Anda di halaman 1dari 6

TINDIH DAN REAL (MAK DAN AKU)

July 6, 2020 by Editorial Department

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih selagi lagi kepada Team FS
siarkan cerita saya. Dan tak dilupakan juga kepada korang yang sudi baca pergalaman
aku ni. Thank you support aku.

Tapi sebelum aku nak mulakan stroy aku ni, aku nak berterima kasih yang sudi
ceritakan kisah-kisah seram korang bila kena tindih. Ada yang teruk dan yang
ringan-ringan sahaja. Tapi korang semua memang kuat. Bukan semua orang Allah pilih
untuk terima ujian ni.

Dan ada yang bagi tips tentang amalan-amalan untuk terhindar dari kena tindih,
nanti aku sertakan di akhir penulisan aku. Tapi korang kena usaha dan minta
pertolongan Allah, Kita Merancang Allah tentukan. Moga kita terhindar dari makluk-
makluk halus yang ingin menyesatkan anak cucu-cicik Nabi Adam A.S.

Minta maaf kalau rasa penulisan aku ni banyak sangat emojinya sampai rasa aku ni
kebudak-budakan atau syok sendiri. Maaf sekali lagi ya. Mungkin ni kali terakhir
aku menulis tentang pergalaman aku dan mak aku di FS. Tapi kalau ada sambungan pun,
mungkin aku akan letakkan di Facebook aku atau aku akan buat YouTube aku sendiri.
Dan disebabkan ini juga, penulisan aku akan jadi panjang sikit nuh dengan sesi
nasihat dan amalan kita perlu amalkan. Harap korang sudi baca sampai habis.

Jom aku sambung dari chapter sebelum ni. Tak payah intro dah kan?. Sebab korang dah
tahu apa yang aku nak ceritakan. Aku akan ceritakan pergalamana aku dahulu dan baru
mak aku.

Wanita Yang Berpakaian Serba Merah (aku tak sure dia pakai kebaya or baju kurung )

Sebelum aku kena tindih, aku bermimpi ada seorang wanita yang berpakaian serba
merah dan rambutnya hitam. Dia kemalangan jalan raya (kereta) dan tempat tu macam
sunyi sikit. Kes dia masuk berita dan surat khabar. Tapi yang peliknya, kes dia ni
macam tak seheboh kes-kes kemalangan yang lain berlaku di luar sana, Macam kes ni
ada adegan yang tersembunyi. Tapi yang aku ingat dia macam berlumuran d***h dan
mukanya amat sayu.

Aku pun jadi kesian tengok dia. Macam mana nak tolong pun aku tak tahu. Tapi aku
rasa dia pernah cakap “tolong saya tolong saya” dengan suara yang sayu. Aku jadi
lupa-lupa ingat tentang cerita ni, tapi aku tetap storykan apa yang aku ingat
sampai sekarang sahaja.

Dan Tiba-tiba…

Badan aku jadi keras dan tak boleh nak gerak. Tahulah aku yang sekarang ni makluk
halus dah tindih aku. Aku tidur di sofa posisi yang sama seperti chapter sebelum ni
( yang telinga berdesing tu). Tapi bila aku buka mata, aku ternampak sosok wanita
yang tadi aku bermimpi dan posisiya ditepi hujung kaki aku sahaja. Mungkin tak
dekat sangat dengan aku, tapi agak menyeramkan.

Tapi tiba-tiba datang satu perasaan kesian pada dia. Mungkin disebabkan kemalangan
tersebut macam dirahsiakan. Rasa takut juga masih ada sedikit. Tapi lama-kelamaan
aku rasa yang aku ni terlalu ikut perasaan dan terus aku tutup mata dan baca apa
yang patut. Alhamdulillah aku dah boleh gerakan angota badan aku dan si dia pun
menghilang entah kemana dari pandangan aku.

Sampai sekarang aku masih tertanya, siapa dia?. Dan kenapa dia muncul dekat aku?.
Dan kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa?. Persoalan ni sampai sekarang masib
belum ada yang terjawap. Dan aku rasa kisah dia ni, kisah zaman dulu-dulu punya.
Macam kes dalam 20 tahu dulu atau masa mak-ayah kita muda-muda dulu. Mak aku cakap
mungkin roh, dan mungkin juga makluk halus yang nak aku melewang sikit otak ni.

Sebelum aku mulakan kisah aku sang seterusnya, aku nak beritahu yang aku memang
suka tidur di sofa deat ruang tamu rumah lama kami. Kadang tu tertidur sambil TV
terpasang. Cuba nak habaq ja nah, takut nanti ada yang kata kenapa budak ni tidur
di sofa, dia takdak bilik ka?. Tu yang aku tolong habaq tu. Okey jom sambung balik.

(Toyol)

Ruang tamu dan dapur rumah aku tak lah jauh sangat. bila tidur dekat sofa, boleh
nampak barang-barang dapur dari ruang tamu. Masa kena tindih, samar-samar aku
nampak 2 ekor toyol datang ditempat simpanan rempah-rempah dan barang-barang
masakan yang lain. Tak tahu diorang buat apa, tapi nampak 2 ekor tu datang situ
pergi datang balik dan pergi. Aku pun pelik dengan toyol ni… Tak rasa takut tapi
nampak pelik dan rasa lawak pulak tengok diorang tu. Nampak toyol tu dari belakang
dan tak nampak sepenuhnya wajah toyol tu, mungkin sisi muka toyol tu saja yang aku
nampak. Aku pejam mata dan terus membaca ayatul kursi dan ingat Allah.
Alhamdulillah aku terlepas dari ditindih.

Maaflah kisah yang aku ceritakan ni hanya pendik-pendik saja, dan tak seseram mana.
Moga cerita-cerita yang aku siarkan ini, bagi korang terhibur.

Ada satu hari tu masa aku kena tindih dekat rumah lama. Dan masa tu aku tidur di
bilik dengan mak aku. Masa kena tindih, aku boleh rasa makluk halus tu naik ke
katil dan datang dekat aku. Boleh rasa dia memang betul-betul dekat belakang aku.
Berpeluh-peluh badan aku ni cuba untuk tenangkan diri. Allahu… Tapi mak aku tak
nampak aku kena tindih, nampak macam biasa aku tidur.

Aku cuba untuk tenangkan diri ni, dan cuba fokus Nama Allah dekat dahi dan membaca
Ayatul Kursi. Baca punya baca, Alhamdulillah terlepas juga.

Pernah juga satu hari tu masa kena tindih, rasa hitam saja macam badan aku ni macam
bukan milik aku dah masa tu. Dia mula dari jari kaki dan nak naik sampai keatas
dah. Lepastu aku terus baca ayat kursi dan ingat Allah. Alhamdulillah terus boleh
gerak. Tu pertama kali kena macam tu, macam dia nak ambil alih badan aku tapi tak
jadi.

Pernah tak korang masa kena tindih makluk halus tu buat halusinasi?. Contoh : Masa
korang kena tindih, tiba-tiba korang ternampak mak atau sesiapa saja yang dalam
rumah korang berjalan melepasi korang, dan korang terus menjerit minta pertolongan
sedangkan tu bukan diorang, tu makluk halus yang menyamar jadi ibu-ayah dan sesiapa
sahaja. Dan buat kita lalai masa kena tindih tu. Selalu jugak jadi macam tu.

Ada juga rasa trauma sampai rasa nak berjaga saja dan tak nak tidur dah. Mental
jadi stress sangat dan rasa diri sendiri memang letih sangat.

Dekat rumah baru ni kena juga. Baru baru ni dalam seminggu yang lepas kut. Masa
kena tindih tu gatal juga nak dibukanya mata ni. Last-last nampak lembaga hitam duk
tenung dekat penjuru rumah aku. Aku apa lagi terus tutup mata balik dan terus baca
ayatul kursi dan ingat Allah 100% dalam otak. Lepas-lepas dah boleh gerak tu, terus
tak tidur balik. Haha takut punya pasal kan.

Ada juga dalam beberapa minggu lepas aku kena kacau dekat tempat tidur aku. Sebab
aku tidur sorang dan Mak aku tidur dengan Akak aku. Aku jenis rimas tidur berdua ni
walaupun diri ini tak sedar yang makluk halus duk tunggu masa saja nak tindih aku.
Lepas dah beberapa minit dia kacau dan kacau lagi, terus aku buat keputusan untuk
cari mak aku. Walaupun masa tu makluk halus tu buat aku jadi gila-gila punya
ngatuk, aku tetap kena kuatkan diri tahan ngatuk nak cepat-cepat pergi cari Mak
aku. Dah sampai katil tu, aku selitkan diri di tengah diantara Mak dan Akak aku.

Masa tu angaran waktu dalam pukul 7 atau 8 a.m. Mak aku tanya aku “Kena kacau ka?”
Aku jawap “Ya” dalam keadaan letih dan ngatuk. Ingatkan bila aku peluk mak aku dan
Mak aku pegang tangan aku makluk halus ni tak kacau dah, ALLAHU..makin kuat pula
dia kacau aku. Nak pulak aku macam ternampak tepi mak aku tu ada lembaga hitam.
Allah… Masa tu aku Cakap (Allah Allah Allah) pun, dia tak lepaskan aku juga. Tapi
sekejap tu dia tiba-tiba lepaskan aku. Degil betul makluk halus ni.

Ada satu ni, Banyak kali juga dia kacau sampai satu tahap aku jadi macam orang gila
pun ada. Mak siap selitkan kaki dia dekat kaki aku pun dia datang lagi. Dan ada
juga aku cubit belakang mak aku ( tak kuat pun, manja-manja saja) untuk beritahu
mak aku yang aku kena tindih. Masih ni lagi dia nak halang. Macam ada jarak yang
dia buat antara aku dan Mak aku.

Ada orang cakap cuba gerakan kaki atau jari dan mulut korang bila kena tindih. Aku
pernah gerakan tangan aku satu persatu dan dibentukan jadi sebuah penumbuk, makin
kuat pula dia tindih. Aku gerakan jari tapi still tak boleh nak lepaskan diri dari
ditindih. Ujian sungguh…

Setiap orang yang kena tindih ni, ada yang makluk halus ni kuat sangat-sangat dan
ada juga yang sederhana dan yang biasa-biasa aja. Mungkin aku diketegorikan makluk
halus yang sederhana saja. Tak teruk sangat tapi bolehlah.

Sebelum nak mulakan cerita mak aku pulak. Aku nak minta maaf sangat-sangat sebab
aku terpaksa batalkan apa yang nak diceritakan tentang mak aku dekat chapter
sebelum ni. Dan aku akan stroykan cerita baru tentang mak aku. Mak aku nak aku
ceritakan macam mana mak aku real-real kena kacau dan bukannya ditindih. Sebab
chapter sebelum-sebelum ni pun aku dah ceritakan banyak sangat tentang tindih kan.
Jadi kita ubah selera ke real dan bukan alam tindih ya. Jadi jom baca.

(Asrama Sekolah Mak Aku Dulu) -Real Dan Bukan Kena Tindih-

Masa tu semua dah tidur dan tiba-tiba Mak aku terjaga dari tidur. Masa terjaga tu,
Kerap sekali Mak aku dengar almari pintu dibuka dan dihempas berulang kali. Posisi
almari Mak aku dihujung kaki mak aku sahaja. Bayangkan macam mana mak aku cuba
tenangkan diri walaupun rasa gementar. Mak aku cuba tenangkan diri dan sambung
tidur seperti biasa macam tiada apa-apa yang berlaku, walaupun masih rasa takut.

Ada jugak yang dihempuk-hempuknya buku-buku tu untuk bagi mak aku dengar. (Seram
pulak aku dengar mak aku cerita. Dulu aku pernah duduk asrama, tapi Alhamdulillah
tak teruk pun kena kacau tapi ada juga orang kena rasuk dekat asrama aku tu. Yalah
setiap asrama, sekolah dan sebangainya mesti wajib ada yang kena rasuk kan. Moga
kita terhindar dari makluk-makluk halus ni.

Ada juga pontianak cakar pintu drom bilik mak aku. Mak aku tidur di katil utama
drom tu, dan pintu utama pulak ditepi mak aku ja weyyy…serius meremang badan aku.
Tak sanggup tahan semua ni kalau jadi kat aku.

Dan ada juga Mak aku dengar diorang main bola jaring pagi-pagi buta dekat bawah
sambil gelak-gelak. (Tudia aihh dia main bola jaring pulak dah). Dan bola tu
diorang sengaja bagi lantun-lantun kena dinding diluar drom bilik Mak aku.
Sedangkan Mak aku cakap drom bilik mak aku duduk ni, tingkat 2 dan tinggi untuk
diorang nak lantun-lantunkan bola tu tanpa terjatuh. Mesti kalau kita lantun bola
dekat dinding sekalipun, mesti akan terjatuh juga kan. Diorang memang nak pancing
Mak aku untuk tengok diorang.
Mak aku ada cakap yang sebelum tidur, mak aku kadang-kala akan tidur dengan kawan-
kawan Mak aku. Mungkin nampak menyusahkan kawan-kawan Mak aku, tapi nak buat macam
mana depa sampai kesudah duk kacau mak aku. (Aku rasa bersyukur sangat-sangat tak
pernah kena kacau macam ni.)

Macam biasa, aku akan sertakan nasihat dan sebagainya dalam penulisan aku. Tapi
kalau korang taknak baca pun takpe, saya okey. Tapi untuk yang sudi baca, terima
kasih banyak-banyak ya.

Seperti yang aku baca dalam komen, ada yang sampai stress kena gangu. Semoga sis
dan semua yang ditindih terus kuat ya, dan cuba amalkan doa-doa dan surah-surah
yang aku sertakan di bawah ini.

Ni dari komen part 2 dan 3 yang saya dapat.


Saya ambil yang mana saya rasa okey. Minta maaf yang saya tak pilih. Minta izin dan
minta halalkan yang saya copykan tu. Ilmu ni saya nak share bagi mereka yang tak
baca komen. Moga Sis² dan Bro² dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

1) Amalkan juz ‘amma, Insya’Allah problem anda beransur pulih – {Daripada


~Khuzzairy Yuss~}

2) Kadang² dari keadaan persekitaran tempat tinggal…saya dan keluarga dulu pun
pernah kerap kena, al maklumlah kami sekeluarga besar semua tinggal di rumah agam
milik atuk nenek yg dibina sejak zaman British tapi dah diubah suailah sekitar
tahun 2000-an, walhal jiran2 kami 80% guru2 agama yg berasal dari pelbagai daerah
dan negeri menetap sementara bersama keluarga mereka hingga tempoh perkhidmatannya
berakhir di sekolah masing² juga turut diganggu kelibat penindih²…Penindih² tu tak
kira lah awak byk amalan ibadah sholeh ker or tak, sebab prinsip mereka sebagai
penunggu kawasan memang ada tempat duduk tinggalnya masing²…tapi tu lah penindih²
tu boleh pula bgithu kelemahan² mereka pada ayat² Al-Quran…misalnya Cik Pon cakap
takut surah Al Baqoroh, bayi penghisap d***h takut suroh Al Mulk, jin berkepala 3
anjing cakap takut suroh At Taubah, toyol ckp takut suroh Ar Rohman, iblis
jembalang or lembaga hitam bertanduk ckp suroh Al A’rof, syaithon mcm jelangkung,
balan2 penanggal or kuyang ckp takut suroh As Sejadah, makhluk jadian parakang
takut suroh Al Kahfi…siap mereka cakap lagi mereka masih akan kembali ganggu lagi
kalau suroh² tu dibaca tidak sepenuhnya…maksudnya mcm cik Pon masih berani datang
kacau lagi Kalau cuma baca sebahagian suroh Al Baqoroh or Ayatul Kursi je…katanya
cik Pon bukan satu jenis je bangsanya ada yg hitam merah kelabu or coklat susuk
aura tubuhnya malah ada yg boleh bertukar2 jdi pocong kalau dia ada belajar ilmu
hitam…malah ada di antara mereka penindih² ni siap ikut baca sekali bacaan yang
dibaca, kalau tak baca sepenuhnya suroh itu or cuma sebahagian je…maksudnya sewaktu
mereka nak ganggu tu mereka tengok dulu perhatikan kalau si penghuni tuan rumah tak
amalkan bacaan suroh² tersebut dengan bacaan penuh, mereka akan menanti untuk
mengganggu di masa yang sama. Ada Yang siap ikut baca bacaan yang dibaca penghuni
rumah tapi mereka akan lenyap terus bila cuba ikut baca smpi habis…ni pengalaman
kami sekeluarga dan jiran tetangga kami.
{Daripada ~Shah Syazz~}

3) Saya ada bagi tips pindah rumah dan ada sis ni jawap “Seeloknya setiap hari baca
surah Al baqarah even 1 ayat..” {Daripada ~Miz Farteen~}

4) Kalau tak nak kena tindih, tidur mengiring , sunnah nabi. Baca doa sebelum
tidur. Al fatihah, 3 kul, ayat kursi, mengucap syahadah. Kalau rajin, baca Al Mulk.
{Daripada ~Mu Wi~}

5) Cuba amalkan Sayyidul Istighfar untuk kekuatan roh,baca sekali waktu siang dan
sekali waktu malam. {Daripada ~Amna Abd Rahman~}

6) Saya pernah, tapi arwah ajar ibu jari kaki kiri dan kanan digosok gosok sebelum
tido.. Tue amalkan. {Daripada ~Rozie Glam~}

Dan itu sahaja yang saya letakkan disini dan ada juga amalan yang saya amalkan
sebelum tidur seperti👇

1) Tibai tilam, toto, bantai tidur, bantai peluk atau apapun alas untuk tidur dan
sambil tu selawat nabi, baca ayat 3 kul dan baca ayat-ayat pendinding diri dan doa
tidur.

2) Masa pejam mata mulakan zikir atau bacaan-bacaan surah pun takpe. Ayatul kursi
atau seakan denganya.

3) Makluk halus ni sukakan busuk-busuk, jadi sebelum tidur yang rasa tangan bau
atau angota badan ada bau ka, tolong bersihkan dulu ya. Ataupun jenis dah tak larat
nak bersihkan letak bedak atau minyak wangi pun okey.

4) kalau rasa tilam, bantai, atau toto bau sikit. Letaklah minyak wangi sikit. Baru
rasa nyaman nak tidur kan.

Itu sahaja amalan-amalan yang saya peroleh dari komen-komen dan dari saya sendiri
juga🌹.

Nota – Sesiapa Sahaja Boleh sekitkan Nama-Nama Arwah Ahli Keluarga, Kawan² Dan
Sesiapa Sahaja Korang Nak Buh Dalam Komen Nanti Ya. Oh lupa Team FS boleh selitkan
juga ya. Mungkin ada hamba Allah yang nak sedekahkan Al Fatihah untuk orang yang
kita sayang, mana kita tahu kan. Nak sedekahkan Al-Fatihah ni bukan untuk orang
m**i saja, tapi orang hidup pun boleh ya. Puasa-puasa ni banyak amalan² yang boleh
kita buat walaupun benda tu kecik ciput ja. (Tulis nama penuh ya). Bila-bila masa
pun kita boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Dan ni nasihat pulak.

Kepada pembaca dikasihi sekalian, kalau rasa ada yang perlu diperbaiki cara
penulisan kami, tolong tegur kami dengan cara yang baik ya. Contoh : “Bro Kau punya
cerita dah gempak sangat tu, tapi kalau kau perbaiki noktah dan typo kau ni mesti
lagi gempak gila”. Susah nak ada teguran yang seperti ini, dia tegur dan selitkan
sedikit pujian pada ayat itu. Tak susah pun benda ni, cuba yang kita tahu dia ni
cerita tak best terus dihentam macam² dan makian.

Tegur dan maki adalah 2 perkara yang berbeza. Bila awak maki, dah nampak awak
oranya macama mana sebenarnya. Mungkin disebabkan dengan teguran dan pujian awak
beri pada dia, boleh jadikan dia seorang yang berjaya nanti hanya disebabkan awak
sahaja. Rasa seronok kan kita boleh naikkan semangat seseorang itu dengan kata-kata
berhemah kita.

Teruskan berkarya wahai saudara-saudari semua. Mungkin ada yang macam saya, masih
lagi berjinak-jinak dalam menulis dan ada juga yang memang dah power superman tahap
dia ni. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan dia. Jadi kuatkan semangat ya,
teruskan berjuang dan buktikan awak boleh.

Ada yang suka dan ada juga yang tak suka kita. Itu lumrah kehidupan kita, dan kita
tak boleh nak lari dari masalah ini. Tapi kalau yang tak suka tu, bukan tiket untuk
awak hentam dia ya. Dari dia gembira nak menulis terus jadi murung disebabkan awak.

(Setiap apa yang kita tulis dari segi kecaman makian, beransur perkataan-perkataan
yang tak senonoh dan seangkatan dengannya, bila orang baca komen kita, kita ni yang
banyak tanggung dosa.) (Nota : Nasihat Untuk Diri Sendiri Jugak)

Ada yang perlu kita komen dan ada yang perlu kita simpan kemas. Ingat! Kerana
penulisan yang seperti itu, badan kita juga binasa. Mungkin ada komen nanti akan
kecam saya balik. Tapi takpalah saya abaikan. Dan terima kasih yang terima nasihat
dengan hati yang terbuka.

Terima kasih sangat-sangat Team FS, kerana memberi saya peluang untuk membesarkan
karya penulisan saya. Tak sangka dah sampai part terakhir saya tulis ni. Aku memang
jenis tak minat nak tulis bagai-bagai ni, sebab nanti kita perah otak lah itu kena
ayat bagi mantaplah. Hahahh…Tapi disebabkan part 1 aku dapat komen dan respon
korang yang nak aku tuliskan part seterusnya. So aku pun jadi bersemangat kembali
dan membara. Alhamdulillah rasa syok bila orang baca cerita saya ni. Semoga Team FS
dimurahkan Rezeki Selalu Dipermudahkan Segala Urusan Dan Dipanjangkan Umur Dengan
Keberkatan. Dulu sampai sekarang saya peminat FS. Tapi sekarang jarang nak baca
dah, sebab busykan. Baru-baru ni ja duk boren sebab pkpb ni, tu yang kembali FS
balik . Banyak pahala Team FS ni dapat. Dari Blog FS ramai orang dah berjaya buat
buku sendiri.

Terima kasih sekali lagi yang setia membaca dan menanti keempat-empat koleksi saya
iaitu tindih. Terima kasih sangat-sangat. Dan saya gembira berkongsi cerita
bersama-sama di ruangan komen. Moga ada terselit sedikit manfaat kepada korang
semua.

Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Maaf Kalau Ada Salah Silap, Terkasar Bahasa.

Kejap lupa nak habaq, nak minta maaf tertypo lebam dan bukanya lembam nah..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Intan

Anda mungkin juga menyukai