Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI


DIGITAL VIRAL DALAM TALIAN 2022
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN PERSATUAN PANDU PUTERI


DAERAH KUALA SELANGOR

Disediakan oleh: Fairozah Binti Mohamad @ Harun

Pengenalan

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dikendalikan secara maya

semenjak virus covid-19 melanda seluruh dunia bermula tahun 2020. Bertitik tolak

dari itu, kerajaan telah memberi penekanan serius terhadap pembudayaan dan

penggunaan ICT secara optimum dalam semua organisasi. Merupakan satu inisiatif

Persatuan Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor, untuk mempertingkatkan kemahiran

pemimpin-pemimpinnya, dalam membina dan mengaplikasikan bahan pengajaran

digital, terutamanya aplikasi digital viral dalam talian. Ini bagi melengkapkan guru

yang berdaya saing dan kompetitif. Dengan ilmu dan kemahiran yang cukup, para

guru dapat mengadakan pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian

secara maya.

Matlamat

Matlamat utama kursus ini adalah untuk menyediakan pemimpin - pemimpin pandu

puteri yang cekap serta kompetetif dalam menggunakan aplikasi digital viral dalam

talian untuk proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

1
Visi

“Menerajui perkembangan potensi pemimpin serta kompetitif dalam dunia

pembelajaran digital”.

Misi

“Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuala Selangor mempunyai komitmen

melahirkan pemimpin persatuan yang berkaliber, berkemahiran dan kompetitif dalam

mendepani dunia pembelajaran secara digital”.

Objektif

Antara objektif bengkel ini adalah untuk:

 Menyediakan pemimpin - pemimpin pandu puteri yang cekap menggunakan

aplikasi digital viral dalam talian untuk proses pengajaran dan pembelajaran

di rumah (PdPR)

 Memupuk minat aktif untuk mempelajari aplikasi baru seterusnya melahirkan

golongan pemimpin - pemimpin yang aktif dalam e-pembelajaran.

 Menggalakkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara pemimpin –

pemimpin Persatuan Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor.

Kumpulan Sasaran

Peserta bengkel seramai 100 orang terdiri daripada guru – guru penasihat Persatuan

Pandu Puteri Daerah Kuala Selangor dan 800 orang terdiri daripada guru-guru

penasihat Persatuan Pandu Puteri Daerah-daerah di Selangor.

2
Tarikh dan Tempat

Kursus ini akan dilaksanakan secara maya

Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Stesyen masing-masing

Medium : Zoom

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Tn Hj Mohd Azuan bin Mohd Nawawi

Pengerusi : Pn Mariah bt Ghanib

Penolong Pengerusi : Pn Norsiah bt Dasikon

Penyelaras : Pn Fairozah Binti Mohamad @ Harun

Penolong Penyelaras : Pn Rasidah Binti Mat Saman

Setiausaha : Pn Norazlinda Binti Abd Aziz

Setiausaha Kerja : Pn. Sri Asmahani Bt Suliman

Bendahari : Pn Fatimah bt Muhamad

Penolong Bendahari : Pn. Khalijah Bt Jamudin

Urusetia Pendaftaran : Pn Midzatiah bt Mohanan (K)

Pn Sulaitullani bt Sulaiman

Pn Suhanawaty bt Surawi

Pn. Siti Faezahnor bt Mad Isa

Pn Normawati bt Panut

Urusetia Buku Program / Jemputan :

Pn Joliah bt Tumiran (K)

Cik Nor Syahirah bt Kuzai

Pn Dharshini Nair a/p Sukumaran

Pn Siti Norhawa bt Amat Juar

3
Urusetia Teknikal : Pn Basyirah Binti Abd Rahman (K)

Pn Norliana bt Ahmad Sarkawi

Pn Nurul Atikah bt Mohd Sajuti

Pn Salmiza bt Shamsudin

Pn Nor Afizah bt Baharudin

Pengacara Majlis : Pn Zaimah Bt Mohd Alhafiz (K)

Urusetia Sijil : Pn Fatihatun Najah Leong bt Abdullah (K)

Pn Roslinda bt Aminuddin

Pn Arbainah bt Hasan

Pn Loges a/p Selavaraj Maurice

Pn Rohazeliza bt Ab Aziz

Pn Maizura bt Abdul Isa

Pn Ruhaizah bt Md Aresat

Pn Siti Mariam bt Buniran

Pn Nurida bt Ibrahim

Urusetia Dokumentasi :Pn Maryani bt Sirash (K)

Pn Norasnisa bt Abidin

Pn Rossila bt Md Nor

Pn Noor Halimah bt Che Long

Pn Hazwani bt Husin

Pn Juhana bt Johari
Urusetia Sumbangan dan Tajaan:
Pn Mariana bt Abdullah
Pn Khalijah bt Jamudin

4
Aturcara

7.30 Pagi – 8.00 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Dunia

Taklimat Bengkel oleh Penyelaras

8.00 Pagi – 9.00 Pagi : SESI 1 (PENGENALAN)

9.00 Pagi – 9.10 Pagi : Rehat

9.10 Pagi – 10.10 Pagi : SESI 2

10.10 Pagi – 10.20 Pagi Rehat

10.20 Pagi – 11.30 Pagi : SESI 3

11.30 Pagi – 11.40 Pagi : Rehat

11.40 Pagi – 12.40 Tgh : SESI 4

12.40 Tgh – 12.50 Ptg : Rehat

12.50 Ptg – 1.50 Ptg SESI 5

1.50 Ptg – 2.00 Ptg Rehat

2.00 Ptg – 2.30 Ptg MAJLIS PENUTUP

Pn Mariah Bt Ghanib PJK

Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah

Kuala Selangor

Penceramah / Fasilitator

Penceramah 1 : Noor Aidazura binti Osman

Penceramah 2 : Mohammad Fahim bin Mohd Latif

Anggaran Perbelanjaan

1) Sumbangan peserta

RM10 x 1000 = RM10,000


5
2) Token penceramah/ fasilitator

Jumlah (RM 200 x 2 orang) = RM400.00

3) Lebihan sumbangan akan dimasukkan ke dalam tabung Persatuan Pandu Puteri

Malaysia Daerah Kuala Selangor.

Kendalian Bengkel

Bengkel ini akan dijalankan separuh hari, berbentuk ‘hands-on’. Setiap peserta

menggunakan ‘Laptop‟ masing-masing di stesyen masing-masing. Ini dapat

mengurangkan ‘trafic jam’ dalam penggunaan ‘wifi’ sepanjang kursus berlangsung.

Bengkel akan dikendalikan oleh dua penceramah jemputan yang turut berfungsi

sebagai fasilitator sepanjang pengendalian bengkel. Setiap penceramah adalah

pakar dalam aplikasi masing-masing untuk dikongsikan bersama peserta.

Penutup

Diharapkan selepas ini, dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang

bengkel, para pemimpin pandu puteri dapat menggunakan aplikasi digital viral dalam

talian dengan lebih efisien. Malah peserta bengkel dalam kalangan pemimpin dapat

menyebarkan kaedah yang dipelajari kepada rakan sekolah juga merupakan

pemimpin Persatuan Pandu Puteri secara ‘in-house training’ dan dapat

menyebarluas juga kepada ahli-ahli Pandu Puteri di sekolah masing-masing.

Hasil daripada ini juga, perjumpaan kokurikulum unit uniform Persatuan Pandu

Puteri dapat dijalankan secara digital. Perjumpaan bersama ahli Pandu Puteri dapat

dilaksanakan dengan aktiviti – aktiviti menggunakan aplikasi digital viral dalam talian

yang semestinya menarik minat belia masa kini.

Anda mungkin juga menyukai