http://doamintajodoh.blogspot.com
Kenapa Lambat Jodoh? Kenapa tak ada sape nak kat aku? Adakah bersangkut-paut dengan cara memilih pasangan?
Menurut satu kajian, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkahwin lewat. Walaupun begitu, tidak salah kita berusaha dan berikhtiar sehingga jodoh kita sampai akhirnya. Adakah ianya berpunca daripada diri sendiri ataupun orang lain? Adakah kita kurang berdoa?
http://doamintajodoh.blogspot.com
Menurut Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
Usaha sudah dibuat tapi belum cukup sempurna. Kita telah berusaha untuk mencari jodoh dan kita telah berhenti dalam usaha yang ke 99. Mungkin Allah ingin memberikan kita jodoh dalam usaha kita yang ke 100. Maksudnya mudah, kita perlu berusaha dan terus berusaha kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
http://doamintajodoh.blogspot.com
Diri kita ibarat besi berani atau magnet kepada pasangan kita mahupun orang lain. Cara tingkatkan "power" magnet ini ialah isi dengan cas positif iaitu tidak dengki atau marah dengan orang lain, sabar dan amalkan perkaraperkara mahmudah.
Banyakkan beristighfar kerana ianya boleh cuci segala karat dalam hati. Sedangkan Baginda Nabi Muhammad SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita yang sentiasa buat dosa setiap hari! InsyaAllah orang yang nak datang meminang itu Allah mudahkan hatinya untuk hadir dalam hidup kita. Amin..
http://doamintajodoh.blogspot.com
4) Doa Tidak Makbul Allah berkuasa untuk makbulkan doa hamba-Nya bila-bila masa sahaja. Antara faktor doa tertahan ialah kita masih berterusan melakukan dosa, rezeki belum berkat, zakat belum ditunaikan dan masih berdendam dengan orang.
Cepat-cepat kita bersihkan hati dan amalan agar Allah segera segala permintaan kita untuk berjodoh!
Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga? Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
http://doamintajodoh.blogspot.com
6) Faktor Metafizikal Faktor metafizikal ini bermaksud faktor yang sukar untuk dijelaskan. Contohnya terkena buatan orang, sihir dan sebaginya.Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh. Kami mencadangkan anda mencuba doa-doa ini>> Doa Mencari Jodoh