Anda di halaman 1dari 18

SULIT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER I
SESI 2012/2013

NAMA KURSUS : TAMADUN ISLAM


DAN TAMADUN ASIA

KOD KURSUS : UWA10302/UMA1162

PROGRAM : 1 BDD/BEB/BEC/BED/BEE/BEH/
BEU/BEW/BFF/BIM/BIP/BIS/
BIT/BIW/BNB/BNH/BNL/
BNN/BPA/BPB/BPC
2 BBV/BDD/BEC/BED/BEE/
BEH/BEU/BFF/BPB
3 BDD/BEE/BFF
4 BEE/BPA

TARIKH PEPERIKSAAN : JANUARI 2013

JANGKA MASA : 2 JAM

ARAHAN : A) JAWAB SEMUA SOALAN


DALAM BORANG OMR
YANG DISEDIAKAN

B) DILARANG MEMBAWA KERTAS


SOALAN INI KELUAR DARI
DEWAN PEPERIKSAAN
UWA10302/UMA1162

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI LAPAN BELAS (18) MUKA SURAT

SULIT
S1 Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

A kehalusan etika
B kehalusan moral
C kehalusan kesenian
D kehalusan budi bahasa

S2 Istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada

A falsafah jati diri


B kemajuan jati diri
C sumber pembangunan diri
D kemajuan pembangunan diri

S3 Berikut adalah aspek penting takrif tamadun.

I Pencapaian budi pekerti yang boleh diterima


II Pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi
III Pembentukan peribadi dan personaliti komuniti yang terpuji
IV Pencapaian kesenian dan kesusasteraan pada tahap yang biasa

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

S4 Berikut adalah antara kepentingan mengkaji dan mempelajari ilmu dan isu-isu ketamadunan
kecuali

A dapat mengenalpasti keperluan untuk Malaysia menyisihkan diri dari arena


globalisasi
B dapat menghubungkaitkan perkembangan tamadun dunia dengan idea pembinaan
negara Malaysia
C dapat memahami bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti
kepelbagaian budaya, jihad dan hegemoni barat
D dapat mengenalpasti idea clash of civilisation, peri pentingnya dialog, cabaran
globalisasi dan pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa

S5 Apakah ciri utama tamadun menurut Jurji Zaydan di dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun
al-Islami?

A Revolusi pertanian
B Kehidupan ekonomi
C Sains dan pendidikan
D Negara Islam dan pemerintahan
2
UWA10302/UMA1162

S6 Pernyataan berikut adalah benar mengenai negara bertamadun menurut Darcy Riberio dalam
bukunya The Civilized Society kecuali

A pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial


B kehidupan beradab merupakan tuntutan kehidupan beragama
C bermula penternakan dan pembahagian kerja berdasarkan kumpulan
D berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam pertanian

S7 Ciri-ciri dasar tamadun yang bersifat sejagat adalah

I kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial


II peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna
III keruntuhan nilai lokaliti dan peningkatan nilai universal
IV kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S8 Berikut adalah antara faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun


dunia kecuali

A persaingan dengan tamadun lain


B rangsangan keagamaan dan kerohanian
C limpahan kekayaaan dan kemewahan hidup
D peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi

S9 Perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun adalah

I berlaku bencana alam


II pemerintahan yang zalim
III nilai-nilai moral yang rapuh
IV peperangan yang berpanjangan

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S10 Pernyataan berikut adalah kesan positif hasil dari interaksi antara tamadun kecuali

A penyebaran ilmu
B penyebaran agama
C perkembangan generasi
3
UWA10302/UMA1162

D perkembangan teknologi

S11 Pilih pernyataan yang benar tentang interaksi antara tamadun Islam dengan Cina.

A Seluruh rakyat Cina memeluk Islam


B Asimilasi budaya masyarakat Cina terlalu ketara
C Pembinaan beribu-ribu masjid dan dewan membaca al-Quran
D Perubahan secara menyeluruh bangunan di Cina kepada corak Islam

S12 Pilih pernyataan yang benar tentang interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun
Melayu.

A Penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab


B Perubahan budaya masyarakat Melayu terlalu ketara
C Pengunaan bahasa Arab dengan meluas di kalangan masyarakat Melayu
D Perubahan secara menyeluruh binaan bangunan di Alam Melayu kepada corak seni
bina Islam

S13 Faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun ialah

A politik yang kukuh


B kehalusan budi bahasa
C pencapaian materialistik
D harta rampasan perang yang banyak

S14 Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kepentingan akhlak dalam menjamin
kesinambungan sesebuah tamadun.

Akhlak penting kerana agama menganggapnya penting


Nilai akhlak boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian akal manusia
Akhlak yang baik boleh memberikan kesan positif terhadap kehidupan
D kemantapan akhlak menyebabkan tamadun manusia seimbang dari aspek fizikal dan
spiritual

S15 Akidah dalam Islam merupakan

A penampilan akhlak murni dan baik dalam kehidupan seharian


B kesungguhan dalam melaksanakan amalan solat, haji dan membaca al-Quran
C kehebatan melaksanakan perkara yang disuruh dengan penuh yakin kepada Allah
D Keyakinan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap
Muslim

S16 Berikut adalah kenyataan yang benar hubungan antara akidah dengan tamadun Islam kecuali

A akidah tauhid adalah tunjang kepada pembinaan tamadun Islam


B seluruh aktiviti kehidupan hendaklah berpaksikan keimanan kepada Allah
C seluruh kehidupan umat Islam mesti berlegar dalam ruang lingkup keagamaan
4
UWA10302/UMA1162

D tamadun Islam bergerak atas dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial

S17 Manakah antara berikut merupakan asas kepada akidah Islam?

A Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qadha’ dan Qadar


B Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar
C Allah, Malaikat, Al-Qur’an dan Injil, Rasul, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar
D Allah, Malaikat, Kitab, Nabi Muhammad S.A.W, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar

S18 Penyataan berikut adalah benar mengenai kesan akidah Islam dalam kehidupan sejagat.

A Menjadikan ulama sebagai pemimpin negara


B Menekankan peringkat tertinggi pencapaian manusia
C Memberi jiwa dan raga terhadap kemajuan yang sebenar
D Mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam semua bidang

S19 Apakah keistimewaan tamadun Islam?

A Adat melahirkan tamadun


B Agama melahirkan tamadun
C Budaya melahirkan tamadun
D Bahasa melahirkan tamadun

S20 Pada umumnya prinsip dan matlamat tamadun Islam merangkumi

A melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah mengikut panduan dan kehendak


masyarakat
B keagungan dan keluhuran nilai kerohanian dan kemanusiaan berbanding dengan nilai
kebendaan
C pengabdian diri kepada Allah S.W.T. di dalam ibadat khusus, umum dan seluruh
kegiatan hidup
D berorganisasi atas asas akidah yang menjamin daripada sifat menyeleweng dan
menzalimi manusia dan makhluk lain

S21 Berikut adalah antara asas kepada tamadun Islam.

I Akidah tauhid
II Hukum hakam Islam
III Kepimpinan dalam Islam
IV Pembangunan dalam Islam

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5
UWA10302/UMA1162

S22 Berikut adalah sumber bagi tamadun Islam

I Ijtihad
II Al-Quran
III Al-Sunnah
IV Tamadun dan budaya lain

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S23 Apakah yang dikaitkan dengan sifat-sifat tamadun Islam?

I Sesuai sepanjang zaman


II Seruan keadilan untuk semua insan
III Toleransi terhadap tamadun dan budaya lain
IV Menekankan peringkat tertinggi pencapaian manusia

A I, II dan III
B I, III dan VI
C II, III dan IV
D Semua di atas

S24 Islam bermula sebagai sebuah negara dan tamadun selepas berlakunya peristiwa

A hijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Yaman


B hijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah
C hijrah dari Madinah al-Munawwarah ke Mekah al-Mukarramah dan peperangan
Badar
D hijrah dari Madinah al-Munawwarah ke Mekah al-Mukarramah dan pembukaan
kota Mekah

S25 Penyataan berikut adalah benar mengenai matlamat tamadun Islam.

A Mengutamakan pencapaian di dunia


B Kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
C Melakukan ibadah secara bersungguh-sungguh
D Toleransi terhadap semua perkara antara dunia dan akhirat

S26 Susunkan dasar-dasar tamadun Islam mengikut keutamaan.

A Memelihara akal, nyawa, agama, kehormatan dan harta


B Memelihara agama, akal, nyawa, harta dan kehormatan
C Memelihara akal, agama, nyawa, kehormatan dan harta
D Memelihara agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta

6
UWA10302/UMA1162

S27 Antara aspek ilmu dan intelektual yang menonjol dalam tamadun Islam ialah

I perubatan
II teknologi letupan
III matematik dan astronomi
IV ekonomi dan perdagangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

S28 Berikut adalah antara punca utama kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam kecuali

A kelemahan pemimpin
B ketiadaan semangat jihad
C kelemahan ekonomi sara hidup
D kongkongan dari kuasa-kuasa besar

S29 Antara pendekatan jihad yang utama dalam Islam ialah

I jihad nafsu
II jihad ilmu dan pendidikan
III jihad mempertahankan kesucian Islam
IV jihad menguasai empayar dan negara baharu

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S30 Tumpuan yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam membentuk negara dan
sistem pemerintahan Islam yang berasaskan kepada al-Quran adalah seperti berikut kecuali

A mewujudkan sebuah komuniti Islam


B memberi kekayaan kepada masyarakat Islam
C menyusun sistem politik dan pemerintahan yang baik
D melaksanakan sistem ekonomi berasaskan ajaran Islam

7
UWA10302/UMA1162

S31 Berikut adalah prinsip dan tanggungjawab Khulafa’ al-Rasyidin dalam mengekalkan corak
kepimpinan Rasulullah S.A.W. kecuali

A menentukan kaum kerabat Nabi sahaja yang boleh memegang tampok pemerintahan
B memelihara keharmonian agama Islam dan mengawasi pelaksanaan ajarannya dengan
tegas
C mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah S.A.W. bagi menjamin keadilan
sejagat
D menyebar dan mengembangkan agama Islam sehingga ke seluruh Semenanjung
Arab, Mesir, Syria, Parsi, Iraq dan Teluk Parsi

S32 Pernyataan berikut adalah antara tindakan penting yang dilaksanakan oleh Abu Bakar al-
Siddiq selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

I Meningkatkan kekuatan tentera Islam


II Menghapuskan golongan riddah (murtad)
III Membunuh saudara mara yang tidak sehaluan
IV Mengembangkan wilayah Islam di sempadan Tanah Arab

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

S33 Berikut adalah perkara yang benar mengenai sains dan teknologi dalam Islam

I Ilmu sains dan teknologi datangnya daripada Allah S.W.T.


II Semua ilmu sains dan teknologi Barat bercanggah dengan syariat
III Matlamat utama sains dalam Islam dan teknologi ialah kesenangan di dunia
IV Ilmu sains dan teknologi sebagai alat memperhambakan diri kepada Allah S.W.T.

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV

S34 Berikut adalah antara wilayah yang menjadi tumpuan tamadun Melayu kecuali

A Laos
B Borneo
C Selatan Filipina
D Kepulauan Indonesia

S35 Istilah Melayu boleh ditakrif berdasarkan


8
UWA10302/UMA1162

A kulit dan paras rupanya


B aktiviti dan pekerjaannya
C tempat tinggal atau rumahnya
D rumpun bangsa dan bahasanya

S36 Pandangan semesta Melayu bertitik tolak dari

A manusia, flora dan fauna


B manusia, alam dan haiwan
C manusia, alam dan kehidupan
D manusia, jin dan makhluk halus

S37 Siapakah sarjana yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah
Arab ke Alam Melayu pada kurun ke-7M?

A G.E Marrison
B J.P. Moquette
C John Crawford
D Snouck Hurgronje

S38 Pernyataan berikut adalah benar mengenai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu
daripada Tanah Arab kecuali

A pengaruh pakaian masyarakat Arab


B penemuan batu bersurat di Terengganu
C hubungan perdagangan dengan Asia Barat
D peranan ulama Arab dalam proses pengislaman masyarakat Melayu

S39 Secara umumnya, Islam dikatakan sampai ke Tanah Melayu melalui tiga laluan iaitu

I perdagangan laut dari negara-negara Arab


II perdagangan darat ke benua Afrika dahulu, sebelum sampai ke
kawasan Asia Tenggara
III perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke
kawasan Asia Tenggara
IV perdagangan darat ke negara China dahulu sebelum mengikuti laluan
perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

S40 Menurut S.Q. Fatimi, Sultan Malikul Salih merupakan raja pertama Pasai berketurunan

9
UWA10302/UMA1162

A Arab
B Parsi
C Benggali
D Majapahit

S41 Pilih pernyataan yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu.

I Perlumbaan penyebaran agama


II Perlumbaan penyebaran budaya
III Keunggulan dan kebijaksanaan pendakwah
IV Keunggulan dan kebijaksanaan pakar dalam peperangan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

S42 Peradaban India yang bermula di Lembah Sungai Indus juga dikenali sebagai
peradaban

A Lembah Sind
B Mohenjo-Ganjes
C Sindus-Sarasvathi
D Harappa dan Mohenjo-Daro

S43 Orang-orang Arya yang memasuki India dan telah berinteraksi dengan penduduk tempatan
yang dikenali sebagai

A Tamil
B Sudra
C Daisyu
D Dravida

S44 Berikut merupakan kerajaan-kerajaan Islam di India kecuali

A Dinasti Ghuri
B Dinasti Khalji
C Dinasti Kurdis
D Dinasti Ghazni

S45 Apakah peranan yang dimainkan oleh orang-orang India ketika berhijrah ke Asia Tenggara?

10
UWA10302/UMA1162

A Pentadbir dan tentera


B Pedagang dan pelajar
C Tentera dan mubaligh agama
D Pedagang dan buruh perladangan

S46 Kuasa Islam mula bertapak dalam tamadun India pada Zaman

A Awal
B Vedik
C Pertengahan
D Penjajahan Barat

S47 Berikut merupakan sistem kasta dalam masyarakat India kecuali

A sundra
B ksyatria
C brahmin
D dharma

S48 Tamadun India mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kecuali

A kepelbagaian agama
B antara yang tertua di dunia
C penamaan berdasarkan agama
D mempunyai hubungan rapat dengan rantau Asia Tenggara

S49 Apakah penguasaan golongan Vaisya dalam sistem kasta masyarakat India?

A Menguasai bidang pertanian dan perindustriaan


B Menguasai bidang kepimpinan dan pemerintahan
C Menguasai bidang teknologi persenjataan dan ketenteraan
D Menguasai bidang perniagaan dan menjadi saudagar dan ceti

S50 Empat buah kitab utama menjadi pegangan kuat penduduk di India Utara.

A Yajur Veda, Ramayana dan Mahabarata


B Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda
C Sama Veda, Atharva Veda, Ramayana dan Mahabarata
D Atharva Veda, Ramayana, Mahabarata dan Bhagavad Gita

S51 Pilih pernyataan yang benar mengenai tamadun Harappa dan Mohenjo-Daro yang
dikatakan sebuah tamadun yang sangat popular.

11
UWA10302/UMA1162

A Banyak persamaan dengan budaya Melayu


B Mempunyai peninggalan sejarah yang banyak
C Negara yang memulakan pemakaian sari untuk wanita
D Mempunyai sistem perancangan bandar yang tersusun

S52 Apakah yang dimaksudkan dengan Vanaprahasta?

A Orang tua yang telah banyak menyelesaikan kerja-kerja agama


B Orang tua yang banyak menumpukan kepada ibadah tanpa menghiraukan keluarga
C Orang tua yang telah menyelesaikan tanggungjawab keluarga dan mendalami agama
D Orang tua yang telah banyak menghabiskan masa dan bersantai dengan anak-anak
dan tidak mengambil tahu pasal agama

S53 Zaman ini digelar Zaman Klasik atau Zaman keemasan budaya Hindu di India Utara

A Zaman Murya
B Zaman Gupta
C Zaman Harsha
D Zaman Sangam

S54 Apakah yang dimaksudkan dengan Mother Goddess dalam tamadun India?

A Wanita yang mempunyai kecantikan istimewa dalam masyarakat


B Wanita yang mempunyai ramai suami dan kaya dalam masyarakat
C Wanita yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat
D Wanita yang mempunyai ibu yang kuat beribadah kepada tuhan dalam masyarakat

S55 Apakah kelayakan menjadi keanggotaan mengikut sistem jati dalam tamadun India?

A Mengikut kelahiran
B Mengikut keturunan
C Mengikut taraf hidup
D Mengikut kebaikan yang dibuat

S56 Bagaimanakah tamadun Islam boleh menyerap ke dalam tamadun India ?

A Perdagangan
B Pertukaran kawasan
C Paksaan dan perhambaan
D Pemelukan dan penaklukan

S57 Penyebaran unsur-unsur tamadun India ke negara Asia berlaku melalui

I pendidikan
12
UWA10302/UMA1162

II penaklukan
III perdagangan
IV perkahwinan

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

S58 Berdasarkan bukti arkeologi, tamadun Cina bermula kira-kira 7000 tahun dahulu di

A Huanghe dan Canton


B Yangshoa dan Huanghe
C Huanghe dan Yangzijiang
D Chuan Chow dan Chang Chow

S59 Berikut adalah ciri-ciri utama tamadun Cina kecuali

A terbuka
B dinamik
C tahan lama
D diskriminasi

S60 Dinasti berikut adalah dinasti-dinasti yang berada di dalam tahap perkembangan tamadun
Cina antara tahun 221SM-1911M

I Hsia
II Shang
III Chou
IV Ming

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S61 Soalan 61, merujuk kepada pernyataan 1

13
UWA10302/UMA1162

Dalam tahap ini, keadaan negeri China berada dalam keadaan huru-hara dan berpecah-
belah serta peperangan sering berlaku. Dalam masa yang sama lahir aliran falsafah
seperti Kungfuzi, Laozi, Zhuangzi, Mozi serta pemikiran falsafah dan kesusasteraan
berkembang
Pernyataan 1

Tahap manakah yang sesuai dengan pernyataan 1?

A Tahap Transisi
B Tahap Pemulaan
C Tahap Penubuhan
D Tahap Perkembangan

S62 Manakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun Cina dengan
tamadun-tamadun lain?

A Imigrasi dan perkahwinan


B Perdagangan dan geografi
C Penaklukan dan pemelukan
D Perkahwinan dan perdagangan

S63 Apakah dua konsep utama yang mempengaruhi kewujudan satu sistem yang bertujuan
untuk mengawal keluarga dan negara dalam masyarakat Cina?

A Konsep Fong dan Sue


B Konsep Chun dan Qin
C Konsep Cheng dan Hoe
D Konsep Zhong dan Xiao

S64 Konsep Tian menurut fahaman dalam pandangan semesta tamadun Cina ialah

I kuasa penentu nasib sesebuah dinasti


II kuasa pemilih raja kepada sesebuah dinasti
III kuasa maha agung dan mengatasi segala sesuatu
IV kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

S65 Apakah pengertian ren dalam konsep nilai dan etika dalam ajaran Konfusianisme?

14
UWA10302/UMA1162

A Jujur dan kerjasama


B Murah hati dan kemuliaan
C Sopan santun dan kebahagiaan
D Kasih sayang dan kemanusiaan

S66 Siapakah pengasas konfusianisme?

A Mozi
B Louzi
C Mencius
D Konfusius

S67 Pertembungan antara tamadun Cina dan tamadun Barat telah menyebabkan tercetusnya
perang

A Candu
B Canton
C Wuhan
D Shanghai

S68 Antara sumbangan besar tamadun Cina terhadap perkembangan teknologi dunia adalah

I kompas
II percetakan
III bahan letupan
IV pembuatan kertas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D Semua di atas

S69 Berikut merupakan pengertian konsep Dao yang menjadi asas kepada pandangan semesta
tamadun Cina kecuali

A Dao bersifat azali


B Dao bermaksud jalan
C Dao adalah perbuatan baik atau buruk yang tidak melampaui batas
D Dao adalah prinsip agung yang mutlak serta asal usul semua makhluk

S70 Apakah yang dimaksud dengan hubungan asas (wu lun) dalam tradisi budaya Cina mengikut
sistem keluarga di negara China.

15
UWA10302/UMA1162

I Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya


II Hubungan antara seorang pemerintah dengan pemerintah
III Hubungan antara seorang lelaki dengan teman wanitanya
IV Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D II dan IV

S71 Apakah faktor yang menyebabkan ramai orang Arab-Islam melarikan diri dari negara China
ke Alam Melayu pada 878M?

A Pemberontakan di Canton
B Peningkatan kos sara hidup di Cina
C Kemasukan pengaruh Barat ke China
D Perkembangan Islam di Alam Melayu

S72 Apakah teori yang merujuk kepada percanggahan dan pertentangan daripada dua aspek
positif dan negatif dalam tamadun Cina?

A Teori Shi dan Shu


B Teori Yin dan Yang
C Teori Zhongyong dan Junzi
D Teori Feigong dan Feiming

S73 Bilakah berlaku kemuncak kegemilangan Islam di China?

A Dinasti Qin (221SM-207SM)


B Dinasti Han (206SM-220SM)
C Dinasti Ming (1368M-1644M)
D Dinasti Yuan (1271M-1368M)

S74 Apakah kesan daripada pertembungan tamadun Barat dengan tamadun Islam?

A Tidak menghilangkan ciri-ciri jati diri bagi seseorang Islam


B Jatidiri tamadun Islam dan jatidiri tamadun Asia tetap utuh dan teguh sebagaimana
mulanya
C Dunia pada hari ini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat
hegemoni
D Globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta oleh dunia barat sama sekali tidak
memberi kesan kepada tamadun Islam dan Asia

S75 Antara kenyataan berikut yang manakah bukan merupakan kesan positif hasil daripada
interaksi tamadun Barat terhadap tamadun Islam?

16
UWA10302/UMA1162

A Meningkatkan perkembangan sains dan teknologi dan memberi manfaat kepada


dunia Islam
B Cara hidup Barat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Asia dan
dunia amnya
C Membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan membawa
keselesaan material kepada masyarakat
D Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi pasaran juga telah menambahkan
kemewahan golongan menengah di kebanyakan negara

S76 Manakah antara berikut merupakan kesan pengaruh kuasa Barat terhadap sistem
pemerintahan dan politik di negara-negara Islam?

A Tersebar luasnya semangat demokrasi di dalam sistem politik global termasuk di


dunia Islam
B Sistem politik dan pemerintahan negara-negara Islam telah dipengaruhi oleh sistem
pemerintahan dan politik Barat
C Negara-negara Islam bebas untuk menentukan nasib dan hak bersuara mereka
sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kuasa
D Mana-mana negara yang tidak sealiran dan bertentangan dengan dasar dan Tamadun
Barat diberi kebebasan oleh kuasa besar Barat untuk menentukan polisi dan dasar
masing-masing

S77 Apakah pandangan barat terhadap Islam selepas peristiwa 11 September 2001?

A Islam semakin hebat di Barat


B Islam dilabel sebagai pengganas
C Islam semakin dihormati dan disanjungi
D Kedudukan umat Islam semakin terancam

S78 Manakah antara berikut merupakan isu-isu utama yang dibincangkan dalam dialog antara
tamadun?

I Keganasan dan ketidakadilan


II Kejahilan tentang tamadun lain
III Pencapaian pelbagai bidang sains
IV Perebutan kuasa politik dan ekonomi

A I, II dan III
B 1, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

S79 Apakah faktor yang menyebabkan Amerika Syarikat menganggap dirinya sebagai sebuah
kuasa politik global?

A Kekuatan ketenteraan dan militarinya


17
UWA10302/UMA1162

B Negara-negara lain memberi pengiktirafan akan kekuatan pengaruhnya


C Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu melantiknya sebagai polis dunia
D Tidak ada negara-negara lain yang dapat menyaingi kekuatan pengaruh dan
kehebatan ketenteraannya

S80 Apakah cabaran globalisasi yang dihadapi oleh dunia yang berbilang tamadun pada masa
kini?

I Dominasi Media oleh Barat


II Dominasi Politik oleh Barat
III Dominasi Ekonomi oleh Barat
IV Dominasi Budaya oleh kebendaan Barat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D Semua di atas

-SOALAN TAMAT-

18

Anda mungkin juga menyukai