Anda di halaman 1dari 5

Di negara United Kingdom, pendidikan inklusif dilihat sebagai proses yang membantu

semua kanak-kanak, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas, kanak-kanak yang menghadapi


masalah kemiskinan ataupun kanak-kanak yang menghidapi penyakit seperti AIDS untuk
memperolehi peluang belajar dan melibatkan diri secara berkesan dalam proses pembelajaran
sekolah biasa. Melalui pendidikan inklusif, keperluan kanak-kanak secara individu dapat
diiktirafkan dan dititikberatkan. Dalam kerja kursus ini, saya akan membincangkan
bagaimanakah konsep, matlamat dan dasar dapat mempengaruhi perlaksanaan program
pendidikan inklusif di negara United Kingdom dan keberkesanan peranan dan tanggungjawab
pihak berkepentingan dalam menangani faktor kritikal seperti infrastruktor, peralatan dan kos
perbelanjaan dalam pendidikan inklusif.

Dari segi konsep, pendidikan inklusif menekankan ekuiti dan kesaksamaan peluang
belajar dalam segala dasar pendidikan dan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan inklusif. Semua murid berhak untuk belajar dalam kurikulum kebangsaan yang sama
dan sistem penilaian harus dibuat secara saksamana terhadap murid tanpa mengira faktor
masalah pembelajaran mahupun fizikal. Sistem penilaian turut dibuat secara berterusan untuk
memantau penglibatan dan perkembangan semua pelajar agar memastikan semua murid
mampu mengikuti perkembangan pembelajaran (Schuelka, 2018). Oleh itu, jelasnya bahawa
pendidikan inklusif melibatkan proses transformasi yang berterusan dalam dunia pendidikan
dan bertujuan untuk membekalkan semua murid persekitaran pembelajaran yang kondusif
mengikut keperluan dan kehendak murid.

Matlamat pendidikan inklusif di United Kingdom pula adalah bertujuan untuk memupuk
sifat berdikari dalam kalangan murid, khasnya dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Melalui pendidikan inklusif, murid-murid berupaya dilengkapi dengan kemahiran hidup yang
diperlukan dalam kehidupan seharian. Murid-murid harus memiliki kemahiran bersosialisasi dan
melibatkan diri secara aktif dalam kalangan masyarakat tempatan (Hornby, 2015). Ringkasnya,
pendidikan inklusif bertujuan untuk membantu murid hidup secara berdikari.

Dasar pendidikan inklusif seperti Akta Ekuiti 2010 turut diimplementasikan agar
menjamin keberkesanan perlaksanaan pendidikan inklusif. Menurut akta tersebut, empat jenis
diskriminasi,iaitu diskriminasi secara langsung, diskriminasi secara tidak langsung, diskriminasi
atas kekurangan upaya dan kegagalan memelihara hak murid berkeperluan khas, perlu
dielakkan. Dasar pendidikan inklusif mempertuntut dan menegaskan bahawa semua murid
mempunyai hak sama rata dan tidak harus dipinggirkan disebabkan kekurangan dari segi fizikal
ataupun mental di samping masalah kehamilan. Pihak sekolah juga perlu membekalkan
kemudahan yang lengkap untuk memudahkan proses pembelajaran murid (CSIE, 2008-2020).

Pada pendapat saya, perlaksanaan sistem pendidikan inklusif di negara United Kingdom
agak berjaya disebabkan keberkesanan pihak berkepentingan dalam penyediaan perkhidmatan
sokongan infrastruktur bagi pendidikan inklusif. Sebagai contohnya, badan bukan kerajaan
seperti Futurelab telah bekerjasama dengan Mobile Pie menghasilkan sejenis alat digital
“ShoutBox”. Murid boleh berkongsi pengalaman hidup di luar waktu persekolahan seperti
gerhana matahari dalam bentuk gambar mahupun video dengan rakan-rakan ataupun guru
melalui aplikasi tersebut (Futurelab,2008). Secara langsung, pembelajaran menjadi lebih
meyeronokkan dan bermakna kerana murid dapat bersosialisasi dan meningkatkan interaksi
dengan rakan-rakan atau guru. Justeru, penggunaan ICT dalam pendidikan inklusif ternyata
mampu menjanakan suasana pembelajaran yang koperatif di mana proses pengajaran dan
pembelajaran masih berlaku dalam kalangan guru dan murid walaupun di luar waktu
persekolahan.

Dari segi penyediaan perkhidmatan sokongan peralatan pula, pihak sekolah telah
memanfaatkan alat pembelajaran untuk membantu murid yang mengalami masalah fizikal.
Sebagai contohnya, murid yang menghadapi masalah pendengaran telah dibekalkan dengan
osiloskop ketika membuat aktiviti sains untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap
kelangsingan ataupun kekuatan bunyi. Murid boleh memerhatikan perubahan gelombang bunyi
pada skrin osiloskop dan menguasai topik bunyi secara visual (University of Cambridge, 2015).
Selain osiloskop, guru juga boleh memanfaatkan sistem Hi-Linc untuk membantu murid yang
bermasalah pendengaran. Guru akan menaipkan apa yang telah dituturkan dalam
pembelajaran dan menghantar transkrip kepada murid. Murid boleh membaca transkrip
pengajaran dengan menggunakan VDU dan mengikuti perkembangan pembelajaran (National
Bureau for Students with Disabilities, t.t.). Oleh itu, penyediaan bahan dan peralatan tersebut
mampu membantu meningkatkan pemahaman murid, khususnya murid berkeperluan khas
terhadap topik pembelajaran.

Namun begitu, perlaksanaan pendidikan inklusif juga telah menghadapi cabaran seperti
penglibatan kos tinggi. Murid biasa perlu menanggung kos pembelajaran yang lebih tinggi
kerana mereka turut perlu berkongsi kemudahan yang canggih khas untuk murid berkeperluan
khas. Department for International Development (2011) turut bersetuju bahawa kos
perbelanjaan untuk pembelajaran murid berkeperluan khas adalah 7 hingga 9 kali lebih tinggi
daripada pendidikan biasa. Percubaan perlaksanaan sistem baharu untuk pendidikan inklusif
juga memerlukan kos yang tinggi. Contohnya, kerajaan telah membelanjakan 20 juta pound
untuk cuba menjayakan pelan baharu selain dasar baharu (Policy Research Forum, 2018).
Dengan itu, jelasnya bahawa penglibatan peruntukkan kos yang tinggi akan membantutkan
perlaksanaan pendidikan inklusif.

Kesimpulannya, pendidikan inklusif di United Kingdom amat mementingkan ekuiti dalam


pendidikan dan menuntut bahawa semua murid berhak mempunyai peluang belajar yang sama
di bawah kurikulum kebangsaan dan sistem penilaian yang sama. Justeru, pihak kerajaan
sedang berusaha mencari penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah dana
pembelajaran agar mampu menjayakan pendidikan inklusif dan memastikan keperluan semua
murid dipenuhi. Bak kata pepatah : “Berat sama dijinjing, ringan sama dijunjung”. Semua pihak
juga perlu berganding bahu untuk membantu pihak kerajaan menjayakan pendidikan inklusif.
Rujukan

CSIE. (2008-2020). Equalities ACT:2010. Diperoleh dari


http://www.csie.org.uk/inclusion/equalities-act-2010.shtml

Department for International Development. (2011). Guidance note: A DFIF practice paper.
Diperoleh dari
https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/
attachment_data/file/67664/edu-chi-disabil-guid-note.pdf

Futurelab. (2008). Using technologies to promote inclusive education practices in educational.


Diperoleh dari https://www.nfer.ac.uk/publications/FUTL05/FUTL05.pdf

Hornby,G. (2015). Inclusive special education: Development of a new theory for the education
of
children with special education needs and disabilities. British Journal of Special Education,
42(3), 235-260.

Komer, I., Tisdall,K., Uhlmann, S., Schmid, B., Vienna, L., Freyhoff,G., Rigrova, D. (2011).
Towards inclusive education: Examples of good practices of inclusive education. Inclusion
Europe: Bruxelles, Belgium.

National Bureau for Students with Disabilities. (t.t.). How technology can help. Diperoleh dari
http://www.skill.org.uk/I-sheets/ISheet20.htm

Policy Research Forum. (2018). Policy for SEND and inclusion: Examining UK national and
some
European differences. Diperoleh dari
file:///C:/Users/USER/Desktop/T3/Pendidikan%20inklusif/senprf_euro_policy-paper-final-nov
-2018.pdf

Schuelka, M.J. (2018). Implementing inclusive education. Diperoleh dari


https://assets.publishing.service.gov.uk/media/5c6eb77340f0b647b214c599
/374_Implementing_Inclusive_Education.pdf.

University of Cambridge. (2015). Inclusive teaching in science. Diperoleh daripada


http://oer.educ.cam.ac.uk/wiki/Inclusive_Teaching_in_Science.
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai