Anda di halaman 1dari 12

1

SPM 2006.

Nyatakan dua pihak yang menerima Islam secara rahsia.
F1 ahli keluarga
F2 sahabat yang rapat seperti Abu Bakar
F3 segelintar golongan bangsawan seperti Uthman bin Affan
F4 golongan bawahan seperti hamba

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia ?
F1 strategi penyebaran Islam
F2 mengelakkan penentangan
F3 bimbang Islam dihancurkan
F4 bilangan penganut Islam masih sedikit
F5 Islam baru dikenali

Bagaimanakah penyebaran dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ?
F1 mengadakan majlis ceramah
F2 perjumpaan dengan orang ramai di Bukit Safa
F3 menerangkan tentang Islam
F4 bermusyawarah dengan para sahabat

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang dakwah Islamiah oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ?
F1 konsep persaudaraan Islam
F2 larangan tentang akhlak yang keji
F3 tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.
F4 perbezaan dari segi kepercayaan/amalan
F5 menjejaskan ekonomi orang Arab Quraisy Makkah


2

CARA NABI SEBARKAN ISLAM DI MAKKAH?

Dakwah Islamiah secara rahsia
a) Tempoh masa adalah selama 3 tahun
b) Ditujukan kepada ahli keluarga, sabahat yang rapat dan kaum kerabat baginda
c) Mereka yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah biti Khuwalid, Ali bin Abu Talib, Zaid
bin Harithah, dan Abu Bakar al-Siddiq
d) Melalui Abu Bakar ak-Siddiq, tokoh Quraisy telah memeluk Islam, iaitu Uthman bin Affan,
Zubair bin Awam, dan Al-Arqam bin Abu Arqam.
e) Al-Arqam menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalan takwah.

Dakwah Islamiah secara terbuka
a) Tempoh masa adalah selama 10 tahun
b) Dilakukan setelah mendapat perintah Allah s.w.t. supaya dakwah Islamiah kepada
masyarakat Makkah dilakukan secara terang-terangan.
c) Dakwah terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib dilakukan setelah turunnya ayat Al-
Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum keluarga baginda.
d) Mendapat tentangan yang hebat oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Lahab.
e) Dakwah terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, Makkah setelah Allah s.w.t.
menurunkan perintah menerusi ayat 94 surah al-Hijr.


FAKTOR ORANG ARAB QUIRASY MENERIMA AGAMA ISLAM?
a) Ajaran Islam memberikan layanan yang sama kepada manusia. Islam menganjurkan
kesamarataan dalam kehidupan kerana semua manusia sama taraf Cuma yang
membezakan adalah iman dan taqwa. Oleh itu, golongan hamba tertarik dengan Islam.

b) Islam telah diterima oleh orang ramai kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan
Nabi Muhammad berdakwah. Islam mengajarkan nilai-nilai positif dalam kehidupan
seharian.


FAKTOR ORANG ARAB QURAISY MENENTANG AGAMA ISLAM?
a) Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam.
Ajaran Islam berasakan kepercayaan kepada Allah manakala orang Arab Quraisy
menyembah berhala dan mempercayai animism.
b) Prinsip persamaan taraf dalam islam manakala Arab Jahiliah mewujudkan perbezaan
darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
c) Konsep persaudaraan dalam Islam bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi
pegangan mereka.
d) Tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi. Mereka menggangap jika menerima agama
Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
e) Menjejaskan ekonomi pengukir patung berhala. Ajaran Islam mewajibkan penganutnya
menyembah Allah yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala.


PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN AWAL
a) Proses bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam
sekeliling.
b) Manusia memilih lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal kerana kesuburan
tanah untuk tujuan pertanian.
c) Lokasi tersebut dipilih kerana adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air,
makanan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
d) Akibatnya, tamadun awal manusia terbentuk di kawasan lembah sungai.
e) Contohnya, Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates dan Tigris, Tamadun
Mesir Pura di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun
Hwang Ho di Lembah Hwang Ho.

3

1. Pada mulanya, penduduk hidup secara iaitu hidup berpindah randah
2. Mereka menyara diri dengan berburu dan mengumpul makanan di bahagian barat
laut India.
3. Kemudian mereka membentuk petempatan yang kekal di sepanjang lembah sungai
contohnya di lembah Indus kerana tanah yang subur dan adanya sumber bekalan air.
4. Penduduk pandai menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatan
penghasilan pertanian dan pertambahan penduduk.
5. Bandar-bandar juga berkembang di lembah Indus seperti Mohenjo Daro dan
Harappa.
6. Manakala lothal dan sutkagen dor pula adalah bandar pelabuhuan.


Petempatan kekal
Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai.
Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai
pusat tamadun awal.
Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah
tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah sungai Nil), tamadun
Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho
(Lembah Sungai Hwang Ho/Sungai Kuning)

Menjalankan aktiviti pertanian
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di lembah sungai untuk menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di
Mesopotamia dan Mesir menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai
untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-
tamadun awal terletak di tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan
Euphrates, Indus dan Hwang Ho.

Manusia memilih lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal kerana kesuburan
tanah untuk tujuan pertanian dan penternakan.

Sistem pengairan
Lokasi tersebut dipilih kerana adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air,
makanan serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir
menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan pertanian
secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal terletak di
tebing-tebing sungai besar seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus dan
Hwang Ho.

Lebihan hasil / makanan
Hasil innovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian iaitu dari
segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang. Contohnya
ialah pencipatan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti
system pengairan yang baik. Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran
dan membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini telah dapat menampung
pertambahan jumlah penduduk di sebabkan adanya bekalan makanan yang
berterusan.

Perkampungan
??




4


Bandar
Petempatan di lembah Indus membawa kepada pembentukan Bandar terancang. Bandar
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama dan bahagian kedua.

Bahagian utama - merupakan pusat pentadbiran dan keagaaman
- Menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang
digunakan untuk upaca ritual dan pembersihan serta tempat
penyimpanan hasil

Bahagian kedua - merupakan kawasan perumahan
- Bandar-bandar telah dirancang rapi dari segi susun atur
- Susunan Bandar adalah berdasarkan blok- blok berbentuk segi
empat dan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya
yang lurus dan bersambung antara satu sama lain


Negara kota
Biasanya keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1,000 batu per segi. Contohnya
keluasan Kota Lagash adalah lebih kurang 1800 batu per segi dan penduduknya berjumlah
antara 30000 hingga 35000 orang. Setiap negara kota ini merupakan sebuah kerajaan yang
berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri. Negara-negara kota ini hanya
akan bersatu tenaga untuk berperang dan menentang musuh.


KENAPA MASYARAKAT TAMADUN AWAL PILIH KAWASAN LEMBAH SUNGAI SEBAGAI
KAWASAN PENEMPATAN?

Kesuburan tanah untuk pertanian.
o Pertanian merupakan sumber makanan kepada penduduk
o sumber air untuk kegunaan harian untuk mengairi kawasan pertanian
Kemudahan Pengangkutan
Kemudahan Perhubungan


PERANAN BAHASAN DAN TULISAN
1. Penyimpanan rekod
2. Penulisan undang-undang
3. Mencatat hal-hal keagamaan
4. Mencatat idea dan pemikiran manusia
5. Menyebarkan ilmu
6. Memudahkan perhubungan / komunikasi


SUMBANGAN TAMADUN MESIR PURBA KEPADA TAMADUN MANUSIA?

1. Sumbangan penciptaan seni bina piramid
2. Penciptaan kertas daripada pokok papyrus
3. Sistem tulisan hieroglif
4. Mewujudkan sistem pendidikan
5. Kemajuan dalam bidang ilmu geometri, matematik dan sains
6. Ilmu perubatan memurniakan mayat
7. Penciptaan calendar 365 hari setahun


KEPENTINGAN AGAMA KEPADA MANUSIA
Pegangan agama dapat menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar
budaya masyarakat

5

APA ITU KERAJAAN AGRARIA
1. Kerajaan yang menjalanakan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan,
dan memungut hasil hutan dan sungai.
2. Terbentuk di kawasan pertanian yang subur di lembah sungai dan juga terbentuk di
kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi


CIRI-CIRI UTAMA KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM
Ciri-ciri utama kerajaan agraria ialah ia sebuah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah dan padi huma. Selain itu,
masyarakat agraria juga terlibat dalam kegiatan mengumpul hasil hutan dan menternak
binatang. Ia terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah-lembah sungai dan
kawasan pedalaman contohnya di Sungai Menam, Sungai Irrawaddy dan Tanah Tinggi Dieng
di Indonesia.
Manakala kerajaan maritim pula menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan
dan kelautan. Ia terletak berhampiran dengan kawasan pesisiran pantai, lembah sungai dan
kepulauan.
Di samping itu, kedudukan kerajaan maritim juga adalah strategik di tengah jalan
perdagangan antara China dan India. Faktor ini membolehkan kerajaan maritim muncul
sebagai pelabuhan pembekal. Selain kegiatan perdagangan, masyarakat kerajaan maritim
juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil hutan.


Ciri-Ciri Kerajaan agraria:
F1 - pertanian
F2 - lembah sungai & kawasan pedalaman
F3 - padi sawah & padi bukit
F4 - hasil hutan & menternak binatang
Ciri-Ciri Kerajaan maritim:
F5 - perdagangan & kelautan
F6 - pesisiran pantai, lembah sungai & kepulauan
F7 - kedudukan strategik
F8 - pelabuhan pembekal
F9 - tangkap ikan & pungut hasil hutan



APA KEGIATAN EKONOMI ORANG-ORANG AGRARIA?
1. Kegiatan ekonomi orang-orang Agraria adalah berasakan pertanian, penternakan dan
pemungutan hasil hutan dan sungai.

2. Menanam padi sawah di lembah sungai
3. Menanam padi huma di lereng bukit
4. Menangkap ikan di sawah/paya/sungai
5. Mengumpul hasil hutan seperti gading
6. Menternak binatang seperti lembu

6


HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT AGRARIA DI ASIA TENGGARA

1. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang
mencukupi.
2. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan
air dengan membuat teres dan relung.
3. Tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agrarian ialah jagung,
pisang, keledek dan sayur-sayuran.
4. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
5. Mengumpulkan hasil hutan seperi kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, dammar,
jayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan.
6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.
7. Masyarakat agrarian terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
dan mendapatkan kulit kura-kura.
8. Lebihan hasil ternakan seperti lembu dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau
dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat Bandar dan kerajaan maritim.

BAGAIMANAKAH PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA TERSEBAR DI ASIA
TENGGARA PADA ZAMAN KERAJAAN AWAL?
Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera golongan penakluk dari India yang
membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara
Dibawa oleh pedangan atau vaisya melalui aktiviti perdagangan antara Asia Tenggara
dengan India
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta yang mengetuai pelbagai upacara
keagamaan di istana raja kerajaan awal
Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk amalkan.





7

MENGAPA NEGARA KITA BANYAK FOKUS KEPADA INDUSTRI DAN PERTANIAN?
1. Pertanian merupakan sumber makanan penduduk Malaysia.
2. Pertanian dapat menjamin sumber makanan kepada manusia.
3. Hasil pertanian merupakan bahan sumber untuk industri.

JELASKAN JAHILIAH
1. Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud Jahil dan
tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab
selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunya wahyu Allah kepada
Nabi Muhammad.
3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya.
4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah,
mereka menyembah berhala dan anismisme.
5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.
6. Akhlak mereka rendah. Mereka juga kejam, angkuh dan degil.

TERANGKAN KEDUDUKAN WANITA PADA ZAMAN JAHILIAH
1. Kedudukan wanita dianggap rendah
2. Mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka
3. Anak-anak bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana menjatuhkan maruah
keluarga
4. Beberapa orang wanita boleh dikahwini sekaligus


CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI SEGI SOSIAL (30 PERKATAAN)
Masyarakat Jahiliah dikategorikan kepada masyarakat Badwi, masyarakat nomad dan
Hadari, penghuni kota. Masyarakat ketika itu mundur dan tidak bermoral. Wanita
juga berkedudukan rendah dalam masyarakat. Masyarakat Jahiliah mengamalkan
Sistem Kabilah yang berasakan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Mereka
mempunyai identity dan peraturannya sendiri dan ahli kabilah taasub dan fanatik
terhadap kabilah masing-masing.

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI SEGI EKONOMI (30 PERKATAAN)
Dalam bidang ekonomi, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi
sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh
masyarakat Arab Badwi yang kebanyakkannya tinggal di kawasan luar Bandar. Walau
bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat
kerana cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi.
Masyarakat Arab Hadari yang majoritinya tinggal di kawasan Bandar terlibat dengan
ekonomi perdagangan. Perdagangan dijalankan secara system barter. Amalan riba
dan penipuan berlaku secara meluas.

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIAH DARI SEGI POLITIK (30 PERKATAAN)
Dari segi politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang
sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah. Setiap kabilah diketuai
oleh seorang syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai
ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-
kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah
dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan
peperangan antara kabilah.





8

APA ITU KABILAH?
1. Berpuak-puak dalam suku tertentu
2. Mempunyai identiti dan peraturannya sendiri
3. sangat taksub / fanatik dengan suku sendiri
4. di ketuai oleh syeikh yang menjadi lambang perpaduan kaum mereka

PERANAN SYEIKH / MACAM MANA DIA DI PILIH?
1. Seorang yang disukai oleh ahli kabilah
2. Di lantik atas persetujuan semua pihak
3. Seorang yangberfikiran matang, berani, gagah dan pandai berpidato

APAKAH ITU ASSABIAH?
1. semangat kesukuan yang melampau.
2. Kewujudan semangat assabiah berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang
berasaskan keturunan.
3. Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing
4. Mereka terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah mereka
5. Mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah
mereka
6. Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaah hidup masyarakat Jahiliah
huru-hara dan tidak aman.
7. Sifat ini sering menjadi punca persengketaan
8. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas
sebab yang kecil contonya Peperangan al-Basus.

KERAJAAN ANGKOR ADALAH KERAJAAN APA? MARITIM ATAU AGRARIA? (8 markah)
1. Pada awalnya agraria. Akhirnya jadi maritim.
2. Terletak dekat dengan tasik tonle sap.
3. Air tasik tonle sap datang dari sungai Mekong
4. Membekalkan sumber air minuman
5. Membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk
6. Tanah subur hadil mendapan lumpur
7. Membentuk kawasan pertanian yang luas
8. Sumber air dapat menampung keperluan penanaman padi
9. Tanah sekitarnya sangat subut
10. Keadaan iklim yang panas dan lembap sesuai untuk kegiatan pertanian

CIRI-CIRI PENDUDUK KERAJAAN MARITIM (BAGI 4 CIRI-8 MARKAH)
1. Kerajaan maritime menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan
kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
2. Penduduk kerajaan maritime terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan
pedagang luar.
3. Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan (lingua franca)
4. Mereka juga mampu berdagang ke kawasan yang jauh kerana mereka berkemahiran
membuat perahu dan kapal layar.
5. Mereka juga mengetahui kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di
langit.

KERAJAAN AGRARIA DAN MARITIM SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA
LAIN. CERITAKAN.
1. Penduduk agrarian menghasilkan beras untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim.
Sebaliknya, kerajaan agrarian memerlukan kerajaan maritime untuk mendapatkan
barang mewah China dan India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agrarian membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritime membina kapal dengan mendapatkan tukang kayu agrarian
seperti kayu kerajaan Pegu.
4. Gajah yang menjadi kenderaan Raja maritim juga didapati daripada kerajaan agrarian
di Siam.

9

Kerajaan agrarian membekalkan kerajaan maritim:
Tenaga kerja (buruh)
Sumber makanan utama (beras)
Hasil hutan
Kayu yang baik untuk membuat kapal
Gajah sebagai kenderaan Raja
Tukang kayun dan tukang batu
Kerajaan maritim membekalkan kerajaan Agraria barangan mewah seperti tembikar,
gelas dan manik daripada kerajaan China dan tekstil daripada India


CARA KEDATANGAN PENGARUH HINDU BUDDAH KE ASIA TENGGARA
Dibawa golongan Ksyatria atau tentera.
o Disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan
di Asia Tenggara.
Dibawa oleh pedagang atau vaisya (pedagang).
o Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah berlangsung semenjak
abad kelima Sebelum masihi.
o Berkembang apabila India berusaha mendapatkan logam emas dari Asia
Tenggara setelah maharaja Vespian dari Rom memberhentikan perdagangan
emas dengan India
Dibawa golongan Brahmin atau pendeta
Proses pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan disesuaikan
dengan budaya tempatan
o Buktinya arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya
o Terdapat perbezaan aspek-aspek pengambilan kebudayaan antara seorang
raja dengan raja yang lain di Asia Tenggara
o Perkara ini dapat dilihat melalui amalan kepercayaan di Kedah Tua (agama
Buddha) tetapi di Dieng, Indonesia menganut agama Hindu.
10

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ZAMAN PRASEJARAH? (6 MARKAH)
Zaman ini manusia belum mengenali tulisan.
Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi.
Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik, Mesolitik, Neolitik dan Logam.
Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi.

BAGAIMANA MASYARAKAT MESOLITIK DAN NEOLITIK SARA HIDUP MEREKA?
MESOLITIK
Memungut hasil hutan
Menangkap ikan
Memburu binatang
Berdagang (barter dan siput)
Bercucuk tanam

NEOLITIK
Bercucuk tanam
Menternak binatang

Soalan Percubaan SPM 2009, Melaka

Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
F1 dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 menjalinkan hubungan persadaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam
Madinah
H3a orang Islam Makkah tidak yang berhijrah tidak berasa asing dan rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan
ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah
yang berpindah ke Madinah
H3d golongan Ansar kepada orang Islam Madinah

F4 menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
H4b ini melahirkan kehidupan harmoni di Madinah
H4c dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama

F5 membina sebuah masjid
H5a iaitu Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c masjid dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang masalah, kawasan
persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
11


F6 wujud takwin Islam
H6a berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b takwin ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
H7b menjadikan Madinah sebaga ipusat tamadun Islam

F8 menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
H8a orang Islam Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah
yang berhijrah
H8b mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat
Madinah

F9 pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar as-Siddiq sanggup bergadai harta dan nyawa
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan harta

F10 menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy

F11 menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.
H11a baginda sanggup berkorban meninggalkan kesenangan hidup
H11b tidak pernah berputus asa
H11c bersembunyi di Gua Thur dan mencari jalan lain ke Madinah
[mana-mana 10 x 1m = 10m]


SPM 2005.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan dua konsep Hijrah.
F1 perpindahan orang Islam Makkah ke Madnah
F2 perpindahan secara sukarela

Jelaskan sebab berlakunya peristiwa Hijrah.
F1 penentangan hebat orang Quraisy di Makkah
F2 untuk menyebarkan agama Islam
F3 jemputan daripada orang Madinah
F4 wahyu daripada Tuhan

Nyatakan dua kepentingan Hijrah kepada penduduk Madinah ?
F1 menyatukan penduduk Madinah
12

F2 tercipta kalendar Islam
F3 menyelesaikan perbalahan antara suku Aus dan Khazraj
F4 pembentukan kerajaan Islam Madinah
F5 menyatukan masyarakat Madinah yang pelbagai kaum

Huraikan dengan ringkas pembaharuan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. membina Masjid Nabawi
F2 menubuhkan kerajaan Islam
F3 Madinah sebagai pusat pemerintahan
F4 Piagam Madinah telah digubal
Perjanjian Hudaibiyah
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Nyatakan dua isi Perjanjian Hudaibiyah.
F1 gencatan senjata selama 10 tahun
F2 kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau Quraisy
Makkah
F3 orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
dipulangkan
F4 orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan
F5 umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya/7H

2-Berikan dua sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada
tahun 630M.
F1 orang Arab Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
F2 tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama
F3 membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam
F4 strategi jangka panjang penyebaran Islam

3-Mengapakah kota Makkah mudah ditawan oleh tentera Islam ?
F1 pengislaman al-Abbas/Abu Suffian
F2 jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F3 bilangan tentera Islam yang ramai
F4 tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
F5 menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
F6 semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi

1- Senaraikan tiga cara masyarakat Zaman Paleolitik menyara kehidupan mereka. [3m]
F1 memungut hasil hutan
F2 berburu binatang
F3 menangkap ikan

2- Nyatakan empat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Zaman Neolitik. [4m]
F1 tinggal menetap dalam kelompok yang besar
F2 mula bercucuk tanam dan menternak binatang
F3 alatan batu lebih licin dan mempunyai pelbagai fungsi
F4 tahu membuat tembikar
F5 wujud pengkhususan kerja
F6 mampu menghasilkan lebihan makanan dan melahirkan sistem barter
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

Anda mungkin juga menyukai