti menyertai aktiviti di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan. Banyak pencapaian telah persatuan ini capai di bawah
pimpinan Puan Mastura.

2.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN

Sebelum sesebuah persatuan boleh beroperasi di sebuah sekolah atau di mana-


mana sahaja, persatuan tersebut haruslah melalui proses penubuhan dan pendaftaran
persatuan. Proses penubuhan dan pendaftaran sesebuah persatuan memerlukan pihak
yang terlibat atau ahli jawatankuasa untuk melaksanakan beberapa prosedur.
Berdasarkan maklumat yang telah diberikan oleh guru penasihat persatuan kebudayaan
ini, persatuan kebudayaan SK Tengku Mahmud II telah melalui sembilan prosedur
utama iaitu mesyuarat penaja, pembentukan jawatankuasa penaja, menulis surat rasmi
pemohonan penubuhan kepada Guru Besar, mendapatkan kelulusan penubuhan dan
pendaftaran persatuan daripada Guru Besar, surat perlantikan dari Guru Besar kepada
Guru Penasihat, surat penurunan kuasa daripada Penasihat melalui Guru Besar kepada
Ahli Jawatankuasa, mendaftarkan ahli-ahli persatuan yang telah diluluskan oleh Guru
Besar, mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dan mengoperasikan persatuan pada
akhirnya

Prosesur pertama yang mereka telah ambil ialah melaksanakan mesyuarat


penaja. Guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa penaja penubuhan persatuan
akan dipanggil menghadiri mesyuarat agung kali pertama jawatankuasa penaja.
Kemudian, semasa mesyuarat penaja guru-guru akan memilih guru yang memegang
jawatankankuasa yang diperlukan untuk penubuhan persatuan. Tujuan jawatankuasa
penaja ini dibentuk bagi menentukan tujuan dan matlamat persatuan yang ingin
ditubuhkan. Jawatankuasa ini juga akan menyenaraikan aktiviti dan kegiatan utama
persatuan serta menyenaraikan peraturan-peraturan persatuan yang juga dikenali
sebagai perlembagaan persatuan. Ahli-ahli jawatankuasa kecil penaja juga dibentuk
melalui jawatankuasa penaja ini.

Prosedur ketiga yang digunakan oleh persatuan kebudayaan ini dalam


menubuhkan persatuan mereka ialah jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi

34
penubuhan persatuan kepada Guru Besar dengan menyertakan dokumen yang telah
dibentuk dan disiapkan oleh jawatankuasa penaja. Prosedur keempat yang telah
mereka ambil ialah mendapatkan kelulusan penubuhan dan pendaftaran persatuan
daripada Guru Besar melalui surat pemohonan yang telah dikemukakan. Prosedur
kelima yang telah mereka ambil ialah mendapatkan surat perlantikan dari Guru Besar
kepada Guru Penasihat.

Seterusnya, prosedur keenam yang telah mereka ambil ialah mendapatkan surat
penurunan kuasa daripada penasihat melalui Guru Besar kepada ahli jawatankuasa.
Prosedur ketujuh yang persatuan ini telah ambil ialah mendaftarkan ahli-ahli persatuan
yang telah diluluskan oleh Guru Besar. Ahli-ahli persatuan yang telah memohon untuk
menyertai persatuan ini telah didaftarkan sebagai ahli persatuan setelah mendapat
kelulusan daripada Guru Besar. Prosedur kelapan yang persatuan ini telah laksanakan
ialah mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan untuk memilih ahli jawatankuasa
persatuan, merancang aktiviti tahunan persatuan dan untuk pengesahan dokumen
peraturan-peraturan (perlembagaan) persatuan. Setelah ahli jawatankuasa dipilih dan
aktiviti tahunan telah dirancang, persatuan kebudayaan ini telah mengoperasikan
persatuan seperti mana-mana persatuan lain yang ada di sekolah.

35
3.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

CATATAN AKTIVITI MINGGUAN PERSATUAN KEBUDAYAAN SKTM II


TARIKH TEMPAT TAJUK
1/3/2016 Bilik muzik Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Kebudayaan bagi tahun
2016.
8/3/2016 Bilik muzik Latihan dikir barat
12/4/2016 Bilik muzik Membina peta i-Think

17/5/2016 Bilik muzik Latihan nasyid menggunakan alatan muzik.

26/7/2016 Bilik muzik Pelajar menonton tayangan permainan tradisional dan


membentangkan mengenai permainan tradisional di dalam
kumpulan masing-masing.

4/10/2016 Bilik muzik Memainkan alat muzik perkusi

Jadual di atas menunjukkan senarai aktiviti yang telah persatuan kebudayaan ini
laksanakan sepanjang tahun 2016. Jadual di atas adalah ringkasan daripada maklumat
asal yang telah Puan Mastura berikan kepada saya. Maklumat asal boleh rujuk lampiran
1 hingga lampiran 6.

Berdasarkan jadual di atas, persatuan kebudayaan ini tidak membuat banyak


aktiviti untuk persatuan kebudyaan pada tahun 2016. Perjumpaan bersama murid hanya
berlaku sebanyak enam kali sahaja berdasarkan apa yang telah direkodkan oleh guru
penasihat. Perjumpaan kali pertama pada 1 Mac 2016 adalah perjumpaan wajib setiap
persatuan untuk membentuk ahli jawatankuasa yang baru bagi tahun 2016 di bilik
muzik.

Perjumpaan kalu kedua bersama murid dilakukan di bilik muzik juga iaitu pada 8
Mac 2016 di berdasarkan rekod yang diberikan murid dan guru melaksanakan latihan
dikir barat. Pada 12 April 2016, perjumpaan kali ketiga persatuan kebudayaan ini
dilakukan. Semasa perjumpaan ini aktiviti yang dilaksanakan ialah membina peta i-
Think. Perjumpaan kali keempat persatuan ini ialah pada 17 Mei 2016 di bilik muzik.
Aktiviti yang telah dijalankan ialah latihan nasyid menggunakan alatan muzik.

36
Pada 26 Julai 2016, bertempat di bilik muzik, ahli persatuan kebudayaan telah
melaksanakan perjumpaan kali kelima mereka dengan murid menonton tayangan
permainan tradisional dan membentangkan mengenai permainan tradisional di dalam
kumpulan masing-masing sebagai aktiviti mereka pada perjumpaan tersebut.
Perjumpaan terakhir ahli persatuan kebudayaan pada tahun 2016 adalah pada 4
Oktober 2016 dengan melaksanakan aktiviti bermain alat muzik perkusi. Keenam-enam
perjumpaan persatuan tersebut telah melibatkan kesemua ahli persatuan. Aktiviti yang
dilaksanakan juga diwajibkan untuk semua ahli persatuan.

Selain daripada aktiviti yang disenaraikan di atas, berdasarkan maklumat yang


Puan Mastura telah berikan, persatuan kebudayaan ini telah menyertai pertandingan
dikir barat sehingga peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan
tersebut serta membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak enam ratus ringgit
Malaysia. Boleh rujuk lampiran 7.

Di samping itu, persatuan ini juga sentiasa mengadakan latihan untuk aktiviti
kompang. Persatuan kebudayaan ini pernah menghantar pasukan kompang menyertai
pertandingan kompang dan telah menjadi johan peringkat daerah Besut dan tempat
ketiga peringkat negeri Terengganu. Pasukan kompang ini juga sering mengadakan
persembahan semasa majlis sambutan di sekolah. Rujuk lampiran 8.

Persatuan kebudayaan ini juga aktif dalam aktivti nasyid. Berdasarkan kepada
maklumat aktiviti perjumpaan persatuan jelas menunjukkan aktiviti nasyid dijadikan
sebagai aktiviti utama. Pasukan nasyid persatuan kebudayaan ini juga telah menyertai
pertanding yang dianjurkan namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka
tidak mendapat sebarang nombor semasa pertandingan tersebut. rujuk lampiran 9.

Selain daripada menyertai pertandingan, persatuan kebudayaan ini juga


menawarkan permainan tradisional seperti congkak di bilik muzik dengan bayaran
sebanyak RM 0.20 sekepala setiap kali main. Permainan ini dilaksanakan bagi
memastikan murid tahu budaya masyarakat kita dahulu kala di samping mngisi masa
lapang murid. Bayaran dikenakan bagi mengantikan guli yang hilang kerana murid
sering kali menghilangkan guli dan ada yang membawa balik guli.

37
4.0 AKTIVITI PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN DANA

PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM

Baki pada h/b 30

Yuran ahli
90 Kos beli pakaian 163
RM5x18 ahli.

Hasil jualan
makanan hari 245.50 Jamuan akhir tahun 140
sukan.

Harga main
98.60 Kos hias bilik persatuan 75.35
congkak

Hadiah peserta pertandingan yang


63
dianjurkan persatuan

Baki hantar bawah h/b 22.75

JUMLAH: 464.10 JUMLAH: 464.10

Dalam sesebuah persatuan, pengumpulan dan penggunaan dana merupakan


satu aspek yang sangat penting. Tanpa dana sesebuah persatuan tidak dapat
melaksanakan aktiviti persatuannya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk penjanaan
dana untuk persatuan. Setiap persatuan pastinya berbeza-beza cara penjanaan dana
dan penggunaan dana.

Jadual di atas menunjukkan aktiviti pengumpulan dan penggunaan dana bagi


persatuan kebudayaan SK Tengku Mahmud II. Berdasarkan jadual tersebut dapat kita
lihat bahawa pengumpulan dana terbesar bagi persatuan kebudayaan ini adalah datang
dari hasil jualan makanan dan minuman ringan pada hari sukan SK Tengku Mahmud II
oleh guru-guru dengan bantuan murid dari persatuan kebudayaan. Berdasarkan
maklumat yang saya perolehi daripada penceritaan Puan Mastura, beliau menjelaskan
bahawa guru-guru dan murid telah menjual air tin, air minuman dalam kotak dan air
mineral serta makanan ringan seperti keropok,gula-gula, kuih-kuih dan lain-lain bagi
mendapatkan sumber kewangan untuk aktiviti persatuan yang lain. Hasil daripada jualan
makanan dan minuman ringan pada hari sukan tersebut, persatuan ini telah
memperolehi dana sebanyak RM 245.50. Di sini jelas menunjukkan bahawa hasil jualan

38
makanan dan minuman semasa hari sukan merupakan sumber kewangan terbesar
persatuan kebudayaan ini.

Selain itu, pengumpulan dana kedua terbesar bagi persatuan ini adalah melalui
harga main congkak di bilik muzik. Menurut Puan Mastura, permainan congkak di bilik
muzik ini merupakan inisiatif guru-guru penasihat persatuan kebudayaan bagi mencari
dana persatuan untuk membaiki peralatan yang rosak dan kehilangan guli. Melalui
permainan congkak ini, setiap murid yang ingin bermain congkak dikehendaki
membayar RM 0.20 setiap orang bagi setiap kali permainan. Hasil daripada kutipan
harga permainan congkak ini sepanjang tahun 2016, persatuan kebudayaan telah
berjaya mengumpul sebanyak RM 98.60. Persatuan kebudayaan ini juga telah
melakukan pengutipan yuran sebanyak RM5 bagi setiap ahli untuk tempoh setahun.
Inisiatif ini diambil bagi menambahkan lagi sumber kewangan persatuan kebudayaan ini.

Bagi penggunaan dana untuk persatuan kebudayaan ini, dapat kita lihat
berdasarkan jadual di atas persatuan ini banyak menggunakan dana untuk aktiviti yang
telah mereka jalankan. Penggunaan dana terbesar dilakukan untuk jamuan akhir tahun
persatuan kebudayaan ini. Menurut Puan Mastura jamuan akhir tahun ini diadakan bagi
menghargai usaha murid memberikan yang terbaik untuk persatuan kebudayaan. Selain
itu, persatuan ini juga berbelanja untuk membeli pakaian dan keperluan untuk murid-
murid menyertai apa-apa pertandingan seperti nasyid, kompang dan dikir barat.
Perbelanjaan bagi membeli semua peralatan tersebut telah menelan kos sebanyak
RM163. Di samping itu, persatuan ini telah menggunakan dana persatuan untuk
menghias bilik persatuan agar lebih cantik, kemas dan tersusun. Kos bagi menghias bilik
persatuan kebudayaan ini adalah sebanyak RM75.35. Selain itu, persatuan kebudayaan
ini turut mengeluarkan perbelanajaan yang besar untuk membeli hadiah bagi peserta
pertandingan yang dianjurkan oleh persatuan. Hadiah bagi pertandingan ini telah
menelan kos sebanyak RM63.

Kesemua jumlah dana masuk adalah berjumlah RM464.10 manakala jumlah


dana keluar ialah RM441.35. Jumlah dana masuk sebanyak RM464.10 ditolak dengan
jumlah dana keluar RM441.35 telah menberi persatuan tersebut baki sebanyak
RM22.75. persatuan ini mendapat dana yang banyak tetapi telah menggunakan dana
dengan banyak juga.

39
5.0 ANALISIS SWOT

KEKUATAN (S)

Persatuan kebudayaan ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Antaranya


ialah tenaga pengajar yang berkemahiran dalam menyelia persatuan ini. Persatuan
kebudayaan ini mempunyai guru-guru penasihat yang sangat berpengalaman luas
dalam bidang kesenian dan budaya. Misalnya Puan Mastura sendiri, beliau merupakan
guru kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang muzik. Melalui pengalaman
mengajarnya dan pengetahuannya yang luas beliau dapat memberikan murid satu ilmu
dan pengalaman yang baru. Selain itu, aktiviti yang persatuan ini jalankan juga amat
bersesuaian kerana dapat memupuk bakat dan potensi individu secara menyerluruh.
Sebagai contoh, aktiviti bermain kompang, latihan dikir barat dan nyanyian nasyid yang
dilaksanakan semasa perjumpaan persatuan nescaya sedikit sebanyak dapat
mencungkil bakat terpendam sesetengah murid. Di samping itu, persatuan ini juga
mempunyai strategi penjanaan kewangan yang baik dan mampu menampung
perbelanjaan persatuannya sendiri sepanjang tahun. Murid-murid juga memberi
bekerjasama yang baik dengan menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

KELEMAHAN (W)

Jika kita lihat dari sisi kelemahan yang diserlahkan oleh persatuan ini, kita dapat
melihat beberapa kelemahan yang persatuan ini tunjukkan. Antaranya ialah dari aspe
perlaksanaan aktiviti persatuan. Jika kita lihat pada aktiviti persatuan, persatuan ini
hanya melakukan enam kali perjumpaan sahaja bersama dengan murid sepanjang
tahun. Perjumpaan persatuan yang kurang ini menyebabkan banyak aktiviti persatuan
tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, persatuan ini dilihat tidak begitu mendapat
sambutan daripada murid. Jika kita lihat pada senarai nama ahli hanya ada 18 orang
ahli sahaja yang menyertai kelab ini. Jelas di sini bahawa persatuan ini tidak mendapat
sambutan kerana kurangnya pendedahan mengenai persatuan kepada murid-murid lain.
Di samping itu juga, persatuan ini tidak mendapat bantuan kewangan yang
kukuh. Persatuan ini terpaksa mencari dana kewangan sendiri melalui inisiatif sendiri
bagi memenuhi keperluan persatuan. Dana dari pihak sekolah juga tiada menyebabkan
sukar untuk persatuan ini menyertai apa-apa pertandingan. Selain itu, persatuan ini juga
tidak mengikuti perancangan aktiviti tahunan yang disediakan. Guru-guru penasihat
dilihat melaksanakan aktiviti berdasarkan apa yang mereka ingin lakukan pada petang

40
tersebut dan tidak mengikut perancangan tahunan yang disediakan. Di samping itu,
persatuan kebudayaan ini juga dilihat tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagi
melaksanakan aktiviti persatuan seperti kekurangan kompang dan alat muzik yang lain.

PELUANG (O)

Persatuan kebudayaan ini jika kita lihat dari aspek peluang, sememangnya
mempunyai beberapa peluang yang besar untuk dikembangkan lagi. Banyak peluang
bagi persatuan ini untuk menyertai pertandingan-pertandingan kebudayaan kerana guru-
guru penasihat persatuan ini sendiri telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang luas yang mampu membawa murid-murid ini ke peringkat yang lebih tinggi. Pihak
sekolah hanya perlu memberikan sokongan dari segi moral dan kewangan. Selain itu,
persatuan ini dilihat mampu meluaskan lagi kerjasama guru dengan pihak luar bagi
memberikan ilmu yang baru kepada murid. Misalnya Puan Mastura sendiri telah
bekerjasama dengan jurulatih luar bagi mengajar murid-muridnya bermain kompang.
Selain itu, guru mata pelajaran lain juga dilihat mampu dan berbakat dalam aspek
kebudayaan ini. Dengan ilmu yang mereka ada, nescaya persatuan ini akan dapat
berkembang sekiranya guru tersebut turut mebantu.

ANCAMAN (T)

Persatuan ini juga tidak terlepas daripada ancaman-ancaman yang boleh


menjejaskan persatuan kebudayaan ini. Jika dilihat dari aspek murid, murid seringkali
tidak hadir perjumpaan persatuan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah yang lain
ataupun ponteng perjumpaan. Selain itu, aktiviti sekolah juga turut menjejaskan aktiviti
persatuan kebudayaan yang menyebabkan guru tiada masa untuk mengadakan
perjumpaan bersama murid-murid yang menyebabkan pada tahun 2016 hanya enam
kali perjumpaan sahaja. Di samping itu, ancaman juga turut datang daripada pihak ibu
bapa itu sendiri. Terdapat ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak ke aktiviti
persatuan yang diadakan pada waktu petang. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat
mengikuti aktiviti persatuan yang lain. Selain itu, persatuan-persatuan lain yang
menawarkan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan terkini juga merupakan satu
ancaman kepada persatuan kebudayaan ini kerana murid-murid masa kini lebih suka
dengan kecanggihan dunia teknologi.

41
PENAMBAHBAIKKAN

Bagi mengatasi masalah perjumpaan persatuan yang kurang, perjumpaan


persatuan bolehla dilakukan dengan lebih kerap ataupun ikut sahaja jadual perjumpaan
persatuan setiap hari isnin. Dengan demikian perjumpaan bersama ahli akan lebih
banyak. Selain itu, laksanakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti persatuan yang lebih
menarik dan berikan pendedahkan kepada murid-murid di sekolah mengenai persatuan
sejarah dengan mengadakan hari persatuan kebudayaan misalnya bagi mengatasi
kelemahan tidak mendapat sambutan daripada murid.

Di samping itu, guru penasihat bolehlah mengadakan jualan makanan dan


minuman serta mencari derma bagi mengatasi masalah kekurangan dana. Selain itu,
guru penasihat haruslah memastikan persatuan ada perancangan tahunan dan setiap
guru penasihat mengikuti perancangan yang telah ditetapkan bagi mengatasi masalah
guru melaksanakan aktiviti persatuan sesuka hati. Di samping itu, mencari derma sama
ada dari pihak ibu bapa, orang luar ataupun mengadakan jualan makanan dan minuman
semasa hari terbuka sekolah, mesyuarat PIBG dan hari sukan sekolah dapat mengatasi
masalah kekurangan peralatan dalam bilik kebudayaan.

Seterusnya, pihak sekolah tidak melaksanakan aktiviti lain selain daripada


perjumpaan persatuan pada hari isnin. Dengan demikian guru dan murid tidak akan ada
halangan untuk datang ke perjumpaan persatuan. Langkah penambahbaikkan untuk
masalah ibu bapa tidak mahu menghantar anak menyertai aktivti pesatuan yang boleh
dilaksanakan ialah pihak sekolah bolehlah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa
dan menerangkan kepentingan persatuan kepada ibu bapa dan ibu bapa wajib
menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menyertai aktiviti persatuan. Langkah
penambahbaikkan yang boleh guru laksanakan ialah mengadakan aktiviti yang mampu
menarik minat murid bagi masalah murid lebih berminat aktiviti persatuan lain.

42
6.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Hasil daripada analisis SWOT tersebut kita dapat kenalpasti dan menyenaraikan
beberapa isu-isu. Antaranya ialah perjumpaan persatuan yang kurang. Jika kita lihat
pada rekod kehadiran dan senarai aktiviti persatuan, perjumpaan persatuan amatlah
tidak memuaskan. Hanya ada enam perjumpaan sahaja dalam masa setahun. Jadi
untuk mengatasi isu ini guru penasihat haruslah cakna dalam hal ini dan mengambil
tindakan sewajarnya. Perjumpaan persatuan bolehla dilakukan dengan lebih kerap
ataupun ikut sahaja jadual perjumpaan persatuan setiap hari isnin. Dengan demikian
perjumpaan bersama ahli akan lebih banyak.

Selain itu, isu berbangkit kedua ialah persatuan ini dilihat tidak begitu mendapat
sambutan yang mengalakkan daripada murid. Persatuan kebudayaan ini hanya
mmpunyai 18 orang ahli sahaja dan hal ini jelas menunjukkan bahawa murid tidak
berminat dengan persatuan ini. Langkah penambahbaikkan yang guru penasihat
lakukan adalah laksanakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti persatuan yang lebih
menarik dan berikan pendedahkan kepada murid-murid di sekolah mengenai persatuan
sejarah dengan mengadakan hari persatuan kebudayaan misalnya.

Di samping itu, isu berbangkit ketiga ialah persatuan ini tidak mendapat bantuan
kewangan yang kukuh. Pihak sekolah tidak dapat memberikan dana yang cukup kepada
persatuan kebudayaan ini kerana perbelanjaan sekolah yang lain. Cadangan
penambahbaikkan yang guru penasihat boleh laksanakan ialah menjana kewangan
sendiri dengan meneruskan apa yang telah persatuan ini lakukan pada tahun lepas
untuk menjana kewangan dengan mengadakan jualan makanan dan minuman serta
mencari derma.

Selain itu, isu berbangkit keempat ialah persatuan ini tidak mengikuti
perancangan aktiviti tahunan yang disediakan. Guru-guru penasihat dilihat
melaksanakan aktiviti berdasarkan apa yang mereka ingin lakukan pada petang tersebut
dan tidak mengikut perancangan tahunan yang disediakan. Langkah penambahbaikkan
yang boleh diambil oleh guru penasihat ialah memastikan persatuan ada perancangan
tahunan dan setiap guru penasihat mengikuti perancangan yang telah ditetapkan

Di samping itu, isu berbangkit kelima ialah persatuan kebudayaan ini tidak
mempunyai peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti persatuan seperti

43
kekurangan kompang dan alat muzik yang lain. Banyak alat muzik dan permainan yang
kurang dalam bilik kebudayaan ini. Antara lanngkah penambahbaikkan yang boleh guru
penasihat ambil ialah mencari derma sama ada dari pihak ibu bapa, orang luar ataupun
mengadakan jualan makanan dan minuman semasa hari terbuka sekolah, mesyuarat
PIBG dan hari sukan sekolah. Dana yang dikumpulkan tersebut dapat digunakan untuk
membeli peralatan yang kurang di bilik persatuan kebudayaan ini.

Seterusnya, isu berbangkit keenam murid seringkali tidak hadir perjumpaan


persatuan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah yang lain ataupun ponteng
perjumpaan. Guru penasihat juga sering kali tidak dapat mengadakan perjumpaan
kerana sibuk dengan aktiviti sekolah yang lain. Langkah penambahbaikkan yang boleh
pihak sekolah ambil ialah tidak melaksanakan aktiviti lain selain daripada perjumpaan
persatuan pada hari isnin. Dengan demikian guru dan murid tidak akan ada halangan
untuk datang ke perjumpaan persatuan.

Isu berbangkit yang ketujuh ialah terdapat ibu bapa yang tidak mahu menghantar
anak-anak ke aktiviti persatuan yang diadakan pada waktu petang. Hal ini menyebabkan
murid tidak dapat mengikuti aktiviti persatuan yang lain. Langkah penambahbaikkan
yang boleh dilaksanakan ialah pihak sekolah bolehlah mengadakan perjumpaan dengan
ibu bapa dan menerangkan kepentingan persatuan kepada ibu bapa dan ibu bapa wajib
menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menyertai aktiviti persatuan.

Isu berbangkit yang terakhir ialah persatuan-persatuan lain yang menawarkan


aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan terkini menyebabkan murid tidak meminati
persatuan kebudayaan ini. Langkah penambahbaikkan yang boleh guru laksanakana
ialah mengadakan aktiviti yang mampu menarik minat murid walaupun tanpa
kecanggihan teknologi masa kini. sebagai contoh permainan gasing dan guli bagi setiap
kali perjumpaan agar lebih ramai murid meminati kelab kebudayaan ini.

44
PENUTUP

Kesimpulannya, persatuan merupakan satu aktivti kokurikulum yang mendatangkan


banyak manfaat kepada murid, guru dan sekolah itu sendiri. Amatlah penting bagi seorang guru
penasihat persatuan dapat merancang aktiviti tahunan persatuan dengan berkesan dan dapat
dilaksanakan oleh persatuan tersebut dengan jayanya. Perancangan penjanaan dan
penggunaan dana juga merupakana salah satu isu yang penting dalam sesebuah persatuan.
Tanpa dana kewangan sesebuah persatuan itu tidak mampu bergerak dan melaksanakan
aktiviti.

Oleh hal yang demikian guru penasihat haruslah bijak dalam merancang bagaimana
untuk mencari sumber kewangan selain daripada mengharapkan bantuan daripada pihak
sekolah yang mana sangat terhad. Diharapkan agar para guru dan murid dapat berkerjasama
mengembleng tenaga bagi memastikan aktiviti persatuan ini tidak hilang ditelan zaman.
Nescaya melalui aktiviti persatuan ini murid tidak hanya cemerlang dari aspek intelek dan
rohani bahkan juga cemerlang dalam aspek jasmani, emosi dan sosial.

45
LAMPIRAN

46
REFLEKSI

Bersyukur kepada Tuhan kerana kebaikkannya saya dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus ini dengan jayanya. Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan kerja kursus
secara individu mengenai pembinaan satu kertas kerja cadangan penubuhan sebuah persatuan
dan kajian kes ke atas sebuah persatuan dari aspek penjanaan dan penggunaan dana
persatuan. Banyak pengalaman yang menyeronokan telah saya perolehi sepanjang melakukan
tugasan ini. Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil
dalam menubuhkan sebuah persatuan. Setelah selesai melaksanakan tugasan ini saya dapat
mengetahui bahawa dalam penubuhan sesebuah persatuan, jawatankuasa penaja merupakan
jawatankuasa yang bertanggungjawab menubuhkan persatuan dari awal sehingga habis.

Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui bahawa jawatankuasa penaja terdiri
daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari
serta enam atau tujuk orang ahli jawatankuasa kecil yang lain. Melalui tugasan ini saya dapat
mengetahui tujuan jawatankuasa penaja ini dibentuk bagi menentukan tujuan dan matlamat
persatuan yang ingin ditubuhkan. Jawatankuasa ini juga akan menyenaraikan aktiviti dan
kegiatan utama persatuan serta menyenaraikan peraturan-peraturan persatuan yang juga
dikenali sebagai perlembagaan persatuan. Saya juga dapat mengetahui bahawa jawatankuasa
penaja perlu menulis surat permohonan rasmi penubuhan persatuan kepada Guru Besar dan
menunggu surat perlantikan dari Guru Besar kepada Guru Penasihat.

Saya juga dapat mengetahui bagaimana caranya untuk membuat minit mesyuarat, surat
panggilan mesyuarat dan surat pemohonan penubuhan persatuan. Saya juga dapat
mengetahui apa yang terkandung di dalam perlembagaan sesebuah persatuan apabila saya
menyediakan sendiri perlembagaan persatuan yang saya ingin tubuhkan. Selain itu, saya juga
belajar mereka sendiri logo dan moto persatuan saya serta lagu persatuan yang ingin saya
tubuhkan. Saya juga belajar bagaimana sebuah persatuan di sekolah melaksanakan aktiviti
persatuan melalui kajian kes yang saya laksanakan. Saya juga belajar bagaimana aktiviti
pengumpulan dan penggunaan dana berlaku dalam sesebuah persatuan dan dapat
melaksanakan analisis SWOT ke atas persatuan yang saya pilih dan dapat mengutarakan isu-
isu berbangkit.

Sebelum melakukan tugasan, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber iaitu
dari buku ilmiah, jurnal dan juga internet tentang tajuk tugasan ini ekoran saya tidak mempunyai
apa-apa maklumat mengenai tugasan ini. Saya bermula dari maklumat kosong sehingga

47
berjaya menyiapkan sepenuhnya tugasan ini. Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari
maklumat mengenai tajuk tugasan. Namun buku yang saya cari tiada kerana kebanyakkan
buku telah dipinjam oleh rakan-rakan yang lain dan sumber buku yang terhad di perpustakaan
IPG kita.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencari jurnal dan artikel yang terdapat di
internet untuk saya mendalami tajuk kerja kursus ini. Untuk menambahkan kefahaman saya
mengenai tajuk tugasan ini saya telah membaca buku-buku dan artikel yang ada kaitan dengan
tajuk tugasan saya yang saya pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Saya telah menggunakan
maklumat yang ada dalam buku untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini saya menghadapi masalah ketika mencari maklumat
menggunakan internet. Di asrama line internet sangat lambat dan tidak dapat digunakan di bilik.
Saya terpaksa berdiri di luar bilik untuk menggunakan internet. Sebahagian blog yang ada juga
telah disekat oleh pihak ipg. Untuk mengatasi masalah internet yang lambat ini, saya telah pergi
ke bilik televisyen kerana di situ internet lebih cepat dan di bilik kuliah.

Semasa dalam proses penyiapan tugasan ini saya juga menunjukkan komitmen yang
tinggi. Apabila rakan sekelas saya membawa saya mencari maklumat untuk menyiapkan
tugasan ini saya memberikan komitmen sepenuhnya dengan bersama-sama turun ke
perpustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kami juga sama-sama turun ke kafe
untuk berbincang dan menyiapkan tugasan ini bersama-sama sehingga selesai. Setelah selesai
menyiapkan tugasan ini saya mendapat pengajaran dan nilai-nilai murni melalui kajian ini. Saya
menyedari betapa susahnya untuk menubuhkan sesebuah persatuan dan betapa pentingnya
menyiapakan tugasan lebih awal bagi mengelakkan ketidakcukupan masa.

Namun demikian disebalik kesulitan yang saya hadapi ketika melaksanakan tugasan ini,
saya telah mendapat lebih banyak ilmu mengenai subjek ini dan dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai subjek ini. Hal ini kerana saya telah membaca terlebih dahulu buku yang
dipinjam dan membuat nota-nota ringkas pada sehelai kertas. Saya juga belajar untuk
menguruskan masa dengan lebih baik melalui kerja kursus ini kerana kesempitan masa yang
saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini telah mengajar saya agar menggunakan masa
dengan sebaiknya dan menyiapkan tugasan yang diberi lebih awal. Saya juga akan membeli
lebih banyak buku-buku yang ada kaitan dengan subjek untuk memudahkan sumber rujukan
saya.

48
Sehabis sahaja menyelesaikan tugasan ini, saya berasa sangat lega kerana tugasan ini
tidak sesenang seperti yang dijangka oleh saya. Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada En Suhaimi bin Junoh kerana telah banyak membantu
saya dan rakan-rakan yang lain dalam membuat tugasan ini sehingga tugasan ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan dihantar tepat pada masanya. Selain itu, saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan rakan sekelas saya yang
tidak pernah mengeluh dan sentiasa memberi tunjuk ajar, membantu dan berkongsi maklumat
dengan saya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan buat ibu bapa
saya yang banyak memberi bantuan kewangan dan sokongan moral kepada saya sehingga
saya berjaya menyelesaikan tugasan ini. Begitu juga kepada yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung. Sekian, terima kasih.

49

Anda mungkin juga menyukai