Anda di halaman 1dari 13

Sekolah Menengah Sri UCSI

Peperiksaan Akhir Tahun 2021


Tingkatan 4
Markah :
Sejarah Kertas 1
Masa : 1 jam

Nama: Yee Wen Qi

Kelas: 4 Alpha

Arahan : Jawab semua soalan


Tuliskan jawapan anda di ruang jawapan muka surat 13.

1. Gambar 1 menunjukkan inskripsi Telaga Batu dalam kerajaan Srivijaya.

Antara yang berikut, ciri negara bangsa manakah yang berkaitan dengan gambar
tersebut?
A. Raja
B. Rakyat
C. Undang-undang
D. Wilayah pengaruh

2. Kedaulatan merupakan salah satu ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah bukti kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka?
A. Kesetian Rakyat
B. Empayar yang terkenal
C. Masyarakat yang teratur
D. Pengiktirafan oleh kerajaan Dinasti Ming

1
3. Dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, pembesar manakah yang menjalankan
tugas berikut?

Menguruskan perbendaharaan secara aturan

A. Bendahara
B. Laksamana
C. Temenggung
D. Penghulu Bendahari

4. Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.


Hukum Kanun Melaka
Fasal 4 Hukum bunuh

Bagaimanakah seseorang boleh dikenakan hukuman tersebut?


A. Mencuri barang orang lain
B. Memalsukan titah sultan
C. Menetang pembesar
D. Memeras ugut rakyat

5. Mengapakah berlaku revolusi berikut?


Tahun Revolusi
1688 Revolusi Keagungan
1789 Revolusi Perancis
A. Mengukuhkan kuasa raja
B. Memelihara kedaulatan negara
C. Memperjuangkan kebebasan rakyat
D. Menentang kemasukan kapitalis Barat

2
6. Dr. Sun Yat Sen menggunakan Tiga Prinsip Rakyat berikut sebagai ideology
perjuangannya.
 Nasionalisme
 Demokrasi
 Kebajikan sosial

Apakah kesan    penggunaan prinsip tersebut?


I. Pemantapan perpaduan kaum
II. Pengukuhan golongan tentera
III. Penggulingan Dinasti Manchu
IV. Pembentukan pemerintahan republik

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

7. Nasionalisme Burma digerakkan oleh golongan berikut.

Golongan kelas pertengahan


berpendidikan Barat

Mengapakah golongan tersebut menentang imperialisme British di Burma?


A. Pendidikan Barat yang diperkenalkan
B. Kemasukan pengaruh budaya Barat
C. Kanak-kanak dilarang hadir sekolah
D. Kedudukan agama Buddha terancam

8. Apakah perjuangan golongan Mandarin dalam gerakan nasionalisme di Vietnam?


A. Mengekalkan tradisi Buddha
B. Memulihkan pemerintahan beraja
C. Melindungi kepentingan kaum tani
D. Menentang kemasukan fahaman komunis

9. Pada 28 Jun 1914, berlaku pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya.

3
Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
A. Pembentukan pakatan ketenteraan
B. Bermulanya kemelesetan ekonomi
C. Tercetusnya Perang Dunia Pertama
D. Britain mengenakan sekatan ekonomi

10. Apakah yang membawa kepada pembentukan pakatan ketenteraan berikut?


 Pakatan Bertiga
 Pakatan Kuasa Tengah
A. Krisis kewangan
B. Krisis pertahanan
C. Pembunuhan pemerintah
D. Permusuhan kuasa Eropah

11. Mengapakah Kesatuan Melayu Muda amat terpengaruh dengan slogan berikut yang
diperjuangkan oleh Jepun?

 Asia untuk Asia


 Lingkungan
Kesemakmuran Asia Timur
Raya
A. Mencapai kemerdekaan
B. Menjamin kesejahteraan hidup
C. Mengukuhkan pasukan tentera
D. Membangunkan ekonomi negara

12. Pentadbiran tentera Jepun telah memberikan layanan yang kejam terhadap kaum Cina di
Tanah Melayu. Apakah tindakan kaum Cina bagi mengelakkan mereka dibunuh dan
diseksa?
A. Mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya
B. Menyertai pasukan askar British
C. Mencari tempat persembunyian
D. Pulang ke negara asal.

4
13. British Military Administration (BMA) bermula pada 12 September 1945 di Tanah
Melayu.Apakah tugas BMA?
I. Menentang Jepun
II. Melatih rekrut tentera
III. Mengembalikan kestabilan
IV. Memulihkan kepercayaan rakyat

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

14. Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu pada 1 April 1946. Bagaimanakah
kedudukan Raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
A. Ketua pentadbir
B. Ketua Eksekutif
C. Penggubal dasar
D. Ahli Majlis Raja-Raja

15. Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan
Union. Mengapakah kerajaan British mewujudkan prinsip tersebut?
A. Meningkatkan taraf hidup
B. Memenuhi tuntutan rakyat
C. Memantapkan pentadbiran
D. Melindungi kepentingan ekonomi

16. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diserahkan kepada British. Mengapakah Vyner
Brooke menyerahkan Sarawak kepada British?
A. Masalah pewarisan takhta
B. Mempercayai kewibaan British
C. Mengekalkan kedaulatan negeri
D. Mengekalkan kesejteraan Sarawak

5
17. Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga
pertengahan bulan November 1946. Apakah antara cadangan jawatankuasa tersebut?
A. Menjaga keistimewaan orang Melayu
B. Melonggarkan syarat kewarganegaraan
C. Menubuhkan Majlis Raja-Raja Melayu
D. Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

18. Apakah tindakan PUTERA-AMCJA apabila British menolak Perlembagaan Rakyat?


A. Meletakkan jawatan
B. Menganjurkan hartal
C. Menghantar surat bantahan
D. Mengadakan tunjuk perasaan

19. Siapakah yang dipanggil rakyat Raja dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A. Orang yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British
yang lain
B. Orang Melayu dan Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang
mempunyai sultan
C. Orang yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu
D. Orang yang bermastautin di Tanah Melayu

20. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?


I. Pengisytiharan kemerdekaan
II. Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk
III. Orang bukan Melayu menjadi warganegara
IV. Kedudukan Raja-raja Melayu dikembalikan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

21. Siapakah yang mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948?

6
A. Sir Harold Rowdon Briggs
B. Sir Edward Gent
C. Sir Henry Gurney
D. Sir Gereld Templer

22. Maklumat berikut menerangkan usaha British semasa darurat di Tanah Melayu.

 Mengadakan pilihan raya


 Menawarkan hadiah wang tunai
 Memenangi kepercayaan Orang Asli

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan usaha tersebut?


A. Perang saraf
B. Rancangan Briggs
C. Perintah berkurung
D. Tawaran pengampunan

23. Apakah tindakan yang diambil semasa perang saraf?


I. Melonggarkan syarat kewarganegaraan
II. Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
III. Mengadakan pemilihan ketua kampung
IV. Melonggarkan kemasukan warga asing.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

24. Apakah kesan penempatan semula Kampung Baru?


A. Hubungan antara kaum semakin renggang
B. Penduduk Persekutuan Tanah Melayu semakin sengsara
C. Meningkatkan kos perbelanjaan
D. Meningkatkan kemajuan negara

7
25. Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?
A. Mencapai kemerdekaan
B. Membina negara bangsa
C. Mewujudkan keharmonian
D. Menjaga keamanan negara

26. Lembaga berikut ditubuhkan atas tuntutan daripada Dato’ Onn Jaafar.
Tahun 1950
Lembaga Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Apakah isu yang menyebabkan penubuhan lembaga tersebut
A. Melaksanakan keadilan sosial
B. Membangunkan industri desa
C. Meningkatkan ekonomi orang Melayu
D. Menggalakkan kemasukan pemodal asing

27. Apakah yang berkaitan dengan laporan berikut?

 Laporan Barnes 1951


 Laporan Fenn-Wu 1951
A. Kemasukan imigran Cina
B. Kelonggaran syarat kewarganegaraan
C. Pembentukan sistem pendidikan kebangsaan
D. Perjuangan ke arah pembinaan negara bangsa

28. Apakah matlamat penubuhan United Malays National Organisation (UMNO)?


A. Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya
B. Menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain untuk
mencapai kemerdekaan
C. Memperjuangan hak yang sama untuk semua kaum

8
D. Menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu

29. Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji hal
ehwal pilihanraya yang akan dijalankan. Apakah jawatankuasa tersebut?
A. Jawatankuasa Pilihan Raya
B. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
C. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
D. Jawatankuasa Perundangan Persekutuan

30. Apakah persamaan syarat untuk yang berikut?

 Menjadi pengundi
 Menjadi calon pilihan raya

I. Berumur 21 tahun ke atas


II. Penamaan oleh Perdana Menteri
III. Sumbangan professional kepada negara
IV. Wargenegara Persekutuan Tanah Melayu

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

31. Bagaimanakah 52 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dipilih?


A. Dipilih melalui pilihan raya
B. Dilantik oleh Ketua Menteri
C. Dilantik oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat
D. Dipilih oleh kumpulan yang berkepentingan
32. Apakah maksud kuasa veto?
A. Hak atau kuasa yang diberikan sesiapa yang layak
B. Hak atau kuasa yang diberikan kepada pihak tertentu sahaja, kuasa
pembatal
C. Hak atau kuasa penuh yang diberikan kepada sesiapa sahaja
D. Hak atau kuasa yang diberikan kepada pemimpin negara

9
33. Tokoh berikut terlibat dalam rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
 Tunku Abdul Rahman

Apakah peranan beliau dalam rombongan tersebut?


A. Menjadi juru Bahasa
B. Pemerhati rundingan
C. Mengetuai rombongan
D. Setiausaha rombongan

34. Maklumat berikut berkaitan dengan sambutan kemerdekaan.

Sambutan pemimpin pelbagai kaum terhadap


rombongan kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.

Apakah simbolik daripada sambutan tersebut?


A. Semangat kerjasama
B. Sokongan terhadap kemerdekaan
C. Keyakinan penduduk terhadap rombongan
D. Kebanggaan terhadap Tunku Abdul Rahman.

35. Berapa lamakah tempoh pelantikan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-raja
Melayu?
A. Lima tahun
B. Enam tahun
C. Tujuh tahun
D. Lapan tahun
36. Terdapat pelbagai reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah reaksi tersebut?
I. UMNO menerima prinsip kerakyatan jus soli
II. Parti Negara menolak syarat kerakyatan yang longgar
III. Pertubuhan Cina mahukan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.

10
IV. PAS mahu bahasa Arab diajar di sekolah agama.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

37. Apakah tarif kemerdekaan menurut Kamus Dewan?


A. Merangkumi politik, ekonomi dan moral
B. Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan
C. Membebaskan diri daripada penjajahan Barat
D. Pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas.

38. Mengapakah lagu God Save The Queen dimainkan pada malam sambutan
kemerdekaan?
A. Bukti kekuatan pengaruh British
B. Lambang penguasaan kerajaan British
C. Tanda berakhirnya pentadbiran British
D. Simbol hormat kepada kerajaan British.

39. Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia setelah mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957?
A. Membanteras golongan radikal
B. Mewujudkan perpaduan kaum
C. Mentadbir negara secara aman
D. Menggantikan pegawai Eropah

40. Selepas merdeka, Malaysia menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan
antarabangsa. Apakah kesannya?
A. Menjamin pelaburan asing
B. Meningkatkan ekonomi Malaysia
C. Meningkatkan hubungan antarabangsa

11
D. Memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling.

12
1. C 15. B 29 A

2. D 16. A 30 B

3. D 17. C 31 A

4. B 18. B 32 B

5. A 19. B 33 C

6. B 20. D 34 C

7. D 21 B 35 A

8. B 22. A 36 C

9. C 23. A 37 B

10. B 24. A 38 C

11. A 25. C 39 D

12. A 26. B 40 D

13 D 27. C JUMLAH:

14 D 28. B
40

13

Anda mungkin juga menyukai