Anda di halaman 1dari 2

ENGALAMAN ANGKER SEWAKTU MENUNTUT DI IPTA

July 2, 2020 by Editorial Department

Pengalaman Angker Sewaktu Menuntut di IPTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca di Fiksyen Shasha. Saya
merupakan antara pembaca tegar setiap cerita yang dipaparkan di Fiksyen Shasha.
Membaca kisah seram di Fiksyen Shasha telah menjadi perkara wajib yang dilakukan
sebelum tidur. Sewaktu membaca beberapa kisah seram yang dialami oleh para penulis
sekalian sewaktu menuntut di universiti, saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan
pengalaman seram saya sewaktu menuntut di sebuah Universiti di Perak. Saya telah
diterima masuk untuk menuntut ilmu di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Kejadian ini berlaku sewaktu saya berada di semester 5. Saya memilih untuk tinggal
di luar kampus di rumah sewa yang terletak di Pekan Tapah yang terletak kira-kira
10 kilometer dari kampus. Sewaktu itu saya baru pulang dari rumah kawan saya kerana
bersama-sama menyiapkan projek tahun akhir kami. Rumah kawan saya terletak di Taman
Perumahan Awam Kampung Mak Teh yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari kampus.
Untuk pengetahuan para pembaca, Kampung Mak Teh terletak di Tapah Road dengan UiTM
Tapah menjadi titik tengah antara rumah sewa saya dengan rumah sewa kawan saya.
Saya turun dari rumah beliau pada waktu jam menunjukkan pukul 1 setengah pagi
seingat saya. Untuk kembali ke rumah sewa saya , saya perlu melalui UiTM Tapah
terlebih dahulu dan menempuh perjalanan sejauh 17 kilometer.

Saya pun start saya punya motor iaitu Yamaha Legenda dan mula bergerak pulang. Jika
anda pernah melalui jalan dari Tapah Road ke Pekan Tapah, anda akan tahu betapa
gelap dan sunyinya jalan itu pada waktu malam. Throttle motor saya pulas habis
sebab nak cepat sampai. Di satu selekoh, ada pokok besar dan ada macam tokong kecil
di bawah pokok itu. Jalan betul-betul gelap dan saya hanya tengok pada jalan sahaja
kerana khuatir akan ternampak benda yang tidak diingini. Namun setelah melepasi
selekoh itu saya terlihat meter motor saya, semakin lama semakin menurun walaupun
throttle itu tetap saya pulas habis. Seperti berat semacam. Saya hanya mampu
membaca surah yang saya ingat dan hanya tawakal kepada Allah Taala sahaja. Makin
lama makin berat rasanya motor saya ketika itu. Kebiasaannya jika saya pulas habis
saya punya throttle, selalunya sampai jugak jarum meter itu ke angka 100 atau 120
km/h tapi waktu itu saya lihat meter motor saya, throttle pulas habis tapi meter
dekat 60km/h sahaja.

Saya dah tak keruan khuatir ada benda yang menumpang. Saya teringat pesan kawan
saya, kalau naik seorang diri dan rasa motor kita berat,jangan pandang kiri kanan.
Tengok jalan saja. Walaupun saya pada waktu itu berpegang pada pesan kawan saya itu
tengok jalan je,tapi gerak hati saya membuatkan saya terpandang cermin sisi. Nak
luruh hati saya apabila saya ternampak seakan-akan lembaga yang sangat besar.
Sangat besar sampaikan pantulan jalan belakang saya di cermin sisi saya tertutup
oleh tubuh lembaga itu. Hampir saya hilang kawalan ke atas motor saya namun saya
gagahkan jugak. Mulut saya tak henti2 membaca surah2 yang saya ingat. Melepasi satu
jambatan kecil berhampiran kawasan Kampung Raya, baru lah motor saya berasa macam
biasa kembali. Meter motor naik kembali. Tanpa berpaling ke belakang, saya terus
memecut laju ke rumah sewa saya.
Selepas kejadian itu, jika hendak ke rumah kawan saya , saya akan minta seorang
dari housemate saya untuk menemani saya dengan belanja makan malam menjadi
ganjaran. Selang beberapa hari daripada kejadian itu, ada lagi kejadian yang
menimpa saya. Yang kali ini bukan biasa-biasa. Sewaktu itu saya baru pulang dari
menjalani latihan bola sepak di UiTM Tapah. Setelah selesai mandi dan solat, saya
pun terlena diatas sejadah kerana kepenatan dengan kelas yang padat dari waktu pagi
hingga ke petang disambung pula dengan training bola sepak. Saya tersedar kira-kira
pukul 11 malam.

Rumah sewa saya senyap, mungkin housemate-housemate saya sudah ke Kedai Mamak
melepak di sana. Sudah menjadi kebiasaan kami, pukul 10 lebih=lebih begitu, kami
akan ke Kedai Mamak yang berdekatan susur keluar Highway Tapah. Sewaktu saya
melihat telefon saya untuk bertanyakan mereka berada dimana,saya perasan ada
housemate saya iaitu Keyo (bukan nama sebenar) di sebelah duduk bersandar di
penjuru dinding. Saya pun bersiap-siap dan hendak ke kedai itu. Saya bertanya
kepada Keyo sama ada dia hendak ikut sekali atau tidak, dia hanya diam saja. Saya
pun teruslah ke Kedai Mamak tadi.

Sesampainya saya disana, alangkah terkejutnya saya apabila melihat Keyo ada bersama
kawan-kawan saya yang lain. Saya pun bertanya “Laju betul Yo kau naik motor sampai
kau dulu kat sini dari aku”. Keyo dan kawan-kawan saya yang lain macam kehairanan.
“Aku memang dah ada kat sini dari tadi lagi. Kami gerak sekali tadi. Kau dah
kenapa?” Saya pun dalam hati “Ya Allah, benda apa yang aku tanya kat rumah tadi”.

Saya pun berceritalah dengan mereka pasal kejadian tadi. Mereka pun cakap mereka
juga pernah diganggu cuma tak berani nak berkongsi khuatir dipanggil penakut.
Setelah masing-masing berkongsi pengalaman seram mereka dalam rumah itu, kami
mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu dan menyewa di rumah yang lain.
Rumah baru ku sangkakan indah namun ada juga “Geng” mereka yang menyakat kami
secara halus.
-Nihaz Marki-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zahin Ikram

Anda mungkin juga menyukai