Anda di halaman 1dari 6

A REMAJ TINTA

ISLAM

DEAN LIST LILLAH


ya?? ebenarn uk apa s unt Belajar uh mak sur sebab e elajar!! g kene b a meman ay sebab s ai.. ?? ak pand llah SWT sebab..n kerana A belajar ?Renung kah kita ratillah? Tapi ada pat mad a .^^ gin mend beramal. kerana in selamat an dan renungk

AN IN INS J OM J O

!!

Sebarang pertanyaan dan komentar,sila hubungi: 0148417256 (Syafiq) 0177498965 (Nisa) 01119766229 (Luqman) 0132476039 (Afifah) Facebook : Insans Family

By publicity of biro

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,,

APAKAH CITA-CITA KITA?


Mungkin ramai yang akan menjawab dari segi pekerjaan dan karier. Tidak kurang juga yang akan menjawab berkenaan rumah yang besar,kereta mewah dan pasangan yang menawan. Mempunyai citacita adalah satu kepositifan dalam kehidupan seseorang manusia. Itu adalah tanda bahawa dia mahu hidup. Persoalan yang timbul adalah,apabila kita sudah mencapai apa yang kita cita-citakan itu. Bagaimana selepasnya? Hidup tidak terus terhenti,bukan? Kita masih perlu meneruskan hari-hari kita,bukan? Akhirnya akan ada satu bisikan kebosanan muncul dalam kehidupan kita. Ada satu angin yang menghembuskan kelemahan dalam kehidupan. Kerana kita sangka, kita sudah sampai ke destinasi kita. Tahukan kita bahawa,citacita itu boleh kita lihat dari pelbagai sudut dan perkara? CITA-CITA YANG ABADI Ada satu cita-cita yang biasanya orang terlupa untuk tanamkan dalam drirnya. Cita-cita kepada akhirat. Ya, apakah cita-cita akhirat kita? Pernahkah kita tanamkan di dalam diri dan jiwa kita? Biasanya,apabila ditanya berkenaan akhirat,semua akan berkata hendak masuk syurga. Namun biasanya juga,jawapan kita itu ibarat angin yang berlalu. Usaha untuk merealisasikan jawapan hendak masuk syurga dengan jawapan saya hendak jadi jurutera/doktor/ pensyara adalah sangat berbeza sekali. Siapa yang mengambil serius akan citacita kepada akhiratnya?

Batu Bata Kehidupan ISBN: 978-983-097291-6 BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur bangunan kehidupan setiap insan.BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina bangunan kehidupan dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah seperti yang kita faham? Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama? Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan? ... . Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa. ... . Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah kita.
11 -hidup biar berjasa-

2 hidup biar berjasa-

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban

CITA-CITA AKHIRAT MENJADI DASAR Manusia yang menjadikan akhirat seba-

yang bersih. Dia akan bersungguhsungguh dalam mencapai cita-citanya itu. Hal ini kerana, manusia yang memahami akan cita-cita utamanya adalah akhirat,akan melihat bahawa pencapaian cita-citanya di atas dunia adalah ibadah. Dalam erti kata lain,saham kepada akhiratnya juga.

Family Day Insan lagi merapatkan ukhwah fillah dengan melakukan aktiviti menarik..Kami melakukan usrah yang pertama atas air yang dapat memberi pengalaman baru buat kami..
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (surah Muhammad-7)

gai cita-cita serius mereka, tidak semestinya membutakannya berhenti bercitacita akan hal dunia. Bahkan,cita-cita mereka akan hal keduniaan menjadi lebih kukuh apabila dasarnya adalah cita-cita akhirat. Manusia yang melihat akhirat sebagai cita-cita utama mereka,akan faham bahawa modal yang mereka ada untuk mencapai citacita utama mereka itu hanyalah dunia. Maka, mereka akan menyusun strategi bagi mendapatkan akhirat itu,dengan mempergunakan dunia yang ada. Di sini, apa sahaja cita-citanya,baik skor dalam peperiksaan ,baik menjawat jawatan tertentu,hatta cita-cita untuk mendapat pasangan dan membina rumah serta mendapatkan kereta,semua itu akan dibina atas binaan cita-cita akhiratnya. Maka dia akan melaksanakan sesuatu itu dengan kondusinya yang terbaik. Dia akan mencapai sesuatu itu dengan jalannya

FAMILY DAY INSAN

Panel yang hebat iaitu Imam Muda Hizbur dan ustazah Ummu Hani yang mengupas tajuk Cinta Serban vs Jilbab..
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka orangorang yang fasik.(surah al-Imran-110)

MANUSIA YANG MENJADIKAN AKHIRAT SEBAGAI CITA-CITA SERIUS MEREKA,TIDAK SEMESTINYA MEMBUATKANNYA BERHENTI BERCITA-CITA AKAN HAL DUNIA

FORUM REMAJA INSAN

10 -hidup biar berjasa

3 hidup biar berjasa-

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,,

Anjung Seri Insan

DEAN LIST KERANA ALLAH SWT


Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka. Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap. Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan


Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di manamana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurangkurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian. Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar keranaDean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list? Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Malam bersama ahli ahli Insan dan mantanmantan Insan. Melalui,ini ukhwah antara satu sama lain semakin kuat,, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.(surah As-saf-4)

MALAM HALAWATUL RABITAH AL IHTIFAL LI MUMTAZ

Pada tanggal 28-30/12 semua pimpinan di pimpin oleh MT Tertinggi menjadi seorang pemimpin atau daie yang berjaya..
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (surah As-Saf-2)
KEM KEPIMPINAN PERINTIS MUDA INSAN

Malam Pandang Pertama Insan merupakan malam pengenalan Insan kepada pelajar khususnya pelajar semester 1,, Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih. (surah al-Imran-114)

MALAM PANDANG PERTAMA INSAN (MPPI)

4 hidup biar berjasa-

9 -hidup biar berjasa-

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban

Imtihans TIPs
Assalamualaikum rakan-rakan yang budiman , Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan . Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya ? Tepuk dada Tanya iman.. Baiklah, di sini beberapa tips pembelajaran berkesan dan kata-kata perangsang sebagai penguat semangat. Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan Bertenang dan melapangkan fikiran Melakukan ulangkaji bagi topik-topik yang penting Tidur yang mencukupi Menjaga kesihatan diri Perbanyakkan Solat hajat Meminta doa restu ibu bapa dan guru-guru

salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha


Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah. Dimana silapnya? Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Doa Hari Peperiksaan


Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: Dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keter-

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah. Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syaratsyaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah? Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah

8 hidup biar berjasa-

5 -hidup biar berjasa-

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,,

pentingKah ILmu??
Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha. Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulan
Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.

Al-Ghazali dalam Minhajul Abidin menceritakan kisah berhubung dua orang pada zaman dahulu. Seorang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak beribadah, dan rakannya pula rajin beribadah tetapi tidak berilmu. Syaitan mendatangi lelaki yang jahil tetapi kuat beribadah dengan memakai pakaian yang hebat dan menggunakan gaya yang mengagumkan dan berkata, wahai hambaku, aku mengampuni kesemua dosadosamu. Sekarang kamu tidak perlu beribadah lagi. Lelaki yang itu begitu bersyukur dan bergembira, lalu terus berkata, itu yang aku harapkan daripadamu wahai tuhanku. Lelaki jahil ini menjadi sesat kerana tidak mengenali sifat-sifat Tuhannya dan tidak menguasai ilmu tauhid. Syaitan yang sama kemudiannya cuba menyesatkan lelaki yang fasiq tetapi berilmu tinggi. Syaitan berkata, wahai hambaku, aku ampuni kesemua dosadosamu. Lelaki berkenaan terus mencabut pedangnya dan memekik, celaka kamu. Kamu menyangka aku tidak mengenali Tuhan? lelaki ini walaupun fasiq namun akidahnya tidak tergelincir dengan tipu daya iblis, kerana ketinggian ilmunya. Al-Ghazali

memaparkan kisah ini bagi menunjukkan, ilmu adalah penting dan menjadi penyelamat untuk manusia. Justeru, tidak pelik apabila ayat AlQuran pertama yang Allah wahyukan adalah ayat 1 hingga ayat 5 daripada surah al-Alaq, yang bermaksud, bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu maha pemurah. Dia mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ilmu yang paling tinggi adalah ilmu tauhid. Ilmu tauhid dapat melahirkan kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, kita menyedari siapa kita sebenarnya dan apakah tujuan hidup kita ini. Justeru, kita tidak akan menjadi angkuh, sebaliknya sentiasa menundukkan diri serta mengabdikan diri kepada Ilahi.

6 -hidup biar berjasa-

7 -hidup biar berjasa-

Anda mungkin juga menyukai