Anda di halaman 1dari 9

SJK (C) PEI HWA

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4


UJIAN MAC TAHUN 2014
Nama:__________________ Markah :______________%
Kelas : 4 ( ) Tarikh :________/3/2014
T/tangan Ibu Bapa:_______________

Kertas 1 Masa : 50 minit

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab
semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian
tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 - 21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Encik Daud perlu mendaftarkan kelahiran Azwin di _______________________________.


A. rumah B. pasar raya
C. sekolah D. pejabat pendaftaran

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Ayah Aznan seorang anggota bomba. Dia bekerja di ____________________ Taman


Perling.
A. Balai Bomba B. Balai Polis
C. Balai Raya D. Hospital

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Tepat jam 12.00 tengah malam, ___________ Lim telah selamat melahirkan bayi
perempuan seberat 2.7 kilogram.
A. Tuan B. Encik
C. Puan D. Datuk
Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 1
4. Azlin dan Aznan begitu gembira menyambut ______________ adik bongsu mereka.
A. dilahirkan B. kelahiran
C. melahirkan D. peranakan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Mohan _____________________ terima kasih kepada ayahnya kerana menghadiahkan


sebuah basikal untuknya.
A. memberikan B. membersihkan
C. mengadakan D. mengucapkan

6. “Ayah ___________________ agar kamu akan berjaya seperti abang-abang kamu,”


kata Encik Dharmaraj kepada Mohan.
A. berasa B. berterima
C. berharap D. berjasa

7. “Saya berjanji akan belajar ___________________ sehingga berjaya”, kata Meena


kepada bapanya.
A. menjemput B. bergembira
C. bertanggungjawab D. bersungguh-sungguh

8. Datuk Lee Chong Wei telah diiktiraf sebagai pemain badminton nombor satu dunia
___________ tahun 2008.
A. pada B. hingga
C. kepada D. daripada

9. Kuih donat itu telah dibuat _____________ kakak dan ibu semalam.
A. tentang B. oleh
C. antara D. akan

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 2
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Bangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur ______________ belaka.


A. gemuk-gemuk B. tinggi-tinggi
C. bulat-bulat D. halus-halus

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Saya mengayuh sampan ________________ Anita mengambil gambar.


A. sementara B. tetapi
C. manakala D. kemudian

12. ____________________ ibu telah dijadikan hidangan istimewa untuk tetamu yang
datang dari Singapura.
A. Masakan B. Minuman
C. Makanan D. Mandian

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. _______________________ yang kami cari-cari itu sebenarnya sedang tidur di bawah
almari.
A. Si Kancil B. Sang Bedal
C. Si Comel D. Sang Belang

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 3
14. __________________ kah letaknya Pejabat Pos Besar Ipoh?
A. Apa B. Mengapa
C. Siapa D. Di mana

15. Pukul ___________ kamu akan tunggu saya di sana?


A. apakah B. berapakah
C. siapakah D. bagaimanakah

16. “_____________ angkat meja ini,” kata ibu kepada Zhi Wei.
A. Tolong B. Jemput
C. Harap D. Minta

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. “________________ lupa minta tolong daripada abang kamu nanti,” kata ayah
kepada Kai Chun.
A. Tolong B. Sila
C. Harap D. Jangan

18. _____________, comelnya adik saya!


A. Cis B. Eh
C. Amboi D. Oh

19. ______________, datuk melihat kamu semua begitu gembira!


A. Nah B. Wah
C. Wahai D. Aduh

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 4
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. “Dipersilakan ______________ Guru Besar naik untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang,” kata pengacara majlis.
A. Tuan B. Datuk
C. Encik D. Datin

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21. Yang Berhormat Datuk Perimal dan isterinya, _________________ Vaneswari


merupakan tetamu di bahagian meja utama.
A. Encik B. Datin
C. Puan D. Tuan

Soalan 22 – 23
Pilih ayat yang betul.

22. I Susu ini untuk adik saya.


II Amboi, sakitnya perut aku!
III Usahlah jangan datang ke rumah kami esok.
IV Puan Sofea telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.
A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

23. I Aiman membersihkan selamat pagi kepada Cikgu Haris.


II Puan Sofea membersihkan longkang di belakang rumahnya.
III Murid-murid Tahun Empat Bestari sedang membersihkan bilik darjah.
IV Azlin dan Azlina membersihkan menghidangkan makanan di atas meja.
A. I dan II B. II dan III
C. I dan IV D. II dan IV

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 5
Soalan 24 – 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. Aznan yang menulis poskad itu.


A. Poskad itu ditulis oleh Aznan.
B. Poskad dan Aznan itu yang menulis.
C. Poskad Aznan yang menulis itu.
D. Poskad Aznan yang ditulis itu.

25. “Zhi Wei, tolong angkat pinggan kotor itu ke dapur,” suruh ibu.
A. Zhi Wei disuruh ibu diangkat kotor pinggan ke dapur.
B. Zhi Wei menyuruh ibu mengangkat pinggan ke dapur.
C. Ibu menyuruh Zhi Wei pinggan kotor mengangkat ke dapur.
D. Ibu menyuruh Zhi Wei mengangkat pinggan kotor ke dapur.

26. “Puan Lim, mengapakah kamu tidak datang ke rumah saya semalam?” tanya Datin
Goh.
A. Puan Lim bertanya sebab Datin Goh tidak datang ke rumahnya.
B. Datin Goh bertanya sebab Puan Lim tidak datang ke rumahnya.
C. Datin Goh sudah tahu akan sebab Puan Lim tidak datang ke rumahnya.
D. Datin Lim tidak tahu mengapa Puan Goh tidak datang ke rumahnya.

Soalan 27-28
Pilih ayat yang mengandungi perkataan bergaris dengan betul.

27. I. “Siapkan kamar. Beta ingin beradu,” titah Sultan Mahmud.


II. “Selamat pagi. Nama beta Jia Mei,” kata jiran baharu kami itu.
III. “Rajin sungguh rakyat beta bekerja,” titah Sultan Mansur Syah.
IV. Ayah Jarit seorang doktor. Beta bertugas di Hospital Selayang.
A. I dan II B. I dan III
C. I dan IV D. II dan IV

28. I. Ini ialah rumah bapa saudara Kai Chun.


II. Patik telah menyiasat kejadian di sana.
III. Mereka tidak dibenarkan ke sebelah itu.
IV. Orang situ tidak sihat dan kepenatan.
A. I dan II B. I dan III
C. I dan IV D. II dan IV

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 6
Soalan 29-30
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

29. A. Amboi ayunya, kamu berbaju kurung!


B. Amboi, ayunya kamu berbaju kurung!
C. Amboi, ayunya kamu berbaju kurung.
D. Amboi ayunya kamu berbaju kurung.

30. A. “Jangan keluar rumah selagi kerja sekolah kamu belum siap,” kata ibu.
B. “Jangan keluar rumah selagi kerja sekolah kamu belum siap kata ibu”.
C. Jangan keluar rumah selagi kerja sekolah kamu belum siap, kata ibu.
D. Jangan keluar rumah selagi kerja sekolah kamu belum siap kata ibu.

Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SEKOLAH SAYA BERSIH DAN INDAH

Sekolah Kebangsaan Seri Pelangi akan mengadakan sambutan Hari Guru dua hari lagi.
Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun. Oleh itu, warga sekolah
mengadakan aktiviti gotong-royong mengemas dan membersihkan sekolah. Mereka
ingin membersih dan mengindahkan kawasan sekolah sebelum sambutan Hari Guru
diadakan.
Kai Chun adalah murid Tahun Empat Delima. Pada hari itu, dia dan rakan-
rakannya ditugaskan membersihkan bilik darjah mereka. Mula-mula, Kai Chun dan
rakan-rakannya membaiki meja dan kerusi yang rosak. Meja dan kerusi yang tidak
dapat dibaiki telah dileraikan. Kayu-kayu tersebut dijadikan sebagai pagar taman
herba sekolah.
Nisah, Siew Min dan Ratna pula mengecat bilik darjah. Mereka mengecat
dengan warna yang dipilih oleh guru. Warna memainkan peranan penting supaya
kelihatan menarik.
Aznan dan Herina pula mengemaskan buku-buku di sudut bacaan kelas mereka.
Buku-buku disusun dan disimpan di rak buku. Rak-rak dilabelkan supaya murid-murid
dapat meletakkan buku-buku pada tempatnya.
Selepas tamat aktiviti itu, guru besar mengucapkan terima kasih dan
mengadakan jamuan untuk semua warga sekolah di kantin. Kai Chun dan rakan-
rakannya sangat seronok. Sekolah mereka semakin indah dan ceria.

31. Bilakah aktiviti gotong-royong tersebut diadakan?


A. 11 Mei B. 14 Mei
C. 15 Mei D. 16 Mei

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 7
32. Apakah tujuan aktiviti gotong-royong itu diadakan ?
A. Untuk menjadikan kayu yang dileraikan sebagai pagar sekolah.
B. Untuk membersihkan bilik darjah Kai Chun dan rakan-rakannya.
C. Untuk membersih dan menceriakan sekolah sempena sambutan Hari Guru.
D. Untuk meraikan guru besar kerana mengadakan jamuan makan di kantin
sekolah.

33. Mengapakah warna memainkan peranan penting?


A. Kerana warna sangat ceria.
B. Kerana warna adalah pilihan guru .
C. Kerana dengan warna akan kelihatan buruk.
D. Kerana dengan warna akan kelihatan menarik.

34. Maksud perkataan dileraikan dalam petikan teks ialah


A. dibina
B. dibakar
C. dimasak
D. dipisahkan

35. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan teks.


A. Guru besar mengadakan jamuan makan di kantin sekolah.
B. Aktiviti gotong-royong diadakan selepas sambutan Hari Guru.
C. Kai Chun dan rakan-rakannya ditugaskan membersihkan padang sekolah.
D. Herina dan Aznan ditugaskan mengemaskan buku-buku di pondok bacaan.

Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SINAR KASIH


Anjuran: Persatuan Bahasa Malaysia SJK(C) Taman Budi

Atur Cara
Ahad, 13 Julai 2014
7:45 pagi - Murid-murid berkumpul di dataran sekolah.
8:00 pagi - Menaiki bas ke rumah Orang Tua-tua Sinar Kasih
9:30 pagi - Tiba di rumah Orang Tua-tua Sinar Kasih
10:00 pagi - Bergotong-royong membersihkan kawasan
12:30 tengah hari - Rehat dan makan tengah hari
2:00 petang - Persembahan nyanyian
3:00 petang - Penyampaian hadiah
4:45 petang - Bertolak pulang

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 8
36. Siapakah yang menganjurkan lawatan ini ?
A. SJK(C) Taman Budi
B. Murid-murid SJK(C) Taman Budi
C. Rumah Orang Tua-Tua Sinar Kasih
D. Persatuan Bahasa Malaysia SJK(C) Taman Budi

37. Bilakah murid-murid perlu berkumpul di dataran sekolah ?


A. 7.05 pagi
B. 7.45 pagi
C. 8.00 pagi
D. 9.30 pagi

38. Berapa lamakah jarak perjalanan dari SJK(C) Taman Budi ke rumah Orang Tua-tua
Sinar Kasih ?
A. 1 jam
B. 2 jam
C. 1 jam 30 minit
D. 2 jam 30 minit

39. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang petikan.


A. Lawatan diadakan pada hari Ahad
B. Persembahan nyanyian diadakan sebelum makan tengah hari
C. Murid-murid menaiki bas ke rumah Orang Tua-tua Sinar Kasih
D. Murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Orang Tua-tua
Sinar Kasih

40. Rangkai kata berkumpul dalam petikan di atas bermaksud


A. berpecah B. berhimpun
C. bersurai D. bertolak

SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh : Puan Rahimah binti Mohamad Khatib


Disemak oleh : Chiau Boon Wei

Rahimah binti Mohamad Khatib/ Bahasa Malaysia K1/ Tahun 4/ Muka surat 9

Anda mungkin juga menyukai