Anda di halaman 1dari 12

2 tabiat isteri yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: "Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 1. Kamu banyak memarahi/merungut/mengutuk/menyumpah ( memusuhi ) 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Keterangan: 1) Seorang isteri yang meninggikan suara pada suami dan memusuhi suaminya padahal sudah mengatahui akan larangan Allah tidak boleh berbuat demikian. walau besar mana pun dosa suami. isteri ditegah sama sekali untuk menyakiti hati suami. Memusuhi suami sama saja dengan memusuhi Allah Sangatlah tidak mungkin masuk surga karena Bagaimana mungkin seorang isteri berharap masuk surga jika Allah memusuhinya. Bahkan jika sampai suami terluka hati / fisiknya maka Allah dan Rasullullah SAW akan memisahkan diri dari isteri tersebut. Hal ini dijelaskan dalam Hadist Rasullullah SAW :

Tidaklah istri menyakiti suami di dunia kecuali ia bicara pada suami dengan mata yang berbinar, janganlah sakiti dia (suami), agar Allah tidak memusuhimu, jika suamimu terluka maka dia akan segera memisahkanmu kepada Kami (Allah dan Rasul). HR. Tirmidzi dari Muadz bin Jabal.
2) Kufur kebaikan suami.

Contoh 1 Tidak berterima kasih atas segala pemberian sisuami yang berkaitan dengan tanggungjawab, atau tidak berterima kasih kerana merasakan suami tidak ikhlas atas setiap pemberian. mungkin kite pernah berkata " buat ape nak berterima kasih itukan sudah tangungjawab suami lagipun bukan kamu iklas memberi kerana saya yang meminta, Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Contoh 2 Munkin juga kita pernah berkata "Selama kawin macam ni juga hidup saya. sebelum kawin pun susah, selepas kawin pun susah, same saje tiada beza"

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, Sehingga lupa kebaikan suami sebelumnya, maka dia akan berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab). Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".[Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersabar, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. Seorang wanita muslimah, pastilah bertunduk kepada segala perintah Allah. Tunduk kepada segala perintah-Nya merupakan salah satu dari kriteria wanita shalihah. Termasuk salah satu dari perintah-Nya ialah bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang dia berikan. Allah SWT.Berfirman : Dan syukurilah nikmat-nikmat Allah,jika kalian benar -benar menghambakan diri secara total kepada-Nya!. (QS. An-Nahl :114)

U ni belajar la syukur, asyik tak puas hati je I sebenarnya bersyukur, bukan tak syukur kerana kahwin dengan dia. Cuma Pompuan la paling ramai tak masuk syurga Ya, I tau. Kalau suami tak redha pun dah jadi dosa, nak mengucap pun tak boleh masa nak mati tu, tak takut ke? kalau I, tu yang paling I takut jadi isteri. Memang I takut tapi I tak rasa apa yang I buat tu tak salah.I cuma pertahankan hak I, tu aje. Habis,U nak teruskan juga? Ya, demi masa depan I. Lagipun kalau isteri dah lakukan segalanya ikut hukum syarak, dan suami masih tak redha dengannya itu tak jadi hal. Siapa kata? Apa-apa hal pun isteri tak boleh buat gitu. Walaupun suami buat salah itu hal dia dgn Allah tapi isteri tetap kena jaga hati suami. Maksud U? Isteri kena patuh dan jaga hati suami supaya suami sentiasa redha dengannya. Jgn ambil mudah hal ni. Tapi I tak nampak apa salah I. Cam yang I kata, I cuma pertahankan hak I sebagai isteri kerana selama ini I rasa dia kurang prihatin tentang hak I. U ni tak faham atau buat-buat tak faham? Kalau dia tak berikan hak U seperti yang U rasa tutu antara dia dgn Allah swt. Tak ada kaitan dengan isteri. Isteri tetap kena taat pada suami. Jadi apa isteri boleh buat? Takkan nak diamkan diri saja dan terus dianiaya? Isteri boleh mengadu kepada Allah dan kepada mahkamah syariah. Tapi kalau duadua buat silap dua-dua masuk neraka. Bukankah isteri kena taat pada suami berdasarkan perkara-perkara ikut hukum Islam aje? Betul la, masing-masing ada tanggungjawab. Jadi apa masalah sehingga U tak sokong tindakan I ni? Isteri kena taat pd suami selagi tak menyalahi hukum agama. Yang hal suami tak taat pada hukum Allah, itu antara dia dgn Allah. Tak ada kaitan dengan isteri. I cuma luahkan rasa tak puashati I jer. Pada dia .. luahkan perasaan itu bukan salah. Tapi kena betul cara yang U buat tu. Jangan sampai melukakan hatinya dan menyebabkan dia benci. Ingat, keredhaan untuk isteri masuk syurga ada 2satu dgn Allah, 1 lagi dgn suami. Jadi apa yang patutnya I lakukan? Cara bagi tau rasa tak puas hati pun kena cara yg betul agar suami U tak kecil hati. Kalau dia terasa hati dengan U, U dah jadi derhaka tau. Jadi apa harus I buat sekarang? I sayangkan suami I tu, bukan I sengaja nak sakitkan hati dia pula. I pun tau berdosa isteri yang sakitkan hati suami. Tau tak pe. Ingat, isteri yang suaminya tidur dalam keadaan marah padanya akan dilaknat malaikat sehingga dia memohon ampun pada suaminya, dan menebus kesilapannya tu. I tau tu. Lagi satu, kalau suami U mati dalam keadaan dia marah pada U, U takkan dapat cium pintu syurga walaupun U buat banyak amal jariah semasa hidup U. Ishhh.. takkan sampai begitu sekali. U ingat I main-main ker? Isteri yang berdosa pada suami walaupun sekecil-kecil

zarah akan ditolak doanya oleh Allah swt. Tapi I bukan hamba suami I. I isteri dia. I taulah U isteri. Tapi nak dapat gelaran isteri solehah U kena penuhi 2 syarat yang sekarang ni dah semakin kurang di kalangan para isteri. Apa 2 syarat tu? Pertama, U kena taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua, U kena taat kepada suami. Contoh taat kepada suami? Perbetulkan niat U tu ketika melakukan setiap perkara. Niat yang sempurna itu tidak lain dari melakukan sesuatu untuk dapatkan keredhaan Allah. Jadi I kena sentiasa melayan suami dengan baik demi mendapat keredhaan Allah? Rasullah paling kasihkan Khatijah kerana dia yang paling berjasa pada suami. Ingatlah.. berbuat baik kepada suami di dalam Islam dianggap ibadah yang utama. Tapi bagaimana pula dengan hak I sebagai isteri? U takkan rugi apa-apa kalau U memelihara kewajipan U pada suami. Janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami redhainya, maka dia dijamin masuk syurga. Ok, I dah faham. Mekacih kerana menegur I. Sama-sama. Di dalam Islam, suami hanyalah jalan untuk isteri memperoleh redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan rasulNya. Ia berlainan dengan cinta sesama manusia tanpa ketaqwaan pada Allah, yang sering dihebohkan dalam media hari ni. Doakan kebahagiaan rumahtangga I. InsyaAllah. Sentiasalah hormat dan melayan suami dengan baik. Bila suami kasih, Allah akan redha dengan kita.

Sabda Rasulullah, Khatijahlah yang memberi kebahagiaan ketika orang lain mencelakakanku. Dialah yang menghiburku dalam penderitaan ketika semua orang membenciku. Dialah yang memberi seluruh hartanya kepadaku ketika semua orang menahan pemberiannya. Dan dialah yang menganugerahkan kepadaku anak ketika isteri-isteri yang lain tidak memberikannya.(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim) Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat manfaat di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada manfaat yang dikehendakinya dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan memperoleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(Sebelum jadi balu atau janda, atau ditimpa laknat elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana) Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul

semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, hati tiba tiba dah tak tertahan dengan dugaan yang allah berikan.. akhirnya allah menarik balik hikmahnya dengan kehilangan suami diganti dengan kemurkaan didunia dan akhirat nanti.. masyaallah..

Ok, cukup sampai situ. Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara, yang korang rasa betul dari yang kecil hingga yg besar, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang? Kenapa?

Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri, Pertama adalah jenis yang terang-terang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak.. Kenapa jadi macam tu?

diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud: Aku pernah bertanya kepada Baginda: Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya. Kemudian aku bertanya lagi : Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami? Baginda menjawab: Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya. (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Begini ceritanya,

Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata Oh sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi.. Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka.., Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat? Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapunkerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham? Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka.. Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..

Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka! Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata Oh sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika suami kita buat silap? buat korang sakit hati, Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat? INGAT NI.... Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham???? Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata? Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, korang sedar tak ni? kalau bertengkar je salah tu terus jatuh pada isteri, walaupun pada awalnya suami yg buat salah.. ni tak siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., ,, berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka! Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati atau suami dulu yang mati tanpa keredhaannya, tak cium bau shurga ler nampaknya.., ohhh.. Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka.., Ini tidak, suami buat salah sikit korang tengking, salah faham skit gan suami korang bermasam muka, suami bagi nasihat sikit korang tak boleh terima, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang? Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!!!! INGAT.. hati suami sukar untuk diduga, selepas korang buat suami terasa hati jangan ingat dia telah betul-betul buang kecik hati itu, walaupun suami selepas itu boleh berbaikbaik seperti sedia kala, tapi belum tentu lagi , dalam senyumnya munkin ada kecewa, dalam tawanya munkin ada derita, jadi korang harus memohon keampunan

sesunguhnya sehingga disudut hatinya tidak terasa lagi, kerana sakit hati yang lupa bukan dimaafkan allah tetap memandang walaupun sekecil mana pun hati suami terhadap isterinya. boleh jadi kerana perkara yang kecil macam tu lah korang akan ditarik ke neraka di akhirat nanti.. contohnya macam hutang walaupun tuan empunya lupa akan kita berhutang dengannya, kita tetap wajib membayarnya juga, ingat roh kita tidak akan sampai kelangit sehingga hutang itu di lesaikan,

Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, walau sebesar alam pun salah suami, pokoknya anda kena taat, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah? Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini.. Begini ceritanya Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya! Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh? Kenapa jadi macam tu? Begini ceritanya

Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, abang yang kena layan saya elok-elok dulu, abang tak buat apa yang saya suka, tapi duduk complain ni tak kena la itu tak cukup la, semua salah saya, ingat apa saya takde perasaan ke apa?Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk! contohnya : Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam masak sendiri! munkin korang akan marah sebab rasa tak dihargai.. Jadi nak buat macam mana? Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan! Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya, Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya. Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat. Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah. Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.hehehe.. Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka.. Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita) Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah: Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Bersyukurlah! Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintupintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-

mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab Nikmat mana lagi yang korang dustakan? Sekian

Anda mungkin juga menyukai