Anda di halaman 1dari 5

Watak: WATAK SATU

WATAK DUA

Prop: Anak patung, kerusi, meja konsol dan cermin

(Seorang perempuan sambil membawa anak patung masuk ke pentas.)

Watak Satu

Dapat jugak aku rumah baru.

Eh Ana, kau ingat tak? Ala... pasal puaka kat rumah-rumah lama kita dulu tu..

Rumah pertama penuh mistik. Rumah kedua berpuaka lah pula..patutlah murah..

Masa aku sampai kat rumah kedua, aku tengok rumah dia macam seram sikit. Rumah

kayu lamalah katakan.

Aku ingatkan rumah tu okaylah tapi hari pertama aku masuk je dah kena kacau. Kau kan

tahu, aku ni lemah semangat. Begitulah nasib kalau hijab dah terbuka ni.

Malam pertama aku duduk kat situ, gila tak takut, aku dengar bunyi orang memasak kat

dapur. Ktung ktang, ktung ktang.

Menggigil badan masa tu. Tegak segala bulu yang ada. Dahla tuan rumah tu baru je

meninggal. Orang kampung kata dia membela. Aku cepat-cepat menyorok dalam almari.
Tak lama lepas tu dengar bunyi tapak kaki makin kuat ke bilik aku. Jantung aku ni rasa

macam nak pecah bila pintu almari bergoncang.

Benda tu macam tau je aku menyorok dalam almari. Bila pintu almari tu terbukak je, la

tuan rumah rupanya yang buka pintu almari, ingatkan sape..lepas tu aku teringat. eh

kejap, bukan dia dah meninggalke?. Bila aku sedar perkara tu, aku pengsan Na.

Watak Dua

Rupanya, tuan rumah tu bela hantu raya. Kau tau tak hantu raya ni apa? Dia ni hantu

yang boleh menyerupai tuan dia. Ikut lagenda sastera melayu lama, orang dulu-dulu bela

hantu raya ni sebab nak suruh jaga rumah, tolong bersihkan hutan, jaga ladang, jaga

kambing. Apa saja perintah tuan dia , dia ikut. Pakaian dia serba hijau dan tinggi gila.

Watak Satu

Tapi itulah. Bila tuan dia mati dan takde siapa yang nak sambung bela, ha mulala hantu

ni mengganggu orang kampung. Nak cari tuan baru .

Inilah manusia Na. Malas nak guna tulang empat kerat. Sanggup jadi hamba syaitan. Bila

mati, menyusahkan waris pulak. Kita ni sepatutnya bergantung kepada Sang Pencipta.

Bukannya kepada jin dan syaitan.

Tapi kan yang aku perasan, hantu raya tu, dia macam nak berkawan dengan aku. Aku

rasa dia nak buat aku jadi tuan baru dialah. Tapi taknaklah aku terlibat dengan perkara-

perkara kurafat ni.

Lepas dua hari, aku lari pindah rumah lain. Lama jugak nak cari rumah yang sesuai.

Sampailah aku jumpa satu rumah ni.


Kau tau tak rumah kat hujung kampung sana. Ala rumah banglo tepi sungai tu. Yang tuan

dia mati secara misteri lepas tu isteri dia yang cantik tu hilang tanpa kesan. Ha, rumah tu

lah.

Orang kampung kata isteri dia tu jadi penanggal.

Malam pertama okay lagi. Aku dah rasa lega dah. Malam kedua aku dah start kena kacau.

Aku kena masa dalam bilik air.

Aku masuk nak mandi. Dalam bilik air tu ada tempayan besar. Aku ingatkan dalam

tempayan tu ada air, tapi bila aku bukak penutup tempayan tu… aku nampak… ada

badan… tapi… takde kepala. Berderau darah aku Na.

Bila aku pusing nak lari keluar, si penanggal ada depan aku. Macam ni rapatnya. Rambut

dia Panjang. Isi perut dia berjurai-jurai. Masa dia mengilai tu aku tak sedar dah ada kat

luar rumah dah. Aku tak boleh lupa muka dia yang bersopak dengan gigi taring…eeiii.

Watak Dua

Alkisahnya, isteri tuan rumah tu menuntut ilmu batin nak jadi cantik tapi tak kesampaian.

Dia langgar syarat. Oang cerita rupanya dalam bilik air tu lah dia rendam diri dia dalam

air jampi tok dukun tapi tak cukup hari, belum habis tempoh, suami dia dapat tahu, itu lah

sebab kepala dia tertanggal dari badan.., dalam bilik air tu lah wei..eii seram.

Watak Satu

Tapi aku kasihan dekat dia. Hanya kerana nak kejar kecantikan yang sementara,

sanggup buat perjanjian dengan iblis. Langsung tak bersyukur dengan apa yang Tuhan

bagi.
Tengok macam aku ni ha. Redha je.

Akhirnya aku jumpa rumah ni Na.

Aku harap rumah ni okaylah. Takde lagi dah gangguan-gangguan dari hantu syaitan ni

semua.

(Bunyi guruh berdentum)

Ana, aku takut guruh.

(suara menangis)

Arghh!!!

Jangan kacau aku!.

Pergi…pergi!

Aku bukan kau!

Aku tak sama macam kau!

(Watak Satu keluar pentas dan Watak Dua masuk.)

Aku dengar Mamat Khalid nak cari pelakon hantu.

Aku nak cubalah. Aku boleh menyanyi, boleh berlakon.

Seni kan untuk semua.

Anda mungkin juga menyukai