Anda di halaman 1dari 20

Murid dan Alam Belajar

Model 5E
Pensyarah : En. Tajudin Ibrahim

Curahan Idea :
Ahmadi
Arni
Asmira Ct
Definisi
• Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar.
• Kebanyakan penyelidik berpendapat :
 individu membina pengetahuan, bukannya
hanya menerima pengetahuan daripada
orang lain.
(McBrien & Brandt, 1997)
• Murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan  pengetahuan dan
pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru
dan mengintegrasikan pengetahuan
baru yang diperolehi dengan binaan
intelektual yang sedia wujud.
(Briner, M., 1999)
Konsep

• Pendekatan konstruktivitis merupakan


pendekatan yang membolehkan pelajar
membina dan mencipta idea-idea baharu
berdasarkan idea-idea lama.
• Guru sebagai fasilitator dan boleh diguna
pakai untuk semua lapisan pelajar
termasuklah orang dewasa.
PROSES
KONSTRUKTIVISME

Guru mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada


pada pelajar

Maklumat baru disesuaikan & diserap untuk dijadikan


sebahagian dari pegangan kuat pelajar

Kerangka baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan


dibina
Model 5E
Engage

Evaluate Explore

5E

Elaborate Explain
Engage (melibatkan)

• Pelajar mampu menghubungkan


pengalaman lalu dan juga apa yang
sedang dilalui dalam pembelajaran yang
dilaluinya.
• Membolehkan pelajar
menghubungkaitkan pembelajaran
dengan mentalnya.
Implikasi dalam p&p

• Pelajar akan menjadi aktif dalam sesiP&P


• Pelajar tidak segan untuk bertanya jika tidak faham
berkenaan sesuatu topik
• Menjalankan interaksi dua hala.
• Membentuk keyakinan kepada pelajar untuk
menyatakan pendapat mereka mengenai sesuatu
topik.
• Pelajar akan mempunyai minat terhadap p&p yang
dijaankan. (tidakbosan.)
Explore (penerokaan)

• Pelajar diberikan kebebasan meneroka


kawasan sekeliling ataupun
menggunakan pelbagai alatan yang
bersesuaian.
• Pelajar akan mengenalpasti dan
membina konsep, proses dan
kemahiran semasa menjalankan
sesuatu kajian.
Implikasi dalam p&p
• Pelajar akan menjadi lebih puas
dengan apa yang dilakukannya.
• Menyemai nilai murni dalam kalangan
pelajar iaitu nilai kerjasama.
• Meningkatkan kefahaman kognitif
pelajar mengenai sesuatu konsep.
• Pelajar akan mempunyai inisiatif
menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi.
Explain (penerangan)

• Membantu pelajar menjelaskan tentang


sesuatu konsep.
• Mereka mempunyai peluang untuk menyatakan
pemahaman mereka mengenai topik yang
dibincangkan.
• Dapat mengetahui tahap pemahaman pelajar
tentang seuatu topik yang dibincangkan.
Implikasi dalam p&p
• Apa yang ingin disampaikan hendaklah
mempunyai konsep dan contoh yang
sesuai.
• Pelajar akan dapat memahami dengan
lebih jelas tentang sesuatu konsep yang
telah dijelaskan kepadanya.
• Proses P&P akan menjadi lebih
berkesan dan mencapai objektif.
• Pelajar tidak akan berasa bosan semasa
proses p&p dijalankan.
Elaborate (Huraian)
• Ruang untuk pelajar memperluaskan
pemahaman dan menggalakkan mereka
mempraktikkan kemahiran-kemahiran
baharu ataupun yang telah diperbaiki.
• Melalui pengalaman ini, pelajar mampu
meningkatkan kemahiran sedia ada
mereka, lebih mudah memahami dan
mendapat lebih banyak ilmu sepanjang
pembelajaran.
Implikasi dalam P&P
• Huraian dikaitkan dengan
pengalaman sedia ada yang
dimiliki murid.
• Memberikan huraian yang jelas
mengenai sesuatu perkara yang
berlaku dan kaitannya dengan
persekitaran murid itu sendiri.
• Murid akan lebih faham tentang
sesuatu perkara dengan lebih
jelas.
Evaluate (Menilai)

• Peluang untuk pelajar menunjukkan


kemahiran-kemahiran yang telah
mereka kuasai dan bersedia untuk
dinilai oleh guru.
Implikasi dalam P&P
• Guru dapat menilai setakat mana
kefahaman murid.
• Guru juga boleh membuat penilaian
berkenaan pengetahuan sedia ada
yang dimiliki murid.
• Guru dapat memperbaiki kelemahan
diri dan sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran murid.
• Murid akan sentiasa bersedia.
Contoh Aplikasi Model 5E dalam
P&P
• Guru melibatkan murid dalam proses
P&P.
• Memberi pengalaman secara hands on
kepada murid.
• Memberi peluang kepada murid untuk
bertanya tentang sesuatu yang mereka
tidak faham.
• Dalam P&P guru memberi peluang
kepada murid untuk memberikan
pandangan atau pendapat mereka.
• Guru memberikan contoh yang menarik
serta berkaitan dengan kehidupan
mereka.
• Guru menggunakan BBM maujud.
• Guru mengutamakan kerja berkumpulan.
• Guru membuat kuiz atau soal jawab
terhadap murid apabila selesai mengajar
sesuatu topik.
• Guru memberikan penerangan yang jelas
mengenai sesuatu topik berserta dengan
contoh yang tepat.
Perhatian anda amatlah

Anda mungkin juga menyukai