Anda di halaman 1dari 3

CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan ini sama untuk kesemua jenis rumpai laut.

1. Basuh rumpai laut                                                      2. Rendam rumpai laut.    

3. Rendam dengan daun pandan 3-8 jam.                    4. Rumpai laut selepas direndam            

                          

 5. Masak 100g = 2-2.5l air                                       6.Masak dengan api kecil dalam 30 - 40
minit.

 
                  
7.Rumpai laut yang siap dimasak.                          8. Boleh makan begitu sahaja / campur
madu.

                     

                              
                                                            

1) Cara seperti berikut :


 Basuh rumpai laut, ramas-ramas seperti basuh beras 5-6 kali, untuk membuang hablur
garam air laut.
 Rendam rumpai laut yang telah dibasuh antara 3-8 jam (letakkan daun pandan untuk
mengelakkan bau) .
 Tapis air rendaman tadi dan basuh rumpai laut beberapa kali lagi, lebih kurang 2-3 kali.
(Air rendaman boleh digunakan untuk merendam kaki terutama yang mempunyai masalah kaki
merekah).
 Campur rumpai laut (100g) dengan 2 – 2.5 liter air kosong ke dalam periuk dan  rebus
(jika masak dengan air yang lebih banyak rumpai laut akan terlalu cair ). Masak dengan api yang
kecil dalam masa 35 – 40 minit.
 Ketika merebus, boleh letak daun pandan untuk hilangkan bau hanyir.
 Jika ingin membuat masker, asingkan siap-siap satu bekas untuk anda. Baki rumpai laut
bolehlah dicampur dengan gula batu atau perasa pilihan masing-masing atau biarkan kosong
begitu sahaja.
 Sejukkan dalam peti sejuk(bukan dalam sejuk beku).
 Ketika hendak makan, bolehlah ambik 1-2 sudu besar dan campurkan dengan air kordial,
campur dengan sunkist atau madu menikut selera masing-masing. Dicadangkan diambil ketika
pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.
 Atau jika anda telah mencampur dengan perasa pilihan, anda boleh letakkan dalam bekas
kecil-kecil (lebih mudah untuk dimakan dan dibawa bekal ke pejabat, macam dadih atau pudina.
 Selalunya sepeket(100g) rumpai laut cukup untuk kegunaan selama sebulan, bergantung
kepada penggunaan. (Saya guna tidak sampai sebulan kerana selain minum, saya juga guna
sebagai masker dan sekali sekala letak di tumit untuk merawat tumit merekah).
2) Cara kedua, jika anda boleh tahan dengan bau hanyir rumpai laut dan ingin lihat
kesan dengan lebih cepat: 
 Ulang langkah di atas untuk langkah 1-3.
 Setelah rumpai laut kembang, potong rumpai laut kecil-kecil.
 Rumpai laut yang telah dipotong boleh dicampur dengan air (seperti cincau), ulam atau
apa-apa makanan kesukaan yang sesuai.
Pelbagai cara sebenarnya yang boleh digunakan untuk menvariasikan rumpai laut ini,
terpulang kepada selera masing-masing. 
Antara tips untuk Nampak khasiat rumpai laut lebih berkesan:
 Elakkan meminum kafein dalam tempoh 4 jam sebelum dan selepas mengambil rumpai
laut (lebih baik elakkan terus).
 Banyakkan minum air kosong.
 Lebih berkesan jika diambil dengan VCO, vitamin C atau vitamin E.
3)  Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen;
 Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
 Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300).
 Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
 24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
 Boleh bertahan dari 3 ke 4 minggu.

Anda mungkin juga menyukai