Anda di halaman 1dari 8

MODUL PULUN 30 HARI – KERTAS 1_2

SPM 2020

1. Dialog berikut berkaitan dengan konsep tamadun.


Sejarawan Barat : Tapak ini maju dengan pembangunan lahiriah.
Bolehlah diisytiharkan sebagai kawasan bertamadun.
Sejarawan Islam: Kita juga perlu mengkaji pembangunan rohaniah masyarakatnya.
Apakah ciri pembangunan rohaniah?

A Ketinggian tatasusila B Keupayaan pemikiran


C Kehebatan kemahiran D Kepelbagaian kepercayaan

2. Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti berikut ?

➢ Mohenjo–Daro
➢ Harappa
A Lokasi strategik B Penduduk ramai
C Bidang geometri yang maju D Sumber alam yang banyak

3. Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat perlu menjadi pemerintah tentera. Mengapakah
syarat tersebut ditetapkan dalam tamadun Rom?
I Menghapuskan golongan penentang II Memudahkan penyebaran agama
III Memastikan ketua negara kuat IV Memilih pemimpin berwibawa

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


4. Rajah di bawah menunjukkan ikatan kolar kuda di Tamadun China.

Apakah tujuan mereka mencipta kolar kuda ?


A Menarik kenderaan B Membawa penumpang
C Menambah kelajuan D Membuat pengairan

5. Bagaimanakah kerajaan maritim berjaya memajukan ekonomi mereka?

A Kekayaan hasil hutan B Kemahiran membina kapal


C Kebolehan membina terusan D Penduduk yang ramai

1
6. Kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan adalah untuk

A menyembah raja B sebagai adat istiadat raja


C rakyat takut untuk derhaka D upacara keagamaan

7. Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?

A Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai B Mengamalkan penyembahan berhala


C Hidup berpecah belah D Tidak jujur dalam perniagaan

8. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Umur Peristiwa
35 tahun Menyelesaikan pertelingkahan perletakan semula Hajar Aswad

Apakah ciri keperibadian yang boleh dicontohi daripada peristiwa tersebut?

A Kegigihan B Bersemangat
C Bersifat pemaaf D Kebijaksanaan

9. Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?

A Memimpin angkatan tentera B Menjadi pentadbir wilayah


C Diberi pengecualian cukai D Diiktiraf sebagai rakyat

10. Antara berikut adalah kepentingan pembukaan semula kota Makkah

I Kota Makkah menjadi pusat pentadbiran Islam


II Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
III Penyebaran Islam seluruh Tanah Arab
IV Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

11. Kerajaan Rom Timur atau Byzantine dan kerajaan Parsi adalah kuasa yang mengancam
keselamatan kerajaan Islam Madinah.
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar mengatasi ancaman tersebut ?

A Mengambil tindakan ketenteraan B Menamatkan hubungan diplomatik


C Menghantar bayaran ufti setiap tahun D Menandatangani perjanjian persahabatan

12. Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat
orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.
Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut ?

A Warisan bangsa B Jurai keturunan


C Kecemerlangan individu D Pengumpulan kekayaan

2
13. Jadual berikut menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Negeri

Negeri Cara pengislaman pemerintah


Pattani Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said
Pasai Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail
Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah ?

A Mengharapkan anugerah B Menguasai kerajaan


C Menarik perhatian rakyat D Menyekat pengaruh agama lain

14. Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah
fungsi institusi tersebut?

A Menjaga perbendaharaan negara B Menguruskan adat istiadat istana


C Menyeragamkan sistem pentadbiran D Mengawal pelaksanaan undang-undang

15. Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.

Zillullah fil-alam
Zillullah fil-ardh

Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

A Melambangkan kemakmuran kerajaan B Mengekalkan warisan tradisi


C Mengesahkan kewibawaan D Memelihara hak penduduk

16. Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad
ke-I6?

A Mengetuai protokol di istana B Mengawal keamanan dalam negeri


C Menjaga urusan kelautan D Menjaga keselamatan kawasan perairan

17. Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.


Apakah peranan golongan tersebut?

A Menyebarkan agama B Menjelajah ke kawasan luar


C Menganggotai pasukan tentera D Menaungi golongan pelukis

18. Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad
ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?

A Menentang penggunaan mesin B Menentang penggunaan buruh wanita


C Membantah pengurangan masa bekerja D Membantah penubuhan persatuan pekerja

19. Pada tahun 1913, British telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu.
Apakah tujuan akta tersebut diluluskan?

A Meningkatkan taraf hidup masyarakat B Mengatasi masalah pencemaran


C Menghapuskan cukai tanaman D Melindungi kepentingan ekonomi penjajah

3
20. Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mewujudkan

I pengasingan sosial dan budaya


II perbezaan pendidikan dan pekerjaan
III pertambahan keperluan bahan mentah
IV peningkatan taraf hidup penduduk

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

21. Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia
Tenggara.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Kemasukan kaum imigran tidak terkawal B Kemunculan ramai golongan intelek


C Kewujudan golongan bangsawan D Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

22. Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo di Filipina. Apakah kesan pengenalan sistem
tersebut?

A Pertambahan tenaga kerja asing B Penindasan penduduk peribumi


C Pengangguran semakin meningkat D Pengeluaran hasil pertanian berkurangan

23. Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme
di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

I Pengaruh komunis II Bantuan ketenteraan


III Pengaruh hasil karya IV Kedudukan geografi

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

24. Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding
dengan Negeri-Negeri Selat?

A Kekurangan sumber modal B Penolakan ideologi Kaum Muda


C Penguatkuasaan undang-undang D Ketiadaan pemimpin berkebolehan

25. Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

I Lambang-lambang II Kekuatan ketenteraan


III Kebebasan asasi IV Keunggulan undang-undang

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

26. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895
mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya?

A Pemerintahan raja berkuasa mutlak B Perlembagaan bertulis yang lengkap


C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum D Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

4
27. Gambar berikut merujuk kepada penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Mengapakah berlaku tindakan sedemikian?

A Menolak sistem demokrasi B Memusnahkan status quo


C Pembentukan pelbagai budaya D Penghapusan ekonomi tradisional

28. Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak
kepada British pada tahun 1946.

KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH

Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’


(KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ?
A Taraf kerajaan sendiri terjejas B Sempadan negeri akan diubah
C Majlis Tertinggi Negeri dibubar D Mahkamah Anak Negeri dimansuhkan

29. Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?
A Mendapat peluang mentadbir kerajaan B Mengekalkan pentadbiran tradisional
C Mendapat pengiktirafan kuasa besar D Menjimatkan kewangan kerajaan

30. Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
A Menganjurkan rundingan antara kaum B Melantik pegawai pentadbiran baru
C Mencadangkan tarikh pilihan raya D Merangka perlembagaan

31. Mengapakah British menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia?


I Dapat menghalang kemasukan imigran
II Mampu membendung pengaruh komunis
III Berupaya memperkukuh sistem pertahanan
IV Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

5
32. Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia. Apakah kesan sekiranya
Brunei menyertai Malaysia?
A Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat
B Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh
C Pengaruh golongan sosialis meningkat
D Sumber ekonomi bertambah banyak

33. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan
sistem tersebut?
I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
II Boleh menggunakan kuasa budi bicara
III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


34. Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas
dan adil di Malaysia?
A Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya
B Tidak memihak kepada mana-mana parti politik
C Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu
D Menyalurkan bantuan kewangan kepada parti yang bertanding

35. Apakah maksud dua ekor harimau dalam Jata Negara?

A Keberanian B Perpaduan rakyat


C Kemegahan penduduk D Kesangupan berkorban

36. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah
Rancangan Malaya Pertama.
Apakah matlamat agensi tersebut?

A Menstabilkan harga pasaran


B Menggalakkan pelaburan modal asing
C Merangsang penglibatan sektor swasta
D Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

6
37. Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar berikut?
Tahun 1984
Perkara Dasar Kependudukan
Matlamat Meningkatkan jumlah penduduk Malaysia menjadi 70 juta
dalam tempoh 115 hingga 120 tahun
I Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran
II Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
III Menambahkan bilangan tenaga kerja
IV Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

38. Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkan perang
tersebut ?

A Perancis bersekutu dengan Rusia B Wilayah Jerman diceroboh


C Bakal raja Austria dibunuh D Pearl Harbour diserang

39. Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?

A Ideologi komunis berkembang B Perdagangan antarabangsa terjejas


C Keselamatan negara jiran terancam D Penindasan terhadap rakyat berleluasa

40. Apakah kunci utama yang menentukan kejayaan dasar k-ekonomi?


A Inovasi B Integreti
C Ketekunan D Sokongan pihak swasta

KERTAS SOALAN TAMAT

7
PERATURAN PERMARKAHAN SEJARAH
MODUL PULUN 30 HARI KERTAS 1_2 SPM 2020

NO JAWAPAN MS NO JAWAPAN MS
1 (TING 4 A 5 21 (TING 5) B 16
2 C 24 22 B 15
3 D 44 23 D 49
4 A 52 24 C 50
5 B 78 25 B 75
6 C 85 26 B 80
7 C 102 27 B 99
8 D 106 28 A 110
9 D 127 29 A 119
10 D 135-136 30 D 125
11 A 145 31 C 116
12 C 161 32 C 145-146
13 C 176 33 A 140
14 A 191 34 B 167
15 C 197 35 A 177
16 C 209 36 D 198
17 D 218 37 D 230-231
18 A 236 38 C 230-231
19 D 260 39 D 239
20 A 26475 40 A 262

Anda mungkin juga menyukai