Anda di halaman 1dari 14

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

ISI KANDUNGAN

BORANG PENGAKUAN 2

PROFIL DIRI 3

1.0 PENGHARGAAN 4

2.0 ABSTRAK 5

3.0 TUGASAN SOALAN 1 6

3.1 MUKADIMAH 6

3.2 KONSEP PERANAN GURU DALAM KEMENJADIAN MURID 6

3.3 PERANAN DAN AMALAN GURU TERHADAP KEMENJADIAN MURID 7

3.4 RUMUSAN KESELURUHAN 11

4.0 BIBLIOGRAFI 12

5.0 LAMPIRAN 15

1 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya

TANDATANGAN : .

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. KP : 940202-08-6464

TARIKH : 21 OGOS 2017

2 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

PROFIL DIRI

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHAN

NO. K/P : 940202-08-6464

UNIT : PISMP PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER : 8

KURSUS ELEKTIF : PENDIDIKAN JASMANI & SEJARAH

AMBILAN : JANUARI 2014

ALAMAT RUMAH : NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, TG.MALIM,

PERAK.

3 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

NO. HP : 016-9414502

E-MEL : anju2_2@hotmail.com

1.0 PENGHARGAAN

Penulisan yang baik menunjukkan pemikiran yang jelas, itulah prinsip yang saya
berpegang pada sepanjang melaksanakan tugasan penulisan ilmiah bagi kursus EDU 3083
iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru sehingga dapat
menyiapkannya dengan jayanya. Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan adanya limpah
kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan selama ini.
Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada
pelbagai pihak. Pertama sekali, jutaan kalungan budi kepada pemimbing yang juga menjadi
pembekal tenaga kepada saya iaitu pensyarah kursus ini Puan Zuraida Binti Yusof.
Beliau telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Beliau juga tidak
pernah terlepas pandang untuk memberikan kata-kata semangat dan sentiasa memberikan
maklumat yang saya perlukan walaupun pelaksanaan tugasan ini adalah ketika saya
melaksanakan internship di SKK SJK (T) Bandar Mentakab.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya
dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.
Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat saya
untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa
apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau
buntu fikiran. Maklumat yang dikongsi bersama sangat berguna dalam pelaksanaan kerja
kursus ini. Rakan saya telah banyak membantu saya dengan memberikan idea-idea yang
efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan
Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber
yang membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini
serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah

Sekian, terima kasih.

4 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

2.0 ABSTRAK

Semua profesion menekankan aspek kepimpinan yang berterusan. Tidak tertinggal


juga profesion keguruan yang menjadi nadi kecemerlangan sesebuah Negara juga perlu
dipimpin oleh golongan yang berpelajaran, berhemah dan beretika, bermotivasi tinggi ,
dapat mencorakkan dan mempengaruhi perubahan, berwawasan dan dapat berperanan
positif untuk memimpin kearah kemajuan dan perubahan. Rentetan daripada isu yang
dibincangkan, buletin mengenai hasrat dan rancangan memartabatkan profesion keguruan
bukan lagi perkara baharu, malah ia menjadi lebih serius dewasa ini melalui pelaksanaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Baru-baru ini, dalam lawatan kerja Menteri Pendidikan , DatoSeri Mahdzir Khalid ke
United Kingdom pada 23 Januari 2017 hingga 27 Januari 2017, beliau menjelaskan kepada
pelajar dan rakyat Malaysia di sana tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang mempunyai hubung kait dengan usaha kerajaan bagi melahirkan
generasi berfikiran kreatif dan berinovasi selaras dengan Transformasi Nasional 2050
(TN50). Ini menunjukkan usaha terus yang dilakukan oleh kerajaan, khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mentransformasi bidang pendidikan negara
termasuklah memantapkan lagi profesion keguruan serta mensejahterakan taraf hidup
warga pendidik melalui Anjakan 4 PPPM 2013-2025, iaitu mentransformasi Profesion
Keguruan Menjadi Profesion Pilihan.

Bidang ilmu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini juga
merupakan satu kursus yang berlandaskan anjakan ke-4 PPPM yang menekankan
profesion keguruan secara keseluruhannnya. Kursus ini meliputi beberapa topik yang
mustahak berkaitan dengan profesion keguruan seperti konsep mengajar sebagai satu
profesion kod etika dan akauntabiliti keguruan isu isu etika guru peringkat peringkat
perkembangan guru peranan guru sekolah rendah kepimpinan guru struktur organisasi
pendidikan dan juga mengenai perkembangan profesionalisme guru. Pendedahan
mengenai asas kepimpinan dikatakan sangat penting dalam merealisasikan transformasi
pendidikan gelombang ke-2 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 memerlukan semangat kebersamaan dengan menggemblengkan permuafakatan
dan pemikiran pelbagai pihak berautoriti serta keakraban sosial dalam kalangan guru perlu
dipertingkatkan menerusi wadah yang sesuai dengan fitrah profesionalisme keguruan.

5 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

3.0 TUGASAN 2

3.1 Mukadimah

Segala kecemerlangan yang dilanda oleh negara kita tidak datang secara tiba-tiba.
Sudah pasti kejayaan tersebut dicapai menerusi asuhan dan bimbingan daripada ramai guru
yang mengasuh dan membimbing pemimpin kerajaan, arkitek, jurutera, doktor, peguam dan
sebagainya. Tambahan pula, keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan
pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah
negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua
warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Sepanjang berkhidmat sebagai seorang
pendidik, pengorbanan dan cabaran yang ditempuhi olehnya bukan sangat mudah. Peranan
seorang guru sebagai ejen perubahan kepada kemajuan masyarakat adalah sangat
mustahak. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran
Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti
dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. (PPPM Selaras
dengan TN50, Majalah Pendidik, Mac 2017)

Menurut Kamaruddin Hussin (1995), sejak menjejakkan kaki ke alam


persekolahan, para pelajar adalah amat bergantung kepada tunjuk ajar para guru
memandangkan jumlah masa mcreka bersama para guru. Oleh yang demikian para guru
memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan pelajar. Guru adalah orang
yang penting dalam kchidupan pelajar. Hubungan guru dengan pelajar adalah sangat rapat
dan hubungan ini merupakan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bukannya sesuatu yang
baharu kepada warga pendidikan yang sedang berkembang seiras dengan transformasi
pendidikan negara. Standard ini menyatakan pembelajaran dan pemudahcaraan merupakan
perkara yang sangat penting dalam menentukan standard kualiti pengurusan kurikulum
sesebuah sekolah. Standard ke-4 dalam SKPMg2 meletakkan guru berperanan sebagai
pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian pelajar pada tahap
optimum yang berrterusan. Terdapat enam aspek dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu guru
sebagai pengawal, guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong, guru sebagai
penilai dan murid sebagai pembelajar aktif.

6 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

3.2 Konsep peranan atau amalan guru dalam kemenjadian murid

Menurut Kamus Dwan Edisi Keempat, peranan didefinisikan sebagai tugas yang
dijalankan untuk menjayakan sesuatu. Jadi, dalam konteks menjayakan segala transformasi
yang dilakukan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara tugas seorang guru adalah
sangat mustahak. Peranan guru dalam kemenjadian murid memang sangat luas daripada
peranan mana-mana pihak lain. Kemenjadian murid bukan bermakna mereka hanya
berjaya dalam bidang akademik semata-mata. Kemenjadian murid yang diharapkan hasil
daripada sistem pendidikan kita adalah menyeluruh atau holistik, iaitu termasuk sahsiah diri,
memiliki budi pekerti yang tinggi, memiliki semangat patriotik dan cinta akan negara serta
sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni sejagat yang berpaksikan pegangan agama
yang kukuh. Jadi bebannya diletakkan atas bahu seorang guru sebagai pendukung aspirasi
membentuk modal insan yang holistik.

Peranan guru bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang tetapi lebih utama
membimbing generasi bersahsiah mulia. Masa depan negara bergantung kepada
keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran, menghayati nilai murni dan memenuhi
cita rasa bangsa dan Negara. Menurut Mohd Kamal Hassan (2009) seorang guru perlu
mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi dalam pembentukan sahsiah pelajar.
Manakala Abdul Halim al-Muhammadi (2009) pula menjelaskan bahawa guru ialah ejen
kepada keberkesanan pendidikan. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan
keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya
menjadi contoh yang berkesan. Pendek kata, guru memainkan peranan yang tidak terhingga
demi memastikan lonjakan kepada pembaharuan pendidikan yang cemerlang terhadap
kemenjadian murid.

3.3 Peranan dan amalan guru terhadap kemenjadian murid

Berpaut pada tajuk perbincangan, mengikut arus transformasi sistem pendidikan


peranan utama seorang guru dalam pembelajaran abad ke-21 adalah untuk menyediakan
pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran
utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi
serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti
serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara
berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi
(pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), guru-guru diberi sokongan dalam

7 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Latihan dalam Perkhidmatan


(LDP) dan bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Perkongsian
dalam Professional Learning Community (PLC) juga merupakan salah satu cara bagaimana
guru boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain pembelajaran
akses kendiri. Pentadbir sekolah dan ibu bapa juga diberi sokongan untuk membantu
mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi interaksi dasar-dasar Kementerian.

Dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran KBAT, peranan guru adalah


sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid,
menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara
berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan
membuat penerokaan secara terancang dan berstruktur. Ironinya terhadap kemenjadian
murid pula ialah murid akan mula bertindak lebih aktif dan suka bertanya serta boleh
memberi cadangan penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan
bahan rangsangan seperti soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir dengan
lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi, seterusnya mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar. Ini secara tidak langsung membentuk satu
generasi yang berakhlak tinggi yang boleh berfikiran luar kotak. Tuntas kata berlandaskan
isu yang dimanifestasikan, guru juga sesuai digelar sebagai pengamal ilmu dan
kemahiran.

Sementelahan pula, sebagai agen perubahan kepada pembelajaran Abad ke-21


bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan.
Dalam arus modenisasi ini, guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh
berbeza dengan murid-murid masa lalu. Tamsilannya, murid-murid kini lebih terdedah
dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf
baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada
kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan
diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-
21. Jadi, usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan
sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.

8 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

Selain peranan guru sebagai agen perubahan, seorang pendidik turut berperanan
sebagai penyelidik. Konsep ini kerap kali dibincangkan dalam literatur pendidikan guru
terutamanya berkaitan dengan reformasi pendidikan dan peningkatan profesionalisme guru.
Guru-guru digalakkan menerapkan budaya penyelidikan untuk memahami persekitaran
pembelajaran serta amalan dan tindakan diri demi mempertingkatkan kualiti
profesionalisme mereka. Dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru, satu trend
menarik dalam perkembangan pendidikan di negara telah diwujudkan bagi pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik. Trend yang dimaksudkan ialah
pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities, PLC)
dalam kalangan guru dan pemimpin sekolah yang merupakan satu aktiviti Pembangunan
Profesional Berterusan. Usaha ini selaras dengan Anjakan 4 dalam PPPM untuk
membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas di bawah inisiatif
mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

Lantaran itu, Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para


pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
mereka. PLC yang merujuk kepada amalan kolaboratif dalam kalangan pendidik yang
komited dan secara bersama-sama menetapkan matlamat atau membina wawasan dan
berusaha secara kolektif mencapai matlamat yang ditetapkan. Contohnya, matlamat bagi
guru adalah untuk memastikan pembelajaran murid dilaksanakan dengan lebih
berkesan bagi membangunkan murid yang holistik. Manakala bagi kepimpinan dan
pakar bidang khusus, matlamatnya adalah untuk memastikan rakan pemimpin dan rakan
kepakaran sentiasa cemerlang dan berwibawa. Kerjasama bagi mencapai matlamat yang
sama ini menggalakkan rasa kesepunyaan nilai, misi, kejelekitan dan memberikan peluang
kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam meningkatkan
pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya, pembangunan profesionalisme dapat ditingkatkan
secara berterusan sepanjang kerjaya. Setiap hari seseorang guru perlu membuat berbagai-
bagai keputusan yang berkaitan dengan pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Dengan
ini, peranan guru sebagai penyelidik adalah nyata apabila aktiviti guru berdasarkan PLC ini
dicatat atau didokumentasikan secara nyata atau formal dan secara sistematik. Hal ini
membolehkan seseorang guru untuk melibatkan diri dalam proses inkuiri dengan tujuan
memperbaiki amalan pengajaran dan pencapaian murid. Pendek kata, menerusi usaha
sebegini, segala peranan, fungsi, amalan, budaya dan norma di sekolah lebih difahami oleh
guru berbanding dengan penyelidik pihak ketiga. (Buletin Anjakan_Buletin Transformasi
Pendidikan Malaysia Bil 7/2015)

9 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

Sekali lagi, mengaitkan tajuk perbincangan, guru yang bertanggungjawan dalam


memastikan kecemerlangan seseorang murid dikatakan berfungsi sebagai seorang
perancang berlandaskan aspek standard 4 dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2). Kementerian menggariskan peranan seorang pendidik sebagai
perancang kerana tugasnya dikhususkan kepada merancang rancangan pelajaran, sumber
pendidikan, pentaksiran dan tempat pembelajaran bersesuaian dengan masa, objektif, aras
keupayaaan murid, Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
Perancangan yang rapi perlu dibuat oleh seorang widyaiswara dalam memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial. Jelas kata, guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan
persediaan rapi dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) secara profesional dan sistematik dalam memastikan kemenjadian murid yang stabil.

Had atau kawalan amat penting dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam
kehidupan seharian kita. Dalam isu pendidikan, guru berperanan sebagai pengawal yang
mengawal isi atau skop pembelajaran, masa, penyertaan murid, komunikasi dan perlakuan
murid, susun atur kedudukan murid, dalam hal menepati objektif, sikap berhemah dan juga
pelbagai aras keupayaan murid. Berdasarkan Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), pentingnya guru bertindak sebagai pengawal
pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut
perancangan. Hal ini dikatakan demikian kerana, perkara ini membolehkan seseorang
pendidik untuk mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada
penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan
secara berterusan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Menelusuri topik perbincangan dengan lebih lanjut, peranan guru sebagai


pembimbing dan juga sebagai pendorong dinyatakan sebagai dua peranan yang berbeza
dalam konteks Standard 4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
padahal, kedua-duanya membawa maksud yang sama secara kesuluruhannya. Apa yang
membezakannya ialah guru sebagai pembimbing berfokuskan perihal pedagogi dan
konteks pembelajaran yang menekankan perkembangan intelek seseorang murid,
manakala guru sebagai pendorong pula berfokuskan sifat dan nilai seseorang murid yang
menekankan aspek perkembangan sosial dan rohani. Dengan lebih lanjutnya, guru yang
bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan,
kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran. Misal kata, dengan
memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan,

10 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran atau mata pelajaran lain mengikut
keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-
sungguh. Pada masa yang sama, guru yang bertindak sebagai pendorong untuk
meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran serta mendorong minda murid
melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang. Contohnya, mendorong secara
merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru
kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah,
mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi
pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan
objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.

3.4 Rumusan Keseluruhan

Kesimpulannya, sekolah secara umumnya dan guru secara khususnya memainkan


peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kemenjadian seorang murid.
Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan tempat murid meluangkan masa yang
lebih banyak selain rumah dan guru pula dianggap sebagai pengganti ibu bapa di
sekolah. Melalui seorang gurulah satu generasi dididik supaya berakhlak, berrnoral dan
mengamalkan budaya hidup yang mumi selain menjadi insan yang berakhlak. Tidak dapat
dinafikan bahawa guru memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan
menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang
seimbang secara holistik. Segala transformasi pendidikan negara hanya dapat direalisasikan
menerusi agen perubahan yang digelar sebagai pendidik di mata dunia.

11 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

4.0 BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd. Rashim. (2005), Professionalisme Keguruan ; Prospek dan Cabaran,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdul Rashid Abdul Samad. (2001).Kepimpinan strategik: Satu dimensi baru

dalam kepimpinan kepengetuaan. Jurnal Institut Kepengetuaan,1 (1): Februari.

Abdul Ghani Ahmad (2017), Menambah Baik Martabat Guru ; Laporan Khas, Majalah

Pendidik. Terbitan Jun 2017, Wardah Communication Sdn.Bhd,

Kuala Lumpur

Abdul Halim al-Muhammadi. 15 Mei 2009. Manfaat ilmu cara terbaik hargai jasa guru :

pendidik pikul tanggungjawab berat bentuk generasi berdaya saing, pemimpin masa

depan. Berita Harian. him. 4 l.

DatoSeri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), (2017), PPPM Selaras Dengan TN50 ;

Pemikiran Mahdzir. Majalah Pendidik. Terbitan Mac 2017, Wardah Communication

Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Guru Abad ke-21. (2015), Buletin Anjakan ; Buletin Transformasi

Pendidikan Malaysia , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Bil 5/2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah. (2015), Buletin

Anjakan ; Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia , Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia. Mac 2015

12 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

Kamaruddin Hj. Hussin. 1995. Dinamika sekolah don bi!ik darjah. Kual a Lumpur: Utusan

Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Malim Abdullah.(2017), Pembudayaan Pendidikan Sepanjang Hayat ; Rencana Umum,

Majalah Pendidik. Terbitan Jun 2017, Wardah Communication Sdn.Bhd,

Kuala Lumpur

Mohd. Kamal Hassan . 15 Mei 2009. Manfaat ilmu cara terbaik hargaijasa guru: pendidik

pikul tanggungjawab berat bentuk generasi berdaya saing, pemimpin masa depan.

Berita Harian. him. 41.

Norhailmi Abdul Mutalib (2017), Cabaran Menjadi Guru Abad 21 ; Tip Guru Pakar, Majalah

Pendidik. Terbitan Mac 2017, Wardah Communication Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Pembangunan Profesionalisme Malaysia. (2015), Buletin Anjakan ; Buletin Transformasi

Pendidikan Malaysia , Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Bil 7/2015

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah. (2015), Buletin Anjakan ;

Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia , Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia. Bil 4/2015

Ridzuan Kamis (2017), Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan ; Rencana Umum, Majalah

13 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANAGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083

Pendidik. Terbitan Jun 2017, Wardah Communication Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Syed Ismail bin Syed Mustafa.Ahmad Subki bin Miskon (2010), Guru dan Cabaran Semasa,

Penerbitan Multimedia, Puchong, Selangor.

https://www.moe.gov.my/

[atas talian : 28 JULAI 2017]

http://utusanonline.com.my
[atas talian : 02 0GOS 2017]

http://bharianonline.com.my
[atas talian : 02 OGOS 2017]

https://ms.wikipedia.org/wiki/Transformasi_Nasional_2050

[atas talian : 01 OGOS 2017]

14 RANJINI VALAUTHAN, PISMP BM , SEMESTER 8, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Anda mungkin juga menyukai