Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

WADAH ILMU
KERJASAMA PSS, UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA SESI 2023
SK RTB BUKIT CHANGGANG, BANTING

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Wadah Ilmu

2.0 MATLAMAT

2.1 Mendedahkan murid-murid kepada ilmu yang berguna setiap hari.


2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi berani sama ada
bersuara, membuat persembahan atau melakukan aksi di hadapan murid-
murid lain.
2.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan aktikulasi mereka
dikhalayak ramai.
2.4 Mengenalpasti potensi dan kebolehan murid-murid pada peringkat awal.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi suntikan semangat kepada murid-murid agar


lebih berani mencuba dan bersuara di hadapan rakan-rakan yang lain.

3.2 Mengenalkan kepada murid-murid ilmu-ilmu yang baharu supaya murid


lebih berilmu dan bermaklumat melalui persekitaran sekolah mereka.

3.3 Mengetengahkan bakat murid dari segi persembahan dan kepetahan


murid
berartikulasi tentang sesuatu perkara.

3.4 Menjadikan murid yang lebih matang dan berdisiplin serta boleh berdikari.
4.0 PERINGKAT PELAKSANAAN

4.1 Aktiviti diadalah bermula disaat murid –murid berkumpul. Jam 7.00-7.20
pagi untuk sesi pagi manakala jam 12.30 tengah hari murid berada di
dewan bersama-sama dengan guru bertugas dan guru panitia yang
bertugas. Sambil menunggu rakan, murid akan membaca buku, berzikir,
berselawat dengan diketuai oleh pengawas dan pengawas PSS. Untuk
sesi pagi, pada jam 7.20 pagi, bacaan doa dan setelah itu murid masuk ke
dalam kelas. Bagi sesi petang, jam 1 tengah hari, bacaan doa dan setelah
itu murid masuk kelas dengan diiringi guru mata pelajaran waktu pertama.

4.2 Majlis ini akan melibatkan kerjasama daripada guru-guru RTB Bukit
Changgang melalui panitia masing-masing.

4.3 Perjalanan Wadah Ilmu:

4.3.1 Setiap panitia perlu menyediakan satu aktiviti mengikut hari yang
ditetapkan.
4.3.2 Aktiviti tersebut terpulang kepada kreativiti panitia masing-masing. Guru
dalam panitia yang terlibat boleh merancang terlebih dahulu supaya
bersedia awal dengan murid dan bahan.
4.3.3 Aktiviti ini diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat dan diulang semula.
4.3.4 Program ini melibatkan semua panitia.
4.3.5 Masa adalah 7.00 pagi hingga 7.20 pagi bagi sesi pagi manakala 12.45
tengah hari hingga 12.55 tengah hari di dewan terbuka.

4.4 Jadual (lampiran)

5.0 SASARAN PENYERTAAN

5.1 Program ini diadakan khas untuk murid-murid sesi 2023.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Peruntukan Panitia


TENTATIF AKTIVITI WADAH ILMU
KERJASAMA PSS, UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA
SESI 2023
SK RTB BUKIT CHANGGANG

SESI PAGI

7.00 pagi : Murid berkumpul di dewan terbuka / dataran perhimpunan


(mengikut
cuaca)
: Aktiviti bermula mengikut panitia
7.20 pagi : Bacaan doa
7.21 pagi : Masuk kelas

SESI PETANG

12.30 tengah hari : Murid berkumpul di dewan terbuka.

12.45 tengah hari : Aktiviti bermula.

1.00 tengah hari : Bacaan doa

6.0 PENUTUP
Adalah diharapkan aktiviti ini memberi impak yang baik terhadap pengisian ilmu
dan bakat murid-murid agar mereka lebih berdikari, petah berartikulasi dan berani
mencuba sesuatu.
7.0 LAMPIRAN

JADUAL BULANAN

SESI PAGI

HARI / MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


MINGGU
ISNIN B.MELAYU MATEMATIK B.ARAB PK
SELASA B.INGGERIS MUZIK PSV RBT
RABU SAINS PAI PJ SEJ
KHAMIS PSS PSS PSS PSS
JUMAAT PPda PPda PPda PPda

SESI PETANG

HARI / MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


MINGGU
ISNIN PSS SAINS PSS SAINS
SELASA B. MELAYU PJ B. MELAYU PJ
RABU MUZIK PK MUZIK PK
KHAMIS B.INGGERIS MATEMATIK B.INGGERIS MATEMATIK
JUMAAT B.ARAB PAI B.ARAB PAI
Disediakan oleh :

…………………………………………
(PN UMMUHANI BINTI ZENOL)
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK RTB BUKIT CHANGGANG

Disemak oleh :

……………………………………………...
(PN ROSMAWATI BINTI SIDEK)
GURU BESAR
SK RTB BUKIT CHANGGANG
SK RTB BUKIT CHANGGANG
42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS KERJA
WADAH ILMU

ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH SK RTB BC


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PANITIA MATA PELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai