Anda di halaman 1dari 3

Selamat Pengantin Baru 2010

Pesanan Untuk Suami – Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama
terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang
dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah
memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan
mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan
semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk
tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik
dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak
dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua
sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in
advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi
maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin
melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek
mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara
bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri
dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak
minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
Selamat Pengantin Baru 2010
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor,
dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah
sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu
di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah
berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri
awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau
awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak
menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti?
Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah
ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah
timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku
bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama.
Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau
suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami
pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan


buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri
balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta
maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak
ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam
hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Selamat Pengantin Baru 2010
- pesanan untuk isteri -

07.28.06 (11:37 am)   [edit]

"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami
yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya."

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh
menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga."

"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. sikap pasif menyebabkan isteri tidak
pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial."

"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami
akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri."

"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu.
Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan."

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah
mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah."

"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan
menyebabkan suami rasa kurang dihargai."

"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda
an perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya."

"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami
akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya".

"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet
menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat".

"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang
terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya".

"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian
suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami".

"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan
keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda dihati mereka".

"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senangdan
cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga".

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi
hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"

"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan
keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak
isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"

Anda mungkin juga menyukai