Anda di halaman 1dari 4

Pecah geran tanah – prosedur pecah geran tanah

Pecah geran tanah – prosedur pecah geran tanah. Salam sejahtera. Artikel ini saya sediakan khas kepada
anda yang mempunyai tanah dan ingin dibahagikan. Hal ini selalunya muncul apabila berlakunya
pembahagian tanah pusaka, sebagai contoh: Abang dan adik mewarisi tanah pusaka daripada ayahnya dan
dibahagikan kepada dua, dan mereka ingin mengasingkan geran tanah tanah tersebut kepada 2 geran
masing-masing. Untuk melakukan proses pecah geran tanah ini beberapa prosedur harus diikuti.

Berikut adalah beberapa prosedur pecah geran tanah yang dimaksudkan:

1. Jika tanah pertanian, biasanya minima 1 ekar untuk 1 geran selepas pecah tanah. Boleh convert ke tanah
bangunan jika nak pecah.

2. Jika terdapat bangunan sedia ada atas tanah tersebut, biasanya perlu buat survey untuk ambil detail
dahulu. Ini supaya bila bahagi nanti, tiada bangunan atau struktur kekal yang terbahagi dalam geran
berbeza.

3. Kiraan Fee ini adalah anggaran sahaja dan bergantung kepada lokasi tanah dan beberapa faktor lain. Fee
untuk survey detail adalah dalam RM2000 – jika survey detail perlu. Fee untuk pecah bahagian termasuk
pre-computation adalah bergantung kepada jenis kegunaan tanah. Tapi lebih kurang RM2500 maksimum.
Sekali lagi saya nyatakan, fee ini adalah anggaran kasar sahaja.

4. Bayaran kepada pejabat tanah adalah minimum kecuali jika mahu tukar syarat kegunaan tanah.
Penukaran syarat akan melibatkan premium yg dikira berdasarkan nilai semasa tanah.

Info tambahan: Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila
rujuk KTN

1. Penyatuan Tanah
– 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.

2. Pecah Sempadan Tanah


– Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau
pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran
banyak.

3. Pecah Bahagian Tanah


– Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik.
Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya
dalam pembahagian harta dan nak geran individu.

Info Tanah: Tahukah ANDA??

1 ekar berapa meter? >> 1 ekar = 4046.86 meter persegi atau lebih kurang 4 km persegi (64m x 64m).
1 ekar berapa kaki persegi? >> 1 ekar = 43560 kaki pesegi = Luas (Panjang x Lebar)
1 ekar berapa hektar? >> 1 ekar = 0.4047 hektar

1 hektar berapa ekar? >> 1 hektar = 2.471054 ekar

1 relung berapa meter? >> 1 relung = 53.6448 m atau 176 kaki


1 relung persegi = 2.8 km persegi

Saya harap artikel mengenai prosedur pecah geran tanah ini dapat membantu anda. Sekian
Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan
mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke
Pejabat Tanah.
Kuasa Meluluskan
 Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
 Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Borang Yang Digunakan

Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah Borang 9A


Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah Borang 9B
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah Borang 9C

Bayaran

Bayaran Pelan RM10.00 seplot


Bayaran Pendaftaran Hakmilik Sementara RM20.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal RM20.00 seplot
Bayaran Ukur Sila lihat Jadual Bayaran Ukur

Dokumen Yang Perlu Disertakan:


Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-
1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
4. Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika
menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
9. Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
10. Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
11. Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-
1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
4. Satu (1) salinan pelan.
5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
9. Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
10. Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
11. Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
12. Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
13. Syarikat/Setiausaha Syarikat.
14. Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang
disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa

 Satu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat
PTG/Pejabat Tanah.
 Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

    

Soalan : Apakah perbezaan di antara pecah sempadan dan pecah bahagian?


Pecah sempadan bermaksud memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang
lebih kecil dengan tidak mengubah butiran pemilikannya. Contohnya, satu lot
tanah dipecahsempadan kepada lot-lot yang lebih kecil untuk dijual oleh tuan
tanah. Manakala, pecahbahagian pula adalah memecahkan satu lot
Jawapan :
tanahkepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah
didaftarkan di dalam geran.Contohnya jika satu lot tanah itu dipunyai oleh
empat (4) tuan tanah berdaftar, maka lot tersebut akan dipecahkan kepada 4
bahagian mengikut bahagian masing-masing.
Bolehkah permohonan untuk pecah bahagian dikemukakan sekiranya tidak
Soalan :
mendapat persetujuan kesemua tuan tanah?
Boleh, permohonan boleh dikemukakan oleh mana-mana tuan tanah namun
satu pemberitahuan akan dikeluarkan dan disampaikan kepada kesemua tuan
tanah berdaftar untuk memaklumkan tentang permohonan tersebut. Sekiranya
Jawapan :
terdapat bantahan, ianya perlulah dikemukakan dalam masa yang telah
ditetapkan dan satu sesi siasatan / pendengaran ke atas bantahan tersebut akan
diadakan oleh Pentadbir Tanah Klang.
Soalan :  Berapakah keluasan minimum yang boleh dipecahbahagi?
Minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi bagi tanah kategori pertanian
Jawapan :
ialah 0.25 ekar.
 

Pendaftaran Hakmilik

Soalan :  Apakah yang dikatakan urusan pindahmilik tanah?


Jawapan : Urusan pindahmilik tanah adalah urusan yang melibatkan dua pihak iaitu
pemberi pindahmilik dan penerima pindahmilik. Urusan pindahmilik
merupakan suatu proses menukarnama di dalam hakmilik (geran) dan ia
bersangkutan dengan jual beli mahupun pindahmilik secara kasih sayang
di antara ahli keluarga.
Soalan : Kepada SIAPA BOLEH DIPINDAHMILIK?
1) Warganegara 18 tahun ke atas

2) Perbadanan-perbadanan yang mempunyai tanah di bawah


perlembagaan untuk memegang tanah (Badan-badan Berkanun)

3) Raja-raja Pemerintahan, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang


Jawapan : diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan
Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

Badan-badan yang diberi kuasa secara sengaja untuk memegang tanah di


bawah mana-mana (syarikat-syarikat)
Soalan :  Apakah yang dinamakan hakmilik atau geran?
Hakmilik atau geran adalah satu (1) dokumen penting yang menyatakan
ketuanpunyaan seseorang bagi sesuatu hartanah tersebut.Seseorang
Jawapan :
pemilik berdaftar mempunyai keseluruhan haknya ke atas hartanah yang
dimiliki.
Soalan :  Adakah wujud perbezaan di antara hakmilik - hakmilik ini?
Hakmilik terbahagi kepada dua (2) jenis. Hakmilik yang di bawah jagaan
Pejabat Tanah Klang adalah Hakmilik Sementara Mukim HS(M), Geran
Jawapan : Mukim (GM) dan Pajakan Mukim (PM). Hakmilik di bawah jagaan Pejabat
Tanah dan Galian adalah Hakmilik Sementara Pendaftar HS(D), Geran
GRN dan Pajakan Negeri (PN).
Bagaimana carana hendak memastikan bahawa tanah tidak
Soalan :
disalahguna?
Boleh hadir ke Pejabat-pejabat Tanah dimana hakmilik tanah itu
didaftarkan atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk
Jawapan : mendapatkan Salinan Sah Hakmilik dengan syarat mestilah mempunyai
maklumat mengenai nombor hakmilik atau lot tanah berkenaan. Setiap
Salinan Sah Hakmilik adalah dikenakan bayaran sebanyak RM50.

Anda mungkin juga menyukai