Anda di halaman 1dari 4

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI

1. Isteri Siddiqin Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa. 2. Isteri Muqarrobin Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya. 3. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekalisekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh. 4. Isteri Fasik Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang

fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macammacam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing. Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda: "Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Alla

HARGAILAH ISTERI ANDA.............


Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..... Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya. Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him . "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu .... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' , kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10

FADILAT MENJADI SEORANG ISTERI


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :1. Memberi/membuat segelas air untuk suami Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun 2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah 3. Perkhidmatan yang diberi pada suami Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus 4. Menghamilkan benih suami Fadhilat : mendapat pahala syahid 5. Isteri mandi Junub dengan suami Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin 6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah 8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya Fadhilatnya : dia terus masuk syurga

Santapan Jiwa: Renungan Buat Suami Dan Isteri


A)WAHAI PARA SUAMI, Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!! Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!! Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi pembohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!! Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan.

* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala. (Di petik dari kitab : "Fiqhul Ta'aamul Baina Zawjain" karangan : Mushtofa 'Adawi)

B) KETAHUILAH WAHAI WANITA 1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun. 2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah. 3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah. 4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid. 5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin. 6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka. 7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah. 8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu. Petikan dari 'Mutiara perjalanan hidup' Wassalam

Anda mungkin juga menyukai