Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGACARA PELANCARAN SEKOLAH TS25 SMK JENERI 2023

PERKARA TEKS
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirrabbilalamin. Wassala Tuwassalamu Ala Asyarafil Ambia Iwal Mursalin.


Waala Alihi Wasah Bihi Ajmain..

Assalamualaikun Warahmatullahiwabarakatuhu dan Salam Sejahtera serta Selamat Pagi

Beralun lembut dedaun gambir,


Jatuh buahnya di Tengah laman;
Salam disambut senyum terukir,
Ukhwah terbina sepanjang zaman.
Kata-kata
aluan  Yang Berusaha ENCIK MAHAZAN BIN IBRAHIM, Pengetua SMK Jeneri,
 Yang Dihormati PUAN SUHANA BINTI JAAFAR, Penolong Kanan Pentadbiran
 PUAN SITI FAIZAH BINTI ASHAARI, Penolong Kanan HEM
 ENCIK WINAI A/L PET KIAW, Penolong Kanan Kokurikulum,

 Barisan Guru Kanan, Kaunselor, Guru-guru dan para murid yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya, pada
pagi yang barakah ini, kita dapat bersama-sama berkumpul untuk menjayakan Majlis
Pelancaran Sekolah Tranformasi 2025 (TS25) bagi tahun 2023. Majlis dengan rasa bangga
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke majlis ini.
Tampak pohon di hujung desa,
Tersusun sebaris tepian titi;
Doa dipohon pada Yang Esa,
Mohon majlis tambah diberkati.

Bagi memohon keberkatan majlis pada hari ini, dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan saudara MUHAMMAD IRFAN KHUSAIRY BIN BASIR untuk memimpin
Doa bacaan doa. Dipersilakan.

####### bacaan doa #########

Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara IRFAN KHUSAIRY atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
Ucapan Next, we would like to invite Mrs. RUHAIZAH BINTI ABDULLAH, TS 25 Coordinator
Penyelaras to brief us about Transformation School TS 25. Please welcome
TS25
########## ucapan ########

Thank you for the information.


Ucapan Sidang hadirin yang dikasihi,
Pengetua
Renang merata si ikan bilis,
Ditangkap sudah burung kelicap;
Ayuh kita teruskan majlis,
Ayahanda kita jemput berucap.
Sebagai sekapur sirih, penerus acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan:
Yang Berusaha ENCIK MAHAZAN BIN IBRAHIM , Pengetua SMK Jeneri untuk
menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH
TS25 SMK JENERI bagi tahun 2023. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

############ ucapan pengetua ############

Our program continues with the opening ceremony gimmick. With that, we would to invite
all the Senior Assistant teacher to come together with our School Principals, MR MAHAZAN
Gimik
BIN IBRAHIM to launch our program. Please welcome.
pelancaran
########### gimik perasmian #############

Now, we are the end of the TS 25 officiating ceremony. I would like to express my
gratitude to our dedicated principal and senior assistants for taking part in the ceremony.
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara seterusnya. Ayuh kita sama-sama saksikan tayangan
video pelancaran Sekolah Tranformasi (TS2) yang telah disediakan.
Tayangan
video
####### tayangan video #######

Demikian tadi tayangan video tentang Sekolah Tranformasi (TS25).

Honorable guest, ladies and gentlemen, without further due, let us welcome to Mrs.
ROSNANI BINTI MAD ISA to continues our program. Please welcome.
Aktiviti murid ######### aktiviti ############

Thank you Mrs. Rosnani for such a fun activities.

Dengan berakhirnya aktiviti itu tadi, maka dengan ini, berakhirlah sudah Majlis Pelancaran
Sekolah Tranformasi (TS25) SMK Jeneri bagi tahun 2023. Terima kasih atas segala
perhatian dan kehadiran para hadirin sekalian.

Salam kemaafan atas kesilapan dari tutur kata mahupun laku cara daripada pihak kami
berdua. Segala yang baik datangnya dari Allah Taala, segala kekhilafan datangnya daripada
diri kami sendiri. Semoga dapat kita berjumpa lagi pada lain ketika.
Penutup Sekian terima kasih.

Tumbuh di ceruk pohon kuini,


Tersusun cantik di balik Lalang;
Andai buruk tinggalkan sini,
Sekiranya baik bawalah pulang.

Sekian wabillah hiltaufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Anda mungkin juga menyukai