Anda di halaman 1dari 47

IPG KAMPUS PEREMPUAN M

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU


WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA

NAMA PENUH

: MASTURA BINTI ISMAIL

NO. KAD PENGENALAN : 661108-01-5860 ANGKA GILIRAN KURSUS KUMPULAN/UNIT : 2011142360362 : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) : BM 1

KOD MATA PELAJARAN: WAJ3112 NAMA PENSYARAH TARIKH SERAH TARIKH HANTAR : EN. HISHAMUDDIN B. BASIRON : 12 JANUARI 2012 : 23 FEBRUARI 2012

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 1

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN SUKAN OLAHRAGA 2.0 SENARAI ACARA-ACARA RASMI BALAPAN PADANG 3.0. ACARA YANG BALAPAN YANG DIPILIH ( LARI PECUT) 4.0. ACARA PADANG YANG DIPILIH ( LOMPAT JAUH ) 5.0 SENARAI 5 TUGAS-TUGAS KEPEGAWAIAN 4

5 6 13 14 35 37 41

RUJUKAN REFLEKSI

42 43

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 2

Pengakuan

Saya akui bahawa hasil karya yang disediakan ini adalah hasil ciptaan saya sendiri, bukan diciplak atau diplagiat daripada sumber yang belum/pernah diterbitkan.

MASTURA BINTI ISMAIL 661108-01-5860 Tarikh

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 3

1. Sukan Olahraga Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. . Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Daripada pergerakan inilah muncul suatu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang, ataupun olahraga. Sebagai sukan yang dipertandingkan, sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan.Begitu juga dengan cabang daripada olahraga juga turut dicipta dan diperbaiki untuk lebih menarik dan sesuai dipertandingkan. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhi riadah atau rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadi bidang pertandingan yang menarik walaupun sengit. Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan orang ramai berlumba-lumba menceburi sukan ini, dari peringkat yang paling rendah seperti di sekolah rendah, sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi seperti Sukan Olimpik. Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah laku manusia serta peribadi seseorang.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 4

a) Senarai acara-acara rasmi balapan padang MSSM yang berkaitan dengan aktiviti di atas dan kategori yang dipertandingkan di negeri masing-masing.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 5

Olahraga

Acara Balapan (Track)

Pecut

Jarak Sederhana

Jarak Jauh

Lari Berganti ganti

Lari Berpagar

Lari Berhalangan

100 meter

800 meter

3000 meter

4x100 meter

100 meter

3000 meter

200 meter

1500 meter

5000 meter

4x200 meter

110 meter

400 meter

10,000 meter

4x400 meter

400 meter

Acara Padang (Field)

Lompatan

Lontaran

Lompatan Jauh

Lompatan Kijang

Lompatan Tinggi Acara Khas (Special Event)

Lompatan Bergalah

Lontar Peluru

Melempar Cakera

Merejam Lembing

Heptathlon 7 acara (wanita)

Dekathlon 10 acara Lelaki

Maraton Jarak 42,195 m

Merentas Desa Bebas

Lumba Jalan Kaki

5, 10,15, 20, 50 km

a) 1 Acara yang dipertandingkan dan huraian sejarah acara tersebut. Lari Pecut
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 6

1.0 SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 7

moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

a) Pengenalan Lari Pecut i. Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain ii. Lari pecut ; 100, 200, 400 meter.

b) Acara 100 m, 200 m, 400 m.

I)

Kedudukan Balapan untuk acara 100 meter

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 8

II)

Kedudukan Balapan untuk acara 200m dan 400m

i.

Permulaan
Page 9

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak. Selain garisan permulaan yang sama untuk acara 100 meter, mereka akan berada di tempat permulaan yang berbeza-beza untuk acara 200 meter dan 400 meter tetapi garisan penamat adalah sama. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah me-meriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol.

Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh

menghasilkan suara adalah memadai seperti 'clapboard'. Pegawai .pelepas akan mengeluarkan arahan 'Ke Garisan' kepada semua peserta sebagai persediaan untuk

memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan diri, menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan 'Sedia',
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 10

dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak

terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya manamana peserta yang melakukan kesalahan kali

kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahanpertama dilakukan oleh peserta lain. ii. Semasa perlumbaan Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masingmasing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau

mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan

iii.

Akhir perlumbaan Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 11

sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.

c) Gaya Permulaan
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 12

i.

Terdapat dua jenis cara permulaan bagi larian iaitu gaya dekam dan gaya berdiri.

ii.

Gaya Dekam terbahagi pula kepada tiga jenis. Gaya Sederhana Gaya Panjang

Gaya Peluru

D) Berlepas dari blok permulaan i. ii. iii. Suatu tindakan ledakan Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat dan pantas. Tangan dihayun untuk membantu perlepasan keseluruhan badannya dari blok tadi. iii. Pelari dapat melepaskan diri dengan pantas dan sempurna apabila dia :

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 13

Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan dengan serta merta.

badan

Jarak langkahan yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek

d) Butiran mengajar dan ansur maju i. Latihan yang melibatkan komponen penting dalam lari pecut, antaranya permainan kecil, latihan dan ansur maju ii. Permainan kecil ; tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut: Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat Lari ulang-alik/Lari kutip mata Nombor sama berlari (bulatan) Pukul berapa Datuk Harimau? Belalang, belatuk
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 14

iii.

Latihan ansur maju lari pecut Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan tangan dengan pantas. Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit manamana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter. Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter. Lari kutip mata (lari ulang-alik). Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan,kedudukan kepala dan sebagainya. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam,iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan kanan melintasi badan. gerakkan

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 15

2. Terdapat pelbagai acara padang yang dipertandingkan di Kejohanan Balapan Padang MSSM.Pilih satu acara padang . Lakarkan dan spesifikasi kawasan pertandingan untuk acara tersebut. Lompat jauh merupakan satu acara olahraga, lebih jitu lagi dikategorikan dalam acara padang. Seseorang atlet akan mencuba melompat dan mendarat sejauh mana yang boleh dari tempat yg dituju. Dalam acara lompat jauh, jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh seseorang pada pasir akan diukur. Jika seseorang meletakkan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal. Jika lomptannya dibatalkan jarak yang dibuatnya tidak akan direkodkan walupun lompatannya terlalu jauh. Dalam acara lompat jauh, seseorang atlit akan mendapat beberapa kali percubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Atlit yang mencatatkan lompatan sah (tidak batal atau salah) yang jauh sekali pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kebiasaanya atlit lari pecut akan memenangi pertandingan ini. Hal ini adalah kerana kelajuan semasa berlari dalam landasan ;ompat jauh dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Acara lompat jauh ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Hal ini dibuktikan pada tahun 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston (internet).

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 16

2.2 Gelanggang lompat jauh

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 17

2.0 Sejarah umum

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang yang merupakan satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". (Internet) Olahraga ini mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Walau bagaimanapun,wanita dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928. Salah satu acara lompatan yang dipertandingkan dalam acara padang adalah lompat jauh. 2.1 Sejarah khusus Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 masihi, iaitu dalam sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta ( buku, m/s 199). Lompat jauh merupakan salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini kemudiannya akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlit melompat untuk
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 18

menambahkan momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. (internet). Teknik dan cara lompatan pada masa kini berbeza dengan lompatan dahulu. Pada zaman dahulu lompatan dibuat secara berkali kali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Hal ini terbukti berdasarkan lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu (buku, m/s 199). Berbanding dengan acara acara padang yang lain lompat jauh merukan acara yang mudah dipelajari. Jika seseorang mempelajari teknik dan cara lompatan dengan penuh semangat serta minat maka, atlit itu dapat membuat lompatan yang terbaik. Semakin lama, banyak pembaharuan dalam teknik dan cara lompatan telah dibuat oleh atlit - atlit lompat jauh. Hal ini membuktikan rekod yang dicipta oleh seseorang atlit dapat diperbaiki oleh atlit atlit baru.

Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang (internet).

Kejayaan peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.9 meter dalam sukan Olimpik 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter (buku m/s 199). Dalam kategori wanita pula, Vilma Bardauskiene (USSR) berjaya melepasi

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 19

halangan 7m buat kali pertama dalam tahun 1978 dalam Kejohanan Eropah di Prague, Czechoslovakia (internet).

LATIHAN UNTUK LOMPAT JAUH Sebelum melakukan sesuatu latihan untuk mana mana acara aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan. Begitu juga dengan acara lompat jauh, sebelum melakukan latihan seseorang mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti memanaskan ini adalah bertindak sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan. Dalam aktiviti memanaskan badan ini, regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan perlu dijalankan. Selepas itu, atlit perlu memastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan yang berpasir halus mesti digemburkan dan diratakan supaya pendaratan dapat dilakukan dengan selamat. Selain itu, atlit juga perlu memastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. Antara latihan latihan yang dapat dijalani oleh seseorang atlit untuk meningkatkan kemahiran lompat jauh adalah seperti berikut :a) Berlari sejauh 20 hingga 30 meter b) Lompat jauh dirian c) Melompat melepasi halangan d) Lompat ketingting perlumbaan lari berganti-ganti e) Melompat anak sungai Selain itu, aktiviti lain yang dapat dilakukan untuk menigkatkan kemahiran lompat jauh adalah seperti berikut :Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 20

a) Bangkit tubi L-seat. Latihan ini dapat membantu menguatkan bahagian abdominal seseorang atlit lompat jauh. b) Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya. Angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan pula rata di dinding. Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk menguatkan bahagian abdominal. Latihan ini penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat. c) Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal. Meletakkan hujung kaki di platform 8 cm. seterusnya, naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum. Latihan ini dapat dilakukan dengan menggunakan beratan atau tanpa beratan. Latihan ini dapat menguatkan achcillies tendon. d) Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki Semasa melakukan aktiviti ini cuba naikkan badan setinggi yang boleh. Tujuan latihan ini adalah untuk menguatkan quadriceps. e) Latihan plyometric. Melompat dari papan yang berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudiannya lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 21

dan bahu dengan pantas. Latihan ini dapat meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan. f) Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk, lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan. Latihan ini dapat meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. g) Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. h) latihan ini membantu memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan untuk imbangan semasa melompat, melayang dan mendarat. i) fasa fasa dalam lompat jauh. j) Terdapat 4 fasa dalam acara lompat jauh. 4 fasa tersebut adalah fasa larian landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan. Dalam fasa larian landas atlit akan berlari menuju ke papan lonjak dan melompat dari papan dalam fasa lonjakan. Fasa layangan pula atlit akan melayang selepas melompat dan akan mendarat di kawasan lompatan atau pasir dalam fasa pendaratan. k) fasa larian landas l) Fasa ini merupakan fasa pertama dalam acara lompat jauh dimana atlit perlu berlari dengan kelajuan yang optimum dan terkawal. Setiap orang akan memiliki bilangan langkahan yang berbeza dalam fasa ini.
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 22

Kebiasaanya seseorang atlit yang bagus akn melakukan langkahan sebanyak 18 22 semasa melakukan larian dalm landas mengikut jarak 25m 40m. bilangan tersebut membantu seseorang atlit mencapai kelajuan maksimum serta membantu menghasilkan lonjakan yang berkesan. Gaya lariannya adalah seumpama dengan gaya lari pecut. Atlit akan menambahkan kelajuannya apabila dekat dengan papan lonjak. Pada langkahan terakhir pula, atlit akan merendahakan badan sedikit supaya mendapatkan hasil lonjakan yang berkesan. 6.2 fasa lonjakan Lonjakan merupakan sentuhan kaki pada papan lonjakan untuk melakukan lompatan. Lompatan yang tinggi membantu atlit mendarat dalam jarak yang jauh dari papan lonjak. Fokus utama dalam fasa ini adalah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Lonjakan yang bagus adalah tapak kaki yang melonjak, memijak papan lonjak dengan tepat dan hujung kakinya tidak melebihi papn lonjak atau tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan lonjak. Selepas menyentuh papan lonjak, tolakan kaki dari papan lonjak perlu kuat dan kaki diluruskan supaya mendapat lonjakan yang tinggi. Semasa lompat bahagian lutut perlu dibiarkan tinggi. Bagi tujuan mendapat lompatan yang tinggi, tangan perlu diayun ke hadapan dan ke atas.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 23

6.3 fasa layangan Selepas seseorang atlit meninggalkan papan lonjak dan berada di udara sebelum mendarat dikatan fasa layangan. Selepas seseorang atlit melakukan pelepasan dari papn lonjak, momentum pergerakan menegak mula mengambil tempat. Pada masa yang sama, atlit juga akan menghadapi rintangan udara semasa fasa layangan ini, tetapi rintangan itu adalah terlalu kecil. Gaya badan dan pergerak atlit semasa layangan adalah bergantung kepada gaya yang digunakan oleh atlit tersebut. Tujuan utama fasa layangan ini adalah untuk memastikan seseorang atlit berada lebih lama di udara sebelum melakukan pendaratan. 6.4 fasa pendaratan Pendaratan ialah cara seseorang atlit mendarat di kawasan pendaratan selepas layangan dilakukan. Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam acara lompat jauh. Atlit akan menggunakan kedua dua belah kaki dengan bantuan yang kuat dari kedua dua hanyunan tangan dan lentikan badan. Sesuatu pendaratan yang bagus dan baik adalah atlit akan menjejakkan kedua dua belah kakinya ke kawsan pendaratan manakala momentum badannya ditolak ke hadapan. Imbangan badan dan pencapaian jarak perlu dititikberatkan oleh pelompat. Sewaktu mencecah kawasan pendaratan kaki perlu dihulurkan ke hadapan dan lutut pula dilenturkan bagi mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan pula diayun ke hadapan. Selepas tumit kaki mencecah kawasan

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 24

pendaratan, badan perlu dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan tubuh badan menuju ke hadapan. Perkara yang penting diambil kira oleh atlit adalah memastikan anggota badan yang lain tidak mendarat ke belakang dari tumit kaki kerana ia akan menyebabkan kerugian dalam ukurannya. 6.-ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH Ansur maju lompat jauh dibahagikan kepada tiga aspek mengikut fasa. Aspek-aspek tersebut ialah ansur maju lari landas, anjur maju lonjakan, .ansur maju layangan dan mendarat. Sekarang kita lihat langkah-langkah demi langkah dalam setiap ansur maju. Pertamanya kita lihat pada ansur maju lari landas. Ansur maju ini melibatkan 2 orang peserta secara berpasangan. Peserta A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan manakala peserta B pula berdiri berhampiran papan lonjakan untuk memerhati kaki lonjak A. Kaki lonjak peserta A perlu menapak di papan lonjak. Cara sebegini dilakukan untuk mengenalpasti peserta A menapak lebih atau kurang di papan lonjakkan supaya ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaannya. Peserta A perlu menganjakan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah jika menapak melebihi papan lonjakkan. Manakala, menganjak satu atau dua langkah ke hadapan jika menapak sebelum papan lonjakkan. Langkah ini perlu ulangi sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru supaya mendapat keputusan yang terbaik. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas. Antaranya ialah semasa lari peserta perlu kawal kelajuannya. Langkah perserta perlu konsisten.Jarak yang sekata dalam larian ditentukan oleh langkah pertama perserta.
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 25

Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam. Selain itu, penggunaan penanda di tempat permulaan harus diberi perhatian. Iaitu penanda permulaan tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan lonjakan. Peserta mestilah mencapai kelajuan yang terkawal ketika berada di penanda yang terakhir. Jika jumlah jarak langkah angka ganjil maka, peserta perlu mulakan larian dengan kaki yang melonjak. Seterusnya kita lihat pada ansur maju lonjakan yang boleh dibahagikan kepada tiga. Pertamanya ialah peserta perlu lonjak dari papan lonjakkan dengan bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Perserta juga perlu mengayunkan tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. Perserta perlu lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan rumit. Keduanya adalah, melonjak dari hujung bangku. Atlit perlu bergerak dengan dua atau tiga

langkah ke hujung bangku. Seterusnya lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu. Semasa lonjak ayunkan kedua-dua belah tangan ke atas hadapan dan akhirnya mendarat dengan tumit. Ketiganya ialah berlari, melonjak melepasi kayu atau tali. Mula mula rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.selepas itu, lari sejauh lima hingga enam langkah. Selepas itu, melakukan lonjakan melintasi tali atau kayu dan mendarat. Sekarang kita lihat pada ansur maju layangan dan mendarat. Fasa ini juga mempunyai 2 ansur maju. Pertamanya adalah melakukan lonjakan dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Selepas itu, berlari lima hingga enam langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit. Ansur maju yang kedua dalam fasa ini adalah mencecah bola
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 26

dengan hujung tangan. Cara melakukannya adalah, pada mulanya mengantungkan sebiji bola pada jarak 1 atau 2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Seterusnya lari 5 atau 6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Semasa lonjakan dilakukan atlit perlu cuba mencecah bola dengan hujung tangan dan mendaratnya dengan tumit. Ansur maju ketiga pula, mencecah bola dengan dahi. Ansur maju ini sama dengan ansur maju yang kedua, iaitu gantungkan bola pada jarak 1 atau 2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Seterunya lari lima hingga enam langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Selepas lonjak, melakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas. Semasa laying atkit perlu cuba sentuh bola dengan dahi. Selepas itu Ulang lakuan tersebut iaitu berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas dan mendarat dengan tumit dahulu. Semasa layangan dilakukan hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke hadapan.

KELENGKAPAN LOMPAT JAUH 1.Kawasan Lari Landas (Run Away) Ukuran kawasan lari landas adalah antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. Kawasan ini juga harus bebas daripada sebarang gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta semasa lari.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 27

2.Papan Lonjakan (take off board) Papan lonjakan juga dikatan sebagai papan pelepas yang digunakan sebagai penanda dan permulaan lompatan. Papan lonjakan diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Papan lonjakan ini berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebarnya adalah 198 milimeter hingga 202 milimeter dan ketebalannya adalah 100 milimeter. Papan lonjakan ini mesti dicat warna putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat. 3.Papan Penanda Plastesin (Plasticine Indicator) Papan penanda palstisin ini adalah untuk mengesan tapak kaki atlit apabila atlit melakukan lompatan batal ataupun kakinya melebihi papan lonjakan untuk membuktikan pembatalan dalam satu satu lompatan. Papan ini akan diletakkan pada hujung papan pelepas atau papan lonjak. Papan pananda ini diperbuat daripada kayu tegar. Ukuran lebar papan ini adalah antara 98 milimeter hingga 102 milimeter dan panjangnya adalah antara 1.21 hingga 1.22 meter. Papan ini akan diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. 4.Kawasan Mendarat (Landing Area) Kawasan yang disisirkan dengan pasir halus dikatan kawadan mendarat. Kawasan ini sentiasa akan dilembabkan. Kawasan ini merupakan peralatan yang paling penting dalam acara lompat jauh dan ia mesti berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar dan panjangnya adalah 9 meter. Kawasan ini akan terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 28

5. Pita Pengukur (Measuring Tape) Pita pengukur digunakan unutk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Tetapi kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah pun digantikan dengan alat pengukur elektronik. Alat pengukur elektronik ini menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat. 6. Pengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator) Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satusatu lompatan dibuat. Pengukur ini penting untuk menentukan samada lompatan yang dibuat oleh seorang atlit dibantu oleh angin atau tidak. Tetapi, biasanya dalam pertandingan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan. 7. Bendera Isyarat (Flag) Bendera isyarat ini digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih adalah untuk lompatan yang sah manakala bendera merah adalah untuk lompatan batal atau salah. 8. Kasut Berpaku (Spike) Dalam acara lompat jauh kasut merupakan peralatan yang pentig untuk seorang atlit. Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan bertindak sebagai perlindungan

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 29

kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

Peraturan atau Undang Undang acara Lompat Jauh Dalam acara lompat jauh giliran peserta akan dijalankan dengan undian. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta akan diberi tiga kali percubaan lompatan. Jika tempat kelapannya adalah seri, 3 lagi percubaan akan diberikan kepada peserta yang terlibat. Selepas itu, hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. Jika pesrtanya lapan orang atau kurangnya, setiap peserta akan diberi enam kali percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan. Jika keputusan lompatan dua orang seri, maka pegawai akan merujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika lompatan kedua juga masih sama, lompatan ketiga yang ternaik akan dirujuk. Jarak lompatan akan diukur dari sentuhan pasir penghujung papan lonjak. Peserta dikira gagal jika :I. Menyentuh bahagian tepi papan melonjak berhampiran dengan kawasan mendarat dan meninggalkan kesan di atas plastisin dengan terdekat dengan bahagian

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 30

apa jua bahagian badan, sama ada berlari tanpa melompat atau semasa melompat. II. Melonjak dari luar papan lonjak, sama ada di kiri atau kanan papan lonjak, sebelah depan atau belakang garisan panjangan papan lonjak. III. Semasa mendarat menyentuh bimu di luar kawasan mendarat lebih dekat ke papan melonjak dari kesan lompatan di kawasan mendarat. IV. Selepas, mendarat berjalan keluar mengikut arah belakang melalui kawasan mendarat. V. VI. Melompat dengan cara berguling guling Membuat lompatan dengan menggunakan kedua dua belah kaki di papan lonjak. Peserta tidak dikira sebagai batal jika melonjak sebelum sampai papan lonjak. Ukuran jaraknya akan dikira antara bahagian badan yang mendarat paling belakang dengan papn lonjak, ukurannya berseudut tepat dengan papan lonjak. Lompatan yang terbaik dari semua percubaan akan dikira untuk menyelesaikan seri tempat pertama. Semasa pendaratan dilakukan, keseluruhan badan atlit tidak boleh berada di luar kawasan pendaratan. Kesalahan kesalahan yang biasa dilakukan

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 31

1 larian landas a) Jarak antara setiap langkah tidak seragam b) Langkah yang terlalu pendek atau terlalu panjang c) Semasa lari lutut tidak diangkat d) Badan terlalu bongkok e) Larian terlalu laju sehingga tidak dapat dikawal f) kawalan maksimum kelajuan tidak dicapai 2 Lonjakan a) Tidak meletakkan kaki pada sudut tepat pada papan lonjak b) Melonjak menggunakan bebola kaki c) Tidak meletakkan dulu tumit di papan lonjak d) Lutut tidak dibengkokkan e) Tangan tidak dihayunkan 3 Layangan a) Tubuh b b) Tidak ada koordinasi tangan dengan kaki c) Melompat terlalu rendah 4 Pendaratan a) Kaki rapat semasa mendarat b) Mendarat menggunakan hujung kaki c) Mendarat dalam keadaan duduk d) Tangan dijatuhkan ke belakang
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 32

Teknik dan aspek lompat jauh Dalam acara lompat jauh, perhatian dan tumpuan utama diberikan kepada 4 aspek. Aspek aspek tersebut adalah :a) Kelajuan larian b) Pelepasan lompatan c) Lompatan di udara d) Lompatan pendaratan (buku 199) Aspek aspek ini perlu diberikan tumpuan utama oleh seseorang atlit lompat jauh. Teknik dan cara yang digunakan tidak betul boleh menyebabkan perkara perkara seperti di bawah : badan tidak seimbang

b) Tidak ada koordinasi tangan dengan kaki c) Melompat terlalu rendah 8.4 Pendaratan a) Kaki rapat semasa mendarat b) Mendarat menggunakan hujung kaki c) Mendarat dalam keadaan duduk d) Tangan dijatuhkan ke belakang

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 33

10.0 BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI INI: Dalam acara lompat jauh pergerakannya lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan juga turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan. 1. Fasa Penujuan Dalam fasa penujuan ini, otot yang berperanannya adalah otot kuadriseps, otot triseps dan biseps. Selain itu, otot yang terdapat diantara tendon dan patella juga berperanan serta vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rektus femoris (femur) turut berperanan semasa seseorang atlit melalui fasa penujuan. 2. Fasa Lonjakan Semasa fasa lonjakan pula otot yang berperanan kepada seorang atlit adalah otot kuadriseps dan otot di bahagian betis seperti fibularis longus (Fibula) dan tibialis anterior (Tibia). 3. Fasa Layangan Otot yang berperanan semasa fasa layangannya adalah seperti otot kuadriseps, otot triseps dan biseps. Manakala otot gastroknemius dan calcaneal membantu untuk kayuhan sewaktu berada di udara.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 34

4. Fasa pendaratan Semasa fasa pendaratan otot kuadriseps, gluteus medius dan gluteus maximus berperanan membantu atlit untuk mendarat di kawasan pendaratan. Selain itu, otot calcaneal dan metatarsal juga turut berperanan semasa fasa pendaratan. 11.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN PEMAKANAN ATLET. Seorang atlit perlu merancangan pemakanan yang ideal dengan mengambil kira pelbagai aspek. Faktor pemakanan sangat penting untuk memastikan prestasi atlit dapat dipertingkatkan ke tahap optimum. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang mempengaruhi makanan seseorang atlit iaitu faktor lokasi latihan / pertandingan di altitude, suhu sejuk, suhu panas dan humidity, Intensity latihan, saiz badan atlit, jangka masa latihan / pertandingan dan tahap kecergasan atlit. Makanan mengikut fasa pertandingan juga sangat dipentingkan. Dengan lebih jelasnyya, Fasa Pra Musim melibatkan penggunaan kalori amat tinggi dan kehilangan berat badan kerap. Hal ini kerana dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Minum air juga sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi dengan minum lebih banyak iaitu tambahan 500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan. Seterusnya, penyediaan diet sangat dipentingan dalam Fasa Pra Pertandingan berasaskan individu. Setiap peserta perlu merancang program pemakanan sebelum seminggu untuk pertandingan.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 35

Dalam Fasa Pertandingan amalan merekod pengambilan makanan sangat digalakkan. Hal ini kerana peserta berkemungkinan akan mengalami penambahan berat badan kerana aktiviti yang rendah intensitinya dan amalan pemakanan yang tidak menentu. 11.0 Prinsip prinsip mekanik dalam acara lompat jauh Prinsip mekanik dalam acara lompat jauh ini terbahagi kepada 5 iaitu pusat graviti, pengumpulan daya, pemindahan momentum, pergerakan dan sudut lonjakan. Pertama sekali kita lihat pada pusat graviti. Badan seorang atlit lompat jauh haruslah berbentuk projektif. Perjalanan pusat graviti seorang semasa lari adalah lurus dan selari dengan landas. Langkah kedua terakhir atlit harus direndahkan sedikit bagi merendahkan pusat gravity dan langkah terakhir pula harus dipendekkan supaya membolehkan pusat gravity mula bergerak ke atas untuk fasa penerbangan. Seterusnya kita lihat kepada pengumpulan daya seseorang atlit. Daya yang dikumpulkan adalah bergantung kepada kelajuan dan kuasa dalam lari landas seorang atlit. Bagi melakukan lonjakan yang baik daya yang mencukupi diperlukan. Pemindahan momentum dikatakan juga perubahan momentum yang akan berlaku dari hayunan bahu yang laju dengan larian semasa fasa lonjakan. Apabila pergerakan bahu terhenti separas dengan tinggi bahu, maka berlaku perubahan momentum ke bahagian bawah anggota badan dan ia akan menyebabkan berlakunya daya angkatan. Kelajuan angin juga akan dikurangkan agar dapat menukarkan arah dengan mendahulukan tumit pada papan lonjak. Bagi menghilangkan semua kekuatan lutut pula akan dibengkokkan sedikit.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 36

Seterusnya kita lihat pada pergerakan dalam acara ini. Semasa lari landas kelajuan dalam pergerakan linear perlu ditukar ke pergerakan parabola agar dapat mengekalkan pergerakan pusat graviti di badan. Pusat graviti ini akan bergerak mengikut titik titik penerbangan dalam kekotak parabola. Sekarang kita lihat pada sudut lonjakan semasa lompat jauh dilakukan. Sudut lonjakan haruslah 15 - 25. Walaubagaimanapun, sudut projektif yang optima dikatakan lebih kurang 45 bagi mendapatkan jarak yang maksimam. Didapati bahawa lonjakan dan pendaratan mempunyai sudut yang sama tetapi sudut ini tidak begitu diamalkan kerana graviti ini akan membuatkan pelompat akan lebih cepat jatuh.

Walaubagaimanapun sudut lonjakan seseorang adalah bergantung kepada tinggi pusat gravitinya.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 37

Kesimpulan Acara lompat jauh merupakan satu acara yang menarik minat sekiranya langkah langkah dalam acara ini dijalani dengan betul. Acara inin dipandang mudah untuk dilakukan tetapi bagi mencapai kejayaan dalam acara ini, latihan yang agak khusus diperlukan. Acara ini tidak mementingkan ketinggian dan kepantasan larian seseorang, malah ia mengutamakan jarak lompatan yang jauh dilakukan oleh seseorang atlit. Sebagai seorang bakal pendidik, bagi memperkenalkan acara lompat jauh ini kepada murid, kita harus merangka ansur maju yang sesuai mengikut peringkat umur murid murid. Bagi mengelakkan kecederaan, langkah keselamatan harus dipertimbangkan oleh guru. Fasa pendaratan patut diajar dahulu bagi mengelakkan kecederaan kepada pelajar. Hal ini adalah kerana dalam semua fasa, pengakhirannya adalah mendarat.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 38

Pilih 5 tugas kepegawaian dan berikan penjelasan


1. PENGURUS TEKNIK - Setiausaha Sukan Tugas: 1)Memastikan persediaan: a) balapan untuk acara trek b) kawasan acara balingan & lompatan 2)Menentukan ukuran kawasan pertandingan a) Bulatan balingan, landas lari & garisan di balapan (lorong) 3)Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan sesuai dan mengikut peraturan 4)Menyediakan borang-borang teknik

2. PANEL JURI RAYUAN 1. Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) melainkan bagi Olahraga dan Renang. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya Penyelaras Permainan MSSM orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 39

2 Juri Rayuan bertanggungjawab untuk Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawaipegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut: Memberi amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta Mengarahkan pemain dihantar pulang Menghantar laporan kepada MSSM Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sukan Kebangsaan. Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat cadangan yang sewajarnya untuk tindakan lanjut. Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSM Negeri atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan yang berkenaan. Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.

3. REFERI (BALAPAN &PADANG) a) Guru-guru yang berpengalaman b) Pegawai undangan Tugas:

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 40

1. Memastikan peraturan dipatuhi serta membuat keputusan sekiranya timbul masalah tidak jelas tentang peraturan. 2. Menyemak dan mengesahkan semua keputusan pada borang keputusan. 3. Membuat keputusan terhadap bantahan berkaitan pengendalian pertandingan. 4. Berkuasa memberi arahan atau menyingkirkan peserta yang didapati berkelakuan tidak senonoh Kad kuning : amaran Kad merah : penyingkiran 5. Berkuasa membatalkan acara dan menjadualkannya semula 6. Menukar tempat pertandingan bagi acara padang jika keadaan memerlukan. Penukaran hanya dilakukan selepas satu pusingan tamat 7. Melengkapkan dan menandatangani kad keputusan dan serahkan kepada Pengerusi Pertandingan/Pencatat Keputusan Kejohanan (Setelah selesai sesuatu acara)

4.PENGADIL a) Guru-guru sekolah b) Staf sokongan / sukarelawan Tugas: 1. Bertugas di bawah seorang Ketua Pengadil & merupakan pembantu kepada Referi tanpa kuasa untuk membuat keputusan 2. Memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan acara: a) berlari mengikut lorong masing-masing

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 41

b) tiada kesalahan semasa pertukaran baton 3. Melaporkan kepada Referi secara bertulis kes-kes foul dan perlangaran peraturan a) Mengangkat bendera putih atau merah (batal 5. Penjaga Masa 1. Berada di sebelah luar trek dan bertentangan denganhakim balapan di garisan penamathakim balapan di garisan penamat Ketua penjaga masa diwajibkan mengambilKetua penjaga masa diwajibkan mengambilkedudukan tempat pertamakedudukan tempat pertama

keluar darimuncung pistol pelepasmuncung pistol pelepas

sehingga diberitahuoleh ketua penjaga masaoleh ketua penjaga masa

penjaga masa akanmerujuk kepada refri balapan untuk pengesahanmerujuk kepada refri balapan untuk pengesa

BAGAIMANA KENDALIAN JAM Jika menggunakan 2 jam untuk satu tempat kedudukan, bacaan yang lambat diambil. bacaan yang lambat diambil. e.g. jam 1 : 10: 52 , jam 2 : 10.61 e.g. jam 1 : 10: 52 , jam 2 : 10.61

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 42

Keputusan : 10:62 Keputusan : 10:62 e.g. jam I : 12.01,jam 2 : 12.00 , jam 3 : 12.01 e.g. jam I : 12.01,jam 2 : 12.00 , jam 3 : 12.01 Keputusan : 12:01 Keputusan : 12:01 e.g. jam 1 : 13.02, jam 2: 13.00, jam 3 : 13:03 e.g. jam 1 : 13.02, jam 2: 13.00, jam 3 : 13:03 Keputusan : 13:02 Keputusan : 13:02 BAGAIMANA KENDALIAN JAM Bagi acara-acara Pecut Bagi acara-acara Pecut- catatan dalam saat- catatan dalam saat- digit dibelakang hanya satu nombor sahaja- digit dibelakang hanya satu nombor sahaja e.g. bacaan 1: 06: 27 tukar kepada 66.3 e.g. bacaan 1: 06: 27 tukar kepada 66.3 Bagi Acara Jarak sederhana dan Jauh - Bacaan dicatatkan dalam minit e.g. bacaan 3: 18 : 55 dicatat 3: 18: 6

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 43

RUJUKAN 1. Peraturan Am MSSM Edisi 2007. Jawatankuasa Teknik & Pembangunan Sukan MSSM, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Sukan. 2. Nota Peraturan Olahraga KOAM.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 44

REFLEKSI

Pertama kali memulakan mata pelajaran WAJ3112 Kokurikulum olahraga, mengembalikan nostalgia kira-kira lebih kurang 24 tahun yang lalu semasa saya di Maktab Perguruan Kinta , Ipoh . Pendidikan Jasmani merupakan elektif saya. Agak risau kerana telah lama meninggalkan pengajaran tersebut sejak 18 tahun yang lalu. Dari bangku sekolah lagi saya tidak mahir dalam apa jenis sukan kerana kurang berminat .Walau pun begitu , semasa di maktab saya telah belajar dan membuat aktiviti amali mata pelajaran ini sebagai elektif saya dengan jayanya. Malah dengan fizikal saya sekarang ini juga agak sukar untuk menjalankan latihan pendidikan jasmani dan aktiviti fizikal yang lain. Agak lama saya sudah tidak berlari seperti itu. Walaupun begitu dengan penerangan awal yang diberikan melegakan perasaan yang gundah. Saya bersyukur sepanjang semester ini kami tidak perlu menjalani aktiviti kokurikulum olahraga tersebut. Kami diberi penerangan bahawa kami tidak perlu membuat amali .Menurut En. Hishamuddin b. Basiron kami hanya belajar teknik dan pengendalian olahraga sahaja. Apa yang dititik beratkan oleh beliau adalah kami mengetahui teknik-teknik olahraga dengan betul. Dengan ilmu yang betul, kami dapat menurunkan ilmuyang ditimba kepada pelajar-pelajar yang berbakat dan berminat dalam olahraga.. Teknik yang betul amat penting kerana setiap permain dan sukan mempunyai peraturan. Dengan mengetahui peraturan dapat mengelakkan atlet dari tersingkir atau mata tidak dikira.Sebagai seorang guru, aspek-aspek teknikal ini amat penting diketahui supaya atlet dalam kalangan murid-murid kita tidak merasa kecewa atau putus ada kerana kesilapan kita tidak mengetahui akan peraturan dalam pertandingan itu. Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan suami saya yang mengambil pengajian Pendidika Jasmani , saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya juga belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu program. Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga banyak membuka mata saya tentang hari kejohanan olahraga di peringkat sekolah yang sebenar. Hal ini secara tidak
Mastura bt. Ismail PPG 2011 Page 45

langsung memberi gambaran sebenar kepada saya tentang kejohanan olahraga yang biasanya dijalankan di sekolah.Bukan sahaja bahagian pengurusan memerlukan pelan strategi tetapi juga dalam memastikan pengurusan sumber manusia berterusan dan dapat melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing . Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilapdan dibangunkan melalui Sukan .Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Mind a Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini,bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Secara tidak langsung dengan perancangan strategik yang dirancang ini dapat menarik minat pelajar dan mendisiplinkan murid. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya mengingat semula bidang yang telah saya tinggalkan sejak 18 tahun yang lalu. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan.

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 46

Mastura bt. Ismail PPG 2011

Page 47

Anda mungkin juga menyukai