Anda di halaman 1dari 2

MENGAPA HANG JEBAT MENDERHAKA

Mungkin ada baiknya orang-orang dalam puak kerajaan (seperti


Hishamudin dan Mohd.Khir Toyo) yang begitu mudah menuduh orang di
luar puak mereka sebagai "penderhaka" dan "pengkhianat negara" diingatkan
balik mengapa golongan rakyat seperti Hang Jebat, Laksamana Bentan dan
Sang Rajuna Tapa menderhaka kepada raja.
Dalam sejarah bangsa Melayu, penderhakaan rakyat kepada raja
adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Hal ini barangkali kerana bangsa
Melayu telah disosialisasikan dengan nilai yang sangat asas, iaitu "pantang
anak Melayu derhaka kepada raja". Di samping itu, ada pula "fatwa"
sesetengah ulama suni yang pro status qou bahawa rakyat wajib taat kepada
umara, walaupun umara melakukan kezaliman (?). Oleh itu, jika sesekali ada rakyat Melayu yang bangkit
menentang raja (dengan perkataan lain menderhaka), maka biasanya ada "faktor wujud dulu" yang sangat
penting yang mendahului peristiwa itu.
Dalam kes penderhakaan Hang Jebat, misalnya, kita semua tahu bahawa Hang Jebat bangkit
menentang raja kerana raja Melaka telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah yang sangat
setia dan banyak berjasa tanpa usul periksa dan kerana fitnah semata-mata. Dalam hal ini jelas Raja
Melaka telah menjatuhkan hukuman yang tidak adil, dan Hang Jebat menentang raja kerana pada
anggapannya raja telah melakukan kezaliman. Jadi kezaliman rajalah sebenarnya faktor penting dan
utama yang mendorong timbulnya penderhakaan itu.
Dalam konteks semasa pula, yang juga sangat jarang berlaku, penentangan terhadap kerajaan
telah dilakukan oleh ribuan dan mungkin puluh ribuan "Hang Jebat". Walaupun yang tampil ke hadapan
hanya beberapa orang, tetapi di belakang mereka mungkin ada ribuan atau puluh ribuan orang. Mengapa
pula perisrtiwa ini berlaku? Kalau kita bersikap jujur dan mahu menerima kenyataan sebagai kenyataan
(walaupun kenyataan itu agak pahit), nampaknya kita terpaksalah mengakui bahawa kini sejarah telah
berulang semula.
Faktor besar dan utama yang mendorong timbulnya penentangan ( atau katakanlah
"penderhakaan" ) ini tidak lain daripada tindakan puak pemerintah (termasuk institusi dan alat negara)
yang dilihat dan ditanggapi oleh rakyat sebagai "tidak adil". Hal ini barangkali tidak perlu dijelaskan
secara terperinci. Akan tetapi sebagai ingatan bersama, lihat sahajalah apa yang telah dilakukan oleh
bekas KPN ke atas mantan TPM; bagaimana pendakwaan terhadap mantan TPM dijalankan; dan
bagaimana hakim yang dipilih oleh kerajaan menjalankan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman.
Walaupun contoh yang disebut ini hanya melibatkan seorang individu, tetapi apabila pelbagai alat
dan institusi negara digunakan untuk "menghukum" beliau, maka yang terpampang jelas kepada rakyat
yang prihatin ialah individu berkenaan telah tidak diberi keadilan yang sewajarnya. Dan yang dilihat telah
melakukan "kezaliman" bukan sahaja ketua kerajaan yang menjadi simbol sesebuah negara, tetapi juga
pelbagai institusi negara ( termasuklah badan kehakiman). Dengan itu, apa yang dikatakan penderhakaan
atau pengkhianatan terhadap negara (jika benar demikian) bukanlah sesuatu yang timbul secara spontan.
Kemunculan peristiwa itu ada sebabnya. Dan dalam hal ini sebab yang utama tidak lain daripada tindakan
puak pemerintah yang dipersepsikan oleh ribuan atau puluh ribuan "Hang Jebat" sebagai kezaliman!

(DIPETIK DARI TULISAN: Salman Madani)

Anda mungkin juga menyukai