Anda di halaman 1dari 4

Allah bangga dengan 

kita..

Hari demi hari,aq semakin bersemangat bermain game online,My Brute. Game ni tidak
memerlukan anda luangkan masa berjam-jam untuk ‘leveling’, jadi aq fikir game ini
tidak melalaikan sesiapapun yang bermainnya. Game ini menyuruh kita mencipta
makhluk kita sendiri dan kita akan bertanding nasib untuk menjadi yang terbaik.Aq
dengan keyakinan yang cukup tinggi mencabar anda semua untuk berlawan dengan
makhluk ciptaanku ini,ABG_SEIN.

Apa kaitan game online ini dengan tajuk ‘Allah bangga dengan kita”? Jom, terjah!

Apabila aq mencabar sesiapa sahaja untuk berlawan dengan makhluk ciptaanku,


bermaksud aq begitu yakin dan bangga sekali dengan makhluk
ciptaanku,ABG_SEIN.Bagiku,ABG_SEIN adalah makhluk yang sempurna dan dia
mampu untuk mengalahkan lawannya dengan mudah sekali,jadi aq mencabar sesiapa
sahaja yang berani melawannya.

Apabila Allah mencipta manusia,Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi
Adam.Semua malaikat tunduk dan patuh kecuali Azazil. Azazil mempersoalkan kenapa
dia harus sujud kepada nabi Adam.Katanya, ” aq diciptakan daripada api yang menjulang
sedangkan Adam diciptakan daripada tanah yang paling hina.”

Keegoan Azazil mendatangkan murka Allah.Mendengar kata-kata daripada Azazil,Allah


terus menjawab, “mulai hari ini kamu diharamkan daripada syurga dan kamu adalah
makhluk yang dilaknat.Pasti Nerakalah tempat kamu kembali.”

Terkejut Azazil mendengar jawapan daripada Yang Disembah nya.Dia dulu merupakan
makhluk yang tinggi di sisi Allah,kini menjadi makhluk yang paling hina di sisi
Allah.Dia dulu makhluk yang dibangga-banggakan oleh Allah,kini dia dilaknat oleh
Allah.Semua angkara manusia!Manusialah yang menjadikan Azazil hina.Dia tidak
berpuas hati.

“Ya Allah,jika aq dijanjikan neraka,maka izinkan aq menambah teman-temanku di


neraka kelak,”rayu Azazil.

“Aq benarkan,”jawab Allah.

“Pasti,aq akan sesatkan anak-anak Adam hingga ke hari qiamat,”nekad Azazil di dalam
hatinya dengan bersungguh-sungguh.

Persoalannya,mengapa Allah membenarkan Azazil menghasut, menyesatkan anak-anak


Adam atau mengapa Allah benarkan Azazil meramaikan umat neraka?

Japawannya disebabkan Allah yakin dengan manusia.Allah bangga dengan


manusia.Allah membenarkan Azazil menghasut manusia disebabkan Allah tahu
kredibiliti ciptaan Nya.Dia tahu manusia tidak akan tergoda dengan hasutan si syaitan
durjana.Lalu,diberi Nya manusia sesuatu yang istimewa yang menjadikan manusia adalah
sebaik-baik kejadian iaitu akal.

Dengan akal lah manusia menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan akal lah
manusia mentadbir alam ini sesuai dengan kehendak Allah. Dengan akal lah manusia
menjadi yang dibangga-banggakan atau yang dihina-hina.

Betapa yakinnya Allah dengan ciptaan Nya ini,Allah sendiri membuka jalan-jalan kepada
syaitan bagi menjatuhkan manusia.Allah membenarkan syaitan menghasut manusia dari
mana-mana sudut tanpa membuat sebarang sekatan contohnya nabi Allah Ayub.Daripada
sekaya-kaya manusia, sebahagia-bahagia keluarga menjadi semiskin-miskin manusia dan
ditinggalkan isteri-isteri dan kematian anak.

Apabila syaitan meminta dengan Allah untuk menjadikan Ayub miskin, Allah
benarkan.Syaitan minta lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub kehilangan
keluarga,Allah benarkan dan Allah berkata, “pasti kamu tidak akan berjaya.”Dimintanya
lagi daripada Allah keizinan untuk membuat Ayub sakit,Allah benarkan lagi dan Allah
berkata benda yang sama.

Ternyata segala tipu daya syaitan,segala hasutan syaitan tidak berjaya menggoncangkan
walaupun sedikit iman insan yang bergelar Ayub ini. Tatkala dia mengambil wudhu’, ulat
yang memakan daging-dagingnya jatuh ke tanah,dikutipnya kembali.Dia ditanya oleh
malaikat, “kenapa engkau mengutip kembali ulat itu wahai Ayub?”Ayub menjawab,
“sesungguhnya Allah telah meletakkan rezeki ulat itu di badanku.Siapalah aku untuk
menentang hukum Allah.”

Apabila penyakit yang dihidapnya semakin parah,isteri kesayangan yang terakhir telah
meninggalkannya,Allah membuka hijab langit, membiarkan malaikat melihat kehebatan
insan yang bernama Ayub ini.Semua malaikat yang melihat menangis sehingga ada yang
berjumpa dengan Allah dan meminta supaya Allah mengubati Ayub.Allah berfirman,
“aku benarkan jika Ayub meminta daripada Ku.”Mendengarkan firman Allah itu,semua
malaikat gembira dan Jibrail pun turun ke bumi untuk berjumpa dengan Ayub.

“Wahai Ayub,mintalah kesembuhan daripada Allah.Pasti Dia sembuhkan mu.”Beritahu


Jibrail.

“Tidak wahai Jibrail.Jika dengan berkeadaan begini aku lebih dekat dengan Allah,aku
lebih rela sebegini.Biarlah Allah menyembuhkanku apabila tiba masanya,”jawab Ayub
yang tidak mampu berkata-kata panjang.

Semua syaitan yang melihatnya merasakan satu tamparan hebat daripada makhluk yang
dihinanya dulu,manusia.Inilah kehebatan sebenar manusia. Disebabkan Allah tahu
manusia mampu menjaga diri mereka sendiri,maka Allah lepaskan manusia ke atas muka
bumi ini.Hiduplah manusia di atas muka bumi sebagai pejuang.Perjuangan menentang
musuh yang utama, Syaitan Laknatullah alaih.
Namun,Allah tidak membiarkan manusia hidup sendiri.Dia tahu kita perlukannya,maka
diturunkan Nya satu panduan hidup yang sempurna, Islam.Tetapi turunnya Islam
bukanlah satu bentuk paksaan tetapi satu bentuk pilihan.Allah membenarkan sesiapa
untuk memilih Islam dan Allah juga tidak kisah sesiapa yang memilih Islam.

Kita Islam ataupun tidak,sedikitpun tidak menjatuhkan martabat Allah sebagai Tuhan
sekalian alam.Kita amal Islam ataupun tidak,sedikitpun tidak menjatuhkan martabat
Islam yang sentiasa tinggi di sisi Allah.

Di sini lah peranan akal.Akal dibekalkan oleh Allah kepada manusia supaya manusia
tahu apa yang patut dipilih oleh mereka.Namun,akal sifatnya terhad,bukan semua benda
dapat dipilih oleh akal,bukan semua benda dapat dicapai oleh akal.Bagaikan orang-orang
buta menilai gajah.Seorang terpegang ekor gajah,maka dikatanya gajah itu seperti
tali.Seorang lagi terpegang kaki gajah,maka disimpulnya bahawa gajah itu seperti pokok.
Seorang lagi memegang badan gajah,dikatanya bahawa gajah itu seperti
dinding.Disebabkan keterhadan untuk melihat,mereka gagal menafsir apa itu
gajah.Disebabkan akal yang terhad,manusia tidak dapat mengenal siapa Tuhan mereka.

Maka orang-orang buta tadi diberi bantuan,seorang yang celik datang menarik tangan-
tangan si buta.Dibawanya ke semua bahagian pada badan gajah supaya orang-orang buta
tadi mengenal apa itu gajah yang sebenar. Orang celik tadi tidak ubah seperti
Rasul,membimbing manusia yang berakal terhad ini mengenal Tuhan.Menjadi ketua
kepada manusia dalam perjuangan menentang musuh yang utama.

Produk yang Allah hasilkan ini lengkap,ada ketua dan ada pengikut,kenapa? Kerana
musuh yang bakal ditentang produk-produk ini juga mempunyai organisasi yang cukup
mantap,ada ketua dan ada pengikut.Sayangnya Allah pada produk ini,diberi Nya strategi
yakni Islam supaya musuh produk Nya itu mati terdampar di neraka.

Namun,langit tidak selalu cerah,trafik tidak selalu lancar.Apabila produk-produk ini


berada di medan perang yang betul-betul,ramai yang tersungkur. Ramai yang kalah di
tangan syaitan dan kuncu-kuncunya.Ada yang terang-terang kalah dan ada juga diracun
dari dalam.

Yang murtad,kafir, sudah jelas namun yang digoda dengan ibadah sehingga tinggalkan
dunia,inilah yang patut dirunsingkan.Kalau betul-betul jelas matinya di medan
perang,senang tetapi yang berjuang gila-gila tetapi dia tidak perasan bahawa tiada musuh
di hadapan,inilah yang bahaya.

Kita menegur,dimarahnya kita.Dituduhnya kita berhasad dengki dengannya. Dituduhnya


kita macam-macam.Inilah yang bahaya,’bodoh tidak boleh diajar,pandai tidak boleh
ditumpang.”

Wahai produk-produk yang dibangga-banggakan oleh Allah,bangunlah, sedarlah.Usah


kalian berputus asa dalam perjuangan ini.Perjuangan ini belum selesai walaupun kalian
menghembus nafas terakhir,baton akan berpindah tangan kepada anak cucu kalian.Sekali
kalian tersungkur, jangan sesekali mengaku kalah,bangkitlah kembali kerana Pencipta
kalian sudah memenangkan kalian dalam peperangan ini,cuma kalian tidak boleh jatuh
dan tunduk pada musuh kalian.

Wahai manusia,jadilah produk yang dibangga-banggakan oleh Allah. Jangan sesekali


kamu memalukan oleh kepada syaitan dengan mengikut godaan syaitan.Jangan sesekali
kamu mengubah persepsi Allah terhadap mu dengan melakukan segala suruhan
syaitan.Jangan sesekali kamu menjatuhkan aib Allah dengan kekalahan mu.Allah telah
bersumpah di hadapan semua malaikat bahawa kamu mampu untuk menangkis sebarang
hasutan,ancaman daripada syaitan,mahukah kamu menjadi salah seorang yang menafikan
sumpah Allah?

Picit kepala,tanyalah iman mu wahai sang robot Allah…

Anda mungkin juga menyukai