Anda di halaman 1dari 8

Bagaimana Menyayangi Mertua

Posted: 20 Feb 2011 07:00 PM PST

18 Rabiulawal 1432H.
Sebagai seorang isteri, sudah tentu rasa tertekan bila
rumahtangganya ada campurtangan daripada orang lain. Tetapi
rasa serba salah pula hendak membuat sebarang tindakan
sebab orang itu pula bukanlah orang asing tetapi ibu kepada
suami kita sendiri.
Kita perlu ingat, Allah telahpun memberi ketetapan bahawa
seorang isteri wajib menghormati suami dan keluarga
suaminya. Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya,
ertinya dia juga telah mencacatkan hati suaminya. Maka dia
adalah seorang isteri yang menderhaka dan menjadi orang yang
dimurkai oleh Allah.

Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala ada mertua yang


suka sangat mencari-cari kesalahan anak menantu. Dikatanya
menantu tidak pandai memasaklah, rumah tidak kemas, tidak
pandai jaga anak atau mengungkit-ungkit segala kebaikan yang
pernah dilakukan terhadap kita. Bagaimanakah agaknya kita
menghadapi segala persoalan ini secara rasional.
1. Mengutamakannya dalam segala hal.
Dalam apa juga hal dan tindakan, kita mestilah dahulukan ibu
mertua kita selagi perkara itu diizinkan oleh suami. Terutama
bagi mertua yang duduk serumah, kita hendaklah
mengutamakannya sebagaimana kita meletakkan suami di
hadapan kita. Mintalah nasihatnya dalam apa jua tindakan
walaupun ia dianggap kecil dan remeh.
Contohnya, "Emak, ikan ni masak apa yang paling sedap
sekali?" Atau, "Emak buat asam pedas selalunya sedap, mak
buat macamana?" Sesekali jika ajak mentua kita keluar bersiarsiar dengan kereta, biarlah dia duduk di kusyen hadapan
bersama anak lelakinya. "Emak silalah duduk di hadapan, biar
saya duduk di belakang dengan anak-anak." Atau jika keluar
pergi ke pasar tanyalah kepadanya, "Emak ada tak nak pesan
apa-apa yang mak teringin nak makan. Nanti boleh saya carikan
di pasar."
Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi yang boleh kita

lakukan untuk memberi penghormatan kepada mentua kita


hingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan disayangi.
Nanti akan terjalinlah ikatan kasih sayang di antara kita
dengannya.
2. Fahami watak dan perasaannya.
Sebagai seorang isteri sepatutnya kita mesti memahami akan
watak dan perasaan ibu mentua. Bukankah mereka lebih
dahulu 'makan garam' lebih banyak pengalaman maka sudah
tentu mereka lebih suka jika nasihat mereka dituruti.
Ada kalanya mereka cemburu bila melihat anaknya lebih
melayani isterinya hingga lupa memenuhi keperluannya.
Mungkin sebelum kahwin dahulu, anaknya sering memenuhi
keinginannya, menjaga makan minumnya, sering membawa dia
keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tetapi setelah berkahwin,
segala tumpuan telah beralih kepada isteri, maka keperluan
ibunya sudah dibuat sambil lewa saja. Oleh itu tidak hairan jika
timbul rasa cemburu dan irihati terhadap menantunya.
Oleh itu isteri mesti seringkali ingatkan suami tentang
tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri. Contohnya
jika suami memberikan sesuatu hadiah untuk kita maka
katakan kepadanya, "Abang hadiahkan baju ni untuk saya aje
ke. Mak punya abang dah beli?" Tanyalah dengan penuh kasih
sayang agar dia ingat akan tanggungjawab. Atau ingatkan pada

waktu-waktu terluang supaya dia menziarahi orang tuanya.


"Kalau ada kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah
abang tu. Entah sihat ke tidak, perlu juga kita jenguk."
Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun sudah
berkahwin dia masih ada kewajipan terhadap ibubapanya.
Maka kita sebagai isteri perlu mengingat-ingatkan suami kita
tentang tanggungjawab mereka itu. Membiarkan suami dalam
kelalaian memikul tanggungjawabnya bererti membiarkan
suami dalam kederhakaan dan dosa yang akhirnya
menyebabkan dia terjun ke Neraka. Sanggupkah kita lihat
suami yang tercinta itu kelak akan diseksa di Akhirat?
Jadi bantulah dalam mengingatkan kealpaan suami. Jangan
pula kita yang mengongkong suami agar menumpukan
perhatian pada kita sahaja.
3. Sentiasa menggembirakannya.
Sebagai menantu kita mesti sentiasa peka dengan apa-apa yang
disukai oleh mertua. Kalau pulang menziarahi mereka, bawalah
buah tangan yang dapat menggembirakan hati mereka.
Berikanlah hadiah-hadiah yang disukainya seperti telekung,
tasbih, tudung, kain batik, celak dan lain-lain lagi. Hadiah ini
akan mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita dengan ibu
mertua.

Ajarlah anak-anak agar pandai menghormati datuk dan


neneknya. Suruh mereka bersalam dan cium tangan setiap kali
berjumpa atau hendak keluar rumah, berjalan tunduk bila lalu
di hadapannya serta bersopan santun di hadapan mereka.
Sebenarnya kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya
melebihi daripada kasih sayang di antara seorang ibu terhadap
anaknya. Sebab kadangkala mertua tersinggung bila mendapati
sebarang kekurangan dan kecacatan dalam menjaga cucunya.
Seperti kurang diberi perhatian, pakaiannya comot tidak
ditukar dan sebagainya. Jadi pandai-pandailah kita mengatasi
masalah-masalah yang remeh seumpama itu.
Di samping itu kita juga mesti menunjukkan sikap berkasih
sayang kepada cucu-cucunya yang lain dan juga
mengajarkannya kepada anak-anak supaya berbuat yang
sedemikian juga. Apa yang perlu dibuat ialah sering mencari
sesuatu yang menjadi kegemaran dan kesukaannya. Kemudian
layanilah sungguh-sungguh hingga dia dapat rasakan
beruntungnya mendapat seorang menantu yang memahami
jiwanya. Contohnya seperti membasuhkan pakaiannya,
memasak makanan kegemarannya, memicitkan kepalanya jika
perlu dan sebagainya.
4. Sentiasa menghisab diri.
Jika pada hari itu kita lihat mertua kita bersikap bad mood,

bermasam muka atau bersikap acuh tak acuh saja dengan kita,
sudah tentu ada perkara yang tersirat di sebaliknya. Cuba ingatingat mengapa agaknya ibu mertua rasa tidak senang dengan
kita. Memang tidak dinafikan kita tidak akan lepas daripada
membuat sebarang kesalahan tapi untuk mengurangkannya,
berhati-hatilah agar ianya tidak berlaku berulang kali.
Mungkin baru sebentar tadi kita telah menyinggung perasaan
mertua kita kerana memukul cucu kesayangannya. Atau dia
tersinggung kerana kita telah membantah sedikit arahan suami
(anaknya) sebelum dia keluar ke tempat kerja sebentar tadi.
Jika telah berlaku perkara-perkara seumpama itu, maka cepatcepatlah cari jalan untuk membuat seberapa banyak kebajikan
terhadap mertua kita. Hingga kebaikan yang kita buat itu dapat
dirasakannya dan kesalahan yang kita lakukan sebentar tadi
menjadi kecil pada pandangannya. Jika kita memang telah
berusaha sedaya upaya untuk menjaga hati dan perasaanya
tetapi mereka tetap juga tidak puas hati, janganlah pula kecewa.
Yakinlah itu ujian bagi kita untuk mencapai kasih sayang Allah.
Kerana Allah menjanjikan orang-orang yang sabar itu
pahalanya ialah masuk Syurga tanpa hisab (dihitung dosa dan
pahalanya).
Firman Allah dalam surah An Nahl: 96 yang maksudnya: "Dan
Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan
menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-

baiknya."
Oleh itu hendaklah kita selalu mengingatkan diri kita dengan
berkata, "Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran dalam
menghadapi masalah ini. Tunjukilah aku jalan keluar yang
sebaik-baiknya. Semoga ujian yang Engkau berikan ini dapat
mendidik diriku untuk semakin dekat dengan-Mu.
Sejarah pernah menceritakan tentang seorang sahabat
AlQamah dengan ibunya. Beliau adalah seorang yang amat
sayang terhadap ibunya dan sering mengunjungi ibunya
terutama ketika beliau lalu untuk ke masjid. Dia selalu
bertanyakan keperluan ibunya dan menguruskan kebajikannya.
Tetapi setelah dia berkahwin jarang sekali AlQamah menemui
ibunya itu. Hingga ibunya berkecil hati dengan sikap AlQamah.
Ketika AlQamah hendak meninggal dunia, beliau tidak dapat
mengucapkan syahadah. Lalu Rasulullah meminta ibunya
memaafkan segala kesalahan anaknya itu. Jika tidak, AlQamah
akan dibakar hidup-hidup. Setelah ibunya memaafkan barulah
AlQamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan lancar.
Memang tidak dinafikan ada mertua yang tidak menyenangi
menantunya. Mungkin pada awal perkahwinan memang dia
tidak merestuinya atas sebab-sebab tertentu. Maka sebagai
isteri yang ingin menjadi menantu yang baik, janganlah mudah
kecewa dengan sikap mertua yang begitu. Terimalah dengan
sikap yang terbuka kerana mustahil bagi seseorang ibu tidak

menyayangi anaknya lebih-lebih lagi jika anak menantunya itu


jelas mempunyai budi pekerti yang baik. Lambat laun
marahnya akan reda juga terutama bila sudah mendapat cucu
nanti.
Oleh : nina mazrina.

Anda mungkin juga menyukai