Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PRASEKOLAH)

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

1. Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.


2. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
3. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
4. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
5. Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
6. Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
7. Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi
mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
8. Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah.
9. Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan
kewangan prasekolah.
10. Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

1. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.


2. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
meransang bimbingan dan asuhan.
3. Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan
menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah.
4. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya
bersedia untuk belajar.
5. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai
dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
6. Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-
murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid
berkenaan di bawah jagaannya.
7. Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri
secara aktif.
8. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran
prasekolah.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih


1. Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan
seimbang bagi murid-murid prasekolah.
2. Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan
dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
3. Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum
dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik
darjah dan ruang-ruang lain.
4. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran
di dalam kelas.

Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

1. Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid


sentiasa berkeadaan bersih.
2. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi
tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
3. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan
murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
4. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan
murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
5. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah
di dalam dan di luar kelas.
6. Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

Pengurusan Fail Dan Rekod

1. Menerima arahan daripada guru.


2. Mengenalpasti fail dan rekod yang perlu disediakan.
3. Mendapatkan maklumat yang perlu difailkan.
4. Melaksanakan tugasan.
5. Menghantar sesalinan ke pejabat.
6. Simpan dalam fail dan rekod.

Pengurusan Stok/Inventori/Harta Modal

1. Menerima arahan daripada guru.


2. Menerima barang atau peralatan.
3. Menetukan spesifikasi barang tersebut.
4. Merekod stok.
5. Merekod harta modal.
6. Merekod inventori pada barang atau peralatan tersebut.
7. Meletak di tempat yang sesuai.

Pengurusan Surat-Menyurat

1. Menerima arahan daripada guru.


2. Merekod surat yang diterima.
3. Berbincang dengan guru tentang tindakan yang perlu diambil.
4. Menjawab surat.
5. Menghantar surat kepada pihak yang berkenaan.
6. Menyimpan sesalinan dalam fail.

AGIHAN PERLAKSANAAN TUGASAN PPM

A. TUGASAN HARIAN

1. Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat


2. Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
3. Menyediakan persiapan minum pagi
4. Menyambut kedatangan murid
5. Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
6. Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
7. Memasak makanan
8. Membantu guru dalam P&P
9. Menyedia dan menghidang makanan
10. Mengawasi murid makan/gosok gigi (rehat)
11. Membantu guru dalam P&P
12. Membantu guru mengurus murid ketika pulang
13. Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
14. Memastikan ruang kelas bersih dan selamat.
15. Memastikan ruang kebersihan diri (tandas) bersih dan sihat.

B. TUGAS MINGGUAN PPM

1. Menyapu sawang
2. Mencuci kipas angin
3. Mencuci tingkap
4. Mengemaskini stok bahan basah dan kering
5. Mengemas taman permainan
6. Mencuci peti sejuk
7. Mencuci tempat ambil wuduk
8. Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

C. TUGAS BULANAN PPM

1. Mengemaskini stok inventori


2. Membantu menyediakan penyata perbelanjaan
3. Memastikan persekitaran luar prasekolah selamat dan kondusif.

D. TUGAS SEMASA CUTI

1. Menyemak rekod kewangan dan mengemaskini perbelanjaan prasekolah.


2. Kemaskini rekod asset prasekolah.
3. Kemaskini maklumat data murid prasekolah (buku pendaftaran prasekolah)
4. Keceriaan prasekolah.
5. Membantu guru melaksanakan program dalam cuti prasekolah (jika ada)
6. Latihan dalam cuti (jika ada)
7. Bengkel pengurusan prasekolah (jika ada)

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………
………………………………..
(NORSHIDAH BINTI SANUSI) (NORHAZA BINTI
BAKHARUDIN)
Pembantu Pengurusan Murid Guru Prasekolah
SK Jeram Batu SK Jeram Batu
81500 Pekan Nanas Johor. 81500 Pekan Nanas Pontian Johor

Disahkan oleh;

……………………………………………
(FADZILAH BINTI AHMAT)
Guru Besar
SK Jeram Batu
81500 Pekan Nanas Johor.

Anda mungkin juga menyukai