Anda di halaman 1dari 4

1

4 orang sahabat telah berbual tentang masalah social di kalangan remaja


pada yang melanda Negara kita sejak kebelakangan ini.

Brendan Teo, Chan Kyng Hon dan Chan Chee Hon sedang berbual bual di
kedai makan lalu Fistos menegur mereka.
________________________________________________________________

Fistos : Hai, kawan kawan, apa khabar sudah lama kita tidak
berjumpa .

BT,CC dan CK : Oh Fistos ! khabar baik, yalah sudah lama kita tidak
berjumpa

Fistos : Seperti asyik sahaja kamu bercerita , apa yang kamu
bincangkan

BT : Oh, kami sedang bercerita tentang isu lepak dalam
kalangan remaja. Sejak kebelakangan ini , isu lepak ini
telah menjadi bualan hangat bukan sahaja dalam
kalangan masyarakat, malah di kalangan tokoh politik.

Fistos : Entahlah BT, saya sendiri risau melihat ramai anak
muda dan remaja menghabiskan masa tanpa
melakukan aktiviti yang berfaedah

CC : Betul tu, apakah mereka tidak berasa rugi dengan
membuang masa begitu sahaja?

CK : Pada pendapat saya, tabiat melepak itu merupakan
budaya
yang perlu dikikis daripada sanubari generasi muda
kita sekarang sebelum menjadi amalan yang
berterusan.

Fistos : Betul CK. Kerajaan seharusnya bertanggungjawab
untuk
mula mengambil tindakan untuk menyedarkan mereka
bahawa perbuatan ini merugikan diri mereka sahaja.

BT : CC tahukah kamu, apakah yang sebenarnya
dimaksudkan dengan lepak?
2



CC : Definisi lepak banyak. Antaranya ialah tidak membuat
sesuatu pekerjaan kerana malas. Namun begitu, dalam
konteks perbualan kita ini, lepak bermaksud duduk di
suatu tempat , khususnya di kompleks membeli
belah dengan tidak membuat sesuatu kerja malah
hanya berbual kosong

CK : Lepak yang kamu katakan itu memang bagus, tetapi
kalau sepanjang masa mereka berada di situ dengan
pakaian yang mencolok mata, bergaul bebas tanpa
batas, merokok dan sebagainya, itu kan tidak baik .
Sebenarnya , orang tua tua kita pun melepak di
warung, tetapi mereka berada di situ selepas penat
mencari nafkah.

Fistos : Mungkinkah budaya lepak ini berpunca daripada
permasalahan remaja masa kini?

BT : Kalau kita hendak bincangkan masalah remaja kini, isu
itu
memang hangat dan membimbangkan. Banyak
masalah yang melanda remaja hari ini seperti lari dari
rumah , mengambil dadah , bohsia, pecah rumah,
ponteng sekoalah, pelacuran, dan melakukan jenayah.

CC : Saya rasa sememangnya lepak mendedahkan
remaja kepada perlakuan jenayah

Fistos : Biasanya remaja yang melepak di pusat pusat
membeli belah itu tidak mempunyai pekerjaan yang
tetap, malah ada yang langsung tidak mempunyai
pekerjaan. Rasionalnya dari mana mereka
mendapatkan wang untuk makan, minum dan membeli
pakaian? Oleh itu, mereka mungkin terlibat dalam
kegiatan jenayah.

CK : Sesetengah daripada remaja itu hidup bergaya,
memakai pakaian berjenama mahal dan ada yang
makan di hotel
3



BT : Benar tu. Saya pernah nampak sekumpulan remaja
perempuan sering ke hotel bertaraf empat bintang. Kita
tidak mengetahui tujuan sebenar mereka ke sana, tetapi
berdasarkan pengamatan saya, mereka diuruskan
seseorang untuk tujuan tertentu

Fistos : Agaknya, mengapa mereka jadi begini?

CC : Banyak sebabnya. Antaranya ialah persekitaran yang
tidak
menyenangkan, misalnya tempat tinggal yang sempit,
adik- beradik ramai , keluarga berpecah belah ,
pengaruh rakan sebaya, dan sebagainya. Seabagai jalan
keluar ,remaja akan lebih seronok berada di luar rumah
seperti melepak di kompleks membeli- belah, kelab
malam dan pusat permainan video.

BT : Saya rasa jika masalah ini tidak diatasi dengan segera,
Negara akan berhadapan dengan masalah kepimpinan.

CK : Betul tu BT. Semua pihak perlu prihatin akan gejala
ini. Ibu bapa perlu meluangkan masa yang lebih
banyak bersama anak-anak mereka selain
menyediakan suasana yang yang aman dan selesa di
rumah. Persekitaran di taman perumahan perlu
dipertingkatkan dengan menyediakan taman
permainan. Semua pihak , iaitu kerajaan, ibu bapa ,
masyarakat, sekolah dan remaja sendiri perlu
mengeratkan kerjasama bagi memastikan masalah
remaja tidak terus meruncing.

Fistos : Nampaknya sudah terlau panjang perbualan kita kali
ini. Saya berharap remaja dapat memberi perhatian
yang sepenuhnya terhadap pelajaran dan mengelakkan
diri daripada melepak atau bergaul bersama individu
lain yang tidak bertanggungjawab kerana pendidikan
lebih menjamin masa hadapan seseorang itu.


4



BT : Saya juga berharap agar remaja tdak mengecewakan
harapan ibu bapa untuk melihat mereka mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.
Remaja pelu menghargai masa kerana masa itu
emas.

Fistos : Baiklah, saya terpaksa minta diri dahulu kerana ada
majlis kesyukuran di rumah saya,jemputlah datang.
Terima kasih. Jumpa lagi

BT,CC dan CK : Baiklah jumpa lagi pada lain masa.

Anda mungkin juga menyukai