Anda di halaman 1dari 2

PESANAN AYAH KEPADA ANAK2 PEREMPUANNYA.

1.1 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau berbohong


kepada suamimu kerana dengan berbohong engkau membuat
suamimu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap
dirimu. Ingatlah bahawa dua hal ini merupakan racun kehidupan
rumahtangga.

1.2 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai engkau terlampau


mengikut perasaan kerana hal ini membuatkan rumahtangga serupa
seperti neraka.

1.3 Jika suamimu seorang yang cemburu hendaklah engkau tidak


berlebihan dalam hal berdandan dan berhias diri kerana ia akan
membangkitkan kebenciannya dan ia akan menganggap bahawa
isterinya berdandan dan berhias untuk dilihat oleh lelaki lain.

1.4 Hati-hatilah jangan sampai engkau memuji lelaki lain di hadapan


suamimu walaupun pujianmu itu dengan niat yang baik. Tetapi bagi
seorang suami tidak akan senang mendengar isterinya memuji lelaki
lain.

1.5 Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai makan terlalu kenyang


keranan hal itu akan merosakkan kecantikan paras rupa dan
menyebabkan kegemukan.

1.6 Anakku, ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait erat dengan


kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan
dialah yang dapat membahagiakanmu. Sebaliknya, engkau juga dapat
membuatnya malang dan dia juga dapat membuatmu malang, oleh itu,
berhati-hatilah, jangan sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu
dan suamimu, sebab kemungkinan kebencian yang pertama itu akan
disusuli oleh kebencian-kebencian berikutnya yang tiada kesudahan.

1.7 Taatilah suamimu sedaya yang mungkin dan hindarilah


percakapan yang bersifat olok-olokan dan ejek-ejekan serta
perbicaraan yang tidak berguna. Janganlah sekali-kali engkau terlalu
cemburu kerana kecemburuan adalah kunci perceraian.

1.8 Janganlah engkau sering menyalah-nyalahkan suamimu kerana


hal ini dapat menimbulkan kemarahan dan kebencian.

1.9 Jagalah kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat


kecantikan yang dapat merosak kesegaran wajahmu dan kemanisan
air mukamu.

1.10 Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi
kewajipanmu dan ketahuilah bahawa urusan luar rumahtangga adalah
urusan suamimu sedangkan urusanmu sendiri didalam
rumahtanggamu.

1.11 Aturlah baik-baik urusan rumahtanggamu dan jagalah jangan


sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu .

1.12 Jagalah dirimu jangan sampai membuat sesuatu yang


menimbulkan perselisihan. Apabila berlaku perselisihan faham jagalah
jangan sampai ada orang lain yang mengetahuimya .

1.13 Ketahuilah bahawa suami yang berperangai lembut, Menghargai


kecerdikan isterinya, kehalusan perasaannya dan kebijaksanaannya
yang sanggup menahan berbagai keluhan di dalam dada ia tidak resah
berulang-ulang kali mendengar perbicaraan mengenai soal-soal kecil
urusan-urusan rumahtangga yang tidak melegakan perasaan isterinya.
Janganlah sekali-kali membangkitkan api kemarahannya.

Anda mungkin juga menyukai