Anda di halaman 1dari 24

1.

0 SENARIO SEJARAH AWAL PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.1 SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU (ETNIK MELAYU)

Pendidikan awal di Malaysia pada zaman penjajahan adalah mengikut corak

demografi seperti yang digambarkan oleh sekumpulan kumpulan etnik. Pendidikan awal

masyarakat melayu adalah berasaskan al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik,

pengetahuan kerohanian, seni mempertahankan diri, termasuklah pelajaran awal dalam

bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan pemburuan. Sebelum

sistem pendidikan sekular di perkenalkan, pedagang Arab dan India yang beragama islam

datang berdagang telah membawa bersama-sama ajaran islam untuk disebarkan ke kawasan

Tanah Melayu. Situasi ini telah menyebabkan wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan

‘sekolah pondok’. Melalui sekolah ini, kanak-kanak di dalam sebuah kampung akan dapat

mempelajari cara-cara membaca al-quran daripada orang-orang yang lebih arif di dalam

bidang ini. Di bahagian utara dan pantai timur, mereka turut menggunakan surau dan masjid

sebagai tempat untuk belajar. Di pondok tersebut mereka turut diajar kemahiran membaca,

menulis dan mengira. Masyarakat melayu tradisional lebih mementingkan nilai-nilai

keislaman dalam kehidupan seharian, oleh itu mereka akan lebih memberi tumpuan untuk

menghabiskan masa ke rumah-rumah ibadat. Selain belajar agama di rumah-rumah ibadat,

mereka turut mengadakan perbincangan berkaitan agama dengan orang-orang yang arif

tentang bidang agama. Pendidikan pada zaman melayu tradisional telah dirombak dan diubah

mengikut dasar dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh British. Pentadbiran pendidikan Tanah

Melayu pada masa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu dasar “pecah dan perintah” serta

dasar terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama dasar

pendidikan ini adalah untuk membolehkan mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pendidikan awal etnik melayu adalah pendidikan tidak
28
formal sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu. Kedatangan pihak British telah

mengubah dasar pendidikan di tanah melayu iaitu dari pendidikan tidak formal kepada

pendidikan formal dan mempunyai sistem.

1.2 SEKOLAH VERNAKULAR CINA (ETNIK CINA)

Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara beramai-ramai pada abad ke-19

menyebabkan penubuhan sekolah-sekolah cina di tanah melayu. Walaupun masyarakat Cina

yang berhijrah dari China bertujuan mencari kekayaan di Tanah Melayu tetapi mereka juga

mementingkan perkembangan pendidikan generasi yang akan datang. Matlamatnya ialah

tradisi dan bahasa Cina dapat diwarisi selama-lamanya serta sentiasa mengingat tempat asal

mereka. Oleh itu penubuhan sekolah cina adalah satu agenda penting kepada etnik cina yang

berhijrah ke nagara ini. Perkembangan politik dan ekonomi negara cina telah mempengaruhi

sistem pendidikan masyarakat cina di semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

kerana pihak British menjalankan dasar tidak campur tangan dalam hal pendidikan

vernakular. Kokurikulum pendidikan etnik cina , tenaga guru dan buku-buku untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran semuanya adalah diimport dari negara China. Masyarakat cina

pada masa itu telah mengelar sekolah mereka sebagai ‘negeri cina kecil’. Kebanyakkan

pekerjaan guru-guru tersebut ialah penilik nasib, penulis surat dan sesiapa yang boleh

membaca dan menulis dengan lancar sudah boleh dikategorikan mempunyai keupayaan

mengajar. Secara amnya guru-guru tersebut tidak dilatih secara formal sebelum dibawa

masuk ke Tanah Melayu sehinggalah tamat perang dunia ke-2 iaitu apabila kelas formal telah

diperkenalkan. Bidang pendidikan kaum etnik cina merangkumi bidang 3m iaitu membaca,

mengira dan menulis. Selain daripada itu mereka turut mempelajari lukisan, bahasa Inggeris ,

ilmu alam, sejarah, kraftangan dan juga pengetahuan am. Pengaruh kuat sekolah cina telah

menyedarkan pihak british bahayanya pertubuhan sekolah cina tanpa kawalan. Sebab itu
28
British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina atas sebab politik iaitu menyekat

sekolah ini digunakan untuk menyebar fahaman komunis. Oleh itu pihak pentadbir British

telah memperkenalkan enakman pendaftaran sekolah pada tahun 1920 untuk mengawal

aktiviti sekolah-sekolah tersebut. Selain itu, pihak British juga memberi bantuan kewangan

kepada sekolah-sekolah cina dan hal ini telah mewujudkan jurang di antara sistem pendidikan

masyarakat cina dan masyarakat melayu.

1.3 SEKOLAH VERNAKULAR INDIA (ETNIK INDIA)

Pendidikan orang-orang India diabaikan dan hanya mendapat perhatian mubaligh

seperti tahun 1816 penubuhan bahagian sekolah Tamil Penang Free School. Hanya pada

tahun 1900 British di Perak dan Negeri sembilan mula membina bangunan sekolah Tamil.

Sebelumnya kaum-kaum India yang berhijrah ke Malaysia akan ditempatkan di dalam

ladang-ladang getah. Oleh itu sekolah-sekolah tamil untuk pelajar etnik India cuma terdapat

di kawasan ladang-ladang dan estet-estet sahaja. Sekolah tamil ini mempunyai banyak

kekurangan dari segi kokurikulum, tenaga pengajar dan kewangan kerana sekolah-sekolah

tersebut didirikan oleh kumpulan etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu yang

berpendapatan rendah. Mereka tidak diberi sebarang bantuan dari pihak majikan mahupun

dari pihak kerajaan pada ketika itu. Malahan gaji yang diberikan kepada guru-guru yang

mengajar adalah sedikit menyebabkan guru-guru mereka terdiri daripada kerani ladang,

penyelia, pembancuh ubat dan pekerja ladang itu sendiri. Kokurikulum sekolah tamil

menegaskan tentang pengetahuan dalam kemahiran 3m sama seperti sekolah bagi etnik cina.

Mereka turut belajar tentang ilmu alam dan juga kebersihan diri. Tetapi, pelajar sekolah tamil

tersebut lebih cenderung menbantu ahli keluarga dalam ladang daripada belajar di sekolah

mereka menyebabkan perkembangan sekolah mereka adalah terhad. Selain itu, dasar

pentadbiran pihak British yang enggan menyokong pendidikan bagi etnik pendatang ke
28
Tanah Melayu termasuk suku etnik India telah menyebabkan badan-badan sukarela seperti

kumpulan mubaligh Kristian mengambil alih tugas untuk memberikan pendidikan kepada

kumpulan-kumpulan etnik pendatang ke Tanah Melayu. Jadi mubaligh Kristian memainkan

peranan yang penting dalam meningkatkan taraf pendidikan etnik India. Pada tahun 1923

Undang-undang Buruh telah dikanunkan berkaitan tentang dasar pendidikan masyarakat

India di tanah melayu. Dasar itu mengandungi setiap sekolah yang telah didirikan mesti

mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh orang kanak-kanak yang mencapai umurnya. Di

samping itu, tahap tertinggi sekolah tamil hanya sampai sekolah rendah sahaja. Dengan kata

lain, pelajar sekolah tamil yang tamat pelajaran sekolah rendahnya cuma ada 2 pilihan sama

ada menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atau mengikut jejak langkah ibu bapa

mereka iaitu bekerja dalam ladang. Malangnya, yuran sekolah Inggeris yang mahal

menyebabkan pelajar-pelajar tersebut terpaksa melepaskan peluang meneruskan pelajaran

mereka dan memilih berkerja bersama keluarga mereka.

1.4 SEKOLAH INGGERIS

Dikendalikan oleh kerajaan dan juga badan-badan sukarela termasuk mubaligh

seperti sekolah sekolah Methodist seperti Mubaligh Methodist Amerika, Mubaligh London,

Gereja Anglican dan Gereja Roman Katholik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila

mendapat bantuan dari kerajaan British. Sekolah Inggeris pertama di NNS digelar Sekolah

Free kerana ia terbuka kepada semua kaum. Sekolah Inggeris pertama di dengan Penang Free

School pada tahun 1816 dan kemudiannya dibina hampir di setiap bandar utama di setiap

negeri. Lebih ramai pelajar Cina dan India sementara orang-orang Melayu tidak berminat

kerana yuran tinggi, bimbang dengan penyebaran Kristian ataupun kurang galakan kerajaan.

Graduannya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di dalam pentadbiran kolonial ataupun

firma-firma British sehingga melahirkan satu kelompok elit baru sebelum tahun 1941.
28
Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang

lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut

dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain ialah Malacca Free School (1826) dan Singapore

Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris di NNM yang menawarkan pelajaran percuma

kepada anak lelaki golongan pembesar. Sekolah Inggeris yang pertama didirikan akibat

desakan orang ramai ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar di sekolah Inggeris

dalam tahun ketiga. Mata pelajaran sejarah berdasarkan Sejarah Rom atau Britain. Sekolah

perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik. Setelah

Biasiswa-Biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891)

diperkenalkan barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah

Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah

menyediakan pelajaran selama tujuh tahun bermula dengan Darjah Rendah Satu dan Dua, dan

diikuti oleh Darjah Satu hingga Lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama

empat tahun, iaitu Darjah Enam hingga kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam Darjah

Lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior Cambridge. Mata pelajaran yang

diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu

Kesihatan dan Ilmu Alam. Sukatan pelajaran sekolah ini berdasarkan sukatan pelajaran

sekolah menengah di England.

Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1945 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan

Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk

menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu

klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.

28
2.0 SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan

kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa iaitu:

2.1 ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957)

Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada

empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil.

Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di

antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan

satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem

persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan seperti berikut:

2.2 ZAMAN PASCA MERDEKA (1957-1970)

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan

Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada

tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961

yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat

pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi

penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan

28
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan

masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan

pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini

terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal

kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

2.3 ZAMAN DASAR EKONOMI BARU (1971-1990)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan

keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka

Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani

masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan

yang sama untuk semua kaum.

Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,

antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan

sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,

manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961,

sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa

Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi

menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih

penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan

pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an,

28
peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan

fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan

telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.

Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk

pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tahun Laporan/Akta/ Ringkasan

Dasar Pendidikan
1960 Laporan Rahman  Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Talib  Sekolah menengah percuma.

 Peningkatan ke ting. 3 secara automatik.

 Penubuhan sekolah teknik dan vokasional.

 Penekanan kepada pendidikan agama dan moral.


1961 Akta Pelajaran Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran

1961.
1963 Akta Bahasa Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan

Kebangsaan bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan.


1963- Rukunegara dan DEB Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi Bandar

1974 dan luar bandar.


1976 Akta Pelajaran Berkuatkuasa bagi negeri Sabah dan Sarawak.
1979 Laporan Jawatankuasa  Penekanan kepada perpaduan Negara.

Kabinet Mengkaji  Tumpuan kepada sumber manusia yang berkemahiran demi


Pelaksanaan Dasar kemajuan dan pembangunan negara.
Pelajaran
 Pendemokrasian pendidikan.
28
 Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan

berdisiplin.

2.4 ZAMAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991-2000)

Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan

negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui

penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta

Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan

Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

● Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

● Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

tahun 1999;

● Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

● Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan

Idris (UPSI); dan

● Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

2.5 ZAMAN DASAR WAWASAN NEGARA (2001 SEHINGGA SEKARANG)

Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan

perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan

cabaran alaf ke-21, penambahbaikkan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan

dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan

2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan
28
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003

(Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan

diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,

2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah

penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan

pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah,

sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

3.0 SEJARAH PEKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4.0 DASAR-DASAR PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN

4.1 SEBELUM MERDEKA

Sejarah awal pendidikan di Malaysia telah dikenal pasti kewujudannya. Masyarakat

Melayu telah mendidik anak mereka merangkumi pelbagai perkara mengenai kehidupan,

alam mistik, membuat senjata atau seni mempertahankan diri melalui satu sistem pendidikan

tidak formal. Sesebuah keluarga mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik yang

berbeza sehinggalah kedatangan para ulama dari Tanah Arab & India dengan tujuan

menyebarkan ajaran Islam telah membuka pondok-pondok untuk belajar tentang ajaran

Islam. Para ulama ini mungkin pada dasarnya telah berjaya mendekati masyarakat Melayu

yang telah diketahui umum sebagai masyarakat yang kaya dengan pegangan kuat terhadap

28
adat dan budaya nenek moyang mereka. Kepakaran sosiologi para ulama ini telah berjaya

membuka hati masyarakat untuk memeluk Islam. Para ulama ini mempunyai corak

pendidikan yang lebih sistematik iaitu pecahan kepada ajaran Islam iaitu pelajaran Al-Quran,

Tauhid, Fekah, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan lain-lain.

Penjajahan demi penjahan yang dialami sedikit sebanyak mempengaruhi kurikulum

pendidikan Islam ini. Penjajah paling lama menjajah adalah British, kolonial inilah yang telah

mewarnakan dunia pendidikan di Tanah Melayu dari mula mereka menjajah sehingga ke hari

ini. Pada tahun 1816, berdiri megah Penang Free School diikuti tujuh tahun kemudiannya

Raffles Institution, tiga tahun kemudiannya iaitu Malacca Free School dan pada tahun 1906,

King Edward VII. Pada waktu itu sekolah-sekolah ini dianggap elit dan pada waktu yang

sama masyarakat Melayu menganggap sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh kolonial ini

sebagai tempat penyebaran agama Kristian sebagaimana yang telah diketahui, sekolah-

sekolah ini ditadbir oleh paderi-paderi.

Pejabat-pejabat pentadbiran British mula berkembang dan keperluan buruh bagi

mengisi jawatan-jawatan perlu diisi namun kadar buta huruf dikalangan masyarakat pada

ketika itu adalah tinggi. Menyedari hakikat ini, perubahan dalam sistem pendidikan adalah

langkah wajar dan sekitar tahun 1930’an British mula membenarkan orang Melayu

bersekolah yang sebelum ini hanya dibuka kepada golongan elit Melayu.

Akibat kemasukkan masyarakat Melayu maka penstrukturan semula perlu dilakukan

maka lahirlah Laporan Cheeseman. Antara isi yang terkandung di dalam laporan ini adalah

menyusun semula sistem persekolahan, menghapuskan yuran peringkat rendah, semua murid

boleh mempelajari bahasa Inggeris, pendidikan vokasional dijalankan namun ia menemui

jalan buntu dan kegagalan serta tidak dapat dilaksanakan atas alasan dana yang besar

diperlukan.

28
Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah

memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes pada tahun 1949.

Antara isi yang terkandung dalam laopran ini adalah untuk menyatukan semua sekolah

venakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar,

bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan

melambatkan proses asimilasi, mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguran

berasrama penuh ditubuhkan untuk lulusan Senior Cambridge, penubuhan jemaah nazir,

mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan

seni perusahaan.

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama

sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada

Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan

mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951.

Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan

sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda

mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina dan

menambah bantuan kewangan.

Akibat daripada pertembungan dua laporan ini maka terhasil Ordinan Pelajaran 1951

bagi mengkaji semula dan membuat perubahan-perubahan kepada Laporan Barnes dan Fenn

Wu. Ordinan Pelajaran ini dihasilkan oleh Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran dan

dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan diluluskan pada tahun 1951. Antara

cadangan-cadangan dalam ordinan ini adalah Tanah Melayu mempunyai dua jenis sistem

sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar atas

permintaan ibubapa jika memenuhi syarat 15 murid/POL, bahasa Melayu diajar di sekolah

Inggeris dan begitu juga sebaliknya. Sekolah venakular Tamil dan Cina tidak diterima
28
sebagai sebahagian daripada pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran ini juga mempunyai

halangan yang besar iaitu; kurang guru terlatih, dana yang tidak mencukupi dan mendapat

tentangan yang hebat daripada kalangan etnik Cina dan India. Jawantankuasa Khas pula

dicadangkan bagi memperbaiki Ordinan Pelajaran. Antara cadangan-cadangan yang terdapat

dalam Jawatankuasa Khas adalah menghadkan kemasukkan pelajar ke sekolah Inggeris,

penggunaan bahasa Inggeris dan Melayu secara beransur-ansur, pengunaan tiga bahasa di

sekolah venakular Cina dan Tamil dan menubuhkan sekolah vokasional.

Menteri Pelajaran Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa

Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini

dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah

dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak adalah menjadikan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di

sekolah,mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun

bangsa di Tanah Melayu,mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara

kaum dapat dikurangkan,menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk

melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif,mewujudkan sistem

pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan, mewujudkan masyarakat yang

bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif, memenuhi keperluan negara yang

merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

4.2 ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pendidikan terus

mengalami reformasi iaitu pada tahun 1960 satu laporan telah dihasilkan iaitu Laporan

28
Rahman Talib bertujuan mengkaji semula Laporan Razak dan ia menjadi Akta Pendidkan

1961 iaitu akta pertama yang diluluskan diperundangan.

Antara cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib adalah;

pelajaran sekolah rendah diberikan percuma dan hanya dua jenis sekolah sahaja iaitu,

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan; memperkenalkan pendidikan anika

jurusan, sistem naik automatik, peperiksaan am diperingkat sekolah menengah perlu

menggunakan bahasa rasmi, pendidikan Islam bagi murid-murid beragama Islam lebih

daripada 15 orang dan penekanan terhadap pendidkan akhlak.

Pada September 1974, reformasi terhadap pendidikan terus dicadangkan iaitu

Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran. Isu yang dibahas adalah:

Mengkaji semula kesan sistem pelajaran dan kurikulum dalam rangka masa depan pelajaran

untuk keperluan tenaga kerja ……Supaya sistem pendidikan negara dapat memenuhi

matlamat negara untuk melahirkan masyarakat bersatu padu

(Jawatankuasa Kabinet, Sept 1974)

Antara cadangan Jawatankuasa Kabinet termaktub kepada sekolah rendah adalah;

komunikasi, pendidikan alam sekitar, perkembangan diri, memperkenalkan sistem 3M dan

memperkenalkan sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mana

kemudiannya dilaksanakan pada tahun 1982.

Bagi sekolah menengah pula Jawatankuasa Kabinet telah mengutarakan cadangan

pendidikan vokasional, perdagangan, matematik, sains, bahasa, ko-kurikulum meliputi sukan,

kaunseling dan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang

kemudiannya dilaksanakan pada 1988.

28
5.0 TUJUAN DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira

kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.

Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan

keturunan mereka kepada Negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat

pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang

terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,

langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai

untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,

1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan

Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian

Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib

1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum

dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan

Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet

ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar

Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka

panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan

28
dinyatakan secara bertulis baru - baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan

insane yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai

kesejahteraan diri dan member sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan menjadikan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa pengantar yang utama yang digunakan oleh pelbagai pelajar yang berbilang

kaum di Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi

penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Hal ini kerana Bahasa Melayu adalah

lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian

lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi

nasional di negara ini. Keadaan ini membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat

serta dapat mengelakkan prasangka buruk antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini

serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum melalui penggunaan

bahasa yang sama.

Dasar Pendidikan Negara yang diperkenalkan juga bertujuan mendemokrasikan

pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan

memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar

bandar atau pedalaman yang terdiri daripada kanak-kanak berbilang kaum

Keadaan ini mewujudkan keadilan kepada pelbagai kaum di negara ini di samping

melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai

dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

Sikap toleransi juga dimanifestasikan dalam Dasar Pendidikan Negara dengan

mengambilkira sensitiviti masyarakat daripada kaum lain. Matlamat ini diterapkan dengan

menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib

diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang seumpama bagi pembelajaran bahasa-
28
bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Keadaan ini mewujudkan keharmonian

dan sikap saling hormat menghormati antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan,

hasrat tersebut dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, yang meliputi

aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti-aktiviti yang

dijalankan ini, pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami

budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan

kerjasama dengan rakan- rakan yang lain. Penerapan nilai-nilai murni ini adalah penting

dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Seterusnya, integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui

“Aktiviti Budaya Sekolah”. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti

menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam

perhimpunan sekolah, membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan, mengibarkan

bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program “Minggu

Bahasa Melayu” peringkat sekolah. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan aktiviti-

aktiviti budaya sekolah yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan

integrasi nasional melalui pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan

para pelajar sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah.

Kesimpulannya, Dasar Pendidikan yang dilaksanakan di negara ini sememangnya

bertujuan untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang terdiri dari

pelbagai kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk satu jalinan perpaduan yang

kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Walaupun tidak

dinyatakan secara jelas di dalam falsafah pendidikan sepertimana yang terkandung dalam

Penyata Razak 1956, namun Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua intipati

28
Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan merupakan

antara agenda utama dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

6.0 BAGAIMANA PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN DI


NEGARA MALAYSIA
Dalam membincangkan Dasar Pendidikan Negara ini, tidak terdapat satu pernyataan

yang lengkap dalam mana-mana dokumen mengenai pelaksanaan di pusat-pusat pengajian

rendah, menengah, dan tinggi. Kerajaan terpaksa mengumpulkan butir-butir tersebut daripada

beberapa sumber contohnya Perlembagaan Malaysia Akta Bahasa Kebangsaan, Laporan

Pelajaran dan dokumen-dokumen Kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat,

dan Kelima, dan juga dokumen-dokumen di institusi- institusi berkenaan. Keadaan ini sama

sekali tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan kerajaan, tetapi sebaliknya. Dengan

memberi waktu dan dengan mengambil kira perkembangan yang releven, maka para

pemimpin telah menyusun dasar yang sekian lama semakin jelas dan tegas. Penyata Razak

(1959) dan Penyata Rahman Talib (1960) adalah jelas tetapi tidak tegas. Walaubagaimanapun

Laporan JawatanKuasa Kabinet (1979) dan Rancangan Malaysia Keempat adalah lebih jelas

dan tegas, apabila menyatakan dasar pelaksanaan pendidikan di negara kita ini.

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi pelaksanaan Dasar Pendidikan di Negara kita, pada

tahun 1967 diadakan satu lagi Akta Bahasa Kebangsaan ianya melibatkan kebenaran yang

diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan bahasa Inggeris di dalam hal

yang dan agensi asing, dan undang-undang. Ada satu perkara yang melibatkan pelajaran iaitu

dalam khusus-khusus latihan dan peperiksaan apabila teks-teks yang sahih dalam bahasa
28
Inggeris atau khusus yang ditetapkan itu masih dalam bahasa Inggeris, maka khusus itu

dibenarkan diajar di dalam bahasa Inggeris bergantung kepada keadaannya sendiri iaitu

khusus-khusus bahasa Inggeris, kesusasteraan Inggeris, dan kebudayaan Inggeris. Setelah

melihat peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, maka perlulah kerajaan meninjau

Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ini dapat dikutip daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang dipungut daripada pendahuluan Akta

Pendidikan 1971 iaitu terbahagi kepada tiga tujuan penting. Salah satunya ialah Pelaksanaan

Bahasa Kebangsaan. Kerajaan telah meninjau dasar tersebut yang dibentuk ini perlulah kita

lihat secara peringkat deni peringkat, dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan

seterusnya ke peringkat institusi pengajian tinggi kerana dasar yang dilaksanakan itu

berlanjutan dari dasar yang diperlakukan di sekolah rendah dan menengah. Kukuh atau

lemah, sempurna atau kurangnya keadaan pelaksanaan dasar bahasa Malaysia itu berpunca

daripada sistem kita seluruhnya. Kita tidak boleh melihat hanya kepada apa yang berlaku di

institusi pengajian tinggi dan membuat rumusan tertentu dengan tidak memperdulikan apa

yang berlaku di peringkat rendah. Sememangnya, sesuatu yang berlaku di sekolah rendah dan

menengah itu mempunyai kesan daan implikasi di peringkat pengajian tinggi.

Dan seterusnya untuk mencapai tujuan di atas. Penyata Razak 1956 telah

mengesyorkan perkara-perkara berikut seperti bahasa Melayu mestilah dipelajarkan di dalam

semua sekolah dan dijadikan sebagai satu syarat pertolongan oleh kerajaan di dalam semua

sekolah serta turut di jadikan satu pelajaran mustahak. Setelah di laksanakan selama lima

tahun, sebuah Jawatankuasa Penyemak Dasar pelajaran 1959 dilakukan. Tujuan ini bagi

mempertingkatkan pendidikan dinegara kita ini agar dapat  berhubung dengan Negara luar

yang sentiasa bersaing untuk membangun dan maju pada masa akan datang.   

Kerajaan juga telah membuka banyak ruang kepada masyarakat kita jawatan sebagai

guru di Negara kita agar dapat dilatih dan diberi pertauliahan jawatan yang membantu
28
kerajaan untuk melahirkan lebih ramai para ilmuan yang bijaksana untuk mentadbir Negara

di masa akan dating. Banyak institusi pengajian tinggi dibuka untuk menerima bakal-bakal

guru di Negara ini contohnya Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia,

Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan banyak lagi pusat-pusat pengajian

tinggi yang menawarkan khusus-khusus pendidikan di negara kita di dalam sektor awan

mahupun swasta. Bagi memudahkan lagi proses untuk melahirkan ramai bakal- bakal guru.

Kerajaan telah mengeluarkan sejumlah besar peruntukan bagi menyelesaikan masalah

kewangan yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah untuk meneruskan

pengajian diperingkat sekolah rendah dan menengah seterusnya melanjutkan diri ke peringkat

pengajian tinggi.

                Walaubagaimanapun, kerajaan kita tidak dapat menggelak daripada beberapa

kegagalan dalam melaksanakan misi untuk memcapai Dasar Pendidikan Negara Malaysia ini

seperti berlakunya peningkatan kadar pengangguran mahasiswa dan mahasiswi yang amat

ketara sekali, kekurangan kemudahan untuk pembelajaran, masalah kewangan yang

menghimpit diri pelajar, mutu dan kaedah pembelajaran yang kurang berkesan kepada

pelajar, dan sebagainya. Ini telah membimbangkan negara untuk menuju kepada

WAWASAN 2020 yang telah ditargetkan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan

terkenal di mata dunia. Dengan itu kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang

sepatutnya bagi membasmikan dan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dengan

lebih gigih lagi.

7.0 SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB


Persoalan siapa yang melaksanakan dasar pendidikan di Malaysia adalah satu perkara

yang sukar diramal dan cara untuk spesifikkan siapa yang bertanggungjawab dalam

membawa masuk sistem pendidikan di Malaysia adalah sesuatu yang agak sensitif. Hal ini

28
berikutan sistem pendidikan di Malaysia masuk dengan pelbagai, sejarah pendidikan di

Malaysia bermula sejak zaman dahulu kala, dimana pendidikan yang bermula sebelum era

kemerdekaan adalah pendidikan secara tidak formal yang telah diperkenalkan oleh pedagang-

pedagang yang datang berdagang di Malaysia. Antara sistem pendidikan yang mula di

perkenalkan di Malaysia adalah seperti kelas al-quran, kelas mengaji, kelas tauhid dan akhlak

dan sebagainya. Masyarkat india pula mendapat pendidikan yang dibawa oleh pedagang india

manakala masyarakat china pula mendapt pendidikan yang dibawa oleh Negara cina. Akibat

daripada masalah ini kadar buta huruf dikalangan masyarakat dahulu kian meningkat dari

semasa ke semasa. Seperti yang sedia maklum pendidikan merupakan salah satu perkara yang

terpenting dalam membangunkan sesebuah Negara. Namun pada sekitar tahun 1930 an

British mula membenarkan orang melayu yang pada satu ketika itu sekolah hanya diberikan

pada golongan melayu elit sahaja. Namun begitu masyarakat pada masa itu tidak berpuas

hati dengan sistem pendidikan yang di amalkan oleh pihak british, dimana masih terdapat isu-

isu seperti penjajahan yang berterusan, eksploitasi ekonomi, menawarkan peluang tenaga

buruh hanya pada peringkat rendah, kewujudan sekolah venakular dengan masalah kurikulum

yang berbeza serta masalah bahasa pengantar serta lokasi yang terpinggir serta British juga

cuba mengawal nasionalisme rakyat ketika itu.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula melalui Laporan Cheesemen yang telah

diperkenalkan oleh British dan seperti yang diterangkan pada bab sebelum ini laporan

cheesemen telah gagal akibat tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi dan

disebabkan itu Barnes seorang Pengarah Falkuti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah

memperkenalkan Laporan Barnes pada tahun 1949. Namun begitu sistem pendidikan barnes

masih tidak dapt mencapai kesepakatan di antara kaum. Di atas kesedaran ini tokoh-tokoh

pendidikan telah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem

pendidikan kolonial yang telah ditinggalkan oleh British. Penyata Razak 1956 & termaktub

28
dalam ordinan pelajaran 1957 yang telah di perkenalkan oleh Tuanku Abdul Razak iaitu pada

zaman pengukuhan sesebuah Negara bagi membetulkan semula masalah yang dihadapi pada

semasa sistem pendidikan yang di amalkan oleh british satu ketika dulu. Sistem pendidikan

era pascamerdeka telah merubah sistem pendidikan di Malaysia kepada satu sistem

pendidikan yang berorentasikan unsur-unsur tempatan. Selain itu penyatuan antara penyata

razak dan rahman talib pada tahun 1960 telah menyatu padukan kanak-kanak dari berbilang

etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa

penghantar tunggal iaitu bahasa melayu.

Kesan dari pendidikan yang wujud pada zaman dahulu kala lahirlah pelbagai jenis

pendidikan yang terdapat di Malaysia seperti pendidkan menegah atas, vokasinal, ipta dan

maktab penguruan. Sejajar dengan matlamat kerajaan melahirkan rakyat berkualiti menjamin

kemajuan dan pembangunan Negara sekaligus menyatu padu rakyat berbilang kaum.

Kesimpulannya sukar untuk merumuskan siapa yang bertanggungjawab dalam melaksanakan

sistem pendidikan di Malaysia, hal ini berikutan setiap matlamat yang dibawa oleh pemimpin

mempunyai idelogi yang berbeza namun begitu mereka masih dibawa matlamat yang sama

iaitu melahirkan satu pendidikan yang berkualiti dan menjamin kesejahteraan sesebuah

Negara.

8.0 KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PENDIDIKAN

8.1 KEGAGALAN PENDIDIKAN

Faktor pendidikan dalam kalangan etnik di Malaysia berkait rapat dengan pendedahan

yang dilakukan oleh semua kaum. Kaum india mempunyai masalah peruntukan kewangan.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa tidak dapat menampung perbelanjaan pendidikan anak-

anak mereka. Ada di antara ibu bapa yang memaksa anak-anak untuk berkerja di ladang iaitu

mewarisi perkerjaan ibu bapa mereka. Ibu bapa kurang memberi pendedahan kepada anak-

28
anak tentang kepentingan pendidikan pada masa kini. Anak-anak tidak mempunyai minat ke

arah pembelajaran. Selain itu majikan dan kerajaan tidak dapat menanggung sumua kos

pendidikan untuk orang-orang yang tidak berkemampuan. Di samping itu, jarak rumah ke

sekolah juga agak jauh dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke sekolah.

Semua faktor-faktor ini menggagalkan sistem pendidikan dalam kalangan etnik di Malaysia.

Selain kaum india, kaum cina turut menghadapi masalah yang hampir sama.

Antaranya ialah disebabkan kurangnya pendedahan berkenaan kepentingan pendidikan.

Kaum cina kurang tumpukan kepeda pendidikan terutamanya daripada kaum cina yang

tinggal di luar bandar. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti perniagaan. Selain itu,

anak-anak di galakkan mewarisi perniagaan turun temurun. Selain daripada itu, guru-guru

juga kurang berpengalaman dalam mengajar murid-murid berbangsa cina, hal ini telah

menyebabkan murid-murid tersebut tercicir dan mengalami kegagalan dalam pendidikan.

Faktor-faktor tersebut telah menyumbang kepada kegagalan etnik cina dalam sistem

pendidikan di Malaysia.

Bagi kaum melayu pula, masalah yang paling utama yang menyebabkan kegagalan

dalam sistem pendidikan adalah berpunca daripada masalah kewangan. Hal ini kerana, kaum

melayu terutamanya di kawasan luar bandar masih lagi menjalani kehidupan di bawah paras

kemiskinan. Perkara ini telah menyebabkan mereka tidak mampu untuk menhantar anak-anak

mereka ke sekolah. Faktor yang kedua adalah kurang galakan daripada ibu bapa kepada

anak-anak untuk mementingkan pendidikan. Ibu bapa lebih suka menggalakkan anak-anak

mereka berkerja membantu mereka di sawah untuk meringankan bebanan mereka. Selain

daripada itu, factor jarak juga turut menjadi penghalang kepada anak-anak kaum melayu

untuk berjaya dalam pendidikan. Hal ini kerana pembinaan sekolah selalunye tertumpu di

kawasan-kawasan bandar atau kawasan membangun,hal ini telah menyebabkan anak-anak

28
melayu terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman menghadapi masalah untuk ke

sekolah.

Kesimpulannya, faktor –faktor tersebut telah menjadi penghalang kepada kaum-kaum

utama di Malaysia untuk berjaya di dalam sistem pendidikan.

8.2 KEJAYAAN PENDIDIKAN

Selepas Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan pembaharuan

dalam sistem pendidikan contohnya pada tahun 1956, Tun Abdul Razak, mentari pelajaran

pada masa tersebut telah mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan dan jenis

kebangsaan. Penubuhan sekolah ini sedikit sebanyak telah berjaya menyatukan padukan

kaum di Negara ini. Hal ini kerana, berlakunya penyeragaman dalam kurikulam dan

kokurikulam. Disamping penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada masa

ini juga, sistem pendidikan telah dirombak dari masa ke semasa untuk membolehkannya

berdaya saing, antaranya kerajaan telah melaksanakan pelajaran dan pembelanjaran sains dan

matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) kemudian dimansuhkan dan diganti dengan dasar

yang lain iaitu, memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuhkan Bahasa Inggeris

(MBMMBI).

Kesimpulannya, sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan sesuatu kaum, agama

dan Negara. Oleh hal yang demikian kerajaan perlu sentiasa menumpukan kepada

pembangunan sistem pendidikan bagi semua rakyat tanpa berlaku diskriminasi terhadap

kaum, bangsa dan agama.

28

Anda mungkin juga menyukai