Anda di halaman 1dari 5

BAB DUA:

1) Berikan faktor UTAMA kejatuhan tamadun Islam

a) Masyarakat Islam pada masa tersebut lemah dalam pegangan agama

b) Serangan dari tamadun luar (Mongol dan tentera salib)

c) Pemerintah yang lalai dari menjalankan kebajikan rakyat

d) Serangan budaya barat

2) Bilakah kecemerlangan tamadun Islam bermula?

a) Zaman Rasulullah (SAW)

b) Zaman Abbasiyah

c) Zaman Umaiyah

d) Zaman Uthamniyah Turki

3) Berikan faktor UTAMA kegemilangan tamadun Islam.

a) Kestabilan politik

b) Keunggulan ajaran Islam

c) Kewibawaan pemimpin dan sarjana

d) Keteguhan ekonomi.

4) Manakah elemen-elemen berikut merupakan ASAS kepada pembinaan Tamadun Islam

a) Akidah , syariah dan akhlak

b) Akidah, syariah dan al-Quran

c) Al-Quran, al-Sunnah dan Hadis

d) Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijtihad

5) Apakah matlamat UTAMA tamadun Islam?

a) Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia sejagat

b) Memenuhi tuntutan dan keperluan manusia di dunia

c) Kesejahteraan hidup dan memperolehi keredhaan Allah.


d) Keadilan dan keamanan hidup selamanya.

6) Berikut adalah peranan al-Sunnah terhadap al-Quran KECUALI:

a) Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

b) Memperincikan apa yang dijelaskan oleh al-Quran

c) Merupakan rujukan kedua selepas al-Quran

d) Merupakan pendahuluan kepada al-Quran

7) Pilih padanan yang BENAR antara tokoh dan sumbangannya kepada Tamadun Islam:

a) Al-Zahrawi merupakan pakar bedah dan menulis kitab al-Tasrif

b) Al-Razi merupakan ahli pelayaran dan menulis kitab al-Hawi

c) Al-Khawarizmi merupakan tokoh kimia dan menulis kitab al-Jabr

d) Ibn sina merupakan tokoh perubatan dan menulis kitab al-Muqabalah.

8) Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai matlamat tamadun Islam.

i Melahirkan manusia yang percaya kepada Tuhan


ii Melahirkan insan yang soleh
iii Melahirkan insan yang bertanggungjawab
iv Melahirkan manusia yang berjaya dunia dan akhirat

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D ii, iii dan iv

9) Manakah pernyataan yang TIDAK BENAR berkaitan tamadun Islam?

A Tamadun Islam bersifat fleksibel


B Tidak menerima pengaruh tamadun asing
C Al-Quran menjadi rujukan utama
D Mementingkan kesatuan dalam kepelbagaian
10) Manakah antara kronologi berikut menepati perkembangan sejarah tamadun Islam?

A Era Rasulullah S.A.W., Umaiyah, Khulafa al-Rasyidin, Abbasiyah, Uthmaniyah


B Era Rasulullah S.A.W., Khulafa al-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah
C Era Khulafa al-Rasyidin, Rasulullah S.A.W., Abbasiyah, Umaiyah, Uthmaniyah,
D Era Rasulullah S.A.W., Khulafa al-Rasyidin, Uthmaniyah, Umaiyah, Abbasiyah

11) Apakah faktor UTAMA yang menyumbang kepada perkembangan aktiviti keilmuan di Andalus?

i Peranan pemerintah
ii Peranan ilmuwan
iii Peranan masyarakat
iv Peranan agama Islam

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, iii dan iv
D Semua di atas

12) Pilih sumber sekunder bagi tamadun Islam.

i Al-Hadis
ii Al-Ijmak
iii Al-Istihsan
iv Tamadun asing

A i dan ii
B i, ii dan iii
C i, ii dan iv
D ii, iii dan iv

13) Ijtihad merupakan salah satu daripada sumber tamadun Islam.

Manakah antara berikut matlamat ijtihad dalam tamadun Islam?

i Kebebasan berfikir secara mutlak dapat diaplikasikan


ii Dapat menyelesaikan permasalahan semasa masyarakat Islam
iii Dapat membezakan pandangan dalam kalangan ulama
iv Dapat menyesuaikan isu semasa dengan hukum Islam

A i dan ii
B i dan iii
C ii dan iv
D iii dan iv

14. Pilih penyataan yang TIDAK BENAR mengenai faktor kemerosotan tamadun Islam.

A Ketidakstabilan dan kekacauan dalam negara Islam


B Pertikaian politik yang menyebabkan campur tangan pihak luar
C Wujudnya amalan sufisme dalam masyarakat Islam
D Masyarakat Islam kurang memberi tumpuan kepada sains dan teknologi

15. Manakah antara berikut merupakan faktor UTAMA pengaliran tamadun Islam ke
Eropah?

A Hubungan politik
B Aktiviti penterjemahan
C Kedudukan Andalus
D Peranan Mozarabes

16. Pilih padanan yang BENAR antara tokoh dan sumbangannya kepada tamadun Islam.

A Al-Zahrawi merupakan pakar bedah dan menulis kitab al-Tasrif


B Al-Razi merupakan ahli pelayaran dan menulis kitab al-Jabr
C Al-Khwarizmi merupakan tokoh kimia dan menulis kitab al-Hawi
D Ibn Sina merupakan tokoh perubatan dan menulis kitab al-Muqabalah

SOALAN ESEI

1) Nyatakan dua (2) peristilahan yang digunakan dalam mendefinisikan tamadun menurut
perspektif Islam serta sebutkan tiga (3 ) ciri-ciri yang dimiliki oleh tamadun Islam.
Ibn Khaldun
Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran
dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang
tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya
merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Sayyid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sisial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta
bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Ciri-ciri tamadun islam :


 Menjadikan al-Quran sbg panduan dan ikutan
 Islam menjadi asas utama
 Nabi Muhammad sebagai teras kepimpinan
 Meliputi semua bangsa tanpa mengira keturunan dan tidak bersifat fanatik
 Merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia

2) Tamadun Islam dikatakan unik kerana ianya lahir di tengah-tengah padang pasir dan satu-
satunya tamadun yang dihubungkan dengan agama.

a. Berikan Tiga (3 ) keistimewaan tamadun Islam

Bersifat Rabbani
 Allah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang amanah
 Allah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunan
 Atas sifat Rabbani, mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah swt

Sesuai dengan fitrah dan akal manusia


bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas sebagai
khalifah.

Tidak Membebankan
Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia

Sempurna dan menyeluruh / Kesejagatan (Universality)


Islam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat dan
segenap bidang kehidupan.

b. Berikan Satu (1) perbezaan Tamadun Islam dengan Tamadun Barat hari ini.

Dari aspek kemajuan, tamadun barat telah mendahului tamadun islam pada hari ini.
Akan tetapi terdapat segelintir negara islam yang berjaya mencapai tahap kemajuaan yang
setanding dengan negara barat.

Dari aspek ágama, tamadun islam dilihat semakin meluas dengan pertambahan bilangan
penduduk islam di barat. Konsep islam yang tidak membandingkan pangkat dan harta
mendorong masyarkat barat mula mengenali dan mendekati islam. Selain itu, faktor
perkembangan media sosial dan aspek globalisasi dilihat telah mendorong perkembangan
islam di barat dengan lebih aktif.

Anda mungkin juga menyukai