Anda di halaman 1dari 12

SULIT

1249/1

1 Apakah kerajaan yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu
Melaka?

A Srivijaya
B Majapahit
C Johor-Riau
D Kedah Tua

2 Pasangan manakah yang betul tentang tugas pembesar pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka?

BENDAHARA TEMENGGUNG
A Ketua Pentadbir Panglima Angkatan Laut
B Ketua Turus Angkatan Tentera Ketua Keselamatan kota
C Mengurus kutipan cukai Menjaga keamanan kawasan pegangan
D Melindungi kebajikan pedagang Mengurus perbendaharaan negara
3 Rakyat perlu mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana
takut ditimpa kecelakaan.
Apakah istilah yang boleh dikaitkan dengan kecelakaan?

A Tulah
B Murka
C Waadat
D Derhaka

4 Maklumat berikut berkaitan maksud nasionalisme.

Maksud Nasionalisme
 Gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan
 Menggunakan persamaan kebudayaan dan persamaan
sejarah
 Bertujuan membebaskan bangsa dan negara daripada
penjajahan

Apakah matlamat nasionalisme tersebut?

A Membentuk negara maju


B Melahirkan warga negara setia
C Membina negara bangsa berdaulat
D Menghargai perjuangan pemimpin

5 Maklumat berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17
1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 2 SULIT
SULIT
1249/1

dan abad ke-18.

Tahun Revolusi
1688 Revolusi Keagungan di England
1789 Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

A Kuasa rakyat terjejas


B Ideologi komunis terhalang
C Kuasa raja mutlak diperkukuh
D Kerajaan berperlembagaan diitegakkan

6 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme melalui karya penulisan di


Indonesia.
Tokoh Nasionalis Hasil Karya
Raden Adjeng Kartini  Habis Gelap Terbitlah Terang
 Penulisan Seorang Puteri Jawa

Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut?

A Ketidakadilan sistem perundangan


B Kelemahan sistem pemerintahan
C Kemunduran rakyat tempatan
D Kemelesetan ekonomi negara

7 Berikut adalah faktor kemunculan gerakan nasionalisme pada abad ke 20 di negara kita.

Nama Tokoh Negara


Dr Sun Yat Sen Republik China
Soekarno Indonesia
Mahatma Gandhi India

Apakah kejayaan yang dicapai oleh Dr Sun Yat Sen dalam Revolusi China?

A Menewaskan Rusia
B Menewaskan Manchuria
C Menentang British tanpa kekerasan
D Menyatukan rakyat menentang penjajah

8 Gambar berikut berkaitan dengan kegiatan Syarikat Jelutong Press di Pulau Pinang.
1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 3 SULIT
SULIT
1249/1

Apakah kesan daripada penubuhan


syarikat tersebut?

A Memakmurkan ekonomi
B Menggalakkan persaudaraan Islam
C Mengembangkan fahaman demokrasi
D Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

9 Tokoh ini berperanan penting menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu


pengetahuan untuk mengangkat martabat Wanita.

Apakah majalah yang digunakannya untuk menyampaikan pesanan tersebut?

A Neracha
B Bulan Melayu
C Utusan Melayu
D Majalah Wanita

10 British telah memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904 bagi mengawal


1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 4 SULIT
SULIT
1249/1

kegiatan mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik Islam
tanpa keizinan sultan.
Apakah hukuman yang boleh dikenakan jika melanggar perkara tersebut?

A Dilucut jawatan
B Buang negeri
C Penjara
D Rotan

11 Maklumat berikut berkaitan dengan Perang Dunia Pertama.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

Apakah faktor berlakunya perang tersebut?

A Wilayah Jerman diceroboh


B Perancis bersekutu dengan Rusia
C Bakal raja Austria-Hungary dibunuh
D Pearl Harbour diserang oleh Jepun

12 Maklumat berikut berkaitan dengan pemimpin negara Itali dan Jerman.

Pemimpin Negara
Benito Mussolini Itali
Adolf Hitler Jerman

Apakah persamaan utama dua negara di atas?

A Mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk


B Mementingkan negara melebihi kepentingan individu
C Merupakan Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua
D Merupakan negara pakatan Kuasa Bersekutu

13 Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita bagi keperluan
perindusterian dan operasi ketenteraan Jepun.
Apakah rancangan Jepun untuk mengukuhkan ekonominya?

A Menanamkan semangat antipenjajah Barat


B Menggunakan propaganda “Asia Untuk Orang Asia”
C Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia
D Membentuk kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 5 SULIT


SULIT
1249/1

14 Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?

I Menubuhkan pasukan gerila


II Menentang propaganda Jepun
III Menentang penjajahan British
IV Mendapatkan sokongan orang Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Rancangan untuk Tanah Melayu merdeka bersama-sama Indonesia tidak dapat


dilaksanakan kerana tentera Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1954.
Mengapakah tentera Jepun menyerah kalah?

A Perjuangan Jepun di Tanah Melayu tidak berjaya


B Pihak British kembali semula ke Tanah Melayu
C Peluang Jepun untuk menang perang sangat sukar
D Pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki

16 Orang Melayu bersatu dan membentuk Gerakan Fi-Sabilillah apabila Bintang Tiga
mengancam intitusi politik, kekeluargaan dan agama Islam.
Mengapakah gerakan tersebut dibentuk?

A Mempertahankan maruah bangsa


B Menghalang pertumpahan darah
C Memperjuangkan nasib Melayu
D Mencapai kemerdekaan segera

17 Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

Tarikh Pentadbiran
12 September 1945 British Military Administration (BMA)

Mengapakah British melaksanakan pentadbiran tersebut?

A Melaksanakan ekonomi kawalan


B Memberikan latihan kepimpinan
C Mengembalikan keamanan
D Menjimatkan perbelanjaan

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 6 SULIT


SULIT
1249/1

18 British telah melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan Raja-
raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union.
Bagaimanakah beliau mendapatkan persetujuan tersebut?

I Membuat desakan
II Mewujudkan imuniti
III Mengekalkan gelaran
IV Menggunakan ugutan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Pada 01 Julai 1946, Hari Penyerahan Sarawak kepada British diisytiharkan di Kuching.
Apakah kesan pengisytiharan tersebut?

A Mengukuhkan kedudukan Raja Brooke


B Mendapat taraf berkerajaan sendiri
C Menjadi tanah jajahan British
D Menerima taraf negeri naugan

20 Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh penduduk Sarawak?

A Mencanggahi Perlembagaan 1941


B Mendapat bantahan Majlis Negeri
C Membuat ugutan terhadap pembesar
D Menghapuskan hak istimewa peribumi

21 Pertubuhan berikut wujud di Sabah pada tahun 1940 an?

 Barisan Pemuda Sabah


 Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

Apakah tindakan British bagi melumpuhkan persatuan tersebut?

A Menguatkuasa undang-undang
B Menawarkan kenaikan pangkat
C Menyekat sumber kewangan
D Memenjarakan pemimpin

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 7 SULIT


SULIT
1249/1

22 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Piagam Atlantik pada


Ogos 1941
Apakah manfaat piagam tersebut terhadap Tanah Melayu?

A Membentuk masyarakat majmuk


B Meningkatkan kemajuan ekonomi
C Menyeragamkan sistem pentadbiran
D Mendapat peluang berkerajaan sendiri

23 Maklumat berikut merujuk kepada kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang


di Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan


tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan

Maklumat tersebut merujuk kepada

A Rakyat Raja
B Rakyat Asal
C Rakyat British
D Rakyat Merdeka

24 Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Tahun Peristiwa
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Mengapakah orang Melayu menerima perjanjian tersebut?

A Parti politik digabungkan


B Berkuasa mengawal pentadbiran
C Syarat kewarganegaraan dipermudah
D Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 8 SULIT


SULIT
1249/1

25 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan komunis di Tanah Melayu.

 Menyerang pasukan keselamatan


 Menyerang balai polis

Apakah tujuan komunis bertindak demikian?

A Melindungi kepentingan mereka


B Mencetuskan keadaan huru-hara
C Melindungi penduduk tempatan
D Mempertahan ideologi mereka

26 British melancarkan Perang Saraf bagi menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Bagaimana langkah tersebut dilaksanakan?

I Melonggarkan syarat kerakyatan


II Menawarkan hadiah wang tunai
III Melaksanakan perintah berkurung
IV Memberikan tawaran pengampunan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Tokoh berikut memberikan sumbangan kepada negara sebelum merdeka.

 Dato’ Onn Jaafar


 E.E.C. Thuraisingham
 Tan Cheng Lock

Apakah persamaan tokoh tersebut?

A Menubuhkan Parti Perikatan


B Menjadi ahli Suruhanjaya Reid
C Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
D Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 9 SULIT


SULIT
1249/1

28 Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan di Tanah Melayu?

Tahun Peristiwa
1951 Sistem Ahli diperkenalkan

A Merangka perlembagaan baru


B Melaksanakan pilihan raya umum
C Membincangkan syarat kewarganegaraan
D Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

29 Mengapakah parti yang berikut ditubuhkan?

Parti Independence of Malayan Party (IMP)


Pengasas Dato’ Onn Jaafar

A Menyekat pengaruh komunis


B Mewujudkan perpaduan kaum
C Mempertahankan hak peribumi
D Mengurangkan pengaruh golongan radikal

30
Parti Perikatan memenangi 226 daripada 268 kerusi dalam pilihan raya
peringkat negeri pada tahun 1954.

Apakah yang dapat dibuktikan daripada keputusan tersebut?

A Kejayaan kerjasama pelbagai kaum


B Kesetiaan rakyat kepada raja
C Kebebasan bersuara diiktiraf
D Keperluan rakyat dipenuhi

31 Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya peringkat Majlis perundangan
persekutuan 1955?

I Warganegara Persekutuan Tanah Melayu


II Berumur 21 tahun ke atas
III Berpendidikan sekolah Inggeris
IV Berketurunan kerabat raya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 10 SULIT


SULIT
1249/1

D III dan IV

32 Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) membuka peluang kepada rakyat


tempatan untuk mentadbir.
Apakah yang dapat disimpulkan berdasarkan pernyataan tersebut?

A Perkongsian kuasa antara kaum


B Pihak British gagal mentadbir Tanah Melayu
C Penerimaan orang Melayu terhadap Imigran
D Penghapusan kegiatan komunis

33 Berikut adalah beberapa jawatan utama dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah
Melayu 1955.

Tokoh Jawatan
Tunku Abdul Rahman X
Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Pelajaran
H.S. Lee Menteri Pengangkutan
V.T. Sambanthan Menteri Buruh

Apakah jawatan X?

A Perdana Menteri
B Ketua Kerajaan
C Ketua Menteri
D Menteri Besar

34 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 8 Mac 1956.


Mengapakah suruhanjaya ini dibentuk?

A Membuat rundingan kemerdekaan


B Menentukan tarikh kemerdekaan
C Menubuhkan negara merdeka
D Menyusun perlembagaan

35 Berikut adalah tentang memorandum bertulis yang diterima daripada pihak Raja-raja
Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan unuk dipertimbangkan.

131 memorandum

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 11 SULIT


SULIT
1249/1

 Corak pentadbiran
 Kewarganegaraan
 Bahasa dan pendidikan
 Kedudukan istimewa orang Melayu

Apakah memorandum yang diterima dari parti politik dan pihak awam?

A Kedudukan istimewa orang Melayu


B Corak kepimpinan tempatan
C Bahasa dan pendidikan
D Semangat nasionalisme

36 Antara berikut, manakah merupakan cara kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu


diperoleh?

I Perintah mahkamah
II Secara Permohonan
III Penguatkuasaan undang-undang
IV Pengesahan Yang di-Pertuan Agong
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37 Apakah takrif kemerdekaan menurut pengertian Kamus Dewan?

A Bebas daripada kemiskinan dan penderitaan


B Membebaskan diri daripada penjajahan Barat
C Merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi
D Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan

38 Gambar berikut adalah bendera Persekutuan yang akan dijadikan bendera kebangsaan.

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 12 SULIT


SULIT
1249/1

Siapakah pereka bentuk bendera tersebut?

A Saiful Bahari
B Mohamed Hamzah
C Tunku Abdul Rahman
D Yaacob Abdul Latiff

39 Bendera Union Jack telah diturunkan oleh Tahir Abdul Majid pada 12.00 tengah malam
di Kuala Lumpur.
Mengapakah bendera tersebut diturunkan?

A Tamatnya penjajahan British


B Gagasan Malaysia diisytiharkan
C Penukaran bendera negara yang baharu
D Berakhirnya Pentadbiran Tentera British

40 Selepas mencapai kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha
untuk membangunkan negara.
Apakah usaha tersebut?

I Menubuhkan FELDA
II Menubuhkan HICOM
III Mencipta bendera kebangsaan
IV Mengadakan Rancangan Malaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1249/1© Hak Cipta Panitia Sejarah 13 SULIT

Anda mungkin juga menyukai