Anda di halaman 1dari 4

TEKA TEKI LAWAK

Dalam byk2, Kain apa yang paling


berat di dunia?
* = Kain songket cap Gajah Duduk
Soalan matematik, 2 apek tolak 1
nyonya jadi apa?
* = Jatuh la nyonya tu...
Ibunya satu, anaknya beribu, apa
dia?
* = Penyapu
Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia
apa?
* = Jawapan lain salah la...
Ibunya diurut, anaknya dipijak.
* = Tangga
Pokok apa bila manusia nampak dia
lari?
* = Pokok nak tumbang la...
Lagu apa yang semua orang di dunia
ini boleh menyayikannya?
* = Lagu 'Happy Birthday'
lagi....
Air apakah yang paling berani
sekali?
* = Air terjun
Sungai apa yang paling kurus di
dunia?
* = 'Slim River'
Sungai apakah yang tiada air?
* = Sungai di dalam peta
Buah apa bila dia masak dia timbul?
* = Buah Melaka
Kalau semua manusia jadi ikan, ikan
jadi apa?
* = Jadi banyak la...
Apakah persamaan antara ikan kod
dengan kod gitar?
* = Kedua-duanya boleh digoreng
Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
* = Ikan duyung
Ha... cuba teka....
1) Banyak-banyak bas, bas apa yang
pandai
2) Banyak-banyak mi, mi apa yang
boleh makan ngan ais
3) Kenapa anjing kencing angkat
sebelah kaki
4) Apa perbezaan lampu stadium ngan
lampu bilik
5) Apa binatang, badan kecik macam
semut tapi mata besar "bulb" mentol
6) Mana lagi tua, motorsikal ke
kereta?
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
8)Bagaimana nak bezakan ikan betina
ngan ikan jantan
Jawapannye.. ....
1) Bas sekolah lah, the only bas
pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki,
dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
4) lampu stadium kalau ada 'game'
dia pasang, tapi kalau lampu bilik
ada
'game' dia padam
5) Semut yang matanya BENGKAK
6) Motorsikal.. ....sebab dia pakai
tongkat
7) kambing binATANG
Ikan betina - ikan duyung, ikan
jantan - ikan bakar, mana ada
pompuan
nama BAKAR