Anda di halaman 1dari 4

1. Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia menurut J.S.

Furnivall adalah
i.
                             Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik
              ii.            Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu
            iii.            Terpisah disebabkan unit politik yang berbeza
            iv.            Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa, kebudayaan yang tersendiri
A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

2. Apakah faktor yang telah menyebabkan wujudnya masyarakat pelbagai bangsa di negara ini?

A.    Imperialisma
B.     Kolonialisma
C.     Kapitalisma
D.    Federalisma

3. Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan perpaduan dan
hubungan etnik
i.
                                Agama Islam agama rasmi negara
                 ii.            Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
               iii.            Hak istimewa orang Melayu
               iv.            Politik
A.  i dan ii
B.  i, ii dan iii
C.  ii, iii dan iv
D.  Semua di atas

4. Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi kebebasan
untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada ________ Perlembagaan
Persekutuan.
A.    Perkara 3 (1)
B.     Perkara 152
C.     Perkara 153
D.    Perkara 160

5. Dari segi budaya, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses _________
dengan masyarakat tempatan.
A.    Asimilasi
B.     Amalgamasi
C.     Naturalisasi
D.    Integrasi

6. Menurut ajaran Islam, tujuan utama manusia diciptakan berbangsa-bangsa adalah


A.    Untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain
B.     Mencari apakah kelemahan bangsa lain
C.     Membentuk ukuwah
D.    Berbaik-baik di antara satu sama lain

7. Kesan kedatangan bangsa asing ke negara ini adalah seperti berikut KECUALI


A.    Sekolah pelbagai aliran
B.     Bahasa yang berlainan
C.     Pertumbuhan pekan-pekan kecil
D.    Kegiatan ekonomi yang berlainan

8. Kadazan, Dusun,Bajau.
Ketiga-tiga sukudi atas adalah suku kaum yang terdapat di
A.    Sabah
B.     Sarawak
C.     Orang asli
D.    Wilayah Persekutuan

9. Berikut merupakan faktor mengapakah buruh-buruh daripada China dan India berminat untuk
datang bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu KECUALI
A.    Ketidakstabilan politik di negara asal
B.     Pertambahan penduduk dan kekurangan makanan
C.     Galakkan daripada Sultan
D.    Kekurangan pekerjaan di negara asal

10. Orang Cina yang bekerja di ladang gambir di Tanah Melayu di bawa masuk melalui sistem

A.    Sistem Ahli
B.     Sistem Kangcu
C.     Sistem Kangani
D.    Sistem Kad

11. Pilih kenyataan yang SALAH

A.    Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu telah berlaku sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
B.     Sebelum penjajahan British, kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu adalah bermotifkan perdagangan
sahaja.
C.     Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu semasa penjajahan British telah memberikan kesan kepada
pembangunan ekonomi Tanah Melayu.
D.     Bangsa asing datang untuk menyebarkan agama dan budaya mereka.

12. Pendidikan awal secara tidak formal bagi masyarakat Melayu yang terkenal sebelum kemerdekaan
adalah

A.    Sekolah Rakyat
B.     Sekolah Agama Rakyat
C.     Sekolah Agama
D.    Sekolah Pondok

13. Ciri-ciri pendidikan Melayu di zaman penjajahan British adalah seperti berikutKECUALI

A.    Struktur bangunan yang tidak sempurna hanya beratapkan rumbia dan lantai tanah
B.     Tidak ada pendidikan Inggeris di sekolah Melayu
C.     Sekolah Melayu setakat sekolah rendah sahaja
D.    Sekolah Melayu dibiayai oleh guru-guru agama

14.       “Hanya wujud satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun, ia
ditentang oleh orang Cina dan Melayu yang merasakan ia boleh membunuh bahasa ibunda masing-
masing.”
Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu laporan pendidikan sebelum merdeka. Laporan tersebut
adalah

A.    Laporan Barnes
B.     Laporan Rahman Talib
C.     Laporan Razak
D.    Laporan Kabinet
15. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu yang didirikan oleh pihak British dan ia terbuka
kepada semua kaum di Tanah Melayu adalah

A.    Free School
B.     Penang Free School
C.     King Edward School
D.    Raffles College

16. Masyarakat Melayu terkebelakang dalam bidang pendidikan yang disediakan oleh penjajah
British  pada peringkat awal kerana

i. Takut anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian


ii. Minda masyarakat Melayu yang masih belum terbuka
iii. Masyarakat Melayu masih tidak tahu kepentingan pendidikan
iv. Sekolah jauh dari tempat tinggal

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

17. Antara isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai
perkara-perkara berikut iaitu:

i. Berilmu
ii. Berakhlak Mulia
iii. Bertanggungjawab
iv. Berketrampilan
A.     i dan ii
B.     i, ii dan iv
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

18. Di bawah sistem pendidikan kebangsaan, sekolah-sekolah seperti sekolah berasrama, sekolah khas,
dan sekolah sukan adalah terletak di bawah kategori

A. Sekolah Khas
B. Sekolah Menengah
C. Sekolah Lepasan Menengah
D. Sekolah Jenis Kebangsaan

19. Objektif pelaksanaan J-Qaf di sekolah rendah adalah untuk

A. Membolehkan pelajar menguasai bahasa Arab


B. Membolehkan pelajar menguasai Al-Quran, bahasa Arab, Jawi dan Fardu Ain
C. Untuk kanak-kanak Islam mempelajari Islam
D. Untuk mempelajari asas-asas bahasa Arab
20. Antara cirri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan perlu bertunjangkan kepada kepercayaan
kepada Tuhan. Ini membawa maksud berikut KECUALI

A. Untuk membentuk manusia yang seimbang rohani dan jasmani


B. Untuk melahirkan manusia yang berakhlak mulia
C. Semua tindakan berlandaskan ajaran agama
D. Memupuk rasa bangga pada diri sendiri
21. Berikut merupakan ciri-ciri sekolah pondok sebelum penjajahan BritishKECUALI
A. Terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak
B. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
C. Menyediakan pendidikan sains dan matematik
D. Dijalankan di madrasah-madrasah dan bangunan yang dibina sendiri

Anda mungkin juga menyukai