Anda di halaman 1dari 2

12 Adab-Adab Isteri Terhadap Suami Dan Tips Supaya Sentiasa Disayangi Oleh

Suami !!!

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-
isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci
kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika
ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat
perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini
dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka
menyampuk atau memotong cakapnya....

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi
kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-
hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda
sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau
diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan
bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri,
jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki....

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati
isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang
yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai
kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan
pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki
meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya....

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika
panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari isnin, Khamis dan Jumaat....

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila
disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan
atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan
kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya....

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau
suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk
asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah
pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya
sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.
Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.
Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri
samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit
sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung
ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami
iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi
kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-
kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami,
begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah
ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan
satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya....

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada
ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian
baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan
isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala
sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum
melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini
silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para
isteri....

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang
untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara
suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt...

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun
sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh
atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan
masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,
apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli
makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya....

SUMBER : http://pingsamadia.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai