Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM SAYANG PANDAI BACA


2021

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHANG PEDENA
SK. PANCHANG PEDENA
KAMPUNG PANCHANG PEDENA
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

PROGRAM SAYANG PANDAI BACA

PENGENALAN PROGRAM
Memandangkan Malaysia masih dilanda pandemik virus Corona (Covid-19), Kawalan Perintah
Pergerakan masih dilaksanakan di mana sekolah ditutup dan guru menjalankan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). Semua program yang telah dirancang harus dilaksanakan
bersesuaian dengan keadaan semasa. Hasil perbincangan dengan ibu bapa dari semasa ke semasa,
guru mendapati murid-murid kurang membaca di rumah. Oleh itu, program ini telah dirancang untuk
menggalakkan murid-murid membaca di rumah.

TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan memohon kelulusan pihak sekolah untuk
melaksanakan Program Sayang Pandai Baca untuk murid-murid SK. Panchang Pedena.

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan dan memberi motivasi kepada agar semua
murid bersemangat membaca dengan bimbingan keluarga di rumah.

SASARAN
Murid-murid Tahun 2, 3, dan 4.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Menggalakkan murid membaca dengan bimbingan guru, ibu bapa dan keluarga di rumah.

2. Untuk meningkat motivasi murid-murid, murid yang berjaya membaca mengikut jadual akan
diberi ganjaran secara mingguan.

TEMPOH

Hari : Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat


Masa : Sepanjang minggu (September 2021 hingga Februari 2022)

PROSEDUR PROGRAM

BIL PERKARA TEMPOH


1 Guru menyediakan bahan kad bacaan Julai - Ogos
2 Guru memuatnaik kad bacaan dalam aplikasi Whatsapp kelas Mengikut hari iaitu setiap Isnin, Rabu
masing-masing dan Jumaat
3 Murid-murid perlu menghantar mesej suara bacaan kad tersebut Pada hari yang sama atau bila-bila
kepada guru. sepanjang minggu tersebut
4 Guru mendengar bacaan murid dan merekodkan dalam borang Bila-bila masa sepanjang minggu
rekod bacaan tersebut
5 Guru menyediakan dan memberi ganjaran untuk semua murid Pada hari Sabtu dan Ahad setiap
yang menyertai program pada minggu tersebut. minggu
6 Ibu bapa akan mengambil ganjaran tersebut di astaka sekolah Pada hari Isnin minggu berikutnya
BAHAN KEPERLUAN

1. Bahan bacaan Bahasa Malaysia


2. Borang rekod bacaan
ANGGARAN KEWANGAN

BIL PERKARA KOS & BIL JUMLAH (RM) SUMBER


1 Kertas A4 3 rim x RM 13.50 RM40.50 Panitia B.Melayu
JUMLAH RM40.50

SUMBER KEWANGAN

1) Panitia Bahasa Malaysia


2) Panitia Matematik
3) Unit Bimbingan dan Kaunseling

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan demi mencapai hasrat Program
Pemulihan untuk mengatasi masalah literasi murid-murid Tahap 1 dan 2, di
samping menggalakkan penglibatan guru, ibu bapa dan keluarga dalam
membimbing murid-murid membaca.

Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh,

........................... ..........................
(RAHA BINTI SHAARI) (Normah binti Bakari)
Penyelaras Program Pemulihan, Guru Besar,
SK Panchang Pedena SK Panchang Pedena
PROGRAM SAYANG PANDAI BACA
TAHUN 2021
REKOD BACAAN

NAMA MURID: …………………………………………….

BIL TARIKH ULASAN/ KEMAHIRAN YANG DIBACA T/TANGAN GURU

Anda mungkin juga menyukai