Anda di halaman 1dari 18

SHPE 1012 – ASAS TUKANGAN

NAMA : NAVIN A/L LINGGANANTHAN

No Matrik : SX210349HPRHS01

Tajuk : Laporan Bengkel

Lect : DR. Nurul Aini binti Mohd Ahyan

0
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN 1

PENGHARGAAN 2

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM 4

3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

3.1 FAKTOR KEMANUSIAAN 5

3.2 FAKTOR PENTADBIRAN

3.3 FAKTOR FIZIKAL


6
3.4 LANGKAH PENCEGAHAN

3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK 7

4.0 PROJEK 1 : PROJEK MENGEGAS 8

4.1 PENGENALAN
9
4.2 OBJEKTIF

4.3 PERALATAN TANGAN KERJA MENGGEGAS


10
4.3.1 PERALATAN MENGUKUR, MENANDA, MENGAPIT, MEMOTONG DAN MEMUTAR

4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS 13

5.0 REFLEKSI 15

6.0 KESIMPULAN 16

8.0 RUJUKAN 17

1
PENGHARGAAN
Salam sejahtera,

Bersyukurlah saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi kursus “SHPE 1012 Asas Ketukangan” dengan
jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta
kami, Dr. Nurul Aini binti Mohd Ahyan kerana beliau telah banyak tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan kepada kami. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Dr. Nurul Aini binti Mohd
Ahyan yang juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk menyelesaikan tugasan ini dari
segi praktikal.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua ibu bapa kami yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga
tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak menghulurkan
bantuan, kerjasama dan teguran yang membina kepada kami bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan asas pertukangan ini.

Akhir madah, ucapan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

2
1.0 PENGENALAN

Melalui Kursus ”Asas Pertukangan” ini, secara umunya pelajar dapat mempelajari serta
didedahkan cara penggunaan alatan tangan dan alatan mesin yang berada di bengkel. Selain itu,
pelajar juga dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam
bengkel. Di dalam kursus ini, pelajar diberikan tugasan kerja menggegas dan kepingan logam.
Tugasan ini dilakukan di bengkel fabrikasi logam. Kerja menggegas dan kepingan logam ini
bermaksud penghasilan tanggam melalui kaedah manual. Tugasan ini, banyak menggunakan
alatan tangan berbanding alatan mesin. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam penggunaan alatan tangan yang digunakan dalam kerja menggegas. Ketika
melakukan tugasan ini, keselamatan diri, bahan dan tempat adalah amat penting bagi
mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Perkara ini semua perlulah dititik beratkan agar
tujuan kedua tugasan ini mencapai matlamat dan dan objektif penghasilannya.

3
2.0 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL FABRIKASI LOGAM

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta
objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam
penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di
bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana mesin yang
digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan di kawasan rumah.

Dengan itu, segah peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh pihak
pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar. Dengan itu, risiko untuk berlakunya
kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah. Berikut adalah peraturan-peraturan
penggunaan bengkel fabrikasi logam:

i. Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran dari pengajar.
ii. Pengguna mestilah faham dan tahu untuk mengendalikan operasi mesin atau alatan
tangan sebelum melakukan sebarang kerja.
iii. Jangan menggunakan mesin dan alat tangan yang diragui penggunaannya serta
dapatkan tunjuk ajar dari pensyarah atau pengajar bengkel.
iv. Pengguna dikehendaki memakai pakaian bengkel atau yang sesuai untuk kerja- kerja di
dalam bengkel.
v. Pemakaian selipar di dalam bengkel dilarang sama sekali. Mestilah memakai kasut
bertutup yang bergetah.
vi. Pemakaian cermin mata keselamatan adalah dimestikan kepada pengguna. Jangan
menyimpan lebihan bahan atau komponen reka cipta di dalam bengkel
vii. Jangan sesekali mengambil sebarang ukuran pada benda kerja yang sedang berputar
viii. atau mesin yang sedang beroperasi
ix. Simpan alat-alat dan segala peralatan yang telah digunakan diletakkan di tempat
asalnya. Jangan biarkan ianya bersepah di atas mesin dan di atas kawasan persekitaran
bengkel
x. Sila pastikan peralatan yang telah digunakan, kemas dan mencukupi bilangannya.
sekiranya berlaku kehilangan, pelajar dikehendaki menggantikan peralatan yang baru.

4
3.0 LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

Keselamatan di tempat kerja khususnya di bengkel perlu diambil berat. Ia adalah penting bagi
menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi keselamatan, kepentingannya
adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah lebih buruk lagi melibatkan kematian.
Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi ergonomik, pendengaran dan gangguan
pernafasan. Semua ini perlu dititik beratkan dan kaedah pengawalan perlu diambil sebelum
sesuatu kemalangan berlaku dan juga melibatkan kesihatan terjejas. Dan perkara yang paling
penting dan harus diberi keutamaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan tentulah
nyawa pengguna
bengkel berkenaan .

Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan adatah:

● Faktor kemanusiaan
● Faktor pentadbiran
● Faktor fizikal

3.1 Faktor Kemanusiaan


Kecuaian
➢ kurang memberi tumpuan kepada kerja
➢ mengelamun/berkhayal semasa bekerja.

Kurang pengetahuan
➢ mengenai kerja yang dilakukan
➢ mengenai langkah-langkah keselamatan
➢ mengenai latihan untuk melakukan tugas
➢ sikap tak ambil tahu mengenai sesuatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas
dengan betul.

Tidak berdisiplin
➢ bergurau semasa bekerja
➢ gagal mematuhi peraturan-mengambil jalan pintas.

3.2 Faktor Pentadbiran


➢ Penguatkuasaan peraturan keselamatan yang tidak dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh
➢ Kurang/tiada arahan-arahan keselamatan sebelum memulakan tugas
➢ Kawalan keselamatan yang longgar
➢ Tiada latihan/kurang tunjuk ajar sebelum memulakan tugas
➢ Tiada prosedur kerja yang ditetapkan
➢ Tiada latihan berkaitan pencegahan keselamatan pekerja

5
3.3 Faktor Fizikal

Persekitaran
➢ Kawasan tempat kerja yang tidak diberi perhatian seperti tidak dibersihkan, licin,
berselerak-pencahayaan tempat kerja yang tidak mencukupi
➢ Kebisingan yang terlalu tinggi melebihi tahap yang sepatutnya akan memberi kesan
psikologi, mengganggu komunikasi atau menyebabkan kehilangan pendengaran
➢ Sistem pengudaraan yang tidak kondusif, mengganggu kecerdasan minda dan tumpuan
individu-Penyimpanan, pengendalian dan pelupusan yang tidak sistematik boleh
membawa akibat buruk kepada persekitaran.

Peralatan dan Mesin


➢ susun atur mesin yang tidak sesuai dengan ruang lantai kerja keadaan mesin yang telah
lama dan tidak sesuai digunakan lagi
➢ keadaan mesin dan peralatan tangan yang tidak diselenggara dengan baik
➢ penggunaan mesin atau peralatan tangan yang salah penggunaan dan penyimpanan
mesin yang tidak teratur
➢ pengendalian mesin dengan cara yang tidak selamat.

Sistem Pendawaian
➢ pendawaian yang lebih daripada 40 tahun
➢ kecacatan pada pendawaian yang menyebabkan kebocoran arus elektrik
➢ beban lebih had (overload)-pendawaian tambahan tanpa kebenaran pendawaian
yang salah pada alatan yang digunakan.

3.4 Langkah Pencegahan

➔ Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.


➔ Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.
➔ Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada di bengkel
➔ Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar peralatan tersebut.
➔ Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.
➔ Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan .
➔ Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran bar elektrik dibaiki segera.
➔ Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.
➔ Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan. Ketatkan skru
penghadang keselamatan jika longgar.
➔ Setiap mesin hendaklah disenggarakan secara berkala.
➔ Mesin perlu disusun dengan teratur
➔ Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan berjalan tidak
dihalang
➔ Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik.
6
3.5 LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI
i. Pakaian pakaian yang sesuai.
ii. Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.
iii. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan yang
tajam
iv. Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.
v. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan

b) TEMPAT
i. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
ii. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.
iii. Pastikan tempat kerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.
iv. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

c) ALATAN
i. Pastikan alatan sentiasa berminyak.
ii. Jangan berebut ketika menggunakan alatan terutama alatan yang tajam.
iii. Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja pemotongan.
iv. Susun alatan selepas menggunakan.

Sebagai pengguna bengkel, kita bertanggungjawab terhadap sebarang perkara yang berlaku di
dalam bengkel semasa kita menggunakannya. Bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku,
beberapa langkah boleh diikuti:
★ Laporkan sekiranya terdapat perkara yang tidak selamat dan membahayakan.
★ Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan yang baik.
★ Guna peralatan dengan kaedah yang betul.
★ Gunakan peralatan keselamatan diri semasa menggunakan peralatan bengkel
★ Menghadiri kursus asas latihan keselamatan bengkel.
★ Sentiasa sedia dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan.

Sekiranya berlaku kemalangan, siasatan segera haruslah dijalankan. Hal ini bagi mengenalpasti
punca berlakunya kemalangan di dalam bengkel itu. Dengan itu, barulah langkah pencegahan yang
berkesan dapat diambil bagi mengelakkan perkara atau kemalangan yang sama daripada berulang
lagi.

7
4.0 PROJEK 1 :
PROJEK
MENGEGAS

8
4.1 PENGENALAN
Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada pelajar.
Amali ini amat bersesuaian dengan pelajar yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada
masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi,
mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada pelajar supaya
lebih berkemahiran apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Dalam kerja menggegas ini,
kami diberikan tugasan untuk menghasilkan tanggam dengan dua bahagian yang dinamakan
bahagian A dan bahagian B. Jenis bahan logam yang digunakan untuk kerja menggegas ini ialah
”Mail steel” iaitu keluli lembut.

4.2 0BJEKTIF
i. Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan dengan
betul.
ii. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas .
iii. Memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas.

9
4.3 PERALATAN MENGUKUR , MENANDA , MEMOTONG dan MEMUTAR

NAMA ALATAN PENERANGAN CARA PENGGUNAAN


ALATAN

SESIKU L ● Untuk membuat ● Rapatkan badan


garisan bersudut sesiku L ke
tepat 90 darjah. bahagian benda
kerja.
● Garisan bahagian
yang hendak
diukur dengan
pensil.

Pembaris ● Untuk mengukur ● Letakkan pembaris


keluli dan memindahkan keluli di atas
jarak. permukaan yang
hendak diukur
secara lurus
● Tandakan ukuran
yang hendak
dibuat pada bahan
kerja.

Vernier Caliper ● Alat pengukur ● Mengukur


diameter luar dan
dalam bahan kerja
dan juga panjang
dan lebar

Plat sudut ● Diperbuat ● Untuk menyokong


daripada logam benda kerja
yang kukuh ,
digunakan
bersama “surface
plate”

Tolok tinggi ● Tolok ini selalunya ● Digunaan untuk


vernier digunakan mengukur
bersama “angle ketinggian bahan
block” dan kerja pada
“surface plate” permukaan yang
● Mempunyai radas rata.
untuk mengukur,
menanda dan
membaca bacaan.

Tolok perasa ● Terdapat dalam ● Digunakan untuk


jejari pelbagai saiz yang mengukur dan
mempunyai menguji ketepatan
ukuran jejari yang jejari pada bucu
pelbagai benda kerja.

10
Penebuk pusat ● Mata bersudut 60 ● Menanda pusat
darjah dan 90 bulatan sebelum
darjah kerja menggerudi

Andas ● Diperbuat ● Sebagai alas bahan


daripada logam kerja semasa kerja
● teguh ,berat dan penebukan
kuat

Tukul bongkol ● muka dan bongkol ● bahagian rata


bulat kepala tukul digunakan untuk
dikeraskan menatal dan untuk
● berbentuk separuh menanda
bulat dan
berbentuk rata

Ragum meja ● besi yang dipasang ● Untuk memegang


pada sisi meja benda kerja
semasa ianya
dikerjakan

Gergaji besi ● Satu stad adalah ● Memotong benda kerja


tetap dan satu lagi bagi saiz yang
boleh dilaras untuk dikehendaki
ketegangan mata ● Secara amalan am ,
gergaji pastikan sekurang-
kurangnya tiga gigi
perkulan bersentuh
dengan benda kerja
supaya mata gergaji
tidak patah.

Kikir ● Terdapat dalam ● Untuk memotong


pelbagai jenis , menipiskan atau
contohnya seperti melicinkan
kikir bulat , kikir permukaan
pipih kasar/tepi sesuatu komponan
selamat, dan kikir
pipih tirus

Pahat sejuk ● Terdapat dua kelas ● menatal ,


pahat sejuk dan memotong dan
panas. membuang logam
● jenis mata rata ,
melintang dan
bentuk intan .

11
Pelulas ● Merupakan sejenis ● Digunakan semasa
alat untuk proses permulaan
membesarkan untuk membuat
lubang ulir dalam pada
bahan projek .

Tap and Die ● Diperbuat ● hasilkan ulir dalam


daripada besi yang secara manual.
dibaja dan ●
terdapat tiga tap
dalam satu set

Gerudi meja ● fungsinya untuk ● melubang pada


proses melubang benda kerja

12
4.4 PROSES KERJA MENGGEGAS

Langkah-langkah proses kerjanya berikut:

LANGKAH GAMBAR RAJAH PENERANGAN PROSES KERJA

1 ● Mengenalpasti ukuran dan


bahagian potongan.
● Mempunyai plat

2 ● Memotong kepingan logam


kepada ukuran memnggunaan
“Band Saw Machine” untuk
membahagi kepada plat

3 ● Mengukur dan menanda pada


plat menggukan “Verier high
guage”

4 ● memotong bahagian yang tidak


perlu pada plat dengan
menggunakan “hack saw”

5 ● Mengukur menggunakan
“Vernier Caliper” dan sesiku L

13
6 ● Membuat 3 lubang 5mm pada
hujung sisi dan 7mm dengan
menggunakan “Dench drill”

7 ● membuat lubang kecil


menggunakan penebuk pusat

8 ● memotong sisi bahagian plat


menggunakan gergaji besi

9 ● membuang bahagian ditebuk


menggunakan “Cold chisel”

10 ● menipis dan melicinkan


permukaan dengan kikir
● mengemaskan plat

11 ● membuat alur menggunakan


“Reamer” dan “Tap dan
die”

14
12 ● menguji sisi lengkuh
degan “Radius Gauge”
● memeriksa plat dengan
“Dye”

5.0 REFLEKSI

Selama berada di bengkel fabrikasi logam, kami melakukan projek tanggam ini pelbagai
permasalahan yang kami hadapi. Namun, dengan bantuan pensyarah, instructor serta rakan-
rakan seperjuangan kami, masalah yang kami hadapi itu dapat diselesaikan dengan mudah dan
berjaya. Apabila plat tanggam kami sudah siap, kami dapati terdapat banyak kecacatan yang
berlaku pada plat logam kami. Oleh itu, kami boleh menyenaraikan antara refleksi yang kami
dapat hasil daripada plat logam kami.

★ KECACATAN/KEKURANGAN

● Ukuran pada plat logam tidak tepat


➢ Takut untuk mengikir dan memotong terlampau banyak kerana bimbang ukuran
tersebut akan kurang.
● Tanggam longgar
➢ Tanggam longgar kerana bahagian U terlebih kikir

Disamping itu,daripada projek tanggam ini kami juga dapat mempelajari teknik- teknik
yang betul serta memudahkan kita sebagai seorang manusia yang mudah penat dalam
menggunakan alatan tangan seperti menggergaji, mengikir, memahat dan sebagainya.

15
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kami dapati daripada projek ini, kami dapat belajar pelbagai teknik serta cara-
cara baru untuk melakukan kerja gegas ini. Hal ini kerana kerja menggegas ini merupakan kerja
yang memerlukan ketelitian dari segi aspek pemilihan bahan, pengukuran serta kaedah-kaedah
lain dan teknik yang digunakan untuk menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kerja mengegas ini
juga memerlukan penelitian yang tinggi bagi menghasilkan kerja yang sempurna dan berkualiti.

Antara perkara yang baru kami pelajari ialah cara mengikir dengan teknik yang betul serta
mudah dan pantas untuk mengikir sesuatu objek. Sekin itu, kami pelajari bagaimana memilih
kikir yang tepat untuk sesuatu kerja.

Disamping itu, dalam melaksanakan tugasan menggegas ini, kami banyak didedahkan
mengenai fungsi dan cara - cara menggunakan alatan tangan berbanding alatan mesin. Selama
kami melaksanakan tugasan kerja mengegas ini ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental
kerana semua proses kerja menggegas ini adalah menggunakan tenaga manusia tanpa bantu
daripada alatan mesin.

Walaubagaimanapun, projek tanggam ini sudah pernah kami lakukan tetapi tidak
bermakna hasilnya sempuma. Dengan tunjuk ajar instruktor iaitu Dr. Nurul Aini binti Mohd
Ahyan serta bantuan rakan-rakan, kami berjaya menyempurnakan tugasan kami ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini adalah merupakan kerja yang mudah jika dilakukan
secara berdua serta mengikut segala panduan yang telah diberikan oleh pensyarah dan
instruktor.

16
7.0 RUJUKAN

Chapter 7. Mining Equipment Safety, Citation Information, Safety and Human Error in
Engineering Systems, B .S . Dhillon, CRC Press 2012, Pages 111-124, Print ISBN: 978-1-
4665-0692-3, eBook ISBN: 978-1-4665-0695-4,.DOL 10.120 1/b12534-8

Internet, http ://kese lamatanbe ngke |.weebly.com/peraturan-keselamatan.


html [14/10/2015,3 :05PM]

Internet, http ://k up unya-cara.blogspot.my/2010/10/laporan-bengkel-gegas.


html [fukfauzi,14/10/2015,3 30PM]

Internet, https ://diaripav. wordpress.com/20 14/02/1 6/amali-kerja-menggegas/


[15/10/2015,9:OOPM]

Part IL. The 2nd SREE workshop on environment and safety engineering Citation Information,
Hydraulic Engineering, Edited by Liquan Xie, CRC Press 2013, Pages 193-193, Print
ISBN:978-1-138-00043-8,eBook ISBN: 978-0-203-74448-2, DOT: 10.1201/514013-3

17

Anda mungkin juga menyukai