Anda di halaman 1dari 1

.

: Erti Hijrah
Labels: MyDiary

Hijrah yang sebenarnya adalah meningkatkan iman kepada Allah.

Bukanlah iman kalau aku takut hilang insan tersayang... kerana aku tahu Dia pemilik sekalian alam.

Bukanlah iman kalau aku takut hilang pekerjaan... kerana Allah jua yg memberi rezeki.

Bukanlah iman kalau aku takut bersendirian... kerana nanti aku akan bersendirian jua.

Tidaklah aku layak untuk marah, kerana Allah yg mengatur segala yg terjadi.

Tidaklah aku layak untuk membenci sesiapa, kerana aku hanya lah makhluk yg belum dijanji syurga.

Tidaklah jua aku layak bermegah, kerana apa yg ada cuma lah sementara, tiada yg kekal.

Aku seorang hamba Allah, merangkap seorang wanita, seonrg isteri, seorang anak, seorang ibu, yg
tertakluk kepada undang-undang yg ditetapkan olehNya.

Apa undang-undang yang tertetap ke atasku? Tidaklah Allah perintahkan aku mencari rezeki.
Jadi mengapa aku keluar bekerja? Aku bekerja kerana Allah menyuruhku melakukan kebaikan.

Dengan bekerja, aku mampu menghulur sedikit sebanyak untuk ibu dan ayah. Aku mampu
meringankan bebanan suami. Bukanlah aku bekerja untuk mencari rezeki dari gaji..tapi aku perlu
niatkan untuk membuat kebaikan yg disuruh Allah. Jika aku tidak bekerja sepertimana aku bekerja
sekarang, aku percaya Allah tetap memberiku rezeki dari cara yg lain.

Allah suruh aku jaga aurat, jaga akhlak selayaknya seorang wanita mukmin... seterusnya menjadi
isteri yg solehah..anak yang berbakti...ibu yg mithali.

Nabi s.a.w menyuruhku menuntut ilmu. Maka itulah aku akan meneruskan pengajian ku insya Allah.
Aku sememangnya masih dan sentiasa sedang belajar... setiap hari penuh dengann pelajaran baru
bergurukan pengalaman.

Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga aku menjadi mukminah yg lebih baik dari tahun lepas.l

Anda mungkin juga menyukai