Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Pidato saya ialah Bersatu 10 Negara Untuk

Kebaikan Sejagat

       Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar.


Justeru, semua  negara  di dunia perlulah  menjalin hubungan
yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara
ASEAN merupakan negara-negara yang bersempadan atau
berhampiran dengan negara kita.

Negara Malaysia telah menjalinkan dan  mengeratkan


hubungannya degan negara-negara serantau untuk
mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi
negara. Menurut Yang Berhormat Menteri Luar
Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah
dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala
dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan
dan pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi
mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya
biar lembut tetapi kejap.

Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah


yang ampuh  dengan  menjalinkan  hubungan yang erat
dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah
“menguntungkan “  negara  Malaysia. Ironisnya, apakah
kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang
baik dengan negara serantau?
       Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara
ASEAN termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita.
Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan
yang aman  dan harmoni jika politik di negara Malaysia
adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin
kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk
memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah
menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai
kemerdekaan. . Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan
ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik
di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia
berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara
serantau.
       Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga
dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana
penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara
ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada
pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian
produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan
barangan dari negara serantau bersaing secara
sihat .Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli
barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan.
Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada
menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke
puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata
tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan
bersungguh-sungguh  untuk menguasai pasaran dalam rantau
ini.
      Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin
jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara
serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang
dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik
antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah
mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara. 
Penubuhan NAM telah berjaya  mengelakkan campur tangan
kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan
menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui
rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara
Malaysia  mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan
baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan
Indonesia.Hal ini dapat  mengekalkan keamanan  di negara
Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak
dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nanti
hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.
      Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara
serantau telah memudahkan bantuan . Oleh hal yang
demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan
bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang
baik dengan mereka  .Hidup seperti pohon kayu yang lebat
buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu,
tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus
memberi  bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan
dari kuasa luar. Negara serantau akan memberi bantuan
dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan
kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama
lain; bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah
di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara
serantau amat penting kepada negara kita.
     Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin
hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan
taraf pendidikan di negara kita. Universiti tempatan harus 
bekerjasama dengan universiti  di negara  serantau agar  taraf
pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana  bersekutu
bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara
kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya
dijalankan dalam kerjasama beberapa Universiti tempatan
dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan
di negara kita.

     Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik


dengan negara serantau kerana hal tersebut amat
menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang
perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara
serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai