Anda di halaman 1dari 20

4.

0 KOPERASI
4.1 PENGENALAN KEPADA KOPERASI
• Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan oleh sekumpulan ahli untuk memberikan
perkhidmatan dan kemudahan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya. Tujuan utamanya
adalah untuk mempertingkatkan kepentingan ekonomi anggotanya dengan
memastikan setiap ahli mendapat faedah sama rata.

• Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007). Ditubuhkan


dengan menggunakan dana anggotanya dan diuruskan oleh Ahli Lembaga Koperasi
yang dilantik dalam mesyuarat agong tahunan koperasi.

• Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah ditubuhkan menggantikan Jabatan


Pembangunan Koperasi bertujuan memantau dan membantu koperasi untuk
menjalankan pengurusan dengan lebih baik dan mengikut undang-undang.
CIRI-CIRI KOPERASI
• Menjalankan aktiviti ekonomi untuk memenuhi keperluan
ahli-ahlinya
• Pengurusan dijalankan oleh anggota-anggotanya mengikut
akta koperasi 1993 dan undang-undang kecil koperasi.
• Modal koperasi terdiri daripada yuran dan syer (saham).
• Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam membuat
keputusan
• Liabiliti pemegang saham koperasi terhad setakat jumlah
modal saham masing-masing
• Tujuan mendapatkan keuntungan supaya dapat disalurkan
kepada anggota-anggota koperasi.
JENIS KOPERASI
KOPERASI ASAS KOPERASI MENENGAH KOPERASI ATASAN
.

Contoh: Koperasi sekolah Contoh: Koperasi Felda Contoh: ANGKASA


Prinsip asas koperasi mengikut Akta
Koperasi 1993 (pindaan 2007)
Koperasi berlandaskan nilai-nilai seperti
membantu diri sendiri, demokrasi , kesamarataan,
keadilan dan perpaduan. Anggota koperasi juga
menyakini nilai-nilai etika seperti amanah,
keterbukaan, tanggungjawab sosial dan prihatin
terhadap hak orang lain. Koperasi mempunyai
prinsipnya yang tersendiri yang dijadikan panduan
bagi mengamalkan nilai yang mereka yakini iaitu:
Prinsip 1: Keanggotaan sukarela dan terbuka

Prinsip 2: Kawalan secara demokratik oleh anggota


Koperasi organisasi demokratik yang dikawal oleh
anggotanya mengambil bahagian secara aktif di dalam
usaha menentukan dasar dan membuat keputusan.
Bagi koperasi asas, anggotanya mempunyai hak
mengundi yang sama dan koperasi-koperasi di tahap
lain disusun secara demokrasi.
Prinsip 3: Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi

Prinsip 4: Autonomi Dan Kebebasan


Koperasi adalah organisasi yang berautonomi dan
berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jika koperasi
ini membuat perjanjian dengan organisasi lain
termasuk kerajaan atau mendapat modal dari sumber
luar, maka ia harus memelihara prinsip kawalan
demokrasi oleh anggotanya sambil anatomy koperasi
dikekalkan.
Prinsip 5: Menyediakan Pendidikan, Latihan Dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk
anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan
supaya mereka boleh menyumbang tenaga secara berkesan
kepada pembangunan koperasi. Koperasi memberi maklumat
kepada masyarakat khususnya remaja dan pemimpin
masyarakat.

Prinsip 6: Konsep Kerjasama Dalam Kalangan Koperasi


Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara
yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan gerakan
koperasi jikalau ia berkesan bersama-sama dengan
struktut koperasi lain, setempat, nasional , serantau
dan antarabangsa.
Prinsip 7: Berprihatin Terhadap Masyarakat
Sumber dana bagi koperasi mengikut Seksyen 50 Akta
Koperasi 1993 (pindaan 2007
 Yuran masuk / Fi masuk

 Modal saham / syer


Dilanggan dan dibayar oleh anggotanya dengan bilangan minimum yang
ditetapkan dalam undang-undang kecil kopersi berdaftar. Tidak boleh
dikeluarkan kecuali keanggotanya tamat

 Modal yuran / modal caruman


 Simpanan Khas Oleh Anggota
daripada anggota, yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan oleh undang-undang kecil.

 Deposit / Pinjaman Daripada Anggota Dan Bukan Anggota


anggota dan bukan anggota, tertakluk pada sekatan yang ditetapkan dalam akta
ini dan peraturan-peraturan dan dalam undang-undang kecil koperasi
berdaftar(undang-undang malaysia akta 502)

 Lebihan Yang Dibawa Ke Akaun Rizab

 Derma dan pemberian yang diberikan oleh orang ketiga.


Pelaburan yang boleh dibuat oleh koperasi :
Seksyen 54 akta koperasi 1993(Pindahan 2007) sesebuah
koperasi boleh melaburkan wang lebihannya dalam:
• Mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh kerajaan malaysia, bank
negara atau mana-mana sekuriti yang diluluskan oleh suruhanjaya.
• Syer mana-mana koperasi lain
Keuntungan modal dan kegunaan modal
koperasi :

Mengikut Seksyen 55 - koperasi hendaklah


memasukkan / mengkreditkan ke dalam Akaun Rizab
modal untuk:
•Penjualan tanah atau bangunan atau kedua-duanya
sebagai aset tetap. (harta, tanah, loji dan peralatan).
•Penilaian semula tanah atau bangunan atau kedua-
duanya sebagai aset tetap (harta, tanah, loji dan
peralatan) dengan kelulusan suruhanjaya.
Keuntungan
Keuntungan modal yang dinyatakan di atas, boleh digunakan
daripada
penjualan untuk:
tanah dan • Menerbitkan Syer Bonus
bangunan serta
penilaian saham bonus boleh diberikan kepada ahli jika koperasi mendapat
semula tanah keuntungan daripada penjualan aset koperasi yang terdiri
dan bangunan daripada tanah, bangunan dan penilaian semula tanah dan
hanya boleh bangunan. Jika penerbitan saham bonus diperolehi dari penilaian
digunakan semula sebarang aset tetap (harta, tanah, loji dan peralatan)yang
untuk dimiliki koperasi. Perlu mendapat kebenaran daripada ketua
menerbitkan pendaftar koperasi bagi membuat penilaian semula.
syer bonus
sekirannya
kerugian • Menghapuskan Kerugian Terkumpul
terkumpul dan
kerugian • Menghapuskan Kerugian Modal
koperasi telah • Mewujudkan Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus
dihapuskira
sepenuhnya
Pendapatan hasil dan pendapatan modal
koperasi :

PENDAPATAN HASIL
PENDAPATAN MODAL
4.3 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN
• Penyata kewangan mestilah selaras dengan kehendak peraturan 31
(1), peraturan-peraturan koperasi 2010 dan seksyen 58 akta koperasi
1993 (pindahan 2007) yang mengandungi laporan perakaunan:
• Penyata pendapatan komprehensif
• Penyata Pembahagian Keuntungan(seksyen 57 akta koperasi)
• Penyata Kedudukan Kewangan
• Sebarang penyata sebagaimana yang ditentukan oleh
suruhanjaya koperasi malaysia- Prnyata Aliran Tunai
• SKM tidak memaksa koperasi untuk mengikut MFRS (Malaysian
Financial Reporting Standards) atau PERS (Private Entity Reporting
Standards) kerana tidak terdapat dalam akta. Kecuali bagi koperasi
yang dikehendaki menggunakan MFRS.

• SKM mempunyai kuasa untuk menentukan bentuk dan kandungan


penyata kewangan, piawaian perakaunan dan tatacara yang perlu
dipatuhi oleh koperasi dalam menyediakan dan membentangkan
penyata kewangan . Garis panduan ini mengambil kira
perkembangan piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh MASB.
Pembahagian Keuntungan

Mengikut seksyen 57 akta koperasi, keuntungan boleh dibahagikan:

Sebanyak 25%
ataupun 15%
daripada
untung bersih
perlu
diserahkan
kepada
Membayar •Contoh: Koperasi bercadang untuk
mengistiharkan rebat sebanyak 8% bagi tahun
rebat atas tertentu. Dalam tahun tersebut, seorang ahli
berlanggan dengan koperasi melalui belian
belian ahli- barangan berharga RM 10,000 . Ahli ini akan
mendapat rebat sebanyak RM 800.
ahli

Divide •Kadar maksimum yang boleh dibayar kepada ahli


koperasi sebagai dividen adalah ditetapkan kepada
10% atas nilai saham yang dipegang. Sekiranya
koperasi ingin memberi pulangan dividen melebihi

n 10% mesti memohon dan mendapatkan dan


mendapatkan kelulusan daripada ketua pendaftar.
Saguhati/
honorari
um

Rizab- •Koperasi juga dibenarkan memperuntukkan


sebahagian daripada keuntungannya kepada

Rizab mana-mana rizab atau tabung yang ditubuhkan


oleh koperasi itu sendiri seperti rizab penebusan
saham, tabung biasiswa, tabung bangunan

lain. tabung kebajikan dan tabung khairat kematian.

Anda mungkin juga menyukai