Anda di halaman 1dari 98

PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 1-5

BAB 1 – SYARAHAN PERTAMA

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:-

1. Melakukan segala perintah Allah.


2. Menjauhkan diri dari segala yang haram.
3. Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.

Seseorang mukmin hendaklah jangan dan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si mukmin
hendaklah memikirkan perkara ini bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya
melakukan perkara-perkara ini.
______________________________________________

BAB 2 – SYARAHAN KEDUA

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan
sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan menyengutukannya. Allah itu
Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak
wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah
kepadanya dan tunggu dengan sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan
berpecah-belah. Cintalah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauhi diri
daripada segala noda dan dosa. Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah
jauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk
bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya. Janganlah jemu dengan memohon ampun
kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari
mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga
dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan
menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-
orang shodiq, orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurga itu
untuk selama-lamanya.

______________________________________________
BAB 3 – SYARAHAN KETIGA

Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba
melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia
akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa,
orang-orang dunia, orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan
doktor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memohon sambil merayu kepadanya. Selagi ia boleh
menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain
didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah. Jika dia tidak dapat pertolongan Allah,
maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdo’adan menyerahkan dirinya dengan penuh
harapan dan cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, Allah tidak akan menerima rayuannya
sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal
keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari
hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan
tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (keEsaan Allah).
Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah
Subhanahu wa Ta’ala tidak ada baik dan tidak ada jahat,tiada ada rugi dan tiada ada untung,
dan tidak ada faedah dan tiada ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak
tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam
tangan Allah.

Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang
mendiamkan atau seperti bola di kaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas ke tepi dan ke
tengah, sentiasa berubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya.
Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata. Si hamba
Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatannya. Tidak ada
didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka maka dilihatnya
perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya
perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui
pengetahuan Allah.

Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah.
Beliau akan diperhias dan dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah Bertambah hampirlah dia
dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam
mengenang Allah. Terdirilah ia ‘di dalam Allah’, Allah akan memimpinnya dan menghiasinya
dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari
rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang
Maha Tinggi Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang di hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

______________________________________________

BAB 4 – SYARAHAN KEEMPAT

Apabila kamu mati terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu “moga-moga Allah
melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu”, dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu
badaniah. Apabila kamu telah ‘mati’ terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada
kamu, “moga moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu”, maka Allah akan mematikan
kamu terhadap kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah mati terhadap kehendak dan
nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu “moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada
kamu”, dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu hidup yang baru. Selepas itu kamu
akan diberi hidup yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi.
Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan
yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai,
Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi
ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk.
Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan
tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan
dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan
mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi ‘Superman’ atau
manusia luar biasa. Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang- orang shodiq.
Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali wali yang masih hidup akan datang
mengunjungi kamu. Melalui kamu segala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang
kamu dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka
yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan
kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kota dan rakyat. orang akan datang mengunjungi
kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan
memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan
Kuasa jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang
yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai ! Mereka yang baik-baik yang tinggal di
tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah
mempunyai kuasa yang tidak ada batasan.

______________________________________________
BAB 5 – SYARAHAN KELIMA

Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan
kekosongannya, penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh yang di
luarnya lembut dan di dalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh
sesiapa yang memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa
dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini, maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang
yang melihat seorang lain membuang air besar yang membuka anggotanya yang sulit dan
mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu kamu hendaklah menghindarkan pandangan
terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbau yang busuk.
Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangan dari
pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokkannya yang tidak kekal, mudah-
mudahan kamu terselamat darinya dan cubaan- cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah
untuk kamu tentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Dan janganlah kamu tunjukkan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada
golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka
dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Thoha: Ayat
131)

<< Sebelumnya-Sejarah Hidup Syeikh Abdul Qadir Jailani

Seterusnya – Syarahan 6-10 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 6-10


BAB 6 – SYARAHAN KEENAM

Jauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah dan dari nafsu kamu dengan
perintahnya, dan dari kehendakmu dengan lakuannya, agar kamu layak menjadi bekas
untuk mengisi ilmu Allah. Tanda kamu telah menjauhkan diri dari orang ramai ialah
kamu telah seluruhnya memutuskan segala perhubungan dengan orang ramai dan
membebaskan fikiran-fikiran kamu dari segala apa yang bersangkutan dengan mereka.

Tanda kamu telah putus dari nafsu-nafsu kamu ialah kamu telah membuang segala usaha
dan daya untuk dunia dan perhubungan dengan cara-cara dunia untuk mendapatkan apa
apa faedah dan menghindarkan bahaya dan kamu janganlah bergerak untuk kepentingan
kamu sendiri. Janganlah kamu bergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang
bersangkutan dengan diri kamu, janganlah kamu melindungi dari kamu dan menolong
diri kamu sendiri. Serahlah segala-segalanya kepada Allah kerana dialah yang menjaga
dan memelihara segala segalanya semenjak dari azali lagi sehingga abadi selama-
lamanya. Dialah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum kamu lahir dan dialah
yang memelihara kamu semasa kamu masih bayi.

Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan Allah ialah
kamu tidak lagi melayan apa-apa hajat dan kamu tidak ada apa-apa matlamat atau tujuan,
kamu tidak lagi ada keperluan atau maksud kerana kamu tidak ada tujuan atau keperluan
lain selain Allah semata-mata. Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa
pergerakkan kehendak dan lakuan Allah itu, kamu hanya persiap pada badan, tenang
dalam hati, luas fikiran, mukamu berseri-seri dan jiwa kamu bertambah subur. Maka
kamu akan terlepas dari keperluan kebendaan kerana kamu telah berhubung dengan Al-
Khalik (pencipta).

Tangan kuasa akan menggerakkan kamu. Lidah abadi akan memanggil kamu, Tuhan
sekalian alam akan mengajar kamu dan akan memberi pakaian dengan cahaya dari
dirinya dan dengan pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu dalam peringkat
orang orang alim yang dahulu-dahulu. Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah
‘hati’ kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dan kehendak kamu umpama tempayan yang
pecah yang tidak mengandungi air walau setitik pun. Kosonglah kamu dari semua lakuan-
lakuan kemanusiaan dan diri kamu tidak menerima yang lain kecuali kehendak Allah.

Pada peringkat ini kamu akan dikurniai keramat- keramat dan perkara-perkara yang
diluar biasa. Perkara-perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya
adalah lakuan dan kehendak Allah jua Maka masuklah kamu dalam golongan orang-orang
yang telah pecah hatinya dan telah hilang nafsu-nafsu kebinatan Selepas itu akan diberi
sifat-sifat ke Tuhanan Yang Maha Tinggi. Berkenaan hal inilah Nabi besar Muhammad
Shall allahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Aku gemar tiga perkara dari dunia ini, bau-bauan harum, perempuan dan
sembahyang yang mataku sejuk di dalamnya.”

Semua ini diberi kepadanya setelah kehendak-kehendak dan nafsu-nafsu yang tersebut
dahulu itu lepas dari dirinya. Allah berfirman:

“Aku bersama dengan mereka yang pecah hatinya kerana Aku Allah Subhanahu wa
Ta’ala tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu itu tidak
dihancurkan”.

Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal pada kamu, maka kamu pun
sesuailah untuk diisi dengan Allah dan Allah akan menjadikan kamu orang baru yang
dilengkapi dengan tenaga dan kehendak yang baru pula. Jika ada lagi diri kamu walau
sedikitpun, maka Allah akan menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan
selama-lamanya kamu tetap hancur hati. Allah akan menjadikan kehendak-kehendak
baru dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masih juga ada ego (diri) kamu, maka Allah
akan menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamu menemui Tuhanmu di
akhir hayat nanti Inilah maksud firman Tuhan:

“Aku bersama mereka yang hancur hatinya kerana Aku,”

Kamu akan dapati diri kamu ‘kosong dan sebenarnya ada ialah Allah. Allah berfirman
dalam hadith qudsi:

“hambaKu yang taat sentiasa meminta kehampiran dengan Aku melalu sembahyang-
sembahyang sunat sehingga Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan dia
rakanKu, Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang
dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang
dengannya dia berjalan, iaitu dia mendengar melalui Aku memegang melalui Aku dan
mengetahui melalui Aku”.

Sebenarnya ini adalah keadaan fana’ (hapusnya diri). Apabila kamu telah fana’ terhadap
diri dan makhluk, dan oleh kerana makhluk itu baik atau jahat, dan oleh kerana diri kamu
itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalam pandangan sebarang kebaikan yang datang
dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah kamu takut kedatangan kejahatan dari
makhluk Semua itu terletak pada tangan Allah semata-mata. Daripada itu datangnya
buruk dan baik. Dia yang menentukan segala- galanya semenjak dari awal-awal lagi.

Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan makhluk-
makhlukNya dan akan membenamkan kamu dalam lautan kebaikannya. Maka jadilah
kamu titik tumpuan segala yang baik dan sumber keberkata kebahagiaan kesentosaan,
nur (cahaya), keselamatan dan keamanan. Oleh itu fana’ adalah tujuan dan matlamat dan
hujung dan dasar perjalanan wali Allah. Semua wali-wali Allah yang terdahulu dalam
peringkat kemajuan mereka telah memohon dengan sungguh-sungguh untuk menukar
kehendak atau kemahuan mereka kepada kehendak atau kemahuan Allah. Semua mereka
menukar kemahuan atau kehendak mereka ke dalam kemahuan atau kehendak Allah,
pendeknya mereka memfana’kan diri mereka dan mewujudkan Allah. Sebab itulah
mereka digelar Abdal’ (perkataan yang diambil dari perkataan Ji yang bermakna
“pertukaran”). Pada pendapat mereka adalah satu dosa menyengutukan kehendak mereka
dengan kehendak Allah. Sekiranya mereka lupa, dikuasai oleh emosi dan ketakutan maka
Allah Yang Maha Kuasa akan menolong mereka dan menyedarkan mereka, dan dengan itu
mereka kembali sedar dari lupa dan memohon perlindungan Allah.

Tidak ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendak ego (diri) sendiri
kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian kehendak mereka dan
Nabi-Nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan manusia telah diberi tanggungjawab
supaya berakhlak baik. Tetapi tidak terpelihara dari dipengaruhi oleh dosa dan maksiat.
Wali-wali dipelihara dari nafsu-nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak atau
niat. Meskipun begitu mereka tidaklah bebas mutlak kerana mungkin mereka pun ada
kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allah dengan kasih sayangNya akan menolong
dan menyedarkan mereka.

_______________________________________________

BAB 7 – SYARAHAN KETUJUH

Keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Penuhkan
hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintahnya dan larikan diri dari laranganNya agar
nafsu badaniah kamu tidak memasukki hati kamu setelah ianya keluar. Untuk membuang
nafsu-nafsu badaniah dari hatimu kamu hendaklah berjuang melawannya dan jangan
menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa. Oleh itu janganlah
berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yang
bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak ini jika diturut akan
merosakkan diri kamu dan menjauhkan kamu dari Allah Patuhlah kepada perintah Allah
dan jauhkanlah laranganNya dan bertawakkallah kepada Dia sahaja dan sekali-kali
jangan menyengutuiNya. Dia yang menjadikan nafsu dan kehendak kamu. Oleh yang
demikian, janganlah berkehendakkan atau berhajatkan atau bercita-cita untuk
mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke lembah syirik. Allah berfirman :
“Barangsiapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramal soleh
dan janganlah sekutukan Allah dengan apa pun jua”.

Syirik itu bukan sahaja semata-mata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk
menurut hawa nafsu dan menyengutukan apa sahaja yang di dunia dan yang di akhirat
dengan Allah. Kerana apa sahaja yang selain Allah, bukanlah Tuhan. Oleh itu, jika kamu
tunpukan hati kepada yang lain dari Allah, maka kamu telah syirik. Oleh itu, jangan
sekutukan Allah itu secara kasar dan secara halus. Berjaga-jagalah, jangan berdiam diri,
berhati-hatilah dan waspada selalu, semoga kamu beroleh selamat. Segala pangkat dan
kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu sendiri atau
kepunyaan kamu sebenarnya. Jika kamu diberi sesuatu hal atau keadaan atau kenaikkan
kepada sesuatu taraf kedudukan, janganlah dihebohkan kepada sesiapa. Kerana dalam
pertukaran suasana dari hari ke hari itu, Allah menzahirkan keagungannya dalam aspek-
aspek yang sentiasa baru, dan Allah menyelangi antara hambaNya dengan hati-hati
mereka. Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamu itu akan dilepaskan dari kamu.
Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan maka kamu akan
merasai malu pada mereka yang kamu cakapkan itu. Lebih baik kamu berdiam diri dan
simpan dalam pengetahuan kamu sahaja dan tidak menyampaikan kepada sesiapa. Jika
kamu memiliki sesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah dan bersyukurlah
kepadanya dan bermohonlah kepadanya supaya ditambahi dengan nikmat- nikmatNya.
Jika sesuatu itu lepas dari kamu, maka ianya akan menambahkan ilmumu, kesedaranmu
dan waspada. Allah berfirman:
“Apa sahaja perutusan (kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan
ianya dilupakan, maka Kami bawa yang terlebih baik atau yang seumpamanya. Adakah
kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segala sesuatu?”

Oleh itu, janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara dan
janganlah disangka ada kekurangan dalam ketentuanNya dan peraturanNya, serta
janganlah syak wasangka tentang janji-janjinya. Contohilah Nabi besar Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam ayat-ayat yang diwahyukan kepada baginda itu dipraktikkan,
dibaca di dalam masjid, ditulis di dalam buku, bahkan diambil dan ditukar dengan yang
lain dan perhatian Nabi diarahkan kepada perkara- perkara wahyu-wahyu yang baru
diterimanya yang mengganti ayat-ayat yang lama itu. Ini terjadi dalam perkara hukum-
hukum yang zahir

Berkenaan dengan perkara-perkara kebatinan, ilmu dan keadaan kerohanian yang


didapati antara baginda dengan Tuhan, baginda biasa berkata bahawa hatinya biasa
diselubungi dan baginda memohon perlindungan Allah 70 kali sehari. Juga diceritakan
bahawa 100 kali sehari Nabi biasa dibawa dari satu keadaan atau hal kepada satu keadaan
atau hal yang lain dan dengan itu baginda dibawa ke peringkat-peringkat yang hampir
dan lebih hampir lagi ke hadrat Ilahi. Baginda mengembara ke alam Yang Maha Tinggi
dan nur menyelubungi baginda, dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Tiap-tiap satu peringkat yang dinaikki, maka peringkat yang di bawah itu nampaknya
gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang atas itu. Makin tinggi makin bersinarlah
nur Allah melimpahi hati sanubari baginda. Baginda biasa menerima arahan supaya
memohon ampun atau perlindungan Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah
mereka yang sentiasa memohon ampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali
kepadanya. Ini ialah kerana untuk menyedarkan kita bahawa kita ini ada mempunyai
dosa dan kesalahan yang mana kedua-dua ini ada didapati pada hamba-hamba Allah
dalam semua keadaan hidupnya dan kepunyaannya sebagai warisan dari Adam
alahissalam yang menjadi bapa segala manusia dan hamba pilihan Allah.

Apabila lupa kepada perintah Allah itu telah mengaburkan cahaya kerohanian dan
baginda menunjukkan keinginan hendak kekal di syurga dan disamping Tuhan, dan
Tuhan berkehendakkan menghantar malaikat Jibril kepada baginda. Pada masa itu
kehendak diri (ego) baginda terzahir dan kehendak Adam terdapat bercampur dengan
kehendak Allah Oleh itu kehendak baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu
dihilangkan dan kehampiran kepada Tuhan di masa itu dihilangkan dan cahaya keimanan
yang terang benderang itu bertukar kepada kabur dan kesucian rohani baginda telah
menjadi sedikit kotor. Maka Allah akan memperingatkan baginda dan menyedarkan
kesalahannya dan dosanya dan diperintahkan supaya mengakui kesalahan dan dosanya
meminta ampun kepada Allah, Adam ‘alaihissalam berkata:

“Ohh Tuhan! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika tidak engkau ampuni
kami dan mengasihani kami sudah tentu kami termasuk dalam golongan orang-orang
yang rugi.”

Kemudian itu datanglah kepada beliau cahaya petunjuk, kesedaran bertaubat


pengetahuan hakikat akibatnya, dan ilmu hikmah yang tersembunyi dalam kejadian ini
pun terbukalah. Maka Allah menghampiri mereka dengan kasih sayangNya agar mereka
bertaubat. Maka kehendak yang timbul dari Adam itupun ditukarkan dan keadaannya
yang dahulu itupun ditukarkan maka dikurniai kepadanya peringkat wilayah (kewalian)
yang lebih tinggi dan diberi makam (stesyen)dalam dunia ini dan akhirat kelak. Jadilah
dunia ini tempat tinggalnya dan keturunannya dan akhirat kelak tempat kembali yang
kekal abadi.

Jadikanlah Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda itu
seorang Rasul dan kekasih Allah dan hambaNya yang pilihan, dan bapa segala insan iaitu
Adam hamba Allah yang pilihan, sebagai contoh dan tauladan.Contohilah mereka kedua
itu dalam hal mengakui kesalahan dan dosa sendiri, dan meminta ampun kepadaNya, dan
meminta perlindunganNya dari noda dan dosa dan contohilah mereka dalam hal
merendahkan diri kepada Allah kerana insan ini adalah lemah dalam segala hal.

______________________________________________

BAB 8 – SYARAHAN KELAPAN

Apabila kamu dalam keadaan atau hal yang tertentu, janganlah meminta keadaan yang
lebih tinggi atau lebih rendah. Apabila kamu berada dipintu istana janganlah kamu
hendak masuk kecuali kamu disuruh masuk. Janganlah menganggap cukup dengan
kebenaran masuk itu sahaja kerana boleh jadi itu satu helah atau penipuan dari raja itu.
Hendaklah kamu sabar, sehingga kamu dipaksa masuk ke istana itu atas perintah raja itu
sendiri. Kerana dengan itu kamu tidaklah dipertanggungjawabkan tentang perbuatan
kamu masuk ke istana itu. Jika sekiranya kamu dihukum juga, maka itu adalah kerana
kamu bersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan-santun dan hendakkan kepuasan
dengan keadaan hidup yang kamu sedang berada itu. Jika kamu telah dipaksa masuk dan
kamu masuk, maka hendaklah kamu masuk dengan sopan santun dan penuh hormat dan
perhatikan apa yang kamu perintahkan tanpa meminta kenaikkan taraf dalam hidup itu.

Allah berfirman kepada RasulNya:

“Dan janganlah pandanganmu dipengaruhi oleh apa yang kami kurniai kepada segolongan
manusia dari kemegahan hidup di dunia ini kerana kami menguji mereka dengan itu, adalah
rezeki yang diberi oleh Tuhanmu itu lebih baik dan lebih kekal“

Allah menasihati NabiNya supaya berhati-hati dengan keadaan yang ada itu dan redha
dengan kurniaan Allah Dengan lain perkataan, firman ini menyatakan, “Apa sahaja yang
Ku beri kepadamu dari perkara yang baik-baik, dan keNabian dan ilmu dan keredhaan
dan sabar dan kekuasaan agama dan berjihad pada jalan Allah, semua ini adalah lebih
baik dan lebih berharga daripada apa yang aku beri kepada orang-orang lain”.

Kebaikan itu terletak dalam menjaga keadaan yang sedia ada dan berpuas hati dengannya
dan menjauhkan kehendak-kehendak kepada yang lain kerana perkara itu sama ada telah
dikhaskan untuk kamu atau kepada orang lain atau tidak kepada siapapun tetapi telah
dijadikan oleh Allah sebagai satu ujian. Jika sesuatu perkara itu telah diuntukkan bagi
kamu, maka kamu tentu akan mendapatinya sama ada kamu suka atau tidak. Tidaklah
wajar kamu menunjukkan ketidak sopanan atau menunjukkan tamak kerana itu
berlawanan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunannya kamu
mengharapkan apa yang telah ditentukan untuk orang lain kerana kamu tidak akan
mendapatinya. Sekiranya sesuatu perkara itu tidak diuntukkan kepada sesiapapun, maka
itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakal sempurna tidak akan bersahaja- sahaja
mencari sesuatu ujian. Oleh itu, kebaikan itu ialah menjaga dan redha dengan keadaan
yang ada sekarang.

Setelah kamu dibawa ke tingkat atas dan dari situ ke bumbung istana, kamu akan hati-hati
seperti yang kami nyatakan tentang penghormatan, perangai baik dan tidak bercakap
banyak. Hati- hatilah, kamu hendaklah membuat lebih dari ini kerana kamu Sekarang
makin hampir dengan raja itu dan hampir pula kepada bahaya. Oleh itu, janganlah minta
pertukaran dari keadaan yang ada kepada keadaan yang lain, sama ada lebih tinggi atau
lebih rendah, dan jangan pula kamu minta keadaan itu berkekalan atau bertukaran. Kamu
tidak ada pilihan sendiri dalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka itu tanda kamu
kurang sopan dan merendahkan darjat kamu dan merugikan kamu juga. Dengan yang
demikian teruskanlah bertindak sebagaimana yang kami tunjukkan, sehingga kamu
dinaikkan ke satu taraf dan kamu akan ditetapkan di taraf itu, maka ketika itu tahulah
kamu bahawa itu adalah kurniaan Allah yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya.

Tetaplah kamu di tempat itu dan tidaklah diubah-ubah lagi. Ahwal (keadaan pertukaran
kerohanian) adalah kepunyaan auliya‘ (wali Allah biasa) dan maqamah (perhatian
kerohanian) adalah kepunyaan abdal (wali Allah yang lebih tinggi tarafnya.)
______________________________________________

BAB 9 – SYARAHAN KESEMBILAN

Lakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya‘ dan abdal dalam kasyaf
(pandangan kerohanian) dan masyahadah (pengalaman kerohanian) dan ini melebihi
jangkauan akal manusia dan mencarik adat dan kebiasaan. Penzahiran atau manifestasi
ini ada dua jenis, satu dinamakan jalal (kebesaran dan keagungan) dan satu lagi
dinamakan jamal (keindahan). Jalal ini menimbulkan kehebatan dan mempengaruhi hati
demikian rupa hingga tanda-tandanya nampak pada badan kasar. Adalah diceritakan
bahawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang sembahyang. Maka
terdengarlah oleh orang bunyi seperti air mendidih dari hati baginda, oleh kerana hebat
dan gentarnya hati beliau menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, satu pengalaman yang
baginda rasai apabila Allah menunjukkan keAgungan dan kebesaran-Nya. Kejadian seperti
itu juga ada berlaku kepada Nabi Ibrahim “alaihissalam dan khalifah Umar Radhiyallahu
‘anhu. Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat jamal-Nya ialah hati si
hamba itu akan merasai gembira, tenang, sentosa, selamat dan kata-kata yang kasih mesra
dan tanda-tanda yang menggembirakan tentang kurniaan-kurniaan yang besar dan
kedudukan yang tinggi dan kehampiran kepada-Nya yang kepada-Nya semua perkara-
perkara mereka itu akan kembali.

Inilah kurniaan dan rahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka yang cinta
kepada Dia itu akan dipuaskan oleh-Nya, semoga mereka merasa senang. Allah kasih dan
sayang kepada mereka. Nabi pernah berkata kepada Bilal: “Hiburkan hati kami, wahai
Bilal.” Apa yang baginda maksudkan ialah supaya Bilal yang (azan) agar Nabi masuk
dalam keadaan sembahyang untuk merasai manifestasi sifat jamal Allah itu. Kerana itulah
Nabi berkata: “Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang.

______________________________________________

BAB 10 – SYARAHAN KESEPULUH

Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri manusia itu
bertentangan dengan Tuhan. Segala-galanya tertakluk kepada Allah dan diri manusia itu
adalah kepunyaan Allah. Pada diri manusia itu timbullah angan-angan dan hawa nafsu.
Oleh itu, jika kamu masuk kepada hak dan menentang diri kamu, maka kamu masuk
dalam pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri. Allah berfirman kepada Nabi Daud
alaihissalam:

“Wahai Daud, kepada Akulah tempat kamu kembali, oleh itu berpegang teguhlah kepadaku,
perhambaan sebenarnya ialah melawan diri kamu kerana Aku.”

Dengan itulah kehambaan kamu dan hampir kamu kepada Allah menjadi kenyataan yang
sebenarnya. Dengan itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan. Dengan itulah
kamu akan dipermuliakan dan segala-galanya akan jadi hamba kamu dan takut kepada
kamu kerana semuanya itu tertakluk kepada Allah kerana Dialah pencipta dan tempat asal
mereka dan mereka menyatakan kehambaan mereka kepada Allah. Firman Allah:

“segala-galanya memuji Allah, tetapi kamu tidak tahu pujian mereka“.

Ini bererti segala-galanya yang ada dalam alam ini sedar tentang adanya Allah dan patuh
kepadanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berkata: “Kemudian Dia berkata kepadanya dan
kepada dunia, marilah kamu keduanya dengan rela atau tidak, mereka keduanya berkata,
“kami datang dengan rela“.

Oleh itu segala kehambaan ialah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu. Allah
berfirman: “Janganlah ikut hawa nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah“. Allah juga berfirman, “Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang
melawanku dan kerajaanku melainkan hawa nafsu manusia“.
Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Busthami. Adalah dikatakan bahawa
beliau telah melihat Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam mimpinya. Beliau bertanya kepada
Allah, “Bagaimanakan seseorang itu hendak sampai kepada Mu?” Kata Tuhan: “Buangkan
dirimu dan datanglah kepadaku.” Kemudian itu kata beliau, “Saya pun keluar dari diriku
seperti ular keluar dari sarungnya.”

Oleh itu, semua kebaikan itu terletak pada jihad terhadap diri sendiri dan semua perkara
dan keadaan hidup ini Sekiranya kamu dalam keadaan soleh, tentanglah dirimu hingga
kamu terhindar dari yang haram dari manusia dan syak-wasangka dan dari pertolongan
mereka dan pergantungan kepada mereka atau takut kepada mereka atau
berkehendakkan apa yang mereka dapati dari dunia yang fana’ ini. Jangan harapkan
hadiah dari mereka atau sedekah mereka atau pemberian mereka. Kamu hendaklah
bebaskan dirimu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan keduniaan dan sekiranya
kamu ada saudara yang hartawan janganlah kamu harapkan dia mati lekas dengan niat
hendakkan hartanya itu. Kamu hendaklah keluar dari pengaruh makhluk dan anggaplah
mereka seperti pintu pagar yang terbuka dan tertutup atau seperti pokok yang kadang-
kadang berbuah dan kadang-kadang tidak. Segala yang berlaku dan terjadi adalah dengan
kehendak Allah dan Dialah yang membuat dan merancangkan segala-galanya.

Jadikanlah dirimu seorang yang berjiwa tauhid iaitu mengEsakan Allah Rabbul
Alamin. Janganlah pula kamu mengikut fahaman golongan Jabariah atau Qadariah. Lebih
baik kamu katakan bahawa lakuan itu kepunyaan Allah dan manusia mengusahakan.
Jalankanlah perintah Allah yang bersangkutan dengan manusia dan asingkan
bahagianmu dengan perintahNya dan janganlah melebihi batasan kerana perintah Allah
pasti akan berlaku dan Allah akan menghukum kamu dan mereka juga. Janganlah kamu
sendiri hendak menjadi hakim. Adanya kamu bersama manusia adalah kerana takdir
Allah dan takdir ini terletak dalam gelap. Oleh itu, masuklah ke dalam gelap itu dengan
lampu yang juga menjadi hakim dan itulah dia Al Qur’an dan sunnah RasulNya. Janganlah
melampaui kedua-dua ini Jika timbul dalam fikiranmu atau kamu menerima sesuatu
ilham, kemukakan dahulu kepada Al-Qur’an dan sunnah RasulNya. Sekiranya sesuatu
fikiran atau ilham itu bersalahan dengan Al-Qur’an dan hadith, maka janganlah diturut
dan dilakukan, kerana itu mungkin datang dari iblis. Jika Al-Qur’an dan hadith itu
mengharuskan seperti makan, minum dan sebagainya dan ilham itu serupa dengan yang
diharuskan itu, maka jangan diterima dan ketahuilah bahawa itu adalah ajakkan atau
cadangan untuk memuaskan hawa nafsu dan sifat-sifat kebinatanganmu. Oleh itu,
lawanlah dan jangan turutkan.

Jika apa yang diilhamkan kepada kamu itu tidak ada didapati penyesuaiannya dari Al-
Qur’an atau hadith Nabi sama ada melarang atau membenarkan dan kamu tidak pula
ketahui dengan faham, misalnya kamu disuruh ke suatu tempat atau disuruh berjumpa
seseorang yang soleh, dan kamu tidak pernah lagi pergi ke tempat itu atau berjumpa
dengan orang itu. Dengan pengetahuan dan nur kamu ketahui demikian, maka
bersabarlah dan jangan tergopoh-gapah dan tanyalah diri sendiri, Adakah ini ilham dari
Allah dan aku mesti melakukannya?” Fikirkan dahulu dan bersabarlah. Menjadi biasa
sahaja bagi Tuhan mengulang-ulangi ilham seperti itu dan memerintahkan kamu supaya
bersegera melakukan perkara itu ataupun membuka sesuatu tanda yang dibuka kepada
orang-orang ahli Allah, tanda yang difahami oleh hanya auliya’ yang bijaksana dan abdal,
dan kamu jangan tergopoh- gapah dalam perkara ini kerana kamu tidak tahu akibatnya
dan tujuan perkara itu dan kamu tidak tahu di mana tertelak ujian dan jalan yang boleh
merosakkan dan juga untuk menguji kamu. Oleh itu sabarlah hingga Tuhan sendiri
menjadi pelaku dalam perkara itu bagi kamu. Apabila sesuatu lakuan itu benar- benar
dari Allah, maka selamatlah kamu dari sebarang ujian kerana Allah sendiri yang
menjalankan kamu dan tentu Dia menolong kamu.

Jika kamu sendiri yang melakukan, maka kamu sendirilah yang bertanggungjawab dalam
hal lakuan kamu itu. Jika Allah yang melakukan untuk kamu, maka kamu tidak
bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu kerana lakuan itu adalah lakuan Allah dan
tentu sekali Allah sendiri bertanggungjawab atas lakuanNya. Jika kamu berada dalam
peringkat hakikat iaitu kedudukan wilayah (kewalian), maka lawanlah nafsumu itu dan
patuhlah kepada perintah itu sepenuhnya. Patuh kepada perintah ini ada dua jenis,
pertama ialah kamu hendaklah mengambil dari dunia ini apa-apa yang perlu sahaja bagi
kamu dan jauhkan diri daripada keseronokkan hawa nafsu dan hendaklah kamu
melakukan ibadat-ibadatmu dan hindarkan dosa yang terbuka dan tersembunyi. Kedua
ialah berkenaan perintah yang batin, dan ini adalah perintah Allah yang menyuruh atau
melarang melakukan sesuatu perintah batin atau tersembunyi ini adalah bagi perkara-
perkara yang boleh dilakukan iaitu perkara-perkara yang tidak haram dan tidak pula
wajib yang mana si hamba itu diberi kebebasan untuk bertindak. Dalam hal ini si hamba
tadi hendaklah jangan mengambil inisiatif (kemahuan) sendiri tetapi hendaklah
menunggu perintah berkenaan dengan hal itu. Apabila ada perintah patuhlah dengan
gerak dan diamnya adalah semata-mata kerana Allah. Jika ada hukum dalam syariat
tentang sesuatu perkara, maka tunduklah pada hukum itu. Tetapi jika tidak ada hukum
dalam syariat dalam perkara itu, maka bertindaklah menurut perintah batin atau
perintah tersembunyi itu.

Melalui inilah seseorang itu menjadi orang yang benar-benar telah mencapai hakikat.
Sekiranya tidak pun ada perintah batin ini, dan hanya lakuan Allah, maka ini memerlukan
penyerahan. Jika kamu telah mencapai hakikat sebenar-benarnya yang juga digelar
keadaan tenggelam (mahwa)atau fana’ maka itu adalah keadaan peringkat abdal, mereka
yang pecah hatinya kerana Allah, satu keadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang
betul-betul berjiwa tauhid, satu keadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang dilimpahi
dengan cahaya kerohanian, orang yang berilmu dengan kebijaksanaan yang tinggi,
mereka yang jadi ketua daripada segala ketua, pelindung dan penjaga orang ramai,
khalifah Allah dan waliNya dan orang-orang yang dipercayaiNya. Mematuhi perintah
dalam hal-hal demikian itu ialah melawan nafsumu sendiri dan membebaskan dari
bergantung kepada sebarang daya dan upaya dan kosong daripada segala kehendak dan
tujuan berkenaan apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia dan akhirat. Maka jadilah
kamu hamba raja itu dan bukan hamba kerajaan, hamba kepada perintah Allah dan
bukan nafsu-nafsu badaniah semata, dan jadilah kamu seperti bayi dalam pelukkan
ibunya atau seperti mayat yang sedang dimandikan oleh orang atau seperti orang sakit
yang tidak sedarkan diri di hadapan doktor, dalam semua hal yang di luar sempadan
suruhan dan tegahan.

<< Sebelumnya – Syarahan 1-5

Seterusnya – Syarahan 11-15 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 11-15


BAB 11 – SYARAHAN YANG KESEBELAS

Apabila nafsu hendak berkahwin timbul dalam fikiranmu tetapi kamu miskin papa dan
kamu bersabar dengan harapan menunggu pertolongan Allah yang menjadikan kamu dan
nadsu kamu itu, maka Allah akan menolong kamu, sama ada menghilangkan nafsu itu
dari kamu ataupun memberi kamu rezeki dan mencukupi kamu dengan berbagai-bagai
cara dan meringankan beban kamu dan menyenangkan kamu di akhirat kelak. Allah akan
menolong kamu kerana kesabaran kamu dan keredhaan kamu itu. Allah akan
menambahkan kamu dalam kesucian dan kekuatan.Jika Allah mencukupi kamu dalam
hal-hal rezeki, maka sabarmu itu akan bertukar kepada syukur. Allah Subhanahu wa
Ta’ala menjanjikan kurnia yang bertambah-tambah kepada mereka yang bersyukur.
Firman Allah: “Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi bahagianmu, dan jika kamu
tidak bersyukur, maka ketahuilah siksaanKu amatlah pedih. Jika sesuatu itu telah
ditakdirkan bukan untuk kamu, maka janganlah kamu merasa kesal dan halaulah
perasaan itu dari hatimu meskipun sifat-sifat kebinatanganmu itu dan berpegang teguhlah
kepada perintah-perintah Allah. Redhalah

dengan takdir Tuhan dan dalam keadaan itu berharaplah keredhaan dan kurniaanNya.
Allah berfirman: “Hanya orang- orang sabar itu sahaja akan diberi ganjaran sepenuhnya
tanpa batas”.

______________________________________________

BAB 12 – SYARAHAN KEDUA BELAS


Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta kekayaan, maka
janganlah kamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu lupa dan tidak taat lagi kepada
Allah. Jika kamu lupa dan tidak taat kepada Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan
terdinding dari dunia ini dan akhirat kelak. Maka mungkin juga harta itu diambilnya
kembali dan kamu menjadi miskin papa, lantaran kamu telah lupa kepada yang memberi.
Jika kamu tetap ingat dan taat kepada Allah dan hatimu tidak sesekali terpengaruh oleh
harta benda itu, maka Allah akan memberimu harta benda itu dengan percuma dan tidak
akan mengurangkannya walau sedikitpun. Harta benda adalah hamba kamu dan kamu
pula adalah hamba kepada Allah. Oleh itu kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalam
jagaan Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan di permuliakan dan
tempat tinggal kamu adalah di syurga yang kekal abadi bersama dengan orang orang yang
shodiq, syahid dan soleh.

______________________________________________

BAB 13 – SYARAHAN KETIGA BELAS

Janganlah kamu bersusah hati untuk mendapatkan keuntungan dan janganlah kamu cuba
hendak menghindarkan mala petaka. Keuntungan itu akan datang kepada kamu jika telah
ditetapkan oleh Allah bagi kamu sama ada kamu mencarinya atau tidak. Mara bahaya
akan menimpa kamu jika telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu, sama ada kamu benci
kepadanya atau kamu cuba menghindarkannya dengan do’a dan sembahyang atau
menghadapinya dengan sabar kerana hendak mencari keredhaan Allah. Kamu hendaklah
berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal agar Dia melakukan
kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa
kamu, sabarlah dan kembalilah kepada Dia dan cubalah rasa keuntungan yang didapati
dari apa yang kamu anggap bencana itu dan terus tenggelam dalam dia melalui perkara
itu sejauh mana yang kamu terdaya dengan cara keadaan rohani yang diberi kepadamu.
Dengan melalui cara ini kamu dinaikkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih
tinggi dalam perjalanan menuju Allah supaya kamu dapat mencapai Dia.
Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh orang-
orang shodiq, syahid dan soleh sebelum kamu. Dengan itu kamu akan mendapat hampir
dengan Allah agar dapat kamu melihat kedudukan orang-orang sebelum kamu menuju
raja Yang Maha Agung itu. Di sisi Tuhan Allah, kamu mendapat kesentosaan, keselamatan
dan keuntungan. Biarlah bencana menimpa kamu dan jangan cuba menghindarinya
dengan do’a dan sembahyang kamu dan jangan kamu merasa tidak senang dengan
kedatangan bencana itu, kerana kepanasan apinya tidak sehebat dan sepanas api neraka.
Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata: “Sesungguhnya api neraka
akan bercakap kepada orang-orang beriman iaitu katanya, lekaslah kamu pergi, wahai si
mukmin, kerana cahayamu memadamkan apiku.”

Bukankah cahaya si mukmin yang memadam api neraka itu serupa juga dengan yang
didapati pada dia di dunia ini dan yang membezakan orang-orang yang taat kepada Allah
dengan orang-orang yang derhaka kepada Allah? Biarlah cahaya tersebut memadamkan
api bencana dan bahaya dan biarlah kesabaran kamu dengan Tuhan itu memadamkan
haba panas dari api yang hendak mengatasi kamu.

Sebenarnya bencana yang datang kepada kamu itu bukanlah hendak menghancurkan
kamu tetapi sebenarnya adalah hendak menguji kamu dan mengesahkan kesempurnaan
iman kamu dan menguatkan dasar kepercayaan kamu dan memberimu dalam batin
tentang khabar-khabar baik dari Tuhan kamu.

Allah berfirman :

“Dan sesunguhnya Kami benar benar akan menguji kamu, agar kami mengetahui
orang orang yang berjihad dan bersabar antara kamu, dan agar kami menyatakan
(baik buruknya) hal-ehwalmu” (surah Muhammad : Ayat 31)
Oleh yang demikian apabila telah terbukti benarnya iman kamu dan kamu boleh
menyesuaikan diri dengan kehendak dan lakuan Allah, dengan izin Allah jua, maka
hendaklah kamu tetap bersabar dan redha dan patuh kepadaNya. Janganlah kamu
melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Allah Apabila datang perintahNya, dengar dan
perhatikan dan segera melakukannya dan sentiasa bergerak dan jangan bersikap fasif
terhadap takdir dan lakuanNya, tetapi gunakanlah daya dan upaya kamu untuk
melaksanakan perintah itu.

Sekiranya kamu tidak sanggup melakukan perintah itu, maka janganlah berlengah-lengah
lagi untuk kembali mengadap Tuhan. Pohon ampun dan merayu dengan penuh tawadu’
kepadaNya. Carilah sebab mengapa kamu tidak dapat melakukan perkara itu. Mungkin
juga kamu tidak sanggup melakukan perintah itu oleh kerana kejahatan syak-wasangka
dalam fikiran kamu atau kamu kurang adab sopan dalam mematuhi Dia atau kamu terlalu
megah dan bangga atau kamu bergantung benar kepada daya dan upaya kamu sendiri
atau kamu menyengutukan diri kamu atau makhluk dengan Allah. Akibat dari itu semua,
kamu telah jauh dari Dia dan melupakan kamu dari mematuhi Dia dan kamu
dijauhkanNya dari pertolonganNya dan Dia murka kepada kamu dan dibiarkanNya kamu
leka dan asyik dengan hal-hal keduniaan semata dan menurut nafsu angkara murka
kamu. Adakah kamu tahu bahawa semua itu menyebabkan kamu lupa kepada Allah dan
kamu jauh dari Dia yang menjadikan dan mengasuh kamu dan memberi kamu rezeki
yang tidak terkira. Oleh itu berhati-hatilah terhadap apa sahaja yang boleh menjauhkan
kamu dari Allah.

Jaga-jagalah terhadap apa sahaja yang selain Allah, yang hendak memalingkan muka
kamu dari Allah. Apa sahaja yang selain Allah bukanlah Allah. Oleh itu janganlah kamu
ambil apa sahaja yang selain Allah dan membuangkan Allah kerana Allah mencipta kamu
untuk mengabdi kepadaNya sahaja. Dengan itu, janganlah kamu zalimi diri kamu sendiri
dengan melupakan Allah dan perintahNya kerana ini akan membawa kamu ke neraka
yang bahan apinya dari manusia dan batu. Waktu itu akan menyesallah kamu dan sesal
yang tidak berguna lagi. Taubat waktu itu tidak berguna lagi, meraung dan menangislah
kamu tetapi siapakah yang terdaya menolong. Kamu memohon ampun kepada Allah
tetapi Allah tidak terima lagi ampun kamu waktu itu. Kamu pun berangan-angan hendak
kembali ke dunia untuk membetulkan ibadat kamu kepada Allah, tetapi apakan daya
dunia sudah tidak ada lagi bagi kamu.

Kasihanilah diri kamu itu dan gunakanlah segala daya dan upaya untuk mengabdikan diri
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, gunakanlah apa sahaja yang diberi Allah kepada
kamu seperti ilmu, akal, kepercayaan dan cahaya kerohanian kamu itu untuk
mengabdikan diri kepada Allah agar kamu dilingkungi cahaya yang terang benderang dan
tidaklah kamu bergelap lagi dan berpegang teguhlah kepada Allah dan hukum-hukumNya
dan mengembaralah kamu menuju Allah menurut aturan-aturan yang telah ditentukan
Allah. Dialah yang mencipta kamu dan memelihara kamu dan menjadikan kamu seorang
manusia yang sempurna Janganlah kamu mencari selain dari apa yang diperintahNya dan
janganlah kamu katakan sesuatu itu buruk kecuali telah diharamkanNya. Apabila kamu
telah bersesuaian dengan Allah dan perintahNya maka seluruh alam akan
menghambakan diri mereka kepada kamu dan apabila kamu hindarkan apa-apa yang
diharamkan Allah, maka semua perkara yang tidak dingini itu akan lari dari kamu di
mana sahaja kamu berada. Allah berfirman:

“Wahai manusia, Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Aku, Bila Aku kata kepada
sesuatu “jadilah’, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehingga jika kamu katakan
kepada sesuatu “jadilah’, maka jadilah ia”.

Allah juga berfirman “Wahai bumi, barangsiapa menghambakan dirinya kepadaku, maka
berkhidmatlah kepadanya dan barangsiapa menghambakan dirinya kepada kamu, maka
susahilah dia”. Demikian firman firman Tuhan dalam sebahagian daripada kitab-kitab-
Nya.
Oleh yang demikian, jika tiba laranganNya, maka jadikanlah diri kamu seolah-olah orang
yang telah letih lesu dan tidak bermaya atau seperti badan tidak bersemangat, tidak
berkehendak dan bernafsu, bebas dari dunia kebendaan, lepas dari tafsu-nafsu
kebinatangan, umpama halaman rumah yang gelap-gelita dan seperti bangunan yang
hendak dirobohkan dan tidak ada yang bernyawa tinggal di dalamnya. Kamu hendaklah
menjadi seperti seorang yang telah pekak, buta, bisu, sakit gigi, lumpuh, tidak bernafsu,
tidak berakal dan badan kamu seolah-olah mati dan sedang dibawa ke kubur.

Hendaklah kamu dengar dan lakukan segera perintah-perintah Allah dan kamu seolah-
olah benci dan malas membuat apa-apa yang dilarang dan kamu beraksi seperti orang
mati dan berserah bulat-bulat kepada Allah. Minumlah syarabah (minuman) ini, ambillah
ubat-ubat ini dan makanlah makanan ini supaya kamu bebas dari nafsu nafsu
kebinatangan dan kesyaitanan, dan agar kamu sembuh dari penyakit dosa dan maksiat
dan lepas dari ikatan hawa nafsu, mudah-mudahan kamu mencapai kesihatan jiwa yang
sempurna.

______________________________________________

BAB 14 – SYARAHAN KEEMPAT BELAS

Wahai mereka yang menjadi hamba kepada kepada hawa nafsu mereka! Janganlah kamu
anggapkan diri kamu masuk dalam golongan mereka yang menjadi ahli Allah. Kamu
menghambakan diri kamu kepada hawa nafsu kamu sedang mereka menghambakan diri
mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kamu berkehendakkan dunia sedang mereka
berkehendakkan akhirat. Kamu melihat dunia ini sahaja sedang mereka melihat Tuhan
yang menjadikan langit dan bumi. Kesenangan kamu terletak kepada makhluk tetapi
kesenangan mereka terletak pada Allah. Hati kamu terikat kepada dunia tetapi hati
mereka terikat kepada Allah Yang Maha Agung. Kamu adalah mangsa kepada apa yang
kamu lihat tetapi mereka tidak nampak apa yang kamu lihat tetapi mereka melihat Allah
yang menjadikan segala perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka itu
mencapai tujuan hidup dan mendapat kesejahteraan, sedang kamu masih terbenam
dalam nafsu keduniaan kamu. Mereka itu hilang dari makhluk dan dari nafsu keduniaan
dan dari kehendak mereka sendiri, maka dengan itu mereka dapat sampai ke hadrat Ilahi
yang memberi mereka kekuatan untuk mencapai hujung wujudnya mereka seperti taat
dan pujian Allah. Inilah kurnia Ilahi yang diberiNya kepada siapa yang dikehendakiNya.
Mereka jadikan taat dan pujian itu kewajiban mereka dan berpegang terus dengannya,
dengan pertolongan yang diberi oleh-Nya dan ini tanpa mengalami kesukaran apa-apa.
Maka jadilah taat itu sebagai nyawa dan makanan mereka.

Dengan itu dunia ini menjadi berkat kepada mereka dan memberi nikmat kepada mereka
seolah-olah dunia ini telah jadi syurga. Kerana apabila mereka melihat sesuatu, sebelum
mereka melihatnya, mereka nampak sebaliknya perbuatan dan lakuan Allah yang
menjadikan segala-galanya itu. Orang-orang ini membekalkan kekuatan di bumi ini dan di
langit dan menyenangkan mereka yang telah mati dan yang masih hidup, kerana Tuhan
mereka telah menjadikan mereka fasak bumi yang dijadikan ini. Oleh itu, mereka adalah
umpama gunung yang berdiri dengan gah dan agungnya. Jauhlah dari mengacau mereka
dan jangan halangi mereka dalam perjalanan mereka yang ibu bapa dan anak-pinak
mereka tidak dapat menyelewengkan mereka dari tujuan mereka. Orang-orang ini adalah
orang-orang yang terbaik yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Keredhaan dan
kesejahteraan dikunniakan Allah kepada mereka selagi ada langit dan bumi.

______________________________________________

BAB 15 SYARAHAN KELIMA BELAS

Saya nampak dalam mimpi seolah-olah saya berada dalam satu tempat seperti sebuah
masjid. Dalam bangunan itu ada beberapa orang yang mengasingkan diri mereka dari
orang ramai. Saya berkata seorang diri: “Jika si anu itu ada di sini, dia dapat
mendisiplinkan orang-orang ini dan memberi mereka panduan-panduan yang baik”, Dan
saya terbayang seorang soleh yang tertentu. Orang-orang itu datang keliling saya dan
seorang dan mereka berkata: “Apakah telah jadi kepada kamu?Mengapa kamu tidak
bercakap?” Saya pun berkata: “Jika tuan izinkan saya akan bercakap” kemudian saya
berkata: “Apabila kamu telah mengasingkan diri dari orang ramai kerana yang hak, maka
janganlah meminta-minta lidah kamu. Apabila kamu telah berhenti meminta dengan
lidah, maka janganlah meminta dengan hatimu kerana meminta dalam hati itu adalah
serupa juga dengan meminta lidah. Ketahuilah bahawa Allah itu tiap-tiap hari dalam
keadaan keagungan yang baru, dan menukar membeza, meninggi dan merendahkan
manusia. Sesetengah manusia, ditinggikan-Nya taraf mereka itu dan yang lain pula
direndahkan-Nya. Kemudian diingatkan kepada mereka yang bertaraf tinggi itu bahawa
taraf mereka yang tinggi itu boleh direndahkan-Nya dan pada mereka diberi harapan
yang Dia akan memelihara mereka dan menetapkan kedudukan mereka itu. Kepada
mereka yang bertaraf rendah itu diberi pula ingat bahawa mereka akan ditinggalkan
dalam kehinaan dan melepaskan harapan dari mereka umuk kenaikkan ke taraf yang
tinggi itu,” selepas itu saya pun terjaga dari mimpi.

<< Sebelumnya – Syarahan 6-10

Seterusnya – Syarahan 16-20 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 16-20


BAB 16 – SYARAHAN KEENAM BELAS

Tidak ada yang dapat menghindarkan kamu dari mendapat keredhaan dan pertolongan
langsung dari Allah kecuali pergantungan kamu pada manusia dan cara peraturan
penghidupan dan pendapatan kamu. Manusia menjadi penghalang bagi kamu untuk
mencapai kehidupan yang diamalkan oleh Nabi iaitu tentang pendapatan. Selagi kamu
mengharapkan hadiah dan keredhaan manusia dan meminta- minta dari mereka, maka
kamu telah menyengutukan Allah dengan yang lain. Maka kamu tidak akan dapat
mencapai kehidupan yang telah diamalkan oleh Nabi iaitu pendapatan secara halal dari
dunia ini. Apabila kamu menjauhkan kehidupan kamu dengan manusia dan
menyengutukan mereka dengan Allah dan bergantung kepada pendapatan kamu dan
berpuas hati dengannya dan lupa kepada kurnia Allah itu, maka kamu telah bersikap
seperti seorang musyrik dan syirik, ini lebih halus lagi dari yang terdahulu, maka Allah
akan menghukum kamu dan menjauhkan kamu dari keredhaanNya. Apabila kamu telah
keluar dari keadaan ini dan membuangkan syirik jauh-jauh dan mencampak
pergantungan hati kamu dengan pendapatan kamu, daya dan upaya kamu dan kamu
melihat bahawa Allah sebenarnya yang memberi kehidupan dan menjadikan sebab dan
akibat dan memberi kekuatan untuk mencari pendapatan dan pemberi kekuatan
terhadap segala yang baik dan kehidupan itu dalam tangan-Nya, kadang-kadang dibawa-
Nya kepada kamu melalui manusia dengan cara kamu meminta dari mereka pada masa
ujian dan perjuangan atau melalui permohonan kamu dari-Nya, ataupun kadang-kadang
melalui pemberian manusia atau melalui kurnia-Nya dengan sedemikian rupa hingga
kamu tidak lihat sebab dan cara perantaraan itu.
Oleh itu kamu menuju kepada Dia dan kembali kehadrat-Nya Yang Maha Agung dan
gagah, bila Dia menyingkapkan tirai yang melindungi kamu dari keredhaan-Nya dan
membuka pintu rezeki dengan kehendakNya di masa-masa yang perlu, bersesuaian
dengan keperluan kamu pada masa itu, umpamanya tabib yang menjadi sahabat kepada
pesakit, dan inilah sebagai perlindungan dari Dia Yang Maha Mulia dan Maha Besar,
untuk membersihkan kamu dari cenderung kepada yang lain dari Dia dan dengan itu Dia
meredhai kamu. Oleh yang demikian, apabila Dia telah mengosongkan hati kamu dari
tiap-tiap tujuan, nafsu, dan matlamat, maka Dia akan memenuhi hati kamu dengan tujuan
dan kehendak Dia semata-mata. Apabila Dia hendak memberi kamu bahagian kamu dan
bukan untuk orang lain, maka kamu pasti dapat bahagian kamu itu dan Dia akan
mengarahkan kamu untuk mendapatnya dan bahagian kamu itu akan sampai kepada
kamu pada masa yang kamu perlukan. Kemudian Dia akan memberi kamu kekuatan
untuk bersyukur kepadaNya dan akan diberi-Nya ilmu dari Dia agar kamu bersyukur
kepada Dia. Maka ini akan menambahkan kehendak kamu untuk jauh dari orang ramai
dan mengosongkan hati kamu dari apa sahaja selain Allah. Apabila ilmu dan kepercayaan
kamu telah bertambah kuat dan teguh, dan hati kamu telah lapang dan bercahaya dan
kamu bertambah hampir dengan Allah dan kamu telah layak menjaga rahsia-rahsia-Nya,
maka kamu akan diberi ilmu untuk mengetahui terlebih dahulu bilakah bahagian kamu
akan sampai dan ini adalah tanda kamu telah diberi kemuliaan dan keredhaan-Nya. Inilah
kurniaan-Nya, dan kasih sayang-Nya dan panduan dan bimbingan-Nya. Firman Allah:

“Dan Kami jadikan di antara mereka itu penimpin-pemimpin yang memberi petunjuk
dengan perintah kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat
Kami, “(Surah As Sajdah: Ayat 24)

Allah juga berfirman:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari beredhaan) Kami, benar-benar akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguhnya Allah benar-benar
beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al Ayat 69)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman,

“Dan takutlah kamu kepada Allah dan Dia akan mengajar kamu, kemudian akan
diberi-Nya kamu dengan kekuatan untuk mengawal alam, dengan kebenaran yang
terang, yang tidak ada kegelapan dalamnya dan dengan tanda-tanda yang nyata yang
terang seperti terangnya matahari dengan perkataan yang manis-manis yang lebih
manis dari segala perkara yang manis dan dengan wahyu yang sebenarnya tanpa
sebarang kegelapan dan bebas dari nafsu -nafsu kebinatangan dan dari hasutan
syaitan yang dilaknatkan.”

Allah berfirman dalam sebuah daripada kitab-kitab-Nya,

“Wahai anak Adam, Akulah Tuhan, tidak ada yang patut disembah selain Aku. Aku
katakan ‘jadilah’, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaku sehingga Aku jadikan kamu bila
berkata kepada sesuatu ‘jadilah’, maka jadilah ia. Dan Dia telah lakukan seperti ini
kepada ramai dari anbiya’ dan auliya’ Nya dan orang-orang yang khas diredhai-Nya
dari anak Adam”.

______________________________________________

BAB 17 – SYARAHAN KETUJUH BELAS

Yang dimaksudkan dengan hampir dan bersatu dengan Tuhan itu ialah kamu
mengosongkan hati kamu dari makhluk, hawa nafsu dan segala yang lain dari Allah
sehingga hati kamu dipenuhi oleh Allah dan lakuan-Nya sahaja. Kamu tidak bergerak
selain dengan kehendak Allah semata. Kamu tidak bergerak melainkan Allah
menggerakkan kamu. Keadaan seperti ini dinamakan fana‘. Fana‘ inilah yang
dimaksudkan dengan “bersatu dengan Tuhan’. Tetapi ingatlah bahawa bersatu dengan
Tuhan itu bukanlah seperti bersatu dengan makhluk ataupun yang lain dari Tuhan. Tidak
ada suatu pun yang seumpama dengan Dia, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan
Maha Melihat. Al-Khalik itu tidak serupa dengan apapun yang kamu sangkakan. Hanya
orang yang telah mengalami dan menyedari proses bersatu dengan Tuhan itu sahaja yang
mengerti dan faham yang dimaksudkan dengan ‘bersatu dengan Tuhan’ itu. orang yang
tidak merasa dan mengalaminya tidaklah boleh berkata dan tidaklah dapat mengerti apa
yang dimaksudkan dengan ‘bersatu dengan Tuhan’. Tiap-tiap orang yang merasa
pengalaman tersebut mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri, masing-masing
mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri.

Pada tiap-tiap Nabi, Rasul dan wali wali Allah itu ada rahsia. Masing-masing ada
rahsianya. Seseorang itu tidak dapat mengetahui rahsia yang ada pada seorang yang lain.
Kadang- kadang seorang murid mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh gurunya. Ada
kalanya pula rahsia yang ada pada guru itu tidak dapat diketahui oleh murid, meskipun
murid itu telah hampir sama sedarjat dengan guru itu. Apabila seseorang murid mencapai
keadaan kerohanian yang ada pada gurunya, maka dia disuruh menceraikan dirinya dari
guru itu. Dengan lain perkataan, dia sekarang telah setaraf dengan guru. Murid itupun
tercerai dari guru itu dan Allah sahaja menjadi penjaganya dan Allah akan menceraikan
dia dari segala makhluk Bolehlah diibaratkan bahawa guru itu umpama ibu dan murid itu
umpama bayi yang masih menyusu. Apabila umur bayi itu cukup dua tahun, maka diapun
berhenti menyusu dari ibunya. Tidak ada pergantungan dengan makhluk setelah hapus
hawa nafsu amarah dan kehendak-kehendak kemanusiaan. Guru (atau syeikh) itu hanya
perlu selagi murid itu masih ada hawa nafsu angkara murka dan kehendak- kehendak
badaniah yang mana perlu dihancurkan. Setelah semua itu hilang dari hati murid tadi,
maka tidaklah lagi guru itu diperlukan kerana murid itu sekarang tidak ada lagi
kekurangannya dan dia telah sempurna.

Oleh yang demikian, apabila kamu telah bersatu dengan Tuhan, maka kamu akan merasai
kesentosaan dan keselamatan dari apa sahaja yang lain dari Dia. Kamu akan lihat bahawa
tidak ada yang wujud selain Dia sahaja. Kamu akan lihat bahawa untung, rugi, harapan
dan ketakutan bahkan semuanya adalah dari dan kerana Dia jua. Dialah yang patut
ditakuti dan kepada Dia sahaja meminta perlindungan dan pertolongan. Maka sentiasalah
kamu melihat a dan menanti perintahNya dan sentiasa patuh kepada Dia sahaja.
Terputuslah kamu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia ini ataupun yang
bersangkutan dengan akhirat. Janganlah hati kamu terlekat pada apa sahaja selain Allah.

Anggaplah seluruh yang dijadikan Allah ini sebagai manusia yang telah ditangkap oleh
seorang raja yang agung dan gagah dan raja itu telah memotong kaki dan tangan orang
tadi dan menyalibnya pada sepohon pokok di tebing sebuah sungai yang besar lagi dalam,
dan raja itu bersemayam di atas takhta yang tinggi dan digauli oleh hulubalang-
hulubalang yang gagah berani dengan alat kelengkapan senjata yang lengkap dan raja itu
melontar orang tadi dengan segala senjata yang ada padanya. Adakah kamu fikir orang
yang melihat keadaan ini memalingkan pandangannya dari raja itu dan sebaliknya takut,
berharap dan meminta kepada orang itu, bukannya kepada raja yang agung itu? jika ada
orang yang gentar dan takut kepada orang yang tersalib itu bukan kepada raja, maka
orang itu adalah orang yang bodoh, gila dan tidak siuman.

Oleh yang demikian, mintalah perlindungan Allah dari menjadi buta setelah diberinya
kita pandangan, dan dari bercerai setelah disatukan dan dari berjauhan setelah
didekatkan, dan dari sesat setelah diberi petunjuk dan dari kufur setelah diberi Iman.

Dunia ini ibarat sungai yang besar yang airnya sentiasa mengalir. Tiap-tiap hari airnya
bertambah. Begitulah nafsu kebinatangan manusia itu sentiasa tidak puas. Makin tamak
dan makin tidak sedar diri. Manusia hidup di dunia ini sentiasa diuji dan dicuba.
Disamping mendapat bahagia ada juga derita yang mengelilinginya.

Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna dan mahu berfikir serta mengetahui
hakikat, maka dapatlah ia mengetahui bahawa pada hakikatnya tidak ada hidup yang
sebenar melainkan hidup akhirat. Oleh itu, Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam telah bersabda: “Tidak ada hidup kecuali hidup akhirat.” Ini memangnya benar
bagi seseorang yang beriman. Nabi Muhammad pernah berkata: “Dunia ini penjara bagi
orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Nabi juga pernah berkata: “Orang yang baik
itu terkekang.”

Pada hakikatnya kesentosaan dan kebahagian itu adalah terletak dalam perhubungan
yang langsung dengan Allah yang pengasih dan penyayang, tawakal yang bulat kepadaNya
dan sentiasa redha denganNya. Apabila kamu telah dapat berbuat demikian, maka
bebaslah kamu dari dunia ini dan kamu akan diberi Allah kesenangan, keselamatan,
kesentosaan, kasih sayang dan keredhaan Ilahi.

______________________________________________

BAB 18 – SYARAHAN KELAPAN BELAS

Saya menasihatkan kamu supaya kamu jangan merungut atau mengadu tentang
kesusahan yang menimpa kamu kepada sahabat atau musuh kamu dan janganlah
disalahkan Tuhan yang menjadikan kesusahan itu atau ujian itu. Ada lebih baik jika kamu
terangkan tentang kebaikan yang diberi Allah kepada kamu dan tentang kesyukuran
kamu terhadap kebaikan itu. Kamu berbohong dalam menyatakan kesyukuran kamu
tanpa sebarang kurnia adalah lebih baik dari kamu menyatakan yang benar dan
menghebahkan kesusahan yang kamu alami. Siapakah yang tidak dapat kurnia Allah?
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu
menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakanya. Sesungguhnya
manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)“(Surah Ibrahim: Ayat
34)

Berapa banyakkah kurnia Allah kepada kamu dan kamu masih tidak sedar juga. Janganlah
kamu rasa senang dengan makhluk dan janganlah cinta kepada makhluk dan janganlah
kamu ceritakan kepada siapapun keadaan hal-ehwal kamu. Hendaklah cinta kamu itu
kerana Allah semata dan kamu merasa senang dengan Dia dan kesusahan kamu
hendaklah diadukan kepada Dia juga.

Jangan kamu pandang yang lain dari Allah kerana yang lain dari Allah itu tidak dapat
memberi mudharat dan manfaat, untung dan rugi, kebaikan dan kejahatan, menghina dan
memuliakan, meninggi dan merendahkan, mengaya dan memiskinkan, menggerak dan
mendiamkan. Segala yang lain dari Allah itu adalah ciptaan Allah jua dan di tangan Allah
punca pergerakkan mereka dengan izin dan kehendakNya jua. Mereka ada selagi Allah
hendakkan mereka ada. Sesuatu itu wujud dalam tempoh masa yang telah ditentukan
Allah. Apa yang telah didahulukan tidak dikemudiankan, dan apa yang telah
dikemudiankan tidak didahulukan. Jika Allah hendak menimpa kamu bahaya, maka tidak
ada yang dapat mengelakkan bahaya itu selain Dia jua, jika Dia hendak memberi kebaikan
kepada kamu, maka tidak ada yang dapat mengelakkan kebaikan itu datang kepada kamu,
selain Dia jua.

Oleh itu jika kamu merungut dan mengadu kerana tidak puas hati dengan Dia semasa
kamu sedang menikmati kesenangan dan keseronokkan, hanya kerana hendakkan supaya
dilebih dan ditambah nikmat keseronokkan dan kesenangan itu, dan menutup pandangan
kamu kepada kesenangan dan keseronokkan yang ada pada kamu itu dengan menyangka
ianya tidak baik, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan murka kepada kamu dan Dia
akan menarik balik kesenangan dan keseronokkan itu dari kamu dan Dia akan
menyusahkan kamu lebih hebat lagi dan akan memberatkan kamu dalam kesusahan itu
dan kamu akan dijauhkan daripadaNya.

Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-potong dengan
gunting, peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhat-hatilah! Sesungguhnya
kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu ialah kerana sungutan dan rungutan
terhadap Tuhan. Adakah patut seseorang hamba Allah itu merungut dan tidak puas hati,
pada hal Allah itu Maha Pengasih, Maka Penyayang, Maka Adil, Maha Tahu dan Maha
Bijaksana?

Nabi Muhammad pernah bersabda:

“Kasih Allah kepada hambaNya adalah lebih dari kasih ibu kepada anaknya“.

Wahai manusia! Tunjukkanlah sopan santun yang baik, bersabarlah di masa kesusahan
walaupun kamu letih lesu dengan kesabaran itu. Bersabarlah disamping kamu bertawakal
dan berserah diri kepada Allah. Redhalah dengan Dia.

Jika kamu masih dapati diri kamu masih wujud, maka hapuskanlah wujud kamu itu. Jika
kamu telah tidak ada, di manakah kamu?

Pernahkah kamu dengar firman Tuhan:

“Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu ada sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Pengetahun tentang hakikat sesuatu telah jauh dari kamu dan kamu terdinding dari
hakikat- hakikat itu. Oleh itu tunjukkan tidak sopan jika kamu suka atau tidak suka akan
sesuatu jika kamu dalam peringkat pertama iaitu peringkat orang-orang yang soleh, maka
patuhlah kepada syariat dalam semua perkara yang berlaku kepada kamu. Jika kamu
dalam peringkat kedua iaitu peringkat wilayah (kewalian), maka ikutlah segala perintah
dan jangan melampaui batas. Pada peringkat terakhir, hendaklah kamu redha dengan
lakuan Allah dan bersesuaian denganNya dan lenyaplah masuk ke dalam kedudukan dan
keadaan abdal ghuts dan shodiq. Janganlah cuba hendak menentang takdir dan hadapkan
diri kamu dan kehendak kamu terus kepada Allah dan janganlah kamu merungut dan
tidak berpuas hati.

Apabila kamu telah berbuat demikian, dan takdir bagi kamu adalah baik, maka Allah akan
menambah lagi kebaikan untuk kamu dan kehidupan yang sentosa dan bahagia. Jika
takdir bagi kamu tidak baik, maka Allah akan melindungi kamu dari perkara yang tidak
baik itu melaui kepatuhan kamu kepadaNya dan Allah akan menghindarkan kamu dari
kesalahan sehingga masanya berakhir. Inilah nasihat untuk kamu Ketahuilah bahawa
dalam diri manusia itu ada berbagai bagai kesalahan, dosa dan noda yang semua itu
menjauhkan manusia itu dari Allah melainkan manusia itu dibersihkan dari segala noda
dan dosa itu. Tidak seorang pun yang dapat menghampiri Dia kecuali orang itu telah
bersih dari kekotoran takbur dan dosa seperti juga misalnya seorang itu tidak dapat
duduk dekat raja jika orang itu berbau busuk dan badannya kotor. Oleh yang demikian,
bala bencana itu adalah pembersih dan penukar kepada yang baik. Nabi pernah berkata:
“Demam sehari itu adalah menyapu bersih dosa setahun“.

______________________________________________

BAB 19 – SYARAHAN KESEMBILAN BELAS

Semasa iman kamu masih lemah, maka sekiranya kamu berjanji, kamu akan tunaikan
janji itu. Jika tidak, iman kamu akan berkurangan atau kepercayaan kamu hilang. Tetapi
jika iman ini telah kuat dan teguh tertanam di hati sanubari, dan kamu disampaikan
firman Tuhan:

“Dan raja berkata, “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang
rapat kepadaku” Maka tatkala naja bercakap-cakap dengan dia, dia berkata,
“Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi
dipercaya pada sisi kami.” (Surah Yusuf: Ayat 54)
Dan firman ini disampaikan kepada kamu banyak kali, maka kamu pun menjadi orang-
orang pilihan Tuhan, dan hilanglah dari kamu kehendak nafsu dan lakuan kamu sendiri
dan kamu pun terus hampir dengan Tuhan yang hampirnya tidak kamu nampak dan
teruslah kamu tenggelam di hadrat Ilahi.

Maka jadilah kamu seperti bekas yang berlubang, tidak ada air yang boleh tinggal dalam
bekas itu. Kamu menjadi seperti tong kosong yang berlubang. Dengan itu hati kamu pun
penuh dengan Allah sahaja. Tidak ada yang lain dari Allah dalam hati kamu itu. Kamu pun
bersih dari yang lain daripada Allah. Allah akan redha dengan kamu dan kamu dijanjikan
dengan segala rahmat, nikmat dan keampunanNya dan kamu merasa senang dengan
Allah.

Kemudian kamu akan diberi suatu janji dan apabila kamu merasa puas hati dengannya
dan sebarang tanda kehendak ada di dapati pada kamu, maka kamu akan ditukarkan dari
janji ini kepada janji yang lebih tinggi dan kamu akan diberi perasaan cukup diri sendiri
(self-sufficiency) dan pintu alam akan dibuka untuk kamu dan kamu pun disinari dengan
pengetahuan untuk memahai rahsia-rahsia ke Tuhanan dan kamu akan merasai
bertambahnya (hal) atau keadaan kerohanian kamu. Selanjutnya kamu mendapat pangkat
kerohanian yang tinggi dan kamu akan diberi rahsia-rahsia keTuhanan, dadamu lapang,
lidahmu petah berkata-kata dan ilmu tinggi dan kamu cinta kepada Ilahi. Kamu pun
dikasihi oleh semua orang, manusia dan jin dan lain-lain makhluk di dunia ini dan di
akhirat. Apabila kamu menjadi kekasih Allah, maka makhluk pun kasih kepada kamu
kerana makhluk itu tertakluk kepada Allah dan kasih mereka termasuk dalam kasih Allah
seperti juga benci mereka termasuk dalam benci Allah.

Kamu pun dinaikkan ke pangkat ini di mana kamu tidak ada kehendak kepada apa-apa
yang lain lagi. Selepas ini kamu akan diberi kehendak untuk sesuatu dan kehendak itu
akan dilepaskan dari kamu dan kamu terhindar darinya. Kamu tidak akan diberi perkara
yang kamu hendak itu dalam dunia ini dan di akhirat kelak akan diberi gantinya dan akan
menambahkan hampir kamu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesuatu yang kamu
hendak itu akan menyejukkan mata kamu di syurga kelak.

Jika kamu tidak meminta sesuatu itu ataupun berharap dan berangan-angan untuk
mendapatnya semasa hidup di dunia ini, tempat yang sementara dan ujian, tetapi kamu
hidup di dunia ini semata-mata kerana hendak mencapai keredhaan Tuhan yang
menjadikan bumi dan langit dan alam semesta, maka kamu akan dikurniai dalam dunia
ini apa-apa yang seimbang dengannya atau yang terkurang dari kurnia Allah. Di akhirat
akan diberi kurnia yang lebih lagi. Sesungguhnya di sisi Allah ada ganjaran yang besar
dan berkekalan. Allah memberi kurnia kepada siapa yang dikehendakiNya menurut
ketentuan dan ketetapanNya.

______________________________________________

BAB 20 – SYARAHAN KEDUA PULUH

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“Buangkan apa sahaja yang menyebabkan kamu syak dan waham dalam fikiran kamu
tentang halal ataupun haramnya sesuatu perakara itu dan pakailah apa yang tidak
menimbulkan syak dan waham pada kamu”.
Apabila syak dan waham bercampur-aduk dengan yang tidak syak dan waham dalam
sesuatu perkara, maka pakailah yang tidak ada syak dan waham itu dan buangkan apa
yang menjadi syak dan waham. Dalam perkara yang menimbulkan syak dan waham dan
ini sentiasa mengacau dan menyoal fikiran kamu tentang halal ataupun haramnya
perkara itu, seperti sabda Nabi: “Dosa menimbulkan kekacauan dalam hati” Maka dalam
hal ini hendaklah kamu tunggu perintah batin. Jika kamu diperintahkan melakukannya,
maka lakukanlah. Jika kamu dilarang melakukannya, janganlah dilakukan dan lupakan
perkara itu dan kembalilah kepada Allah.

Jika kamu merasa jemu dan bosan dengan sabar, redha dan bertawakal dengan suka hati
kepada Allah dalam fana’, maka ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Agung dan gagah
tidak memerlukan supaya la diingat, dan Dia tidak lupa kepada kamu dan lain-lain
makhluk. Dia Maha Kaya dan Dia juga yang memberi makan dan rezeki kepada orang-
orang kafir, orang orang munafik dan orang-orang yang tidak patuh kepada-Nya. Tidak
mungkin Allah itu lupa, wahai orang-orang yang beriman, yang percaya kepada keEsaan-
Nya, yang patuh kepada perintah-Nya dan berpegang teguh kepada-Nya siang dan malam.

Sabda baginda Nabi Muhammad lagi:

“Buangkan apa yang menimbulkan syak wasangka dalam fikiran kamu dan ambillah apa
yang tidak menimbulkan syak wasangka.”

Ini juga bererti bahawa kamu janganlah ingin dan hendak atau mengambil apa yang ada
di tangan orang lain dan jangan berangan-angan supaya orang memberi kamu sesuatu
dan jangan takut dan khuatir kepada mereka. Bertawakallah kepada Allah dan haraplah
pertolongan dari Dia dan terimalah dari Dia (dan mungkin melalui makhluk-Nya) dan
inilah yang tidak menimbulkan syak wasangka dalam fikiran kamu

Jadikanlah satu sahaja tempat meminta, dan satu pemberi dan satu tujuan iaitu Dia sahaja
kerana Dialah Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Agung yang dalam tangan-Nya segala
raja dan dalam kontrol-Nya segala hati manusia dan hati manusia itu adalah ibarat raja
bagi badan kerana hati itulah mengontrol badan. Badan dan harta benda kepunyaan
manusia itu adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua. Manusia adalah wakil- Nya atau
pemegang amanah bagi-Nya. Apabila manusia memberi kamu sesuatu, maka gerak tangan
mereka itu adalah dengan izin Allah dan dengan perintah-Nya, dan sebenarnya adalah
gerak Allah jua. Begitu jualah sekiranya sesuatu itu ditahan dari sampai kepada kamu.
Pendeknya Dialah yang memberi dan Dialah juga yang menahan pemberian.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman:

“Pintalah kepada Allah kurniaan-Nya“.

Tuhan juga berfirman :

“Sesungguhnya apa sahaja yang kamu sembah selain Allah tidak langsung mengontrol
rezeki kamu, oleh itu, mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah
kepada Dia.“

Dia juga berfirman:

“Apabila hamba- hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, katakanlah bahawa aku
sangat hampir Aku akan terima permintaan orang-orang yang meminta apabila mereka
meminta kepada Aku.”

Allah juga berfirman:

“Serulah Aku dan Aku akan jawab seruanmu.”

Firman Tuhan lagi:


“Sesungguhnya Allah itulah yang memberi rezeki, Tuhan yang Maha Gagah dan Maha
perkasa.”

Seterusnya Tuhan berfirman:

“Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak
terhingga.”

<< Sebelumnya – Syarahan 11-15

Seterusnya – Syarahan 21-25 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 21-25


BAB 21 – SYARAHAN KEDUAPULUH SATU

Saya nampak syaitan dalam mimpi dan seolah-olah saya berada dalam kumpulan
manusia yang ramai dan saya bercadang hendak membunuh syaitan itu. Syaitan itu
berkata: “Mengapa kamu hendak membunuh aku, apakah dosa aku? Jika takdir Tuhan
hendak menggerakkan kejahatan berlaku, maka aku tidak berkuasa hendak menukarnya
dan menjadikan kebaikan, sebaliknya jika takdir hendak menggerakkan sesuatu kebaikan,
maka aku tidak ada kuasa hendak menukarnya supaya menjadi kejahatan. Apakah yang
ada dalam kuasaku?. Makan saya dapati rupa syaitan itu seperti orang kasi (eunuch),
suaranya lembut, rambutnya berjuluran ke dagunya, mukanya sangat huduh, dia seolah-
olah tersenyum kepada saya, penuh dengan perasaan malu dan takut. Ini terjadi pada
malam Ahad, 12 haribulan Dzulhijah, 401 Hijrah.

______________________________________________

BAB 22 – SYARAHAN KEDUAPULUH DUA

Biasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menguji hamba- hambaNya yang beriman menurut
darjat iman mereka. Sekiranya seseorang itu imannya kuat, maka ujiannya pun kuat juga.
Oleh itu, ujian kepada Rasul lebih hebat dari ujian kepada Nabi dan ujian Nabi lebih hebat
dari ujian kepada abdal, dan ujian kepada abdal lebih hebat dari ujian kepada wali. Tiap-
tiap seseorang diuji menurut tinggi atau rendah imannya. Nabi pernah berkata:
“Sesungguhnya kami dari golongan Nabi-Nabi adalah yang paling hebat ujiannya dari
orang-orang lain.”

Allah akan meneruskan ujian ini kepada mereka menurut tingkat-tingkatan mereka agar
mereka sentiasa berada disamping Tuhan dan tidak pernah lalai. Allah kasih kepada
mereka dan Allah tidak mahu orang yang dikasihiNya berjauhan dariNya. Oleh itu ujian
itu adalah ibarat peringkat hati mereka dan sebagai penjara jiwa mereka dan menjauhkan
mereka tercenderung kepada apa sahaja yang bukan tujuan hidup mereka, dan
menjauhkan mereka dari merasa senang dan condong kepada apa sahaja selain Allah
Yang Maha Pencipta Apabila ini telah menjadi keadaan mereka yang berkekalan,

maka hancurlah hawa nafsu amarah dan kebinatangan mereka dan diri merekapun
hancur. Maka dapatlah mereka membezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil
(palsu). Maka segala tanda, tujuan dan kehendak mereka terhadap keseronokkan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat hilang lenyap dari mereka dan mereka merasa
tenteram berada di sisi Tuhan dan mereka redha dengan Allah dan sabar terhadap
ujianNya dan mereka selamat dari kejahatan makhlukNya, dan mereka mendapat
kepuasan di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dengan itu, kekuasaan hati itu akan bertambah gagah dan dapat mengontrol anggota-
anggota badan. Ujian dan bencana itu menguatkan hati dan meneguhkan iman dan sabar,
serta melemahkan nafsu-nafsu kebinatangan dalam diri itu, Kerana apabila kesusahan
datang si mukmin menunjukkan sabar dan redha serta berserah bulat kepada Allah, maka
Allah akan redha dan menolong mereka dan memberi kekuatan kepada mereka Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Jika kamu bersyukur sungguhnya Aku akan tambahi
lagi kurniaan itu.” Apabila diri manusia itu menggerakkan hati untuk mencari sebarang
matlamat hawa nafsu dan berfoya-foya, dan hati itu menurut sahaja matlamat itu dan ini
tanpa perintah Allah dan izinNya, maka akibatnya ialah lupa kepada Allah, syirik dan
dosa. Maka Allah akan menimpakan bencana, kesusahan dan derita kepada mereka yang
lupa itu. Hati dan fikiran mereka akan sakit. Jika hati mereka tidak pedulikan panggilan
kepada matlamat tersebut hingga Allah mengizinkannya melalui ilham (bagi wali) dan
wahyu (bagi Nabi dan Rasul), dan tindakan diambil atas ilham atau wahyu itu sama ada
pemberian kurniaan atau bukan kurniaan, maka Allah akan memberi ganjaran kepada
hati tu dengan rahmat, keampunan, sentosa, keredhaan, cahaya

dan ilmu, kehampiran kepada Allah, merdeka dari apa-apa keperluan dan selamat dari
bahaya bencana. Oleh itu, ketahuilah dan ingatlah dan selamatkan diri kamu dari ujian
dengan bersungguh-sungguh waspada dengan tidak terburu- buru menurut panggilan
fikiran dan kehendak tetapi hendaklah tunggu dengan sabar keizinan Allah agar kamu
selamat di dunia dan di akhirat kelak.

______________________________________________

BAB 23 – SYARAHAN KEDUAPULUH TIGA

Berpuas hatilah kamu dengan apa yang ada padamu sehingga datang takdir Allah untuk
meninggikan taraf kamu di mana kamu akan diberi keselamatan dari kesusahan hidup di
dunia dan di akhirat dan dari noda serta dosa. Kamu akan dinaikkan ke peringkat yang
lebih tinggi hingga kamu puas dan bahagia. Apa yang telah diuntukkan kepada kamu pasti
kamu dapat dan apa yang tidak diuntukkan kepada kamu pasti tidak kamu dapat. Oleh itu,
sentiasalah bersabar dan redha dengan keadaan yang ada pada kamu, janganlah hendak
memandai-mandai sendiri dan menurut kehendak sendiri melainkan dan sehingga kamu
telah diperintahkan.

Jangan bergerak sendiri dan jangan berdiam sendiri kamu sahaja kerana ini akan
menghinakan kedudukan kamu, dan menzalimi diri kamu sendiri. Tuhan tidak lupa
kepada orang yang zalim.

Allah SWT berfirman:

ۢ
‫َوﻛ َ ٰﺬ ِﻟ َﻚ ُﻧ َﻮﻟ ْﻲ ﺑَﻌْ َﺾ اﻟﻈ ِﻠ ِﻤ ْﻴ َﻦ ﺑَﻌْ ًﻀ ۢﺎ ِﺑ َﻤﺎ ﻛَﺎ ُﻧ ْﻮا ﻳَ ﻜْ ِﺴ ُﺒ ْﻮ َن‬

“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan
rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari
perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).”(QS. Al-An’am : Ayat 129)

Ketahuilah bahawa kamu berada dalam istana raja yang maha berkuasa dan maha agung,
yang tenteranya tidak terhingga, yang perintahnya tidak boleh disanggah, yang
kerajaannya tidak boleh diganggu-gugat, yang berkekekalan dan abadi selama-lamanya,
yang ilmunya meliputi segala sesuatu bahkan dapat melihat apa yang terdetik di hati
sanubari. Kamu akan menzalimi diri kamu sendiri sekiranya kamu digerakkan oleh hawa
nafsu kebinatangan dan berbuat sesuka hati sendiri dan berbuat sesuatu yang
menyengutukan Allah.

Firman Allah:

ۢ ً ‫و َﻣ ْﻦ ﻳ ْﺸ ِﺮكْ ِﺑﺎ ِ َﻓ َﻘﺪْ َﺿﻞ َﺿ ٰﻠ‬ 


‫ﻼ ﺑ َِﻌ ْﻴﺪً ا‬ ُ ‫ِان ا َ َﻻ ﻳَ ْﻐ ِﻔ ُﺮ َا ْن ﻳ ْﺸ َﺮكَ ِﺑ ٖﻪ َوﻳَ ْﻐ ِﻔ ُﺮ َﻣﺎ دُ ْو َن ٰذ ِﻟ َﻚ ِﻟ َﻤ ْﻦ ﻳ َﺸ‬
َ ۗ   ‫ﺂء‬

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang


mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain
daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa
jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (QS. An-
Nisa’ : Ayat 116)

Jauhkan diri dari syirik dan jangan dekati syirik. Segala gerak dan diam kamu siang dan
malam sama ada berseorangan atau di tempat ramai hendaklah bebas dari syirik. Berhati
hatilah dari dosa yang apa juga bentuknya dalam hati dan pada anggota badan kamu.
Jauhkan dosa batin dan dosa lahir Janganlah kamu lari dari Tuhan kerana kamu tidak
akan dapat melarikan diri kamu dari Dia. Janganlah kamu melawanNya kerana kamu juga
akan dibinasa oleh-Nya. Janganlah kamu merungut terhadap perintah-Nya, kerana jika
kamu berbuat demikian kamu akan dihinakan-Nya. Janganlah kamu lupa kepada Dia,
kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan dilupai-Nya dan dicampak-Nya kamu
dalam kesusahan. Jangan kamu cuba meminda-minda rumah-Nya, kerana jika kamu
berbuat demikian, kamu akan dibinasakan-Nya. Janganlah kamu bercakap tentang
agama-Nya menurut hawa nafsu kamu semata-mata, kerana jika kamu berbuat demikian,
kamu akan hancur-lebur dan hati kamu digelapkan-Nya dan iman kamu akan dicabut-Nya
dan ilmu kebatinan kamu itu akan hilang, maka diberinya kuasa kepada syaitan, nafsu
kebinatangan kamu, keluarga kamu, jiran kamu, sahabat dan rakan kamu, jin, binatang,
dan segala makhluk-Nya untuk menguasai kamu dan mempengaruhi kamu. Dengan itu,
kamu hidup dalam dunia ini dalam kegelapan dan azab neraka akan kamu terima di
akhirat kelak.

______________________________________________

BAB 24 – SYARAHAN KEDUAPULUH EMPAT

Janganlah kamu ingkar kepada Allah dan berpegang teguhlah kepada-Nya. Kembalilah
kepada-Nya dengan penuh khusyuk dan rendah diri. Bertawakallah kepada Dia dengan
sepenuh penyerahan. Janganlah turutkan hawa nafsu kebinatangan kamu itu. Janganlah
mencari kepentingan semata- mata untuk dunia atau akhirat atau mencari kedudukan
yang lebih tinggi atau lebih mulia. Ketahuilah bahawa kamu itu adalah hamba-Nya.
Hamba dan kepunyaannya itu adalah sebenarnya kepunyaan tuannya. Si hamba tidak ada
apa-apa. Tuannya yang mempunyai segala-galanya. Hendaklah kamu bersopan santun
dan jangan menyalahkan tuanmu itu. Segalanya telah ditentukan olehnya. Apa yang
didahulukannya tidak dapat dikemudiankan, dan apa yang dikemudiankan tidak dapat
didahulukan. Dia telah memberi kamu tempat kediaman yang kekal di akhirat dan
menjadikan kamu tuannya dan memberi kamu kurniaan yang tidak pernah dilihat oleh
mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dirasa oleh hati.
Firman Allah :

‫آء ِﺑ َﻤﺎ ﻛَﺎ ُﻧ ْﻮا ﻳَ ﻌْ َﻤ ُﻠ ْﻮ َن‬ َ ۚ ‫اﻋْ ُﻴ ٍﻦ‬ َ ‫َف َﻻ َﺗﻌْ ﻠَ ُﻢ َﻧ ْﻔ ٌﺲ ﻣ ۤﺎ ُا ْﺧ ِﻔ َﻲ ﻟَﻬُ ْﻢ ﻣ ْﻦ ُﻗﺮ ِة‬
ً ۢ ‫ﺟ َﺰ‬ 

“Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah
dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan
mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”
(QS. As-Sajdah 32: Ayat 17)

Ini bererti ganjaran dari apa yang mereka lakukan di dunia ini dalam mematuhi hukum-
hukum Allah, dalam bersabar dari melakukan dosa dan maksiat, dan bertawakal bulat
kepada Dia sahaja dan redha dengan-Nya.
Bagi mereka yang Allah beri perkara-perkara keduniaan dan menjadikan dia tuannya dan
dilimpahi kurnia keduniaan untuknya, maka Allah menjadikan itu kerana kedudukan
iman mereka itu adalah seperti tanah yang tandus dan berpasir di mana air tidak dapat
bertakung dan tumbuh-tumbuhan tidak mahu hidup. Kemudian dibubuh oleh-Nya
berbagai-bagai baja supaya pokok-pokok tanaman itu tumbuh dan inilah dunia dan
hiasannya agar perkara-perkara ini mudah-mudahan dapat menumbuhkan iman dan
amal soleh bagi mereka itu. Jika baja-baja ini tidak diberi maka kering dan matilah
tumbuh- tumbuhan itu dan negeri pun tidak berwangi lagi. Maka Allah Yang Maha Suci
dan Tinggi berkehendakkan negeri itu berwangi dan subur dengan tumbuh-tumbuhan.

Oleh itu, pokok iman dalam seorang kaya itu adalah lemah uratnya dan tidak subur.
Ketahuilah bahawa iman itu lebih berharga dari segala kekayaan dunia. Semoga Allah
sentiasa mengasihi kita dan menunjukki kita ke jalan yang lurus lagi benar. Seorang yang
kaya tetapi imannya sangat lemah akan jadi munafik atau kafir sekiranya kekayaan harta
benda itu dicabut dari mereka. Sekiranya Allah tidak beri kepada orang kaya itu
kesabaran dan keimanan yang teguh dan cahaya ilmu yang hakiki, maka binasalah dia.
Orang kaya yang penuh iman itu tidak khuatir dan takut jika kekayaan harta benda dan
keduniaan ini hilang darinya asalkan kekayaan imannya jangan hilang.

______________________________________________

BAB 25 – SYARAHAN KEDUAPULUH LIMA

Ayuhai orang yang miskin harta benda! Mereka yang dijauhi oleh dunia dan orang-
orangnya yang tidak terkenal, yang lapar dahaga, yang tidak berpakaian, yang hatinya
hancur, yang mengembara dari satu masjid ke satu masjid dan di tempat-tempat yang
sunyi, yang dibenci oleh orang dan terhindar dari apa yang dicita-citakan, maka kamu
demikian ini janganlah menyangka yang Allah itu telah menjadikan kamu miskin papa
dan mencabut dunia ini dari kamu dan menjahanamkan kamu dan memusuhi kamu dan
menghinakan kamu pada hal keluarga dan saudara-mara kamu dilebihkan oleh Allah dari
kesenangan dan kekayaan dunia ini. Janganlah kamu sangka Tuhan itu menzalimi kamu,
kerana kamu dan keluarga dan saudara-mara kamu itu adalah orang Islam dan beriman
juga dan keturunan kamu dan dia adalah dari Adam dan Hawa jua.

Allah menjadikan kamu demikian ialah kerana kamu seorang yang suci dan rahmat Allah
melimpahi kamu tidak berhenti-henti yang berupa kesabaran, tawakal, iman dan redha
serta ilmu. Cahaya iman dan tauhid akan melimpahi hati kamu. Maka tumbuhlah pokok
keimanan itu dalam diri kamu dengan suburnya dan penuh dengan buah-buah yang
ranum dan lazat citarasanya. Pokok itu makin bertambah besar serta tinggi dan rendang
daunnya tanpa diberi baja lagi. Apa yang telah ditentukan untuk kamu pasti akan kamu
terima sama ada kamu suka atau tidak.

Oleh itu, janganlah tamak dan terburu nafsu Janganlah sedih kerana kamu tidak dapat
apa yang orang lain dapat. Apa yang tidak ada dalam kepunyaan kamu itu adalah dari dua
jenis: (1) sama ada untuk kamu, atau (2) kepunyaan orang lain. Apa yang telah ditetapkan
untuk kamu, akan datang kepada kamu dan kamu akan dibawa untuk mendapatkannya
dan kamu pasti akan dapat tidak lama lagi. Apa yang bukan untuk kamu, maka kamu
akan dijauhkan darinya dan benda itupun dijauhkan dari kamu dan kamu pasti tidak
bertemu dengan benda itu. Oleh itu berpuas hatilah dengan yang ada dalam kepunyaan
kamu dan patuh kepada Allah, janganlah pandang yang lain dari Dia sahaja. Firman
Tuhan:

“Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan
kepada golongan- golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami
cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal”.

Oleh yang demikian, Allah tidak suka kamu berasa tamak dan hendakkan kepunyaan
orang lain tetapi hendaklah kamu puas hati dan rela dengan apa yang ada dalam
kepunyaan kamu dan kamu hendaklah menyerah diri kamu kepada Allah dengan patuh.
Yang lain dari kepunyaan kamu itu adalah satu ujian yang dengan itu orang lain itu diuji.
Apa yang dalam kepunyaan kamu itu adalah lebih baik dan lebih bersih dari apa yang
bukan dalam milik kamu. Jadikanlah ini jalan hidup dan kelakuan kamu agar kamu
selamat dan diberi kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Firman Allah: “Seorangpun
tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam
nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah
mereka kerjakan.

Oleh yang demikian, tidak perlu melebihi 5 cara penyembahan dan mengelakkan segala
dosa yang tersebut itu dan tidak ada yang lebih besar, lebih mulia dan disukai dan diredha
Allah dari apa yang telah kami sebutkan itu. Moga- moga Allah memberi kita sekalian
daya upaya untuk melakukan apa yang diredhai-Nya dan disukai-Nya dengan kurnia
Allah jua.

<< Sebelumnya – Syarahan 16-20

Seterusnya – Syarahan 26-30 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 26-30


BAB 26 – SYARAHAN KEDUAPULUH ENAM

Hijab atau tabir yang melindungi kamu itu tidak akan terbuka sekiranya kamu tidak
keluar dari makhluk dan membebaskan hati kamu dari makhluk dalam semua keadaan
dan kedudukan hidup. Hijab itu juga tidak akan terbuka sekiranya hawa nafsu kamu tidak
hancur lebur dan begitu juga tujuan dan kerinduan kamu kepada makhluk dan kepada
dunia. dan kepada akhirat. Kamu hendaklah menjadi seperti bekas yang berlubang di
mana tidak ada air yang tinggal di dalamnya. Hati kamu hendaklah kosong dari yang lain
dan dipenuhi oleh Allah semata-mata. Maka kamu akan jadi penjaga pintu hati kamu dan
kamu diberi pedang tauhid dan kekuatan dan kekuasaan. Apa sahaja selain Allah yang
hendak merempuh masuk dalam hati kamu itu, maka hendaklah kamu penggal lehernya
dengan pedang tauhid agar tidak ada diri kamu, nafsu kamu dan kerinduan kamu kepada
dunia dan akhirat. Hanya Allah sahaja yang bersemayam dalam hati kamu itu. Maka
jadilah kamu hamba Allah sejati dan bukan hamba kepada manusia atau pendapat
mereka atau kepada perintah mereka atau kepada apa sahaja selain Allah. Apabila ini
telah menjadi berkekalan dalam diri kamu dalam hidup ini, maka tabir kehormatan akan
digantung dikeliling hati kamu, parit kemuliaan akan digali dikelilingnya kuasa
keagungan akan mengelilinginya dan hati kamu akan digaul oleh tentera hak dan tauhid
dan disamping itu pengawal pengawal yang hak akan ditempatkan dekatnya, maka
dengan itu, syaitan, hawa nafsu kebinatangan, pengaruh manusia yang meruntuhkan,
angan-angan kosong dan apa sahaja yang merosakkan kamu tidak akan dapat menawan
kamu dan menerobos masuk ke dalam hati kamu yang terkawal rapi itu.
Jika ditakdirkan manusia datang tidak berhenti-henti kepada kamu kerana hendak
mengunjungi kamu yang telah diberi kemuliaan oleh Allah agar mereka juga diberi
cahaya, tanda- tanda yang terang, ilmu yang mendalam, melihat kehormatan dan perkara
luar biasa dari kamu dan dengan itu menguatkan usaha mereka untuk menghampiri Allah
dan patuh kepada-Nya maka semua ini tidak akan menggoncangkan kamu dan
mempengaruhi kamu kepada perasaan megah dan bangga kehendak dan nafsu yang
merosakkan kamu sendiri, dan dari kesombongan, ujub dan riya’ dan sebagainya.Namun
kamu tetap dengan Allah dan merendah diri kepada-Nya.

Sekiranya kamu diberi Allah seorang isteri yang cantik molek, namun itupun tidak dapat
menggoncangkan iman kamu dan kamu akan terselamat dari kejahatan, dan
diselamatkan dari memikul bebannya atau saudara-maranya.Isteri itu adalah kurniaan
Allah kepada kamu dan Allah akan pelihara isteri kamu itu dari kerosakkan akhlak, tidak
amanah, berbuat kejahatan dan menyeleweng dari jalan yang lurus.Dia tertakluk kepada
kamu.Dia dan saudara-maranya akan membebaskan kamu dari beban nafkahnya dan
menjauhkan dari kamu sebarang kesusahan kerananya.Sekiranya dia melahirkan anak
untuk kamu, maka anak itu akan jadi anak yang soleh dan bersih dan menyeronokkan
mata kamu, firman Allah :

َ ۗ   ‫ ِاﻧﻬُ ْﻢ ﻛَﺎ ُﻧ ْﻮا ﻳُ ٰﺴ ِﺮﻋُ ْﻮ َن ِﻓ ْﻲ ْاﻟ َﺨ ْﻴـﺮٰ ِت َو ﻳَ ﺪْ ﻋُ ْﻮ َﻧـﻨَﺎ َر َﻏ ًﺒﺎ و َر َﻫ ًﺒﺎ‬  ۗ   ٗ‫اﺳﺘَ َﺠ ْﺒﻨَﺎ ﻟَﻪٗ َو َو َﻫ ْﺒﻨَﺎ ﻟَﻪٗ ﻳَ ْﺤ ٰﻴﻰ َو َا ْﺻﻠَ ْﺤﻨَﺎ ﻟَﻪٗ َز ْو َﺟﻪ‬
‫وﻛَﺎ ُﻧ ْﻮا ﻟَﻨَﺎ‬  ْ ‫َف‬
‫ٰﺧ ِﺸ ِﻌ ْﻴ َﻦ‬

“Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya,
dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak)
baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana)
sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan
sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka
pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” (QS. Al-Anbiya 21: Ayat 90)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ً ‫اﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻟ ْﻠ ُﻤﺘ ِﻘ ْﻴ َﻦ ِا َﻣ‬


‫ﺎم‬ ْ ‫اﺟﻨَﺎ َو ُذرﻳ ِﺘﻨَﺎ ُﻗﺮ َة َاﻋْ ُﻴ ٍﻦ و‬
ِ ‫ﻣ ْﻦ َا ْز َو‬  ْ ‫َواﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ﻳَ ُﻘ ْﻮ ُﻟ ْﻮ َن َرﺑﻨَﺎ ﻫ‬
ِ ‫َﺐ ﻟَـﻨَﺎ‬

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan
berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (QS. Al-Furqan 25: Ayat
74)

Juga berfirman:

“Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub, dan jadikanlah ia,
ya Tuhanku, seorang yang diredhai.” (Surah Mariam: Ayat 6)

Semua permintaan atau do’a dalam ayat-ayat itu akan berlaku dan akan diterima bagi
kamu, sama ada atau tidak kamu tujukan permintaan itu kepada Allah kerana do’a-do’a
itu adalah untuk orang yang layak sahaja dan yang layak menerima kurniaan-Nya dan
yang hampir dengan-Nya.
Sekiranya hal-hal keduniaan datang kepada kamu, namun kamu tidak akan dibahayakan
oleh-Nya. Apa yang telah diuntukkan untuk kamu akan dapat kamu rasai dengan keadaan
bersih dengan kehendak dan lakuan Allah, tetapi hendaklah kamu patuh kepada-Nya
seperti melakukan sembahyang lima waktu dan puasa bulan Ramadhan. Kamu
diperintahkan supaya membelanjakan apa yang bukan bahagian kamu dari rezeki kamu
itu kepada sahabat kamu, jiran kamu, orang-orang yang meminta sedekah dan orang-
orang yang patut menerima wang zakat menurut keperluan sesuatu keadaan. Keadaan
yang sebenarnya akan dibuka kepada kamu dan dapatlah kamu membezakan mana yang
patut diberi dan mana yang tidak patut diberi. Segalanya terang dan nyata bagi kamu,
tidak ada ragu dan tidak ada samar-samar lagi.
Oleh yang demikian, hendaklah kamu bersikap sabar, sukarela dalam bertawakal kepada
Allah, perhatikan yang ada sekarang, hapuskan syak wasangka, diam jangan banyak
cakap, berlumba-lumbalah menuju keredhaan Ilahi, tawakallah kepada-Nya, tawadhu’
dan khusyuk kepada-Nya, besederhanalah, sehingga takdir telah datang dan kamu dibawa
dengan tangan kamu untuk mara ke hadapan Kemudian itu segala yang memberatkan
kamu akan diringankan dari kamu dan selepas itu kamu akan ditenggelamkan ke dalam
lautan redha, rahmat dan kasih sayang Allah dan kamu akan dipakai dengan pakaian nur
dan rahsia ke Tuhanan Yang Maha Tinggi dan alam yang datang

dari Allah.Kamu akan dibawa hampir kepada-Nya dan berkata- kata dengan-Nya, dan
diberi kurniaan dan dibebaskan dari keperluan.Kamu akan diberi keberanian, kemuliaan
dan ketinggian dan firman ini akan ditujukan kepada kamu “Dan raja berkata: Bawalah
Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.”Maka tatkala
raja bercakap cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini
menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami

Kemudian cubalah agak dan anggarkan dari keadaan Nabi Yusuf apabila beliau ditujukan
dengan perkataan-perkataan ini melalui lidah raja Mesir yang juga menjadi ketua dan
fir’aun di negeri itu. Pada zahirnya lidah raja itu yang bercakap tetapi sebenarnya adalah
Tuhan yang bercakap. Allah yang berkata- kata melalui lidah ilmu. Kepada Nabi Yusuf
diberi kerajaan lahir iaitu kerajaan Mesir, dan juga kerajaan batin iaitu kerajaan ilmu,
kerohanian dan akal fikiran, dan kehampiran kepada Allah dan kemuliaan dan ketinggian
di sisi Allah.

Firman Allah :

“Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir (dia
berkuasa penuh) pergi menuju ke mana sahaja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami
melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak
mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik”. (Surah Yusuf: Ayat 56)

Bumi dalam ayat ini bermaksud Mesir.Berkenaan kerajaan kerohanian, Allah berfirman :

“Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf,
dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai kata dia tidak
melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya
kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami
yang terpilih.” (Surah Yusuf: Ayat 56)

Berkenaan kerajaan ilmu, Allah berfirman:

“Yusuf berkata: Sebelum sampai kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan
kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu sebelun
makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebahagian dari apa yang
diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari
kemudian. Surah Yusuf: Ayat 37)

Apabila kamu telah ditujukan dengan perkataan-perkataan yang demikian, wahai orang-
orang yang beriman, maka kamu telah diberi ilmu yang agung dan diberkati Allah, dan
diberi-Nya kekuatan, kebaikan, kekuasaan dan kewalian dan perintah yang melambatkan
kerohanian dan bukan kerohanian dan diberi kuasa menjadikan semuanya dengan izin
Allah. Di akhirat kelak kamu akan diberi tempat yang kekal dan bahagia di syurga.
Ditambah pula dengan melihat wajah Allah dan keredhaanNya dan inilah matlamat yang
tidak terhad dan tidak ada hujungnya.

______________________________________________

BAB 27 – SYARAHAN KEDUAPULUH TUJUH


Anggaplah baik dan jahat itu sebagai dua biji buah dari dua batang dahan tetapi dari satu
pokok. Satu dahan mengeluarkan buah yang pahit dan satu lagi mengeluarkan buah yang
manis. Oleh itu tinggalkanlah negeri dan pekan di mana buah-buahan dari pokok ini
dihantar, dan jauhkan diri dari orang-orangnya. Pergilah ke pokok itu sendiri dan menjadi
pengawal pokok itu dan dapatkan pengetahuan tentang kedua-dua dahan dan buah
tersebut serta sekitarnya dan tetaplah kamu berada dekat dahan yang mengeluarkan
buah- buahan yang manis itu. Makanlah buah yang manis itu dan jadikan sumber
kekuatan kamu. Jauhkan diri dari dahan yang mengeluarkan buah yang pahit kerana
buah itu mungkin akan meracuni kamu. Apabila kamu bersikap seperti demikian,
terselamatlah kamu dari semua kejahatan kerana kejahatan dan bencana itu datangnya
dari buah yang pahit itu. Apabila kamu jauh dari pokok itu dan kamu merayau-rayau di
tempat- tempat yang jauh dan buah-buah ini dibawa kehadapan kamu dan buah-buah itu
dicampur gaul sehingga kamu tidak tahu mana yang manis dan mana yang pahit, dan
kamu terus makan buah-buah itu, maka mungkin kamu terambil buah yang pahit dan
memakannya, lantaran itu kamu akan teracun dan membunuh kamu

Jika kamu makan pada mulanya buah yang manis dan manisnya itu masuk meresapi
badan kamu dan kamu mendapat faedah darinya dan menjadi bahagia, maka inipun tidak
cukup. Besar kemungkinan kamu akan makan buah yang pahit dan kamu tidak yakin
yang buah itu tidak pahit. Kamu akan mengalami apa yang telah saya katakan. Oleh yang
demikian, tidaklah baik berjauhan dari pokok itu dan jahil tentang buah-buahnya.
Keselamatan berada jika kamu berada dekat pokok itu dan berada disamping pokok itu.
Kebaikan dan kejahatan itu adalah kedua-duanya lakuan Allah Yang Maha Berkuasa jua.
Firman Allah:

“Mereka berkata: Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar) Ibrahim, lalu


lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala itu. “(Surah As-Shafaat: Ayat 97)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Allah telah menjadikan manusia yang menyembelih dan juga binatang yang disembelih.”

Lakuan atau perbuatan hamba Allah itu adalah ciptaan Allah, begitu juga hasil atau akibat
lakuan itu. Allah berfirman :

“(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan
mengatakan (kepada mereka) : “Salamualaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu
disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah An-Nahl: Ayat 32)

Puji-pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah beri lakuan itu
kepada mereka dan berkata kemasukkan mereka ke syurga itu adalah kerana perbuatan
atau lakuan mereka pada hal lakuan atau perbuatan itu sebenarnya. adalah dengan
pertolongan, keizinan dan rahmat Allah jua. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:

“Tidak ada orang yang masuk syurga kerana perbuatan atau lakuannya sendiri sahaja.”

Baginda ditanya: “Bukan juga kamu, wahai Nabi Allah?” Baginda menjawab: “Ya,
walaupun aku sendiri, kecuali Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada aku.”

Semasa beliau berkata demikian, diletakkannya tangannya di atas kepalanya. Ini


diceritakan dari satu hadith yang dibawa oleh Aisyah Radhiyallahu ‘anha. Oleh itu juga,
kamu dapat melakukan perintah Allah dan membuat kebaikan, dan kamu berjaya
menajuhkan diri dari yang haram, maka hendaklah kamu kembali dan menyerah kepada
Allah yang telah menjadikan kamu dapat berbuat demikian itu. Dia akan melindungi
kamu dari noda dan dosa dan menambahkan kebaikan bagi kamu. Dia akan memelihara
kamu dari dinodai oleh dosa, baik hal agama mahupun hal dunia. Berkenaan hal
keduniaan, ada firman Allah :
“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan
mukminah tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak)
berkata Ini adalah sesuatu berita bohong yang nyata.” (Surah An Nur: Ayat 12)

Berkenaan hal keagamaan, Allah berfirman:

“Mengapa Allah akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman, dan Allah
adalah Maha Mensyukuri lagi Maha mengetahui.” (Surah An-Nisa’: Ayat 147)

Apakah yang dapat dilakukan oleh bencana dan mala petaka itu kepada seorang yang
beriman dan bersyukur? Kerana dia lebih hampir kepada keselamatan daripada mala
petaka, bahkan dia dalam keadaan mewah kerana bersyukur.

Allah berfirman :

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu


bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku). Maka sesungguhnya azabku sangat pedih. “Surah Ibrahim: Ayat 7)

Bahkan iman kamu itu dapat memadamkan api neraka di akhirat kelak. Api yang akan
membakar orang-orang yang berdosa. Bagimana pula tidak dapat iman itu memadam api
malapetaka dalam hidup di dunia ini? Memang dapat kerana ini telah dirasai oleh orang-
orang yang kuat imannya dan orang- orang yang telah mencapai darjat wali dengan izin
dan pilihan Allah sendiri. Tiap-tiap orang tidak sunyi daripada mendapat mala petaka
dalam hidup di dunia ini, tetapi semua ini dapat diatasi dengan keimanan yang tulen.
Tiap-tiap orang diuji imannya dengan malapetaka, bencana, susah dan derita tetapi itu
semua hendaklah diatasi dengan iman yang kuat. Orang yang lulus dalam ujian itu
dapatlah membersihkan dirinya dan timbullah semangat tauhid dalam dirinya, dan
hatinya akan dilimpahi dengan ilmu hakikat dan rahsia-rahsia Allah yang ghaib-ghaib dan
orang itupun akan bertambah hampir dengan Tuhan semesta alam. Hati itu adalah ibarat
rumah dan rumah itu tidak boleh diduduki oleh dua orang. Maka rumah itu hendaklah
diduduki oleh yang satu sahaja iaitu Allah. Allah berfirman :

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya, dan
Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak
menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian
itu hanyalah perkataanmu di mulutmu sahaja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya
dan Dia menunjukkan jalan (yang benar) (Surah Al-Ahzab: Ayat 4)

Firman Allah juga:

“Dia berkata: “Sesungguhnya raja-raja apabila memasukki suatu negeri, nescaya


mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina, dan
demikian pulalah yang akan mereka perbuat.”(Surah An-Naml: Ayat 34)

Mereka perhinakan orang-orang yang mulia dan menyusahkan orang-orang yang senang.
Jika hati itu dikawal oleh syaitan dan hawa nafsu, maka hati yang demikian itu akan
mengawal anggota dan badan lalu melakukan perkara yang tidak senonoh. Jika hati itu
telah dibersihkan dari perkara-perkara tersebut, maka suburlah iman dan hati itupun
diduduki oleh tauhid, iman dan ilmu Allah. Semua ini didapati setelah menempuh
berbagai-bagai cubaan dan godaan. Nabi Muhammad pernah bersabda:

“Kami dari golongan Nabi-Nabi adalah yang paling hebat diuji dan yang lain-lain itu
menurut taraf mereka.

Nabi juga bersabda:

“Aku mengetahui Allah lebih dari kamu, dan aku lebih takut kepada-Nya lebih dari
kamu”
Orang yang hampir dengan raja itu mestilah berwaspada dan sentiasa bersopan santun.
Apabila seseorang itu dinaikkan tarafnya di sisi Dia, maka risiko pun makin besar kerana
perlulah orang itu berterima kasih terhadap kurniaan-Nya, dan mengabdikan diri
kepadanya, penyelewengan yang sedikit dari mematuhi dia bererti menyalahi Dia.

Firman Allah:

‫ﺎن ٰذ ِﻟ َﻚ ﻋَ ﻠَﻰ ا ِ ﻳَ ِﺴ ْﻴ ًﺮا‬


َ َ ‫وﻛ‬  ُ ‫ﺎﺣ َﺸ ٍﺔ ﻣ َﺒﻴﻨ ٍَﺔ ﻳ ٰﻀﻌَ ْﻒ ﻟَﻬَ ﺎ ْاﻟﻌَ َﺬ‬
َ ۗ   ‫اب ِﺿﻌْ َﻔ ْﻴ ِﻦ‬ ِ ‫اﻟﻨﺒﻲ َﻣ ْﻦ ﻳﺎ ِت ِﻣ ْﻨﻜُﻦ ِﺑ َﻔ‬
ِ ‫ﺂء‬ َ ‫ٰي ِﻧ َﺴ‬

“Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang
nyata, nescaya akan dilipatgandakan seksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah
yang demikian itu mudah bagi Allah.” (Surah Al- Ahzab: Ayat 30)

Allah berfirman demikian kepada mereka tersebut itu kerana kurniaan-Nya kepada
mereka telah disempurnakan dengan membawa mereka di sisi Nabi. Bagaimanakah
kedudukan seseorang yang hampir dengan Tuhan? Allah Maha tinggi dan tidak ada
sesuatu pun yang seumpamaNya.

Firman Allah :

َ ۚ ‫ﻟَ ْﻴ َﺲ ﻛ َ ِﻤﺜْ ِﻠ ٖﻪ َﺷ ْﻲ ٌء‬  ۗ   ‫ﻳَ ْﺬ َر ُؤﻛُ ْﻢ ِﻓ ْﻴ ِﻪ‬  ۚ   ‫اﺟﺎ‬


ُ‫و ُﻫ َﻮ اﻟﺴ ِﻤ ْﻴﻊ‬  ِ َ‫اﺟﺎ و ِﻣ َﻦ ْاﻻَ ْﻧﻌ‬
ً ‫ﺎم َا ْز َو‬ َ ۗ ‫اﻃ ُﺮ اﻟﺴﻤٰ ٰﻮ ِت َو ْاﻻَ ْر ِض‬
ً ‫ﺟﻌَ َﻞ ﻟَـﻜُ ْﻢ ﻣ ْﻦ َا ْﻧ ُﻔ ِﺴﻜُ ْﻢ َا ْز َو‬  ِ ‫َف‬
‫ْاﻟ َﺒ ِﺼ ْﻴ ُﺮ‬

“(Dia) pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri
pasangan-pasangan dan dari jenis ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya
kamu berkembang-biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan
Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Melihat (Surah Asy-Syura: Ayat 11)

______________________________________________

BAB 28 – SYARAHAN KEDUAPULUH LAPAN

Kamu inginkan kesentosaan, kebahagiaan, keselamatan, kedamaian, keberkatan dan


kemerdekaan tetapi kamu masih lagi dalam proses menghapuskan nafsu-nafsu
kebinatangan kamu, masih berjuang dengan hawa nafsu kamu, dan masih lagi ingin
kembali ke dunia atau ke akhirat, dan ini masih lagi ada sisa-sisanya dalam diri kamu,
maka oleh itu berjuang lagi hingga kamu berjaya. Jangan terburu-buru. Berjalanlah
lambat-lambat agar selamat. Bersihkan diri kamu dari sisa-sisa itu. Kamu masih lagi
belum masuk ke dalam fana’ jika kamu masih ada juga keinginan-keinginan kamu
terhadap dunia atau makhluk-makhluk lain dengan lain perkataan kamu masih lagi
hendakkan apa-apa yang lain dari Allah. Apabila kamu telah dapat melepaskan hati kamu
dari apa sahaja selain Allah, maka barulah kamu lepas dari ikatan- ikatan yang menambat
kamu untuk menuju kepada Allah. Apabila kamu telah lepas dari segala itu dan kamu
sedang berada dihadrat Allah, maka kamu akan dimuliakan dan firman ini dihadapkan
Tuhan kepada kamu:

Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih sebagai orang yang
rapat kepadaku.” Maka tatkala raja bercakap-cakap dengan Dia, Dia berkata:
“Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi
dipercayai pada sisi Kami.

Barulah kamu diberi kebahagiaan dan kesentosaan, kasih sayang dan redha Ilahi. Kamu
akan dihampiri di sisi Dia dan segala rahsia Ilahi tidak lagi terlindung dari kamu. Kamu
akan diberi kebebasan dari keperluan apa sahaja. Bebaslah kamu dari segala-galanya dan
berada di sisi Tuhan. Tidakkah kamu lihat emas sama ada baik buatannya atau buruk
buatannya, dari berbagai bagai bentuk dan rupa, bertukar- tukar tangan, pagi atau petang,
dari dan kepada tangan penjual barang, penjual ubat, penjual daging, tukang kulit, tukang
kayu, penjual minyak, tukang sapu dan orang-orang lain? Emas itu dipungut dan
dikumpulkan dan diletakkan dalam alat pelebur oleh tukang tukang emas dan kemudian
dilebur dengan menggunakan api, dan kemudian dikeluarkan dari tempat pelebur itu, dan
ditumbuk, dilembut dan di ukir supaya dijadikan alat perhiasan yang indah-indah. Emas
itu dijadikan hiasan dan disimpan di tempat-tempat yang selamat dan rumah-rumah
orang kaya atau dalam almari atau peti dan sebagainya. Emas itu juga mungkin dijadikan
alat hiasan badan perempuan dan dihargai. Boleh jadi juga orang yang memakainya itu
seorang yang ternama atau raja-raja. Begitulah emas itu dari tempatnya mula diambil
telah sampai ke tempat yang baik-baik seperti istana istana dan sebagainya. Oleh itu,
kamu juga wahai orang orang yang beriman, jika kamu bersabar dan menurut takdir Ilahi
dan berserah dengan sukarela kepada-Nya dalam semua keadaan, maka kamu akan
dihampiri oleh Allah di sisi-Nya dalam dunia fana’ ini dan kamu akan dikurnia-Nya
dengan ilmu-Nya dan lain-lain ilmu dan rahsia, dan di akhirat kelak akan ditempatkan di
dalam syurga yang aman-damai beserta dengan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, orang-orang
shodiq, orang- orang syahid, dan orang-orang soleh dalam kehampiran padaNya, dan
dalam rumah-Nya dan dekat-Nya dengan menikmati kasih sayang-Nya. Oleh itu, sabarlah,
jangan terburu-buru, redhalah dengan takdir Ilahi dan jangan merungut-rungut. Jika
kamu berbuat demikian, maka susahlah kamu dapat keampunanN ya, ilmuNya, kasih
sayang dan keredhaanNya.

______________________________________________

BAB 29 – SYARAHAN KEDUAPULUH SEMBILAN

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Kemiskinan itu hampir-
hampir membawa kepada kekufuran.” Orang yang benar-benar hamba Allah percaya
kepada Allah dan menyerahkan semua hal dirinya kepada Allah, percaya dengan
kurniaan rezeki dari Allah dan yakin bahawa apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah
kepadanya pasti ia dapat dan apa sahaja yang dihindarkan oleh Allah darinya pasti tidak
ia dapat.

Firman Allah:

‫ذ ِﻟﻜُ ْﻢ ﻳُ ْﻮﻋَ ُﻆ ِﺑ ٖﻪ‬ ٰ ۗ ‫ﺎر ُﻗ ْﻮ ُﻫﻦ ِﺑ َﻤﻌْ ُﺮ ْو ٍف و َا ْﺷ ِﻬﺪُ ْوا َذ َو ْي ﻋَ ﺪْ ٍل ﻣ ْﻨﻜُ ْﻢ َو َا ِﻗ ْﻴ ُﻤﻮا اﻟﺸﻬَ ﺎدَ َة ِﻟﻠ ِﻪ‬ َ َ َ َ َ
ِ ‫َف ِا َذا ﺑَﻠ ْﻐ َﻦ ا َﺟﻠﻬُ ﻦ َﻓﺎ ْﻣ ِﺴﻜُ ْﻮ ُﻫﻦ ِﺑ َﻤﻌْ ُﺮ ْو ٍف ا ْو َﻓ‬
‫و َﻣ ْﻦ ﻳﺘَ َﻮﻛ ْﻞ ﻋَ ﻠَﻰ ا ِ َﻓﻬُ َﻮ‬  َ ۗ   ‫ـﻖ ا َ ﻳَ ْﺠﻌَ ْﻞ ﻟﻪٗ َﻣ ْﺨ َﺮ ًﺟﺎ • وﻳَ ْﺮ ُز ْﻗ ُﻪ ِﻣ ْﻦ َﺣ ْﻴ ُﺚ َﻻ ﻳَ ْﺤﺘَ ِﺴ ُﺐ‬ ِ ‫و َﻣ ْﻦ ﻳـﺘ‬  ٰ ْ ‫ﺎن ﻳُ ْﺆ ِﻣ ُﻦ ِﺑﺎ ِ َو ْاﻟ َﻴ ْﻮ ِم‬
َ ۙ ‫اﻻ ِﺧ ِﺮ‬ َ َ ‫َﻣ ْﻦ ﻛ‬
َ َ ُ ُ َ َ َ ُ
‫ﻗﺪْ َﺟﻌَ ﻞ ا ِﻟﻜﻞ ﺷ ْﻲ ٍء ﻗﺪْ ًرا‬  ۗ   ‫ ِان ا َ ﺑَﺎ ِﻟﻎ ا ْﻣ ِﺮ ٖه‬  ۗ   ٗ‫َﺣ ْﺴ ُﺒﻪ‬

“Apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddahnya, maka ruju’lah mereka dengan baik
atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi
yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegapkan kesaksian itu kerana Allah.
Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-
sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan
mencukupkan (keperluannya) Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu.(Surah At-Thalaq: Ayat 2-3)

Allah berfirman demikian tatkala hamba itu dalam keadaan senang dan damai. Kemudian
Allah uji dia dengan bencana dan kemiskinan maka hamba itu pun merayu dan
menyerahkan dirinya kepada Allah, tetapi tidak dihindarkan oleh Allah bencana dan
kemiskinan itu darinya. Maka waktu itu betullah apa yang disabdakan oleh Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, “Kemiskinan itu hampir-hampir membawa
kekufuran“.

Bagi mereka yang dilayan Allah dengan lemah lembut, maka Allah akan hindarkan
bencana dan kemiskinan itu dari mereka, dan diberinya kesentosaan dan keamanan dan
kekuatan untuk bersyukur dan memuji-Nya dan berterusan dalam keadaan itu sehingga
dia bertemu dengan Tuhannya. Apabila Allah hendak menguji dia, maka Allah datangkan
malapetaka dan memutuskan pertolongan-Nya. Maka orang itu menunjukkan kufurnya
dengan menyalahkan dan menuduh Allah tidak kasihan dan menolongnya. Maka dia mati
dalam keadaan kufur dan mengingkari tanda-tanda Allah dan marah kepada Allah.Kepada
orang yang demikianlah Nabi bersabda yang lebih kurang maksudnya: “Sesungguhnya
orang yang paling hebat hukumannya di hari kebangkitan ialah orang yang diberi Allah
kemiskinan di dunia ini dan hukuman di akhirat kelak. Kami berlindung dengan Allah dari
yang demikian itu“.

Miskin yang dimaksudkan dalam sabda baginda itu ialah miskin yang menyebabkan
orang lupa kepada Allah. Maka dari kelupaan inilah yang baginda minta dilindungkan.
Kepada baginda Allah limpahkan kesabaran dan tawakal dan redha serta fana’ dalam
lakuan Allah. Baginda adalah orang pilihan-Nya, Rasul-Nya, penghulu segala Nabi-Nabi,
raja segala wali, yang dipertuan agung segala hamba-hamba Allah, seorang yang alim,
seorang yang besar di sisi Tuhan yang boleh memberi syafa’at dan bimbingan kepada
seorang untuk mencapai hadrat Tuhan sekalian alam. Allah memelihara baginda dengan
kasih sayang-Nya. Siang dan malam, seorang diri atau dikalangan orang ramai, secara
lahir dan secara tersembunyi sehingga baginda kembali menemui Tuhannya.

______________________________________________

BAB 30 – SYARAHAN KETIGA PULUH

Mungkin kamu selalu berkata “apa patut aku buat dan apa cara patut aku gunakan (untuk
mencapai matlamatku?” Maka kamu diberitahu, duduklah ditempat kamu dan jangan
melampaui batasan kamu sehingga didatangi jalan kepada kamu dari Allah yang
memerintahkan kamu duduk di mana kamu berada.

Allah berfirman:

‫واﺗ ُﻘﻮا ا َ ﻟَﻌَ ﻠﻜُ ْﻢ ُﺗ ْﻔ ِﻠ ُﺤ ْﻮ َن‬  ْ ‫ٰۤي َـﺎﻳﻬَ ﺎ اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ٰا َﻣﻨُﻮا‬


َ ۗ ‫اﺻ ِﺒ ُﺮ ْوا َو َﺻ ِﺎﺑ ُﺮ ْوا َو َر ِاﺑ ُﻄ ْﻮا‬

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu beruntung.” Surah Ali-Imran: Ayat 200)

Allah memerintahkan kamu supaya bersabar, wahai orang- orang yang beriman, kemudia
berlumba-lumbalah dalam kesabaran dan berpegang teguh dengan kesabaran itu dan
sentiasa berwaspada dan semua ini dijadikan sebahagian dari kamu. Selanjutnya kamu
diberi amaran jika membuangkan sabar, seperti dalam firmanNya itu “dan taatlah kepada
Allah” dan ini dimaksudkan jika kamu membuang sabar. Oleh itu, janganlah buangkan
kesabaran. Ketahuilah bahawa kebaikan dan keselamatan itu terletak dalam kesabaran.
Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda, yang maksudnya lebih
kurang “ibarat perhubungan sabar dengan iman itu adalah seperti kepala dengan badan.”

Juga dinyatakan iaitu tiap-tiap sesuatu itu ada ganjarannya menurut ukuran masing-
masing. Tetapi ganjaran bagi sabar tidak ada batasannya. Firman Allah

“Katakanlah “Hai hamba-hambaku yang beriman bertakwalah kepada Tuhanmu


“Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu
adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas”.

Oleh itu, apabila kamu taat kepada Allah dan bersabar dan berwaspada terhadap batasan-
batasan yang telah ditentukan Allah, maka Allah akan memberi kamu ganjaran, Firman
Allah yang maksudnya:
“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rugukkilah mereka dengan
baik atau lepaskanlah mereia dengan baik dan persaksikunlah dengan dua orang saksi
yang adil di antara kamu dan hendaklah hami tegapkan kesalsian itu kerana Allah
Demikianlah diberi pengajaran dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya
Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya).
sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (surah At-
Talaq Ayat 2-3)

Tetaplah kamu dalam kesabaran beserta dengan mereka yang menyerahkan dirinya
kepada Allah, sehingga jalan keluar telah datang kepada kamu kerana Allah telah
menjanjikan kecukupan kepada kamu, seperti firmanNya yang maksudnya lebih kurang,
“Tetaplah dalam kesabaran dan bertawakal kepada Allah beserta dengan mereka yang
berbuat baik kepada orang lain, dan Allah menjanjikan ganjaran kerana ini”, seperti
firman Nya:

ٌ‫ِا ْذ ُﻫ ْﻢ ﻋَ ﻠَ ْﻴﻬَ ﺎ ُﻗﻌُ ْﻮد‬

“Ketika mereka duduk disekitarnya.”(Surah Al-Buruj: Ayat 6)

Allah akan kasih kepada kamu kerana kebaikan ini, seperti firmanNya:

‫ا ِﻋﺪ ْت ِﻟ ْﻠ ُﻤﺘ ِﻘ ْﻴ َﻦ‬ ُ ۙ ‫و ْاﻻَ ْر ُض‬  ٍ ‫ﺎرﻋُ ۤ ْﻮا ِا ٰﻟﻰ َﻣ ْﻐ ِﻔ َﺮ ٍة ﻣ ْﻦ رﺑﻜُ ْﻢ َو َﺟ‬
َ ‫ﻨﺔ ﻋَ ْﺮ ُﺿﻬَ ﺎ اﻟﺴﻤٰ ٰﻮ ُت‬ ِ ‫َو َﺳ‬

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(surah Ali-Imran Ayat 113)

Oleh itu, kesabaran adalah sumber semua kebaikan dan keselamatan dalam dunia ini dan
di akhirat dan melalui ini si mukmin meningkat naik ke taraf keadaan yang berserah
dengan sukarela kepada Allah dan menyesuaikan dirinya dengan lakuan Allah dan
kemudian itu mencapai keadaan tenggelam atau fana’ dalam lakuan Allah dan ini adalah
peringkat atau keadaan yang badliat atau ghabiat. Oleh itu, bersungguh-sungguhlah
mencapai peringkat ini supaya kamu tidak terhina dalam dunia ini dan di akhirat kelak
dan supaya kamu tidak kehilangan kebaikan dan kenikmatan ini.

<< Sebelumnya – Syarahan 21-25

Seterusnya – Syarahan 31-35 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 31-35


BAB 31 – SYARAHAN KETIGA PULUH SATU

Apabila kamu dapati dalam hati kamu perasaan benci atau kasih kepada seseorang maka
periksalah akuannya berdasarkan Al-Qur’an dan hadith. Jika benci itu berbetulan dengan
Al-Qur’an dan hadith, maka bersukacitalah kamu kerana bersesuaiannya kamu dengan
Allah dan RasulNya. Jika kamu benci tetapi tidak menurut Al Qur’an dan hadith, maka
ketahuilah bahawa kamu telah mengikut hawa nafsu kamu. Kamu benci kepada orang itu
kerana pengaruh hawa nafsu kamu, maka kamu tidak berlaku adil kepadanya dan kamu
telah membantah kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, kembalilah kepada Allah,
bertaubatlah kerana benci kamu itu, dan mintalah dirinya supaya kasih kepada orang itu
dan kepada orang lain yang terdiri dari orang- orang yang beriman, wali-wali-Nya, orang-
orang pilihan-Nya dan orang-orang soleh dari hamba-hamba-Nya dan hendaklah kamu
bersesuaian dengan Allah dalam mengasihi orang itu.

Kamu hendaklah berlaku seperti kamu berlaku kepada orang- orang yang kamu kasihi.
Pendeknya, kamu hendaklah periksa lakuan orang itu berdasarkan Al-Qur’an dan Al-
Hadith. Sekiranya kamu dapati Al-Qur’an dan Al-Hadith membenarkan dan menyukai
lakuan orang seumpama itu, maka kamupun hendaklah membenarkan dan menyukainya.
Jika dibenci oleh Al Qur’an dan Al-Hadith, maka kamupun bencilah kepadanya. Kamu
hendaklah benci dan kasih menurut atau bersesuaian dengan Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Sesuaikanlah perasaan dan lakuan kamu dengan Al-Qur’an dan Al-Hadith. Jika kamu
kasih kepada seseorang tetapi dibenci oleh Al-Qur’an dan Al-Hadith, maka janganlah
kamu kasih kepada orang itu supaya kamu tidak menurut hawa nafsu kamu. Kamu
diperintahkan supaya melawan hawa nafsu, seperti firmanNya:

‫اﻟﻨﺎس ِﺑ ْﺎﻟ َﺤﻖ َو َﻻ َﺗﺘ ِﺒ ِﻊ ْاﻟﻬَ ٰﻮى َﻓ ُﻴ ِﻀﻠ َﻚ ﻋَ ْﻦ َﺳ ِﺒ ْﻴ ِﻞ ا ِ ۗ ِان اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ﻳَ ِﻀﻠ ْﻮ َن ﻋَ ْﻦ َﺳ ِﺒ ْﻴ ِﻞ‬
ِ ْ ‫اودُ ِاﻧﺎ َﺟﻌَ ْﻠﻨٰ َﻚ َﺧ ِﻠ ْﻴ َﻔ ًﺔ ِﻓﻰ ْاﻻَ ْر ِض َﻓ‬
‫ﺎﺣﻜُ ْﻢ ﺑ َْﻴ َﻦ‬ ٗ َ‫ٰيد‬
‫ﺎب‬ ْ ۢ َ
ٌ ‫ا ِ ﻟﻬُ ْﻢ ﻋَ َﺬ‬
ِ ‫اب َﺷ ِﺪﻳْ ﺪٌ ِﺑ َﻤﺎ َﻧ ُﺴ ْﻮا ﻳَ ْﻮ َم اﻟ ِﺤ َﺴ‬

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (pengawas di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesar dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,
kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad: Ayat 26)

_______________________________________________

BAB 32 – SYARAHAN KETIGA PULUH DUA

Mungkin kamu selalu berkata, “barangsiapa sahaja aku kasihi, maka kasihku padanya
tidak kekal. Kami selalu sahaja berpisah sama ada melalui berjauhan, mati, bermusuhan
atau kehilangan harta.” Oleh itu kamu diberitahu sedarkah kamu, wahai orang-orang
yang percaya kepada Allah, kepadamu diberi kurniaan, kamu dipeliharakan dan dijaga
dengan sebaik-baiknya, tidakkah kamu tahu bahawa Allah itu cemburu. Dia jadikan kamu
untuk Dia sahaja. Mengapa pula kamu hendakkan yang lain dari Dia. Tidakkah kamu
dengar firmanNya:

‫ٰۤي َـﺎﻳﻬَ ﺎ اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ٰا َﻣﻨ ُْﻮا َﻣ ْﻦ ﻳ ْﺮ َﺗﺪ ِﻣ ْﻨﻜُ ْﻢ ﻋَ ْﻦ ِدﻳْ ـ ِﻨ ٖﻪ َﻓ َﺴ ْﻮ َف ﻳَ ﺎ ِﺗﻰ ا ُ ِﺑ َﻘ ْﻮ ٍم ﻳ ِﺤﺒﻬُ ْﻢ َوﻳُ ِﺤﺒ ْﻮ َﻧ ۤﻪٗ ۙ َا ِذﻟ ٍﺔ ﻋَ ﻠَﻰ ْاﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨ ْﻴ َﻦ َا ِﻋﺰ ٍة ﻋَ ﻠَﻰ ْاﻟ ٰﻜ ِﻔ ِﺮﻳْ َﻦ‬
‫اﺳﻊٌ ﻋَ ِﻠ ْﻴ ٌﻢ‬ ِ ‫ﺂء ۗ َوا ُ َو‬ ُ ‫ﺎﻓ ْﻮ َن ﻟَ ْﻮ َﻣ َﺔ َ ۤﻻ ِﺋ ٍﻢ ۗ ٰذ ِﻟ َﻚ َﻓ ْﻀ ُﻞ ا ِ ﻳُ ْﺆ ِﺗ ْﻴ ِﻪ َﻣ ْﻦ ﻳ َﺸ‬ ُ ‫ﺎﻫﺪُ ْو َن ِﻓﻲ َﺳ ِﺒ ْﻴﻞ ا ِ َو َﻻ ﻳَ َﺨ‬
ِ ْ ِ ‫ﻳُ َﺠ‬

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari
agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan sesuatu kaum yang Allah mencintai
mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang
yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir yang berjihad di jalan
Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia
Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(pemberianNya) lagi mengetahui (Surah Al-Maidah: Ayat 54)

Juga Allah berfirman:

ِ ْ ‫َو َﻣﺎ َﺧﻠَ ْﻘ ُﺖ ْاﻟ ِﺠﻦ َو‬


‫اﻻ ْﻧ َﺲ ِاﻻ ِﻟ َﻴﻌْ ُﺒﺪُ ْو ِن‬

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu “Surah Ad-Zariyat: Ayat 56)

Tidakkah kamu pernah dengar sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Apabila Allah kasih kepada hamba-Nya, maka diuji-Nya hamba itu. Jika hamba itu
bersabar, maka hamba itu akan dijaga-Nya“. Baginda ditanya, “Wahai Nabi Allah!Apakah
yang dijaga-Nya“. Baginda menjawab, “Tidak ditinggalkan-Nya anak dan harta kepada si
hamba itu.”

Ini ialah disebabkan kerana jika si hamba itu ada anak dan harta, maka kasih si hamba itu
akan terbahagi-bahagi dan terpecah-pecah. Kasih yang sepatutnya bulat kepada Allah itu
telah terbahagi kepada kasihnya kepada anak dan harta. Maka Allah tidak mahu
disyarikatkan, Dia cemburu. Allah menguasai segala-galanya. Kerana itu, dihancur-Nya
dan dibinasakan-Nya apa yang menjadi sekutu-Nya itu agar dapat dikuasai-Nya sepenuh-
penuhnya hati hamba-Nya itu untuk Dia sahaja dan tidak langsung ada yang lain lagi.
Barulah dibuktikan kata-kata Allah: “Dia akan kasih kepada mereka dan mereka kasih
kepada Dia“.

Sehingga hati si hamba itu bebas dan bersih dari sekutu- sekutu Allah seperti anak, isteri,
harta-benda, pangkat, kuasa, keramat, keadaan atau peringkat kerohanian, makan, hal,
dunia, syurga, kehampiran kepada Tuhan, bahkan apa sahaja selain Dia tidak ada lagi
dalam hati itu. Tidak ada nafsu dan tidak ada cita-cita. Kosongkanlah hati itu. Umpama
tong yang penuh berlubang sehingga tidak ada lagi boleh mengandungi sebarang benda
atau air. Hati itu hancur oleh lakuan Allah. Apabila ada sahaja sesuatu tujuan hendak
tumbuh dalam hati itu, maka dihancurkan oleh lakuan Allah kerana la cemburu. Maka si
hamba itu akan dipenuhi dengan kemuliaan, kekuatan, keAgungan dan kesempurnaan
Ilahi. Oleh yang demikian, tidak ada apapun yang dapat menembusi hati seperti itu. Maka
harta benda, anak dan isteri, sahabat dan rakan, mukjizat dan keramat, kekuasaan dan
pengetahuan tentang masa depan tidak akan dapat mempengaruhi dan merosakkan hati
itu. Semua itu tinggal di luar hati dan tidak dapat masuk ke dalam. Semua ini adalah tanda
kemuliaan, kehormatan, kasih sayang dan rezeki yang diberi Allah kepada hamba-hamba
yang benar-benar mahu menuju kepada-Nya. Hamba-hamba seperti ini sentiasa diberi
Allah perlindungan, penjagaan, pertolongan dan keredhaan dari dunia hingga akhirat.

______________________________________________

BAB 33 – SYARAHAN KETIGA PULUH TIGA

Ada 4 jenis manusia. Satu jenis ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati dan
mereka ini ialah orang-orang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil, yang
tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut
yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang-Nya dan membimbing hati
mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh
kepada Allah. Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan bergaul dengan mereka. Merekalah orang- orang yang
dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi
dengan ilmu keTuhanan, guru kepada yang baik, pembimbing kepada agama Allah,
pemimpin dan pengajak manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak
mempengaruhi mereka supaya patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka
terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk
mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan
Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada Saiyidina
Ali: “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadanya, maka itu lebih
baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit“

Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. Mereka bijak
bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia
menuju Allah tetapi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang
dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu, mereka
menunjukkan kepada orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan
dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian mereka bertindak selaku harimau yang
berpakaian. Inilah orang-orang yang dikatakan oleh Nabi, seperti sabda baginda: “Yang
paling ditakuti dan akupun takut dikalangan umatku ialah orang alim yang jahat“. Kita
berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, lari dan jauhkan diri
kamu dari orang-orang seperti itu, jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata
manisnya yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan
kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah, dan
dia seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka dari makhluk dan
menggantungkan dikeliling mereka dengan tabir-Nya dan memberi mereka kesedaran
tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka
tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan
kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam diam’
dan berkhalwat. Nabi pernah berkata, “Barangsiapa yang diam akan mencapai
keselamatan.” Kata baginda lagi, “Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari
sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam.” Oleh itu, mereka dalam golongan
orang jenis ini adalah wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan,
bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhaan-Nya dan segala yang baik akan
diberi kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dan bergaul dengan orang-
orang ini dan beri pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan
dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang
menjadi wali Allah dan hamba-hambaNya yang soleh.

Jenis manusia yang keempat ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak, diberi
pakaian kemuliaan, seperti dalam sabda Nabi, “Barangsiapa yang belajar dan
mengamalkan pelajarannya dan mengajar orang lain, maka dia akan diajak ke dunia ghaib
dan dipermuliakan“.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu keTuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati
mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah
rahsia-rahsia yang tidak diberi-Nya kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan
membawa mereka hampir kepada-Nya. Allah akan membimbing mereka dan membawa
mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan
ilmu-ilmu yang tinggi. Allah menjadikan mereka itu pelaku dan lakuannya dan pengajak
manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu
‘orang-orang Allah Mereka mendapat bimbingan yang benar. Mereka boleh memberi
pertolongan kepada orang-orang yang menuju jalan Allah. Mereka jadi orang-orang yang
benar dan mengeshahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha
Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak
kemanusiaan dan tidak ada maqam (stesyen) di atas ini, kecuali keNabian. oleh itu, hati-
hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang seperti ini dan dengarlah
cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan
oleh mereka dan dalam berdampingan dengan mereka. Dan kebinasaan serta kerosakkan
jika di luar dari dampingan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan
pertolongan terhadap hak dan keampunan.

Jadi, saya telah bahagi-bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang
terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai
fikiran, dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan
Allah membimbing kita menuju apa yang dikasihi-Nya dan diredhai-Nya, dalam dunia ini
dan di akhirat kelak.

______________________________________________

BAB 34 – SYARAHAN KETIGA PULUH EMPAT

Alangkah hairannya jika kamu marahkan Tuhan yang dan menyalahkan-Nya atau
mengatakan tidak adil dan melambat-lambatkan pemberian sesuatu atau membuangkan
mara bahaya. Tidakkah kamu tahu bahawa tiap- tiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu
ada masanya yang ditentukan dan tiap-tiap mara bahaya itu telah ditetapkan tempohnya?
Tidak boleh ditangguhkan atau dipercepatkan. Masa bahaya tidak boleh ditukar kepada
masa aman dan masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huru-hara. Oleh itu,
kamu hendaklah bersopan-santun, diam dan jangan banyak cakap, bersabar, berserah
dengan sukarela kepada Dia, bersesuaian kehendakmu dengan kehendak Dia dan
taubatlah kepada Allah kerana kesalahan kamu itu.

Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah dan Allah tidak tertakluk
kepada manusia dan makhluk. Terpulanglah kepada manusia meminta kepada Dia dan
Dia yang memberi, tetapi tidak semestinya yang Dia mesti memberi permintaan hamba-
hambaNya. Terpulanglah kepada Allah sama ada hendak mengabulkan atau tidak
mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya. Dia sahaja Yang Maha Agung dan Maha
Kaya dan berdiri sendiri, tanpa sekutu apa-apa jua Dia menjadikan sesuatu dan
menentukan kebaikan atau kejahatan Dia mengetahui awal dan akhirnya makhluk itu dan
tujuan mereka. Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung itu Maha Bijak dalam tindak-
tanduk-Nya dan Maha Tegas dalam aturan-Nya dan tidak ada berlawanan dalam lakuan-
lakuan-Nya. Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia dan tidak juga tanpa tujuan.
Bukanlah kerja-kerja-Nya itu main-main sahaja. Tidaklah wajar perbuatan-perbuatan-Nya
itu ada cacat cela kerana Dia Maha Bijak Dia mahu tahu. Hendaklah kamu bersabar dan
tunggu, jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia dan dalam
menunjukkan penyerahan kamu kepada-Nya dan dalam memfana’kan diri kamu kepada-
Nya sehinggalah sampai takdir Ilahi di mana tempoh masa itu telah cukup dan masa
bertukar telah datang umpama siang berganti malam atau musim panas berganti musim
sejuk.

Jika kamu minta cahaya siang di waktu malam, tentulah kamu tidak akan diberi. Malam
tetap malam, tidak ada cahaya siang waktu itu. Oleh itu, bersabar dan tunggulah sehingga
malam itu berakhir dan siang itu sampai. Maka dapatlah kamu cahaya siang. Jika waktu
siang itu pula kamu hendakkan gelap malam, maka tidaklah kamu dapat, kerana siang
tetap siang dan kamu meminta bukan pada tempatnya. Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa
redha, sabar dan berpegang teguh kepada Tuhan Yang Maha Tahu itu. Percayalah apa
yang ditetapkan Dia untukmu pasti kamu dapat dan apa yang ditetapkan untuk orang lain
pasti tidak kamu dapat. Demikianlah yang aku percaya, kecuali kamu minta dari Allah dan
harapkan pertolongan-Nya dengan sembahyang dan do’a yang sungguh sungguh,
menyembah-Nya dan patuh kepadaNya dan menjalankan perintah-Nya seperti firman-
Nya:

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepadaku, nescaya akanKu perkenankan


bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku
akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Al- Mukmin: Ayat 60)

FirmanNya lagi:

ۗ ‫ﺐ ﻣﻤﺎ اﻛْﺘَ َﺴ ْﺒ َﻦ ۗ َو ْﺳ َﺌ ُـﻠﻮا ا َ ِﻣ ْﻦ َﻓ ْﻀ ِﻠ ٖﻪ‬


ٌ ‫ﺂء َﻧ ِﺼ ْﻴ‬ ٌ ‫ﺎل َﻧ ِﺼ ْﻴ‬ ٰ َ َ ْ ‫َو َﻻ َﺗﺘَ َﻤ‬
ِ ‫ﺐ ﻣﻤﺎ اﻛْﺘَ َﺴ ُﺒ ْﻮا ۗ َو ِﻟﻠﻨ َﺴ‬ ِ ‫ﻨﻮا َﻣﺎ ﻓﻀﻞ ا ُ ِﺑ ٖﻪ ﺑَﻌْ َﻀﻜُ ْﻢ ﻋَ ﻠﻰ ﺑَﻌْ ٍﺾ ۗ ِﻟﻠﺮ َﺟ‬
‫ﺎن ِﺑﻜُﻞ َﺷ ْﻲ ٍء ﻋَ ِﻠ ْﻴ ًﻤﺎ‬
َ َ ‫ِان ا َ ﻛ‬

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian
kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian
daripada apa mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa
yang mereka usahakan. Dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “(Surah An-Nisa’: Ayat 32)

Lain-lain lagi ayat-ayat Al-Qur’an dan sabda Nabi. Kamu berdo’a kepada-Nya dan Dia akan
terima do’amu dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan dihujung tempoh itu, dan
bila dikehendaki-Nya dan juga jika ada kebaikan kepada kamu dalam hal ini, sama ada
untuk dunia atau akhirat atau semua itu bersesuaian dengan takdir-Nya dan dihujung
tempoh yang ditetapkan itu Janganlah salahkan Dia jika permohonanmu lambat diterima
dan janganlah jemu meminta kerana sebenarnya jika kamu tidak untung, maka kamupun
tidak juga rugi. Jika permintaan kamu tidak diterima di dunia ini, maka Allah akan
memberinya di akhirat kelak. Ada satu hadith Nabi yang menyatakan bahawa di hari
kebangkitan kelak, hamba-hamba Allah akan dapati dalam bukunya tentang perbuatan-
perbuatan hamba-hamba-Nya, bahawa ada perbuatan yang baik yang hamba itu tidak
tahu, maka Dia akan beritahu bahawa ini adalah pertukaran untuk do’anya dalam dunia
ini yang telah tidak ditakdirkan untuk diterima. Dengan demikian, sekurang- kurangnya si
hamba itu hendaklah selalu ingat kepada Allah dan berpegang teguh kepada-Nya dan
bertauhid kepada-Nya sambil kamu memohon kepadaNya. Jangan kamu meminta kepada
orang lain. Mintalah kepada Allah. Oleh yang demikian, siang dan malam, sihat atau sakit,
waktu perang atau waktu aman, waktu senang atau susah, kamu adalah berada dalam
salah satu dari dua keadaan ini:

1)Sama ada tidak bermohon dan tetap berpuas hati dan rela dan menyerah kepada lakuan
Allah seperti mayat yang sedang dimandi atau seperti bayi dipangkuan ibunya atau
seperti bola dikaki pemain bola. Orang yang seperti ini menurut sahaja dengan rela apa
yang ditakdirkan Tuhan. Jika kebaikan datang, ia bersyukur, Firman Allah yang
maksudnya, “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan “Sesungguhnya jika
kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih”
Jika mala petaka yang datang, maka ia bersabar dan redha dengan pertolongan daya
upaya dari Allah juga, dan keteguhan hati dan rahmat dari Allah jua, seperti firman Allah:

ِ ‫اﺳﺘَ ِﻌ ْﻴﻨ ُْﻮا ِﺑﺎﻟﺼ ْﺒ ِﺮ َواﻟﺼ ٰﻠ‬


‫ﻮة ۗ ِان ا َ َﻣﻊَ اﻟﺼ ِﺒ ِﺮﻳْ َﻦ‬ ْ ‫ٰ ٓي َاﻳﻬَ ﺎ اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ٰا َﻣﻨُﻮا‬

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan selawat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: Ayat 153)

Lain-lain perkataan, Dia berserta dengan orang-orang yang sabar dengan kurniaan-Nya
seperti pertolongan dan kekuatan, seperti kata-Nya, “jika kamu menolong Allah, Allah akan
menolong kamu dan memperteguhkan pendirian kamu”.

Apabila kamu telah menolong Allah dengan menumpaskan hawa nafsu kamu dan dengan
tidak menyalahkan Dia, dan dengan menghindarkan diri dari tidak rela terhadap lakuan-
Nya kepada kamu, dan kamu menjadi musuh kepada diri kamu sendiri kerana Allah,
bersedia memancungnya dengan pedang apabila ia tergerak hendak kufur atau syirik, dan
kamu penggal kepalanya dengan kesabaran dan bersesuaian dengan Allah, dan juga kamu
rela dengan lakuan-Nya dan janji-janji Nya, maka jika kamu berbuat demikian, Allah akan
menjadi penolong kamu. Firman Allah yang maksudnya lebih kurang, “Dan berilah khabar
baik kepada orang-orang yang sabar apabila bencana menimpa mereka, mereka berkata,
“Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.” Inilah mereka yang
mendapat limpahan rahmat dari Allah dan merekalah pengikut-pengikut dalam jalan yang
benar“

2) Ataupun bermohon kepada Allah dengan sembahyang dan berdo’a dengan penuh
harap, dan mengagungkan-Nya dan patuh kepada-Nya. Ya, serulah Allah. Itulah dia yang
baik dilakukan kerana Allah sendiri menyuruh kamu bermohon kepada-Nya dan
berhadap kepada-Nya dan menjadikan-Nya cara untuk kesenangan kamu, dan ibarat satu
utusan dari kamu kepada Dia, dan satu perhubungan dengan Dia, tetapi biarlah dengan
syarat iaitu kamu tidak menyalahkan Allah dan marahkan Dia sekiranya permohonan
kamu itu ditangguhkan ke satu masa hadapan yang telah ditentukan. Oleh yang demikian,
perhatikanlah perbezaan antara kedua keadaan itu dan janganlah melampaui batasan
yang dua itu kerana tidak ada keadaan lain lagi selain yang dua itu. Oleh itu, berhati-
hatilah agar kamu tidak jadi orang yang zalim dan melampaui batas. Jika kamu zalim dan
melampaui batas, Allah akan membinasakan kamu dan tidak peduli kepada kamu seperti
orang-orang sebelum kamu yang telah dibinasakan dan dihancurkan Tuhan di dunia ini
dan diakhirat kelak akan didera dan dihukum dengan seksaan yang amat pedih. Pujian-
pujian bagi Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung. Wahai Tuhan Yang Maha
Mengetahui keadaanku kepada Engkau sahaja aku menyerahkan diriku.

_______________________________________________

BAB 35 – SYARAHAN KETIGA PULUH LIMA.

Kamu mestilah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram, jika tidak, kamu akan
binasa. Kamu tidak akan lepas dari ikatan bahaya perkara-perkara yang haram itu kecuali
Allah menolong kamu dengan kasih sayang-Nya. Ada satu hadith menerangkan bahawa
dasar agama itu ialah menjauhkan diri dari yang haram dan yang merosakkan agama itu
ialah tamak haloba. Janganlah kamu hampiri perkara-perkara yang haram itu kerana
mungkin kamu akan cuba-cuba juga hendak merasainya. Hampir pun jangan. Takut kamu
akan terpengaruh. Umar bin Al-Khathab Radhiyallahu anhu pernah perkata, “Kami
biasanya menjauhkan diri dari sembilan sepersepuluh dari perkara-perkara yang halal
kerana kami khuatir terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram“.

Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, “Kami biasanya menjauhkan diri
dari tujuh puluh pintu kepada perkara-perkara yang dibolehkan kerana khuatir terjerumus
dalam dosa“.
Beliau-beliau itu sangat menjauhkan diri dari menghampiri perkara-perkara yang haram,
dan dalam berbuat demikian mereka bersikap menurut sabda Nabi Muhammad S.A.W.
yang maksudnya lebih kurang, “Benjaga- jagalah ! Tiap-tiap raja mempunyai taman
larangannya sendiri, dan taman larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-
Nya“. Barangsiapa yang berjalan dikeliling taman itu, mungkin akan masuk ke dalam.
Tetapi barangsiapa yang memasukki pintu istana raja itu terus melalui pintu kedua dan
ketiga hingga sampai ke bilik raja itu, adalah lebih baik dari orang yang berada di luar
pintu pertama kerana ia terdedah di luar. Jika pintu ketiga tertutup, ia tidak merbahaya,
kerana ia berada di antara dua pintu dan dia berada berhampiran dengan raja dan askar
askarnya. Tetapi bagi orang yang di luar tadi, jika pintu pertama itu tertutup, maka ia
terdedah sahaja di luar tanpa tempat berlindung, dan mungkin ia akan dimakan binatang
buas atau dibunuh musuh.

Begitu juga, jika seseorang itu patuh kepada Allah dan menurut jalan Allah, maka
pertolongan kuasa dan kurnia diambil darinya dan terpotong dari pertolongan itu dan dia
masih tidak keluar dari hukum-hukum, apabila ia mati, dia masih berada dalam taat dan
menyembah Allah dan amalan- amalan baiknya itu akan jadi saksinya.

Seseorang yang tidak melakukan kewajipan-kewajipannya terhadap Allah, maka jika Allah
tidak menolongnya, hawa-nafsu kebinatangan akan menguasainya, dan dia akan terus
melakukan perkara-perkara yang haram dan keluar dari hukum- hukum (syariat) dan
teruslah ia menjadi kawan syaitan yang dilaknati Allah dan jauhlah dia dari jalan lurus
dan benar. Jika ia mati sebelum bertaubat, maka termasuklah ia dalam golongan orang-
orang yang rugi kecuali Allah mengampuni dan merahmatinya. Oleh itu, orang-orang yang
tidak melakukan kewajipannya adalah dalam bahaya dan orang orang yang melakukan
kewajipannya adalah dalam selamat.

<< Sebelumnya – Syarahan 26-30

Seterusnya – Syarahan 36-40 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 36-40


BAB 36 – SYARAHAN KETIGA PULUH ENAM

Jadikanlah hidup selepas mati itu sebagai wang modal kamu dan hidup di dunia ini
sebagai keuntungannya. Gunalah masa kamu mula-mula untuk hidup selepas mati. Jika
ada masa yang berlebihan, gunakanlah masa itu untuk kehidupan dunia mu. Janganlah
gunakan hidup dunia ini sebagai wang modal dan hidup selepas mati sebagai keuntungan,
yang dengannya kamu gunakan masa berlebih itu untuk hidup selepas mati disamping
menunaikan sembahyang lima waktu, seolah-olah membubuh semua sekali dalam satu
periuk, memasukkan bahagian-bahagiannya dan merosakkan susunannya, tanpa rukuk
dan sujud tanpa berhenti sebentar antara bahagian-bahagian itu, atau apabila kamu penat
dan letih, kamu tidur dengan membiarkan segala-galanya tidak terjaga, seperti mayat di
waktu malam dan siangnya memenuhkan hawa nafsu kebinatangan dan iblis, dan
menjual akhirat mu untuk duniamu dan kamu menjadi abdi nafsu kebinatanganmu.

Kamu diperintahkan supaya menguasai hawa nafsu kamu dan membawa diri kamu ke
jalan yang lurus lagi benar. Tetapi kamu membiarkan diri kamu merasai oleh hawa nafsu
iblis, rugilah kamu di dunia ini dan di akhirat kelak diazab dengan api neraka. Di hari
perhitungan kelak, kamu akan menjadi orang yang paling miskin dan paling rugi, dan
segala apa yang kamu kumpulkan untuk dunia kamu telah hilang dari kamu dan tidak ada
lagi. Rugilah kamu serugi-ruginya. Sebaliknya, jika kamu menurut jalan akhirat dan
menjadikannya sebagai wang modal maka kamu beruntung di dunia dan di akhirat, dan
apa yang ditakdirkan untukmu di dunia ini akan datang kepada kamu dan kamu beroleh
keselamatan dan dihormati. Nabi pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah memberi
keselamatan dalam hal kehidupan dunia jika niat kamu ditujukan ke akhirat, dan
keselamatan akhirat tidak diberi jika niat kamu ditujukan ke kehidupan dunia“.

Niat yang ditujukan ke akhirat itu ialah taat kepada Tuhan kerana niat itu ialah jiwa
ibadat. Oleh itu, apabila kamu taat kepada Allah dan mengharapkan akhirat, maka kamu
jadilah seorang yang dipilih Allah dan masuk dalam golongan orang yang taat dan cinta
kepada Allah, dan kehidupan akhirat kamu dapati dan itulah syurga dan kehampiran
kepada Allah. Maka dunia ini akan berkhidmat kepada kamu dan apa yang ditentukan
untuk kamu akan kamu dapat sepenuhnya, kerana segala sesuatu tertakluk kepada Allah
yang menguasai segala-galanya.

Jika kamu leka dan tenggelam dalam hal kehidupan dunia dan tidak peduli hari akhirat,
maka Tuhan akan marah kepada kamu. Kamu akan tidak dapat akhirat dan dunia akan
tidak taat kepada kamu. Kamu akan mendapat kesusahan dan kepayahan dalam
mendapatkan bahagian-bahagian yang telah ditentukan untukmu, kerana Allah marah
kepada kamu dan segala-gala yang tersebut itu sebenarnya adalah kepunyaan Allah
belaka. Siapa yang derhaka kepada Allah, maka Allah akan hinakan mereka. Sabda Nabi
Muhammad Shallallahu alaihi wasallam, “Dunia dan akhirat itu ibarat dua orang isteri, jika
kamu layan seorang sahaja, maka seorang yang lain itu akan marah kepada kamu“. Allah
Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman yang maksudnya lebih kurang, “Sesungguhnya ada
orang-orang di kalangan kamu yang berkehendakkan kehidupan dunia ini, dan ada pula
yang berkehendakkan akhirat“.

Orang yang berkehendakkan dunia sahaja digelar ahli dunia, dan yang berkehendakkan
akhirat digelar ahli akhirat. Perhatikan diri kamu, dari golongan manakah kamu berada.
Dan dunia ini, dalam golongan manakah antara yang dua itu kamu hendak menjadi ahli.
Apabila kamu berada di alam akhirat sesudah mati kelak, satu golongan ke syurga dan
satu golongan lagi ke neraka. Kemudian, ada pula satu golongan manusia tetap tinggal di
tempatnya berada sambil perhitungan dan pembicaraan dijalankan, dan satu hari di sana
itu, menurut firman Tuhan, adalah seperti 15000 tahun lamanya. Ada pula, satu golongan
manusia yang duduk di tempat makan sambil makan makanan yang enak-enak, buah-
buahan, manisan yang lebih putih dari air, seperti kata hadith, “Mereka akan melihat
tempat tinggal mereka di syurga, sehingga Allah telah selesai membicarakan manusia,
mereka akan masuk ke syurga itu, mereka akan pergi menuju tempat tinggal mereka itu
seperti juga orang-orang di dunia ini pergi menuju tempat tinggal mereka“.

Orang-orang yang masuk ke syurga itu ialah mereka yang meninggalkan dunia mereka
dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan akhirat dan Allah. Orang-orang yang malang
itu ialah mereka yang tidak langsung hiraukan akhirat dan mereka menghabiskan masa
hidupnya dengan hal-hal keduniaan sahaja dan berbimbang dengan hal-hal keduniaan
sahaja, mereka lupa hari mereka akan diperhitungkan di hadapan Tuhan Allah dan
mereka tidak peduli Al-Qur’an dan kata-kata Nabi. Perhatikan diri kamu dengan rasa
kasihan dan pilihlah golongan yang lebih baik di antara kedua golongan tersebut. Jauhkan
diri dari berkawan dan bercampur gaul dengan orang-orang yang jahat mahupun dari jin.
Ikutlah Al-Qur’an dan Sunnah Nabi, perhatikan, fikirkan dan amalkan. Janganlah
terpengaruh oleh cakap-cakap kosong dan oleh tamak haloba. Firman Allah:

‫ﺂء ا ُ ﻋَ ٰﻠﻰ َر ُﺳ ْﻮ ِﻟ ٖﻪ ِﻣ ْﻦ َاﻫْ ِﻞ ْاﻟ ُﻘﺮٰ ى َﻓ ِﻠﻠ ِﻪ َو ِﻟﻠﺮ ُﺳ ْﻮ ِل َو ِﻟ ِﺬى ْاﻟ ُﻘ ْﺮﺑٰ ﻰ َو ْاﻟ َﻴ ٰﺘﻤٰ ﻰ َو ْاﻟ َﻤ ٰﺴ ِﻜ ْﻴ ِﻦ َواﺑ ِْﻦ اﻟﺴ ِﺒ ْﻴ ِﻞ ۙ ﻛ َ ْﻲ َﻻ ﻳَ ﻜُ ْﻮ َن دُ ْوﻟَ ًﺔ ۢ َﺑ ْﻴ َﻦ‬
َ ‫َم ۤا َا َﻓ‬
ْ ُ ٰ
‫ﺂء ِﻣ ْﻨﻜُ ْﻢ ۗ َو َﻣﺎ ا ٰﺗ ﻜُ ُﻢ اﻟﺮ ُﺳ ْﻮل َﻓ ُﺨ ُﺬ ْو ُه َو َﻣﺎ َﻧ ٰﻬ ﻜُ ْﻢ ﻋَ ﻨ ُْﻪ َﻓﺎ ْﻧﺘَ ﻬُ ْﻮا ۚ َواﺗ ُﻘﻮا ا َ ۗ ِان ا َ َﺷ ِﺪﻳْ ﺪُ اﻟ ِﻌ َﻘﺎب‬ۤ ْ
ِ ‫اﻻَ ْﻏ ِﻨ َﻴ‬

Apa saja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal
dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabatnya,
anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya
harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa
yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
sangat keras hukuman-Nya.” (Surah A-Hasyr : ayat 7)
Janganlah kamu membantahi Nabi dan janganlah kamu mengubah-ubah dengan pandai-
pandai sendiri sahaja baik dalam amalan kamu atau dalam penyembahan kamu. Allah
ada berfirman :

‫اﻻ ْﻧ ِﺠ ْﻴ َﻞ ۙ َو َﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻓ ْﻲ ُﻗ ُﻠ ْﻮ ِب اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ اﺗ َﺒﻌُ ْﻮ ُه َرا َﻓ ًﺔ و َر ْﺣ َﻤ ًﺔ ۗ َو َرﻫْ َﺒﺎ ِﻧﻴ َﺔ‬ ِ ْ ‫ﺎر ِﻫ ْﻢ ِﺑ ُﺮ ُﺳ ِﻠﻨَﺎ َو َﻗﻔ ْﻴﻨَﺎ ِﺑ ِﻌ ْﻴ َﺴﻰ اﺑ ِْﻦ َﻣ ْﺮﻳَ َﻢ َو ٰا َﺗ ْﻴﻨٰ ُﻪ‬ ٰ ٰٓ
ِ ‫ُثم َﻗﻔ ْﻴﻨَﺎ ﻋَ ﻠﻰ ا َﺛ‬
‫ان ا ِ َﻓ َﻤﺎ رَﻋَ ْﻮﻫَﺎ َﺣﻖ ِرﻋَ ﺎﻳَ ِﺘﻬَ ﺎ ۚ َﻓ ٰﺎ َﺗ ْﻴﻨَﺎ اﻟ ِﺬﻳْ َﻦ ٰا َﻣﻨ ُْﻮا ِﻣﻨْﻬُ ْﻢ َا ْﺟ َﺮ ُﻫ ْﻢ ۚ َوﻛ َ ِﺜ ْﻴ ٌﺮ ﻣﻨْﻬُ ْﻢ ٰﻓ ِﺴ ُﻘ ْﻮ َن‬ ِ ‫ﺂء ِر ْﺿ َﻮ‬ َ ‫ِاﺑْﺘَ ﺪَ ﻋُ ْﻮﻫَﺎ َﻣﺎ ﻛَﺘَ ْﺒﻨٰ ﻬَ ﺎ ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ْﻢ ِاﻻ اﺑ ِْﺘ َﻐ‬

“Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan Rasul-Rasul Kami dan Kami iringi
(pula) dengan Isa putera Mariam, dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan
dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka
mengada-adakan Rahbaniyah, pada hal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka
tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah,
lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami
berikan kepada orang-orang yang beriman antara mereka pahalanya dan banyak di
antara mereka orang-orang fasik.” (Surah Al-Hadid: Ayat 27)

Allah telah membersihkan Nabi-Nya dan menjauhkan dari segala yang batil. Firman Allah:

‫َو َﻣﺎ ﻳَ ﻨ ِْﻄ ُﻖ ﻋَ ِﻦ ْاﻟﻬَ ٰﻮى ▪ ِا ْن ُﻫ َﻮ ِاﻻ َو ْﺣ ٌﻲ ﻳ ْﻮ ٰﺣﻰ‬

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”. (Surah An-
Naim: Ayat 3-4)

Dengan lain perkataan, firman ini bermaksud, “Apa sahaja yang dibawanya kepada kamu
ada dari Aku, dan bukan dari dirinya atau hawa nafsunya, oleh itu ikutlah dia.”

Firman Tuhan lagi:

ُ ‫ي ْو َم َﺗ ِﺠﺪُ ﻛُﻞ َﻧ ْﻔ ٍﺲ ﻣﺎ ﻋَ ِﻤﻠَ ْﺖ ِﻣ ْﻦ َﺧ ْﻴ ٍﺮ ﻣ ْﺤ َﻀ ًﺮا ۛ و َﻣﺎ ﻋَ ِﻤﻠَ ْﺖ ِﻣ ْﻦ ُﺳ ْٓﻮ ٍء ۛ َﺗ َﻮد ﻟَ ْﻮ َان ﺑ َْﻴﻨَﻬَ ﺎ َوﺑ َْﻴﻨ َۤﻪٗ َا َﻣﺪً ۢا ﺑ َِﻌ ْﻴﺪً ا ۗ َوﻳُ َﺤﺬ ُرﻛُ ُﻢ ا ُ َﻧ ْﻔ َﺴﻪٗ ۗ َوا‬
َ
ۢ
ِ ‫َر ُء ْو ٌف ِﺑ ْﺎﻟ ِﻌ َﺒ‬
‫ﺎد‬

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (ke
hadapannya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya
antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh, dan Allah memperingatkan kamu
terhadap diri (seksa)Nya. Dan Allah sangat penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
“(Surah Al-Imran: Ayat 30)

Oleh itu, jalan kasih itu ialah dengan mematuhi kata-kata dan perbuatan Nabi. Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Berusaha itu adalah jalanku,
dan tawakal kepada Allah itu adalah hal (keadaan)ku.”

Oleh yang demikian, kamu berada di antara perketika (amalan) dan hal (keadaan)Nya.
Jika iman kamu lemah, kamu hendaklah berusaha dan ini adalah amalannya, dan jika
iman kamu kuat, kamu pakailah keadaan kamu iaitu tawakal kepada Allah. Allah
Subhanahu wa Ta’ala ada berfirman yang maksudnya lebih kurang, “Dan kepada Allah
kamu patut bertawakal “. Tuhan Allah berfirman lagi, “Dan barangsiapa yang bertawakal
kepada Allah, Allah akan mencukupkannya“.

Firman Allah :

‫َوﻟَ ِﺌ ْﻦ ﻣﺘ ْﻢ َا ْو ُﻗ ِﺘ ْﻠﺘُ ْﻢ َ ِﻻ ﻟَﻰ ا ِ ُﺗ ْﺤ َﺸ ُﺮ ْو َن‬

“Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur tentulah kepada Allah saja kamu
dikumpulkan.” (Surah Ali-Imran: Ayat 158)

Allah memerintahkan kamu supaya bertawakal kepada-Nya dan berpegang teguh dengan
itu sebagaimana Nabi pun diperintahkan demikian, sabda Nabi, “Barangsiapa membuat
sesuatu yang bukan dari perintah Kami adalah tidak diterima.”
Ini meliputi kehidupan, amalan dan perkataan. Kita tidak mempunyai Nabi kecuali
baginda yang boleh kita ikut, dan tidak ada kitab kecuali Al-Qur’an yang boleh kita patuhi.
Oleh itu, janganlah melampaui dari kedua-dua itu jika tidak hancurlah kamu dipimpin
oleh hawa nafsu kebinatangan dan iblis yang membawa ke jalan yang sesat. Firman Allah,
“Janganlah ikuti hawa nafsu kamu kerana ia akan membawa kamu sesat dari jalan Allah.”

Keselamatan itu terletak di kitab Allah dan Sunnah Nabi. Kerosakkan akan berlaku jika
menyimpang dari yang dua itu. Dengan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi itulah si hamba dapat
naik ke taraf wilayah, badliat dan ghutsiat

______________________________________________

BAB 37 – SYARAHAN KETIGA PULUH TUJUH

Wahai orang-orang beriman! Kenapakah saya lihat ada dia ntara kamu yang dengki dan
cemburu hati terhadap jiran-jiran kamu kerana mereka dapat lebih dari kurniaan Allah
tentang makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya? Tidakkah kamu
tahu bahawa perasaan dengki itu akan merobohkan iman kamu dan menjatuhkan diri
kamu dari sisi Allah dan menyebabkan kamu dimurkai Allah? Tidakkah kamu dengar
bahawa Nabi pernah berkata yang Allah berfirman, “Orang yang dengki itu adalah musuh
kepada kasih sayang Kami?” Tidakkah kamu pernah dengar hadith Nabi yang menyatakan,
“Sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan, seperti api memakan kayu api?”

Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan?. Dengkikah kamu kepada apa
yang telah diuntukkan Allah kepadanya?. Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya
kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa kamu dengki?.

Firman Allah:

ِ ‫ﺖ َرﺑ َﻚ ۗ َﻧ ْﺤ ُﻦ َﻗ َﺴ ْﻤﻨَﺎ ﺑ َْﻴﻨَﻬُ ْﻢ ﻣ ِﻌ ْﻴ َﺸﺘَ ﻬُ ْﻢ ِﻓﻰ ْاﻟ َﺤ ٰﻴ‬


‫ﻮة اﻟﺪ ْﻧ َﻴﺎ َو َر َﻓﻌْ ﻨَﺎ ﺑَﻌْ َﻀﻬُ ْﻢ َﻓ ْﻮ َق ﺑَﻌْ ٍﺾ دَ َر ٰﺟ ٍﺖ ﻟ َﻴـﺘ ِﺨ َﺬ ﺑَﻌْ ُﻀﻬُ ْﻢ ﺑَﻌْ ًﻀﺎ‬ َ ‫َا ُﻫ ْﻢ ﻳَ ْﻘ ِﺴ ُﻤ ْﻮ َن َر ْﺣ َﻤ‬
‫ُﺳ ْﺨ ِﺮﻳﺎ ۗ َو َر ْﺣ َﻤ ُﺖ َرﺑ َﻚ َﺧ ْﻴ ٌﺮ ﻣﻤﺎ ﻳَ ْﺠ َﻤﻌُ ْﻮ َن‬

“Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan


antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah
meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar
sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat
Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Az-Zukhruf: Ayat 32)

Jika kamu dengki kepada orang lain, sesungguhnya kamu adalah seorang yang zalim.
Kamu menzalimi orang yang telah diberi kurnia oleh Allah. Kurnia itu telah dikhususkan
kepadanya, dan tidak kepada orang lain. Jika kamu dengki juga kepada orang yang
dikurnia Allah itu, maka itu menunjukkan kamu zalim, jahil dan jahat. Jika kamu dengki
dia kerana bahagian kamu itu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diuntukkan
kepada kamu itu tidak akan lesap ke tangan orang lain dan pasti kamu dapat. Allah tidak
zalim. Firman Allah yang ertinya lebih kurang, ‘Ayat yang datang dari Kami tidak boleh
diubah-ubah, dan Kami tidak zalim kepada hamba-hamba Kami”.

Allah tidak zalim. Dia tidak akan mengambil dari kamu apa yang telah diuntukkan kepada
kamu dan diberi-Nya pula kepada orang lain. Tidak. Apa yang untuk kamu, pasti kamu
dapat. Apa yang untuk orang lain, pasti dia dapat. Oleh itu janganlah dengki terhadap
orang lain. Adalah lebih baik kamu dengki kepada bumi yang menjadi stor harta benda
dunia seperti emas perak, dan intan berlian yang mana benda-benda ini disimpan oleh
raja-raja dahulu kala seperti ‘Ad, Tsamud dan Maharaja Farsi dan Rom, lebih baik
medengki ini dari mendengki saudara-saudara kamu. Ibarat seorang yang melihat seorang
raja yang agung mempunyai tentera yang tidak terkira banyaknya, mengawal daratan dan
lautan yang luas dan mengutip cukai keperluannya sendiri dan keseronokannya sendiri
sahaja. Melihat ini, orang itu tidak dengki, tetap dia dengki melihat seekor anjing liar yang
datang pada malam hari dekat dapur istana raja itu sambil mencari makan dari sisa-sisa
makanan yang dibuang oleh tukang masak, yang makanan itu pula sudah busuk dan basi.
Orang itu dengki kepada anjing ini dan memusuhinya dan ingin hendak membunuhnya.
Apakah ini bukan bodoh namanya?. Jika orang itu dengki benar kepada anjing yang lapar
itu dan tidak dengki kepada raja yang tamak itu, maka orang itu sebenarnya orang yang
jahil, bodoh dan tidak tahu menimbang rasa.

Ketahuilah, wahai insan! Apakah yang akan dihadapi oleh jiran kamu itu di hari
perhitungan kelak. Sekiranya ia telah diberi Allah nikmat dan kurniaan yang baik-baik di
dunia ini tetapi dia gunakan kurniaan itu bukan menurut aturan-aturan yang ditentukan
Allah, bahkan sebaliknya ia ingkar dan memusuhi Allah dan tidak patuh kepada-Nya,
maka ketahuilah, ia di akhirat kelak akan disoal dan dibicarakan tentang apakah yang
dibuatnya dengan kurniaan itu. Jika ia gunakan kurniaan dan nikmat itu bukan menurut
keredhaan Ilahi, maka menyesallah dia, bahkan rasanya lebih baik dia tidak menerima
kurniaan itu di dunia dahulu. Apakah disesalkan? Sudah terlambat Nabi pernah bersabda,
“Sebenarnya ada segolongan manusia di hari pembicaraan kelak yang inginkan daging
badannya dipotong- potong dengan gunting apabila melihat ganjaran yang diterima oleh
orang-orang yang mendapat azab dan kesusahan.“
Mungkin di akhirat kelak jiran kamu itu ingin supaya ia berada di tempat kedudukan
kamu dalam kehidupan dunia ini apabila melihat tempoh masa yang panjang dalam
pembicaraan di hadapan Tuhan itu, dan memandangkan kesusahan dan kehidupan
berdiri selama 50000 tahun di bawah panas matahari untuk dihitung dan dibicara tentang
apa yang dilakukannya dengan harta dan kekayaan yang diberi Allah kepadanya di dunia
dahulu, pada hal sementara itu kamu dalam perlindungan Allah, makan, minum,
berseronok dan bersuka ria kerana disebabkan kamu sabar dalam menempuh kesusahan
hidup di dunia ini sambil redha dengan ketentuan Allah dan menyesuaikan diri kamu
dengan Allah, dan kamu tidak dengki kepada orang lain kerana kelebihan yang diberi
Allah daripada kehidupan di dunia ini. Semoga Allah menjadikan saya dan kamu berada
dalam sabar dalam menempuh godaan dan perjuangan hidup di dunia ini dan bersyukur
kepada-Nya kerana kurniaan-Nya yang tidak terhingga kepada kita sekalian. Mudah-
mudahan kita semua bertawakal kepada Allah, Tuhan bagi sekalian alam.

______________________________________________

BAB 38 – SYARAHAN KETIGA PULUH LAPAN

Barangsiapa menjalankan tugas-tugasnya dengan Allah secara ikhlas dan benar, maka ia
tidak terpengaruh oleh apa sahaja selain Allah, wahai manusia! Janganlah menuntut apa
yang kamu tidak ada. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan sekutukan Dia dengan apa
sahaja Jadikanlah diri kamu matlamat (target) bagi anak panah takdir yang akan mengena
diri kamu bukan untuk membunuh tetapi untuk mencederakan. Barangsiapa yang hancur
kerana Allah akan menerima ganjaran dari Allah.

______________________________________________

BAB 39 – SYARAHAN KETIGA PULUH SEMBILAN

Mengambil sesuatu berdasarkan hawa nafsu kebinatangan tanpa perintah dari Allah
adalah mcnyeleweng dari tugas kamu terhadap Allah dan melawan yang hak (benar).
Mengambil sesuatu tanpa digesa oleh hawa nafsu kebinatangan adalah kebaikan dan
bersesuaian dengan hak, dan jika berlawanan dari itu, maka itulah tidak ikhlas dan sikap
munafik
______________________________________________

BAB 40 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH

Janganlah kamu sangka yang diri kamu telah termasuk dalam golongan orang-orang
kerohanian kecuali kamu telah menjadi musuh diri kamu dan kamu telah terpisah dari
anggota badan kamu dan kaki-tangan kamu dan telah memutuskan perhubungan dengan
wujud kamu, dengan gerak dan diam kamu, dengan pendengaran dan penglihatan kamu,
dengan cakap dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindak tanduk kamu, dan apa
sahaja yang kamu anggap datangnya dari diri kamu sendiri. Dan semua yang ada pada
kamu setelah wujud kerohanian itu dihembuskan ke dalam kamu, kerana semua itu
adalah tabir antara kamu dengan Tuhan kamu. Apabila ruh kamu telah jadi bersih dan
suci, maka rahsia dari segala rahsia yang ghaib dari segala yang ghaib akan terbuka
kepada kamu dan kamu akan sedar mana musuh dan mana sahabat, mana hak dan mana
batil. Mana tauhid dan mana syirik. Nabi Ibrahim ‘alahissalam bersabda:

‫َف ِاﻧﻬُ ْﻢ ﻋَ ﺪُ و ﻟ ۤ ْﻲ ِاﻻ َرب ْاﻟ ٰﻌﻠَ ِﻤ ْﻴ َﻦ‬

“Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan
semesta alam.” (Surah Asy-Syu’ara : Ayat 77)

Yang baginda maksudkan dengan ‘musuh’ itu ialah berhala. Oleh itu, kamu anggap diri
kamu dan seluruh kejadian (makhluk) ini sebagai berhala dan dengan itu jangan kamu
patuh dan turut segalanya itu. Hanya dengan itu sahaja kamu dikurnia rahsia-rahsia dan
ilmu ke Tuhanan dan perkara-perkara yang jarang ditemui orang dan kamu akan diberi
kekuasaan menjadikan dan keramat dan ini adalah jenis kuasa yang diberi kepada orang-
orang yang percaya dengan Allah dan yang ghaib.

Kamu akan berada dalam keadaan ini seolah-olah kamu bangkit hidup sesudah mati di
hari akhirat. Jadi, kamu adalah semata-mata manifestasi kekuasaan Allah. Kamu
mendengar melalui Allah, melihat melalui Allah, bercakap melalui Allah memegang
melalui Allah, berjalan melalui Allah, mengetahui melalui Allah dan kerehatan dan
kesentosaan melalui Allah Maka butalah kamu kepada apa sahaja selain Allah, pekaklah
kamu kepada apa sahaja selain Allah. Pada pandangan kamu tidak ada yang wujud
kecuali Allah selagi kamu perhatikan batas-batas hukum dan menurut undang-undang
Tuhan. Jika ada yang hilang dalam diri kamu dari kehendak-kehendak hukum Allah, maka
ketahuilah kamu sedang diuji dan dipermainkan oleh syaitan. Oleh itu, kembalilah
menurut hukum-hukum Allah dan berpegang teguh dengan-Nya dan jauhkan diri dari
nafsu kebinatangan, kerana tiap-tiap perkara yang tidak disahkan oleh hukum-hukum
atau undang-undang Allah adalah bukan menurut iman.

<< Sebelumnya – Syarahan 31-35

Seterusnya – Syarahan 41-45 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 41-45


BAB 41 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH SATU

Saya beri satu ibarat atau perumpamaan untuk direnungi: Katalah ada seorang raja yang
telah melantik orang biasa menjadi gabenor untuk memerintah satu bandar. Orang itu
diberi pakaian kerajaan dengan bendera, panji-panji, gendang kerajaan, dan sepasukan
askar yang cukup lengkap. Masa berlalu, akhirnya disangkanya keadaan itu berkekalan.
Maka timbullah perasaan bangga dan sombongnya. Lupalah dia keadaannya sebelum
beliau dilantik menjadi gabenor dahulu. Oleh kerana bangga dan sombongnya itu,
jawatannya dilucutkan oleh raja. Dibicarakan di hadapan raja dan diminta menjelaskan
mengapa ia melakukan kesalahan itu. Akhirnya didapati ia bersalah, lalu dibicarakan.
Menyesallah dia dalam penjara yang sempit dan gelap. Kerana lamanya dia dalam penjara
itu, maka perasaan bangga dan sombongnya itupun hilang, hatinya hancur dan api hawa
nafsunya padam. Semua ini diketahui oleh raja. Lama kelamaan raja itupun jatuh kasihan
kepadanya. Dia dilepaskan dari penjara dan diberi semula jawatan yang dipegangnya
dahulu di bandar yang lain pula sebagai hadiah dari raja itu. Maka berkekalanlah dia
menjadi gabenor dalam keadaan baik hati dan tidak berperangai seperti dulu lagi. Diapun
jadi orang baik dan bersih.

Inilah ibarat seorang mukmin dengan Allah yang membawa si mukmin itu hampir dan
orang pilihan-Nya. Dibukanya pintu hati si mukmin itu kepada kasih sayang dan kurnia-
Nya. Maka nampaklah oleh si mukmin itu dengan mata hatinya apa yang tidak nampak
dengan mata kasar, dan didengarnya dengan telinga hatinya apa yang tidak pernah
didengar dengan telinga kasar, maka dilihatnya perkara-perkara ghaib dari kerajaan
Tuhan Yang Maha Besar yang meliputi langit dan bumi dan apa sahaja. Bertambah
hampirlah ia dengan Allah. Sembahyang dan do’anya diterima Allah. Dia dilimpahi kasih
sayang dan perkataan yang baik-baik dan manis-manis dari Allah. Ilmu Allah yang pelik-
pelik akan dapat diketahuinya dengan kurniaan Allah jua. Allah akan sempurnakan
kurnia-Nya kepada si mukmin itu pada segi batin mahupun lahir seperti kesihatan badan,
minuman, pakaian, makanan dan isteri yang baik dan perkara-perkara yang halal yang
bersesuaian dengan peraturan dan ketentuan Allah. Jadi, Allah akan menetapkan keadaan
ini untuk hamba-Nya yang beriman dan hampir kepada-Nya beberapa lama sehingga si
hamba itu merasa selamat dan kekal dalam keadaan itu. Kemudian Allah akan datangkan
mala petaka, kesusahan hidup dan bencana. Maka si hamba itupun merasa sedih, hairan,
dan hancur hati lagi dan putus dari hubungan dengan orang-orang golongannya.

Jika ia melihat keadaan zahirnya, dilihatnya kejahatan yang menimpanya dan jika
dilihatnya hatinya dan batinnya, dilihatnya yang mendukacitakannya. Jika ia minta
kepada Allah untuk membuang kesusahan yang dihadapinya itu, maka Allah tidak
menerimanya, dan jika ia meminta janji-janji yang baik, maka tidak didapatinya dengan
segera, dan jika ia berjanji sesuatu. ia tidak diberitahu tentang hasilnya, dan jika ia mimpi
sesuatu. ia tidak tahu maksudnya, dan jika ia hendak berhubung dengan orang-orang
golongannya, maka ia tidak dapat berbuat demikian, pendeknya segala-galanya telah
tertutup baginya dan do’anya tidak diterima.

Maka dengan itu, dirinya pun hancur dan hawa nafsunya pun hilang dan hapuslah niat
dan cita-citanya. Segala-galanya kosong baginya. Perkara ini berkekalan sementara dan
mungkin dihebatkan lagi penderitaannya itu sehingga sampailah masanya bila ia merasa
tabiat-tabiat dan sifat-sifat kemanusiaannya hilang terus dan dia tinggal seolah-olah ruh
sahaja lagi. Maka didengarnyalah suara batinnya memanggilnya:
ٌ ٰ ۚ   ‫ُا ْرﻛُ ْﺾ ِﺑ ِﺮ ْﺟ ِﻠ َﻚ‬
ِ ‫ﻫ َﺬا ُﻣ ْﻐﺘَ َﺴﻞ ۢ ﺑ‬ 
ٌ ‫َﺎردٌ و َﺷ َﺮ‬
‫اب‬

(Allah berfirman) “Hentamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan
untuk minum. “(Surah Shaad: Ayat 42)

Ayat itu difirmankan kepada Nabi Ayub.

Kemudian Allah akan melimpahi lautan rahmat dan kasih sayang kepadanya dan hatinya
merasa aman tenteram dan hatinya disinari dengan cahaya iman dan ilmu. Pintu
keredhaan Allah dibuka kepadanya. Kepadanya manusia akan berkunjung memberi
berbagai-bagai hadiah dan orang akan berkhidmat kepadanya. Manusia akan memuji dan
menghormatinya. Kata- katanya disanjung tinggi. Orang akan merasa bahagia dimajlisnya.
Raja-raja dan orang besar-besar pun tunduk kepadanya. Allah akan menyempurnakan
kurnianya zahir dan batin. Allah pelihara dia secara zahirnya melalui makhluk-Nya dan
pada batinnya melalui kasih sayang dan rahmat-Nya. kekallah dia dalam keadaan itu
sehingga ke akhir hayatnya. Kemudian Allah masukkan dia ke tempat yang tidak terlihat
oleh mata dan tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas ke dalam hati sesiapa,
seperti firman Allah, “Tidak ada seorangpun tahu apa yang ada dalam stor untuk mereka
daripada perkara yang menyedapkan mata, satu ganjaran untuk apa yang mereka telah
lakukan.” Demikian firman Allah.

______________________________________________

BAB 42 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH DUA

Roh manusia ini ada dalam dua keadaan, tidak ada yang ketiga. Iaitu dalam keadaan
bahagia dan dalam keadaan derita. Apabila ia dalam keadaan derita, maka timbullah
perasaan resah gelisah, merungut, tidak redha, dan mengkritik serta menyalahkan Allah,
tidak sabar dan tidak tawakal, timbullah akhlak buruk, menyekutukan Allah dengan yang
lain, dan akhirnya tidak percaya atau kufur. Apabila ia dalam kesenangan,maka ia
menjadi mangsa tamak haloba, hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan. Nafsunya tidak
puas- puas. Ia hendakkan barang yang ditentukan kepada orang lain. Maka tidak lepas-
lepaslah ia dalam kesusahan dan derita sama ada di dunia atau di akhirat.
Sesungguhnya hukuman yang paling azab ialah mencari atau menuntut apa yang bukan
diuntukkan kepada kita.

Apabila ia dalam kesusahan, tidaklah ia mahu yang lain kecuali meminta kesusahan itu
dihilangkan dan tidaklah ia ingat kepada keseronokkan dan kehendak kepada apa-apa
yang menyukacitakan. Tetapi bila ia diberi kesenangan dan keseronokan maka kembalilah
ia tamak, dengki, ingkar dan melakukan perkara-perkara yang berdosa dan maksiat.
Lupalah ia kepada penderitaan yang dialami olehnya dulu dengan itu, iapun
dikembalikan semula kepada kesusahan dan penderitaan yang lebih dahsyat dari yang
dulu kerana ia telah berdosa dan perlu dihukum. Dengan cara ini ia akan sedar dan
menjauhkan dirinya di masa akan datang dari melakukan dosa dan noda, kesenangan dan
kebahagiaan itu tidak dapat menyelamatkannya, tetapi kesusahan dan penderitaan itu
dapat menyelamatkannya.

Sekiranya dia berkelakuan baik tatkala derita dan kesusahan dibuang darinya, serta
patuh, syukur dan redha dengan Allah maka itu adalah lebih baik kepadanya di dunia dan
di akhirat. Maka Allah akan tambah kurniaan, nikmat, kebahagiaan dan keselamatan pada
dia.

Oleh yang demikian, barangsiapa berkehendakkan keselamatan dalam hidup di dunia dan
di akhirat, maka hendaklah tanamkan perangai sabar, rela, bertawakal kepada Ilahi,
jauhkan merungut terhadap manusia dan dapatkan segala keperluan dari Allah Yang
Maha Agung. Patuhlah kepada Allah dan abdikan diri kepada Dia sahaja. Dia lebih baik
dari selain Dia.

Selalunya apa yang tidak disampaikan-Nya kepada kita itu adalah sebenarnya satu
kurniaan atau hadiah. Hukuman-Nya itu adalah satu kebaikan. Penderitaan yang
ditimpakan oleh-Nya itu adalah satu ubat. Janji-Nya ibarat wang tunai, kredit-Nya ialah
keadaan pada masa ini, perkataan-Nya ialah lakuan. Apabila Allah hendak menjadikan
sesuatu, maka ia hanya berkata “jadilah”, maka jadilah ia. Oleh itu, semua perbuatan-Nya
adalah baik dan berdasarkan hikmah kebijaksanaan. Allah sahaja Yang Maha Tahu.
Manusia tidak mengetahui ilmu Allah itu sedalam- dalamnya. Dengan itu, ada lebih baik
jika si hamba terus bertawakal, menyerah, kembali kepada-Nya, dan melakukan apa yang
disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Janganlah salahkan Allah dan merungut
serta mengatakan Dia zalim dan tidak tahu atau sebagainya. Jangan salahkan lakuan-Nya.

Ada satu hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abas yang didapatinya dari
Abdullah Ibnu Abas. Dilaporkan bahawa Ibnu Abas pernah berkata, “Saya sedang
menunggang kuda di belakang Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam dan baginda
berkata kepada saya, “Anakku, jagalah kewajibanmu kepada Allah, maka Allah akan
menjaga kamu, jagalah kewajibanmu kepada Allah, maka kamu akan dapati Allah itu
berada di hadapan kamu“.

Oleh itu, apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah. Apabila kamu memohon
perlindungan, pohonlah kepada Allah. Jika hamba-hamba Allah semuanya hendak
memberi manfaat kepada kamu tetapi tidak dengan izin Allah, maka sia-sia sahaja
pekerjaan mereka itu. Jika semua hamba-hamba Allah cuba hendak memudharatkan
kamu tetapi tidak dengan izin Allah, maka kamu tidak akan ditimpa mudharat apa-apa.
Oleh itu, jika kamu boleh melakukan suruhan-suruhan Allah dengan ikhlas maka
lakukanlah. Jika kamu tidak melakukannya, maka lebih baik kamu sabar terhadap apa
yang kamu tidak suka melihat yang di situ ada banyak kebaikannya. Ketahuilah bahawa
pertolongan Allah itu datang melalui sabar, dan ketahuilah berserta dengan kesusahan itu
ada kesenangan. Tiap-tiap orang yang beriman hendakl mempraktikkan hadith Nabi ini
agar selalu beroleh keselamatan dalam dunia ini dan di akhirat kelak dan mendapat
rahmat dan kasih sayang Allah.

______________________________________________

BAB 43 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH TIGA


Barangsiapa meminta sesuatu dari manusia, maka ia melakukan itu kerana jahil tentang
Allah, lemah iman, kurang pengetahuan tentang hakikat, kurang keyakinan dan
kesabaran. Barangsiapa meminta sesuatu dari Allah, maka itu tanda ia penuh dengan ilmu
Allah Yang Maha Agung dan Maha Kaya, dan tanda ia mempunyai iman yang teguh dan
keyakinan yang pasti dan melalui bertambahnya ilmu Allah dalam hatinya setiap waktu,
dan tanda malunya kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa.

______________________________________________

BAB 44 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH EMPAT

Sesungguhnya tiap-tiap permohonan dan do’a orang-orang yang mempunyai ilmu


kerohanian terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak diberikan, dan tiap-tiap janji tidak
ditunaikan oleh-Nya kerana Allah tidak mahu orang-orang ini terlampau tinggi harap
(terlampau optimistik), kerana tidak ada hal (keadaan) kerohanian dan maqam (stesyen)
kerohanian melainkan mempunyai takut dan harap berserta dengan-Nya. Kedua-dua ini
umpama dua kepak atau sayap burung. Dua- dua perlu. Satu sahaja tidak jadi. Takut dan
harap ini ada dalam tiap-tiap hal dan maqam.

Oleh yang demikian, orang yang mempunyai ilmu kerohanian atau kebatinan dapat
hampir dengan Allah. Hal dan maqamnya ialah dia tidak inginkan sesuatu selain Allah.
Dia tidak cenderung dan merasa kepada yang lain selain Allah. Dia tidak merasa gembira
kepada yang lain dari Allah. Jadi, meminta supaya permohonannya diterima atau janjinya
dipenuhi, adalah berlawanan dengan jalannya dan tidak sesuai dengan maqam
(stesyen)nya.

Ada dua sebab dalam perkara ini. Sebab yang pertama ialah dia tidak mahu dikuasai oleh
terlalu mengharap atau khayalan terhadap apa yang telah ditakdirkan Allah kepadanya,
dan dia tidak mahu mendahului Allah dalam sesuatu tindakan dan lagipun dia tidak tahu
takdir Allah itu mungkin ada yang lebih baik dari yang dipintanya itu. Sebab yang kedua
ialah ini boleh menimbulkan syirik iaitu menyen tukan sesuatu dengan Allah. Kerana
tidak ada manusia yang tidak berdosa kecuali Nabi-Nabi.

Kerana sebab-sebab inilah Allah tidak selalunya memperkenankan permohonan hamba-


hamba-Nya, takut kelak si hamba itu meminta menurut kehendak dirinya sahaja tanpa
merujuk kepada aturan dan perintah Allah. Ada kemungkinan pula membawa kepada
syirik. Ada berbagai-bagai sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah syirik
dalam tiap-tiap maqam, hal dan jalan dalam mengikuti jalan kerohanian ini. Tetapi
apabila sesuatu do’a dan permintaan itu ada menurut kehendak dan ketentuan Allah,
maka ini akan menambahkan hampir lagi si hamba itu dengan Allah, seperti juga dengan
sembahyang, puasa dan kewajiban-kewajiban yang lain kerana dalam semua itu adalah
mematuhi perintah- perintah Allah.

______________________________________________

BAB 45 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH LIMA

Ketahuilah bahawa manusia itu ada dua jenis. Satu jenis ialah mereka yang dikurniakan
Allah dengan perkara-perkara yang baik di dunia ini, dan yang satu jenis lagi ialah mereka
yang diuji dengan apa yang telah ditakdir oleh Allah pada mereka, mereka yang mendapat
perkara- perkara yang baik itu tidaklah bebas dari dosa dan kegelapan dalam proses
menikmati kurniaan tersebut. Orang-orang ini merasa seronok dengan kurniaan itu. Tiba-
tiba datang takdir Allah yang menimpa mereka dengan kesulitan dan mala-petaka. pada
diri, atau keluarga, atau harta benda, Dengan itu mereka pun berasa sedih dan putus asa.
Mereka pun lupa kepada keseronokkan dan kebahagiaan yang mereka nikmati dahulu.
Bila mereka diberi kekayaan, keselamatan dan kesentosaan, mereka lupa, seolah-olah
mereka sangka keadaan itu berkekalan. Bila mereka ditimpa mala-petaka, lupalah mereka
kepada kebaikan yang mereka terima dahulu, seolah-olah kebaikan itu tidak ada pada
mereka. Semua ini adalah tanda jahil dengan tuannya yang sebenar iaitu Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
Jikalau mereka tahu bahawa Allah itu berkuasa membuat apa saja yang dikehendaki-Nya,
sama ada berkuasa menjatuhkan atau menaikkan, memberi kekayaan, memiskinkan,
kesenangan dan kesusahan, mengelokkan dan memburukkan, menghina dan
memuliakan, menghidup dan mematikan, bahkan apa sahaja, jika mereka tahu semua ini,
tentulah mereka tidak menyangka yang kebahagiaan dan kekayaan yang mereka nikmati
itu akan berkekalan, dan tentulah mereka tidak bangga dan sombong, ataupun putus asa
dan kecewa jika kekayaan dan kebahagiaan itu dihilangkan dari mereka.

Kelakuan mereka yang salah ini ialah disebabkan mereka jahil tentang dunia ini. Mereka
tidak tahu bahawa dunia ini adalah tempat ujian, tempat berusaha, tempat bersakit dan
tempat bersusah-payah. Dunia ini ibarat dua lapis rasa, di luarnya rasa pahit dan di
dalamnya rasa manis. Makan yang pahit itu dulu, barulah dapat rasa yang manis.
Seseorang itu hendaklah rasa yang pahit itu dulu sebelum dapat merasai yang manis.
Bersabarlah memakan yang pahit itu dulu supaya dapat yang manisnya. Oleh itu,
barangsiapa bersabar dengan ujian-ujian dunia ini, akan berhak mendapat hasil dan
ganjaran yang baik dan bagus. Ibarat orang makan gaji. Kerja dulu, baru dapat gaji.
Lapisan yang pahit itu perlu dihabiskan, barulah dapat merasa lapis yang manis pula.

Oleh yang demikian, apabila si hamba itu patuh kepada Allah, melakukan yang disuruh-
Nya dan meninggalkan yang dilarang-Nya, bertawakal bulat kepada-Nya, menurut takdir-
Nya, dan bila ia telah memakan yang pahit, menghapuskan hawa nafsu keiblisannya, dan
menghancurkan matlamat dan kehendak ego (diri)nya, maka Allah akan memberinya
kehidupan yang baru dan kehidupan yang baik, kebahagiaan, keselamatan, kemuliaan,
dan Allah akan memeliharanya dan memberi perlindungan kepadanya. Si hamba itupun
jadilah seperti bayi yang disusui oleh ibunya, iaitu bayi itu tidak perlu lagi mencari
makan, ibunya yang memberinya makan Allah akan beri ia rezeki tanpa bersusah payah
dan berusaha keras di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Si hamba janganlah menyangka
yang ia tidak diuji dan kurniaan yang diterimanya itu akan berkekalan. Perlulah si hamba
bersyukur dan menyerahkan dirinya kepada Allah semata. Nabi Muhammad Shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Keseronokan dunia ini
adalah perkara yang merosakkan, oleh itu pertahankan diri kamu darinya dengan
bersyukur.”

Syukur terhadap kurniaan kekayaan itu ialah dengan menyedari dan mengatakan kepada
diri sendiri bahawa kurniaan itu ialah kepunyaan Allah yang dipinjamkan-Nya dan
diamanahkan-Nya kepada kita. Kita tidak punya apa-apa melainkan Allah yang
mempunyai segala-galanya. Janganlah dalam perkara harta benda itu kita melampaui
batasan-batasan yang ditentukan Allah, dan gunakanlah harta benda itu menurut
kehendak Allah. Berilah zakat dan sedekah. Tolonglah orang orang yang miskin papa.
Orang-orang dalam kesusahan dan beri nafkah kepada tanggungan-tanggungan kita.
Inilah bersyukur terhadap kurniaan kekayaan harta benda dari Allah itu. Bersyukur
terhadap anggota-anggota badan yang diberi Allah itu ialah dengan menggunakan badan
itu untuk mematuhi perintah-perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dan jangan
melakukan dosa dan maksiat.

Inilah caranya memelihara kurniaan Allah itu supaya jangan terlepas. Siramkan pokok-
Nya supaya subur, supaya rendang daunnya dan menghasilkan buah yang manis yang
menampakkan manfaatnya pada badan agar badan itu dapat memathui Allah dan
menghampiri Allah dan selalu ingat kepadanya, agar kita dapat rahmat dan kasih sayang
di akhirat kelak dan dapat kekal di syurga bersama-sama Nabi- Nabi, shodiq (orang-orang
yang benar), syahid (orang-orang yang menyaksikan) dan soleh (orang-orang yang baik).
Sesungguhnya inilah kumpulan orang-orang yang dipermuliakan Tetapi jika seseorang itu
terpengaruh dan tenggelam dengan kesedapan dan keseronokkan dunia yang fana’ ini
sahaja maka rugilah ia. Di akhirat kelak ia akan menyesal yang tidak putus- putus, dan
neraka tempat tinggalnya.

Allah menguji manusia. Ujian itu ada berbagai-bagai tujuan. Ada kalanya untuk tujuan
menghukum manusia kerana kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya. Ada
kalanya pula untuk meninggikan taraf orang itu supaya dapat bersama orang-orang yang
mempunyai ilmu kerohanian yang mengalami berbagai-bagai hal dan maqam. Mereka ini
telah mengembara di padang bencana dan kesusahan dengan menunggang kenderaan
kasih sayang Allah dan ditiup dengan angin bayu penglihatannya yang lemah lembut
terhadap pergerakan dan sikap mereka kerana ujian itu bukan hendak mencampakkan
mereka ke neraka tetapi sebaliknya, dengan ujian, Allah menguji mereka untuk memilih
mereka dan meneguhkan keimanan mereka dan membersihkan mereka agar dapat
dibezakan iman dengan kufur, tauhid dengan syirik, dan sebagai ganjarannya orang itu
diberi ilmu, rahsia dan nur.

Apabila orang-orang ini telah bersih zahir dan batin dan hati mereka telah suci, maka
orang itu akan jadi orang-orang pilihan-Nya dan kekasih-Nya serta mendapat rahmat di
dunia dan di akhirat, dan dunia ini melalui hati mereka, dan di akhirat melalui jasmani
mereka. Oleh itu, bala bencana itu adalah sebenarnya pencuci atau pembersih daki-daki
syirik dan memutuskan perhubungan dengan manusia dan keduniaan dan hawa nafsu
kebinatangan dan keiblisan, dan juga menjadi alat untuk menghancurkan bangga,
sombong dan tamak haloba serta menghapuskan niat yang bukan kerana Allah dalam
membuat ibadat, umpamanya beribadat kerana hendakkan syurga atau sebagainya.

Tanda ujian dengan cara hukuman ialah hendakkan sabar apabila datang ujian-ujian itu
dan meratap serta merungut kepada orang lain. Tanda ujian dengan cara pembersihan
dan pembuangan kelemahan ialah adanya kesabaran yang baik tanpa rungutan dan
menunjukkan kesusahan kepada orang lain dan tanpa keberatan untuk membuat suruhan
Allah.Tanda ujian untuk meninggikan taraf ialah adanya kerelaan dan kesukaan hati dan
kedamaian terhadap lakuan Allah, Tuhan seru sekalian alam, dan diri sendiripun hilang
dalam ujian itu sehinggalah masanya ujian itu akan tamat.

<< Sebelumnya – Syarahan 36-40

Seterusnya – Syarahan 46-50 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 46-50


BAB 46 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH ENAM

Ada satu hadith Nabi menyatakan bahawa Allah ada berkata iaitu, “Barangsiapa yang
sentiasa mengingat-Ku dan tidak ada masa untuk meminta sesuatu kepada-Ku, maka Aku
akan beri dia perkara yang lebih baik daripada yang diberi kepada orang yang meminta”.

Ini ialah kerana apabila Allah hendak memilih seseorang yang beriman untuk tujuannya
sendiri, maka orang itu akan dibawa-Nya melalui berbagai-bagai keadaan (hal)
kerohanian dan mengujinya dengan berbagai-bagai kesulitan dan kesusahan. Allah
jadikan dia miskin setelah kaya. Bahkan sampai orang itu hampir-hampir mengemis
untuk mencari rezeki. Kemudian ditolongnya dari menjadi pengemis dan orang itu pun
hampir-hampir hendak meminjam dari orang lain untuk mencari nafkah. Kemudian Allah
selamatkan dia dari meminjam dan diberi-Nya kerja. Maka bekerjalah dia mencari nafkah
hidup seperti yang telah dilakukan oleh Nabi

Kemudian dijadikan-Nya kesusahan pada orang itu untuk mencari rezeki dan
diperintahkan kepada orang itu melalui ilham supaya mengemis. Perintah demikian ini
ialah sebenarnya perintah rahsia yang diketahui dan disedari oleh orang yang berkenaan
itu sahaja. Allah jadikan kerja mengemis itu sebagai ibadat baginya dan berdosa jika ia
tidak melakukannya, agar dengan itu kebanggaan hilang dan egonya hancur lebur. Inilah
latihan kerohanian. Mengemis cara itu ialah suruhan Allah dan bukan secara syirik.
Kemudian Allah lepaskan orang itu dari keadaan tersebut dan memerintahkannya supaya
meminjam dan ini tidak boleh dibantah lagi, sebagaimana ia mengemis dahulu juga.
Setelah itu, ditukar pula keadaan orang itu dan memutuskan perhubungannya dengan
manusia dan menjadikan orang itu hanya bergantung kepada Allah sahaja untuk nafkah
hidupnya. Apa sahaja yang dikehendakinya pinta sahaja kepada Allah dan Allah akan
perkenankan, dan jika ia tidak meminta, Allah tidak memberi apa-apa kepadanya.
Kemudian itu Allah tukar pula keadaannya iaitu daripada meminta secara lisan kepada
meminta dalam hati sahaja. Oleh itu orang itupun melalui hatinya kepada Allah. Apa
sahaja dipinta akan diberi Allah. Jika ia meminta dengan lisan, Allah tidak memberinya
ataupun jika ia meminta kepada manusia, maka ia tidak dapat apa-apa dari manusia itu.

Kemudian keadaan ini ditukar lagi. Allah hilangkan dia daripada diri orang itu sendiri dan
dia tidak meminta lagi secara rahsia atau secara terbuka. Maka diapun diberi Allah
ganjaran dengan apa sahaja yang membetulkan dirinya dan menukar keadaan dirinya
daripada perkara-perkara yang demikian, diminum, dipakai dan apa sahaja keperluan
hidup tanpa berusaha atau terlintas difikirannya. Allah akan menolong. Firman Allah :

‫ َو ُﻫ َﻮ ﻳَ ﺘَ َﻮﻟﻰ اﻟﺼ ِﻠ ِﺤ ْﻴ َﻦ‬  ۖ   ‫ﺐ‬ ِ ‫ي ا ُ اﻟ ِﺬ ْي َﻧﺰ َل ْاﻟ‬


َ ‫ـﻜ ٰﺘ‬ َ ‫ِان َو ِﻟﻲ‬

“Sesungguhnya perlindungku ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an)


dan dia melindungi orang-orang yang soleh.” (Surah Al-A raf Ayat 196)

Maka perkataan Allah yang diterima oleh Nabi itu betul- betul terzahir, iaitu, ”Yang tidak
ada masa untuk meminta apa- apa, maka Aku beri dia lebih daripada apa yang Aku beri
kepada mereka yang meminta,” dan inilah peringkat ‘bersatu’ dengan Allah dan inilah
keadaan atau kedudukan wali-wali Allah biasa dan abdal. Dan peringkat ini ia diberi
kuasa menjadikan, dan apa sahaja yang dikehendakinya akan dapat olehnya dengan izin
Allah jua. Firman Allah dalam satu daripada kitab-kitab-Nya, Wahai anak Adam! Akulah
Tuhan, tidak ada Tuhan hecuali Aku, bila aku katakan kepada sesuatu “jadilah” maka
Jadilah ia. Patuhlah kepada-Ku, sehingga jika kamu katakan kepada sesuatu “jadilah”
maka jadilah ia”.

______________________________________________

BAB 47 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH TUJUH

Saya bermimpi, dan dalam mimpi itu datang seorang tua bertanya kepada saya, ‘Apakah
yang membuat si hamba itu hampir kepada Allah? “Saya menjawab, “Proses ini ada awal
dan ada akhirnya. Awalnya ialah kuat beribadat dan taat, Akhirnya ialah redha dengan
Allah, menyerah diri kepada jalan-Nya dan bergantung penuh kepada-Nya.”
______________________________________________

BAB 48 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH LAPAN

Seseorang yang beriman itu hendaklah melakukan tugas yang wajib dahulu.Apabila itu
sempurna, barulah melakukan yang sunat. Setelah inipun sempurna, maka bolehlah
melakukan yang lebih dari itu.Jika seseorang itu melakukan yang sunat tetapi tidak
melakukan yang wajib, maka ia adalah satu kebodohan.Jika ia melakukan yang sunat dan
nafal (tugas-tugas yang berlebihan) sebelum melakukan yang wajib, maka ibadatnya itu
tidak diterima dan sia-sia sahaja.Ibarat seorang raja yang menyuruh seorang rakyatnya
menjadi hambanya.Tetapi orang itu tidak pergi berjumpa raja, sebaliknya ia
menghambakan dirinya pada orang besar atau oang kenamaan raja itu pada hal orang
besar atau orang kenamaan itupun adalah hamba kepada raja itu. Ali bin Abu Talib
Radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ada
bersabda, “Misalan seseorang yang melakukan sembahyang-sembahyang yang bukan wajib
pada hal sembahyang-sembahyang yang wajib banyak yang telah tidak dibuatnya, adalah
umpama seorang perempuan yang hamil dan sebelum sampai masanya ia beranak, ia telah
keguguran, maka oleh itu perempuan itu tidak lagi hamil dan tidak juga menjadi ibu.”

Orang yang melakukan sembahyang-sembahyang yang bukan wajib dan meningalkan


sembahyang-sembahyang yang wajib, maka sembahyang itu tidak diterima. Begitu juga
ibarat orang yang sembahyang seperti orang yang berniaga, ia tidak mendapat untung
kecuali ia telah memegang modalnya dahulu. Orang yang melakukan sembahyang yang
bukan wajib, maka sembahyang itu tidak diterima kecuali ia terlebih dahulu melakukan
sembahyang yang wajib. Orang yang melakukan sembahyang sunat dan bukan wajib dan
meninggalkan sembahyang yang sunat dan wajib itu, maka sembahyangnya itupun tidak
diterima dan sia-sia sahaja Oleh itu, antara perkara yang mesti kita hapuskan ialah
membuat yang haram, menyekutukan Allah, tidak redha dengan hukum dan takdir-Nya,
menurut sahaja kata-kata orang dan keinginan mereka, tidak melakukan perintah Allah
dan derhaka kepada-Nya, Nabi besar Muhammad Shallallahu alaihi wasallam bersabda,
“Tidak boleh mentaati sesiapa jika itu menderhakai Allah“.

______________________________________________

BAB 49 – SYARAHAN KEEMPAT PULUH SEMBILAN

Barangsiapa memilih tidur dan tidak memilih berjaga malam untuk sembahyang, maka
pilihannya itu adalah pilihan yang tidak baik dan mematikan hatinya kerana tidur itu
adalah seperti mati juga. Tidur tidak sesuai dengan Allah kerana Dia tidak ada cacat cela.
Malaikat pun tidak juga tidur kerana mereka itu hampir dengan Allah. Tidur juga tidak
sesuai dengan orang-orang akhirat kerana mereka itu orang- orang yang suci dan mulia
dan pada sisi mereka tidur itu merosakkan keadaan kehidupan mereka. Oleh itu, semua
kebaikan itu terletak dalam berjaga dan semua kejahatan itu terletak dalam tidur dan
malas bekerja.

Orang yang makan kerana tamak haloba, makannya banyak, tidurnya banyak dan
minumnya banyak, dan banyak pula kebaikan yang hilang darinya. Barangsiapa yang
makan sedikit daripada yang haram adalah seperti orang yang makan banyak dari yang
halal kerana tamak, sebab benda- benda yang haram itu melemahkan iman dan
menggelapkannya. Apabila iman gelap, maka tidak ada sembahyang, ibadat dan
keikhlasan. Barangsiapa makan banyak bend-benda yang halal di bawah perintah dan
kehendak Allah adalah seperti orang yang makan sedikit dalam keseronokkan ibadat dan
mendatangkan kekuatan. Jadinya, benda-benda yang halal itu adalah cahaya yang
ditambah kepada cahaya, dan yang haram itu adalah gelap ditambah kepada gelap. Tentu
sahaja tidak baik. Oleh itu, memakan benda-benda yang halal dengan tamak dan tanpa
menurut kehendak dan perintah Allah ialah seperti memakan benda- benda yang haram
dan ini membawa tidur yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

______________________________________________

BAB 50 – SYARAHAN KELIMA PULUH

Mungkin kamu berada dalam satu daripada dua keadaan ini :

1. Jauh dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.


2. Hampir dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sekiranya kamu jauh dari Allah, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja dan tidak
mahu mengejar bahagian kamu dari kurniaan Allah dan kebahagiaan keselamatan dan
kemajuan di sisi Allah dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Ayuh! Bangunlah dan segera
menuju Allah. Tinggalkan keseronokkan dan berfoya-foya itu dan jauhkan yang haram.
Bersedialah dengan sabar menghadapi kesulitan dan kesusahan dan jauhkan diri dari
manusia dan dari keinginan dunia atau akhirat agar kamu berjaya ‘bersatu’ dengan Allah
dan hampir dengan-Nya, dan kemudian itu, barulah kamu boleh mendapat apa yang
kamu kehendaki. Kamu akan diberi kemuliaan dan ketinggian pangkat di sisi Allah. Jika
kamu telah masuk dalam golongan yang diberi Allah kehormatan, kasih sayang dan
rahmat-Nya, maka tunjukkanlah sopan santun dan akhlak yang baik dan jangan kamu
merasa tinggi diri dengan kurniaan-Nya itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan
kamu terhadap Allah dan agar kamu tidak condong kembali kepada kejahilan dan
kegelapan kamu yang mula-mula dulu. Firman Allah:

‫ﺎن َﻇ ُﻠ ْﻮ ًﻣﺎ َﺟﻬُ ْﻮ ًﻻ‬ ِ ْ ‫ﺎل َﻓ َﺎﺑ َْﻴ َﻦ َا ْن ﻳ ْﺤ ِﻤ ْﻠﻨَﻬَ ﺎ َو َا ْﺷ َﻔ ْﻘ َﻦ ِﻣﻨْﻬَ ﺎ َو َﺣ َﻤﻠَﻬَ ﺎ‬
َ َ ‫ ِاﻧﻪٗ ﻛ‬  ۗ ُ‫اﻻ ْﻧ َﺴﺎن‬ ْ ْ َ ْ
ِ ‫ِاﻧﺎ ﻋَ َﺮ ْﺿﻨَﺎ اﻻَ َﻣﺎ َﻧ َﺔ ﻋَ ﻠﻰ اﻟﺴﻤٰ ٰﻮ ِت َواﻻَ ْر ِض َواﻟ ِﺠ َﺒ‬
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-
gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan
mengkhianatinya, dan dipikulah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu
amat zalim dan amat bodoh. (Surah Al-Ahzab:Aat 72)

Firman Tuhan lagi:

ِ ْ ‫ﺎن‬
‫اﻻ ْﻧ َﺴﺎنُ ﻋَ ُﺠ ْﻮ ًﻻ‬ َ ۗ   ‫ﺂء ٗه ِﺑ ْﺎﻟ َﺨ ْﻴ ِﺮ‬
َ َ ‫وﻛ‬  ِ ْ ‫َوﻳَ ﺪْ ُع‬
َ َ‫اﻻ ْﻧ َﺴﺎنُ ِﺑﺎﻟﺸﺮ دُ ﻋ‬

“Dan manusia berdo’a untuk kejahatan sebagaimana ia berdo’a untuk kebaikan. Dan
manusia adalah bersifat tergesa-gesa”. (Surah Al-Isra’ : Ayat 11)

Pelihara hati kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu tinggalkan tentang
manusia, hawa nafsu, keinginan, usaha, kehilangan sabar, redha dan bersesuaian dengan
Allah semasa ditimpa kemalangan dan kesusahan. Sebaliknya kamu hendaklah
menyerahkan diri kamu kepada Allah seperti bola di kaki pemain bola, atau seperti bayi
dipangkuan ibunya, atau seperti mayat di tangan pemandi-pemandinya. Butakan hati
kamu kepada apa sahaja selain Dia supaya kamu pandang tidak ada yang lain kecuali
Allah, tidak ada yang wujud, tidak ada yang memudharatkan, tidak ada yang memfaatkan,
tidak ada yang menolak pemberian atau yang memberi, semua itu si Dia itu jua.
Anggaplah makhluk itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai tali cemeti dari Allah
Yang Maha Agung, yang dengannya Allah memukul kamu. Semasa kebahagiaan dan
keselamatan, anggaplah makhluk itu sebagai tangan Allah yang memberi rezeki kepada
kamu.

<< Sebelumnya – Syarahan 41-45

Seterusnya – Syarahan 51-55 >>

Advertisements

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 51-55


BAB 51 – SYARAHAN KELIMA PULUH SATU

Orang-orang yang taat kepada Allah itu menerima ganjarannya dua kali. Pertama kerana
ia meninggalkan dunia ini yang mana menurut kehendak hawa nafsu sahaja dan ia
mengambil dari dunia ini yang mana membolehkan ia beribadat kepada Allah. Apabila ia
telah memusuhi dirinya dan melawan hawa nafsunya dan ini telah berdiri teguh padanya,
maka termasuklah ia dalam golongan orang-orang yang benar dan wali Allah. Maka
masuklah ia dalam golongan abdal dan ‘arifin (orang-orang yang tahu tentang hakikat)
selepas itu, barulah dia diperintahkan mengambil dan berhubung dengan keduniaan
kerana ada bahagiannya di dunia ini yang tidak boleh dibuang dan telah ditetapkan
untuknya sahaja. apabila perintah ini telah dilepaskan, dia pun mengambil bahagiannya
di dunia ini atau menerima penerangan tentang ilmu Allah. Dia berhubung dengan dunia
dan bertindak sebagai kenderaan takdir yang dilantik oleh-Nya dan lakuan-Nya dalam
perkara itu tanpa dia terlibat didalamnya dan tanpa keinginan atau maksud dan usaha
dari diri dia, dia diberi ganjaran kerana semua ini bagi kali yang keduanya, kerana dia
melakukan itu semua kerana patuh kepada perintah atau bersesuaian dengan lakuan
Allah dalam perkara itu.

Mungkin ada pertanyaan, bagaimana pula kamu mengatakan orang yang sampai ke taraf
itu diberi ganjaran, sedangkan dia telah mencapai ke tingkat kerohanian yang tinggi dan
termasuk dalam golongan abdal dan ‘arifin dan telah menjadi orang pilihan Allah, orang
yang dikasihi-Nya, orang yang diredhai-Nya, yang telah lenyap dari manusia dan dirinya
sendiri dari kemahuan dan keinginannya sendiri, segala gerak dan diamnya, segala tutur
katanya dan lakuannya adalah dari Allah semata-mata dan dia merasa dirinya tiada apa-
apa di hadrat kebesaran Ilahi bahkan seluruh jiwa raga dan kepunyaannya telah
diserahkan kepada Allah, bagaimana pula orang seperti ini diberi ganjaran sedangkan dia
tidak meminta apa-apa dan dianggapnya dirinya tidak ada apa-apa dan abdi atau hamba
semata-mata kepada Allah? Jika kamu berkata demikian, jawabnya “memang kamu
berkata benar, tetapi Allah hendak melimpahi berkat dan kasih sayang-Nya kepada orang
itu dan dipelihara-Nya dengan penuh lemah lembut dan penuh mesra dan redha.

Orang itu telah melepaskan tangannya dari segala hal-ehwal dirinya dan tidak mahu
meminta kenikmatan di dunia ini kerana kenikmatan itu telah ditentukan baginya di
syurga kelak, dan tidak mahu manfaat dari dirinya itu dan tidak juga mahu mengelakkan
mudharat dari dirinya itu. Sehinggakan dia telah menjadi ibarat bayi dipangkuan yang
tidak tahu apa-apa. Dia dipelihara dengan kasih sayang dan mesra Allah dan diberi rezeki
oleh Allah.

Apabila Allah melucutkan dari si hamba itu semua kecenderungan terhadap dirinya (diri
si hamba) maka Allah akan cenderungkan hati manusia terhadap si hamba ini dan
melimpahkan kasih sayang dalam hati-hati mereka itu untuk si hamba tersebut
sehinggakan semua orang kasih kepadanya dan suka kepadanya. Allah akan
memeliharanya dengan sebaik- baiknya dan tidak ada satu apapun yang dapat
mempengaruhi dan memudharatkannya. Kerana itulah Nabi besar Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengatakan seperti firman Tuhan dalam Al-Qur’an,
“Sesungguhnya kawanku ialah Allah yang menurunkan Al Qur’an dan Dia menolong orang-
orang yang baik“.

______________________________________________

BAB 52 – SYARAHAN KELIMA PULUH DUA

Sesungguhnya Allah akan menguji satu golongan daripada orang-orang yang beriman
yang menjadi wali-Nya dan yang dihampiri-Nya dan yang diberi-Nya ilmu-ilmu
kerohanian agar mereka berdo’a dan bermohon kepada-Nya dan Dia suka menerima do’a
dan permohonan mereka. Apabila mereka berdo’a dan bermohon, Allah perkenankan
do’a dan permohonan mereka itu supaya Allah memberi kemurahan dan keagungan
bahagian-bahagian mereka, sebab keagungan dan kemurahan itu telah memohon ke
hadrat Allah semasa si mukmin itu berdo’a agar do’anya di terima. Kadang-kadang
permohonan dan do’a itu diperkenankan tetapi bukan dilaksanakan dengan serta-merta,
kerana menurut takdir dan hukum Allah, dan bukannya kerana tidak diterima langsung.
Oleh itu, si hamba hendaklah bersabar tatkala ditimpa mala-petaka dan selidiklah diri
sendiri sama ada telah melakukan dosa dan maksiat, tidak mematuhi Allah, membuat
yang haram, secara terang-terang atau tersembunyi, atau menyalahkan takdir, kerana ada
kalanya ujian itu adalah hukuman kerana melakukan dosa. Jika mala petaka itu
dihindarkan Allah, maka baguslah. Jika tidak, teruslah bersabar dan meminta serta
merayu dengan penuh khidmat kepada Allah kerana mungkin juga ujian itu diteruskan
terhadapnya agar dia terus berdo’a dan merayu kepada-Nya. Janganlah salahkan Allah
kerana melambatnya do’a kamu termakbul.

______________________________________________

BAB 53 – SYARAHAN KE LIMA PULUH TIGA

Pintalah kepada Allah supaya kita boleh redha dengan takdir-Nya. Dan boleh tenggelam
dalam lakuan Allah, kerana disitulah terletaknya kedamaian dan syurga dalam dunia ini
dan juga itu adalah pintu gerbang Allah yang agung dan cara untuk mencapai kasih Allah
untuk hamba-hamba yang beriman. Barangsiapa yang dikasihi Allah, maka orang itu tidak
akan didera atau dihukum di dunia dan di akhirat. Dengan keredhaan dan tenggelam
dalam lakuan-Nya itulah terletaknya perhubungan dengan Allah, bersatu dengan-Nya dan
berpadu dengan-Nya.
Janganlah kamu leka dengan kesenangan dan keseronokan dunia sahaja. Janganlah kamu
hanya berharap dan ingat kepada apa yang diuntukkan untukmu atau yang bukan yang
diuntukkan untukmu. Jika kamu berusaha untuk mendapatkan apa yang bukan untukmu,
maka itu adalah tanda kebodohan, kejahilan dan itu juga adalah hukuman berat yang
ditimpakan kepadamu kerana, “Di antara yang paling berat ialah berusaha mendapatkan
apa yang bukan ditakdirkan untuk kamu“.

Jika diberipun, itu tidak lain ialah tamak haloba dan menyekutukan penyembahan, kasih
dan hakikat, dalam usaha mencarinya itu kamu leka dalam hal selain Allah. Barangsiapa
yang bersungguh-sungguh mencari kesenangan dan keseronokan dunia adalah tidak
ikhlas dalam cintanya dan sahabatnya dengan Allah. Oleh itu, Barangsiapa mementingkan
apa sahaja selain Allah adalah pembohong dan pendusta.

Begitu juga, barang-siapa menyembah Allah kerana berkehendakkan sesuatu ganjaran


adalah tanda tidak ikhlas. Penyembahan yang ikhlas ialah kerana Allah semata dan
mengakui ke Tuhanan-Nya itu rububiyah-Nya (sifat-sifat Allah yang menguasai dan
memelihara sekalian alam). Orang yang ikhlas itu menyembah Allah kerana memandang
kepada Tuhanan, kerana sememangnya Dia sahaja yang patut disembah. Sudah
sepatutnya dia patuh dan mengabdikan diri kepada Allah yang menguasai segala-galanya,
yang menguasai dirinya, gerak dan diamnya, bahkan apa sahaja. Si hamba itu dan apa
sahaja kepunyaannya adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua. Bagaimana tidak? Seperti
yang saya katakan iaitu semua lakuan penyembahan adalah kurniaan Allah dan limpahan
kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya kerana Dialah yang memberi kekuatan
kepada si hamba itu untuk melakukan penyembahan itu dan memberi si hamba itu kuasa
atasnya.

Syukur kepada-Nya itu adalah lebih baik dari meminta ganjaran kerana membuat lakuan
ibadat atau penyembahan itu. Bagaimana pula kamu hendak leka dan bermati-matian
memburu kesenangan dan keseronokan dunia sahaja setelah kamu lihat kebanyakan
manusia yang mengejar kesenangan dan keseronokan dunia itu makin bertambah ingkar
dan angkuh dan lupakan Allah yang memberi mereka kurniaan itu, bahkan mereka
bertambah tamak dan haloba lagi. Mereka pandang apa yang ada pada mereka itu masih
sedikit dan tidak baik, tetapi apa yang ada dalam kepunyaan orang lain mereka pandang
sebagai yang terbaik dan teragung dan perlu direbut. Dalam proses merebut dan mengejar
itu, umur bertambah tua, badan bertambah lemah, peluh telah kekeringan, harta benda
makin berkurangan, hati bertambah kelam, dan gelap dan dosa bertimbun. Maka rekod
hidupnya di dunia ini bertambah buruk dan hina, Lupalah mereka bersyukur kepada
Allah yang memberi mereka kumiaan itu. Mereka derhaka kepada Allah Maka rugilah
mereka di dunia dan di akhirat. Mereka tidak dapat bahagian orang lain yang mereka
kejar itu. Umur mereka di dunia ini sia-sia sahaja dan di akhirat kelak makin bertambah
sia-sia lagi. Inilah orang yang paling hina, jahil dan tidak menggunakan akal dan fikiran
mereka.

Sekiranya mereka bersyukur dan redha dengan apa yang ada pada mereka dan patuh
kepadanya, maka tidaklah mereka bersusah payah mengajar bahagian mereka di dunia
ini dan mereka akan jadi orang-orang allah dan akan mereka terima dari Allah apa yang
mereka pinta dan inginkan. Mudah-mudahan Allah Jadikan kita semua redha dengan
takdir-Nya, dan menjadikan ini do’a kita dan kita semua masuk dalam majlis-Nya dan
mendapat kesejahteraan, kekuatan dan kesihatan kerohanian dan Allah meredhai kita
sekalian.

______________________________________________

BAB 54 – SYARAHAN KE LIMA PULUH EMPAT

Barangsiapa hendakkan akhirat, perlulah ia memalingkan dirinya dari dunia, dan


barangsiapa hendakkan Allah perlulah ia memalingkan dirinya dari akhirat, Hendaklah
dia membuang kehidupan keduniaannya kerana Allah semata-mata. Selagi ada kehendak
kepada keduniaan seperti kesenangan dan keseronokan dunia, makan, minum,
berkahwin, rumah, kenderaan, kekuasaan, pangkat, sanjungan, memperdalam ilmu yang
lain dari rukun Islam yang lima itu dan hadith serta Al-Qur’an, ingin kemiskinan itu
hilang dari diri, ingin kaya, ingin bahagia dan tidak ingin bencana, ingin faedah dan
sebagainya, maka jika semua itu ada bermain-main dalam fikiran dan hati kamu, maka itu
tanda kamu belum lagi menjadi orang Allah, kerana semua itu adalah untuk kepentingan
diri sendiri dan kehendak jasmani dan kebahagiaan fikiran, semua itu adalah keduniaan
juga.

Semua itu perlulah dikikis habis dari hati. Bersihkan fikiran dari mengingatinya dan
tanamlah perasaan suka dalam memfana’kan diri dalam Allah dan biar tidak ada harta
benda sekalipun. Biarlah hati itu bersih dan segala-galanya selain Allah, agar dapat hidup
bersih di dunia ini.

Apabila orang itu telah jadi sempurna dalam perkara ini, maka semua kedukaan dan
kesedihan akan hilang dari hati dan semua resah gelisah akan terhapus dari fikiran. Maka
timbullah kesentosaan dan hidup yang baik dan iapun hampir dengan Allah. Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Tidak memperdulikan dunia
membawa kebahagiaan hati dan badan“.

Selagi dalam hati itu ada kecenderungan kepada keduniaan, maka selagi itulah ada duka-
cita. Takut dan resah-gelisah dalam hati. Hati seperti ini terhijab dari Allah. Semua ini
tidak dapat dibuang kecuali kasih kepada dunia ini dikikis habis dari dalam hati.

Setelah itu hendaklah jangan peduli kepada hal kehidupan di akhirat seperti
berkehendakkan syurga, bidadari, pangkat yang tinggi di akhirat, tempat kediaman yang
paling baik, kenderaan syurga, pakaian, minuman, makanan, hiasan dan keindahan di
syurga yang telah diuntukkan Allah bagi orang-orang yang beriman.

Oleh itu, janganlah kita beribadat  hendakkan ganjaran di syurga kelak. Janganlah kita
bersembahyang dan beribadat kerana kita hendakkan ganjaran di akhirat atau di dunia.
Kita beribadat dan bersembhayang adalah scmata-mata kerana Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Hanya dengan itu sahaja Allah memberi kita ganjaran yang baik dengan
sepenuhnya. Maka Allah akan membawa kita hampir dengan-Nya dengan penuh redha
dan kasih sayang. Allah kurniakan Rasul-rasul, Nabi-Nabi, auliya dan orang-orang yang
dikasihi-Nya kebaikan dan ilmu tentang diri-Nya. Maka si hamba itupun bertambah maju
dari sehari ke sehari. Kemudian diapun dimasukkan ke alam akhirat dan dapat
mengalami “apa yang tidak pernah dipandang mata, apa yang tidak pernah didengar
telinga, dan apa yang tidak pernah terlintas dalam fikiran” yang semua itu melebihi dan
melampaui semua pengetahuan dan tidak dapat diberi penerangan.

______________________________________________

BAB 55 – SYARAHAN KE LIMA PULUH LIMA

Kesenangan hidup ini dibuang sebanyak tiga kali. Pada mulanya si hamba Allah itu berada
dalam kegelapan kejahilannya dan dalam keadaan yang tidak tentu hala, melakukan
sewenang-wenangnya menurut hawa nafsu kebinatangan semata dalam semua tindak-
tanduk hidup, tanpa mahu mengabdikan diri kepada Allah dan tanpa pegangan agama
untuk mengawal dirinya. Dalam keadaan ini, Allah memandangnya dengan kasih sayang.
Oleh itu, dihantar-Nya kepadanya seorang penasihat dari orang-orang golongannya juga
seorang hamba Allah yang baik, dan penasihat yang lagi satu ada juga dalam dirinya
sendiri. Jadi kedua-dua penasihat ini mempengaruhi dirinya. Maka nampaklah olehnya
kecacatan yang ada pada dirinya, seperti menunggang hawa nafsu sahaja dan tidak
menurut yang hak. Dengan itu cenderunglah ia kepada undang-undang atau hukum Allah
dalam semua tindak-tanduknya.

Oleh itu, si hamba itu menjadi seorang muslim yang berdiri dalam hukum Allah, keluar
dari keadaannya yang jahil itu dan meninggalkan yang haram dan yang memberi syak
wasangka.
Maka iapun mengambil yang halal sahaja dari segala perkara seperti makan, minum,
berpakaian, berkahwin dan lain-lain lagi, yang mana semua ini adalah perlu untuk
melindungi asas-asas kesihatan dan kekuatan untuk patuh kepada Allah agar ia menerima
sepenuhnya apa yang diberi Allah untuknya dan tidak boleh melampaui itu, dan tidak
boleh keluar dari kehidupan dunia ini sebelum pergi mendapatkannya dan
menyempurnakannya.

lapun berjalanlah dengan hal-hal yang halal dalam semua keadaan hidup ini sehingga
sampai ke peringkat kewalian (wilayah) dan masuklah ia dalam golongan orang-orang
yang membenarkan hakikat dan orang-orang pilihan Allah yang ingin berdamping dengan
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kemudian iapun berjalan dalam perintah Allah sahaja dan
diapun mendengar kata-kata Allah dalam dirinya yang berkata, “Buangkan dirinu sendiri
dan mari ke mari, buangkan kesenangan dan keseronokan dan makhluk, jika kamu mahu
Allah, buangkan dunia dan akhirat dan kosongkan dari segala-galanya. Gembiralah
dengan ke Esaan Allah, buangkan syirik dan bersikap ikhlaslah. Kemudian masuklah
dalam majlis ke Tuhanan dan hampir kepada-Nya dengan bersujud menghinakan diri dan
tidak lagi mempedulikan hal keduniaan dan keakhiratan atau kepada makhluk atau
kepada keseronokan hidup.”

Apabila ia sampai ke peringkat ini dan telah teguh berada diperingkat itu, maka
diterimanya dari Allah pakaian kemuliaan dan kehormatan dan dilimpahi dengan nur
dan berbagai-bagai kurniaan. Maka dikatakan kepadanya, “Pakailah olehmu rahmat dan
nikmat-Ku dan jangan bersikap angkuh dan membuangkan kehendak dan kemahuan
kerana menolak pemberian-Ku itu boleh memberatkan-Ku dan memperkecilkan
kekuasaan-Ku.” Kemudian diapun diberi pakaian yang mulia dan terhormat itu tanpa ia
sendiri memainkan peranan dalam perkara tersebut. Sebelum ini beliau disarung oleh
kemahuan hawa nafsunya sendiri sahaja, maka dikatakan kepadanya, selubungkan
dirimu dengan rahmat dan kurniaan Allah”.

Jadi bagi dia ada empat peringkat dalam mencapai kebahagiaan dan bahagiannya.
Peringkat pertama ialah kehendak hawa nafsu kebinatangan semata dan ini adalah
diharamkan. Peringkat yang kedua ialah menurut hukum dan undang-undang Allah dan
ini dibolehkan. Peringkat ketiga ialah perintah batin dan ini adalah peringkat kewalian
(wilayah) dan membuang hawa nafsu kebinatangan. Peringkat keempat ialah peringkat
keredhaan dan kurniaan Ilahi, di sini lenyaplah kehendak dan maksud diri. Inilah
peringkat badliyat. Si hamba itu masuk dalam majlis ke Tuhanan Yang Maha Tinggi, ia
menyerah bulat kepada Allah dan menurut lakuan Allah semata. Inilah peringkat dimana
ia dapat ilmu dari Allah terus dan mempunyai sifat-sifat yang baik. Tidak boleh dipanggil
benar dan baik jika belum mencapai peringkat ini. Ini bersesuaian dengan firman Allah
yang maksudnya lebih kurang, “Sesungguhnya kawanku ialah Allah yang menurunkan Al
Qur’an dan ia menolong orang-orang yang baik”.

Oleh itu, si hamba yang sampai ke peringkat yang keempat ini tidak lagi menggunakan
apa-apa yang memberi manfaat kepada dirinya dan tidak pula perlu menghindarkan apa-
apa yang memberi mudharat kepada dirinya. Ia seperti bayi dipangkuan ibunya atau
seperti mayat di tangan pemandi-pemandinya. Dia bergantung kepada gadha’ dan qadar
semata- mata tanpa memilih apa-apa dan tanpa berusaha apa-apa. Terpulanglah kepada
Allah melakukan apa sahaja untuknya. Dia tidak lagi ada apa-apa. Kadang-kadang Allah
memberinya kesusahan dan kadang-kadang diberi-Nya kesenangan, kadang kadang kaya
dan kadang-kadang papa. Dia tidak mahu memilih atau inginkan sesuatu maqam (stesyen)
atau pertukaran stesyen itu. sebaliknya dia redha dan senang hati terhadap apa sahaja
yang dilakukan Allah ke atasnya. Inilah peringkat terakhir dalam pengembaraan
kerohanian yang dicapai oleh para abdal dan auliya’.

<< Sebelumnya – Syarahan 46-50

Seterusnya – Syarahan 56-60 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 56-60


BAB 56 – SYARAHAN KELIMA PULUH ENAM

Apabila si hamba itu telah menghalau keluar segala makhluk, dirinya sendiri, kehendak
dan keinginannya, baik hal keduniaan mahupun keakhiratan, dari dalam hatinya itu,
maka tidaklah ia mahu apa-apa lagi selain Allah. Hatinya kosong dari apa sahaja selain
Allah. Maka barulah ia sampai masuk ke dalam majlis Tuhan Yang Maha Tinggi. Allah
kasih kepadanya dan dia kasih kepada Allah. Allah jadikan segala makhluk kasih pula
kepada si hamba itu, Kasih si hamba di peringkat ini hanyalah Allah dan inginkan hampir
dengan Allah. Allah akan buka pintu rahmat terhadap hamba itu dan pintu itu tidak akan
tertutup lagi. Maka lenyaplah si hamba itu dalam Allah. Dia berniat melalui Allah, dia
bertindak melalui Allah, dia diam dan bergerak melalui Allah. Pendeknya dia itu adalah
perkakas semata-mata bagi Allah Yang Maha Besar, Si hamba itupun tidak nampak yang
lain lagi kecuali Allah sahaja. Kemudian seolah-olah Allah membuat sesuatu janji kepada
si hamba itu tetapi janji itu tidak ditunaikan-Nya dan apa yang diharapkan oleh si hamba
itu dari janji tersebut tidak diperolehnya. Ini ialah kerana pencarian itu hilang dengan
hilangnya kehendak dan kemahuan dan mencari keseronokan. Kemudian seluruh diri si
hamba itu akan jadi lakuan Allah semata-mata dan objek-Nya. Oleh itu di sini tidak ada
timbul perkara ‘tunainya janji’ atau’tidak tunainya janji’ kerana perkara itu hanya terletak
kepada orang yang masih ada kehendak dan kemahuan sendiri. Dalam peringkat ini, janji
Allah bagi orang dalam peringkat ini bolehlah diibaratkan sebagai seorang yang telah
berniat hendak melakukan sesuatu perkara, kemudian niat itu bertukar kepada yang lain,
maka niat yang mula tadi telah terbatal. Sebagaimana juga Allah menurunkan wahyu
kepada Nabi Muhammad tentang wahyu yang membatalkan wahyu yang terdahulu,
seperti dalam firmanNya:
“Apa saja ayat yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan(manusia) lupa kepadanya,
Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.
Tidakkah kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?”
(Surah ALBagaraht Ayat 106)

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam bersih dari kehendak dan kemahuannya


sendiri kecuali dalam peristiwa-peristiwa yang tertentu yang Allah firmankan dalam Al-
Qur’an, misalnya dalam perkara tawanan perang semasa perang Badar firman-Nya:

“Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan
musuhnya di muka bumi. Kamu hendakkan harta benda duniawiyah sedangkan Allah
menghendaki pahala) akhirat(untukmul. Dan Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu
ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfal: Ayat
67-68)

Nabi adalah objek (perkakas) Allah. Allah tidak tetapkan dia tinggal dalam satu keadaan,
satu perkara dan satu janji sahaja tetapi Allah tukarkan dan pindahkan dia ke dalam
takdir-Nya dan membiarkan Nabi memegang tali takdir itu. Dengan itu Allah akan
memindahkan dan menukarkannnya dari satu keadaan atau tempat dalam takdir-Nya dan
menguasainya dengan firman-Nya “Tidakkah kamu tahu bahwa Allah berkuasa atas
segala-galanya?“

Dengan lain perkataan, kamu adalah dalam takdir atau qadha dan qadar Allah semata-
mata. Kamu dalam lautan takdir Allah dan ombak takdir itu melambungkan kamu ke sana
dan ke mari. Oleh itu, stesyen akhir kewalian ialah stesyen permulaan keNabian. tidak ada
lagi peringkat yang lebih tinggi dari wilayah (kewalian) dan badliyah kecuali peringkat
keNabian (nubuwah). [Ini bermaksud kitab-kitab Allah yang terdahulu – penterjemah].

___________________________________________

BAB 57 SYARAHAN KELIMA PULUH TUJUH

Semua keadaan pengalaman kerohanian itu adalah keadaan menguasai diri atau
kesabaran kerana wali itu diperintahkan menjaganya. Apa sahaja yang diperintahkan
supaya dijaga adalah memerlukan kesabaran. Menurut takdir Ilahi itu adalah keadaan
yang menyenangkan kerana seseorang itu tidak diperintahkan menjaga apa-apa kecuali
dirinya yang berada dalam takdir itu. Oleh itu, perlulah seseorang wali itu tidak
bertelingkah dan berselisih faham tentang takdir Ilahi. Dia hendaklah jangan merungut
atau bersusah hati tentang apa sahaja yang ditimpakan Allah kepadanya sama ada baik
atau jahat. Hendaklah redha dengan senang hati terhadap apa yang dilakukan Allah.
Keadaan pengalaman itu terhad, maka diperintahkan menjaga had. Tetapi lakuan Allah,
iaitu takdir atau qadha dan qadar, tidak ada had yang hendak dijaga.

Alamat yang menunjukkan si hamba itu telah mencapai maqam takdir dan lakuan Allah
dan kesenangan ialah ia diperintahkan supaya meminta keseronokan setelah
diperintahkan membuangnya dan menjauhkannya, kerana apabila hatinya telah kosong
dari apa sahaja kecuali Allah, maka iapun diberi kesenangan dan diperintahkan supaya
meminta dan berkehendakkan apa-apa yang telah diuntukkan Allah baginya dan
permintaan itu pula pasti diqabulkan Allah agar nyatalah bahawa kedudukannya,
keredhaan Allah terhadapnya, dan perkenan Allah terhadap do’a dan permintaannya,
menjadi nyata dan diri terdiri dengan sebenarnya. Menggunakan mulut meminta sesuatu
kenikmatan dan kurniaan Allah itu menunjukkan kesenangan yang telah diterimanya
setelah bersabar beberapa lama dan setelah keluar dari semua keadaan pengalaman
kerohanian dan maqam (steyen) pengembaraan kerohaniannya dan setelah menahan diri
dari keluar batasan.

Jika ada soalan atau bahasan yang menyatakan bahawa dengan tidak bersusah payah lagi
menjaga dan menurut hukum-hukum atau syariat itu akan membawa si hamba tadi ke
lembah istsim (tidak percaya adanya Allah) dan keluar dari Islam atau tidak mematuhi
firman-Nya:

ُ ‫ﺑﻚ َﺣﺘﻰ ﻳَ ﺎ ِﺗ َﻴ َﻚ ْاﻟ َﻴ ِﻘ‬


٩٩﴿ ‫ﻴﻦ‬ َ ‫َواﻋْ ُﺒﺪْ َر‬

“Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” (Al-Hijr:
Ayat 99)

Maka jawab saya ialah ini bukan bererti si hamba tidak akan jadi istsim(orang yang tidak
percaya kepada adanya Allah) atau keluar dari Islam atau tidak mematuhi firman-Nya itu,
dan ini juga bukan membawa si hamba tadi ke lembah yang tidak diingini itu kerana Allah
itu Maha Pemurah dan tidak akan membiarkan wali-Nya terjerumus ke lembah hina itu.
Si hamba yang hampir pada-Nya itu sangat disayangi-Nya dan tidak akan diberi-Nya jatuh
cacat pada sisi syariat dan agama-Nya, bahkan si hamba itu tetap dalam peliharaan dan
penjagaan Allah jua. Allah tidak membiarkan dia ditimpa dosa dan tetap menjaganya
dalam batasan hukum dan undang- yang dibuat-Nya tanpa si hamba itu bersusah payah
atau sedar melakukan semua itu kerana ia terlalu hampir dengan Allah Yang Maha Agung.
Firman Allah yang ertinya lebih kurang, “Demikianlah Kami hindarkan ia dari dosa dan
maksiat, sesungguhnya dia itu adalah seorang daripada ha hambaku yang ikhlas.”
ْ ْ َ َ َ ِ ‫ان ِﻋ َﺒ‬
٤٢﴿﴿ ‫ﻳﻦ‬ ِ ‫ﺎدي ﻟ ْﻴ َﺲ ﻟ َﻚ ﻋَ ﻠ ْﻴ ِﻬ ْﻢ ُﺳﻠ َﻄﺎنٌ اﻻ َﻣ ِﻦ اﺗ َﺒﻌَ َﻚ ِﻣ َﻦ اﻟ َﻐ‬
َ ‫ﺎو‬

“Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka,


kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr:
Ayat 42)

Lagi firman Allah:

َ ‫اﻻ ِﻋ َﺒﺎدَ اﻟﻠ ِﻪ ْاﻟ ُﻤ ْﺨﻠَ ِﺼ‬


٤٠﴿ ‫ﻴﻦ‬

“Tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan(dari dosa) (As-Shafaat: Ayat 40)

Wahai insan, orang-orang seperti itu ditinggikan Allah darjatnya dan mereka adalah objek
allah. Mereka hampir dengan Allah dan berada dalam rahmat kasih sayang pemeliharaan
Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Bagaimana pula iblis hendak menghampiri
mereka? Bagaimana pula perkara-perkara dosa dan maksiat mencacati mereka? Mengapa
kamu lari dari rahmat Allah dan mengabdikan diri kepada kedudukan (darjat)?. Kamu
telah berkata sesuatu yang tidak baik.

Semoga tuduhan atau bahasan yang tidak sopan itu dibinasakan Allah dengan kekuasaan,
rahmat dan kasih sayang-Nya. Semoga Allah memelihara kita dalam kesempurnaan dan
memelihara diri dari dilanda dosa dan noda. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati
kita dan memelihara kita dengan kasih sayang-Nya yang tidak terhingga.

___________________________________________

BAB 58 – SYARAHAN KELIMA PULUH LAPAN

Butakan mata hatimu dari memandang segala segi. Selagi kamu memandang segi-segi itu,
maka segi kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kehampiran dengan-Nya tidak akan
terbuka kepada kamu. Oleh itu, Tutuplah semua segi itu dengan kesedaran tauhid kepada
Allah, dan memfana’ kan diri kamu dan ilmu kamu. Maka barulah terbuka kepada mata
hatimu segi Allah Yang Maha Besar. Kamu akan lihat dengan mata hatimu apabila ianya
datang dengan sinaran cahaya hatimu dan keimanan serta kepercayaanmu yang teguh.
Pada masa itu, nampaklah satu nur dari hatimu dan lantas terzahir keluar. Ibarat cahaya
lampu dimalam gelap- gelita memancar keluar melalui tingkap-tingkap dan celah-celah
dinding rumah dan menerangi di luar rumah, oleh terangnya cahaya di dalam rumah itu.
Maka diri dan anggota kamu akan merasai kesenangan dengan janji dan kurniaan-Nya
dan tidak termasuk langsung janji dan hadiah yang datang dari selain Dia.

Oleh hal yang demikian, kasihilah dirimu dan jangan zalimi dia, janganlah campakkan
dirimu dalam gelap gelita kejahilan dan kebodohanmu, agar kamu tidak melihat segi-segi
makhluk sahaja dan mengkagumi kuasa dan kepintaran makhluk sahaja sehingga kamu
terpedaya dan bergantung kepada makhluk. Jika kamu melihat segi-segi makhluk sahaja,
maka semua segi itu akan tertutup bagimu dan segi kurniaan Allah juga tidak akan
terbuka untukmu dan kamu akan terhukum dengan demikian, sebab kamu telah bersikap
syirik.

Apabila kamu sedar tentang keEsaan Allah dan memandang kurnia-Nya dan berharap
kepada-Nya, tidak berharap kepada yang lain, dan membutakan mata hatimu kepada yang
lain kecuali Dia, maka Allah akan menghampiri kamu dan melimpahkan rahmat-Nya
kepadamu. Kamu akan diberi rezeki, makan, minum, layanan perubatan, memberi kamu
kebahagiaan dan kesentosaan dan pertolongan, dan dijadikan kamu sebagai pemerintah,
dan kamu dihilangkan dari makhluk, dari dirimu sendiri. Maka selepas itu, kamu tidak
lagi lihat kaya atau miskinmu.

___________________________________________

BAB 59 – SYARAHAN KELIMA PULUH SEMBILAN

Kamu berada dalam salah satu daripada dua keadaan, iaitu dalam keadaan penderitaan
atau kesentosaan. Jika kamu dalam keadaan penderitaan, hendaklah kamu sabar
walaupun dengan usahamu sendiri, dan ini adalah peringkat bawah. Dan sabar
sebenarnya, dan ini adalah peringkat yang lebih tinggi. Kemudian kamu hendaklah
meminta redha dengan qadha dan qadar Allah dan akhirnya tenggelam dalam gadha dan
qadar itu, dan ini adalah sesuai bagi abdal dan orang-orang yang mempunyai kebatinan,
orang yang mengetahui Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Jika kamu dalam kesentosaan, maka kamu hendaklah meminta supaya boleh bersyukur.
Syukur ini boleh dengan lidah, dengan hati atau anggota badan. Bersyukur dengan lidah
ialah dengan menyedari yang kurniaan itu datang dari Allah dan jangan menyekutukan-
Nya kepada manusia atau diri kamu atau kepada usaha, kuasa, gerak dan daya kamu atau
orang lain sebenarnya kurniaan itu sampai kepadamu melalui perantaraan diri kamu
atau orang lain, Diri kamu atau orang lain itu adalah semata-mata alat perkakas Tuhan
jua. Pada hakikatnya, yang memberi, yang menggerakkan, yang mencipta, pelaku dan
sumbernya adalah Allah semata-mata. Pemberi, pencipta dan pelaku adalah Allah jua.
Oleh itu, sudah sepatutnya Dia sahaja yang layak dipuji dan dipuja. Misalnya, seseorang
itu bukan memandang berat kepada hamba yang membawa hadiah itu tetapi memandang
berat kepada tuan hamba itu iaitu pemberi hadiah tersebut. Firman Allah:

٧:‫اﺧﺮَ ِة ُﻫ ْﻢ ٰﻏ ِﻔ ُﻠﻮنَ ﴿اﻟﺮوم‬ ْ ‫يﻋْ ﻠَﻤُ ﻮنَ ٰﻇﻬﺮً ا ﻣﻦَ ْاﻟﺤَ َﻴ ٰﻮ ِة اﻟﺪ ْﻧ َﻴﺎ وَ ُﻫ ْﻢ ﻋَ ﻦ‬
ِ ‫ال َء‬ ِ ِ َ
“Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka
tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. (Surah Ar-Rum: Ayat 7)

Firman ini ditujukan kepada mereka yang bersikap salah itu. Mereka nampak yang zahir
sahaja dan tidak nampak di sebalik yang zahir itu. Inilah orang yang jahil dan tersilap
otaknya. Orang yang berakal sempurna itu melihat hujung segala perkara.

Syukur dengan hati itu ialah percaya dan yakin sesungguh- sungguhnya bahawa kamu
dan apa sahaja kepunyaan kamu seperti kebaikanmu, keseronokanmu, zahir dan
batinmu, gerak dan diammu, adalah datang dari Allah Yang Maha Kaya dan Maha
Pemurah. Syukur kamu dengan lisan itu akan menyatakan apa yang dalam hatimu, seperti
firman Allah :

٥٣:‫وَ ﻣَ ﺎ ِﺑﻜُﻢ ﻣﻦ ﻧﻌْ ﻤَ ٍﺔ َﻓ ِﻤﻦَ اﻟﻠ ِـﻪ ۖ ُﺛﻢ ا َذا ﻣَ ﺴﻜُ ُﻢ اﻟﻀﺮ َﻓﺎﻟَ ْﻴ ِﻪ َﺗ ْﺠـﺮُ ونَ ﴿اﻟﻨﺤﻞ‬

“Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya) Dan bila kamu
ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan”.
(Surah An-Nahl: Ayat 53)

Firman Nya lagi:

‫ﺎس ﻣَ ﻦ ُﻳ ٰﺠ ِﺪ ُل ِﻓﻰ‬ ْ ‫ـﻪ َﺳﺨﺮَ ﻟَﻜُﻢ ﻣﺎ ِﻓﻰ اﻟﺴﻤٰ ٰﻮ ِت وَ ﻣَ ﺎ ِﻓﻰ‬


ِ ‫اﻻرْ ِض وَ ا ْﺳ َﺒ َﻎ ﻋَ ﻠَ ْﻴﻜُ ْﻢ ِﻧﻌَ ﻤَ ُﻪۥ ٰﻇ ِﻬﺮَ ًة وَ ﺑ‬
ِ ‫َﺎﻃ َﻨ ًﺔ ۗ وَ ِﻣﻦَ اﻟﻨ‬ َ ‫اﻟَ ْﻢ َﺗﺮَ ْو ۟ا ان اﻟﻠ‬
َ َ ْ
٢۰:‫ﻴﺮ ﴿ﻟﻘﻤﺎن‬ ٍ ‫اﻟﻠ ِـﻪ ِﺑ َﻐ ْﻴ ِﺮ ِﻋﻠ ٍﻢ وَ ﻻ ُﻫ ًﺪى وَ ﻻ ِﻛ ٰﺘ ٍﺐ ﻣ ِﻨ‬
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk
(kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan
untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah
tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau penunjuk dan tanpa kitab yang
memberi penerangan.” (Surah Lukman: Ayat 20)

Lagi firmanNya, “Dan jika kamu hitung kurniaan Allah itu, maka kamu tidak akan boleh
menghitungnya”.

Dari semua ayat yang tersebut itu, maka dapatlah diketahui bahawa pada pandangan si
muslim tidak ada yang memberi sesuatu melainkan Allah jua. Syukur dengan anggota
badan itu ialah menggunakan anggota badan itu semata-mata untuk menjalankan ibadat
kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya. Oleh itu, kamu dilarang melakukan perintah
makhluk jika perintah itu melanggar perintah Allah atau menentang Allah. Makhluk ini
termasuk diri kamu sendiri, kehendak dan kemahuan kamu, keinginan kamu dan segala
yang lain. Taatlah kepada Allah yang kepada-Nya semua makhluk tertakluk. Jadikan Dia
pemimpin. Jadikanlah yang lain dari Allah itu sebagai ‘yang kedua’ atau perkara yang
dikemudiankan daripada Allah. Jika kamu mendahulukan atau lebih mementingkan yang
lain dari Allah, maka kamu telah menyeleweng dari jalan yang benar dan lurus, dan kamu
menzalimi diri kamu sendiri, dan kamu telah menjalankan perintah yang bukan datang
dari Allah untuk hamba-hamba yang beriman, dan jadilah kamu mengikut jalan yang
bukan jalan orang-orang yang Allah beri nikmat. Firman Allah:

‫ﺎص ۚ َﻓﻤَ ﻦ‬ َ ُ‫ﺎﻻ ُذ ِن وَ اﻟﺴﻦ ِﺑﺎﻟﺴﻦ وَ ْاﻟ ُﺠﺮ‬ ْ ‫اﻻ ُذنَ ﺑ‬


ْ َ‫ﻧﻒ و‬ ْ ‫ﻧﻒ ﺑ‬ ْ ْ ْ َ ‫وَ ﻛ َ َﺘ ْﺒ َﻨﺎ ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ْﻢ ِﻓ‬
ٌ ‫ﺼ‬
َ ‫وح ِﻗ‬ ِ ِ ‫ﺎﻻ‬ ِ َ ‫ﻴﻬﺂ ان اﻟﻨ ْﻔ َﺲ ِﺑﺎﻟﻨ ْﻔ ِﺲ وَ اﻟﻌَ ْﻴﻦَ ِﺑﺎﻟﻌَ ْﻴ ِﻦ وَ اﻻ‬
ٓ
٤٥:‫ـﻪ َﻓﺎ ۟و ٰﻟ ِﺌ َﻚ ُﻫ ُﻢ اﻟﻈ ِﻠﻤُ ﻮنَ ﴿اﻟﻤﺎﺋﺪة‬
ُ ‫ﻧﺰ َل اﻟﻠ‬ ْ ‫ﺼﺪ َق ِﺑ ِﻪۦ َﻓ ُﻬﻮَ ﻛَﻔﺎرَ ٌة ﻟ ُﻪۥ ۚ وَ ﻣَ ﻦ ﻟ ْﻢ ﻳ‬
َ ‫َﺤﻜُﻢ ِﺑﻤَ ﺂ ا‬ َ ‫َﺗ‬
“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At-Taurat) bahawasanya jiwa
(dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan
telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka pun ada qisasnya. Barangsiapa melepaskan (hak
qisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa
tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu
adalah orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mai’dah: Ayat 45)

Dan firman-Nya lagi :

٤٧:‫ـﻪ َﻓﺎ ۟و ٰ ٓﻟ ِﺌ َﻚ ُﻫ ُﻢ ْاﻟ ٰﻔ ِﺴ ُﻘﻮنَ ﴿اﻟﻤﺎﺋﺪة‬


ُ ‫ﻧﺰ َل اﻟﻠ‬
َ ‫َﺤﻜُﻢ ِﺑﻤَ ﺂ ا‬
ْ ‫ﻴﻪ ۚ وَ ﻣَ ﻦ ﻟ ْﻢ ﻳ‬ ُ ‫ﻧﺰ َل اﻟﻠ‬
ِ ‫ـﻪ ِﻓ‬ َ ‫ﻴﻞ ِﺑﻤَ ﺂ ا‬ ْ ُ ْ
ِ ‫وَ ﻟ َﻴ ْﺤﻜُ ْﻢ ا ْﻫﻞ اﻻ‬
ِ ‫ﻧﺠ‬
“Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan Allah di dalamnya. Banangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Al-
Ma’idah: Ayat 47)

Bagi mereka yang zalim dan melanggar batasan itu adalah tempat mereka di neraka yang
bahan apinya ialah manusia dan batu. Sekiranya kamu tidak tahan menanggung demam
walaupun sehari di dunia ini atau terkena panas api yang sedikitpun di dunia ini, maka
bagaimana pula kamu sanggup tinggal dalam api neraka. Oleh itu, larilah, larilah, cepat,
minta perlindungan kepada Allah, minta perlindungan kepada Allah!.

Berhati-hatilah terhadap perkara yang tersebut di atas tadi kerana kamu tidak boleh bebas
darinya selama hidupmu. Sama ada keadaan dukacita atau sukacita, bersabarlah bila
ditimpa dukacita, dan bersyukurlah bila diberi sukacita. Janganlah kamu merungut
kepada orang lain atau kamu marah kepada orang lain apabila kamu ditimpa mala-
petaka, dan janganlah kamu salahkan Allah dan janganlah syak-wasangka terhadap
kebijaksanaan-Nya dan pilihan-Nya untuk kamu di dunia dan di akhirat. Janganlah kamu
berharap kepada orang lain untuk melepaskan kamu dari mala petaka itu kerana ini
membawa kamu ke lembah syirik.

Segala-galanya adalah milik Allah dan tidak ada orang yang berkongsi dalam pemilikan
itu. Tidak ada yang memberi mudharat atau manfaat, menimbulkan bencana atau
kedamaian, menjadikan sakit atau sihat melainkan Allah jua. Allah menjadikan segala-
galanya. Oleh itu, janganlah kamu terpengaruh oleh makhluk kerana mereka itu tidak ada
daya dan upaya, Hendaklah sentiasa sabar, redha dan menyesuaikan diri kamu dengan
Allah dan tenggelamkan diri kamu ke da lautan lakuan-Nya. Jika kamu tidak diberi segala
keberkatan dan kurniaan ini maka perlulah kamu bermohon kepada-Nya dengan
merendahkan diri kamu dan ikhlas. Akui dosa dan kesalahan kamu dan minta ampun
kepada-Nya. Akui keEsaan(tauhid) Allah dan kurniaNya. Nyatakan yang kamu tidak
menyekutukan apa-apapun dengan Allah Yang Maha Esa dan redhalah dengan-Nya
sehingga suratan takdir telah berlalu dan mala petaka itu telah dihindarkan dari kamu.
Setelah sampai masanya bencana itu akan habis, maka timbullah kesenangan dan
kesentosaan seperti yang terjadi kepada Nabi Ayub’alahissalam atau seperti hilangnya
gelap malam dan timbulnya terang siang atau seperti berakhirnya musim dingin dan
bermulanya musim panas. Kerana tiap-tiap sesuatu itu ada hadnya, tempohnya dan
matinya. Tiap-tiap sesuatu itu ada lawannya atau tentangannya, oleh itu, sabar itulah
kuncinya, awalnya, akhirnya dan jaminan kebajikan. Nabi Muhammad Shallallahu alaihi
wasallam ada bersabda, “pertalian sabar dengan iman itu adalah ibarat kepala dengan
badan”. Dan sabda baginda lagi”Sabar itu seluruh iman”.

Kadang-kadang syukur itu datang melalui rasa seronok menikmati kurniaan Ilahi dan ini
sebahagian yang diuntukkan kepada kamu. Oleh itu, syukur kamu ialah menikmati dalam
keadaan fana’nya diri kamu dan hilangnya kehendak dan kemahuan kamu dan keinginan
kamu hendak menjaga dan memelihara batasan-batasan hukum, dan inilah titik atau
stesyen kemaraan atau kemajuan ang paling jauh yang boleh didapati. Ambillah tauladan
dari apa yang saya katakan kepada kamu. Kamu akan dapat bimbingan Allah Yang Maha
Mulia, jika dikehendaki-Nya.

____________________________________________

BAB 60 – SYARAHAN KE ENAM PULUH 

Awal kehidupan kerohanian (pengembaraan kerohanian) ialah keluar dari kehendak-


kehendak hawa nafsu dan masuk ke dalam jalan hukum (syariat) dan kemudian masuk ke
takdir dan selepas itu masuk semula ke dalam kehendak nafsu tetapi dalam keadaan
menjaga hukum, itu menurut hukum. Oleh yang demikian, kamu kenalah keluar dari
kehendak hawa nfsu dalam hal makanan, minuman, pakaian, perkahwinan, perumahan,
kecenderungan dan kebiasaan, dan masuk ke dalam hukum-hukum (syariat) Allah. Kamu
hendaklah menurut Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Firman Allah yang bermaksud, “Apa saja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah
kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk
Rasul, kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang
dalam peralanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja
di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia. Dan apa yang
dilaranganya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah.”

Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya. FirmanNya lagi, “Katakanlah jika kamu
kasih kepada Allah, ikutlah Aku, maka Allah akan kasih kepada kamu.”

Maka kamu akan dikosongkan dari kehendak dan keinginan hawa nafsu kamu, diri kamu
dan tidak patuh kamu, zahir dan batin, dan tidak ada yang tinggal dalam diri kamu lagi
melainkan keEsaan Allah dan tidak ada yang tinggal di luar (zahir) kamu melainkan patuh
dan taat kepada allah dalam suruhan atau tegahan-Nya. Ini akan jadi sebati dengan kamu
sehingga menjadi pakaian kamu dan kekal padamu, dan segala tindak tanduk, perangai,
kelakuan kamu bahkan diam dan gerak kamu dalam segala keadaan dan hal, siang dan
malam, dalam perjalanan atau tidak, dalam kesusahan atau kesenangan, dalam sihat atau
sakit, bahkan dalam semua ketika dan kedaan adalah dalam patuh dan taat kepada Allah
semata-mata Kemudian kamu akan dibawa kelautan takdir dan dikawal oleh takdir. Maka
kamu akan kosong dari usaha, daya dan upaya, kekuasaan dan kekuatan dan kamu akan
diberi bahagian- bahagian kamu yang tidak dapat ditulis dan diceritakan melainkan
keringlah tinta pena dan ilmu tentang itu telah berlalu sebelum itu lagi. Bahagianmu akan
diberi kepadamu. Kamu akan diberi perlindungan dan keselamatan dalam batasan
hukum Allah dan dikekalkan dalam itu, Kamu akan bersesuaian dengan Allah dan kamu
akan sentiasa dalam peraturan dan hukum-hukum Allah dan meringankan rasa berat
kamu menjalankan perintah-perintah Allah itu.

Firman Allah:

َ ‫ﻧﺰ ْﻟﻨَﺎ ﻋَ ﻠَﻰ ْاﻟ ُﻤ ْﻘﺘَ ِﺴ ِﻤ‬


٩۰:‫ﻴﻦ ﴿اﻟﺤﺠﺮ‬ َ ‫كَ َﻣﺂ ا‬

“Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan), Kami telah menurunkan (azab)


kepada orang-orang yang berbagai- bagai (kitab Allah) ” (Surah Al-Hijr: Ayat 90)

Firman Nya lagi, “Demikianlah Kami akan hindarkan dosa dan maksiat daripada dia,
sesungguhnya dia itu adalah seorang daripada hamba hambaku yang ikhlas”.

Maka perlindungan dan jagaan Allah akan menemani kamu sehingga kamu bertemu
dengan Tuhanmu dengan rahmat-Nya. Itulah bahagian yang diuntukkan kepada kamu
dan itu ditahan dari sampai kepada kamu semasa pengembaraan melalui padang pasir
kehendak dan keinginan hawa nafsu kamu, kerana itu akan memberatkan kamu. Jadi,
kamu tidak diberati lagi. Jika tidak, tentulah bebanmu berat dan ini akan meletihkan dan
melesukan kamu dan menyelewengkan kamu dari maksud dan tujuan kamu, dan ini akan
sampai ke peringkat fana’ dan inilah kehampiran dengan Allah dan ilmu-Nya dan
dilimpahi dengan rahsia-rahsia dan berbagai-bagai ilmu dan sampai kelautan nur,
kegelapan tidak lagi membahayakan nur (cahaya) itu.

Keadaan kebiasaan manusia itu tetap ada sehingga bercerai nyawa dengan badan, agar
dengan itu dapatlah ia menikmati sepenuhnya bahagian-bahagian yang telah diuntukkan
kepadanya. Jika keadaan kebiasaan manusia itu telah lenyap darinya, maka jadilah ia
dalam golongan para malaikat. Maka sistem yang ditentukan itupun akan kacau dan
kebijaksanaan kamu itu tetap tinggal agar kamu dapat menikmati sepenuhnya apa yang
telah diuntukkan dan ditentukan untukmu. Sabda Nabi, “Tiga perkara dari dunia ini yang
aku sukai : Bau- bauan harum, perempuan, dan kesejukan mataku dalam sembahyang”.

Apabila Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam telah lenyap dari dunia dan apa
sahaja isinya, bahagian- bahagiannya dikembalikan kepadanya, bahagian bahagian yang
ditahan sampai kepadanya semasa dalam pengembaraan menuju Allah, maka diambil
sepenuhnya agar bersesuaian dengan Allah dan redha dengan lakuan-Nya dan taat
kepada penntah-Nya, sifat sifat-Nya suci dan rahmat-Nya menyeluruh dan keberkatan-Nya
bersama-sama dengan auliya’ dan anbiya Demikian juga wali itu dalam hal ini. Bahagian
dan kesenangan dikurniakan semula kepadanya setelah ia fana’ dan ini dalam batasan
hukum-hukum Allah. Ini adalah kembali dari destinasi (tempat dituju) menuju tempat
permulaan (dalam istilah orang-orang sufi).

<< Sebelumnya – Syarahan 51-55

Seterusnya – Syarahan 61-65 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 61-65


BAB 61 – SYARAHAN KEENAM PULUH SATU

Tiap-tiap mukmin itu hendaklah memeriksa dan meneliti serta janganlah terburu-buru
tatkala sampai bahagian-bahagiannya, dan dalam menerimanya sehingga ada perintah
hukum menyatakan itu dibolehkan dan ilmu Allah menghalalkan dan membenarkan yang
itu adalah bahagiannya. Nabi bersabda, “Sesungguhnya si mukmin berwaspada dan si
munafik terus menerkam(apa sahaja yang datang kepadanya).” “Si mukmin itu tidak
terburu-buru.” Sabda beliau lagi : “Buangkan apa sahaja yang menimbulkan ragu dalam
hatimu dan terimalah apa yang tidak meragukan. Jadi, si mukmin itu berhati-hati dan
berwaspada dalam semua perkara seperti makanan, minuman, pakaian,7 perkahwinan
dan apa sahaja yang sampai kepadanya. Dia tidak akan menerima melulu sahaja kecuali ia
yakin perkara itu halal, dan ini dalam peringkat mukmin biasa. Jika dalam peringkat
wilayah(wali), ia mendengar perintah hatinya dahulu dan kalau dihalalkan, barulah
diterimanya. Jika dalam peringkat abdal dan ghuts, ia menentukannya dengan ilmu Allah.
Jika dalam peringkat fana’, iaitu peringkat akhir, ia menurut lakuan Allah dan ini adalah
takdir itu sendiri.

Kemudian ada lagi satu peringkat keadaan di mana seseorang itu menerima apa sahaja
yang datang kepadanya selagi menurut hukum-hukum syariat atau perintah hati atau
ilmu Allah, tetapi jika tiga perkara tersebut melarang, maka tidaklah diterimanya perkara-
perkara yang terlarang itu. Maka ini berlawanan dengan keadaan peringkat yang
terdahulu dimana diperlukan berwaspada dan berlambat-lambat. Tetapi keadaan
peringkat ini diperlukan menerima sahaja Ada lagi satu peringkat di atas itu. Dalam
peringkat ini seseorang itu menerima sahaja dan menggunakannya tanpa menurut
hukum syariat. perintah hati atau ilmu Allah. Ini adalah hakikat fana’ dan dalam
peringkat ini si mukmin itu ada dalam peliharaan Allah semata-mata, dan ia tidak lagi
disentuhi oleh mala-petaka, iblis, noda dan dosa, atau keluar dari hukum-hukum syariat.
Firman Allah, “Demikianlah Kamu hendak menghindarkan dia dari noda dan dosa,
sesungguhnya dia adalah seorang daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas. Oleh itu, si
hamba tadi dipelihara Allah dari melanggar batasan hukum. Segala hal ehwalnya
dipelihara Allah, Allah beri ia kuasa untuk mendapatkan segala kebaikan. Jadi apa sahaja
yang datang kepadanya adalah bebas dari kesusahan bencana dan kesusahan dalam
dunia dan dalam akhirat, dan bersesuaian benar dengan keredhaan, tujuan dan lakuan
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada keadaan peringkat yang atas dari ini dan inilah
matlamat atau tujuan. Ini adalah untuk kepala atau ketua bagi auliya’ yang besar dan
mereka ini adalah orang- orang suci dan memiliki rahsia-rahsia Allah, orang-orang yang
sampai ke gerbang keadaan yang dipunyai oleh anbiya’ (kesejahteraan bagi mereka)

___________________________________________

BAB 62 – SYARAHAN KE ENAM PULUH DUA

Alangkah hairannya jika kamu selalu mengatakan sipolan itu hampir dengan Allah dan si
polan itu dekat dengan Allah tetapi si polan itu jauh dengan Allah, si polan itu diberi
kurniaan dan si polan itu tidak diberi, si polan itu dikayakan tetapi si anu itu dipapakan, si
polan itu disihatkan tetapi si polan itu disakitkan, si polan itu dimuliakan tetapi si polan
itu dihinakan, si polan itu dipuji tetapi si polan itu dikeji, dan si polan itu dibenarkan
tetapi si polan itu disalahkan!. Tidakkah kamu tahu bahawa Dia itu satu dan yang satu itu
kasih kepada kesatuan dalam perkara cinta dan kasih kepada siapa yang satu sahaja
kasihnya kepada Dia?

Jika kamu dibawa hampir kepadanya melalui selain Dia maka cinta kamu kepada-Nya
akan jadi cacat dan tidak padu dan satu. Kerana ada kalanya terlintas dalam fikiran kamu
sesuatu yang melaluinya pada pandangannu, kamu boleh mencapai kurniaan dan
keberkatan. Hasilnya cinta kamu kepada Allah jadi cacat. Allah Yang Maha Besar cemburu
kepada kamu kerana kamu menyekutukan cinta kamu kepada-Nya dengan yang lain.
Dengan itu, Dia tahan tangan orang lain untuk menolongmu dan lidah mereka dari
memujimu dan kaki mereka dari melangkah menuju kamu, agar dengan itu mereka tidak
dapat menyelewengkan kamu daripada Dia sendiri. Sabda Nabi Muhammad Shallallahu
alaihi wasallam, “Hati itu telah dijadikan sedemikian keadaan yang mana seseorang itu
terpaksa cinta kepada orang yang memberinya kebaikan dan benci kepada orang yang
memudharatkan dirinya Jadi Allah tahan orang membuat kebaikan kepada kamu
sehingga kamu sedar keEsaan-Nya dan cinta dengan sepenuh hati, tanpa berbelah bagi,
zahir dan batin, dalam gerak dan diam kamu, sehingga kamu sedar bahawa tidak ada
yang baik kecuali yang datang dari Dia dan kamu sedar bahawa yang baik dan yang jahat
itu semuanya dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan kamu lenyap terus makhluk dan diri
kamu sendiri, dari kehendak dan keinginan kamu sendiri, bahkan apa sahaja selain Allah
Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

Selepas itu, barulah tangan-tangan mereka itu dibukakan terhadap kamu, dengan
kemurahan dan pemberian mereka dan lidah mereka memuji kamu. Maka kamu
dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya sepanjang masa dalam dunia ini dan di
akhirat kelak.

Oleh yang demikian, janganlah bersikap kurang sopan, lihatlah orang yang melihat kamu,
jagalah orang yang menjaga kamu, cintalah kepada orang yang cinta kepada kamu,
jawablah orang yang memanggil kamu, peganglah tangan orang yang memegang kamu
dari jatuh tersungkur, yang membawa kamu keluar dari gelap kejahilan, yang
menyelamatkan kamu dari binasa, yang membersihkan kekotoran-kekotoran kamu, yang
mengeluarkan kamu dari kehinaan, yang melepaskan kamu dari cengkaman hawa nafsu
iblis kamu, yang mengasingkan diri kamu dari rakan-rakan kamu yang jahil yang
menghalang kamu menuju Allah
Berapa lamakah kamu hendak tetap tinggal dengan hawa nafsu kebinatangan kamu,
dengan makhluk, dengan kehendak dan keinginan kamu, dengan ingkar kamu, dengan
kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, dan apa sahaja selain Allah? Mengapakah kamu
jauh benar dari pencipta makhluk yang mewujudkan segala-galanya, yang awal dan yang
akhir, yang zahir dan yang batin, tempat bermula dan tempat kembali segala perkara,
yang memiliki hati dan kedamaian jiwa, yang meringankan beban, yang memberi
kurniaan dan yang memberi rahmat dan nikmat?

___________________________________________

BAB 63 – SYARAHAN KEENAM PULUH TIGA

Saya lihat dalam mimpi iaitu saya seolah-olah berkata: “Wahai kamu yang menyekutukan
Tuhan kamu, dalam fikiran kamu, dengan diri kamu sendiri, dan dalam lakuan zahir
kamu, dengan makhluk-Nya, dan dalam lakuan kamu, dengan keinginan kamu!?

Mendengarkan ini, orang yang di sisi saya itu berkata: “Apakah kenyataan ini?” Jawab
saya. “Ini ialah sejenis ilmu kerohanian.”

___________________________________________

BAB 64 – SYARAHAN KEENAM PULUH EMPAT

Sesuatu perkara telah mengacau fikiran saya pada suatu hari. Batin saya berasa berat
dengan beban itu dan saya pohon kesenangan dan kesentosaan dan jalan keluar. Saya
ditanya apa yang saya mahu. Kata saya: “Saya mahu mati yang tidak ada kehidupan di
dalamnya dan satu kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya.”

Maka sayapun ditanya apakah jenis mati yang tidak ada kehidupan di dalamnya dan
apakah jenis kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya, jawab saya: “Mati yang tidak
ada kehidupan di dalamnya ialah matiku dari jenisku sendiri supaya saya tidak
melihatnya sama ada memberi manfaat atau memberi mudharat, dan mati diriku sendiri
dan keinginanku, tujuanku, dan harapku dalam hal dunia dan akhirat sehingga saya tidak
ada dalam semua ini, Berkenaan kehidupan yang tidak ada mati di dalamnya, ialah
kehidupanku dengan lakuan Tuhanku dalam keadaan saya tidak ada wujud dalamnya,
dan matiku di dalam ialah wujudku dengan-Nya. Oleh kerana saya telah mengetahui,
maka ini telah menjadi tujuanku yang paling berharga sekali.”

____________________________________________

BAB 65 – SYARAHAN KEENAM PULUH LIMA

Mengapakah kamu marah kepada Allah kerana do’amu lambat diterima-Nya? Kata kamu,
kamu telah dilarang meminta kepada orang dan disuruh meminta kepada Dia sahaja, dan
sambil kamu bermohon kepada-Nya, Dia tidak perkenankan permohonan kamu.

Inilah jawab saya kepadamu: “Adakah kamu orang bebas atau si hamba? Jika kamu kata
kamu itu orang bebas, maka itu tanda kamu kafir. Jika kamu kata kamu itu hamba, maka
saya hendak bertanya kepadamu, adakah kamu salahkan Tuhanmu sendiri kerana lambat
menunaikan permintaan dan syak-wasangka tentang kebijaksanaan-Nya dan rahmat-Nya
padamu seluruh makhluk dan syak wasangka tentang ilmu-Nya yang mengetahui semua
perkara?

Atau, adakah kamu tidak menyalahkan Allah? Jika kamu tidak menyalahkan-Nya dan
mengakui kebijaksanaan-Nya dalam melambatkan penerimaan do’a kamu itu, maka
wajiblah kamu bersyukur kepada-Nya kerana Dia telah membuat aturan yang sebaik-
baiknya untukmu dan memberi faedah kepada kamu dan menjauhkanmu dari mudharat.
Jika kamu menyalahi Tuhan dalam hal ini, maka kamu adalah seorang kafir sebab kamu
menyalahi Dia dan dengan itu kamu menganggap Allah itu tidak adil pada hal Dia Maha
Adil dan tidak sekali-kali menzalimi hamba-hambaNya. Mustahil la zalim. Maha Suci ia
dari sifat-sifat kecelaan. Ketahuilah, Dia itu Tuhanmu yang memiliki segala-galanya. Dia
menguasai segala-galanya. Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Oleh itu,
istilah ‘tidak adil’ atau ‘zalim’ tidak terpakai kepada Allah. orang yang zalim itu ialah
orang yan menganggu kepunyaan orang lain tanpa keizinannya. Mungkin kamu sendiri
yang zalim, bukan Allah yang zalim. Dengan yang demikian itu, janganlah kamu
menyalahkan-Nya dalam lakuan-Nya yang terzahir melalui kamu, meskipun itu tidak
kamu sukai dan tidak sesuai dengan kehendak kamu dan meskipun pada zahirnya
membahayakan kamu. Maka wajiblah kamu bersyukur bersabar dan redha dengan Allah
dan janganlah kamu merungut dan menyalahi Dia kerana itu mungkin akan
menyelewengkan kamu dari jalan Allah. Wajiblah kamu mengekalkan sembahyang
dengan ikhlas dan baik sangka terhadap Allah dan percaya kepada janji-janji-Nya, dan
mentauhidkan-Nya dan menjauhkan larangan-Nya dan mengerjakan suruhan-Nya dan
bersikap seperti orang mati pada masa Dia memanifestasikan takdirnya terhadap kamu
dan lakuan-Nya terhadap kamu Jika kamu hendak menyalahkan juga dan terpaksa
berbuat demikian, maka salahkan dirimu sendiri yang ada mengandungi iblis dan ingkar
kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Lebih baik kamu katakan diri kamu yang zalim bukan
Allah yang zalim, oleh tu, berhati-hatilah. Janganlah turutkan benar dirimu sendiri itu dan
redhalah dengan lakuan-Nya dan perkataan-Nya dalam semua keadaan kerana ianya
adalah musuh Allah dan musuh kamu, iaitu syaitan yang dilaknat. Ia adalah wakil iblis.
Takutlah kamu kepada Allah. Takutlah kamu kepada-Nya”

“Berwaspadalah dan berhati-hatilah. Larilah! Larilah dari musuhmu! Salahkanlah diri


sendiri dan katalah dirimu yang zalim, dan bacalah kepadanya ayat Allah, “Mengapa Allah
mendera dan menghukum kamu jika kamu bersyukur dan beriman?” Dan ayat ini, “Ini
ialah kerana apa yang kamu lakukan dahulu, dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi
hamba-hamba-Nya”. Dan ayat ini:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi
manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”(Surah Yunus: Ayat 44)

Bacakan kepada dirimu ayat-ayat ini dan lain-lain ayat yang berkenaan hal ini, dan juga
hadith Nabi. Perangilah dirimu sendiri kerana Allah. Lawanlah dirimu itu dan bunuh dia
dan hendaklah kamu jadi tentera Allah dan panglima perangnya, kerana diri itu adalah
musuh yang paling besar di antara musuh- musuh Allah. Allah berfirman, “Ayuhai Daud!
Buangkan hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawan Aku dalam kepunyaan-Ku
melainkan hawa nafsu manusia.”

<< Sebelumnya – Syarahan 56-60

Seterusnya – Syarahan 66-70 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 66-70


BAB 66 – SYARAHAN KEENAM PULUH ENAM

Janganlah berkata, “Aku tidak meminta apa-apa kepada Allah kerana jikalau perkara yang
aku minta itu telah diuntukkan bagiku, maka ia pasti datang kepadaku sama ada aku
meminta atau tidak. Jika perkara itu bukan untukku, pasti aku tidak mendapatnya
walaupun aku meminta kepada-Nya.”

Jangan! Jangan berkata demikian. Kamu hendaklah meminta dan berdo’a kepada Allah
apa sahaja yang kamu hendak dan perlukan dari perkara-perkara yang baik di dunia ini
dan di akhirat kelak tetapi janganlah meminta perkara yang haram dan membahayakan
kamu, kerana Allah menyuruh kita meminta dan bermohon kepadaNya. FirmanNya,
“Serulah Aku, Aku akan perkenankan permohonanmu.” Kata-Nya lagi, “Mintalah kepada
Allah kurniaan-Nya.”

Nabi Muhammad pernah bersabda, “Bermohonlah kepada Allah dengan kamu yakin
sepenuhnya yang permohonan kamu itu akan diterima Allah.” Kata baginda lagi,
“Berdo’alah kepada Allah dengan tapak tangan kamu.” Dan banyak lagi sabda-sabda
baginda yang seumpama ini.

Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya aku telah memohon kepada Allah tetapi Dia
tidak perkenankan permohonanku, maka sekarang aku tidak mahu memohon lagi
kepada-Nya.”
Janganlah berkata demikian itu. Teruskanlah berdo’a kepadanya. Jika sesuatu perkara itu
telah diuntukkan bagimu maka ia akan kamu terima setelah kamu meminta kepada-Nya.
Ini akan memperteguh iman dan keyakinanmu kepada Allah dan sedar akan keEsaan-Nya.
Ini juga melatih kamu supaya sentiasa meminta kepada Allah dan tidak kepada orang lain
dalam semua ketika dan keadaan, dan memperkuatkan kepercayaan kamu yang
permohonan itu akan dimakbulkan Allah Yang Maha Pemurah.

Jika sesuatu perkara bukan untukmu, maka Allah akan memberi kamu rasa cukup (self
sufficiency) berkenaan hal itu, dan memberimu rasa gembira di sisi Allah Yang Maha
Gagah dan Perkasa, meskipun kamu miskin, jika kamu berada dalam kemiskinan dan
kesakitan, Allah akan membuat kamu rasa gembira dengan keadaan itu. Jika kamu
berhutang, Allah akan lembutkan hati orang yang memberimu hutang itu dan kamu tidak
dikerasinya supaya membayar hutang itu dengan segera, bahkan orang itu memberi kamu
tempoh masa yang lama atau mengurangkan bayarannya, atau terus menghapuskan
hutang itu. Jika tidak dikurangkan atau dihapuskan hutang itu di dunia ini, Allah Yang
Maha Kaya dan Gagah akan memberi kamu di akhirat kelak ganjaran yang wajar sebagai
ganti apa yang Ia tidak beri tatkala kamu mermohon di dunia kerana Allah itu Maha
Pemurah dan tidak berkehendak apa-apa.

Oleh yang demikian, Allah tidak akan mensia-siakan permohonan orang yang berdo’a
kepada-Nya dalam dunia ini di atau akhirat kelak. Walaubagaimanapun ia akan dapat,
kalau tidak di dunia, di akhirat dapat juga. Nabi pernah mengatakan bahawa di hari
pembicaraan kelak, si mukmin akan melihat dalam catatan lakuannya beberapa
perbuatan yang baik yang ia tidak laksanakan dan ia sendiri tidak sedar. Ia akan disoal,
“Tahukah kamu perbuatanmu itu?” Dia menjawab: “Aku tidak tahu dari mana datangnya
ini.” Maka dikatakan kepadanya; “Sesungguhnya ini adalah balasan-balasan rayu-rayuan
kamu yang kamu buat di dunia dulu dan ini ialah kerana dalam kamu berdo’a kepada
Allah itu, kamu ingat kepada-Nya dan akui keEsaan-Nya, dan meletakkan sesuatu pada
tempatnya yang wajar, dan memberi seseorang apa yang patut diberi kepadanya, dan
tidak mengatakan daya dan upaya itu datang dari dirimu sendiri, dan membuang bangga,
dengki dan sombong, dan semua itu adalah perbuatan- perbuatan yang baik, dan semua
itu ada ganjarannya di sisi Allah Yang Maha Gagah dan Maha Agung.”

___________________________________________

BAB 67 – SYARAHAN KEENAM PULUH TUJUH

Apabila kamu telah dapat membunuh dan mematikan dirimu, Allah akan
menghidupkannya dan ia akan melawan semula dan meminta dipuaskan hawa nafsu dan
menikmati perkara-perkara yang haram dan yang dibolehkan. Oleh itu, kamu perlu
berjuang lagi dan mengawal diri kamu itu. Maka ganjaran akan ditulis kepada kamu
setiap kali perjuangan itu. Inilah yang disabdakan Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi
wasallam: “Kita baru kembali dari jihad kecil (berperang dengan orang-orang kafir) dan
masuk kepada jihad besar. Jihad besar ini ialah berjuang melawan hawa nafsu diri sendiri
yang tidak habis-habis, berjuang melawan kehendak dan keinginan terhadap perbuatan
dosa dan maksiat. Inilah yang dimaksudkan Allah dalam firmanNya: “Dan sembahlan
Tuhanmu sehingga kamu mati.”

Allah memerintahkan Rasul-Nya menyembah Dia sahaja dan ini perlulah melawan ego
atau diri sendiri dengan kehendak dan kemahuannya yang selalunya berlawanan dengan
kehendak Allah. Demikianlah perjuangan itu sentiasa ada sehingga mati.

Jika ada pertanyaan: “Bagaimana pula Nabi boleh kurang pula khidmatnya kepada Allah
sedangkan dia tidak ada keinginan dan hawa nafsu badaniah semata-mata? Dan Allah
berkata: “Dia tidak bercakap dari hawa nafsunya sendiri tetapi itu adalah wahyu yang
diwahyukan”.

Jawabnya ialah Allah memperkatakan ini kepada Rasul-Nya untuk membenarkan atau
untuk mempastikan perkara ini supaya menjadi ikutan para umatnya sepanjang masa.
Allah Yang Maha Agung memberi kuasa kepada RasulNya untuk menguasai dirinya dan
tidak bersusah payah lagi melawan diri(ego)nya sendiri, dan inilah yang membezakan
baginda dengan pengikut-pengikutnya. Apabila si mukmin itu berjuang terus dalam
dirinya sehingga ke akhir hayatnya, maka Allah akan memberinya syurga, seperti firman
Allah:

“Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)”. (Surah An-Nazi’at: Ayat 41)

Apabila Allah telah memasukkan dia ke dalam syurga itu, maka jadilah syurga itu tempat
rehatnya yang kekal abadi, dan tidaklah ia dipindahkan ke tempat lain atau ke dunia
semula. Dari masa ke semasa bertambah banyak dan bagus kurniaan Allah yang
diterimanya, dan ini pula berkekalan dan tidak habis-habis sebagaimana ia berjuang
melawan hawa nafsunya di dunia ini yang tidak henti-henti itu.

Tetapi orang-orang kafir dan munafik dan orang-orang yang membuat dosa dan maksiat,
bila mereka berhenti melawan diri mereka sendiri dan keinginan terhadap dunia ini dan
mereka mengikuti iblis dan syaitan, dan bercampur gaul pula dengan berbagai-bagai
kekufuran dan syirik dan bergelumang dengan noda dan dosa sehingga sampai bercerai
nyawa dengan badan dengan tidak masuk Islam dan bertaubat, maka Allah akan
memasukkan mereka ke dalam neraka yang penuh azab seksa seperti firman-Nya:

“Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan dapat
membuat(nya) peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu
yang disediakan bagi orang-orang kafir” (surah Al-Baqarah: Ayat 24)

Allah jadikan neraka itu tempat kembali mereka itu dan di situ kulit dan tulang dan
daging mereka akan dibakar hangus oleh api neraka, kemudian mereka diberi semula
kulit dan daging yang baru yang akan dibakar lagi. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami
masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus Kami akan ganti kulit
mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisa’: Ayat 56)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berbuat demikian kerana mereka telah bersatu dengan diri
mereka sendiri dan keinginan mereka terhadap dunia dalam perkara membuat dosa. Oleh
itu, sentiasalah kulit dan daging mereka itu hangus terbakar, dan kemudian diganti
dengan yang baru, setelah itu, dibakar lagi dan diganti pula dengan yang baru,
demikianlah dengan tidak putus-putusnya. Sentiasalah mereka berada dalam azab seksa
yang pedih.

Sebaliknya penghuni-penghuni syurga itu menikmati kurniaan Allah yang sentiasa baru
dan diganti dengan yang baru lagi dengan bertambah-tambah dengan tidak putus-putus,
dan dengan itu pula mereka bertambah syukur dengan kurniaan Allah itu. Inilah balasan
yang mereka dapat hasil dari perjuangan yang tidak henti-henti di dunia dulu melawan
kehendak dan keinginan hawa nafsu angkara murka mereka, agar bersesuaian dengan
kehendak Allah. Inilah apa yang disabdakan oleh Nabi besar Muhammad
Shallallahu’alaihi wasallam yang maksudnya: “Dunia ini ialah ladang untuk akhirat.”

______________________________________________

BAB 68 – SYARAHAN KEENAM PULUH LAPAN

Apabila Allah memperkenankan permohonan dan do’a si hamba itu, bukanlah bererti
Allah itu berkurangan pula apa-apa yang ada dalam simpanan-Nya kerana Allah itu Maha
Kaya, dan juga tidak semestinya Allah terpaksa menerima permohonan itu seolah-olah Dia
tertakluk kepada permohonan si hamba itu. Sebenarnya permohonan si hamba itu
bersesuaian dengan yang dikehendaki-Nya dan sesuai pula pada masa dan ketikanya.
Sebenarnya penerimaan do’a itu telah tertulis dalam azali lagi dan menunggu masanya
sahaja untuk dimakbulkan Allah. Inilah apa yang dikatakan oleh orang-orang arif dalam
menerangkan kalam Allah, “Setiap ketika Dia dalam keadaan baru.”
Ini bererti Allah menerima permohonan si hamba itu pada masa yang telah ditentukan
oleh-Nya. Allah telah menentukan bila masa yang do’a itu akan dimakbulkan-Nya. Allah
tidak memberikan seseorang itu dalam dunia ini hanya dengan do’a yang datang dari diri
si hamba itu sahaja dan begitu juga Allah tidak menolak apa-apa daripada hamba itu
hanya dengan do’a sahaja, adalah dikatakan bahawa sabda Nabi tentang ini bererti
bahawa ketentuan takdir Ilahi tidak akan terelak kecuali dengan do’a yang ditakdirkan
boleh menolak takdir itu. Begitu juga tidak ada orang yang akan masuk syurga melalui
perbuatan baiknya sahaja tetapi adalah dengan rahmat Allah juga, walaupun begitu
hamba-hamba Allah itu akan diberi pangkat di syurga menurut perbuatannya. Dikatakan
bahawa A’isyah pernah bertanya kepada Nabi: “Bolehkah seseorang itu masuk syurga
hanya melalui perbuatan baiknya sahaja?” Nabi menjawab: “Tidak, kecuali dengan rahmat
Allah’. Kemudian beliau bertanya, “Walaupun engkau sendiri?” Jawab baginda: “Ya,
walaupun aku, kecuali Allah meliputi aku dengan rahmat-Nya“.

Setelah berkata demikian, baginda meletakkan tangannya di atas kepalanya Baginda


berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa tidak ada seorangpun yang ada hak
melanggar ketentuan takdir Ilahi, dan Allah itu tidak semestinya memperkenankan do’a-
do’a hamba-hamba-Nya. Dia berbuat apa yang la hendak. Ia mengampuni siapa yang
dikehendaki-Nya. Ia menghukum siapa yang dikehendaki-Nya. Dia mempunyai kuasa
mutlak. Terpulanglah kepada-Nya semua ketentuan. Allah tidak boleh disoal tentang apa
yang dilakukan oleh-Nya melainkan si hamba itu yang disoal. Allah memberi kurnia
kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan tidak memberi kepada siapa yang ia tidak
kehendaki. Apa sahaja di langit dan di bumi dan di antara keduanya adalah dalam
kekuasaan dan kepunyaan-Nya belaka. Tidak ada tuan bagi segala itu melainkan Allah dan
tidak ada pencipta melainkan Allah jua. Firman-Nya:

“Hai manusia ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, adakah sesuatu pencipta selain Allah
yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan
selain Dia, maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?” (Surah Al-Fathir: Ayat
3)

Firman-Nya lagi :

“Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan
siapa (pula) kah yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum
(kedatangan) rahmat-Nya? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? Maha
Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (denganNya)” (Surah Al-Naml:
Ayat 63)

Firman-Nya :

“Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya,
maka sembahlah dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu
mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” (Surah
Maryam: Ayat 65)

Firman Allah:

“Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan yang Maha Pemurah. Dan
adalah (hari itu), satu hari yang penuh kesukaran bagi orang-orang kafir. ” (Surah Al-
Furqan: Ayat 26)
______________________________________________

BAB 69 – SYARAHAN KEENAM PULUH SEMBILAN

Janganlah minta dari Allah Subhanahu wa Ta’ala yang lain dari keampunan terhadap
dosa-dosa yang lalu, dan perlindungan dari dosa-dosa yang sekarang dan dosa-dosa yang
akan datang, dan kuasa untuk taat kepada-Nya, kuasa untuk dapat melakukan suruhan-
Nya dan meninggalkan tegahan-Nya, dan dapat rela dengan senang terhadap kesusahan
dan ketentuan takdir-Nya dan dapat sabar menghadapi mala petaka, dan dapat bersyukur
terhadap kurniaan-Nya dan mati dalam iman dan kebaikan, dan dapat bersatu dengan
golongan para anbiya’, shodiqin dan syahidin dan orang-orang yang diredhai kerana
inilah sebaik-baik rakan dan kawan.

Janganlah kamu minta dari Allah perkara-perkara seperti dihindarkan dari kemiskinan,
kesusahan dan didatangi kaya dan kesenangan. Tetapi hendaklah kamu minta rasa senang
dengan apa yang telah diuntukkan-Nya, dan minta dari-Nya perlindungan yang kekal
dalam suasana dan keadaan yang ia tempatkan kamu sehingga kamu dipindahkan ke
suasana dan keadaan yang lain pula dan keadaan yang berlawanan, kerana kamu tidak
tahu dimana letaknya kebaikan itu, dalam kayakah atau miskinkah, dalam kesusahan atau
dalam kesenangankah? Allah melindungi pengetahuan tentang sesuatu itu dari kamu. Dia
sahaja yang tahu baik atau buruknya sesuatu perkara itu. Umar Ibnu Al-Khathab
dikatakan ada berkata: “Tidak menjadi masalah kepadaku dalam apa pun keadaan yang
aku lihat pada paginya, sama ada ia membawa apa yang aku tidak suka atau apa yang aku
suka, kerana aku tidak tahu manakah letaknya kebaikan itu“.

Beliau berkata demikian kerana beliau redha dengan apa sahaja urusan Allah dan
berpuas-hati dengan ketentuan dan pilihan Allah untuknya. Firman Allah: “Berperang itu
diwajibkan kepada kamu dan berperang itu tidak kamu sukai, mungkin kamu benci apa
yang baik untukmu dan kamu suka apa yang tidak baik kepada kamu“.

Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak baik, dan kamu tidak tahu. Teruslah
dalam keadaan ini sehingga keinginan hawa nafsu kamu musnah dan dirimu hancur, hina
dan dikuasai dan ditaklukki. Maka selepas itu tujuan, keinginan dan kemahuan kamu dan
semua yang wujud akan keluar dari dalam hati dan tidak ada yang tinggal di dalamnya
kecuali Allah sahaja Maka barulah hatimu akan penuh dengan cinta kepada Allah dan
niatmu untuk mencapainya akan menjadi ikhlas. Selepas itu, tujuan dan kehendak kamu
akan dikembalikan kepada kamu dengan perintah-Nya untuk menikmati dunia ini dan
akhirat, dan kemudian itu kamu akan pinta segala ini dari Allah dan mencarinya dalam
kepatuhan dengan Allah dan bersesuaian dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika dia beri
kurniaan, kamu syukur, dan jika ditarik oleh-Nya kembali kamu tidak pula meradang dan
mengugut dan tidak sekali- kali menyalahkan Allah. Jiwa dan fikiranmu akan tenang dan
damai, kerana kamu mencarinya bukan timbul dari keinginan dan hawa nafsu kamu
kerana hati kamu telah kosong dari keinginan dan hawa nafsu kamu itu, dan kamu tidak
melayani sebarang hasrat kepada perkara-perkara ini, tetapi hanya semata-mata
mengikuti perintah Allah melalui rayuan kamu kepada-Nya, dan ketenteraman dan
kedamaian bagi kamu hendaknya.

______________________________________________

BAB 70 – SYARAHAN KETUJUH PULUH

Bagaimanakah kamu boleh berasa sombong dengan perbuatanmu sendiri dan bangga
dengan dirimu sendiri dan mengharapkan ganjaran dari itu sambil kamu mengatakan
bahawa ini semua adalah dari kuasa yang dikurniakam Allah dan melalui pertolongan-
Nya dan izin-Nya? Jika kamu dapat mengelakkan dosa dan noda, maka itu adalah dengan
pertolongan Allah dan perlindungan-Nya jua Mengapa pula kamu tidak bersyukur kepada
Allah kerana pertolongan dan perlindungan-Nya itu dan mengapa pula kamu tidak sedar
bahawa kebolehan kamu menghindarkan dosa itu adalah dengan kurnia dan rahmat
Allah jua? Mengapakah kamu berasa megah dengan sesuatu yang bukan kepunyaan kamu
sendiri?

Apabila kamu tidak boleh membunuh musuhmu tanpa pertolongan orang yang lebih
gagah darimu yang membunuh musuh itu dan kamu hanya menyempurnakan
pembunuhan itu sahaja, dan tanpa pertolongan orang yang gagah itu kamu pasti kalah,
maka mengapa kamu berasa sombong dengan perbuatanmu itu? Apabila kamu tidak
boleh membelanjakan wangmu sendiri melainkan ada pula seorang lain yang pemurah,
yang benar dan boleh diharap menjaminkan kamu dengan mengatakan bahawa segala
wang yang kamu belanjakan akan digantinya, maka barulah kamu berani membelanjakan
wang kamu itu, jika demikian mengapa kamu berasa sombong dengan perbuatanmu itu?
Cara yang paling baik baikmu ialah bersyukur dan memuji penolong kamu itu iaitu Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Pujilah ia sentiasa dan segala kejayaan kamu itu adalah dari Dia
jua, maka dengan itu katakanlah Dia jua, jangan katakan kejayaan kamu itu dari kamu
sendiri, kecuali perkara dosa dan maksiat. Perkara dosa dan maksiat itu hendaklah kamu
katakan datang dari dirimu sendiri. Diri itulah yang patut disalahkan kerana di situ
terletak kesalahan dan kejahatan. Allah mencipta perbuatan dan lakuan kamu dan kamu
melakukan sahaja. Itulah sebabnya ada orang-orang yang bijak dalam ilmu ke Tuhanan
berkata, “Lakuan atau perbuatan itu akan datang dan kamu tidak dapat lari darinya.”

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam ada bersabda juga tentang hal ini,
“Lakukanlah perbuatan baik dan hampirilah Allah, dan betulkan dirimu, kerana tiap-tiap
seorang itu dimudahkan mendapat untuk apa ia diciptakan.”

______________________________________________

<< Sebelumnya – Syarahan 61-65

Seterusnya – Syarahan 71-75 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 71-75


BAB 71 – SYARAHAN KETUJUH PULUH SATU

Kamu adalah termasuk dalam satu daripada dua perkara pencari atau yang dicari.

Jika kamu murid,  maka kamu adalah pencari.  Jika kamu guru,  kamu adalah yang dicari.
Jika kamu pencari iaitu murid,  maka kamu adalah dibebani dan perlulah kamu
menanggung beban itu, berat dan payah menanggungnya.  Kamu terpaksa bekerja keras
untuk mendapat matlamat yang kamu tuju itu.  Tidaklah patut kamu lari dari kesusahan
yang menimpa diri kamu dalam hal-hal kehidupan,  harta benda,  keluarga dan anak-
pinak kamu.  Akhirnya beban yang kamu tanggung itu akan diringankan dan diambil dari
kamu,  maka kesusahan itu akan dibuang dari kamu.  Maka kamu akan diberi
keselamatan dan kesentosaan, dan akan dibebaskan dari dosa dan maksiat dan dari
pergantungan kepada makhluk.  Kamu akan masuk dalam kumpulan hamba-hamba Allah
yang dikasihi-Nya dan dipelihara-Nya.

Jika kamu dicari iaitu guru,  janganlah kamu salahkan Allah jika Allah menimpa
kesusahan padamu dan janganlah kamu syak-wasangka tentang kedudukan dan
pangkatmu di sisi Allah,  kerana Allah hendak menguji kamu agar ditinggikan lagi pangkat
kamu di sisi-Nya.  Allah hendak menaikkan pangkat kamu ke taraf mulia dan abdal.
Mahukah kamu direndahkan tarafmu dari taraf mulia dan abdal itu atau kamu memakai
pakaian yang lain dari pakaian mereka itu? Meskipun kamu rela dengan tarafmu yang
rendah itu,  tetapi Allah tidak rela. Allah berfirman:
“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis iddahnya,  maka janganlah kamu
(para wali) menghalangi mereka berkahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila telah
terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang ma’ruf. Itulah dinasihatkan
kepada orang-orang yang beriman di antara kamu kepada Allah dan hari kemudian. Itu
lebih baik bagimu dan lebih suci. Allah mengetahui,  sedang kamu tidak mengetahui”
(Surah A-Baqarah:  Ayat 232)

Allah hendak meninggikan,  memuliakan dan membaikkan kamu,  mengapa pula kamu
tidak mahu menerimanya?

Mungkin kamu bertanya: “Mengapa pula si hamba yang sempurna itu diuji pada hal
menurut kenyataan tuan,  ujian itu ialah untuk pencinta (kepada Allah tetapi orang-orang
yang dikasihi Allah itu adalah orang-orang yang dicintai-Nya?

Jawab kami: “Kami telah katakan aturannya dahulu dan kemudian, kemungkinan,
perkecualian.  Nabi besar Muhammad Shall allahu’alaihi wasallam adalah orang yang
paling dicintai Allah, tetapi mengapa baginda pun diuji paling hebat.  Baginda pernah
berkata: “Aku paling takut kepada Allah hinggakan tidak ada orang yang lebih takut kepada
Allah daripada aku.  Aku mendapat penderitaaan yang paling hebat kerana Allah hinggakan
tidak ada orang yang sama penderitaannya seperti aku.  Pernah selama 30 hari dan malam
aku tidak ada makanan walaupun sebanyak yang boleh disembunyi di bawah ketiak Bilal“.

Sabda Nabi lagi, “Sesungguhnya kami dari golongan anbiya’  ini sangat teruk diuji,
kemudian orang-orang yang di bawah peringkat kami,  dan kemudian orang-orang di bawah
peringkat itu,  dan begitulah seterusnya.”

Lagi sabda baginda, “Akulah orang yang paling baik dalam pengetahuan Allah dan paling
takut kepada-Nya daripada kamu sekalian“.

Bagaimana pula orang yang dicintai Allah itu diuji dan ditakutkan pada hal dia si hamba
yang dicintai dan sempurna? Sebenarnya ujian itu ialah bertujuan untuk meninggikan
taraf mereka di akhirat kelak kerana taraf kehidupan akhirat itu tidak akan ditinggikan
kecuali melalui amal soleh dalam kehidupan dunia ini.

Dunia ini ialah ladang untuk akhirat. Amal soleh anbiya dan auliya’  setelah membuat
yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang,  ialah terdiri dari sabar,  rela dengan suka
hati dan menyesuaikan diri dengan ujian itu.  Selepas itu ujian itu akan dihindarkan dari
mereka dan mereka akan dapat mengalami kurniaan, keredhaan dan kasih sayang Allah
sehingga mereka menemui Allah Subhanahu wa Ta’ala.

______________________________________________

BAB 72 – SYARAHAN KETUJUH PULUH DUA

Orang-orang yang beragama (Islam)  yang pergi ke pasar dengan mematuhi kehendak
agama,  melakukan perintah Allah seperti pergi sembahyang Jumaat atau lain-lain
perhimpunan keagamaan atau untuk menyempurnakan keperluan-keperluan mereka,
adalah terdiri dari berbagai-bagai jenis.

Ada setengahnya apabila pergi ke pasar itu dan melihat barang-barang yang dijual di situ
untuk mengisi perut dan memuaskan selera, maka mereka terpengaruh oleh barang-
barang itu dan hati mereka terikat dengannya.  Dan dengan itu mereka termasuk dalam
satu ujian.  Ini mungkin menjatuhkan dirinya dan merobohkan agamanya,  lalu
dipengaruhi oleh hawa nafsu kebinatangan kecuali Allah memelihara mereka dengan
rahmat-Nya, perlindungan-Nya dan memberi mereka itu kesabaran dan kekuatan untuk
menghadapi tarikan hawa nafsu itu. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja dapat
mereka terselamat.

Ada pula setengahnya apabila mereka telah menyedari yang mereka itu hampir
tergelincir ke lembah kemurkaan Allah, maka mereka lekas kembali masuk ke pangkuan
agama dan mengawal diri mereka supaya tidak terjerumus. Mereka ini ibarat pahlawan
yang menegakkan agama dan ditolong oleh Allah untuk mengawal diri mereka supaya
tidak dijajahi oleh hawa nafsu yang rendah itu. Allah akan memberi mereka ganjaran di
akhirat kelak. Nabi pernah bersabda: “70 lakuan yang baik direkodkan bagi si mukmin
apabila dia membuang kehendak hawa nafsu tatkala dia dikuasai oleh hawa nafsu itu atau
apabila dia menguasainya“.

Lagi sabda baginda:  “Dan setengah daripada mereka itu ada yang mendapat kenikmatan ini
dan menggunakannya dengan kurnia dan kehendak Allah yang berupa kekayaan harta
benda dunia dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana mendapat kurniaan
itu.”

Ada pula setengahnya yang tidak melihat atau sedar kepada kesenangan yang ada di pasar
atau di pekan itu.  Mereka buta kepada yang lain kecuali Allah.  Mereka tahu Allah sahaja,
mereka buta kepada yang lain dan telinga mereka pekak kepada yang lain.  Mereka sibuk
dengan Allah hingga lupa kepada yang lain. Mereka ini jauh dari dunia dan kesibukannya.
Kalau kamu bertanya kepada orang yang demikian itu di pasar itu atau di pekan tentang
apa yang mereka lihat,  mereka akan menjawab, “Kami tidak lihat apa-apa pun“.  Ya,
mereka melihat barang-baran di pekan atau di pasar itu dengan mata zahir mereka
sahaja dan tidak melihat dengan mata batin mereka. Mereka melihat sahaja tetapi tidak
melihat dengan keinginan hawa nafsu yang rendah.  Pandangan itu pada rupa lahir sahaja
bukan pada hakikatnya. Pandangan itu pada lahir sahaja bukan pada batin. Pada lahirnya
mereka lihat barang-barang dan benda-benda di pasar atau pekan itu, tetapi dalam hati
mereka apa yang mereka nampak ialah Allah, kadang-kadang dengan sifat keAgungan-
Nya (Jalal) dan kadang kadang dengan sifat lemah-lembut dan keindahan-Nya.

Ada pula yang lain apabila mereka masuk sahaja ke pasar atau pekan, hati mereka penuh
dengan Allah Yang Maha Agung dan Indah, dengan kasih sayang kepada penduduk yang
ada di situ.  Kerana perasaan kasih sayang ini, pandangan mereka tidak langsung
tertumpu kepada barang-barang kepunyaan penduduk pasar atau pekan itu dan barang-
barang di hadapan mereka. Orang-orang ini semenjak masuk ke pasar atau pekan itu
hinggalah keluar darinya tetap dalam sembahyang atau perhubungan dengan Allah dan
memohon kepada Allah perlindungan dan mendo’akan penduduk- penduduknya dengan
rasa kasih sayang.

Hati mereka memohon agar penduduk pekan atau pasar itu diberi kebajikan dan
dijauhkan kedurjanaan.  Tidaklah putus-putus mereka memuji Allah kerana kurniaan-Nya
dan nikmat-Nya itu.  Orang- orang seperti ini digelar pengawal kerohanian bagi sesuatu
pekan atau bandar dan hamba-hamba Allah.  Kamu boleh juga menggelar mereka sebagai
orang-orang yang memiliki ilmu ma’rifah dan abdal dan orang wara’, yang mengetahui
yang nyata dan yang ghaib, orang yang dicintai Allah dan matlamat terakhir dari Allah,
dan khalifah Allah di atas muka bumi, duta Allah,  menjalankan yang baik,  kenyataan
yang manis,  orang yang dapat bimbingan ke jalan yang lurus dan benar, dan pembimbing
kerohanian. Inilah kekasih Allah. Moga-moga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya
kepada orang-orang seumpama ini dan sesiapa sahaja yang menghadapkan wajahnya
kepada Allah dan mereka yang mencapai puncak ketinggian kerohanian.
______________________________________________

BAB 73 – SYARAHAN KETUJUH PULUH TIGA

Kadang-kadang Allah memberitahu kepada wali-Nya tentang kesalahan seseorang lain,


sama ada berkenaan perkataan,  perbuatan,  fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu,
Allah masukkan ke hati wali-Nya itu rasa ingin mempertahankan dan keDaulatan
Tuhannya, Nabi-Nya dan agama-Nya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin
meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannnya, NabiNya dan agamaNya.
Macam mana kesenangan dapat dirasai jika penyakit zahir dan batin masih ada, dan
macam mana tauhid dapat dicapai jika masih ada kecenderungan untuk
mempersekutukan Allah yang boleh membawa kepada kufur dan menjauhkan seseorang
itu dari Allah, dan bukankah ini sikap yang dimiliki oleh musuh iaitu iblis yang dilaknati
Allah, dan sikap yang dimiliki oleh orang-orang munafik yang bakal akan dicampakkan ke
neraka yang paling bawah dan kekal di dalamnya?

Maka oleh itulah Allah menzahirkan melalui lidah wali-wali-Nya tentang kepalsuan
mereka itu,  tentang kejahatan perbuatan mereka itu dan betapa bohongnya kata-kata
mereka itu yang mengatakan mereka mempunyai peringkat kerohanian orang-orang yang
benar (shodiqin), dan sikap mereka melawan orang-orang yang fana’  dalam takdir Allah,
dan mengatakan yang mereka objek yang terakhir bagi Allah.

Wali-wali ini melakukan itu kerana memelihara keAgungan Allah Yang Maha besar
ataupun untuk menyalahkan orang-orang yang berbohong itu sebagai satu nasihat bagi
mereka, ataupun untuk menunjukkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang
membohongi kebenaran wali-wali Allah itu. Maka oleh itu, wali itu dituduh memfitnahkan
orang yang berkenaan.  Maka ditanya: “Adakah wali itu dibenarkan memfitnahkan
seseorang pada hal dia dilarang berbuat demikian? Bolehkah ia bercakap tentang
seseorang yang hadir atau tidak hadir,  sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai?”
Sebenarnya perlakuan wali-wali yang demikian itu termasuk dalam maksud firman Allah
:

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (minum arak) dan judi. Katakanlah.
“Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi
dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang
mereka nafkahkan. Katakanlah. “Yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir” (Surah Al-Baqarah:  Ayat
219)

Pada zahirnya kritik terhadap wali-wali itu ialah menunjukkan ketidak-patuhan seseorang
tetapi pada hakikatnya ialah menimbulkan kemurkaan Allah. Orang yang membantah
kebenaran wali-wali itu ialah orang yang bingung dan sesat. Oleh itu,  janganlah dibantah
mereka,  tetapi sebaliknya hendaklah diamkan diri dan fikirkan dulu dan cari
kebenarannya dalam syariat. Jangan dibantah kerja Allah dan walinya yang
mengeluarkan kata-kata tajam yang mendedahkan kepalsuan orang-orang yang
berbohong. Jika seseorang itu tidak membantah mereka, mereka itu lebih baik dan
tidaklah timbul kejahatan dalam hati dan itu dianggap sebagai taubatnya dan kembali
dari lembah kejahilan dan kesesatan.

Kata-kata wali itu adalah sebagai satu serangan terhadap orang-orang yang berbohong
dan juga itu satu kebaikan atau faedah kepada orang-orang yang sombong, yang hampir
binasa kerana kesombongan dan ingkar kepada Allah.  Sesungguhnya Allah membimbing
siapa sahaja yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus dan benar.
______________________________________________

BAB 74 – SYARAHAN KETUJUH PULUH EMPAT

Perkara pertama yang patut dilihat oleh orang yang berakal ialah keadaan dan suasana
dirinya sendiri dan kemudian barulah melihat segala makhluk dan ciptaan.  Daripada
segala itu dapatlah diketahui di mana sumber segala itu dan siapa yang mencipta semua
itu.  Kerana makhluk itu tanda Al Khalik (yang menjadikan)  dan nampaklah kekuasaan-
Nya Yang Maha Gagah sebagai tanda yang menjadikan itu tentulah bijak.  Dari makhluk
itu nampaklah Al-Khalik kerana semua makhluk itu wujudnya dari Dia jua. Inilah yang
dilaporkan dari Ibnu Abas Radhiyallahu’anhu dalam ulasannya tentang firman Allah,
“Dan Dia jadikan untukmu segala yang di langit dan di bumi“.

Adalah dilaporkan dari yang tersebut itu bahawa ulasan ayat itu adalah demikian: Dalam
tiap-tiap sesuatu ada satu sifat dari sifat-sifat Allah,  dan tiap-tiap nama adalah satu tanda
bagi satu daripada nama-nama-Nya,  maka tentulah kamu itu di antara nama-nama-Nya
dan sifat-sifat’Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya, batin-Nya melalui kuasa-Nya dan zahir-
Nya melalui kebijaksanaan-Nya.
Dia terzahir dalam sifat-sifat-Nya dan terlindung dalam dirinya. Dirinya terlindung dalam
sifat-sifat-Nya dan sifat-sifat-Nya terlindung dalam perbuatan-perbuatan-Nya. Dia
menzahirkan ilmunya melalui iradat-Nya dan Dia nyatakan iradat-Nya dalam gerak-geri.
Dia sembunyikan kemahiran dan kebijaksanaan-Nya dan menyatakan kemahiran dan
kebijaksanaan-Nya melalui iradat-Nya. Maka Dia tersembunyi dalam ghaib-Nya dan Dia
terzahir dalam kebijaksanaan dan kekuasaan-Nya. “Tidak ada satu yang serupa
denganNya,  dan Dia Maha Melihat dan Maha mendengar“.

Sesungguhnya banyak rahsia-rahsia ilmu kerohanian dalam kenyataan ini yang tidak
diketahui oleh orang-orang yang hatinya tidak ada sinar ilmu kerohanian itu. Ibnu Abas
mendapat ilmu hasil dari do’a Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam untuk beliau
itu. Nabi mendo’akan beliau: “Ya Allah!  Berilah ia pengetahuan agama dan ajarlah ia
pengertian (Al-Qur’an).”  Semoga Allah melimpahkan kurniaan seperti itu kepada kita
sekalian, dan dimasukkan kita ke dalam golongan orang yang dirahmati Allah di hari
pembangkitan kelak.
______________________________________________

BAB 75 – SYARAHAN KETUJUH PULUH LIMA

Saya nasihatkan kamu supaya takut kepada Allah dan patuh kepada-Nya. Turutlah
hukum-hukum Allah dan bersihkan hatimu,  kawallah dirimu, relalah dengan Tuhanmu,
tolonglah orang yang miskin dan orang dalam kesusahan, jagalah kesucian orang-orang
kerohanian, berbaik-baik dengan anggota masyarakat, nasihatilah orang-orang muda,
hindarkan bermusuh dengan rakan dan kawan, dan jangan suka mengumpulkan harta
benda, hindarkan berkawan dengan orang-orang yang bukan dari golongan yang menuju
jalan kerohanian dan menolong mereka dalam perkara dunia dan agama. Hakikat
kemiskinan dalam agama ialah kamu tidak memerlukan apa-apa dari orang lain yang
seperti kamu juga, dan hakikat kekayaan itu ialah kamu berada melampaui garis
keperluan makhluk yang seperti kamu juga. Tasawuf boleh didapati bukan melalui
perbincangan dan percakapan, tetapi adalah melalui lapar dahaga dan menajuhkan diri
dari apa yang kamu sukai. Janganlah kamu menonjolkan kepandaian kamu di hadapan
Darwisy (orang yang melupakan apa saja selain Allah),  tetapi hendaklah kamu bersikap
lemah-lembut kerana jika kamu menonjolkan kepandaian kamu, maka dia tidak akan rasa
senang dan dia akan senang jika kamu bersikap lemah-lembut.

Tasawuf itu berdasarkan lapan sifat (kualiti): (1) Murah hati seperti Nabi Ibrahim, (2)
Menyerah dengan sukarela seperti Nabi Ishak, (3)  Sabar seperti Nabi Ya’qub, (4)
Sembahyang seperti Nabi Zakaria, (5)  Miskin seperti Nabi Yahya, (6) Memakai pakaian
bulu seperti Nabi Musa(7)  Mengembara seperti Nabi Isa, (8) Beragama seperti Nabi
Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam.

<< Sebelumnya – Syarahan 66-70

Seterusnya – Syarahan 76-80 >>

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rin On Blog
PAPAR

Rin On Blog

Coretan Kisah Dari Kembara Minda

Futuhul Ghaib – Syarahan 76-80


BAB 76 – SYARAHAN KETUJUH PULUH ENAM

Saya nasihatkan kamu supaya bercampur dengan orang yang kaya dengan sikap
kemuliaan dan dengan orang yang miskin bersikap sopan santun. Hendaklah kamu
bersikap sopan santun dan ikhlas. Ikhlas itu membawa kepada pandangan yang kekal
kepada Allah. Janganlah kamu salahkan Allah dalam hal perkara keduniaan. Rendahkan
diri berhadapan dengan-Nya. Janganlah rosakkan hak saudara kamu. Bergaullah dengan
darwisy dengan sopan santun dan berakhlak baik dan “bunuh” diri kamu sehingga kamu
hidup semula dalam alam kerohanian.

Orang-orang yang hampir dengan Allah itulah yang baik kelakuannya. Yang paling penting
ialah kamu lari dari mempersekutukan sesuatu dengan Allah Yang Maha Esa. Teruskanlah
menggesa manusia berpegang kepada kebenaran dan kesabaran. Cukuplah kamu bergaul
dengan darwisy dan berkhidmat kepada auliya. Darwisy ialah orang yang tidak pedulikan
apa sahaja selain Allah.

Menyerang seseorang yang lemah dari kamu adalah menunjukkan kamu pengecut.
Menyerang seseorang yang lebih kuat dari kamu adalah menunjukkan kamu tidak
bermalu. Menyerang seseorang yang sama kuat dengan kamu adalah menunjukkan kamu
tidak berkelakuan baik. Untuk mengikuti kehidupan darwisy dan sufi itu perlu usaha dan
jangan campurkan dengan perkara yang olok-olok. Semoga Allah memberi kita kekuatan.
Wahai wali Allah!  Kamu selalu mengingati Allah dalam semua keadaan kerana dengan itu
kamu mendapat segala kebaikan dan kamu juga terus melakukan perintah Allah kerana
dengan itu kamu terhindar dari perkara yang merosakkan diri kamu. Adalah juga tugas
kamu sentiasa bersedia menghadapi takdir Allah kerana ketentuan Allah itu pasti akan
datang.

Ketahuilah kamu akan disoal tentang gerak dan diam kamu,  maka dengan itu hendaklah
sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai bagi sesuatu masa dan janganlah lakukan apa
yang tidak memberi faedah kepada kamu. Patuhlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan
mereka yang memerintah sebagai ganti tempat Nabi.  Hendaklah selalu memberi kepada
mereka dan jangan meminta sahaja dan do’akan mereka. Ingatlah saudara-saudara
seagama (Islam) dan berniat baik serta berbuat baik dengan mereka.  Janganlah
memusuhi atau dengki dalam hati terhadap sesama muslimin dan muslimat.

Perlulah kamu doa’kan mereka yang menzalimi kamu dan takutlah kepada Allah. Adalah
tugas kamu memakan benda-  benda yang halal sahaja. Bertanyalah kepada orang-orang
yang mengetahui ilmu Allah tentang apa yang kamu tidak tahu. Tanamkanlah rasa sopan
santun kepada Allah dan sentiasalah berdampingan dengan-Nya. Dampingilah yang lain
dari Allah itu hanya setakat keperluan kamu untuk berdamping dengan Allah.

Sedekahkanlah wang ringgit kamu tiap-tiap pagi. Buatkanlah sembahyang mayat


(sembahyang untuk orang mati) pada malam hari untuk orang-orang Islam yang
meninggal dunia pada hari itu. Setelah selesai sembahyang maghrib, lakukanlah
sembahyang istikharah. Bacalah waktu pagi dan petang 7 kali ayat ini:

Ertinya:

“Ya Allah!  Lindungi kami dari api neraka.”

Sentiasalah baca:

Ertinya:

“Aku berlindung dengan Allah yang mendengar dan mengetahui, dari syaitan yang
kena rejam.”

Kemudian teruslah membesarkan Allah dan penutup dengan surah Hasyar iaitu:

“Dialah Allah,  tidak ada Tuhan selain Allah,  yang mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dialah yang pemurah dan penyayang, tidak ada Tuhan selain Dia, pemerintah
yang qudus (suci) menjaga keamanan, memberi keselamatan, penjaga segala-galanya,
 Maha Agung dan Maha Gagah,  yang mempunyai segala keAgungan.  Maha Suci Allah
dari apa yang mereka sekutukan”.

“Dialah Allah,  pencipta,  pembuat, pembentuk. Kepunyaan Dia nama-nama yang


paling baik, apa sahaja yang di langit dan yang di bumi mengagungkan Allah, Dialah
yang Maha Gagah dan Maha Bijak, Allah sahajalah yang memberi kekuatan dan yang
menolong, kerana tidak ada kekuatan dan kuasa melainkan dengan Allah Yang Maha
Besar dan Maha Mulia”.

______________________________________________

BAB 77 – SYARAHAN KETUJUH PULUH TUJUH

Berdampinglah dengan Allah seolah-olah tidak ada yang lain lagi kecuali Dia.
Berdampinglah dengan makhluk seolah-olah diri kamu tidak ada. Apabila kamu berada di
sisi Allah tanpa makhluk, maka dapatlah kamu Allah dan lenyaplah segala yang lain.
Apabila kamu berserta makhluk tanpa diri kamu sendiri, kamu akan menjadi adil dan
menolong orang menuju jalan yang lurus dan selamat dari kesusahan kehidupan.
Tinggalkanlah apa sahaja di luar pintu bilik khalwat kamu itu dan masuklah ke dalam
seorang diri.
Apabila kamu berseorangan di dalam bilik itu,  kamu akan lihat rakanmu dalam batinmu
dan akan kamu alami apa yang bukan makhluk dan diri kamu akan lenyap dan sebagai
tempatnya datanglah perintah Allah dan kehampiran dengan-Nya. Pada peringkat ini
kejahilan kamu itu akan jadi pengetahuanmu dan jauhnya kamu itu adalah hampirnya
kamu, dan diam kamu itu menjadi zikir Allah dan keadaan kamu yang hairan itu
membuktikan persahabatan(Dengan Allah).  Wahai saudara!  Pada peringkat ini tidak ada
yang wujud kecuali Allah sahaja dan yang dijadikan-Nya.  Jadi,  jika kamu memakai Al-
Khalik,  maka katakanlah kepada yang lain:  “Sesungguhnya mereka itu musuhku tetapi
Tuhan sekalian alam adalah sahabatku“.

Barangsiapa yang telah merasanya, akan mengetahuinya. Beliau ditanya: “Bagaimanakah


orang yang telah dikuasai oleh pahit hempedu akan merasai manis?” Jawabnya, beliau
berkata: “Dia hendaklah berusaha menjauhkan kehendak dan keinginan hawa nafsunya.
Wahai manusia!  Apabila si mukmin membuat kebaikan,  diri kebinatangannya itu bertukar
menjadi hatinya (iaitu menurut perintah hati). Diri itupun mencapai kesedaran hati.
Kemudian hatinya bertukar kepada rahsia. Rahsia itu juga bertukar dan menjadi fana’.
Keadaan fana’  itu bertukar lalu menjadi satu wujud yang lain”  Kemudian diperhatikannya
kawan-kawan itu dapat pergi melalui tiap-tiap pintu.

Wahai manusia!  Fana’  itu ialah menafikan semua makhluk dan menukar keadaan kamu
kepada keadaan malaikat, kemudian balik semula kepada yang mula, dan kemudian
Tuhanmu akan memelihara dan menjaga kamu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Jika
kamu hendakkan peringkat ini, pakailah Islam dan kemudian menyerah terus kepada
takdir Allah. Kemudian dapatkanlah ilmu Allah. Selepas itu, sedarilah sepenuhnya dirimu
tentang Dia dan wujudlah dalam Dia. Apabila kamu berada dalam wujud sedemikian itu,
kamu akan sepenuhnya kepunyaan Allah.  Berlaku wara’ adalah kerja satu jam,
bersederhana dalam segala hal adalah kerja dua jam,  tetapi ma’rifah Allah ialah kerja
yang sentiasa (berterusan).

______________________________________________

BAB 78 – SYARAHAN KETUJUH PULUH LAPAN

Hendaklah ada 10 sifat bagi orang-orang yang berada dalam perjuangan kerohanian dan
dalam memeriksa diri sendiri dan yang berusaha mencapai matlamat kerohanian dan
ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah diizinkan Allah mereka tetap berada
dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan
yang tinggi.

Sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dengan nama Allah, sama
ada dalam perkara yang benar atau yang salah, dengan sengaja atau tersilap. Apabila ia
telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dengan nama Allah secara
sengaja atau tersilap. Maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. Akan
disedarinya faedah ini dalam hatinya. Pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan. Kekuatan
dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya
akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan
barangsiapa yang nelihatnya akan gentar memandangnya.

Sifat kedua ialah si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar
ataupun berjenaka sahaja.  Apabila ia telah dapat membuang perbuatan yang tidak
diingini itu dan telah menjadi sebati dengan dirinya, maka Allah akan membuka hatinya
dan membersihkan ilmunya sehingga seolah-olah beliau tidak tahu berbohong dan
apabila didengarnya orang lain berbohong,  maka ia berasa benci dan malu dalam
hatinya. Jika ia berdoa’  kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka
Allah akan memperkenankan. Sifat ketiga ialah si hamba itu jangan mungkir janji apabila
telah berjanji ataupun jangan berjanji langsung. Dengan tidak mungkir janji atau tidak
langsung berjanji itu dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah
tindakan yang seimbang untuk diikut. Kerana mungkir janji adalah termasuk dalam
golongan berbohong. Jika ia berbuat demikian maka pintu kemuliaan akan dibuka
kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan diberi kepadanya. Orang-orang yang benar
akan cinta kepadanya. Pangkatnya di sisi Allah akan ditinggikan.

Sifat yang keempat ialah si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk
ataupun menyakiti mereka walaupun sedikit. Kerana menghindari sifat ini adalah
diantara sifat-sifat yang baik dan kebajikan. Ini adalah satu sifat yang benar. Jika
bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di
bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakan baginya pangkat kerohanian yang
tinggi dan dia akan dipelihara dari jatuh ke lembah kebinasaan dan dipelihara dari
kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran dengan-Nya.

Yang kelima ialah si hamba itu jangan mendo’akan supaya orang lain dapat bahaya
walaupun ia dilayan dengan cara yang tidak baik.  Janganlah membalas sama ada dengan
lidah atau dengan perbuatan.  Bersabarlah dan serahkan kepada Allah. Janganlah
menuntut bela sama ada dengan perbuatan atau dengan lisan.  Orang yang boleh
melakukannya ini akan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah. Orang yang terlatih
dengan cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan
di akhirat kelak dan akan dicintai oleh orang-orang yang benar, yang dekat dan yang jauh.
Permohonannya akan diterima dan ia mendapat kemuliaan di hati orang-orang yang
beriman.

Yang keenam ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorang (yang menurut
kiblat yang sama, iaitu seagama Islam) itu musyrik, munafik atau kafir. Jika kamu tidak
mengkafirkan,  memunafikkan atau memusyrikkan seseorang, maka itu menunjukkan
kamu menurut sunnah Nabi besar Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam dan
menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah sahaja
mengetahui, dan menjauhkan dari seksaan-Nya. Dan menghampirkan kamu kepada
rahmat dan redha-Nya. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju Allah Subhanahu wa
Ta’ala yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebagai
ganjaran kerana kasih sayang-Nya kepada semua orang.

Yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa,  zahir
dan batin, dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa. Dengan itu
dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang
disediakan untuknya di akhirat nanti. Kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini
dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata.

Yang kelapan ialah si hamba itu hendaklah jangan membebani seseorang sama ada berat
atau ringan. Sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang ditanggung oleh seseorang
itu sama ada ia meminta atau tidak.  Sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang diberi
Allah kepada si hamba-Nya, dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati
orang- orang lain supaya membuat yang baik dan melarang berbuat yang jahat. Ini adalah
satu kemuliaan bagi si hamba Allah. Pada peringkat ini seluruh makhluk ini dipandang
sama sahaja. Dalam peringkat ini,  si hamba itu akan dijadikan oleh Allah hatinya tidak
memerlukan apa-apa dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja. Allah
tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisi-Nya jika ia masih terikat erat
kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata. Pada pandangan orang yang mencapai
peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.
Inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang-orang yang soleh dan inilah pintu yang
sangat hampir kepada ikhlas.

Sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak mengharap kepada manusia dan tidak juga
terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka. Oleh itu, ini sebenarnya ialah
sifat yang mulia. Ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan
pergantungan yang erat pada Allah. Inilah satu pintu daripada pintu-pintu tawakal kepada
Allah yang membolehkan seseorang itu takut kepada-Nya, dan ini menunjukkan
kesempurnaan amalan agamanya, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung
dengan Allah Subhanahu waTa’ala.
Sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan
membesarkan diri. Dengan sifat ini maqam atau peringkat seseorang hamba itu akan
dipertinggikan dan dipermuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan
pandangan manusia juga. Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan
dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan ranting bagi pokok
kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu ke
peringkat maqam (stesyen) orang-orang yang soleh yang redha dengan Allah dalam
kesusahan dan kesenangan dan inilah kesempurnaan wara’.

Dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain
dan dia berkata: “Barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan
lebih tinggi kedudukannya.”  Jika orang itu orang kecil,  si hamba Allah berkata: “orang ini
tidak bersalah kepada Allah,  tetapi aku bersalah, oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik
daripada aku,”  Jika orang itu orang besar,  dia berkata: “Orang ini telah menghambakan
dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat demikian.”  Jika si hamba itu melihat seorang
yang alim,  a berkata: “Orang ini telah diberi apa yang tidak sampai kepadaku dan ia telah
mendapat apa yang aku tidak dapat,  dan ia tahu apa yang aku tidak tahu,  dan dia
bertindak menurut pengetahuan.” Jika orang itu orang yang jahil Maka si hamba Allah itu
akan berkata: “Orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar pada hal
aku berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia.”  Jika
dilihatnya orang yang kafir, ia berkata: “Aku tidak tahu, mungkin dia menjadi seorang
muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan, tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir
dalam kejahatan“. Inilah pintu kasih sayang dan takut (kepada Allah) dan inilah yang
perlu dan inilah yang perlu kekal pada hamba-hamba Allah.

Oleh yang demikian, apabila si hamba Allah itu telah menjadi seperti yang tersebut di atas
itu, Allah akan memeliharanya dari mara bahaya dan akan dinaikkan tarafnya sebagai
orang yang berdampingan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menjadi orang pilihan-
Nya. Dia menjadi rakan Allah dan musuh iblis. Di sinilah pintu rahmat. Di sini kebanggaan
dan kesombongan diri hancur sirna.  Rasa ketinggian diri dalam hal agama, keduniaan
dan kerohanian hilang musnah. Inilah pati kehambaan atau penyembahan kepada Allah.
Tidak ada lebih baik dari ini.

Dengan tercapainya peringkat ini, lidahnya akan berhenti dari memperkatakan hal-hal
ahli dunia dan yang sia-sia. Tidak ada kerjanya yang sempurna tanpa tangga ini. Sombong,
dengki dan melampaui batas akan hilang dari hatinya dalam semua keadaan. Cakapnya
serupa dengan apa yang dalam hatinya dan tujuannya serupa dengan apa yang ada dalam
hatinya. Pendeknya zahir dan batinnya serupa juga. Manusia ini sama sahaja dalam
pandangannya berkenaan dengan hal nasihat menasihati. Dalam nasihatnya itu, ia tidak
membuat misalan dari kejahatan seseorang atau dari tindakan baik dirinya, atau
memperkatakan kejahatan orang lain dan ia tidak suka mendengar kejahatan seseorang
itu dibuat misalan, kerana ini adalah membahayakan hamba-hamba Allah dan
menyusahkan mereka dan membawa kerosakan kepada sifat zuhudnya, kecuali mereka
yang ditolong Allah dengan rahmat-Nya untuk memelihara lidah dan hatinya supaya
Selamat.

______________________________________________

BAB 79 – SYARAHAN KETUJUH PULUH SEMBILAN

Apabila wali ini (Syeikh Abdul Qadir Jailani) sedang sakit yang membawa kematian itu,
anaknya Syeikh Abdul Wahab berkata kepada beliau: “Berilah saya satu nasihat untuk
peganganku sebelum ayah meninggal dunia.”  Kata beliau kepada anaknya: “Takutlah kamu
kepada Allah dan jangan kamu takut kepada sesiapapun kecuali Dia jua, dan janganlah
berharap kepada sesiapa kecuali Dia dan pintalah segala keperluanmu kepada Dia.
Janganlah bergantung kepada siapapun kecuali kepada Dia dan tumpahkanlah
kepercayaanmu kepada Dia sahaja. Tauhidlah kepada-Nya, semuanya bersetuju tentang hal
ini.”  Kata beliau lagi: “Apabila hati itu telah betul dengan Allah, tidak ada yang dirasai
tertinggal dan tidak ada yang datang dari diri manusia itu“.
Sambung beliau lagi: “Saya ini isi tanpa kulit.”  Seterusnya beliau berkata: “Orang lain
datang mengunjungiku, dengan itu berilah ruang untuk mereka duduk dan hormatilah
mereka. Di sini ada manfaat yang besar Janganlah sesakkan tempat ini.”  Terdengar juga
beliau berkata: “Selamat sejahteralah kamu dalam rahmat dan kasih sayangNya. Semoga
Allah melindungi aku dan kamu dan melimpahkan rahmat-Nya kepada aku dan kamu. Aku
mulakan dengan nama Allah dengan tidak berhenti henti. Sehari semalam beliau terus
berkata: ”Bencanalah kamu, aku tidak takut apapun,  walaupun malaikat ataupun malaikat
maut. Wahai malaikat maut! Bukanlah kamu tetapi adalah Dia yang menolongku yang
memberi kurniaan kepadaku”. Kemudian beliaupun bertempik: “Ini terjadi pada petang
hari kembalinya ke rahmatullah. Aku diberitahu oleh anak lelakinya,  Abdul Razak dan Musa
yang beliau telah mengangkatkan tangannya dan meluruskannya dan didengar perkataan:
“Selamat dan sejahteralah kamu dalam rahmat dan kurniaan Allah.  Taubatlah dan
masuklah dalam barisan. Tidak lama lagi aku akan datang kepadamu.”  Beliau berkata:
“Tunggu! ” Kemudian beliau pun kembali ke rahmahtullah.

______________________________________________

BAB 80 – SYARAHAN KE LAPAN PULUH

Antara diri aku dan kamu dan makhluk, hanya Dia sahaja seperti antara langit dan bumi.
Oleh itu, janganlah sangkakan aku dengan sesuatu daripada mereka dan janganlah
sangkakan sesuatu daripada mereka dengan aku. Kemudian Abdul Aziz, anaknya
bertanya kepada beliau tentang sakitnya dan keadaannya. Beliau berkata: “Janganlah
sesiapa bertanya kepada aku. Aku sedang dibalik-balikkan dalam ma’rifatullah.”  Juga
dilaporkan bahawa Abdul Aziz bertanya beliau tentang penyakitnya.  Berkenaan hal ini
beliau berkata: “Sesungguhnya tidak ada seorangpun, sama ada manusia atau jin atau
malaikat yang mengetahui penyakit aku. Ilmu Allah tidak lenyap oleh perintah Allah.
Perintah itu bertukar-tukar, tetapi ilmu tidak bertukar. Perintah itu boleh dibatalkan tetapi
ilmu tidak boleh. Allah menghilangkan dan menerbitkan apa yang dikehendaki-Nya dan
kepunyaan-Nya Al-Qur’an.”

Firman Allah:

“Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya. Dan merekalah yang akan ditanyai.”

Sifat-sifat itu terus bergerak seperti dikatakan. Anak beliau, Abdul Jabar bertanya
kepadanya: “Bahagian mana badan bapa yang sakit?”  Beliau menjawab: “Semua
anggotaku sakit kecuali hatiku yang tidak sakit dan ia tenteram dengan Allah.”  Kemudian
sampailah masanya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tatkala itu beliau
berkata: “Aku berlindung dengan Allah dengan bacaan: “Tidak ada yang disembah
melainkan Allah,  Maha Agung dan Maha Tinggi la. Yang kekal abadi selama-lamanya, yang
tidak takut kepada binasa, puji-pujian baginya yang menegakkan kekuasaan-Nya melalui
kekuatan-Nya dan menguasai hamba hamba-Nya dengan mati. Tidak ada yang disembah
selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah“.

Saya diberitahu oleh anaknya Musa,  yang beliau mengucapkan perkataan ‘ta’ziz’  dan
lidahnya tidak dapat berkata dengan betul. Oleh itu, diulang-ulangnya berkata sehingga ia
mengatakan perkataan ‘ta’ziz’ dan terus membunyikannya sehingga betul. Kemudian
beliau berkata: “Allah, Allah, Allah.”  Suaranya pun makin perlahan dan lidahnya lekat
kepada lelangitnya.  Kemudian, jiwanya yang lima itupun bercerai dengan badannya.
Mudah-mudahan Allah redha dengannya. Moga-moga Allah mengurniakan kasih sayang-
Nya kepada kita sekalian dan seluruh muslimin dan muslimat sekalian, dan akhir hayat
kita sekalian di dalam iman. Tanpa kita dihina-Nya dan diletakkan-Nya dalam ujian.
Mudah-mudahan Allah memasukkan kita sekalian dalam golongan orang-orang yang
soleh. Amin! Amin! Amin!

<< Sebelumnya – Syarahan 71-75

Advertisements
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Rin On Blog

Anda mungkin juga menyukai