Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Pergaulan dan perhubungan dalam pelbagai keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan
pegangan ini merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas
untuk memelihara hubungan tersebut demi menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Nilai-nilai
agama yang dianuti oleh setiap bangsa perlu dipupuk dan diamalkan oleh masyarakat bagi
mewujudkan kesederhanaan, toleransi, kesefahaman, hormat-menghormati, kesabaran,
keamanan dan perpaduan. Nilai-nilai itu tercetus dari akar tradisi setiap bangsa dan semua kaum
yang mampu mewujudkan kekuatan perpaduan masyarakat Malaysia.

Setiap sentimen agama perlu dikawal agar tidak merosakkan hubungan yang sekian lama
dijalin. Isu-isu agama yang pernah wujud boleh mempengaruhi kestabilan dan perpaduan Negara
dan mengancam keamanan Negara jika tidak dibendung secara matang dengan fikiran yang
waras. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pengajaran paling pahit kepada kita untuk memikirkan
tentang perlunya persefahaman dan toleransi sesama kaum ini diwujudkan dalam Negara yang
mempunyai masyarakat majmuk ini.

Persefahaman

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri.
Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada
dari aspek berpakaian, makanan, pantang larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh
itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum
dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama
ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap
agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama
masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan
melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu: kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan antara


manusia walaupun dengan orang yang bukan Islam sebagai cara mewujudkan keamanan Negara.
Malah sikap adil dalam kehidupan ini merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi
bersama tanpa mengira agama dan bangsa.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan
berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu
berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam masyarakat sama ada di kalangan
masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak seharusnya
memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat Islam sahaja.
Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu orang bukan Islam
memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya sebagai agama rasmi
Negara.

Toleransi

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup
bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap
ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran
agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi
undang-undang Negara adalah sama.

Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan
agama. Umat Islam ketika itu merupakan golongan minoriti sementara golongan bukan Islam
yang terdiri dari orang Yahudi, Arab Kristian dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi
Muhammad SAW yang dilantik sebagai pemimpin tidak memaksa orang bukan Islam supaya
memeluk Islam. Tetapi mereka diajak untuk hidup bersama secara aman dan damai, tanpa
sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini menunjukkan tentang sikap toleransi yang
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila baginda berjaya menawan kembali
Mekah, penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa memeluk agama Islam malah boleh
meneruskan kehidupan seharian mereka tanpa sebarang halangan.

Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap
orang lain selagi mereka tidak memerangi umat Islam kerana agama. Al-Quran menjelaskan
bahawa peperangan dan penentangan yang dibenarkan dalam Islam adalah untuk tujuan
mempertahankan diri, kehormatan, harta, keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan
dalam Surah al-Haj 22 ayat 39 yang bermaksud, Diizinkan berperang bagi orang Islam yang
diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa
untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang diusir dari kampung
halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar semata-mata kerana berkata,
Tuhan kami ialah Allah Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang
pencerobohan nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kristian) dan

-tempat sembahyang (Yahudi) dan Masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah di
dalamnya dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong agamanya (Islam)
sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa.

Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada toleransi yang
dinyatakan. Ia memberi maksud memberi dan menerima. Dengan erti kata lain, Islam tidak
menghalang manusia untuk menerima pendapat dan pendirian orang lain serta tidak menyekat
kebebasan manusia untuk berfikir dan berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi
sebagai menunjukkan sikap keterbukaan dalam mendengar pandangan yang berbeza serta bebas
juga mengemukakan pandangan selagi tidak menjejaskan pegangan agama masing-masing dalam
ruang lingkup yang dipersetujui bersama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang
menginginkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman
yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk
masyarakat yang harmonis. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang
bermaksud, Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik.

Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan


Perlembagaan 1957. Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah
Negara yang bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu
dan keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu
sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan merupakan keuntungan yang
besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun Malaysia mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu telah diterima sebagai warganegara.

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu
juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara. Hal ini
mewujudkan keseimbangan antara kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan
sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada.
Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh kepada asas persetujuan ini dan
sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan hormat-menghormati.

Anda mungkin juga menyukai

  • Lampiran Dan Rujukan
    Lampiran Dan Rujukan
    Dokumen7 halaman
    Lampiran Dan Rujukan
    Nursakmawani Abdul Rafar
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen11 halaman
    Bab 4
    Nursakmawani Abdul Rafar
    100% (1)
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen7 halaman
    Bab 4
    Nursakmawani Abdul Rafar
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen12 halaman
    Bab 4
    Nursakmawani Abdul Rafar
    Belum ada peringkat
  • Bab 6 Komen N Cadangan
    Bab 6 Komen N Cadangan
    Dokumen5 halaman
    Bab 6 Komen N Cadangan
    Nursakmawani Abdul Rafar
    100% (1)
  • Bab 5 Kesimpulan
    Bab 5 Kesimpulan
    Dokumen3 halaman
    Bab 5 Kesimpulan
    Nursakmawani Abdul Rafar
    Belum ada peringkat