Anda di halaman 1dari 14

PENCEMARAN SUNGAI

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan
pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat sambutan yang
dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya
kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang
dimaksudkan dengan “pencemaran sungai.

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang
terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai.
Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah
organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini
mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di
sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan
pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan
agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas
organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan
baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini
menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Kesimpulannya, ketelitian yang lebih mendalam hendaklah dilakukan terhadap punca-punca yang
menyebabkan pencemaran sungai supaya usaha-usaha mengatasi dan menangani masalah pencemaran
sungai ini dapat dijalankan dengan lebih efektif. Langkah yang proaktif seharusnya diambil oleh pihak
kerajaan dengan menganjurkan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan sungai.
BADAN SIHAT OTAK CERDAS

Badan cergas, otak cerdas. Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan
matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat
yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan
apakah amalan-amalannya?

Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak
melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat
khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang
berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini
demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu
akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang
dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika
badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang
cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas.

Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu perlu melakukan
pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan
tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang,
dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit
jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan
moden dalam bidang perubatan.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat
yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang
proaktif untuk merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,
sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi realiti.
PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan perbuatan mengotorkan kebersihan udara sehingga menyebabkan


kualitinya merosot. Indeks Pencemaran Udara Malaysia (IPUM) telah menunjukkan bahawa kualiti
udara di negeri Selangor pada tahun 2000 bukan sahaja berada pada tahap tidak sihat tetapi juga sangat
tidak sihat sepanjang tahun tersebut . Justeru, punca-punca pencemaran udara ini harus dikenal pasti
bagi memudahkan kita untuk menanganinya agar tidak berleluasa.

Salah satu punca yang menyebabkan udara tercemar ialah bencana alam. Bencana alam merupakan
fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti letusan gunung berapi dan
kebakaran hutan akibat kemarau yang berpanjangan. Contohnya, letusan Gunung Berapi Pinatubo,
Filifina telah membebaskan debu yang berlebihan ke angkasa sehingga menyebabkan jerebu yang
sangat teruk di negara-negara yang berhampiran. Dengan itu, bencana alam juga merupakan faktor
penyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di negara kita.

Pelepasan asap kenderaan juga banyak menyumbang kepada pencemaran udara ini. Pertambahan
kenderaan yang bergerak di jalan raya telah menyebabkan asap yang dilepaskan ke udara melalui ekzos
kereta juga turut bertambah. Sekiranya kenderaan yang digunakan tidak diselenggara dengan baik,
kenderaan tersebut akan mengeluarkan asap yang berlebihan. Justeru, asap yang mengandungi gas-gas
beracun seperti karbon monoksida telah mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya (AP)

Selain itu, udara juga tercemar kerana aktiviti penerokaan hutan yang dilakukan oleh penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman. Lazimnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini meneroka hutan untuk
tujuan petempatan dan pertanian. Mereka menebang hutan kemudian membakarnya untuk
mempercepat urusan pembersihan di samping menyuburkan tanah tersebut untuk bercucuk tanam.
Oleh hal yang demikian, aktiviti pembakaran hutan yang dilakukan dengan tidak terkawal akhirnya akan
mencemarkan udara di kawasan yang berhampiran.

Faktor seterusnya ialah pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan terbuka. Sampah-
sarap yang dibuang oleh masyarakat di negara ini sangat banyak sehingga berjuta-juta tan sehari apabila
dikumpulkan di loji pelupusan sampah. Sampah ini terpaksa dilupuskan menerusi aktiviti pembakaran
pada setiap hari bagi mengelakkannya daripada bertambah banyak. Justeru, udara akan semakin
tercemar kerana tidak ada alternatif lain untuk melupuskan sampah-sarap yang bertimbun selain
membakarnya.

Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya di sebabkan oleh kealpaan
masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi
menyelesaikan permasalahan ini agar kesan buruk tidak berlaku. “Sebelum nasi menjadi bubur”,
langkah-langkah pencegahan perlulah diambil dengan segera kerana “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”.
MASA ITU EMAS

Masyarakat Melayu sangat kaya dengan peribahasa yang berunsur memberi pengajaran kepada
masyarakat kita.Pepatah “Masa itu Emas” sering diungkapkan oleh cendekiawan dan orang tua.Pepatah
ini bermaksud kepentingan menghargai masa.Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana tidak
dapat dibeli atau dijual.Peribahasa ini harus dijadikan pedoman hidup kita.Kata orang,masa tidak
menunggu kita,kita yang sering perlu mengejarnya.Oleh sebab masa sangat berharga,masa perlu diisi
dengan berfaedah.

Pelajar sekolah harus memanfaatkan masa mereka di sekolah untuk belajar bersungguh-
sungguh.Pelajar sekolah harus memasang telinga dalam kelas.Hal ini demikian kerana waktu
persekolahan hanya berlaku dalam kehidupan seseorang sekali sahaja dan tidak akan kembali lagi.Oleh
itu,pelajar harus mengambil kesempatan sewaktu ini dan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak
menyesal kemudian hari kerana bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada
gunanya.Oleh itu,pelajar tidak seharusnya membazirkan waktu persekolahan mereka.

Selain itu,masa lapang,iaitu waktu senggang di antara dua aktiviti juga harus diisi dengan aktiviti yang
berfaedah.Masa lapang boleh diisi dengan aktiviti membaca.Persis mutiara kata,“Membaca Jambatan
Ilmu” dan buku merupakan laut yang terbentang ilmu.Kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan
melalui membaca.Misalnya,buku-buku Sains dapat meningkatkan ilmu seseorang dalam mata pelajaran
Sains.Kita juga boleh membaca surat khabar supaya dapat mengetahui tentang isu-isu dan berita terkini
agar tidak ketinggalan zaman atau dikenali sebagai katak di bawah tempurung.Lantaran itu,membaca
merupakan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.

Tambahan pula,kita boleh mengisi masa lapang dalam aktiviti sukan atau kokurikulum.Bersukan dapat
menyihatkan tubuh kita di samping mencekapkan meningkatkan sistem kardiovaskular kita dan
membantu dalam pengangkutan oksigen dalam badan.Sukan juga mampu meningkatkan stamina
badan.Persis kata “badan cergas otak cerdas” menjelaskan bahawa sukan dapat mencerdaskan otak kita
dan kita akan lebih fokus sewaktu bekerja atau belajar.Oleh itu,jelaslah masa boleh diisi dengan
bersukan.

Kesimpulannya,peribahasa “masa itu emas” memberikan iktibar kepada kita.Ibu bapa harus memupuk
anak-anak supaya menghargai masa sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Pihak lain seperti pihak kerajaan juga seharusnya menggembleng tenaga untuk memupuk
nilai menghargai masa.Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti kokurikulum di sekolah supaya waktu
terluang pelajar tidak dibazirkan dalam aktiviti yang tidak berfaedah sekali gus mendisiplinkan pelajar
seperti pepatah sambil menyelam sambil minum air.
JASA GURU

Guru seumpama lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Daripada kata-kata ini,
jelaslah bahawa guru merupakan insan yang terpenting yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi
kebahagiaan masa depan anak-anak murid mereka. Kira-kira lima jam tiga puluh minit kita
menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh tersebut, kita dijaga diberi pendidikan, dan dibentuk
agar menjadi manusia yang berguna oleh guru kita. Guru dapat diibaratkan ibu dan ayah kita di sekolah,
sudah sewajarnya jasa mereka patut kita balas.

Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai
contoh, latihan yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, kita juga hendaklah menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap apa-apa perkara yang
diajarkan oleh guru kita dan sering bertanya jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat difahami.
Sebagai guru, pastinya akan berasa berbesar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa-apa
perkara yang diajarkannya dimanfaatkan oleh anak didiknya.

Pada Hari Guru pula, sebagai murid kita haruslah memberikan hadiah kepada guru yang mengajar
kita. Sebagai contoh, memberi mereka pen, bunga ataupun setidak-tidaknya kad atau ucapan
penghargaan kepada mereka. Perbuatan yang kita lakukan ini pastinya akan membuatkan guru kita
berasa terharu dan terasa dirinya dihargai kerana apa-apa yang dilakukan selama ini rupa-rupanya
menjadi ingatan kepada anak muridnya.

Selain itu, cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang
berkeperibadian mulia. Kita perlu menghormati guru-guru yang telah banyak berkorban kepada kita
sepanjang masa. Apabila bertemu dengan guru-guru, lemparkanlah senyuman dan ucapan salam kepada
mereka. Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru akan berasa gembira.

Di samping itu, kita juga mestilah mengenang jasa mereka sepanjang hayat. Kejayaan seorang
pemimpin negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan ialah hasil kegigihan seorang
guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didik itulah yang memberi semangat kepada seorang guru
untuk terus mengasuh dan mendidik generasi yang akan datang.

Memang benar, sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang
lain dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu, sewajarnyalah kita menghargai jasa dan pengorbanan
para guru. Tanamkanlah dalam hati untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik,
kokurikulum, dan berkeperibadian mulia.
PERMAINAN BOLA JARING

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat
menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang
peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah
pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan
United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.

Gelanggang dan dimensi


Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan
gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.

Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan
15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek
dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50
mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan
individu yang dibenarkan bergerak.

Gelanggang bola jaring.


Kedudukan
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah
variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai
"bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap
pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan
mereka dianggap "offside". Kedudukan digambarkan di bawah:

Kedudukan bola jaring


Nama kedudukan Singkatan Lawan Kawasan dibenarkan
Goal Shooter GS Goal Keeper. Attacking third, including goal circle
Goal Attack GA Goal Defence Attacking and centre thirds, including the goal circle
Wing Attack WA Wing Defence Attacking and centre thirds, but not the goal circle
Centre C Centre Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing Defence WD Wing Attack Centre and defending thirds, but not the goal circle
Goal Defence GD Goal Attack Centre and defending thirds, including the goal circle
Goal Keeper GK Goal Shooter Defending third, including the goal circle

STRATEGI PERMAINAN
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring
untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan
lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat
bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan,
terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini
diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta
mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan
pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
TOKOH SAINS : ALBERT EINSTEIN

Sebelum menjadi terkenal, Albert Einstein merupakan seorang kerani di pejabat paten di Switzerland.
Hobinya merenung fenomena alam di masa lapang selepas waktu bekerja dan juga sewaktu zaman
remajanya telah berjaya menghasilkan sebuah karya agung fizik untuk abad ini. Beliau bukan sahaja
mengilhamkan teori baru, tetapi sama sekali mengubah pandangan kita terhadap alam semesta.

Kehidupan beliau di waktu kecil adalah seperti kanak-kanak biasa, Cuma beliau seorang yang amat
pemalu. Menurut pakar sejarah, kecenderungan Einstein dalam sains fizikal bermula ketika beliau
berumur empat atau lima tahun yang mana beliau telah dihadiahkan sebuah kompas.walaupun
umurnya begitu muda, Einstein sangat tertarik dengan kompas tersebut kerana jarumnya sentiasa
menunjuk ke arah utara walaupun kompas tersebut diterbalikkan. Dia percaya pada ketika itu bahawa
ada sesuatu yang tidak dapat dilihat yang menyebabkan kompas itu kelihatan sedemikian. Sejak dari itu,
Einstein asyik bertanya di dalam mindanya kenapa, mengapa dan bagaimana ia boleh terjadi.

Pada tahun 1905, tahun yang dikenali serata dunia sebagai ’annus mirabilis’ (tahun keajaiban), Einstein
berjaya menghasilkan beerapa siri penemuan saintifik yang mengegarkan dunia. Penemuan pertama
beliau, seperti yang terkandung dalam tulisan ilimiahnya yang bertajuk ”Penyiasatan Awal Berkenaan
Penghasilan dan Transformasi Cahaya’melibatkan perubahan konsep tentang cahaya.

Antara penemuan Einstein yang kini masih lagi menjadi buah mulut para saintis, novelis, pencetak
kemeja-T dan orang ramai yang berminat ialah Teori Kerelatifan. Pada tahun 1905, teori relaitiviti yang
dikemukakan ini lebih dikenali sebagai Teori Kerelatifan Khas. Ini kerana model teori belum lagi
mengambil kira daya tarikan antara dua objek iaitu graviti. Teori Kerelatifan Khas, wujud kerana ahli fizik
pada waktu itu dan beberapa ratus tahun sebelum itu percaya bahawa, hukum fizik adalah tetap dan
tidak bergantung pada pergerakan sesuatu bingkai rujukan.

Konsep ini telah diusulkan oleh Galileo Galilei seawal tahun 1632 dalam makalahnya yang berjudul “Di
mana Kedudukan Pusat Alam Semesta ?”. Model yang sama juga digunakan oleh Newton dalam
pembentukan teori mekanikal beliau. Walaubagaimanapun teori ini tergugat dengan kehadiran Teori
Elektromagnetik di abad ke-19.

Einstein meninggal dunia sebelum dapat menggabungkan segala teori daya fizik yang wujud. Ahli fizik
sekarang yang kini menjadi pewaris harta intelek Einstein sedang berusaha untuk meneruskan
perjuangan beliau untuk menghasilkan Teori Segalanya (TOE). Yang pasti ialah, 100 tahun selepas tahun
keajaiban Einstein, hidup kita kini telah berubah sama sekali. Seperti yang pernah diungkapkan oleh
Newton, ”jikalau aku dapat melihat dengan lebih jauh, ia adalah kerana aku berdiri di bahu gergasi’.
(merujuk kepada saintis-saintis agung sebelum beliau) Einstein ialah salah seorang gergasi itu bagi
generasi kini dan yang pastinya kemajuan yang kita kecapi sekarang adalah kesan terhadap pemahaman
dan imaginasi beliau yang amat mendalam tentang hukum alam.
ILMU PELITA HIDUP

Ilmu amat tinggi nilainya. Setiap orang dituntut untuk memperolehnya. Masyakat yang tidak berilmu
mereka akan ketinggalan. Dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib. Masyarakat Melayu sejak zaman
dahulu lagi amat menghargai ilmu. Orang yang berilmu akan dihormati dan diperlukan dalam
masyarakat. Ilmu menjadi penerang dalam kehidupan seseorang. Sikap mementingkan ilmu dan
memandang tinggi akan ilmu telah terpancar dalam pantun Melayu sejak dahulu lagi.

Anak rusa merentang hutan,


Lari dikejar anak beruang;
Ilmu umpama emas dan intan,
Berguna kepada semua orang.

Ke pekan Kajang sampai pula,


Satu tempat yang ramai manusia;
Ilmu itu umpama gemala,
Dari intan lebih berharga.

Tahap ilmu yang tinggi atau keintelektualan bagi seseorang merupakan syarat yang amat diperlukan
dalam masyarakat Melayu dan semua komuniti dalam hiidup ini. Apabila seseorang itu berilmu segala
yang dihajati akan tercapai kerana ilmu membantu seseorang mencapai matlamat yang diimpikan.

Angin berhembus cuaca redup,


Budak-budak bersuka ria;
Ilmu itu panduan hidup,
Memandu kita ke jalan bahagia.

Allah befirman yang bermaksud, “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai
Muhammad), melainkan daripada kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu, bertanyalah (kamu) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak
mengatahuinya,”
(Surah An-Nahl:43)

Seperkara yang pasti, Islam telah menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Banyak cara dan pelbagai
kaedah yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan ilmu. Kita boleh memperoleh ilmu sama ada
dengan membaca bahan-bahan ilmiah, melalui talian maya, atau merujuk pada guru atau mereka yang
lebih arif tentang sesuatu ilmu tersebut. Sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu hukum hakam, maka
hendaklah kita bertanyakan pada orang-orang alim atau pada ahli ulama untuk mengupas satu-satu hal
itu dengan lebih terperinci lagi.

Ilmu bagaikan emas bagi manusia. Ilmu berasal dari bahasa Arab
iaitu alim yang ertinya pintar atau orang yang ahli. Sebahagian orang yang berilmu akan hidup
bahagia di dunia kerana orang yang berilmu memiliki keahlian dalam bidang-bidang tertentu.
Saya ambil contoh seorang ilmuan, kalau Ilmuan itu tidak berilmu, apakah ilmuan itu dapat
meneliti sesuatu yang dia tidak pasti? Jadi, ilmu bagi seseorang manusia itu sangat berharga,
kerana ilmu sebagai cahaya hidup bagi manusia. Ilmu adalah anugerah yang sangat istimewa
yang diberikan oleh Allah kepada kita.
RUMAHKU SYURGAKU

Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang.
Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga
bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus
memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu
bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan
membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu
bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu
bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan
anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang
mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-
anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk
akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti
“menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-
anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak
mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus
belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-
anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam
kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak
yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”.
Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka.
Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling
menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang
harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh
diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak
memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku,
syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.
KEPENTINGAN MATEMATIK

Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?


Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik
menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena
semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para
saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang
utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya
menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor,
sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah,
bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat
lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina,
perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya
kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu
senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah
mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu
matematik.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik
untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan
memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak
dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan
salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu
dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan
sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-
kilang.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan
untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan
dalam perniagaan dan ekonomi.
PERMAINAN BADMINTON

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam. Permainan badminton mula dimainkan di
Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan badminton ialah Hanetsukite yang telah
dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula, badminton muncul daripada sukan yang dinamakan
Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih pemain memukul bola tangkis di udara
menggunakan raket kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa abad ke-18. Pada 1860an,
pegawai tentera British telah mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali ke England, di mana
sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan.

Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) , yang kini dikenali sebagai Persekutuan
Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand,
Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod
tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia,
Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China
pula sering menjadi pendominasi pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Pemain
· Perseorangan lelaki
· Perseorangan wanita
· Beregu lelaki
· Beregu wanita
· Beregu campuran
Peralatan
· Jaring
· Raket
· Bulu tangkis
Pengadil
· Pengadil rasmi
· Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
· Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)

Cara permainan
· Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa
· Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya
pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat
mengembalikan bulu tangkis tersebut
· Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut
akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang
servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh
servis dan pungutan mata
· Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi
pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja
· Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka
permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai settingyang
merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki
dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri.
CITA-CITAKU

Di kala besar nanti, aku ingin menjadi guru. Aku sangat ingin menjadi guru,kerana aku ingin memajukan
anak-anak bangsa. Dan aku juga ingin berguna bagi nusa dan bangsa. Maka aku harus belajar dengan
tekun dan memahami apa yang di berikan oleh guru kami. Saya harus belajar dengan tekun karena kami
merupakan generasai-generasi penerus bagi nusa dan bangsa di Malaysia.

Guru merupakan pahlawan tanpa tanda jasa.dan mungkin tanpa ada guru saya dan teman saya
yang lainnya tidak mnegrti huruf dan agka, dan juga tidak boleh menulis dan membaca. Itulah
pengorbanan seorang guru terhadap negara. Maka kita harus mematuhi apa yang diperintahkan oleh
guru kitra,dan mematuhi tata tertib sekolah.

Dan seharusnya kita besyukur dibandingkan dengan anak-anak yang lainnya, karena kita masih
bisa bersekolah dan bermain dengan teman-teman lainnya. Karena kita bisa bersekolah dan bermain
dengan teman-teman lainnya. sedangkan anak-anak lainnya berada di pinggir jalan, dan mereka bekerja
di pinggir jalan. Mereka seharusnya belajar dan duduk dibangku sekolah dan mengerti bagaimana
rumitnya matematika dan pelajaran biologi, bahkan tentang sejarah indonesia. Padahal sekolah sangat
penting, namun kondisi ekonomi orang tua mereka kurang mampu. Nampaknya kos pendidikan menjadi
masalah bagi mereka.

Kebanyakan dari mereka, pendidikan yang tinggi menjadi satu cita-cita dan impian mereka
tersendiri. Bahkan untuk menyelesaikan pembelajaran di peringkat SPM saja sudah lebih dari cukup.
Kurangnya pendidikan bagi anak-anak ini berkesan jauh lebih besar dari apa yang boleh kita fikirkan.
Kurangnya pendidikan mempunyai kesan pada kesejahteraan hidup mereka. Karena mereka pada
dasarnya mereka tidak memiliki pengetahuanyang luas di bandingkan dengan kita.

Padahal mereka masih memerlukan sekolah. Dan mereka juga merupakan generasi-generasi
penyambung kepimpinan negara. Mereka juga mempunyai cita-cita dan impian. Mungkin ke dua
orangnya tidak mengeri atau kurang faham betapa pentingnya sekolah untuk anak-anak mereka. Dan
Dan padahal anak-anak mereka ingin sekali melanjutkan sekolahnya sampai peringkat tertinggi. Dan
meraih cita-cita dan impian mereka masing -masing. Karena keterbatasan ekonomi di keluarga mereka,
jadi mereka tidak dapat bersekolah atau untuk melanjutkannya.

Sekarang mereka hanya dapat bersekolah sampai sekolah rendah saja. Namun sekolah
rendah itu belum tentu habis, terkadang sudah berhenti sekolah. Dan semestinya mereka bermain
bersama teman-teman sebayanya, melainkan mereka sudah bekerja untuk mencari wang. Dan maka
dari itu saya sangat ingin sekali meraih cita-cita saya menjadi GURU. Dan semoga cita-cita saya tercapai.
AMIEN
Amalan Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini
dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti
buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita senantiasa
kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh
membaca buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa
Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara
lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, amalan suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita
suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu,
pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam
proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca
buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa
dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang
dengan sia-sia.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-
buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif,
kritis dan mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca
buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia
mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan
ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering
membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan
sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-
buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa
dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang
dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus
memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan
Ilmu".
Keselamatan di Jalan Raya

Keselamatan di jalan raya amat dititikberatkan. Ini kerana banyak kemalangan yang berlaku akibat
kecuaian kita sendiri. Apabila tiba hari perayaan, isu utama yang sering dibincangkan adalah tentang
kemalangan jalan raya. Keadaan ini membuktikan bahawa keselamatan jalan raya tidak dipandang serius
oleh pengguna.

Terdapat pelbagai cara menjaga keselamatan di jalan raya. Antaranya adalah berjalan mengikut laluan
pejalan kaki. Pejalan kaki hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Rehat yang cukup khususnya pemandu juga amatlah penting, tidur yang tidak cukup boleh menjadikan
pemandu seringkali lesu dan mudah mengantuk semasa memandu. Keadaan sedemikian boleh
mengundang kepada kecelakaan jalan raya. Oleh itu, sebelum memulakan perjalanan pemandu
khususnya disarankan meluangkan masa rehat yang cukup, tidur yang mencukupi bagi menjamin
keselamatan diri dan keluarga. Jika berasa mengantuk semasa memandu, berhentilah seketika di
tempat-tempat yang disediakan pihak berkuasa seperti dikawasan rehat dan rawat, atau tempat-tempat
awam yang selamat seperti dikawasan kedai dan berdekatan balai polis bagi mengelakkan perkara-
perkara lain berlaku.

Selain itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang bersesuaian. Mengikat tali topi
keledar dengan betul dan kemas dapat mengelakkan topi keledar tercabut apabila berlaku kemalangan.
Penunggang motosikal juga mestilah memkai jaket pantul cahaya jika menunggang motosikal pada
waktu malam. Jaket pantul cahaya juga boleh dipakai jika menunggang basikal pada waktu malam. Jaket
ini akan memantulkan cahaya daripada cahaya kenderaan lain. Cahaya yang dipantul akan dilihat oleh
pengguna jalan raya dengan jelas.

Kita juga perlulah berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah kenderaan. Ini dapat
mengelakkan daripada dilanggar kenderaan dari belakang secara mengejut. Budak-budak yang lebih
muda daripada kita patutlah dipimpin tangannya ketika hendak melintas jalan. Dengan cara ini, kita
dapat elakkan daripada kemalangan berlaku. Menggunakan jejantas ketika hendak melintas juga adalah
antara cara menjaga keselamatan di jalan raya.

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya. Dengan cara menjaga
keselamatan di jalan raya, kita boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di jalan raya. Kita
juga tidak akan kehilangan orang yang tersayang.

Anda mungkin juga menyukai